1. Seredah Laut Kasihmu
Sejak semalam Rania termenung di kamar sewaannya.Dia merenung
ke dalam dirinya sambil sesekali melepaskan nafas
resahnya.Kesusahan hidup yang menimpa Rania tetap tabah
menghadapi segala keperitan. Rania ditunangkan dengan Azman ,
pemuda sekampungnya.Rania akur dengan tindakan ayahnya. Rania
juga bekerja mencari rezeki untuk keluarganya.
“Nia kamu di mana?”Tanya ibunya.
Tiba-tiba Rania dikejutkan oleh suara ibunya. Selepas itu, batuk-
batuk kecil mula kedengaran.
“Nia kat sini ibu” jawab Rania.
“Tolong ambilkan ibu ubat di atas almari itu”kata ibunya.
“Baiklah ibu”jawab Rania.
Hari ini,dialah ayah ,dialah ibu dan dialah segala-galanya dalam
keluarga.Sungguhpun demikian,kesengsaraan Rania sejak akhir-akhir
ini sudah sampai kemuncaknya.Kesusahan bertambah teruk sejak
ayahnya meninggal dunia dua bulan yang lalu.
Di kampung yang sederhana moden dan masyarakatnya yang
peramah serta mempunyai semangat kejiranan yang tinggi itu, Rania
tinggal bersama-sama ibunya. Ibunya yang berpenyakit lelah tidak
mampu membuat kerja-kerja berat.Sejak itu Rania tahu bahawa
hidupnya tidak sama seperti gadis-gadis yang lain.Dia terbayangkan
Sarah,anak tauke pau yang cantik dan pandai pula. Sesekali dia
terbayangkan wajah Aisyah ,gadis lembut penuh santun,pandai,dan
sering membantunya.Malah , apabila berad di sisi Aisyah, dai berasa
lebih yakin dan berani berkongsi pengalaman hidup dan kesusahannya.
2. Sejak akhir-akhir ini, kehidupan Rania semakin tertekan apabila
ibunya sering sakit.Kadang-kadang Rania seperti hilang
punca.Sungguhpun demikian, ibunya tetap bekerja di sebuah gerai
makan untuk menyara kehidupan mereka berdua. Ibunya
mengahwinkan Rania dengan Azman yang dipertunangkan satu tahun
yang lalu kerana ibunya tidak mampu. Rania mengambil upah mencuci
dan menggosok baju jiran-jiran yang memerlukan khidmatnya tanpa
pengetahuan ibu dan suaminya. Bagi Rania, kerja ringan begitu tidak
akan menjejaskan pelajarannya dan dapat menolong ibunya. Dia yakin
dengan wang yang diperoleh daripada kerja halal itu, dia akan dapat
menolong ibu yang dia kasihi itu.
Pada suatu malam ketika hujan mula turun dan membasahi bumi,
Rania menghampiri suaminya. Dia melihat suaminya leka membelek fail
sambil termenung panjang. Rania berdehem dan dengan berat hati dia
memulakan bicara.
“Abang, Nia nak berhenti sekolah.Nia nak bantu ibu. Nia nak cari duit
untuk rawatan penyakit ibu.”
Air matanya tertumpah ke lantai. Dia mencapai hijung bajunya
untuk mengesat air matanya yang mengalir itu.
Azman tersentak apabila mendengar permintaan isterinya itu.
Azman merenung tajam wajah isterinya yang cantik itu.
“Nia, kau masih muda dan belum tahu erti hidup yang
sebenarnya.Meskipun ibu kau miskin dan tiada harta tetapi dia bukan
pengemis atau peminta sedekah. Arwah ayah kau selalu berpesan,
hidup ialah perjuangan. Orang yang cepat mengalah akan tewas.”
Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum Azman menyambung
kembali bicaranya.
3. “Nia, hanya kamulah anak ibumu. Ibumu mahu kamu berjaya dalam
pelajaran. Walau bagaimana susah sekalipun keadaan kita, kamu mesti
meneruskan pelajaranmu. Ayahmu berpesan kepada saya supaya
mendidikmu sehingga berjaya. Lupakanlah hasratmu itu.” Azman
membisikkan wasiat ayahnya ke telinga Rania ketika mereka
berpelukan.
Rania mendakap suaminya kuat-kuat. Suasana sedih amat terasa
ketika itu.
Selepas solat subuh pagi itu, Rania bersiap untuk ke sekolah. Hari
ini, dia berjanji bahawa tekad dan misi hidupnya hanya satu, iaitu
ingin membuktikan bahawa kemiskinan dan perkahwinan tidak pernah
menjadi penghalang kejayaan seseorangnya. Dorongan suami menjadi
azimat hidupnya. Sejak hari itu, Rania semakin bersemangat untuk
belajar dan dia telah berjanji kepada suaminya untuk berusaha
bersungguh-sungguh hingga sampai ke puncak kejayaan. Suaminya
sering membantunya dengan memberikan wang kepadanya untuk
membeli buku, membayar yuran dan sebagainya.
Kegigihan, ketabahan dan kesungguhan Rania akhirnya berhasil.
Keputusan peperiksaan SPM yang diperolehnya amat cemerlang.
Dengan keputusan itu, dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Undang-undang dan
Pentadbiran. Ketika di universiti juga dia berjaya merangkul
Anugerah Pelajar Terbaik Canselor. Bagi Rania, hanya kecemerlangan
akademik sahajalah hadiah terbaik yang mampu diberikan kepada
suami dan ibunya.
Hari ini, setelah enam tahun berlalu, Rania telah menjadi seorang
peguam yang berjaya. Dia memiliki firma guamannya sendiri. Di
tengah-tengah bangunan pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur,
bangunan bernama Wisma NiAz & Co. itu lambang kejayaan Rania.
4. Hidup mereka telah jauh berubah. Rania amat bersyukur kepada
Allah Yang Maha Esa itu. Tanpa kasih, tunjuk ajar dan dorongan
daripada Azman , Rania tidak akan berjaya dalam hidupnya.