1. Tarikh : 23 Jun 2008
Masa : 8.00 – 10.00 pagi (60 minit)
Tahun : 4 Alpha
Bilangan murid : 30 orang (10 lelaki, 20 perempuan)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Cuti – Cuti Malaysia
Tajuk : Taman Negara
Fokus Utama:
Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang
menyeluruh.
i. menyatakan gambaran umum tentang sesuatu teks yang dibaca.
Fokus Sampingan:
Mengenalpasti kata nama daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 1
i. menggariskan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat
dalam petikan yang dibaca atau didengar.
Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat :
i. membaca pantas secara luncuran untuk menyatakan gambaran umum
tentang teks Taman Negara.
ii. Mengenalpasti kata nama am dan kata nama khas yang terdapat
dalam teks Taman Negara.
Sistem bahasa:
Tatabahasa – Kata nama : kata nama am dan kata nama khas.
Kosa kata – ekosistem, spesies, flora, fauna.
Pengisian kurikulum:
2. i. Ilmu :
ii. Nilai murni :
iii. Kemahiran Bernilai Tambah :
• Kemahiran Berfikir :
• Kemahiran Belajar : Mendengar dan Membaca secara luncuran.
Bahan bantu mengajar :
i. Teks Taman Negara yang mempunyai muzik dan suara latar.
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid yang pernah melawat atau membaca tentang Taman
Negara.