Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

Kertas Kerja Merentas Desa | SK Skarok

199 Aufrufe

Veröffentlicht am

Contoh kertas kerja merentas desa

Anjuran SK Skarok

Veröffentlicht in: Bildung
  • Als Erste(r) kommentieren

  • Gehören Sie zu den Ersten, denen das gefällt!

Kertas Kerja Merentas Desa | SK Skarok

  1. 1. KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSR ZON LUBOK ANTU 2018 ANJURAN Unit Sukan dan Kokurikulum SK Skarok YBB2312 Jalan Hidro Batang Ai 95900 Lubok Antu, Sarawak.
  2. 2. 1.0 PENDAHULUAN Merentas Desa merupakan satu acara wajib dijalankan di sekolah. Merentas desa ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai acara pembukaan aktiviti Unit Kokurikulum sebelum Kejohanan Olaharaga Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti Merentas Desa sebagai pembukaan mampu menyemarakkan semangat kesukanan murid – murid untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan dan pertandingan – pertandingan yang akan berlangsung. Malah, bakat – bakat baru dapat dicungkil supaya dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. 2.0 OBJEKTIF 1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas desa sebagai acara tahunan. 2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas. 3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah dalam mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya. 4. Mencungkil bakat baharu dalam kalangan murid dan warga sekolah dalam olahraga. 5. Memilih wakil zon untuk pertandingan pada peringkat bahagian. 3.0 SASARAN Murid lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah. 4.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : 12 Januari 2018 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi Tempat : Sekolah Kebangsaan Skarok
  3. 3. 5.0 PENGANJUR Unit Sukan dan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Skarok, 95900 Lubok Antu, Sarawak. 6.0 KATEGORI PERTANDINGAN BIL KATEGORI BILANGAN PEMENANG 1 INDIVIDU (4KM) LELAKI KEDUDUKAN PERTAMA HINGGA KEENAM PEREMPUAN KEDUDUKAN PERTAMA HINGGA KEENAM 2 BERPASUKAN (4KM) LELAKI KEDUDUKAN PERTAMA HINGGA KETIGA PEREMPUAN KEDUDUKAN PERTAMA HINGGA KETIGA 3 JUARA KESELURUHAN KEDUDUKAN PERTAMA SAHAJA 7.0 KIRAAN MATA 1. Bagi menentukan pemenang kategori berpasukan lelaki dan perempuan, hanya 6 peserta terbaik setiap sekolah akan dikira markah. 2. Pengiraan mata adalah berdasarkan pungutan mata paling rendah. Pasukan yang mendapat mata paling rendah dikira sebagai pemenang. 3. Sekolah yang menghantar penyertaan kurang daripada 6 orang peserta adalah tidak layak untuk menyertai kategori berpasukan tetapi boleh menyertai kategori individu. 8.0 PENYERTAAN 1. Terdiri daripada murid lelaki dan perempuan 12 tahun ke bawah. 2. Maksimum penyertaan – 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan. 3. Minimum penyertaan – 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan.
  4. 4. 9.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan dijalankan mengikut undang – undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia (MSSM), Persatuan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Sarawak (MSSS). 10.0 NOMBOR PESERTA Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan di bahagian hadapan dan belakang baju dan hendaklah disematkan pin pada keempat – empat sudut bib. 11.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang – kurangnya 30 minit sebelum kejohanan dimulakan. 12.0 PAKAIAN PESERTA 1. Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian dan ketika majlis penyampaian hadiah. 2. Pakaian hendaklah tidak jarang dan menjolok mata. 13.0 BANTAHAN Bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM, kecuali perkara berikut: 1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada JK Pengelola Kejohanan STSB.
  5. 5. 2. Bantahan berhubung dengan acara – acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta – merta dan tidak lewat daripada lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi mana – mana peringkat. 3. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan bersama – sama wang bantahan sebanyak RM50.00 yang tidak akan dikembalikan. 14.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 1. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang – Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan – Peraturan AM MSSM atau Peraturan – Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSS termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan murid warga asing dalam kejohanan ini. 2. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku sebelum, semasa dan selepas kejohanan. 3. Walaubagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah – langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin. 4. Tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku perubahan, pengurus pasukan akan diberitahu. 5. Tidak dibenarkan sesiapa pun masuk ke arena pertandingan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengurus Kejohanan.
  6. 6. 15.0 ATURCARA PERTANDINGAN MASA TENTATIF TINDAKAN 7.30 pagi Pendaftaran  Menyediakan kaunter pendaftaran 8.00 pagi Senaman / warm up / Stretching  Cikgu Stephanie dan Cikgu Jennifer 8.20 pagi  Taklimat Kejohanan kepada Pegawai - pegawai Kejohanan oleh Penolong Pengerusi Teknik.  Taklimat Kejohanan kepada Peserta oleh Pengurus Kejohanan di tapak perhimpunan Pengerusi Teknik, Penolong Pengerusi teknik, Pegawai Check Point, Pencatat Masa, Hakim Penamat. 8.30 pagi Acara dimulakan dan dilepaskan setiap 5 minit mengikut Kategori; PEREMPUAN  12 tahun ke bawah LELAKI  12 tahun ke bawah Pelepas, Peronda Mula, Peronda Semasa Kejohanan, Peronda Akhir, Pertolongan cemas 9.30 pagi Peserta pertama dijangka tiba Ketua Hakim, Pencatat Masa, Pencatat Pemenang. 10.00 pagi Rehat  Jamuan ringan VVIP & pengurus pasukan  AJK jamuan menyediakan tapak jamuan 10.30 pagi  Majlis Rasmi Penutupan  Ucapan PPD  Penyampaian Hadiah Juruacara Majlis  Lagu Negaraku  Lagu Sekolah 11.30 pagi Bersurai  Lagu Ibu Pertiwiku

×