Teknik TNM adalah untuk mengatasi berprestasi rendah dalam P&P Geografi Tingkatan 3A2. Maksud TNM ialah Target berNota ,Nasihat dan Motivasi yang diberikan oleh guru bukan secara lisan tetapi secara bertulis di dalam buku nota pelajar. Guru mendapati nasihat dan motivasi yang diberikan secara lisan tidak akan kekal dalam ingatan pelajar berbanding dengan cara dituliskan di dalam buku mereka. Berdasarkan ‘Take Of Value’ (TOV) pelajar iaitu Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (2008), guru akan menetapkan target bagi setiap pelajar. TOV dan Target pelajar itu ditulis oleh guru di dalam buku nota mereka masing-masing bersama-sama dengan kata-kata motivasi. Hasil daripada TNM, perubahan pelajar dapat dilihat daripada perlakuan dan minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi semakin meningkat. TNM dapat meningkat keyakinan dan prestasi pelajar yang rendah dalam Geografi kepada prestasi yang boleh dibanggakan berbanding dengan TOV dan target pelajar sendiri.