MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
1. SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
- Kepentingan dari segi Emosi, kognitif, fizikal,
afektif dan sosial
MURNI MOHAMAT @ ABDUL
2. ISI KANDUNGAN Halaman
1.0 Pengenalan 3
2.0 Konsep Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5
3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5
4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 6
5.0 Program Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 10
6.0 Kajian dan Tinjauan Sukan Sepanjang Hayat di Sekolah 11
Luar Negara
7.0 Brosur Program Sukan Sepanjang Hayat 18
8.0 Kesimpulan 18
9.0 Rujukan 18
3. 1.0 PENGENALAN
Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan
persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran
dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.Mengikut Hammerman et.al
(1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan
yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian. Mengikut Knapp (1981), sukan
rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.Sukan rekreasi
mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialahuntuk mencari
kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukanatas pilihan
sendiri , dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannyadilakukan secara
berkumpulan . aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentukpertandingan dan
persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang .Maklumat asas tentang sukan
rekreasi amat penting untuk kita mengertiketepatan identitinya dan membantu
komunikasi yang konsisten tentangnya dikalangan peserta , pendidik, penganjur
acara, dan para professional. Sukan rekreasikadangkala dikenali sebagai sukan
intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal,aktiviti fizikal atau program kecergasan
. namun , semua istilah ini tidakmemberikan keterangan lengkap dan makna yang
sebernya selagi ia tidak dinilaidari sesuatu perspektif. Sukan rekreasi
dipayungi istilah yang lebih besar sepertileisure, rekreasi dan sukan.Leisure: leisure
bermaksud ´masa lapang , ´ satu aktiviti atau ´ keadaandalam fikiran . Di Malaysia ,
konsep ini dirujuk sebagai ´ aktiviti masa lapang . Kataini berasal daripada kata latin
, licere yang bermaksud ´bebas. Ia kadangkaladikaitkan dengan bahasa Perancis,
„loisir‟yang bermaksud ´diizinkan .Dapat disimpulkan makna „leisure‟ berada
dalam konteks masa kadangkala disebutmasa senggang .Masa lapang adalah
masa yang digunakan oleh seseorang individuatau kumpulan secara sukarela untuk
beraktiviti sama ada bersukan, berkelah ataubersiar-siar . Mereka bebas memilih
aktiviti tanpa ada unsur paksaan.
4. 2.0 Konsep sukan rekreasi
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya
hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang rapi danberturutan, merupakan sebahagian daripada pendidikan
bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai,
sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan sertakecergasan dalam kehidupan
seharian. Proses pembelajaran yang dilaksanakan merangkumi aspek-aspek
tertentu akan diberi peluang kepada pelajar untuk mencuba semua aktiviti
fizikal.Menurut daripada pakar Pendidikan Jasmani pada tahun 1990-an. Pendidikan
Jasmani diterima secara luas sebagai model “Pendidikan Jasmani dikatakan
merupakan pendidikan dari, tentangdan melalui aktiviti
jasmani”.Pendidikan Jasmani diertikan sebagaipendidikan melalui fizikal. Pendidikan
Jasmani terkaitan dengan kelompok , pembelajaran mental,intelektual, emosional
dan estetika.Pendidikan melalui fizikal maksudnya adalah pendidikan melalui aktiviti
yang mencakupi semua aspek perkembangan pendidikan termasuk pertumbuhan
mental dan sosial murid.
Berasaskan aktiviti darat
Lasak
Alam
Berasaskan aktiviti air
Berasakan aktiviti dalaman
Campuran kedua aktiviti
Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.
Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.
Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul
antara rakan-rakan.
Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara
mereka.
Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan
interaksi antara masyarakat.
5. Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.
Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari
nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi.
Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah
dipelajari dalam kehidupan harian kita.
Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang
kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di
mana ia membantu dalampembentukan personaliti .
pembangunan insan
pembangunan negara
gaya hidup sihat
kepimpinan
kecerdasan
sosialisasi
pendidikan sepanjang hayat
dinamik kumpulan
3.0 Definisi Sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan.Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat
kegunaanumum istilah tersebut.Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
• Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
• Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dansebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan
itu.Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
sebagaisukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti
rekreasi.Sukanterdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dansebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan
itu.Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
6. sebagaisukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti
rekreasi.
Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang
membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah
aktiviti yang bertentangan dengan kerja.Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan.
Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan
atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai
kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan „demi‟ penyertaan dan
keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina,
merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikal seperti sukan bola sepak,
tenis dan seumpamanya.Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam
sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-
makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia
juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti
kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta
berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka
dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan
atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti
rekreasi.Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan
aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan
masyarakat.
4.0KEPENTINGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
Sukan dan rekreasi dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi
penekanan kepada perkembangan fizikal, psikomotor, afektif, dan kognitif murid-
murid. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang
melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti
tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik.
Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang
baik sehingga dewasa. Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti
rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan
7. keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Pergerakan fizikal merupakan aspek
yang dititik beratkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan
kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah
penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan
penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat
mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.Manusia akan terangsang
untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat
jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu
bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang
hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat
sepenuhnya kepada mereka dalam:-
i. Meningkatkan daya tahan otot
ii.Menguatkan sistem kardiovaskular
iii. Mengelakan kecederaan
iv. Meningkatkan kekuatan badan
v. Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan
vi. Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
vii.Meningkatkan kesihatan dan mengelakan daripada sebarang penyakit
viii.Dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik dan lancar
ix. Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan lakuan
motor
x. Membantu pengembangan diri individu
xi Mempertingkat & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan & perlakuan
motor.
• Menguasai kemahiran asas pergerakan & permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan ketiga tunjang pembelajaran.
• Senaman sebagai rutin harian secara berterusan
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan & keselamatan semasa menyertai
kegiatan fizikal
• Membentuk sahsiah & disiplin diri yang sesuai dengan norma masyarakat.
4.1Kepentingan Emosi
• Meningkatkan minat untuk bersukan
8. • Menghilangkan stress dan tekanan
• Menimbulkan perasaan gembira
• Mengawal emosi
• Boleh mengenali diri sendiri dan boleh menambahkan keyakinan diri yang tinggi
• Boleh membuat keputusan dengan bijak
• Boleh memupuk perasaan sabar
• Meningkatkan semangat pembelajaran seterusnya
• Boleh memahami perasaan orang lain
4.2 Pertumbuhan & Perkembangan Fizikal
Matlamat aktiviti fizikal dalam sukan adalah untuk membina masyarakat dengan
membantu perkembangan diri individu dalam memberi penekanan perkembangan
fizikal, mental, sosial, mental & emosi.
• Sukan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik & kecederaan.
• Sukan mendatangkan keseronokan dan kepuasan.
• Sukan merangsang untuk menyertai aktiviti rekreasi & bergiat cergas sepanjang
hayat.
4.3 Aspek Kognitif
Pembangunan Kognitif melibatkan pengumpulan keupayaan berfikir serta
menginterpretasi.Pembangunan Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran
yang terdiri daripada elemenkreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan,
pengamalan dan pengukuhan.Pengetahuan dalam aktiviti Pendidikan luar misalnya
dapat menjadikan Pendidikan luar dapatdilaksanakan dengan
berkesan.Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagimenjadikan
aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna.Kebaikan pendidikanluar
boleh memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan
kognitif.Selainitu, pendidikan Jasmani bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi
unsur kemahiran berfikirseperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan
kreativiti.Aspek Kognitif merangkumi pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti
permainan padangpermainan gelanggang, olahraga serta rekreasi juga penting bagi
menjadikan aktiviti yangdiceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil yang
baik akan diperolehi bukan sajamemberi kekuatan fizikal ,malah harus memberi
kekuatan kognitif.Dalam aspek Kognitif beberapa sifat yang penting memainkan
9. peranan yang tertentu.Aspek Kognitif adalah kemampuan murid-murid dalam
berfikir, mengetahui dan memecahkanmasalah, penyelesaian masalah, selain itu
murid hendaklah mempunyaisikap ingin tahu dan sikap berimaginasi kreatif dan
kritis.Kepentingan Intelektual dapat;
• Membentuk daya pemikiran yang positif
• Melahirkan modal insan yang celik akal
• Menyihatkan kesihatan otak
• Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis
• Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat
• Dapat membentuk idea-idea yang bernas
• Dapat berfikir dengan waras
• Dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir
4.4Kepentingan Persekitaran Sosial
Sukandan rekreasi adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan
sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan
masyarakat.Dengan kata lain sukan berupaya membantu pembangunan sosial
individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli
masyarakat.Sifat kepimpinan yang baik melalui sukan dan rekreasi merupakan
medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti , sukan
dan rekreasi mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui
permainan berpasukan.
• Mengeratkan hubungan antara keluarga, pelajar dengan pelajar, guru dengan guru
dan guru dengan pelajar sentiasa baik
• Menjalinkan hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain
• Mewujudkan komunikasi yang positif
• Meningkatkan kualiti hidup
• Mewujudkan persekitaran yang sihat
• Menggalakan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi
• Menggalakan gaya hidup sihat
• Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan
• Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan
• Membantu membina hubungan yang sihat
10. 4.5Kepentingan Sukan Jasmani dalamkurikulum sekolah
Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid
Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid.
Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat
beraktiviti.
Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya.
Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup.
Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan Jasmani dan sukan yang boleh
memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.
4.6Kepentingan sukandan rekreasi dari segi Afektif
Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Sukan mampu
menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan,
kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki
sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.Kecergasan boleh membantu
murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu
mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan
perasaan.Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional.
Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam
menangani sebarang situasi.Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat
kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai,
menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada
agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan
dan bertugas dengan penuh dedikasi.Dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut:
(i) Berdikari
(ii) Bekerjasama
(iii) Menepati masa
(iv) Sabar
(v) Bersyukur
(vi) Cintakan Negara
11. (vii) Bersikap positif
5.0PROGRAM SUKAN DAN REKREASI YANG MAMPU DILAKSANAKAN DI
SEKOLAH
Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan
untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan
Dasar 1M 1S adalah seperti berikut:
a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun
♦ Latihan Rumah Sukan (wajib)
➤ Merentas desa
➤ Sukan / permainan
➤ Balapan dan padang
♦ Pertandingan Merentas Desa( wajib )
♦ Sukantara (wajib)
♦ Kejohanan Balapan dan Padang
b) Kelab Sukan dan Permainan (wajib) - sepanjang tahun
♦ 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah
♦ 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah
♦ Latihan pelbagai permainan dan Modified Games
c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
♦ Pertandingan antara rumah sukan
♦ Pertandingan antara tingkatan / kelas
♦ Pertandingan antara dorm di asrama
d) Pertandingan Lain
♦ Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)
♦ Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
♦ Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
♦ Pertandingan Peringkat Antarabangsa
e) Aktiviti Sukan Lain
12. 6.0 KAJIAN DAN TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT
DI LUAR NEGARA
Usaha yang hanya terarah kepada kecemerlangan pelajar dalam bidang
akademik akan mengakibatkan pelajar menjadi pasif. Oleh itu, usaha berkesan untuk
melahirkan pelajar proaktif dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ialah
dengan membahagikan masa antara pelajaran dan sukan. Kita dapat melihat usaha ini
dilaksanakan dengan mewujudkan Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan
Malaysia (SSM) seperti Sekolah Sukan Negeri SMK Tun Hussein Onn, Kluang, Johor
dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pencapaian pelajar di peringkat negeri dijadikan batu
loncatan untuk memastikan pelajar memaksimumkan usaha mengasah bakat mereka
ketika di SSM kerana mereka akan mewakili negara dalam kejohanan sukan di peringkat
dunia. Sumbangan sekolah sukan dapat dilihat daripada kejayaan atlit negara yang
berkebolehan dan berdisiplin dalam kejohanan tertentu.Dalam hal ini, kita tidak dapat
menolak anggapan bahawa SSM dan SSN sudah berjaya mencapai matlamat
penubuhannya. Negara luar sedang memerhatikan perkembangan positif ini dan
kelihatan negara ASEAN yang lain seperti sudah ketinggalan standard permainan
mereka berbanding di negara Malaysia. Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga'
dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini
bermakna , olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah
ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.Sukan olimpik Kuno yang
diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat
bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun
matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih kepada salah satu
bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara pertama yang dicatatkan
sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada
sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
6.1 PERKEMBANGAN AWAL
13. Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan
Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali
dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan
oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang
pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan
pertandingan .Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild.
Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan
ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh
Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga
sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama
olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga
kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di
England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu.Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika
Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu
menguasai banyak pertandingan.Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak
diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun
daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan
sebahagiannya.dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa
buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut
meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat
masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus
meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam
sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran
14. kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet
Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran
kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-
peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika
Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan
Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih
belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu
menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah,
khusunya dalam sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai
kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan
ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926,
kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam
perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa.Walaupun
kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di
peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah
mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau
pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (
tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak
dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah
Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan
Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin.Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295
orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta
tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan acara yang
pertama dipertandingkan .
15. Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh .Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian
termasuk Malaysia.Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam
sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting
di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di
Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan
renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali
pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan
Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih
kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu
pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada
tahun 1992.Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat
sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan.Bagaimanapun semangat Olimpik dan
kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan
negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu
dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkanwang berjuta-juta ringgit
telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional
ke dalam sukan ini , walaupun mendapat tentangan , namun telah meningkatkan
kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.Organisasi badan tertinggi yang
bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah
Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation =
IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di
dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah
negara kita.Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF
ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal
di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan dan
fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya
persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh
seseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik ,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain yang
16. bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan Olimpik
terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya
sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf
semua perjumpaan sukan terbesar ini.Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia,
IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang
berkaitan dengan bidang sukan ini.
6.2 OLAHRAGA WANITA
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum
lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang
mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan
Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi.Bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya
sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum
masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki.Walaupun semasa olahraga
sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan
Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia,
maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat
dunia iaitu Federation Sportive Feminine International.Tujuan utama penubuhan ketika
itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum
wanita.Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa
menolaknya.Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara olahraga untuk
wanita.Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan Olpimpik tidak pernah
dilupai.
6.3 OLAHRAGA
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
6.4 ACARA BALAPAN
17. Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan
termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak
sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :-
1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400
3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter
4. Steeplechase
a) 3,000 meter
5. Lari jarak sedarhana dan jauh
a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter
6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
18. 6.5 ACARA- ACARA PADANG
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.
1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang
dipertandingkan dalam temasya olahraga :
a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon
d) Merentas desa
7.0 BROSUR SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
( Rujuk lampiran )
8.0 KESIMPULAN
Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan minda kelas pertamayang
seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan rohani (JERIS).Justeru
itu, sukan rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasimenjadi
salahsatu komponen penting dalam sukatan Pendidikan Jasmani.Dengan adanya sukan
rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkankeadaan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial yang sihat.
19. 9.0 RUJUKAN
Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kementerian Belia dan Sukan.(1988). Dasar
sukan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia.(1997). Sekolah
bestari di Malaysia. Kuala Lumpur: Pasukan Petugas Sekolah Bestari.
http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/pdf/dasar1m1s.pdf
http://www.scribd.com/doc/20894453/Definisi-sukan-rekreasi