SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
PERBEZAAN ANTARA SISTEM
EKONOMI ISLAM VS EKONOMI
KONVENSIONAL
BPMS2033
Etika Perniagaan Islam dan
Tanggungjawab Sosial
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 1
Pengenalan
• Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri
merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang
menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah.
• Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil
dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua sumber-
sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi
mendapat keredhaan Allah.
• Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan tujuannya
yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem
ekonomi islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia
mahupun di akhirat ataupun yang dikenali sebagai al-Falah (Mohd
Dali at el, 2004).
• Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai
ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 2
• Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam sistem
ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi
tanggungjawab manusia dengan Allah sebagai pencipta
dan juga hubungan manusia sesama manusia.
• Kesimpulannya, dapatlah dikatakan yang seluruh insan
bertanggungjawab terhadap amanah yang telah
ditetapkan oleh Allah.
• Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber
utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas
sebagai ciri utamanya. Hal ini memberi makna dan
panduan kepada manusia semasa menjalankan
kegiatan-kegiatan ekonomi.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 3
SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL
• Sistem ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai
suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara
meluas di dalam sesebuah masyarakat.
• Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam
sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai
yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah
mengikut ketentuan masyarakat.
• Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem
kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 4
1. SISTEM EKONOMI KAPITALIS
• Sistem ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem
ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan
keuntungan.
• Bebas mencari keuntungan
• Menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kerana terlibat dengan aktiviti
monopoli sehingga terjadi persaingan bebas.
• Tidak mementingkan kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan
individu.
• Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individu serta individu juga
bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asalkan kegiatannya tidak
mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh
masyarakat maka hak-hak ini boleh di atasi melalui tindakan masyarakat itu
sendiri.
• Terlibat dengan melihat kepada kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran,
kos, menetapkan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
• Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan
golongan miskin.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 5
SAMB…
· Pemilikan sumber
Ø Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu.
Ø Sumber ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan.
Ø Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi
kepuasan mereka.
· Matlamat pengeluaran
Ø Firma mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan
kebajikan masyarakat.
· Peranan mekanisme harga
Ø Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui
mekanisme harga.
Ø Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang secara relatif lebih untuk
mendapatkan keuntungan maksimum.
Ø Pengguna pula akan membeli barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti
maksimum.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 6
SAMB…
· Persaingan
Ø Individu bebas bersaing antara satu sama lain.
Ø Pengeluar juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran.
Ø Dengan wujudnya persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan
adalah lebih berkualiti dan mempunyai harga berpatutan.
· Keagungan pengguna dalam pasaran
Ø Pengguna dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran.
Ø Ini kerana corak peruntukan sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh
bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan
keluarannya dengan berpandukan kepada permintaan pengguna.
Ø Pengeluar hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
mempunyai permintaan sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu,
kejayaan pengeluar dan kejayaan pasaran adalah bergantung kepada
pengguna.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 7
2. SISTEM EKONOMI SOSIALIS
• Sistem ekonomi ekonomi sosialis atau juga dikenali sebagai
sistem perancangan pusat.
• Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan masalah-
masalah timbul daripada sistem ekonomi pasaran bebas.
• Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam
memutuskan persoalan masalah asas ekonomi. Oleh itu,
kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan
mengawal kegiatan ekonomi.
• Dalam sistem ekonomi ini juga, kerajaan memiliki kuasa
penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi,
manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk
memilikinya.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 8
SAMB…
· Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi.
Dalam sistem ekonomi sosialis ini kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancang
ekonomi. Badan ini berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini juga akan menentukan apa dan
berapa barang yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan
barang dan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai.
· Hak Milik Negara.
Hak milik negara bermaksud, segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah dimiliki sepenuhnya oleh
pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta
persendirian. Individu juga tidak ada kebebasan dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk memilih
pekerjaan. Ini bermakna, semua individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang. Manakala,
kerajaan pula akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk
memilih barang yang disukai.
tiada motif keuntungan.
· Kebajikan Masyarakat dan Bukannya Keuntungan.
Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam pengagihan
pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan.
Projek-projek yang dirancang akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 9
3. SISTEM EKONOMI KOMUNIS
• Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian
dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran bebas.
• Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber
semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan.
• Rakyat dan syarikat swasta tidak dibenarkan langsung
menguasai sumber-sumber negara.
• Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat
mengikut kehendak kerajaan.
• Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet,
Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara
Afrika.
• Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara atas
kehendak rakyatnya sendiri.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 10
SAMB..
• Ideologi semata-mata
• Dijadikan sebagai alat kekuassaan
• Prinsip utama adalah semuanya milik rakyat
dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran
rakyat secara saksama.
• Komunisme juga disebut sebagai anti
liberalisme.
• komunisme melampaui agama.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 11
4. SISTEM EKONOMI CAMPURAN
• Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem
ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.
• Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran serta
membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi.
• Campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran.
• Masalah asas ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh
kerajaan dan pihak swasta. Walau bagaimanpun, kuasa permintaan
dan penawaran masih dipengaruhi oleh mekanisme pasaran.
• Individu dan firma dalam ekonomi campuran mempunyai
kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
• Sistem ekonomi campuran bermotifkan untuk memaksimumkan
keuntungan tetapi kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak
menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor-faktor pengeluaran.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 12
5. SISTEM EKONOMI ISLAM
• Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah
• Menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah
dengan cekap dan adil.
• Semua sumber adalah hak milik Allah dan manusia
sebagai khalifah untuk menjaga, mengawal dan
menguruskan sahaja.
• Tidak melakukan pembaziran
• Menguruskan sumber bahan mentah dengan amanah
dan bertanggungjawab.
• Tidak merosakkan dan memudhoratkan.
• Diagihkan secara sama rata.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 13
SAMB…
• Sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin
sains yang menkaji permasalahan dan
kegiatan berdasarkan sistem nilai atau
peraturan Islam dalam menguruskan sumber-
sumber alam secara kebendaan dan
kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat
demi mendapat keredhaan Allah.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 14
SAMB…
• Sistem ini menentang amalan riba dan faedah
kerana ia mempunyai unsur-unsur
penindasan.
• Sumber rujukan yang utama dalam sistem
ekonomi Islama adalah Al-quran dan Al-
sunnah.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 15
CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM
i. Pemilikan Sumber
Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan
Allah.
ii. Motif Ekonomi
Matlamat sistem ekonomi Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih penting adalah kebajikan
masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang sebenar ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
iii. Persaingan Yang Sihat Dibenarkan
Melalui sistem ekonomi Islam, persaingan secara adil dan saksama digalakkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti penindasan, makan
riba, sorokan dan sebagainya adalah diharamkan.
iv. Kebebasan Membuat Keputusan Ekonomi
Individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang yang hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan
tidak melanggar hukum syarak.
v. Sistem Yang Bukan Ciptaan Manusia
Sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana hokum yang ditentukan oleh syarak tidak boleh
diubah dalam apa bentuk sekalipun kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan.
vi. Tujuan Kegiatan Ekonomi
Segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi ganjaran di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi
Islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah di akhirat kelak.
vii. Pemilikan Harta
Setiap individu merupakan pemegang amanah Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu dikendalikan dengan baik. Pengagihan
harta secara adil dan saksama adalah wajib bagi golongan yang berada bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang berada
dan golongan yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka. Semua masyarakat dibenarkan menikmati sumber-sumber penting
kerana setiap individu dilarang melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti pencemaran.
viii. Kebebasan Persaingan
Islam membenarkan umatNya bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan antara mereka adalah dibenarkan secara ail dan
saksama. Riba adalah diharamkan dalam urusan ekonomi ini.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 16
UNSUR-UNSUR YANG TIDAK ADA DALAM SISTEM EKONOMI
ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL
• UNSUR TANAJUSY
• UNSUR GHARAR
• UNSUR TADLIS AL ‘AIB
• UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY
• UNSUR GHALAT
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 17
UNSUR TANAJUSY
• Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual
dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan
membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli
tidak mahu membeli barangan berkenaan.
• Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain terpedaya dan
merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan
permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini
menguntungkan penjual.
• Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut
sebagai ‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk
sesuatu system kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan
mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan tersebut. Ia dianggap
unsur negative dalam pasaran menurut fiqh Islam.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 18
UNSUR GHARAR
• Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli
ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti wujud,
harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan
sifat jualan. Fiqh Islam menolak jual beli yang
mempunyai sifat gharar.
• Gharar jika yasir, yakni tidak melampau dianggap
fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk
membasmi dan menjamin pasaran tidak ada sama
sekali unsur gharar adalah suatu yang terlalu rumit.
Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir
tidak menjadi suatu kecacatan pasaran.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 19
UNSUR TADLIS AL ‘AIB
• Tadlis al-‘aib bermaksud menyembunyikan
kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang
diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari
pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak.
• Kontrak mestilah bersih dari unsur ini supaya
pembeli benar-benar membeli berasaskan
pertimbangan sendiri.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 20
UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY
• Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al-
mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al-
ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau
pihak penerima kontrak.
• Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh
keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami
kerugian teruk manakala pembeli mengalami keuntungan
tinggi.
• Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana
pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang
biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam.
Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak melampau) ia
diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya
bukan suatu kecacatan pasaran.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 21
UNSUR GHALAT
• Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran.
Ghalat yang danggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan
kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak.
• Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata).
Pihak-pihak yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak
keatasnya.
• Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu
berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan perkara yang
dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat
mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu.
• Para ekonomi nonmuslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah
sukses menggabungkan etika dan ekonomi sementaa sistem kapitalis dan sosialis
memisahkan keduanya.
• Jack Austria, seorang Perancis, dalam bukunya Islam dan pengembangan Ekonomi
mengatakan, “Islam adalah gabungan antara tatanan kehidupan praktis dan sumber etika
yang mulia. Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini
boleh dikatakan bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis.
• Dan ekonomi yang kekuatannya berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah
ekonomi yang berdasarkan etika”.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 22
Penutup
• Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami
kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama dalam
hal ekonomi.
• Krisis ekonomi yang melanda ekonomi dunia terkesan dari
kepincangan ekonomi kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis
digambarkan dengan kejatuhan Rusia sebagai kuasa besar.
• Rentetan dari kepincangan ekonomi ini membuatkan ramai pakar
ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem ekonomi
ini.
• Malah ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan
pasaran modal Islam walaupun tidak melihat keseluruhan sistem
ekonomi Islam sebagai pengganti sistem sedia ada dan menjadi
pemacu kepada pembangunan ekonomi.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 23
SAMB..
• Perbezaan utama di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi Islam adalah
konsep tauhid dimana ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan
komponen-komponen dalam di dalam sistem ekonomi tersebut.
• Sistem ekonomi bukan Islam di bangunkan dengan riba yang mana dilarang secara
keras di dalam ekonomi Islam.
• Di suatu ekstrem, sistem kapitalis member kebebasan sepenuhnya di dalam
pemilikan dan aktiviti ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis tidak
memberikan kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi.
• Sistem ekonomi Islam mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan
member kebebasan dan juga mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan
jurang perbezaan di antara yang berada dan yang tidak berada dengan peranan
individu dan kerajaan melalui aliran zakat sebagai contohnya.
• Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah
swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan keuntungan yang
berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan keuntungan di
mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran.
• Disamping itu, sistem ekonomi Islam bersifat normatif berbanding kapitalis yang
bersifat positif dan sosialis yang bersifat konstruktif.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 24
RUJUKAN
1. Yakcop, Nor Mohamed. (1996). Sistem Kewangan Islam di Malaysia:
Teori, Amalan, dan Prospek. Utusan Publications & Distributors, Kuala
Lumpur.
2. Heng Siew Ngu, Md Zyadi Md. Tahir (2009). Mikroekonomi. Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
3. Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa, Muhammad Nasri Md
Hussain, Mohd. Nizam Hanafiah. (2009). Pengantar Perniagaan Islam. Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
4. Mohd Dali at el. (2004). Islamic E-commerce. its theoretical framework
and challenges forislamic buisness. Proceeding of Knolewdge Management of
International Conference &Exhibition (KMICE) 14-15 February 2004.
Evergreen Laurel Hotel, Penang & Covention Center, UUM Malaysia.
5. http://www.scribd.com/doc/2163104/Sistem-ekonomi-Islam-dan-sistem-
ekonomi-konvensional.
6. http://suherilbs.wordpress.com/ekonomi-mikro/ekonomi-makro.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 25
Sekian, terima kasih.
Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 26

More Related Content

What's hot

Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamPengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamMahyuddin Khalid
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyatdr2200s
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihnelson fredoline
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratFatin Ain Nabila
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Mr. H
 
Pengeluaran Menurut Ekonomi Islam
Pengeluaran Menurut Ekonomi IslamPengeluaran Menurut Ekonomi Islam
Pengeluaran Menurut Ekonomi IslamMahyuddin Khalid
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalNur Az
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 

What's hot (20)

Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Absw3103 topik 2
Absw3103 topik 2Absw3103 topik 2
Absw3103 topik 2
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi IslamPengagihan Menurut Ekonomi Islam
Pengagihan Menurut Ekonomi Islam
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah baratCabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
Cabang-cabang falsafah menurut pandangan ahli falsafah barat
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009Sistem Ekonomi Islam 2009
Sistem Ekonomi Islam 2009
 
Pengeluaran Menurut Ekonomi Islam
Pengeluaran Menurut Ekonomi IslamPengeluaran Menurut Ekonomi Islam
Pengeluaran Menurut Ekonomi Islam
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 

Similar to Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional

Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensionalPerbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensionalpeningla
 
SISTEM EKONOMI INDONESIA
SISTEM EKONOMI INDONESIASISTEM EKONOMI INDONESIA
SISTEM EKONOMI INDONESIADini Sri Rahayu
 
Kel.4 sistem ekonomi.pptx
Kel.4 sistem ekonomi.pptxKel.4 sistem ekonomi.pptx
Kel.4 sistem ekonomi.pptxAkhmadFauzan28
 
9. sistem ekonomi x iis1 stc1
9. sistem ekonomi x iis1 stc19. sistem ekonomi x iis1 stc1
9. sistem ekonomi x iis1 stc1Antonius Suranto
 
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islam
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islamPerbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islam
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islamMiftah Iqtishoduna
 
4.2 sistem ekonomi indonesia
4.2 sistem ekonomi indonesia4.2 sistem ekonomi indonesia
4.2 sistem ekonomi indonesiavia ultuflia
 
Sistem ekonomi indonesia
Sistem ekonomi indonesiaSistem ekonomi indonesia
Sistem ekonomi indonesiaLutfiyah Siti
 
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umum
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umumPerbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umum
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umumPawit Supriyani
 
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesia
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesiaPresentation3.pptx sistem ekonomi indonesia
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesiaiswah yuni
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Sistem ekonomi Indonesia
Sistem ekonomi IndonesiaSistem ekonomi Indonesia
Sistem ekonomi IndonesiaEko Mardianto
 
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesiaadhi nugraha
 
materi ekonomi.pptx
materi ekonomi.pptxmateri ekonomi.pptx
materi ekonomi.pptxKhoiNen
 
Sistem dan pelaku ekonomi
Sistem dan pelaku ekonomiSistem dan pelaku ekonomi
Sistem dan pelaku ekonomiceppywr
 
Sistem Ekonomi
Sistem EkonomiSistem Ekonomi
Sistem EkonomiJogo Hera
 

Similar to Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional (20)

Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensionalPerbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
Perbezaan antara sistem ekonomi islam dengan ekonomi konvensional
 
SISTEM EKONOMI INDONESIA
SISTEM EKONOMI INDONESIASISTEM EKONOMI INDONESIA
SISTEM EKONOMI INDONESIA
 
Sistem Ekonomi
Sistem EkonomiSistem Ekonomi
Sistem Ekonomi
 
Kel.4 sistem ekonomi.pptx
Kel.4 sistem ekonomi.pptxKel.4 sistem ekonomi.pptx
Kel.4 sistem ekonomi.pptx
 
9. sistem ekonomi x iis1 stc1
9. sistem ekonomi x iis1 stc19. sistem ekonomi x iis1 stc1
9. sistem ekonomi x iis1 stc1
 
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islam
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islamPerbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islam
Perbedaan ekonomi kapitalisme, sosialisme dan islam
 
4.2 sistem ekonomi indonesia
4.2 sistem ekonomi indonesia4.2 sistem ekonomi indonesia
4.2 sistem ekonomi indonesia
 
Sistem ekonomi indonesia
Sistem ekonomi indonesiaSistem ekonomi indonesia
Sistem ekonomi indonesia
 
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umum
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umumPerbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umum
Perbandingan periodisasi ekonomi islam dan ekonomi umum
 
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesia
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesiaPresentation3.pptx sistem ekonomi indonesia
Presentation3.pptx sistem ekonomi indonesia
 
Bab iii sistem pi
Bab iii sistem piBab iii sistem pi
Bab iii sistem pi
 
3 sistem ekonomi indonesia
3 sistem ekonomi indonesia3 sistem ekonomi indonesia
3 sistem ekonomi indonesia
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
 
Sistem ekonomi Indonesia
Sistem ekonomi IndonesiaSistem ekonomi Indonesia
Sistem ekonomi Indonesia
 
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia
3 adhi nugraha 5x sistem perekonomian indonesia
 
masalah pokok ekonomi
masalah pokok ekonomimasalah pokok ekonomi
masalah pokok ekonomi
 
3.sistem ekonomi indonesia
3.sistem ekonomi indonesia3.sistem ekonomi indonesia
3.sistem ekonomi indonesia
 
materi ekonomi.pptx
materi ekonomi.pptxmateri ekonomi.pptx
materi ekonomi.pptx
 
Sistem dan pelaku ekonomi
Sistem dan pelaku ekonomiSistem dan pelaku ekonomi
Sistem dan pelaku ekonomi
 
Sistem Ekonomi
Sistem EkonomiSistem Ekonomi
Sistem Ekonomi
 

More from Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia

More from Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptxCU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
CU 4 WA 3 CONDUCT STAFF TRAINING - Part 2.pptx
 
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan KakitanganCU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
CU4 WA3 Mengendalikan Latihan Kakitangan
 
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
Organizational Strengthening & Team Building Workshop Inasis YAB & Bank Muama...
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection-02.pptx
 
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptxCU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
CU2 WA2 - Carry out Halal Compliance machine and equipment inspection.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection 02...
 
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
2023-Graduan Holistik Peneraju Transformasi- Kapt Dr. Mohd Adib Abd Muin.pptx
 
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdfCU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
CU1 WA4 - Carry out Transportation and Storage Halal Compliance inspection.pdf
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection 02.pptx
 
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptxCU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
CU1 WA2 - Carry out Packaging Halal Compliance inspection.pptx
 
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdfBAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
BAGAIMANA RASULULLAH SAW BERPUASA 11 April 2023 - Kapt Dr. Adib.pdf
 
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
Pecutan Terakhir Lailatul Qadar 8 April 2023 17 Ramadan 1444H - Kapt Dr Mohd ...
 
CHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptxCHAPTER 9.pptx
CHAPTER 9.pptx
 
Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!Pentingkah Aku!!
Pentingkah Aku!!
 
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptxPemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
Pemimpin Perlu Buat tidak hanya Mengarah - 6 Jan 2023 - KUPIES.pptx
 
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic PerspectiveCHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
CHAPTER 8. Strategic Management in Islamic Perspective
 
CHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in IslamCHAPTER 7: Controlling in Islam
CHAPTER 7: Controlling in Islam
 
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdfDR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
DR MOHD ADIB ABD MUIN - 2022.pdf
 
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdfTazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
Tazkirah Perdana - Adab dan Etika Pelajar - Dr Adib.pdf
 

Recently uploaded

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 

Recently uploaded (20)

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 

Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam vs Ekonomi Konvensional

  • 1. PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM VS EKONOMI KONVENSIONAL BPMS2033 Etika Perniagaan Islam dan Tanggungjawab Sosial Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 1
  • 2. Pengenalan • Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah. • Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua sumber- sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah. • Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi islam ialah untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat ataupun yang dikenali sebagai al-Falah (Mohd Dali at el, 2004). • Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 2
  • 3. • Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia. • Kesimpulannya, dapatlah dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan oleh Allah. • Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 3
  • 4. SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL • Sistem ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. • Suatu sistem yang ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan masyarakat. • Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem kapitalis, sosialis, komunis dan ekonomi campuran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 4
  • 5. 1. SISTEM EKONOMI KAPITALIS • Sistem ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan keuntungan. • Bebas mencari keuntungan • Menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kerana terlibat dengan aktiviti monopoli sehingga terjadi persaingan bebas. • Tidak mementingkan kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan individu. • Hal ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individu serta individu juga bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asalkan kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat maka hak-hak ini boleh di atasi melalui tindakan masyarakat itu sendiri. • Terlibat dengan melihat kepada kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetapkan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. • Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 5
  • 6. SAMB… · Pemilikan sumber Ø Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu. Ø Sumber ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan. Ø Individu bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi kepuasan mereka. · Matlamat pengeluaran Ø Firma mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. · Peranan mekanisme harga Ø Harga di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme harga. Ø Pengeluar akan mengeluarkan barangan yang secara relatif lebih untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Ø Pengguna pula akan membeli barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti maksimum. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 6
  • 7. SAMB… · Persaingan Ø Individu bebas bersaing antara satu sama lain. Ø Pengeluar juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran. Ø Dengan wujudnya persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah lebih berkualiti dan mempunyai harga berpatutan. · Keagungan pengguna dalam pasaran Ø Pengguna dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran. Ø Ini kerana corak peruntukan sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan keluarannya dengan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ø Pengeluar hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu, kejayaan pengeluar dan kejayaan pasaran adalah bergantung kepada pengguna. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 7
  • 8. 2. SISTEM EKONOMI SOSIALIS • Sistem ekonomi ekonomi sosialis atau juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan masalah- masalah timbul daripada sistem ekonomi pasaran bebas. • Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam memutuskan persoalan masalah asas ekonomi. Oleh itu, kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan mengawal kegiatan ekonomi. • Dalam sistem ekonomi ini juga, kerajaan memiliki kuasa penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi, manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk memilikinya. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 8
  • 9. SAMB… · Campur Tangan Kerajaan Dalam Ekonomi. Dalam sistem ekonomi sosialis ini kerajaan campur tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancang ekonomi. Badan ini berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini juga akan menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan barang dan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai. · Hak Milik Negara. Hak milik negara bermaksud, segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara itu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian. Individu juga tidak ada kebebasan dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk memilih pekerjaan. Ini bermakna, semua individu akan bekerja dengan kerajaan untuk mengeluarkan barang. Manakala, kerajaan pula akan mengagihkan barang yang dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih barang yang disukai. tiada motif keuntungan. · Kebajikan Masyarakat dan Bukannya Keuntungan. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan. Projek-projek yang dirancang akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 9
  • 10. 3. SISTEM EKONOMI KOMUNIS • Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan harta persendirian dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran bebas. • Segala pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh kerajaan. • Rakyat dan syarikat swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber negara. • Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut kehendak kerajaan. • Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet, Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. • Sistem ini telah pun runtuh di beberapa buah negara atas kehendak rakyatnya sendiri. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 10
  • 11. SAMB.. • Ideologi semata-mata • Dijadikan sebagai alat kekuassaan • Prinsip utama adalah semuanya milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara saksama. • Komunisme juga disebut sebagai anti liberalisme. • komunisme melampaui agama. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 11
  • 12. 4. SISTEM EKONOMI CAMPURAN • Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. • Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme pasaran serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. • Campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme pasaran. • Masalah asas ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Walau bagaimanpun, kuasa permintaan dan penawaran masih dipengaruhi oleh mekanisme pasaran. • Individu dan firma dalam ekonomi campuran mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran. • Sistem ekonomi campuran bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor-faktor pengeluaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 12
  • 13. 5. SISTEM EKONOMI ISLAM • Berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah • Menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah dengan cekap dan adil. • Semua sumber adalah hak milik Allah dan manusia sebagai khalifah untuk menjaga, mengawal dan menguruskan sahaja. • Tidak melakukan pembaziran • Menguruskan sumber bahan mentah dengan amanah dan bertanggungjawab. • Tidak merosakkan dan memudhoratkan. • Diagihkan secara sama rata. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 13
  • 14. SAMB… • Sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin sains yang menkaji permasalahan dan kegiatan berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam dalam menguruskan sumber- sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat demi mendapat keredhaan Allah. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 14
  • 15. SAMB… • Sistem ini menentang amalan riba dan faedah kerana ia mempunyai unsur-unsur penindasan. • Sumber rujukan yang utama dalam sistem ekonomi Islama adalah Al-quran dan Al- sunnah. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 15
  • 16. CIRI-CIRI EKONOMI ISLAM i. Pemilikan Sumber Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan Allah. ii. Motif Ekonomi Matlamat sistem ekonomi Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih penting adalah kebajikan masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang sebenar ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. iii. Persaingan Yang Sihat Dibenarkan Melalui sistem ekonomi Islam, persaingan secara adil dan saksama digalakkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti penindasan, makan riba, sorokan dan sebagainya adalah diharamkan. iv. Kebebasan Membuat Keputusan Ekonomi Individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang yang hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum syarak. v. Sistem Yang Bukan Ciptaan Manusia Sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana hokum yang ditentukan oleh syarak tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan. vi. Tujuan Kegiatan Ekonomi Segala kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi ganjaran di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi Islam adalah untuk memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah di akhirat kelak. vii. Pemilikan Harta Setiap individu merupakan pemegang amanah Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu dikendalikan dengan baik. Pengagihan harta secara adil dan saksama adalah wajib bagi golongan yang berada bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan yang berada dan golongan yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka. Semua masyarakat dibenarkan menikmati sumber-sumber penting kerana setiap individu dilarang melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti pencemaran. viii. Kebebasan Persaingan Islam membenarkan umatNya bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan antara mereka adalah dibenarkan secara ail dan saksama. Riba adalah diharamkan dalam urusan ekonomi ini. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 16
  • 17. UNSUR-UNSUR YANG TIDAK ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL • UNSUR TANAJUSY • UNSUR GHARAR • UNSUR TADLIS AL ‘AIB • UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • UNSUR GHALAT Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 17
  • 18. UNSUR TANAJUSY • Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan. • Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini menguntungkan penjual. • Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut sebagai ‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk sesuatu system kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan tersebut. Ia dianggap unsur negative dalam pasaran menurut fiqh Islam. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 18
  • 19. UNSUR GHARAR • Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar. • Gharar jika yasir, yakni tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi dan menjamin pasaran tidak ada sama sekali unsur gharar adalah suatu yang terlalu rumit. Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak menjadi suatu kecacatan pasaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 19
  • 20. UNSUR TADLIS AL ‘AIB • Tadlis al-‘aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. • Kontrak mestilah bersih dari unsur ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan sendiri. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 20
  • 21. UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY • Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al- mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al- ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak. • Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk manakala pembeli mengalami keuntungan tinggi. • Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya bukan suatu kecacatan pasaran. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 21
  • 22. UNSUR GHALAT • Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak. • Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak keatasnya. • Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan perkara yang dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu. • Para ekonomi nonmuslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah sukses menggabungkan etika dan ekonomi sementaa sistem kapitalis dan sosialis memisahkan keduanya. • Jack Austria, seorang Perancis, dalam bukunya Islam dan pengembangan Ekonomi mengatakan, “Islam adalah gabungan antara tatanan kehidupan praktis dan sumber etika yang mulia. Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini boleh dikatakan bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. • Dan ekonomi yang kekuatannya berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang berdasarkan etika”. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 22
  • 23. Penutup • Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama dalam hal ekonomi. • Krisis ekonomi yang melanda ekonomi dunia terkesan dari kepincangan ekonomi kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis digambarkan dengan kejatuhan Rusia sebagai kuasa besar. • Rentetan dari kepincangan ekonomi ini membuatkan ramai pakar ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem ekonomi ini. • Malah ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan pasaran modal Islam walaupun tidak melihat keseluruhan sistem ekonomi Islam sebagai pengganti sistem sedia ada dan menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 23
  • 24. SAMB.. • Perbezaan utama di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi Islam adalah konsep tauhid dimana ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan komponen-komponen dalam di dalam sistem ekonomi tersebut. • Sistem ekonomi bukan Islam di bangunkan dengan riba yang mana dilarang secara keras di dalam ekonomi Islam. • Di suatu ekstrem, sistem kapitalis member kebebasan sepenuhnya di dalam pemilikan dan aktiviti ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis tidak memberikan kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi. • Sistem ekonomi Islam mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan member kebebasan dan juga mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan jurang perbezaan di antara yang berada dan yang tidak berada dengan peranan individu dan kerajaan melalui aliran zakat sebagai contohnya. • Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan keuntungan yang berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan keuntungan di mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran. • Disamping itu, sistem ekonomi Islam bersifat normatif berbanding kapitalis yang bersifat positif dan sosialis yang bersifat konstruktif. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 24
  • 25. RUJUKAN 1. Yakcop, Nor Mohamed. (1996). Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Teori, Amalan, dan Prospek. Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur. 2. Heng Siew Ngu, Md Zyadi Md. Tahir (2009). Mikroekonomi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 3. Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa, Muhammad Nasri Md Hussain, Mohd. Nizam Hanafiah. (2009). Pengantar Perniagaan Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. 4. Mohd Dali at el. (2004). Islamic E-commerce. its theoretical framework and challenges forislamic buisness. Proceeding of Knolewdge Management of International Conference &Exhibition (KMICE) 14-15 February 2004. Evergreen Laurel Hotel, Penang & Covention Center, UUM Malaysia. 5. http://www.scribd.com/doc/2163104/Sistem-ekonomi-Islam-dan-sistem- ekonomi-konvensional. 6. http://suherilbs.wordpress.com/ekonomi-mikro/ekonomi-makro. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 25
  • 26. Sekian, terima kasih. Perbezaan ekonomi Islam dan Konvensional 26