SlideShare a Scribd company logo
1 of 69
1.0 PENGENALAN
Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk
membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka
sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu
mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas
dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak-
kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta
meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan.
Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat
komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif,
Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran
Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran
lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor.
1.1 Kemahiran Lokomotor
Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu
Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata.
Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan
Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
1.1.1 Lokomotor beritma sekata
1. Berjalan
2
Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan
berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.
2. Berlari
Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh
anggota terangkat daripada mencecah bumi
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada
tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau
kedua-dua belah kaki
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan
berterusan dengan kaki berselang-seli)
6. Meloncat
Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih
kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat
dicapai.
7. Melompat Ketingting
Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu,
kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak
digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak
mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu,
kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.
1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata
3
1. Skip
2. Melongsor
3. Galop
1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor
Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa
menggerakkan dasar penyokong seseorang.
1.2.1 Membongkok
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat
antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh
bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel
membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke
4
belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-
jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula
membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke
belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini
terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan
bahagian lengan atas dan bahu.
1.2.2 Meregang
Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian
badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian
badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau
dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180
darjah.
Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang:
1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula
dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,
tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti
kaki, lengan, kepala dan belakang.
2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan
menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan
dasar menyokong.
1.2.3 Mengilas
Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan
mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar
menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan
sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh
5
dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi
panjang.
1.2.4 Memusing
Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan.
Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah
tempat.
Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing:
1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan,
badan, dan leher.
2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan
berlainan sebagal dasar menyokong.
1.2.5 Menolak
Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa
rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan
pinggul.
1.2.6 Menarik
Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek
kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan
menggunakan tangan.
6
Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik:
1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang
berlainan
2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi .
3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian
badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki.
1.2.7 Hayun
Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan
mengelilingi satu titik tengah yang tetap.
1.2.8 Berbuai-buai
Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh
badan.
Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai:
1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di
dada.
2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain.
3. Hayun dengan bergayut pada palang.
4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke
kiri dan ke kanan.
1.2.9 Rebah
7
Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras
sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang
cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag
tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan
dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin
berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa
berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar
menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila
pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga
dasar menyokong baru didapati.
1.2.10 Bangkit
Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan,
mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang
cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit:
1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga
bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh.
2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam .
3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling.
4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.
1.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid
sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui
pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan
mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
8
besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan
sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi.
Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi
melibatkan tiga aspek iaitu:
1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam,
mengumpan, memukul )
2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut )
3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )
2.0 MATLAMAT
Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus
matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi
pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian
semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk
mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih
mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat
menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa
banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai
pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan
secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang
maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam
kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar
lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan
9
insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri
yang tinggi.
3.0 OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :
1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor,
dan manipulasi alatan.
2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian
dengan lebih berkesan.
3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta
dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan
dalam melakukan sesuatu pergerakan.
4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga
dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan.
5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam
diri pelajar.
6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai
bahagian tubuh badan.
7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga
postur yang baik.
8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan
iaitu ruang, masa, beban dan aliran.
9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
10.Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.
10
11.Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik
melalui pergerakan.
12.Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
13.Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
5.0 Tarikh
30 April 2013
6.0 Tempat
Gimnasium Saidina Hamzah
7.0 Kumpulan Sasaran
Pelajar Tahun Empat
8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta
20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan
lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan
yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu
bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan
contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak
menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan
licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu
melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan
ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah.
11
8.1 Pelan lantai
Rujuk Lampiran
8.2 Senarai peralatan berat
1) Exercise Mat
2) Bangku panjang
3) Peti Lombol
12
4) Papan Anjal
5) Skittel
6) Kotak
13
8.3 Senarai alatan tangan
1) Gelung
2) Belatan
14
3) Pundi kacang
4) Riben
8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi
15
Pergerakan 1
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor
Nama pergerakan : Belantanku sayang
Alatan : Belatan (2)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak
2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas
3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi
4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan
16
5) Ulang langkah 2,3 dan 4
17
Pergerakan 2
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompat katak bergelung
Alatan : Gelung (1)
Cara pelaksanaan :
1) Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi
mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil
tangan memegang gelung
2) Melompat ke hadapan seperti lompat katak
18
Pergerakan 3
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Irama gelung
Alatan : Gelung (1)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan
2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah
19
Pergerakan 4
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Imbangan pundi
20
Alatan : Pundi kacang (1)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas
kepala
2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan
ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan
3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat
21
22
Pergerakan 5
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Hayunan belantan
Alatan : Peti lombol dan belatan (2)
Cara pelaksanaan :
1) Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke
arah bawah
2) Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara
berulangkali
23
Pergerakan 6
Jenis pergerakan : Lokomotor
Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit
Alatan : Tilam dan pundi kacang (2)
24
Cara pelaksanaan :
1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan kiri sambil
kedua-dua tangan memegang pundi kacang
2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan
menahan badan
3) Ulang langkah 1 dan 2
25
26
Pergerakan 7
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Tepuk pundi
Alatan : Pundi kacang (1)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang
2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali
27
Pergerakan 8
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Bus driver
28
Alatan : Gelung (1)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang
stereng bas
2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki
kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu
3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan
gelung
29
30
Pergerakan 9
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Regangan imbangan pundi
Alatan : Pundi kacang (2)
Cara pelaksanaan :
1) Duduk dengan membengkokkan lutut
31
2) Letakkan pundi kacang di atas lutut untuk mengimbanginya
3) Regangkan badan ke sebelah kanan dengan membawa kedua-dua
belah tangan ke arah yang sama
4) Ulang langkah 3 dengan menukar arah ke kiri
32
33
1) Berdiri sambil memegang gelung ke bawah
2) Leretkan gelung ke kawasan skittel
3) Tangan tidak dilepaskan dan pimpin gelung ke kiri dan ke kanan
34
Pergerakan 11
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Gelungku pusing
Alatan : Gelung (1)
Cara pelaksanaan :
1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan
2) Pusingkan gelung 360° bermula dari arah kanan dengan
menggunakan tangan
35
36
Pergerakan 12
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Tarian pundi India
Alatan : Bangku panjang dan pundi kacang
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di atas bangku panjang dengan kedua-dua belah tangan
memegang pundi kacang
2) Sebelah tangan berada di atas dan sebelah tangan lagi berada di
bawah, iaitu seperti posisi tarian India
3) Berjalan ke hadapan bangku sambil menukar arah tangan ke atas
dan ke bawah
37
Pergerakan 12
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Tarian pundi India
Alatan : Bangku panjang dan pundi kacang
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di atas bangku panjang dengan kedua-dua belah tangan
memegang pundi kacang
2) Sebelah tangan berada di atas dan sebelah tangan lagi berada di
bawah, iaitu seperti posisi tarian India
3) Berjalan ke hadapan bangku sambil menukar arah tangan ke atas
dan ke bawah
38
Pergerakan 13
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Imbang dan baling pundi
Alatan : Pundi kacang (2)
39
Cara pelaksanaan :
1) Duduk melutut dengan meletakkan satu pundi kacang di atas
kepala dan satu lagi dipegang pada tangan kanan
2) Baling pundi kacang di tangan kanan ke tangan kiri sambil
mengimbang pundi kacang di atas kepala
3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah balingan
40
41
Pergerakan 14
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk
Alatan : Kotak dan gelung (1)
42
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung
2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang
3) Lompat melepasi kotak
4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit
43
Pergerakan 15
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Putaran gelung
Alatan : Gelung (1)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri sambil membongkokkan badan ke hadapan dengan
memegang gelung
2) Putarkan gelung dengan kedua-dua belah tangan dari arah kanan
ke arah kiri
44
45
Pergerakan 16
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor
Nama pergerakan : Ular Terbang
Alatan : Riben
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri sambil memegang riben
2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan
46
3) Memutarkan riben pada paras atas kepala.
Pergerakan 17
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
47
Nama pergerakan : Gerudi belatan
Alatan : Belatan (2)
Cara pelaksanaan :
1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil
tangan memegang belatan ke hadapan
2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan
3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan
48
Pergerakan 18
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Gerakan harimau
Alatan : Pundi kacang (2)
Cara pelaksanaan :
1) Posisi adalah seperti merangkak
2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan
3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan
dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli
49
50
Pergerakan 19
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor
Nama pergerakan : Lompatan X
51
Alatan : Papan anjal dan belatan (2)
Cara pelaksanaan :
1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang
belatan yang disilangkan seperti bentuk X
2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil
memegang belatan
3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula
52
53
Pergerakan 20
Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor
Nama pergerakan : Morning glory
Alatan : Belatan (2)
Cara pelaksanaan :
1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan
ke hadapan
2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri
54
55
PERGERAKAN 21
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan
dihayun ke belakang.
2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan
3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan
sedikit untuk menyerap hentakan.
56
Pergerakan 22
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Lompat Berpusing
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah
2) Lompat sambil memusingkan badan
3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki
57
Pergerakan 23
Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Kereta Sorong
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Dilakukan secara berpasangan
2) Seorang meniarap di atas lantai dan seorang lagi mengangkat kaki
belakang seperti menggunakan kereta sorong.
58
Pergerakan 24
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Ulat Bulu
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Kedudukan seperti merangkak
2) Angkat bahagian pinggang ke atas
59
3)Tangan kanan melangkah ke hadapan dan kaki kiri melangkah ke
hadapan
4) Bawa tangan kiri dan kaki kanan ke hadapan
5) Ulang gerakan tersebut
Pergerakan 25
Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Jambatan Gantung
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Baring di atas lantai
2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang
60
3) Angkat bahagian belakang badan ke atas
Pergerakan 26
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Kudaku Laju
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada
61
2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti
biasa
3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan
Pergerakan 27
Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Dirian Bangau
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak
62
2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah
3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan
Pergerakan 28
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Gulingan Balak
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas
63
2) Gulingkan badan ke sisi
Pergerakan 29
Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor
Nama Pergerakan : Buaian Bertentangan
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Dilakukan secara berpasangan
64
2) Berdiri di sisi secara bertentangan.
3) Sebelah tangan memegang bahu pasangan.
4) Kaki dihayun ke hadapan dan ke belakang
Pergerakan 30
Jenis Pergerakan : Lokomotor
Nama Pergerakan : Bola Berputar
Alatan : Tiada
Cara Perlaksanaan:
1) Berdiri tegak
65
2) Rendahkan badan seperti melutut
3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai
4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali
5) Berdiri tegak seperti sediakala.
9.0 RUMUSAN
Aktiviti pergerakan asas ini dapat mendedahkan pelajar dengan
pergerakan asas yang kompleks dan mencabar mengikut peringkat umur.
Melalui aktiviti ini juga dapat menerapkan unsur keselamatan dan disiplin
dalam diri individu semasa perlakuan pergerakan. Aktiviti-aktiviti pergerakan
asas ini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk hidup yang lebih
66
cergas dan sihat. Selain itu, aktiviti ini dapat membina keyakinan dalam diri
individu dan meningkatkan ketahanan fizikal dan dalaman seseorang. Aktiviti
ini juga menjadikan individu seorang yang kreatif dalam mencipta pergerakan
yang berlainan dengan memanipulasi alatan tangan tertentu bersama alatan
berat yang telah ditetapkan.
REFLEKSI
Assalamualaikum. Bersyukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana saya
berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya telah memanfaatkan masa yang diberikan
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sepenuhnya. Walaupun tempoh yang
diberi agak singkat, namun saya berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan.
67
Tugasan ini dapat dilakukan dengan mudah kerana mempunyai perancangan dan
strategi yang berkesan serta sistematik.
Sebaik sahaja pensyarah menjelaskan taklimat mengenai pelaksanaan
tugasan ini, langkah pertama yang dilakukan ialah merancang pelaksanaan tugasan.
Saya mula mencari dan mengumpul maklumat, artikel dan semua bahan yang
berkaitan dengan kehendak tugasan. Maklumat yang saya perolehi adalah dari
buku-buku rujukan dan juga internet. Saya menghabiskan banyak masa untuk
menyaring, menganalisis dan menilai maklumat tersebut seperti mana kehendak
tugasan.
Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat meyedari bahawa
pergerakan asas adalah sangat penting untuk dipelajari sebelum mahir melakukan
aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Saya dapat menguasai pelbagai kemahiran berkaitan
dengan pergerakan asas. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih dalam
lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat memanipulasi
alatan dengan memberi perhatian kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika
melaksanakan aktiviti pergerakan asas. Sebagai bakal pendidik, adalah wajar bagi
saya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang topik ini. Saya telah mendapatkan
maklumat, membuat nota, merancang pergerakan untuk dinilai serta mengambil
gambar-gambar berkenaan pergerakan yang akan dipersembahkan.
Saya juga digalakkan untuk berfikir secara kreatif dalam mereka pergerakan-
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam aktiviti ini. Selain itu, saya juga
dapat mempelajari cara yang betul serta idea baru untuk menghasilkan kertas kerja
yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta mengikuti garis panduan yang telah
diberikan oleh pensyarah.
Memandangkan tempoh pelaksanaan tugasan ini agak singkat, saya turut
belajar bagaimana untuk memanfaatkan masa. Sesungguhnya perancangan dan
pengisian masa sangat penting dan menjadi penggerak utama kerja saya. Walaupun
banyak tugasan subjek lain yang masih belum disiapkan sepenuhnya, namun saya
cuba memperuntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian.
68
BIBLIOGRAFI
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi Kedua
Selangor ; Longman Malaysia Sdn. Bhd.
69
Wee Eng Hoe. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor; Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/kanak-kanak/pergerakanasas
http://www.yahoo/basicmovement/
http://www.alikakanungo.com/image.cont.gif
70
LAMPIRA
N

More Related Content

What's hot

Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
farah iziati
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
Nor Azelin Azeman
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Affendi Mustapha
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan ppt
Nadwah Khalid
 
Bateri ujian
Bateri ujianBateri ujian
Bateri ujian
Fatim Rbh
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
Mohamad Ihtifazuddin
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Adada Eric
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
guest5c4bd0e8
 

What's hot (20)

Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal
 
Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu Permainan kecil berasaskan tgfu
Permainan kecil berasaskan tgfu
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan ppt
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Bateri ujian
Bateri ujianBateri ujian
Bateri ujian
 
Lari jarak jauh
Lari jarak jauhLari jarak jauh
Lari jarak jauh
 
Latihan lari pecut
Latihan lari pecutLatihan lari pecut
Latihan lari pecut
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
 
Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4
 
ansur maju lari pecut
ansur maju lari pecutansur maju lari pecut
ansur maju lari pecut
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.pptPENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
PENGUKURAN KECERGASAN FIZIKAL.ppt
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 

Viewers also liked

Pergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suriaPergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
082803658
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
juelinda
 
Materi PJOK 2 Afif Enha
Materi PJOK 2 Afif EnhaMateri PJOK 2 Afif Enha
Materi PJOK 2 Afif Enha
AfifNurulHuda
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Jenry Saiparudin
 
Les pissarres digitals a les aules
Les pissarres digitals a les aulesLes pissarres digitals a les aules
Les pissarres digitals a les aules
NaomiRA94
 
Presentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project ManagementPresentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project Management
Ingeborg Siroen
 

Viewers also liked (20)

Gimrama spts
Gimrama sptsGimrama spts
Gimrama spts
 
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suriaPergerakan bumi di dalam sistem suria
Pergerakan bumi di dalam sistem suria
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
2016 rpt t4 geografi
2016 rpt t4 geografi2016 rpt t4 geografi
2016 rpt t4 geografi
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Topik 7 gimrama
Topik 7 gimramaTopik 7 gimrama
Topik 7 gimrama
 
Materi PJOK 2 Afif Enha
Materi PJOK 2 Afif EnhaMateri PJOK 2 Afif Enha
Materi PJOK 2 Afif Enha
 
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
 
Les pissarres digitals a les aules
Les pissarres digitals a les aulesLes pissarres digitals a les aules
Les pissarres digitals a les aules
 
Jpeg output
Jpeg outputJpeg output
Jpeg output
 
Ojciec niebieski
Ojciec niebieskiOjciec niebieski
Ojciec niebieski
 
Presentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project ManagementPresentatie Biomimicry en Project Management
Presentatie Biomimicry en Project Management
 
Exploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insightsExploring the New Faceboook insights
Exploring the New Faceboook insights
 
187
187187
187
 
Matariki.pptx
Matariki.pptxMatariki.pptx
Matariki.pptx
 
95
9595
95
 
Belegering jeruzalem
Belegering jeruzalemBelegering jeruzalem
Belegering jeruzalem
 
Question 3
Question 3Question 3
Question 3
 

Similar to Pergerakan Asas Perry

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
guest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
nurhusna
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
guest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
guest5c4bd0e8
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Syafiqah Mohamed Noor
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Lavendar Craft
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
Erwin Joseph
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
kerolaiman
 
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptxPPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
FifiCaturYanurita
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2
Winnie Entap
 
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdfpjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
hendraaprilend
 

Similar to Pergerakan Asas Perry (20)

Assignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individuAssignment pergerakan asas individu
Assignment pergerakan asas individu
 
Motor relearning program
Motor relearning programMotor relearning program
Motor relearning program
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanPendidikan Pergerakan
Pendidikan Pergerakan
 
Teori 2
Teori 2Teori 2
Teori 2
 
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012
 
Konsep gerak dasar
Konsep gerak dasarKonsep gerak dasar
Konsep gerak dasar
 
Bahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmaniBahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmani
 
Pjok bab 6
Pjok bab 6Pjok bab 6
Pjok bab 6
 
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptxPPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
PPT PJOK Kelas 1 Bab 1 Gerak Dasar (DICARIGURU.COM).pptx
 
Atletik | Makalah
Atletik | MakalahAtletik | Makalah
Atletik | Makalah
 
Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015Pergerakan lokomotor 2015
Pergerakan lokomotor 2015
 
Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2Cth kertas kerjapj2
Cth kertas kerjapj2
 
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdfpjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
 

More from murni mohamat

More from murni mohamat (20)

Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1 Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
Pendidikan Kesihatan PAT thn 1
 
Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015Bm Thn 3 PAT 2015
Bm Thn 3 PAT 2015
 
Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2 Soalan pjk tahun 2
Soalan pjk tahun 2
 
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
Pendidikan Jasmani Thn 1 2016
 
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
B. Malaysia Penulisan PPT Thn 3 2016
 
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
Bahasa Malaysia Tahun 3 PAT kssr2016
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1 Soalan pendidikan moral tahun 1
Soalan pendidikan moral tahun 1
 
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
P moral tahun 2 KSSR
P moral tahun 2  KSSRP moral tahun 2  KSSR
P moral tahun 2 KSSR
 
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
Soalan Bahasa Malaysia Pep Thn 1.ppt2016
 
Penulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssrPenulisan tahun 3 2015 kssr
Penulisan tahun 3 2015 kssr
 
Penulisan PPT Tahun 3
Penulisan PPT Tahun  3Penulisan PPT Tahun  3
Penulisan PPT Tahun 3
 
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016 Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
Soalan bm tahun 3 pp tkssr2016
 
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisanUb2 tahun 1 2016 penulisan
Ub2 tahun 1 2016 penulisan
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Recently uploaded (20)

Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 

Pergerakan Asas Perry

  • 1. 1.0 PENGENALAN Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang / masa / kuasa ), melatih kanak- kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu Kemahiran Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Dalam Kemahiran Pergerakan Asas, kemahiran ini terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran lokomotor dan kemahiran bukan lokomotor. 1.1 Kemahiran Lokomotor Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. 1.1.1 Lokomotor beritma sekata 1. Berjalan 2
  • 2. Pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. 2. Berlari Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi 3. Melompat (mendarat dengan dua kaki) Pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki 4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki) 5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli) 6. Meloncat Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 7. Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah. 1.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata 3
  • 3. 1. Skip 2. Melongsor 3. Galop 1.2 Kemahiran Bukan Lokomotor Kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. 1.2.1 Membongkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke 4
  • 4. belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari- jari kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, di pinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu. 1.2.2 Meregang Meregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah. Contoh-contoh aktiviti untuk membongkok dan meregang: 1. Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepada bahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. 2. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong. 1.2.3 Mengilas Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatan sahaja. Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh 5
  • 5. dikilas. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 1.2.4 Memusing Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. Contoh-contoh aktiviti untuk mengilas dan memusing: 1. Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, dan leher. 2. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagal dasar menyokong. 1.2.5 Menolak Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul. 1.2.6 Menarik Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan. 6
  • 6. Contoh-contoh aktiviti menolak dan menarik: 1. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 2. Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , dan ke sisi . 3. Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yang berlainan seperti tangan , siku , dan kaki. 1.2.7 Hayun Hayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap. 1.2.8 Berbuai-buai Pergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan. Contoh-contoh aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai: 1. Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada. 2. Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain. 3. Hayun dengan bergayut pada palang. 4. Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan. 1.2.9 Rebah 7
  • 7. Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah . Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 1.2.10 Bangkit Untuk bangkit, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. Contoh-contoh aktiviti untuk rebah dan bangkit: 1. Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. 2. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . 3. Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. 4. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali. 1.3 Kemahiran Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola 8
  • 8. besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu: 1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul ) 2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut ) 3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola ) 2.0 MATLAMAT Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan untuk memenuhi silibus matapelajaran Pergerakan Asas yang juga menjadi persediaan asas bagi pelajar-pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam ujian semester dua nanti. Selain daripada itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut tahap umur. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan sebaik mungkin peluang ini dengan menimba seberapa banyak pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini. Selain itu juga, melalui tugasan amali yang diberikan secara indvidu, diharapkan guru pelatih mendapat pengetahuan yang maksimum disamping mempraktikkan pergerakan yang betul dalam kehidupan seharian. Semoga amali seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan seterusnya melahirkan 9
  • 9. insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri yang tinggi. 3.0 OBJEKTIF Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk : 1. Menguji para peserta dari segi kemahiran lokomotor, bukan lokomotor, dan manipulasi alatan. 2. Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan lebih berkesan. 3. Pelajar dapat melakukan pergerakan asas dengan cara yang betul serta dapat menggabungkan pergerakan menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan sesuatu pergerakan. 4. Melakukan kemahiran dengan cara yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam pergerakan. 5. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. 6. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. 7. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. 8. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. 9. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 10.Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. 10
  • 10. 11.Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. 12.Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. 13.Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 5.0 Tarikh 30 April 2013 6.0 Tempat Gimnasium Saidina Hamzah 7.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Tahun Empat 8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta 20 pergerakan iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah mempunyai 20 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan sejenis alatan contohnya alatan seperti bola, tali, reben atau gelung rotan. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas, sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras tinggi, sederhana dan rendah. 11
  • 11. 8.1 Pelan lantai Rujuk Lampiran 8.2 Senarai peralatan berat 1) Exercise Mat 2) Bangku panjang 3) Peti Lombol 12
  • 12. 4) Papan Anjal 5) Skittel 6) Kotak 13
  • 13. 8.3 Senarai alatan tangan 1) Gelung 2) Belatan 14
  • 14. 3) Pundi kacang 4) Riben 8.4 Prosedur pelaksanaan demonstrasi 15
  • 15. Pergerakan 1 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Belantanku sayang Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak 2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas 3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi 4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan 16
  • 16. 5) Ulang langkah 2,3 dan 4 17
  • 17. Pergerakan 2 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompat katak bergelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Posisi badan adalah seperti permulaan lompat katak, iaitu posisi mencangkung, dengan badan berada di dalam gelung sambil tangan memegang gelung 2) Melompat ke hadapan seperti lompat katak 18
  • 18. Pergerakan 3 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah 19
  • 19. Pergerakan 4 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan pundi 20
  • 20. Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat 21
  • 21. 22
  • 22. Pergerakan 5 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Hayunan belantan Alatan : Peti lombol dan belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut di atas peti lombol sambil memegang belatan ke arah bawah 2) Belatan diangkat ke sisi dan dihayun ke atas dan ke bawah secara berulangkali 23
  • 23. Pergerakan 6 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit Alatan : Tilam dan pundi kacang (2) 24
  • 24. Cara pelaksanaan : 1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan kiri sambil kedua-dua tangan memegang pundi kacang 2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan menahan badan 3) Ulang langkah 1 dan 2 25
  • 25. 26
  • 26. Pergerakan 7 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Tepuk pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang 2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali 27
  • 27. Pergerakan 8 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Bus driver 28
  • 28. Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang stereng bas 2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan gelung 29
  • 29. 30
  • 30. Pergerakan 9 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Regangan imbangan pundi Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Duduk dengan membengkokkan lutut 31
  • 31. 2) Letakkan pundi kacang di atas lutut untuk mengimbanginya 3) Regangkan badan ke sebelah kanan dengan membawa kedua-dua belah tangan ke arah yang sama 4) Ulang langkah 3 dengan menukar arah ke kiri 32
  • 32. 33
  • 33. 1) Berdiri sambil memegang gelung ke bawah 2) Leretkan gelung ke kawasan skittel 3) Tangan tidak dilepaskan dan pimpin gelung ke kiri dan ke kanan 34
  • 34. Pergerakan 11 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gelungku pusing Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan 2) Pusingkan gelung 360° bermula dari arah kanan dengan menggunakan tangan 35
  • 35. 36
  • 36. Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Tarian pundi India Alatan : Bangku panjang dan pundi kacang Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di atas bangku panjang dengan kedua-dua belah tangan memegang pundi kacang 2) Sebelah tangan berada di atas dan sebelah tangan lagi berada di bawah, iaitu seperti posisi tarian India 3) Berjalan ke hadapan bangku sambil menukar arah tangan ke atas dan ke bawah 37
  • 37. Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Tarian pundi India Alatan : Bangku panjang dan pundi kacang Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di atas bangku panjang dengan kedua-dua belah tangan memegang pundi kacang 2) Sebelah tangan berada di atas dan sebelah tangan lagi berada di bawah, iaitu seperti posisi tarian India 3) Berjalan ke hadapan bangku sambil menukar arah tangan ke atas dan ke bawah 38
  • 38. Pergerakan 13 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Imbang dan baling pundi Alatan : Pundi kacang (2) 39
  • 39. Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan meletakkan satu pundi kacang di atas kepala dan satu lagi dipegang pada tangan kanan 2) Baling pundi kacang di tangan kanan ke tangan kiri sambil mengimbang pundi kacang di atas kepala 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah balingan 40
  • 40. 41
  • 41. Pergerakan 14 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk Alatan : Kotak dan gelung (1) 42
  • 42. Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung 2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang 3) Lompat melepasi kotak 4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit 43
  • 43. Pergerakan 15 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Putaran gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil membongkokkan badan ke hadapan dengan memegang gelung 2) Putarkan gelung dengan kedua-dua belah tangan dari arah kanan ke arah kiri 44
  • 44. 45
  • 45. Pergerakan 16 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Ular Terbang Alatan : Riben Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang riben 2) Menggerakkan riben ke kiri dan ke kanan 46
  • 46. 3) Memutarkan riben pada paras atas kepala. Pergerakan 17 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor 47
  • 47. Nama pergerakan : Gerudi belatan Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan 48
  • 48. Pergerakan 18 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Posisi adalah seperti merangkak 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan 3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli 49
  • 49. 50
  • 50. Pergerakan 19 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan X 51
  • 51. Alatan : Papan anjal dan belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri di permulaan papan anjal dengan tangan memegang belatan yang disilangkan seperti bentuk X 2) Lompat ke atas papan anjal dengan tangan di sisi sambil memegang belatan 3) Semasa mendarat, belatan di tangan disilangkan semula 52
  • 52. 53
  • 53. Pergerakan 20 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Morning glory Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan ke sebelah kanan dengan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat belatan ke atas mengikut arah iaitu dari kanan ke kiri 54
  • 54. 55
  • 55. PERGERAKAN 21 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang. 2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan. 56
  • 56. Pergerakan 22 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Berpusing Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah 2) Lompat sambil memusingkan badan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki 57
  • 57. Pergerakan 23 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Kereta Sorong Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Dilakukan secara berpasangan 2) Seorang meniarap di atas lantai dan seorang lagi mengangkat kaki belakang seperti menggunakan kereta sorong. 58
  • 58. Pergerakan 24 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Ulat Bulu Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Kedudukan seperti merangkak 2) Angkat bahagian pinggang ke atas 59
  • 59. 3)Tangan kanan melangkah ke hadapan dan kaki kiri melangkah ke hadapan 4) Bawa tangan kiri dan kaki kanan ke hadapan 5) Ulang gerakan tersebut Pergerakan 25 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Jambatan Gantung Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Baring di atas lantai 2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang 60
  • 60. 3) Angkat bahagian belakang badan ke atas Pergerakan 26 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Kudaku Laju Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada 61
  • 61. 2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa 3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan Pergerakan 27 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Dirian Bangau Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 62
  • 62. 2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah 3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan Pergerakan 28 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Gulingan Balak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas 63
  • 63. 2) Gulingkan badan ke sisi Pergerakan 29 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Buaian Bertentangan Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Dilakukan secara berpasangan 64
  • 64. 2) Berdiri di sisi secara bertentangan. 3) Sebelah tangan memegang bahu pasangan. 4) Kaki dihayun ke hadapan dan ke belakang Pergerakan 30 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Bola Berputar Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 65
  • 65. 2) Rendahkan badan seperti melutut 3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai 4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali 5) Berdiri tegak seperti sediakala. 9.0 RUMUSAN Aktiviti pergerakan asas ini dapat mendedahkan pelajar dengan pergerakan asas yang kompleks dan mencabar mengikut peringkat umur. Melalui aktiviti ini juga dapat menerapkan unsur keselamatan dan disiplin dalam diri individu semasa perlakuan pergerakan. Aktiviti-aktiviti pergerakan asas ini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk hidup yang lebih 66
  • 66. cergas dan sihat. Selain itu, aktiviti ini dapat membina keyakinan dalam diri individu dan meningkatkan ketahanan fizikal dan dalaman seseorang. Aktiviti ini juga menjadikan individu seorang yang kreatif dalam mencipta pergerakan yang berlainan dengan memanipulasi alatan tangan tertentu bersama alatan berat yang telah ditetapkan. REFLEKSI Assalamualaikum. Bersyukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya telah memanfaatkan masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sepenuhnya. Walaupun tempoh yang diberi agak singkat, namun saya berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan. 67
  • 67. Tugasan ini dapat dilakukan dengan mudah kerana mempunyai perancangan dan strategi yang berkesan serta sistematik. Sebaik sahaja pensyarah menjelaskan taklimat mengenai pelaksanaan tugasan ini, langkah pertama yang dilakukan ialah merancang pelaksanaan tugasan. Saya mula mencari dan mengumpul maklumat, artikel dan semua bahan yang berkaitan dengan kehendak tugasan. Maklumat yang saya perolehi adalah dari buku-buku rujukan dan juga internet. Saya menghabiskan banyak masa untuk menyaring, menganalisis dan menilai maklumat tersebut seperti mana kehendak tugasan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat meyedari bahawa pergerakan asas adalah sangat penting untuk dipelajari sebelum mahir melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Saya dapat menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih dalam lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta dapat memanipulasi alatan dengan memberi perhatian kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti pergerakan asas. Sebagai bakal pendidik, adalah wajar bagi saya untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang topik ini. Saya telah mendapatkan maklumat, membuat nota, merancang pergerakan untuk dinilai serta mengambil gambar-gambar berkenaan pergerakan yang akan dipersembahkan. Saya juga digalakkan untuk berfikir secara kreatif dalam mereka pergerakan- pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam aktiviti ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara yang betul serta idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta mengikuti garis panduan yang telah diberikan oleh pensyarah. Memandangkan tempoh pelaksanaan tugasan ini agak singkat, saya turut belajar bagaimana untuk memanfaatkan masa. Sesungguhnya perancangan dan pengisian masa sangat penting dan menjadi penggerak utama kerja saya. Walaupun banyak tugasan subjek lain yang masih belum disiapkan sepenuhnya, namun saya cuba memperuntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian. 68
  • 68. BIBLIOGRAFI Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah Edisi Kedua Selangor ; Longman Malaysia Sdn. Bhd. 69
  • 69. Wee Eng Hoe. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor; Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/kanak-kanak/pergerakanasas http://www.yahoo/basicmovement/ http://www.alikakanungo.com/image.cont.gif 70 LAMPIRA N