SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
TOKOH P. RAMLEE

BIODATA DAN LATAR BELAKANG




               P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh,
dilahirkan di rumah neneknya beralamat di No. 40A, Counter Hall, Pulau Pinang pada
tanggal 22 Mac 1929, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri.


Bapanya Teuku Puteh Teuku Karim dilahirkan pada tahun 1902 dan meninggal dunia
pada tahun 1955. Beliau adalah seorang perantau dan ahli pelayaran yang berasal dari
pekan Lhokusemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah bt. Hussin yang
berasal dari Kubang Buaya, Seberang Perai, dilahirkan pada tahun 1904 dan meninggal
dunia pada tahun 1967. Teuku Nyah Puteh dan Che Mah berkahwin pada tahun 1925 di
Kubang Buaya, Butterworth.

P. Ramlee mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan
kemudiannya di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang sehingga darjah lima. Seterusnya,
beliau melanjutnya pula pengajiannya ke Penang Free School. Dari kecil lagi, P.
Ramlee lebih cenderung ke arah nyanyian dan lakonan, dengan demikian mengabaikan
pelajarannya.

Ketika pendudukan Jepun di Malaya, P. Ramlee terpaksa berhenti sekolah. Demi
mencari rezeki, beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat (peon) di sebuah kilang
timah, dan kemudian memasuki sekolah tentera Jepun (Kaigun). Di sini, P. Ramlee
berpeluang mempelajari serba sedikit bahasa dan lagu-lagu Jepun selain berdamping
rapat dengan anggota tentera laut Jepun. Sikapnya yang rajin dan peramah disukai
oleh ramai tentera laut Jepun.

Apabila perang dunia kedua tamat, P. Ramlee dapat meneruskan kembali
pelajarannya di Penang Free School sehingga ke darjah tujuh. Di sekolah, P. Ramlee
aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak dan sepak raga. Malah pada tahun 1939,
beliau pernah memantapkan barisan pasukan bola sepak Penang Free School.
Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan seni muzik mendorong beliau untuk
bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore‟. Nama P. Ramlee mula digunakan
apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada tahun 1947. `P‟ pada nama
seniman berkenaan merujuk pada `Puteh‟, iaitu kependekan nama bapanya iaitu
Teuku Nyah Puteh.

Pada jam 5.30 pagi, hari Selasa, 29 Mei 1973, dunia filem dan muzik di Nusantara
Melayu menjadi sepi seketika. P. Ramlee yang begitu tersohor telah kembali ke
rahmatullah secara mengejut akibat sakit jantung di kediamannya di Taman Forlong
(sekarang Taman P. Ramlee) semasa berusia 45 tahun. Jasad beliau disemadikan di
perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Perkahwinan
Dalam hidup berumahtangga, P. Ramlee pernah tiga kali berkahwin. Junaidah, anak
seniman Daeng Haris, adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam
filem Bakti, pada awal tahun 1950an. Namun mahligai mereka runtuh dan
kemudiannya bercerai pada tahun 1954.

Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6
Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana
demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu
yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan
hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal
lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1961.

Pada tahun yang sama, P. Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih
dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21
November 1961 di Tembeling Road, Singapura. Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma
itu dianggap paling ideal kerana mereka adalah pasangan yang cukup serasi bila
berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal sehingga ke akhir hayat.

Anak-anak
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang
sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah.
Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi
latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan
pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja
ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:


1.   Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953)
2.   Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954)
3.   Sazali : Anak kandung (lahir 1958)
4.   Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)
5.   Norma : Anak tiri (anak Noorizan)
6.   Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
7. Betty : Anak angkat
8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)
9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966)
10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina)


KEJAYAAN TOKOH


(a) Kecintaan Terhadap Seni
P. Ramlee lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya dan bakatnya telah
menyerlah sejak beliau kecil lagi. Mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika
beliau berusia 13 tahun. Antara instrumen awal yang dipelajarinya ialah ukelele dan
biola.

Di tepian tembok-tembok tepian jalan, P. Ramlee sering mengasah bakat dengan
menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan.
Dari situlah beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian
sekitar Pulau Pinang dan radio Malaya. Malah kecintaan P. Ramlee pada nyanyian dan
muzik mengatasi pelajaran di sekolahnya. Perkara ini diakui oleh guru yang
mendidiknya.

Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan muzik mendorong beliau untuk bergiat
dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore‟ dan `Teruna Sekampung‟ di samping
mempelajari muzik dengan Encik Kamaruddin, seorang guru muzik yang terkenal.
Dalam tahun 1945, P. Ramlee mencuba bakatnya dalam peraduan menyanyi anjuran
Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Melaya. Beliau berjaya menggondol tempat
ketiga dalam Pertandingan Radio Pulau Pinang itu.

Pada tahun berikutnya, P. Ramlee sekali lagi menyertai pertandingan Radio Pulau
Pinang dan kedudukannya meningkat lagi – nombor dua dan dalam tahun 1947, beliau
bergelar johan.

Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampong, menyebabkan ramai
yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat.

Lagu pertama ciptaan P. Ramlee ialah Azizah. Ianya ditulis pada tahun 1945 dan
ditujukan khas buat gadis idamannya, Azizah. P. Ramlee pertama kali membawa lagu
Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai pesta pertanian ria di Bukit Mertajam
pada Jun 1948.

Tanpa disedari, kemerduan suaranya telah sampai kepada pengetahuannya iaitu BS
Rajhans, seorang pengarah filem dari SHAW BROTHERS yang terkenal di Singapura.
Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu daripada Rajhans.
Pengarah itu mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di studio Jalan Ampas
(Malay Film Productions/MFP) sebagai penyanyi latar dalam filem arahannya.
Memikirkan ia peluang lumayan, pada 8 Ogos 1948, semasa berusia 19 tahun P.
Ramlee berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan
sebagai seorang seniman.

(b) Dunia Lagu dan Muzik
Ramlee juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Inilah yang
meletakkan beliau sebagai seniman serba boleh yang sukar ditandingi artis lain.
Semasa hayatnya P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 buah lagu.

Instrumen muzik terawal yang dipelajarinya ialah biola, ukulele dan piano. Dalam
mencipta lagu-lagunya, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik. Rentak
Melayu tradisional seperti inang, asli, zapin, masri dan joget adalah pilihannya.
Berselang-seli dengan rentak tradisional, P. Ramlee menyelitkan tempo waltz, rumba,
cha-cha, twist, timur tengah, Cina, dan Hindustan mengikut kesesuaian babak dalam
filem-filemnya. Kisah-kisah dalam lagunya adalah berkisar kepada melodi cinta,
rancak, lucu, dan romantis.

Salah satu kelebihan P. Ramlee ialah beliau mampu menyampaikan sendiri lagu-lagu
ciptaannya secara bersolo atau berduet dengan penyanyi lain seperti Saloma dan
Normadiah. Ini menjadikan lagu-lagunya meninggalkan kesan lebih mendalam kepada
penonton.

Lagu ciptaannya yang pertama ialah Azizah dan lagu terakhir yang dinukilkan sebelum
menghembuskan nafas terakhir ialah `Airmata Di Kuala Lumpur‟.

(c) Dunia Filem
Bila tiba di Singapura, suara P. Ramlee pada awalnya diguna untuk lagu latar filem.
Selain itu, beliau juga menjadi `clapper boy‟, budak konti, dan pembantu kamera.
Melihat beliau berbakat dalam bidang lakonan, P. Ramlee diuji dan beliau dapat
berlakon dalam filem pertamanya, Chinta. Dalam filem terbitan tahun 1948 itu,
beliau menjadi penyanyi latar dan memegang peranan yang kecil sahaja iaitu sebagai
seorang penjahat.

P. Ramlee merupakan bintang filem Melayu pertama yang boleh menyanyi tanpa
menggunakan penyanyi latar. Antara tahun 1948 – 1955, beliau telahpun berlakon 27
buah filem, dan berjaya menghidupkan pelbagai watak dengan berkesan.

Beliau juga berlakon serta mengarah dua drama televisyen iaitu `Intan‟ pada tahun
1970 dan `Rantau Selamat‟ pada tahun 1972. Lakon pentas yang beliau arah dan
berlakon bertajuk `Sultan Mahmod Mangkat di Julang‟ pada tahun 1959. Manakala
drama pentas yang diarah berjudul `Sam Pek Ang Tai‟ pada tahun 1972.

P. Ramlee telah terlibat sebagai penyanyi, penulis lirik, penggubah dan pemuzik bagi
359 buah lagi, tidak termasuk lagu-lagu yang terhasil sebelum menjadi artis, yakni
semasa masih menetap di Pulau Pinang. P. Ramlee juga terlibat dalam 66 buah filem
sebagai pelakon, penulis; lakon layer dan pengarah.

Untuk pertama kalinya, P. Ramlee telah diberi peluang untuk mengarah filem
`Penarek Becha‟ pada tahun 1955 dan file mini telah memenangi anugerah. Sejak itu,
P. Ramlee diberi kepercayaan untuk mengarah filem. Filemnya begitu bermutu dan
mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat. Filem yang menghayat hati
itu berjaya mendapat pujian ramai, lalu menjadikan nama P. Ramlee semakin
masyhur. Dari tahap itu, beliau terus berlakon dan mengarah banyak lagi filem
bertaraf `box-office‟ seperti:

♪ Anakku Sazali ♪ Nujum Pak Belalang
♪ Semerah Padi ♪ Pendekar Bujang Lapok
♪ Hujan panas ♪ Antara dua darjat
♪ Bujang Lapok ♪ Ibu mertuaku
♪ Sumpah Orang Minyak ♪ Labu-Labi
♪ Sarjan Hassan ♪ Madu Tiga


Sepanjang tempoh berada di Singapura, P. Ramlee sempat mengarahkan 16 filem dan
selepas kembali ke kuala Lumpur pada 16 April 1964, beliau menghasilkan 18 filem
bermula dengan Si Tora Harimau Jadian hinggalah yang terakhir Laksamana Do Re Mi,
1972.

Antara seniwati yang pernah berpasangan dengan beliau di layar perak ialah Kasma
Booty, Neng Yatimah, Siput Sarawak, Normadiah, Saadiah, Sarimah, Zaiton, Hasyiman
Yon, Rose Yatimah, Mariani, dan Sharifah Hanim.

Tema filem P. Ramlee menarik dan tidak stereotxpe. Kisah kecerdikan kanak-kanak
boleh dilihat menerusi filem Nujum Pak Belalang lakonan Bak Latiff. Tema percintaan
antara golongan rakyat dengan golongan bangsawan dipersembahkan dengan mantap
menerusi filem Antara Dua Darjat.

P.Ramlee turut menyentuh soal hukum islam dalam Semerah Padi, manakala Ibu
Mertuaku lebih mengfokuskan karektor orang tua: Nyonya Mansor yang kering hatinya
hasil lakonan Mak Dara.

Kisah seram dan misteri juga pernah dicuit P. Ramlee melalui filemnya Sumpah Orang
Minyak dan Si Tora Harimau Jadian.

Tema filem lucu pula, memanglah banyak dan boleh membuatkan penonton generasi
kini ketawa walaupun telah berulang kali ditonton. Ini termasuklah:

♪ Bujang Lapok ♪ Madu Tiga
♪ Pendekar Bujang Lapok ♪ Masam-Masam Manis
♪ Labu-Labi ♪ Do Re Mi
♪ Tiga Abdul ♪ Anak Bapak

Menyedari beliau juga perlu memikat peminat bukan melayu, P. Ramlee telah memilih
pelakon keturunan Tronghua, Vera Wee Bagi memantapkan sesudah subuh, sementara
dalam gerimis, beliau mangketengahkan aktres tamil, Chandra Shanmugam sebagai
bintang utama.

(d) Anugerah dan Gelaran
Tahun 1955 adalah tahun bersejarah buat P.Ramlee dan peningkatan mutu filem-filem
Melayu kerana dalam tahun itu juga P.Ramlee telah mengarahkan filemnya yang
pertama iaitu Penarik Beca. Filem ini telah tepilih sebagai filem terbaik seluruh tanah
Melayu pada tahun 1956 semasa majalah Utusan Filem dan Sport mengadakan
pemilihan seniman, seniwati, dan filem terbaik bagi tahun tersebut.

Kejayaan terawalnya ialah menerusi filem Hang Tuah. Filem ini membolot dua trofi
iaitu pengubah lagu terbaik (P.Ramlee) dan pelakon pembantu wanita terbaik (Zaiton)
dalam Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong pada tahun 1956.

Dari sudut lakonan, anugerah pertama yang dirangkulnya ialah aktor Terbaik Asia
melalui filem Anakku Sazali dalam Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo pada tahun 1957.

Setahun selepas itu (1958), filem arahan beliau Sumpah Orang Minyak membolot
Anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik semasa Festival Filem Asia ke-5 di Manila.

Lakonan P.Ramlee dalam filem Sarjan Hassan telah membawa kesan moral yang
endalam kepada askar-askar tempatan. P. Ramlee telah diberi penghormatan oleh
Askar Melayu dengan gelaran `Sargeant Titular‟.

Kemuncak kemasyhuran P. Ramlee sebagai seniman ialah ketika meraih gelaran `The
Most Versatile Talent‟ dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-10 di Tokyo pada tahun
1963. Beliau menerima penghormatan itu melalui filem Ibu Mertuaku. Filem mini juga
membolot anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik . Pada tahun 1965 filem ini
menerima satu anugerah khas dalam Pesta Filem Sedunia di Paris.

P. Ramlee juga mencatatkan sejarah apabila tiga filem komedinya memenangi
Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia. Filem Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959
semasa Festival Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur, filem Nujum Pak Belalang pada
tahun 1960 semasa Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo dan filem Madu Tiga pada 190634
semasa Festival Filem Asia ke-11 di Taipei.

P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga.

P. Ramlee telah dikalungkan Anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang DiPertuan
Agong Ke-3, Tuanku Syed Putra Alhaj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada
tahun 1962. Seterusnya, beliau dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima
Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang DiPertuan Agong Ke-9,
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusoff Izzudin Shah Ghafarullahu-
lah pada tahun 1990.

Dengan anugerah yang diterimanya, layaklah P. Ramlee digelar seniman Agong yang
seharusnya menjadi rol model bagi karyawan masa kini.

Arkib Negara tidak ketinggalan menghormati sumbangan beliau. Sebagai mengenang
jasa dan merakamkan khazanah koleksi seni P.Ramlee, kediaman terakhirnya di Jalan
Dedap, Setapak, Kuala Lumpur diubah suai menjadi Pustaka Peringatan P. Ramlee
pada tahun1984 dan telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986. Pustaka ini
telah diubah suai untuk kali kedua pada tahun 2002.


Turut dibaik pulih ialah teratak asalnya di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1926.
Ia kini menjadi salah satu khazanah seni tatapan peminat. Kerajaan juga mengabdikan
nama beliau di beberapa batang jalan raya di bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan
Kuching.

Di samping itu, nama P. Ramlee terpahat pada bangunan petning seperti Auditorium
P. Ramlee di Angkasapuri, Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS serta P.Ramlee Mall di
menara tertinggi di dunia.

Khusus bagi penggemar muzik, Renong Berhad dan EMI Malaysia bersatu tenaga bagi
menerbitkan album instrumental khas, The Bolshoi Ballet Orchestra of Tashkent
Presents Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1998. Itulah kali pertama sebuah orkestra
bertaraf dunia merakamkan lagu-lagu evergreen P. Ramlee ke dalam sebuah album
yang berkualiti.

Pada 15 Ogos 1998, Persatuan Peminat P. Ramlee ditubuhkan bagi mengumpul semua
peminat P. Ramlee dan persatuan ini akan memastikan khazanah peninggalan seni P.
Ramlee akan terus terpelihara khususnya terhadap peradaban seni negara.

Pada 29 Julai 1999, Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem pos kenang-
kenangan serta sampul surat Hari Pertama bagi mengenang jasa P. Ramlee.


SUMBANGAN TOKOH
Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah meninggalkan jejak seni yang cukup kuat,
lengkap, berharga dan abadi dalam aspek mutu. Seniman Agung P. Ramlee membawa
karyanya melewati pemikiran yang tidak bersempadan, jujur, bijaksana dan dekat
dengan kehidupan masyarakat. Moral, mesej dan nilai karyanya masih relevan dan
diguna pakai hingga ke zaman ini. Dan dikongsi kepada masyarakat merentasi masa
dan generasi.
Beliau sentiasa dikenang sebagai anakwatan yang memberi sumbangan meletakkan
mutu karyanya pada tahap yang tinggi. P. Ramlee oleh dikategorikan sebagai pemikir
masyarakat yang berjuang melalui karya-karyanya yang „evergreen‟. Beliau telah
mengerah segenap tenaga pemikiran bagi mempersembah pandangannya kepada
khalayak ramai melalui filem.

Kejayaan filem Hong Kong pada hari ini adalah penat lelah dan jerit payah Tan Sri P.
Ramlee serta perjuang filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dahulu. Ketika filem
Melayu menderita saat kemundurannya, SHAW BROTHERS telah mengalih perlabuhan
serta pangkalan empayar perusahaan filemnya ke Hong Kong. Keturunan Run Run
Shaw menyebut bahawa jika bukan dari usaha insan P. Ramlee. Kejayaan mereka hari
ini tidak mungkin dikecapi.

Menerusi filem Pendekar Bujang Lapok, beliau mengulas fenomena dan masalah buta
huruf dalam kehidupan bangsa Melayu ketika itu. Hatta menuntut ilmu pendekar,
namun akhirnya mereka terpaksa belajar mengenal huruf setelah gagal menulis
mentera yang diajar oleh guru silat mereka. Kerana kegersangan ilmu, maka
penduduk di kampung menderita tertindas oleh sekumpulan samseng yang
memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengankutan awam untuk
menyeberangi ke dunia luar.

Maknanya dalam soal menegakkan undang-undang dan perlembagaan, garapan ilmu
dan pendidikan untuk memahami undang-undang adalah hak semua orang. Kerajaan
patutlah menyediakan ilmu asas pengenalan undang-undang serta perlembagaan
untuk diajar kepada anak-anak sekolah rendah, menengah, dan seterusnya ke
universiti.

P. Ramlee adalah pemimpin daripada pelbagai perkara. P. Ramlee giat dalam
persatuan seperti PERSAMA (Persatuan artis-artis MALAYA), sekumpulan muzik PANCA
SITARA, pasukan badminton dan sepak takraw (SEKAWAN BINTANG dan SANGGA
BUANA). Dari segi agama, P. Ramlee juga merupakan kaum seniman di Jalan Ampas
dalam mendapatkan taraf dan ganjaran yang lebih wajar.

P. Ramlee juga menduga nasib dalam bidang perniagaan. P. Ramlee dan beberapa
orang rakan pernah menerbitkan majalah hiburan seperti Bintang dan kemudiannya
majalah Gelanggang Filem atas nama Penerbitan P. Ramlee. P. Ramlee juga pernah
menubuhkan Syarikat filem seperti PERFOMA (PERUSAHAAN FILEM MALAYSIA) dan
SAZARA filem Company.

P. Ramlee juga pernah menghadiri forum akademik. Forum paling peting yang
dihadirinya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga di singapura dan di
Johor Bharu dalam tahun 1956, dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan di universiti
Malaya, Kuala Lumpur dalam tahun 1971. Kertas kerjayanya Chanya dua halaman
berjudul „cara – cara meninggikan ilmutu dan Memperkayakan muzik jenis asli dan
tradisional Malaysia demi kepentingan negara‟.
Kini P. Ramlee sudah tiada. Dia melangkah ke ambang perfileman dengan cinta dan
dengan cintanya kepada genve seni lakon itulah maka dia mencapai pangkat tertinggi
sebagai pejuang seninya-sebagai seorang laksamana- disimbolkan dengan filem
terakhirnya laksamana Do Re Mi. Begitu juga dengan cintanya kepada seni lagu yang
disimbolkan dengan lagu Azizah sehingga berakhir irama dan lagu dengan air mata di
Kuala Lumpur di mana beliau kini dikuburkan.

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH

Pelbagai versi mengenai keistimewaan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
telah diperkatakan oleh masyarakat berbilang peringkat.

Namun P. Ramlee tetap insan yang penuh misteri sehingga meletakkannya sebagai
insan seni yang terus dikagumi hingga detik ini. Kelakuannya aneh, suara merdunya
terus menjadi kegilaan, kata-katanya berfalsafah, jiwanya amat sensetif dan mesra
alam menjurus kepada ketuhanan dan kadang-kadang pemikirannya jauh mendahului
zaman.

Belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah perfileman dan serantau tanah air,
seorang tokohnya diminta oleh semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak
hinggalah orang tua. Malah sifat-sifat istimewa yang ada pada beliau sentiasa
dikenang, disebut, diminati, dikagumi dan diperkatakan.

P. Ramlee memiliki segala-galanya seperti yang sepatutnya ada pada orang yang
kreatif dan genius. P. Ramlee berhasil menonjolkan kretivitinya sebagai pelakon,
penyanyi, pengarah filem, pengubah lagu dan banyak lagi kemahiran kretifnya yang
melayakkannya digelar sebagai genius tulen secara peribadi dan genius harian yang
memiliki kretiviti yang disesuaikan dengan kehendak masyarakat.

Beliau diiktiraf sebagai anak Melayu pertama yang menjadi pemikir keseluruhan otak
(whole-bran thinker) melalui kehebatannya memadukan pemikiran kritis dan
pemikiran kretif dalam dalam filemnya. Beliau membuktikan kebolehannya memimpin
khalayak ramai untuk meminati dan mengikut jejak langkah dan perbuatannya di
dalam filem.

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja dipuja dikagumi oleh masyarakat dan
peminat, tetapi dikagumi oleh artis-artis yang seangkatan dengannya.

Ahmad Daud, pelakon dan penyanyi (Petikan Utusan Malaysia 28 mei 1983)
“P.Ramlee seorang seniman yang luar biasa. Dia sukakan kepada pembaharuan dan
selalunya setiap perkara yang dilakukannya mudah berjaya dan mendapat sambutan”.

Aziz Satar, pelakon dan pelawak (Utusan Malaysia, 28 mei 1983 )
“P.Ramlee begitu menghormati dan mempraktikkan pendapat mahupun teguran
yangdiberikan oleh para pelakon dan pekerja dibawahnya”.
Omar Rojik, pengarah filem, (cenderamata: P. Ramlee AMN sempena 10 tahun
pemergiannya)
“Beri beliau sesuatu yang baik, beliau akan membuatnya lebih baik, satu daripada
keistimewaan beliau yang sangat saya hargai sehingga ke saat ini”.

Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik (Mingguan Malaysia : 29 Mei 1983)
“P. Ramlee merupakan seorang seniman yang ada menyelitkan idea politik dalam
filem arahannya, seperti „Antara Dua Darjat‟ (1960), „Penarek Beca‟ (1959) dan
beberapa filem lain bila diteliti memang ada ciri politiknya”.


Penampilan diri P.Ramlee di layar perak/skrin,wajahnya sentiasa tersenyum mesra.
Dalam adegan sedih, kesedihan itu terpancar di air mukanya.

Kematiannya tidak dilihat meninggalkan pusaka emas permata mahupun wang
berjuta, tetapi sekadar khazanah seni muzik, nyanyian serta filem-filem lakonan dan
arahannya.

More Related Content

What's hot

Peta malaysia
Peta malaysia Peta malaysia
Peta malaysia Adilah Hrn
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
BM P1: Bahasa melayu moden
BM P1: Bahasa melayu moden BM P1: Bahasa melayu moden
BM P1: Bahasa melayu moden Fairuz Alwi
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayufiro HAR
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Dr. Vignes Gopal
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) cg.Teha Amran
 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khashanifazis
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaFariszuddin
 
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan AntarabangsaPengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsahard.Life
 

What's hot (20)

Peta malaysia
Peta malaysia Peta malaysia
Peta malaysia
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
BM P1: Bahasa melayu moden
BM P1: Bahasa melayu moden BM P1: Bahasa melayu moden
BM P1: Bahasa melayu moden
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah MelayuMalayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
Malayan Union & Persekutuan Tanah Melayu
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
 
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF) RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
RAGAM AYAT (AYAT PASIF)
 
Kata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,KhasKata Nama Am,Khas
Kata Nama Am,Khas
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
1. sumber primer
1. sumber primer1. sumber primer
1. sumber primer
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
Tanah runtuh
Tanah runtuhTanah runtuh
Tanah runtuh
 
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan AntarabangsaPengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
Pengajian Perniagaan Penggal 3/Perniagaan Antarabangsa
 

Viewers also liked

Diari Seorang Seniman
Diari Seorang SenimanDiari Seorang Seniman
Diari Seorang Senimanguestc49726
 
Anugerah Tan Sri P Ramlee
Anugerah Tan Sri P RamleeAnugerah Tan Sri P Ramlee
Anugerah Tan Sri P RamleeHisyam Syam
 
Kejayaan bermula dengan cita cita
Kejayaan bermula dengan cita citaKejayaan bermula dengan cita cita
Kejayaan bermula dengan cita citaIQ Class Management
 
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlangTingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlangNoor Harlina Jalil
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangLinda Midy
 
Petua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPetua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangfauzydp
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiacarramie
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriIeta Yahya
 
Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Idris Miaus
 
BELAJAR CARA BELAJAR
BELAJAR CARA BELAJARBELAJAR CARA BELAJAR
BELAJAR CARA BELAJARlatif123456
 
Belajar secara berkesan
Belajar secara berkesanBelajar secara berkesan
Belajar secara berkesanLinda Midy
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 
Kecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaKecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaPAKLONG CIKGU
 

Viewers also liked (20)

Diari Seorang Seniman
Diari Seorang SenimanDiari Seorang Seniman
Diari Seorang Seniman
 
Tan Sri P. Ramlee
Tan Sri P. RamleeTan Sri P. Ramlee
Tan Sri P. Ramlee
 
P. Ramlee
P. RamleeP. Ramlee
P. Ramlee
 
Anugerah Tan Sri P Ramlee
Anugerah Tan Sri P RamleeAnugerah Tan Sri P Ramlee
Anugerah Tan Sri P Ramlee
 
Sheikh muszaphar
Sheikh muszapharSheikh muszaphar
Sheikh muszaphar
 
Kejayaan bermula dengan cita cita
Kejayaan bermula dengan cita citaKejayaan bermula dengan cita cita
Kejayaan bermula dengan cita cita
 
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlangTingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
Tingkatkan usaha anda demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
 
Petua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPetua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlang
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlang
 
Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2
 
Petua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlangPetua pelajar cemerlang
Petua pelajar cemerlang
 
Teknik belajar
Teknik belajarTeknik belajar
Teknik belajar
 
KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN BELAJARKEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN BELAJAR
 
BELAJAR CARA BELAJAR
BELAJAR CARA BELAJARBELAJAR CARA BELAJAR
BELAJAR CARA BELAJAR
 
Belajar secara berkesan
Belajar secara berkesanBelajar secara berkesan
Belajar secara berkesan
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Kecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri ArizaKecemerlangan Diri Ariza
Kecemerlangan Diri Ariza
 

More from najib6766

3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1najib6766
 
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)najib6766
 
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssrnajib6766
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah lakunajib6766
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajarnajib6766
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 

More from najib6766 (7)

3. instrumen-isd1
3. instrumen-isd13. instrumen-isd1
3. instrumen-isd1
 
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
Contoh soalan-latihan-edu3105 (1)
 
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
115988921 rph-bahasa-malaysia-tahun-3-kssr
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah laku
 
1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar1. konsep alam belajar
1. konsep alam belajar
 
Abjad
AbjadAbjad
Abjad
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 

Tokoh p

  • 1. TOKOH P. RAMLEE BIODATA DAN LATAR BELAKANG P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, dilahirkan di rumah neneknya beralamat di No. 40A, Counter Hall, Pulau Pinang pada tanggal 22 Mac 1929, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. Bapanya Teuku Puteh Teuku Karim dilahirkan pada tahun 1902 dan meninggal dunia pada tahun 1955. Beliau adalah seorang perantau dan ahli pelayaran yang berasal dari pekan Lhokusemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah bt. Hussin yang berasal dari Kubang Buaya, Seberang Perai, dilahirkan pada tahun 1904 dan meninggal dunia pada tahun 1967. Teuku Nyah Puteh dan Che Mah berkahwin pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang sehingga darjah lima. Seterusnya, beliau melanjutnya pula pengajiannya ke Penang Free School. Dari kecil lagi, P. Ramlee lebih cenderung ke arah nyanyian dan lakonan, dengan demikian mengabaikan pelajarannya. Ketika pendudukan Jepun di Malaya, P. Ramlee terpaksa berhenti sekolah. Demi mencari rezeki, beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat (peon) di sebuah kilang timah, dan kemudian memasuki sekolah tentera Jepun (Kaigun). Di sini, P. Ramlee berpeluang mempelajari serba sedikit bahasa dan lagu-lagu Jepun selain berdamping rapat dengan anggota tentera laut Jepun. Sikapnya yang rajin dan peramah disukai oleh ramai tentera laut Jepun. Apabila perang dunia kedua tamat, P. Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di Penang Free School sehingga ke darjah tujuh. Di sekolah, P. Ramlee aktif bersukan dan gemar bermain bola sepak dan sepak raga. Malah pada tahun 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bola sepak Penang Free School.
  • 2. Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan seni muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore‟. Nama P. Ramlee mula digunakan apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada tahun 1947. `P‟ pada nama seniman berkenaan merujuk pada `Puteh‟, iaitu kependekan nama bapanya iaitu Teuku Nyah Puteh. Pada jam 5.30 pagi, hari Selasa, 29 Mei 1973, dunia filem dan muzik di Nusantara Melayu menjadi sepi seketika. P. Ramlee yang begitu tersohor telah kembali ke rahmatullah secara mengejut akibat sakit jantung di kediamannya di Taman Forlong (sekarang Taman P. Ramlee) semasa berusia 45 tahun. Jasad beliau disemadikan di perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Perkahwinan Dalam hidup berumahtangga, P. Ramlee pernah tiga kali berkahwin. Junaidah, anak seniman Daeng Haris, adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam filem Bakti, pada awal tahun 1950an. Namun mahligai mereka runtuh dan kemudiannya bercerai pada tahun 1954. Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1961. Pada tahun yang sama, P. Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21 November 1961 di Tembeling Road, Singapura. Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma itu dianggap paling ideal kerana mereka adalah pasangan yang cukup serasi bila berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal sehingga ke akhir hayat. Anak-anak P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya tiga orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau: 1. Mohd Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1953) 2. Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (lahir 1954) 3. Sazali : Anak kandung (lahir 1958) 4. Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah) 5. Norma : Anak tiri (anak Noorizan) 6. Armali : Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)
  • 3. 7. Betty : Anak angkat 8. Zakiah @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963) 9. Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (lahir 1966) 10. Dian : Anak angkat (keturunan Cina) KEJAYAAN TOKOH (a) Kecintaan Terhadap Seni P. Ramlee lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya dan bakatnya telah menyerlah sejak beliau kecil lagi. Mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika beliau berusia 13 tahun. Antara instrumen awal yang dipelajarinya ialah ukelele dan biola. Di tepian tembok-tembok tepian jalan, P. Ramlee sering mengasah bakat dengan menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan. Dari situlah beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan radio Malaya. Malah kecintaan P. Ramlee pada nyanyian dan muzik mengatasi pelajaran di sekolahnya. Perkara ini diakui oleh guru yang mendidiknya. Minat P. Ramlee dalam bidang seni suara dan muzik mendorong beliau untuk bergiat dalam pancaragam `Sinaran Bintang Sore‟ dan `Teruna Sekampung‟ di samping mempelajari muzik dengan Encik Kamaruddin, seorang guru muzik yang terkenal. Dalam tahun 1945, P. Ramlee mencuba bakatnya dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Melaya. Beliau berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Radio Pulau Pinang itu. Pada tahun berikutnya, P. Ramlee sekali lagi menyertai pertandingan Radio Pulau Pinang dan kedudukannya meningkat lagi – nombor dua dan dalam tahun 1947, beliau bergelar johan. Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampong, menyebabkan ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat. Lagu pertama ciptaan P. Ramlee ialah Azizah. Ianya ditulis pada tahun 1945 dan ditujukan khas buat gadis idamannya, Azizah. P. Ramlee pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai pesta pertanian ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948. Tanpa disedari, kemerduan suaranya telah sampai kepada pengetahuannya iaitu BS Rajhans, seorang pengarah filem dari SHAW BROTHERS yang terkenal di Singapura. Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu daripada Rajhans. Pengarah itu mengajak P. Ramlee ke Singapura untuk bekerja di studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP) sebagai penyanyi latar dalam filem arahannya.
  • 4. Memikirkan ia peluang lumayan, pada 8 Ogos 1948, semasa berusia 19 tahun P. Ramlee berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan sebagai seorang seniman. (b) Dunia Lagu dan Muzik Ramlee juga terkenal sebagai komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Inilah yang meletakkan beliau sebagai seniman serba boleh yang sukar ditandingi artis lain. Semasa hayatnya P. Ramlee mencipta kira-kira 1000 buah lagu. Instrumen muzik terawal yang dipelajarinya ialah biola, ukulele dan piano. Dalam mencipta lagu-lagunya, P. Ramlee gemar menerapkan pelbagai rentak muzik. Rentak Melayu tradisional seperti inang, asli, zapin, masri dan joget adalah pilihannya. Berselang-seli dengan rentak tradisional, P. Ramlee menyelitkan tempo waltz, rumba, cha-cha, twist, timur tengah, Cina, dan Hindustan mengikut kesesuaian babak dalam filem-filemnya. Kisah-kisah dalam lagunya adalah berkisar kepada melodi cinta, rancak, lucu, dan romantis. Salah satu kelebihan P. Ramlee ialah beliau mampu menyampaikan sendiri lagu-lagu ciptaannya secara bersolo atau berduet dengan penyanyi lain seperti Saloma dan Normadiah. Ini menjadikan lagu-lagunya meninggalkan kesan lebih mendalam kepada penonton. Lagu ciptaannya yang pertama ialah Azizah dan lagu terakhir yang dinukilkan sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah `Airmata Di Kuala Lumpur‟. (c) Dunia Filem Bila tiba di Singapura, suara P. Ramlee pada awalnya diguna untuk lagu latar filem. Selain itu, beliau juga menjadi `clapper boy‟, budak konti, dan pembantu kamera. Melihat beliau berbakat dalam bidang lakonan, P. Ramlee diuji dan beliau dapat berlakon dalam filem pertamanya, Chinta. Dalam filem terbitan tahun 1948 itu, beliau menjadi penyanyi latar dan memegang peranan yang kecil sahaja iaitu sebagai seorang penjahat. P. Ramlee merupakan bintang filem Melayu pertama yang boleh menyanyi tanpa menggunakan penyanyi latar. Antara tahun 1948 – 1955, beliau telahpun berlakon 27 buah filem, dan berjaya menghidupkan pelbagai watak dengan berkesan. Beliau juga berlakon serta mengarah dua drama televisyen iaitu `Intan‟ pada tahun 1970 dan `Rantau Selamat‟ pada tahun 1972. Lakon pentas yang beliau arah dan berlakon bertajuk `Sultan Mahmod Mangkat di Julang‟ pada tahun 1959. Manakala drama pentas yang diarah berjudul `Sam Pek Ang Tai‟ pada tahun 1972. P. Ramlee telah terlibat sebagai penyanyi, penulis lirik, penggubah dan pemuzik bagi 359 buah lagi, tidak termasuk lagu-lagu yang terhasil sebelum menjadi artis, yakni
  • 5. semasa masih menetap di Pulau Pinang. P. Ramlee juga terlibat dalam 66 buah filem sebagai pelakon, penulis; lakon layer dan pengarah. Untuk pertama kalinya, P. Ramlee telah diberi peluang untuk mengarah filem `Penarek Becha‟ pada tahun 1955 dan file mini telah memenangi anugerah. Sejak itu, P. Ramlee diberi kepercayaan untuk mengarah filem. Filemnya begitu bermutu dan mendapat sambutan daripada segenap lapisan masyarakat. Filem yang menghayat hati itu berjaya mendapat pujian ramai, lalu menjadikan nama P. Ramlee semakin masyhur. Dari tahap itu, beliau terus berlakon dan mengarah banyak lagi filem bertaraf `box-office‟ seperti: ♪ Anakku Sazali ♪ Nujum Pak Belalang ♪ Semerah Padi ♪ Pendekar Bujang Lapok ♪ Hujan panas ♪ Antara dua darjat ♪ Bujang Lapok ♪ Ibu mertuaku ♪ Sumpah Orang Minyak ♪ Labu-Labi ♪ Sarjan Hassan ♪ Madu Tiga Sepanjang tempoh berada di Singapura, P. Ramlee sempat mengarahkan 16 filem dan selepas kembali ke kuala Lumpur pada 16 April 1964, beliau menghasilkan 18 filem bermula dengan Si Tora Harimau Jadian hinggalah yang terakhir Laksamana Do Re Mi, 1972. Antara seniwati yang pernah berpasangan dengan beliau di layar perak ialah Kasma Booty, Neng Yatimah, Siput Sarawak, Normadiah, Saadiah, Sarimah, Zaiton, Hasyiman Yon, Rose Yatimah, Mariani, dan Sharifah Hanim. Tema filem P. Ramlee menarik dan tidak stereotxpe. Kisah kecerdikan kanak-kanak boleh dilihat menerusi filem Nujum Pak Belalang lakonan Bak Latiff. Tema percintaan antara golongan rakyat dengan golongan bangsawan dipersembahkan dengan mantap menerusi filem Antara Dua Darjat. P.Ramlee turut menyentuh soal hukum islam dalam Semerah Padi, manakala Ibu Mertuaku lebih mengfokuskan karektor orang tua: Nyonya Mansor yang kering hatinya hasil lakonan Mak Dara. Kisah seram dan misteri juga pernah dicuit P. Ramlee melalui filemnya Sumpah Orang Minyak dan Si Tora Harimau Jadian. Tema filem lucu pula, memanglah banyak dan boleh membuatkan penonton generasi kini ketawa walaupun telah berulang kali ditonton. Ini termasuklah: ♪ Bujang Lapok ♪ Madu Tiga ♪ Pendekar Bujang Lapok ♪ Masam-Masam Manis ♪ Labu-Labi ♪ Do Re Mi
  • 6. ♪ Tiga Abdul ♪ Anak Bapak Menyedari beliau juga perlu memikat peminat bukan melayu, P. Ramlee telah memilih pelakon keturunan Tronghua, Vera Wee Bagi memantapkan sesudah subuh, sementara dalam gerimis, beliau mangketengahkan aktres tamil, Chandra Shanmugam sebagai bintang utama. (d) Anugerah dan Gelaran Tahun 1955 adalah tahun bersejarah buat P.Ramlee dan peningkatan mutu filem-filem Melayu kerana dalam tahun itu juga P.Ramlee telah mengarahkan filemnya yang pertama iaitu Penarik Beca. Filem ini telah tepilih sebagai filem terbaik seluruh tanah Melayu pada tahun 1956 semasa majalah Utusan Filem dan Sport mengadakan pemilihan seniman, seniwati, dan filem terbaik bagi tahun tersebut. Kejayaan terawalnya ialah menerusi filem Hang Tuah. Filem ini membolot dua trofi iaitu pengubah lagu terbaik (P.Ramlee) dan pelakon pembantu wanita terbaik (Zaiton) dalam Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong pada tahun 1956. Dari sudut lakonan, anugerah pertama yang dirangkulnya ialah aktor Terbaik Asia melalui filem Anakku Sazali dalam Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo pada tahun 1957. Setahun selepas itu (1958), filem arahan beliau Sumpah Orang Minyak membolot Anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik semasa Festival Filem Asia ke-5 di Manila. Lakonan P.Ramlee dalam filem Sarjan Hassan telah membawa kesan moral yang endalam kepada askar-askar tempatan. P. Ramlee telah diberi penghormatan oleh Askar Melayu dengan gelaran `Sargeant Titular‟. Kemuncak kemasyhuran P. Ramlee sebagai seniman ialah ketika meraih gelaran `The Most Versatile Talent‟ dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-10 di Tokyo pada tahun 1963. Beliau menerima penghormatan itu melalui filem Ibu Mertuaku. Filem mini juga membolot anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik . Pada tahun 1965 filem ini menerima satu anugerah khas dalam Pesta Filem Sedunia di Paris. P. Ramlee juga mencatatkan sejarah apabila tiga filem komedinya memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia. Filem Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959 semasa Festival Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur, filem Nujum Pak Belalang pada tahun 1960 semasa Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo dan filem Madu Tiga pada 190634 semasa Festival Filem Asia ke-11 di Taipei. P. Ramlee menerima Pingat Kebesaran Ahli Mangku Negara(A.M.N.) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga. P. Ramlee telah dikalungkan Anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang DiPertuan Agong Ke-3, Tuanku Syed Putra Alhaj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1962. Seterusnya, beliau dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima
  • 7. Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang DiPertuan Agong Ke-9, Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusoff Izzudin Shah Ghafarullahu- lah pada tahun 1990. Dengan anugerah yang diterimanya, layaklah P. Ramlee digelar seniman Agong yang seharusnya menjadi rol model bagi karyawan masa kini. Arkib Negara tidak ketinggalan menghormati sumbangan beliau. Sebagai mengenang jasa dan merakamkan khazanah koleksi seni P.Ramlee, kediaman terakhirnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur diubah suai menjadi Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun1984 dan telah dibuka dengan rasminya pada 22 Mac 1986. Pustaka ini telah diubah suai untuk kali kedua pada tahun 2002. Turut dibaik pulih ialah teratak asalnya di Pulau Pinang yang dibina pada tahun 1926. Ia kini menjadi salah satu khazanah seni tatapan peminat. Kerajaan juga mengabdikan nama beliau di beberapa batang jalan raya di bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Kuching. Di samping itu, nama P. Ramlee terpahat pada bangunan petning seperti Auditorium P. Ramlee di Angkasapuri, Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS serta P.Ramlee Mall di menara tertinggi di dunia. Khusus bagi penggemar muzik, Renong Berhad dan EMI Malaysia bersatu tenaga bagi menerbitkan album instrumental khas, The Bolshoi Ballet Orchestra of Tashkent Presents Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1998. Itulah kali pertama sebuah orkestra bertaraf dunia merakamkan lagu-lagu evergreen P. Ramlee ke dalam sebuah album yang berkualiti. Pada 15 Ogos 1998, Persatuan Peminat P. Ramlee ditubuhkan bagi mengumpul semua peminat P. Ramlee dan persatuan ini akan memastikan khazanah peninggalan seni P. Ramlee akan terus terpelihara khususnya terhadap peradaban seni negara. Pada 29 Julai 1999, Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem pos kenang- kenangan serta sampul surat Hari Pertama bagi mengenang jasa P. Ramlee. SUMBANGAN TOKOH Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah meninggalkan jejak seni yang cukup kuat, lengkap, berharga dan abadi dalam aspek mutu. Seniman Agung P. Ramlee membawa karyanya melewati pemikiran yang tidak bersempadan, jujur, bijaksana dan dekat dengan kehidupan masyarakat. Moral, mesej dan nilai karyanya masih relevan dan diguna pakai hingga ke zaman ini. Dan dikongsi kepada masyarakat merentasi masa dan generasi.
  • 8. Beliau sentiasa dikenang sebagai anakwatan yang memberi sumbangan meletakkan mutu karyanya pada tahap yang tinggi. P. Ramlee oleh dikategorikan sebagai pemikir masyarakat yang berjuang melalui karya-karyanya yang „evergreen‟. Beliau telah mengerah segenap tenaga pemikiran bagi mempersembah pandangannya kepada khalayak ramai melalui filem. Kejayaan filem Hong Kong pada hari ini adalah penat lelah dan jerit payah Tan Sri P. Ramlee serta perjuang filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura dahulu. Ketika filem Melayu menderita saat kemundurannya, SHAW BROTHERS telah mengalih perlabuhan serta pangkalan empayar perusahaan filemnya ke Hong Kong. Keturunan Run Run Shaw menyebut bahawa jika bukan dari usaha insan P. Ramlee. Kejayaan mereka hari ini tidak mungkin dikecapi. Menerusi filem Pendekar Bujang Lapok, beliau mengulas fenomena dan masalah buta huruf dalam kehidupan bangsa Melayu ketika itu. Hatta menuntut ilmu pendekar, namun akhirnya mereka terpaksa belajar mengenal huruf setelah gagal menulis mentera yang diajar oleh guru silat mereka. Kerana kegersangan ilmu, maka penduduk di kampung menderita tertindas oleh sekumpulan samseng yang memonopoli perusahaan perahu yang menjadi pengankutan awam untuk menyeberangi ke dunia luar. Maknanya dalam soal menegakkan undang-undang dan perlembagaan, garapan ilmu dan pendidikan untuk memahami undang-undang adalah hak semua orang. Kerajaan patutlah menyediakan ilmu asas pengenalan undang-undang serta perlembagaan untuk diajar kepada anak-anak sekolah rendah, menengah, dan seterusnya ke universiti. P. Ramlee adalah pemimpin daripada pelbagai perkara. P. Ramlee giat dalam persatuan seperti PERSAMA (Persatuan artis-artis MALAYA), sekumpulan muzik PANCA SITARA, pasukan badminton dan sepak takraw (SEKAWAN BINTANG dan SANGGA BUANA). Dari segi agama, P. Ramlee juga merupakan kaum seniman di Jalan Ampas dalam mendapatkan taraf dan ganjaran yang lebih wajar. P. Ramlee juga menduga nasib dalam bidang perniagaan. P. Ramlee dan beberapa orang rakan pernah menerbitkan majalah hiburan seperti Bintang dan kemudiannya majalah Gelanggang Filem atas nama Penerbitan P. Ramlee. P. Ramlee juga pernah menubuhkan Syarikat filem seperti PERFOMA (PERUSAHAAN FILEM MALAYSIA) dan SAZARA filem Company. P. Ramlee juga pernah menghadiri forum akademik. Forum paling peting yang dihadirinya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga di singapura dan di Johor Bharu dalam tahun 1956, dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan di universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam tahun 1971. Kertas kerjayanya Chanya dua halaman berjudul „cara – cara meninggikan ilmutu dan Memperkayakan muzik jenis asli dan tradisional Malaysia demi kepentingan negara‟.
  • 9. Kini P. Ramlee sudah tiada. Dia melangkah ke ambang perfileman dengan cinta dan dengan cintanya kepada genve seni lakon itulah maka dia mencapai pangkat tertinggi sebagai pejuang seninya-sebagai seorang laksamana- disimbolkan dengan filem terakhirnya laksamana Do Re Mi. Begitu juga dengan cintanya kepada seni lagu yang disimbolkan dengan lagu Azizah sehingga berakhir irama dan lagu dengan air mata di Kuala Lumpur di mana beliau kini dikuburkan. SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH Pelbagai versi mengenai keistimewaan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah diperkatakan oleh masyarakat berbilang peringkat. Namun P. Ramlee tetap insan yang penuh misteri sehingga meletakkannya sebagai insan seni yang terus dikagumi hingga detik ini. Kelakuannya aneh, suara merdunya terus menjadi kegilaan, kata-katanya berfalsafah, jiwanya amat sensetif dan mesra alam menjurus kepada ketuhanan dan kadang-kadang pemikirannya jauh mendahului zaman. Belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah perfileman dan serantau tanah air, seorang tokohnya diminta oleh semua lapisan masyarakat, daripada kanak-kanak hinggalah orang tua. Malah sifat-sifat istimewa yang ada pada beliau sentiasa dikenang, disebut, diminati, dikagumi dan diperkatakan. P. Ramlee memiliki segala-galanya seperti yang sepatutnya ada pada orang yang kreatif dan genius. P. Ramlee berhasil menonjolkan kretivitinya sebagai pelakon, penyanyi, pengarah filem, pengubah lagu dan banyak lagi kemahiran kretifnya yang melayakkannya digelar sebagai genius tulen secara peribadi dan genius harian yang memiliki kretiviti yang disesuaikan dengan kehendak masyarakat. Beliau diiktiraf sebagai anak Melayu pertama yang menjadi pemikir keseluruhan otak (whole-bran thinker) melalui kehebatannya memadukan pemikiran kritis dan pemikiran kretif dalam dalam filemnya. Beliau membuktikan kebolehannya memimpin khalayak ramai untuk meminati dan mengikut jejak langkah dan perbuatannya di dalam filem. Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee bukan sahaja dipuja dikagumi oleh masyarakat dan peminat, tetapi dikagumi oleh artis-artis yang seangkatan dengannya. Ahmad Daud, pelakon dan penyanyi (Petikan Utusan Malaysia 28 mei 1983) “P.Ramlee seorang seniman yang luar biasa. Dia sukakan kepada pembaharuan dan selalunya setiap perkara yang dilakukannya mudah berjaya dan mendapat sambutan”. Aziz Satar, pelakon dan pelawak (Utusan Malaysia, 28 mei 1983 ) “P.Ramlee begitu menghormati dan mempraktikkan pendapat mahupun teguran yangdiberikan oleh para pelakon dan pekerja dibawahnya”.
  • 10. Omar Rojik, pengarah filem, (cenderamata: P. Ramlee AMN sempena 10 tahun pemergiannya) “Beri beliau sesuatu yang baik, beliau akan membuatnya lebih baik, satu daripada keistimewaan beliau yang sangat saya hargai sehingga ke saat ini”. Syed Hussein Al-Attas, ahli akademik (Mingguan Malaysia : 29 Mei 1983) “P. Ramlee merupakan seorang seniman yang ada menyelitkan idea politik dalam filem arahannya, seperti „Antara Dua Darjat‟ (1960), „Penarek Beca‟ (1959) dan beberapa filem lain bila diteliti memang ada ciri politiknya”. Penampilan diri P.Ramlee di layar perak/skrin,wajahnya sentiasa tersenyum mesra. Dalam adegan sedih, kesedihan itu terpancar di air mukanya. Kematiannya tidak dilihat meninggalkan pusaka emas permata mahupun wang berjuta, tetapi sekadar khazanah seni muzik, nyanyian serta filem-filem lakonan dan arahannya.