SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 38
Downloaden Sie, um offline zu lesen
GERUDI                                               J1003 / Unit 5 / 1




           Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi            dan
           berkebolehan mengendalikan mesin gerudi.




         Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

               Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi
               pintal.
               Mengetahui cara menentukan saiz gerudi.
               Mengenali bahan membuat gerudi.
               Mengetahui kaedah menanda sebelum
               menggerudi.
               Memahami cara memasang mata gerudi dan
               benda kerja sebelum menggerudi.
               Membezakan jenis-jenis mata gerudi.
               Mengetahui cara mencanai dan mengasah
               sebatang gerudi pintal.
               Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi
               tidak dicanai dengan betul.
               Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi.
               Mengira kelajuan pusingan
               pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor
               pemilihan kelajuan pemotongan.
               Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan
               kegunaannya.
               Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan
               mesin gerudi.
               Mengetahui langkah keselamatan semasa
               menggerudi.
               Memahami kepentingan memegang benda kerja
               dengan kemas semasa menggerudi.
               Mengenali jenis pemegang benda kerja pada
               mesin gerudi.
               Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar.
               Memahami kepentingan menggerudi pusat dan
               lubang pandu.
               Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang
               perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

                       Unit 5-1
GERUDI                                                                          J1003 / Unit 5 / 2




   INPUT



5.0 PENGENALAN

         Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam.
         Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi
         atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida


         MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI
         5.1      Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal.
         Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel
         mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah
         heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada
         garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan
         dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong
         dan sudut kelegaan (lihat rajah 5.1(a)). Terdapat juga
         gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas
         iaitu:
         RAJAH 5.1(A)




                                           Unit 5-2
GERUDI                                                                         J1003 / Unit 5 / 3




         (a)   Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah
         (b)   Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi
               Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama
               ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks
               biasa ialah 30º. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam
               tempawan dan logam liat. Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang
               yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk
               menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan
               logam-logam tiruan yang lain.(Lihat Rajah 5.1(g) dan 5.1(h)).




                                         Unit 5-3
GERUDI                                                                          J1003 / Unit 5 / 4




         BAHAGIAN-BAHAGIAN GERUDI PINTAL
         BADAN
         Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :


         (a)     Hujung mata
         Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan
         sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan
         masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya
         1/3 daripada garis pusat gerudi.
         (b)     Pusat mata
         Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan
         bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan
         memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.
         (c)     Bibir pemotong
         Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk
         daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir
         pemotong ini dibuat sama panjang.
         (d)     Lurah
         Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.fungsinya ialah:
         (i)     Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung
                 berbentuk kon.
         (ii)    Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar.
         (iii)   Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.
         (iv)    Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
         (e)     Lengkang lurah
         Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai
         tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi
         lebih tegap.




                                            Unit 5-4
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 5




         (f)    Jidar
         Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah
         untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak
         bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan
         menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit.
         BATANG
         Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang
         sendi yang dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
                (a)     Batang Lurus
                Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang
                (Rajah 5.8 (a)). Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi (Rajah 5.9).




                (b)     Batang Tirus
                Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih
                daripada 13 mm (Rajah 5.8(b)). Batang jenis ini boleh menetapkan
                kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada spindal mesin melalui
                liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11) bagi menyesuaikan saiz.




                                         Unit 5-5
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 6




                Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-
                masing mempunyai tirusan Morse.




         PUTING
         Puting berbentuk nipis, etrletak dibahagian pangkal gerudi. Puting terdapat pada
         gerudi batang titus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar
         kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal
         mesin atau soket (Rajah 5.12) atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh
         ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat
         Rajah 5.13).




                                         Unit 5-6
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 7




         5.2    CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI
         Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu:
         A)     Saiz Dalam Sistem Metrik
         Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam
         langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga
         20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus.
         B)     Saiz Dalam Sistem Pecahan
         Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan
         1/64 inci atau 1/32 inci.
         C)     Saiz Dalam Sistem Angka
         Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci
         hingga angka 97 atau 0.0059 inci.
         D)     Saiz Dalam Sistem Huruf
         Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A
         merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz
         Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci.
         E)     Cara Menguji Saiz Gerudi
         Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi (Gambar foto 5.1). tolok
         ini juga boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh
         diukur dengan mikrometer (Rajah 5.23). ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar
         gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat
         yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya.
         Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan.




                                          Unit 5-7
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 8




5.3      BAHAN MEMBUAT GERUDI
         Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang
         mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat
         bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses, dimana kebiasaannya saiz
         gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala
         bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high
         karbon steel) atau tungsten karbida.
5.4      KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI
         Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang
         yang tepat.
         i)     Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk.
         ii)    Buat dua bulatan, satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu
                lagi kecil sedikit (Rajah 5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang
                dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah.
         iii)   Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.
         iv)    Hidupkan mesin dan pastikan ;mata         gerudi betul-betul diatas pusat
                lubang.
         v)     Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara
                mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi, sama ada diatas pusat
                lubang atau terkeluar dari pusat lubang (Lihat Rajah 5.33).
         vi)    Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang
                hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l;engkang lurah atau
                alur dengan menggunakan pahat mata bulat (Rajah 5.34). ini bermakna
                kedudukan pusat diubah.




                                          Unit 5-8
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 9




5.5      CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM
         MENGGERUDI
         Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang
         berkaitan dengan mesin gerudi, salah satu factor ialah mata gerudi dan benda
         kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul.berbagai bentuk dan jenis alatan
         tambahan yang digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda
         kerja.
         Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz
         13 mm atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam cuk gerudi (Lihat Rajah
         5.8 dan Rajah 5.9). Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar
         yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia boleh dipasang terus pada spindal
         mesin melalui liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11). Gerudi batang
         tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat
         perenggang (Lihat Rajah 5.13).
         Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi
         adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, dan mengikat benda
         kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.
         Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :




                                          Unit 5-9
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 10




         1.   Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau
              tatal melekat pada ragum.
         2.   Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.
         3.   Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.
         4.   Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang
              hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.
         5.   Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat
              ragum.
         6.   Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan
              perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak
              bergerak.
         7.   Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum
              diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa
              proses menggerudi dijalankan.




                                       Unit 5-10
GERUDI                                                                 J1003 / Unit 5 / 11




                                  AKTIVITI 5 A


         5.1   Senaraikan empat jenis gerudi pintal


         5.2   Bagaimana saiz sebatang gerudi diuji


         5.3   Senaraikan dua jenis bahan membuat gerudi


         5.4   Terangkan dua kesan pada benda kerja sudut mata gerudi tidak dicanai
               denagn betul
                  a. ________________________________________________
                  b. ________________________________________________




                                       Unit 5-11
GERUDI                                                       J1003 / Unit 5 / 12




                          MAKLUM BALAS 5A



         5.1   i. Gerudi pintal
               ii. Gerudi pintal tiga lurah
               iii. Gerudi pintal empat lurah
               iv. Gerudi pintal lubang minyak


         5.2    Tolok Gerudi


         5.3    i. Keluli tahan lasak
               ii. Keluli berkarbon tinggi
               iii. Tungsten karbida


         5.4
                a. Gerudi cepat tumpul
                b. Hasil permukaan benda kerja kurang baik
                c. Hasil kerja tidak tepat.




                                        Unit 5-12
GERUDI                                                                            J1003 / Unit 5 / 13




5.6      PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI
         Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja
         yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran.
         Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah :
         1.       GERUDI PINTAL (TWIST DRILL)
         Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua
         laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini
         digunakan dalam kerja-kerja umum.
         2.       GERUDI     BERGABUNG/GERUDI             PUSAT     (COMBINATION                  &
                  COUNTERSINK/CENTRE DRILL)
         Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan
         hujung 118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik
         supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam
         yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah
         digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan.
         3.       GERUDI HUJUNG RATA
         Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian
         dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º.
         4.       GERUDI PIPIH (FLAT DRILL)
         Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk
         lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik.
         5.       GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL)
         Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini
         bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru
         kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang
         segi pada hujung lubang yang telah digerudi.
         6.       GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL)
         Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung
         terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi.
         Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala
         pasak.



                                          Unit 5-13
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 14




         7.       GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL)
         Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang
         lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis.
         8.       GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL)
         Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini
         terdapat saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan
         minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan
         kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang
         berat.
         9.       GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL)
         Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada
         badan gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat.
         10.      GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL)
         Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran
         garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.
         GAMBAR N10
5.7      CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL
         Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu
         diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Terdapat tiga jenis sudut yang
         harus diberi perhatian iaitu :
         1.       Sudut Pemotong
         2.       Sudut Kelegaan Bibir Pemotong
         3.       sudut Heliks.
         1.       SUDUT PEMOTONG
         Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut
         kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka, dengan
         sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang
         dihasilkan menjadi besar. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok




                                          Unit 5-14
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 15




         sudut gerudi (Lihat Rajah 5.14).




         RAJAH 5.14
         Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam
         yang hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5.15.
         Bagi logam keras, sudut pemotongannya lebih besar, tetapi bagi logam lembut
         sudutnya lebih kecil. (Lihat Jadual 5.1).
         RAJAH 5.15




         2.     SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG
         Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan
         belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya
         permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. Sebagaimana sudut
         pemotong, sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada




                                            Unit 5-15
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 16




         jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5.1).




         Untuk jerja-kerja am, sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. Bukaan sudut
         yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak
         cukup sokongan.(Lihat Rajah 5.16).




         3.     SUDUT HELIKS
                       Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara
                mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut
                heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh,


                                         Unit 5-16
GERUDI                                                            J1003 / Unit 5 / 17




                sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam
         lembut. Sudut heliks biasanya 30º.




                                 Unit 5-17
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 18




5.8      KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN
         BETUL
         Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu
         diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi. Ini termasuklah mencanai sudut
         pemotong yang sama besar bukaan dari paksi, bibir pemotong yang sama panjang,
         ;sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah
         dengan betul. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja
         menggerudi serta hasilnya dari segi :
         1.     Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang
         2.     Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya
         3.     Mengawal cara tatal keluar
         4.     Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus
         5.     Mengurangkan geseran dan kepanasan
         Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai
         bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut, iaitu :
         (a)    SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR
                PEMOTONG BERBEZA
         Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh
         memotong bahan. Akibatnya lubang lakan menjadi besar (Rajah 5.17).
         (b)    PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT
                PEMOTONG BERBEZA
         Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu lurah yang bekerja
         dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Seterusnya
         gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah (Rajah 5.18).
         (c)    KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK
                SAMA
         Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja, gerudi berputar pada
         pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar (Rajah 5.19).




                                          Unit 5-18
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 19




         (d)    SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR
                DAN TERLALU KECIL
         Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak
         cukup sokongan, sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil, geseran akan
         berlaku, ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban
         gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. Ini akan




                                         Unit 5-19
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 20




         menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga
         gerudi akan patah. (Rajah 5.20 dan 5.21).




         (e)    LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG
                TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI
         Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek, ini adalah
         kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Jika lengkang lurah dicanai
         tebal sebelah (Rajah 5.22), ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan
         garis pusat luar gerudi tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi
         mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong.




                                         Unit 5-20
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 21




5.9      NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI
         Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan
         dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada
         ianya jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah :
         1.        Mesin gerudi tangan (hand drill)
         2.        Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill)
         3.        Mesin gerudi meja (bench drilling machine)
         4.        Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine)
         5.        Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine)
         6.        Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine)
         7.        Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine)
         8.        Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine)
         Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum
         konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Gambarajah
         mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin
         gerudi.




                                            Unit 5-21
GERUDI                                                                     J1003 / Unit 5 / 22




5.10     PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR
         SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN
         Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran
         meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit.
         Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per
         minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata
         gerudi itu 30 meter dalam      masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri
         daripada berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai
         tingkat kelajuan.
         Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang
         betul disebut putaran per minit (PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan
         bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi
         besar. Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu
         diketahui :
         1.       Kelajuan memotong bahan
         2.       Garis pusat mata gerudi
         Formula
         Untuk menghitug putaran per minit
         Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit)
                                              X Garis pusat (milimeter)
         Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu
         Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000
                                              X Garis pusat
         iaitu,              (PPM) = KP      X 1000
                                              D
         Contoh 5.1
         Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi
         lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan
         menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30
         meter per minit.
                             PPM = KP       X 1000



                                            Unit 5-22
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 23




                                             D
                               PPM = 30 X 1000
                                     3.142 X 15
                                   = 636
         Contoh 5.2
         Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi
         lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan
         kelajuan memotong 25 meter seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis
         keluli tahan lasak.
                           PPM = KP        X 1000
                                             D
                               PPM = 25 X 1000
                                     3.142 X 35
                                   = 227.2
         HANTARAN
         Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja
         pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal.
         Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu
         laju, mungkin tepi pemotongnya pecah, sebaliknya jika terlalu perlahan, hujung
         mata bergesel dan cepat menjadi panas.
         Formula
         Untuk menghitung anggaran masa menggerudi
                Anggaran masa menggerudi =             P
                                                  H X PPM
         Dimana,         d = Dalam lubang
                         P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung
                         mata )
                           = d + ( 0.3 X D )
                        D = Garis pusat gerudi dalam milimeter
                      PPM = Putaran per minit
                        H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran



                                           Unit 5-23
GERUDI                                                                         J1003 / Unit 5 / 24




         Contoh 5.3
         Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15
         mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan
         spindal ialah 320.
                   Anggaran masa menggerudi =             P
                                                   H X PPM
                                              = 52 + ( 0.3 X 15 )
                                                     0.23 X 320
                                             =          56.5
                                                  0.23 X 320
                                             = 56.5
                                                 73.6
                                             = 0.77 minit atau 46 saat
         FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN
         Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal :
         1. Jenis dan keadaan mesin.
         2. Ketepatan dan penyudahan kerja.
         3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin.
         4. Penggunaan bendalir pemotong.
         5. Jenis bahan
         6. Bahan mata gerudi
5.11     JENIS-JENIS PENYEJUK, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA
         Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan
         seperti    melarik,   mencanai,   meraut,      menggerudi,   menggerudi,    melulas,
         membenang ( dalam dan luar ), memotong bahan, kerja-kerja tekan dan
         sebagainya.
         Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk
         membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Tindakan geseran antara
         mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh
         menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau




                                           Unit 5-24
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 25




         mematahkan gerudi tersebut. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang
         tidak baik dn kerja yang tidak tepat.
         Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah :
         1. Minyak pemotong atau minyak galian.
                Tiga jenis minyak galian yang aktif :
                     (a) Minyak galian bersulfur
                     (b) Minyak galian sulfur berklorin
                     (c) Minyak galian berlemak
                Tiga jenis minyak galian yang tak aktif :
                     (a) Minyak galian biasa.
                     (b) Minyak galian lelemak.
                     (c) Minyak galian lelemak bersulfur.
         2. Minyak boleh larut.
                Tiga jenis minyak boleh larut :
                    (a) Minyak galian boleh larut.
                    (b) Minyak boleh larut lelemak tinggi.
                    (c) Minyak boleh larut tekanan lampau.
         3. Bendalir pemotong tiruan atau kimia.
         4. Penyejuk khas.


         FUNGSI BENDALIR PEMOTONG
         Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah :
         1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong.
         2. Untuk menyejukkan benda kerja.
         3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi.
         4. Membantu memecahkan tatal.
         5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong.
         6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal.




                                          Unit 5-25
GERUDI                                                                        J1003 / Unit 5 / 26




          KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG
          1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan
             gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah
             gerudi.
          2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan
             kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan
             dengan lebih pantas lagi.
          3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin
             tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
          4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan
             berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang
             tepat.
          5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat
             dapat dikurangkan.


5.12      LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI
          i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap
            kali selepas ianya digunakan.
         ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.
         iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.
         iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali-
           kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan
           mata gerudi mudah patah.


5.13      LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI
          Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang
          kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi.
          Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin
          gerudi.




                                            Unit 5-26
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 27




         1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata
            keselamatan.
         2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin
            terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.
         3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.
         4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata
            gerudi berhenti.
         5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum
            memulakan kerja.
         6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian
            dilakukan
         7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi
            dilakukan.




                                        Unit 5-27
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 28




                      AKTIVITI 5B

         5.5   Senaraikan empat jenis mesin gerudi
         5.6   Senaraikan lima jenis kerja uyang boleh dilakukan dimesin gerudi
         5.7   Senaraikan lima bahagian utama mesin gerudi
         5.8   Nyatakan tiga kesan keatas gerudi dan bahan kerja sekiranya tidak
               menggunakan bahan penyejuk
         5.9   Nyatakan tiga langkah keselamatan ketika membuka mata gerudi.




                                       Unit 5-28
GERUDI                                                                 J1003 / Unit 5 / 29




                             MAKLUM BALAS 5 B

         5.5   Empat jenis mesin gerudi
                a. Mesin gerudi tangan
                b. Mesin gerudi meja
                c. Mesin gerudi jejarian
                d. Mesin gerudi jenis turus
         5.6 Lima jenis kerja yang boleh dijalankan dimesin gerudi
                a. Menggerudi
                b. Melulas
                c. Melubang senggat
                d. Melubang benam
                e. Membenang skru
         5.6   Lima bahagian utama mesin gerudi
                a. Tapak
                b. Meja
                c. Spindal
                d. Motor kuasa
                e. Takal tirus
         5.8 Tiga kesan :
                a. Mata gerudi cepat tumpul atau haus
                b. Gerudi boleh patah
                c. Bahan kerja panas menyebabkan mata gerudi menyepit dengan bahan
                   kerja
         5.9 Tiga langkah keselamatan
                a. Pastikan spindal tidak berputar


                                           Unit 5-29
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 30




                  b. Gunakan kain ketika memegang gerudi
                  c. Bersihkan tatal yang ada pada gerudi dengan menggunakan berus


5.14     MENGAPA BENDA KERJA PERLU DIPEGANG DENGAN KEMAS
         SEMASA        PROSES MENGGERUDI
         Salah satu daripada operasi yang sering dilakukan dimesin gerudi ialah
         menggerudi lubang, dimana setiap operasi yang dijalankan melibatkan spindal
         yang berputar untuk menggerakkan mata gerudi. Gurudi yang berputar akan
         bertemu permukaan benda kerja yang diikat pada ragum ataupun pada pengapit
         benda kerja yang lain. Sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan kemas
         semasa proses banyak kesan buruk yang akan berlaku diantaranya ialah :
                            2. Benda kerja akan tertanggal dari pengikat atau ragum.
                            3. Lubang yang digerudi menjadi besar.
                            4. Gerudi akan patah.
                            5. Tidak mendapat ketepatan kerja.
                            6. Membazir bahan dan gerudi
                            7. Membazir waktu untuk menukar bahan atau gerudi baru.
5.15     JENIS PEMEGANG BENDA KERJA PADA MESIN GERUDI
                  Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja
         menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, antara
         pengikat-pengikat yang biasa digunakan ialah :
         1.       RAGUM MESIN BIASA(PLAIN MACHINE VICE)
         Dengan menggunakan alat ini benda kerja yang berbentuk bersegi dan kecil
         sahaja yang sesuai diikat kerana ini mengikut luasnya rahang ragum itu boleh
         dibuka. Untuk ketepatan semasa mengikat dan mendapatkan hasil kerja yang tepat
         bilah selari perlu diletakan dibahagian bawah benda kerja sebagai pengalas. Ini
         bertujuan lubang yang digerudi akan dapat ketepatan 90º dari paras muka benda
         kerja dan mengelakkan batang gerudi yang tembus menyentuh ke permukaan
         ragum.




                                         Unit 5-30
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 31




         2.     RAGUM MESIN GERUDI(DRILL MACHINE VICE)
         Ianya sesuai untuk mengikat benda kerja yang kecil tetapi mempunyai bentuk segi
         atau bulat. Besar bahan yang dicengkam adalah bergantung pada luas rahang
         ragum itu boleh dibuka. Keistimewaan menggunakan ragum ini ialah terdapat
         tetangga dan lurah V mengufuk dan menegak pada rahang ragum dan pada
         permukaan dalam ragum berlubang tembus. Tetangga digunakan untuk
         mencengkam bahan yang tipis dipermukaan dan lurah V untuk mencengkam
         benda kerja yang bulat.
         3.     PENGAPIT C( C-CLAMP)
         Ia digunakan untuk kerja-kerja yang lebar dan patut diikat terus pada muka meja
         mesin gerudi. Alat ini membantu pada penggunaan cara itu dan pada penggunaan
         plat sudut.
         4.     BUNGKAH ‘V’(V-BLOCK)
         Alat ini dibuat berbentuk V dan yang disediakan pencengkam adalah leih baik,
         kerana dapat mengikat benda kerja yang bulat dengan mudah tanpa berputar
         semasa digerudi dan denagan pencengkam kedudukan bendakerja boleh dialih
         kesudut 90º.
         5.     BUNGKAH TETANGGA(STEP BLOCK)
         Alat ini ini mempunyai dua bentuk tetangga, jenis biasa dan jenis membulat
         spairal. Digunakan sebagai penyokong kepada pencengkam supaya berkedudukan
         selaras.digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.
         6.     PASAK ‘T’ & NAT( T-BOLT & NUT)
         Digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar, berbagai bentuk dan
         membantu semasa mengikat pencengkam pada meja mesin gerudi. Kepala T
         dimasukkan kedalam alur T dipermukaan meja.
         7.     BILAH SELARI (PARALLEL STRIP)
         Digunakan untuk mengalas bendakerja dan membantu pada pencengkam supaya
         benda kerja dan muka pencengkam selaras serta rata dengan ini cengkaman
         menjadi teguh.




                                        Unit 5-31
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 32




         8.     PENCENGKAM ( CLAMP)
         Digunakan untuk mencengkam bendakerja yang besar dan berbagai bentuk.
         Pencengkam yang sesuai boleh digunakan pada bentuk dan kedudukan yang tepat.
         Antara jenis-jenis pencengkam ialah :
         (b)    Bulat dua hujung (figer-double end)
         (c)    Bulat satu hujung (figer-single end)
         (d)    Bentuk U ( U-pattern)
         (e)    Bentuk rata ( plair flat)
         (f)    Bentuk bolehlaras (adjustable step)
         (g)    Bentuk cangkuk (goose neck)
5.16     KAEDAH MENGGERUDI LUBANG BESAR
         Kaedah menggerudi lubang besar          memerlukan beberapa proses, ia berbeza
         dengan menggerudi lubang yang kecil, dimana untuk menggerudi lubang yang
         besar perlu menjalankan proses meggerudi pusat dan lubang pandu. Sekiranya
         saiz lubang yang hendak digerudi itu terlalu besar maka, gerudi lubang pandu
         terpaksa dilakukan banyak kali. Menggerudi lubang besar tidak boleh dilakukan
         terus kerana ini akan menyebabkan mata pemotong cepat tumpul dan batang
         gerudi akan menyepit ditengah lubang semasa proses menggerudi dilakukan.
         Semakin besar saiz gerudi semakin perlahan hantaran dan pusingan spindal.
5.17     KEPENTINGAN MENGGERUDI PUSAT DAN MENGGERUDI LUBANG
         PANDU
         Kepentingan menggerudi pusat pada benda kerja biasanya dijalankan dimesin
         pelarik, dimana lubang yang digerudi pusat akan disokong dengan tetengah pada
         latan belakang dimesin pelarik. Tanpa menggerudi pusat proses melarik yang
         seterusnya sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan. Manakala menggerudi
         lubang pandu adalah untuk mengelakkan mata gerudi cepat tumpul atau batang
         gerudi akan menyepit didalam lubang ketika proses menggerudi lubang besar
         dilakukan.
5.18     CONTOH ‘JIGS’
         Terdapat beberapa jjenis jig yang direka dan digunakan dengan meluasnya.
         Berikut adalah jenis-jenis jig:



                                            Unit 5-32
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 33




         1. Jig Plat
              Untuk bekerja dimana satu sahaja permukaan yang perlu dibuat lubang.
         2.   Jig Selak
              Berbentuk kota atau separuh kota. Selak digunakan sebagai ragum dan tempat
              memasang beberapa sesendal gerudi untuk membuat kerja menebuk pada
              permukaan benda kerja yang runit.
         3. Jig Saluran
              Sama seperti jig plat, digunakan untuk membuat lubang pada permukaan
              sahaja.
         4. Jig Balikan
              Jig ini buka dimana benda kerja dicengkam pada sesendal gerudi berkaki,
              kemudian diterbalikan untuk proses menebuk. Proses ini menyebabkan ragum
              menerima tekanan alat pemotong dengan kuat dan tepat. Bagi mengatasi
              masalah ini jig hendaklah mempunyai kekuatan yang cukup.
         5. Jig Kotak
              Fungsi jig ini sama dengan jig selak dimana ia boleh benda kerja yang
              berbentuk lebih kompleks.
5.19     KEGUNAAN JIGS PADA MESIN GERUDI
         Jig ialah alat untuk menempatkan dan memegang benda kerja yang membimbing
         dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi menebuk dan
         pemotongan dijalankan. Dimesin gerudi jig digunakan untuk memegang benda
         kerja semasa kerja menggerudi, melulas, membenam, stapping dan lain-lain
         dengan lain perkataan ialah alat ini digunakan untuk membantu berbagai proses
         bagi meningkatkan dan mempercepatkan pengeluaran dengan mudah.
5.20     LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGERUDI
         1. Pastikan benda kerja dikat dengan kuat pada ragum mahupun jig.
         2. Hanya seorang operator yang mengendalikan mesin tersebut.
         3. jangan menggunakan sarung tangan dan barang-barang perhiasan diri semasa
                              mengendalikan mesin.
         4. Pastikan minyak dan bendalir penyejuk tidak tumpah diluar kawasan kerja.
         5. Sentiasa menggunakan pelindung mata dan kasut keselamatan.



                                          Unit 5-33
GERUDI                                                                  J1003 / Unit 5 / 34




                                     AKTIVITI 5 C


         5.1   Senaraikan empat langakh keselamatan semasa menggerudi
         5.2   Senaraikan lima jenis pemegang benda-benda kerja yang boleh digunakan
               dimesin gerudi
         5.3   Apakah kesannya menggerudi lubang besar tanpa menggerudi lubang
               pandunyatakan tiga kesan sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan
               kemas.
         5.4   Nyatakan empat     faktor   yang   mempengaruhi pemilihan kelajuan
               pemotongan.




                                      Unit 5-34
GERUDI                                                                         J1003 / Unit 5 / 35




                            MAKLUM BALAS 5C
         5.1 Langkah keselamatan semasa menggerudi
                a. Pastikan kawasan kerja bersih dan selamat
                b. Jangan membersihkan gerudi ketika bindu sedang berputar
                c. Pastikan spindal tidak berputar ketika membuat pengujian atau
                   pengukuran
                d. Pastikan hanya seorang operator yang mengendalikan mesin
         5.2 Lima jenis pemegang benda kerja yang boleh digunakan dimesin.
                a. Ragum mesin biasa
                b. Ragum mesin gerudi
                c. Pengapit C
                d. Pencengkam ( Clamp )
                e. Pasak T dan Nat
         5.3   Gerudi boleh menyepit dengan benda kerja dan menyebabkan gerudi patah
               dan menyebabkan hasil kerja yang dilakukan tidak begitu baik.


         5.4   Tiga kesannya :
                a. Permukaan benda yang digerudi tidak elok
                b. Ukuran tempat yang digerudi tidak tepat
                c. Benda kerja boleh tercabut dari pengapit atau ragum


         5.5   Empat faktor :
                a. Jenis dan keadaan mesin
                b. Ketepatan dan penyudahan kerja
                c. Kuatnya atau tegapnya benda kerja di pegang pada mesin
                d. Penggunaan bendalir pemotong.


                                        Unit 5-35
GERUDI                                                                       J1003 / Unit 5 / 36




                       PENILAIAN KENDIRI
   1. Salah satu bahagian utama pada mesin gerudi ialah badan. Oleh itu anda
         dikehendaki menyatakan 6 bahagian pada badan mesin gerudi tersebut berserta
         penerangan.
   2. Penggunaan ragum adalah amat penting untuk menghasilkan kerja menggerudi
         yang baik. Terangkan kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi.
   3. Selesaikan masalah dibawah
              a. Berapakah kelajuan spindal yang diperlukan untuk menggerudi lubang
                 yang bergaris pusat 22.5 mm pada sekeping keluli karbon dengan kelajuan
                 memotong 30 mm/min. Mata yang digunakan ialah sejenis keluli tahan
                 lasak.
              b. Masa untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15mm dan 52mm
                 dengan kelajuan spindal 320 ialah selama 46 saat. Kirakan kadar hantaran
                 pemotong mata gerudi tersebut.
    4. a.        Nyatakan dua fungsi JIG dan
         b.      Tugas-tugas jig gerudi.




                                           Unit 5-36
GERUDI                                                                         J1003 / Unit 5 / 37




                       MAKLUM BALAS
1. Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada :
         (a)   Hujung mata
               Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai
               dengan sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut
               kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi.
               Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi.
         (b)   Pusat mata
               Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada
               pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk
               mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam.
         (c)   Bibir pemotong
               Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia
               terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan
               berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang.
         (d)   Lurah
               Lurah terdapat disepanjang bahagian badan..
         (e)   Lengkang lurah
               Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap
               sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya
               gerudi menjadi lebih tegap.
         (f)   Jidar
               Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya
               ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu
               gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang



                                        Unit 5-37
GERUDI                                                                      J1003 / Unit 5 / 38




                cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi
                tersepit.


2. Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi :
          a. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau
                tatal melekat pada ragum.
          b. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya.
          c. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum.
          d. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang
                hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas.
          e. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat
                ragum.
          f. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan
                perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak
                bergerak.
          g. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum
                diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa
                proses menggerudi dijalankan.


3.   a. 238.7
     b. 0.23 mm
4.   a. -Menempat dan memegang benda kerja
         -Membimbing dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi
         menebuk dan pemotongan dijalankan.
     b. –Jig gerudi digunakan untuk memegang benda kerja semasa kerja menggerudi,
     melulas, membenam, stapping dan lain-lain.




                                        Unit 5-38

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pencanai
PencanaiPencanai
Pencanainefhan
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiahhafizi2
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tanganhasnul73
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larikAsyraf Iqbal
 
Workshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machineWorkshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machinezek8
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerMuhamad Faizal Rosli
 
Pengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besiPengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besihazmilplv
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikJailanihs
 
Numerical control
Numerical control Numerical control
Numerical control An Na
 
Power point mesin mencanai
Power point mesin mencanaiPower point mesin mencanai
Power point mesin mencanaihasnul73
 
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)Yusrinaldiibrahim
 

Was ist angesagt? (20)

Mesin larik
Mesin larikMesin larik
Mesin larik
 
Pencanai
PencanaiPencanai
Pencanai
 
Milling operations
Milling operationsMilling operations
Milling operations
 
Milling machine
Milling machineMilling machine
Milling machine
 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
 
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIKPENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tangan
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Workshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machineWorkshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machine
 
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinkerKompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
Kompetensi kp mpi 602.01 cnc edm die sinker
 
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDINGPENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
 
Peralatan tangan
Peralatan tanganPeralatan tangan
Peralatan tangan
 
Pengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besiPengenalan kepada gergaji besi
Pengenalan kepada gergaji besi
 
CNC LARIK 1.pptx
CNC LARIK 1.pptxCNC LARIK 1.pptx
CNC LARIK 1.pptx
 
Unit6
Unit6Unit6
Unit6
 
D-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin LarikD-03 Pengenalan Mesin Larik
D-03 Pengenalan Mesin Larik
 
Numerical control
Numerical control Numerical control
Numerical control
 
Power point mesin mencanai
Power point mesin mencanaiPower point mesin mencanai
Power point mesin mencanai
 
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
 

Ähnlich wie OPTIMASI GERUDI

MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxdanisuhenda1
 
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxdanisuhenda1
 
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxdanisuhenda1
 
Pengukuran roda gigi bab5
Pengukuran roda gigi bab5Pengukuran roda gigi bab5
Pengukuran roda gigi bab5LAZY MAGICIAN
 
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdf
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdfMENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdf
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdfSarwanto.S.Pd.T
 
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...Fariq Abdullah dachlan
 
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdf
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdfMechanical-fasterener standard for engineering.pdf
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdfDeni Prasetyo
 
Modul Elemen Mesin 4
Modul Elemen Mesin 4Modul Elemen Mesin 4
Modul Elemen Mesin 4Dewi Izza
 
mesin gergaji kuasa
mesin gergaji kuasamesin gergaji kuasa
mesin gergaji kuasampavitdran
 
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptx
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptxJenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptx
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptxanisa321586
 
Proses pemotongan (milling dan grinda)
Proses pemotongan (milling dan grinda)Proses pemotongan (milling dan grinda)
Proses pemotongan (milling dan grinda)Muhamad Amirudin
 
Mesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar LubangMesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar LubangEssyKarundeng
 

Ähnlich wie OPTIMASI GERUDI (20)

BAB II ...pdf
BAB II ...pdfBAB II ...pdf
BAB II ...pdf
 
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
 
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
 
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptxMATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
MATERI AJAR MESIN BUBUT KELAS XI SMK.pptx
 
Pengukuran roda gigi bab5
Pengukuran roda gigi bab5Pengukuran roda gigi bab5
Pengukuran roda gigi bab5
 
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdf
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdfMENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdf
MENGENAL ALAT POTONG DAN PEMEGANG MESIN FRAIS KONVENSIONAL.pdf
 
Ava tooling
Ava toolingAva tooling
Ava tooling
 
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...
MACAM-MACAM PROFIL ULIR DAN BENTUK ULIR YANG TERDAPAT DALAM MESIN ATAUPUN PER...
 
Power tools
Power toolsPower tools
Power tools
 
Mesin Perkakas
Mesin PerkakasMesin Perkakas
Mesin Perkakas
 
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdf
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdfMechanical-fasterener standard for engineering.pdf
Mechanical-fasterener standard for engineering.pdf
 
Uas makalah bubut
Uas makalah bubutUas makalah bubut
Uas makalah bubut
 
JIg fixture 4.pptx
JIg fixture 4.pptxJIg fixture 4.pptx
JIg fixture 4.pptx
 
Modul Elemen Mesin 4
Modul Elemen Mesin 4Modul Elemen Mesin 4
Modul Elemen Mesin 4
 
Mesin gerinda finish
Mesin gerinda finishMesin gerinda finish
Mesin gerinda finish
 
mesin gergaji kuasa
mesin gergaji kuasamesin gergaji kuasa
mesin gergaji kuasa
 
salaluddin Mesin bor
salaluddin Mesin borsalaluddin Mesin bor
salaluddin Mesin bor
 
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptx
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptxJenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptx
Jenis-Jenis Penjepit Benda Kerja Pada Mesin Frais.pptx
 
Proses pemotongan (milling dan grinda)
Proses pemotongan (milling dan grinda)Proses pemotongan (milling dan grinda)
Proses pemotongan (milling dan grinda)
 
Mesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar LubangMesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar Lubang
 

Mehr von mechestud

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13mechestud
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12mechestud
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11mechestud
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10mechestud
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9mechestud
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8mechestud
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7mechestud
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6mechestud
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4mechestud
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5mechestud
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3mechestud
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2mechestud
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0mechestud
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1mechestud
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6mechestud
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5mechestud
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4mechestud
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3mechestud
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2mechestud
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1mechestud
 

Mehr von mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
 

Kürzlich hochgeladen

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",Kanaidi ken
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 

OPTIMASI GERUDI

  • 1. GERUDI J1003 / Unit 5 / 1 Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. Mengenali bahan membuat gerudi. Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi. Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi. Membezakan jenis-jenis mata gerudi. Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal. Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul. Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan. Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya. Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi. Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi. Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi. Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu. Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi. Unit 5-1
  • 2. GERUDI J1003 / Unit 5 / 2 INPUT 5.0 PENGENALAN Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI 5.1 Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan (lihat rajah 5.1(a)). Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu: RAJAH 5.1(A) Unit 5-2
  • 3. GERUDI J1003 / Unit 5 / 3 (a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah (b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliknya sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa. Sudut heliks biasa ialah 30º. Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat. Selain, itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam. Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik, gentian (fiber), asbestos, bakelit dan logam-logam tiruan yang lain.(Lihat Rajah 5.1(g) dan 5.1(h)). Unit 5-3
  • 4. GERUDI J1003 / Unit 5 / 4 BAHAGIAN-BAHAGIAN GERUDI PINTAL BADAN Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada : (a) Hujung mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi. (b) Pusat mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. (c) Bibir pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang. (d) Lurah Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.fungsinya ialah: (i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon. (ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar. (iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata. (iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit. (e) Lengkang lurah Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap. Unit 5-4
  • 5. GERUDI J1003 / Unit 5 / 5 (f) Jidar Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit. BATANG Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi yang dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : (a) Batang Lurus Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang (Rajah 5.8 (a)). Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi (Rajah 5.9). (b) Batang Tirus Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih daripada 13 mm (Rajah 5.8(b)). Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh ;dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11) bagi menyesuaikan saiz. Unit 5-5
  • 6. GERUDI J1003 / Unit 5 / 6 Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing- masing mempunyai tirusan Morse. PUTING Puting berbentuk nipis, etrletak dibahagian pangkal gerudi. Puting terdapat pada gerudi batang titus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket (Rajah 5.12) atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat Rajah 5.13). Unit 5-6
  • 7. GERUDI J1003 / Unit 5 / 7 5.2 CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu: A) Saiz Dalam Sistem Metrik Bagi gerudi jenis kecil, saiznya ialah daripada 0.04 mm hingga 0.09 mm dalam langkauan 0.01 mm. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5 mm hingga 20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus. B) Saiz Dalam Sistem Pecahan Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan 1/64 inci atau 1/32 inci. C) Saiz Dalam Sistem Angka Dalam sistem ini, saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0.228 inci hingga angka 97 atau 0.0059 inci. D) Saiz Dalam Sistem Huruf Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z. Gerudi yang bersaiz A merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.413 inci. E) Cara Menguji Saiz Gerudi Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi (Gambar foto 5.1). tolok ini juga boleh didapati dalam semua sistem saiz gerudi. Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer (Rajah 5.23). ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi,saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya. Bagaimanapun, tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan. Unit 5-7
  • 8. GERUDI J1003 / Unit 5 / 8 5.3 BAHAN MEMBUAT GERUDI Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang mempunyai jenis bahan yang berbeza. Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses, dimana kebiasaannya saiz gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high karbon steel) atau tungsten karbida. 5.4 KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang yang tepat. i) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk. ii) Buat dua bulatan, satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu lagi kecil sedikit (Rajah 5.32). tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah. iii) Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat. iv) Hidupkan mesin dan pastikan ;mata gerudi betul-betul diatas pusat lubang. v) Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat. Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi, sama ada diatas pusat lubang atau terkeluar dari pusat lubang (Lihat Rajah 5.33). vi) Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang, maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l;engkang lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat (Rajah 5.34). ini bermakna kedudukan pusat diubah. Unit 5-8
  • 9. GERUDI J1003 / Unit 5 / 9 5.5 CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM MENGGERUDI Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesin gerudi, salah satu factor ialah mata gerudi dan benda kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul.berbagai bentuk dan jenis alatan tambahan yang digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda kerja. Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz 13 mm atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam cuk gerudi (Lihat Rajah 5.8 dan Rajah 5.9). Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia boleh dipasang terus pada spindal mesin melalui liang sendi (Rajah 5.10) atau soket (Rajah 5.11). Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat Rajah 5.13). Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, dan mengikat benda kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi : Unit 5-9
  • 10. GERUDI J1003 / Unit 5 / 10 1. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal melekat pada ragum. 2. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya. 3. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum. 4. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas. 5. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum. 6. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak bergerak. 7. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi dijalankan. Unit 5-10
  • 11. GERUDI J1003 / Unit 5 / 11 AKTIVITI 5 A 5.1 Senaraikan empat jenis gerudi pintal 5.2 Bagaimana saiz sebatang gerudi diuji 5.3 Senaraikan dua jenis bahan membuat gerudi 5.4 Terangkan dua kesan pada benda kerja sudut mata gerudi tidak dicanai denagn betul a. ________________________________________________ b. ________________________________________________ Unit 5-11
  • 12. GERUDI J1003 / Unit 5 / 12 MAKLUM BALAS 5A 5.1 i. Gerudi pintal ii. Gerudi pintal tiga lurah iii. Gerudi pintal empat lurah iv. Gerudi pintal lubang minyak 5.2 Tolok Gerudi 5.3 i. Keluli tahan lasak ii. Keluli berkarbon tinggi iii. Tungsten karbida 5.4 a. Gerudi cepat tumpul b. Hasil permukaan benda kerja kurang baik c. Hasil kerja tidak tepat. Unit 5-12
  • 13. GERUDI J1003 / Unit 5 / 13 5.6 PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. Diantara jenis-jenis gerudi yang biasa digunakan ialah : 1. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL) Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum. 2. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL) Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. Gerudi ini dibuat dalam dua arah , arah kiri dan arah kanan. 3. GERUDI HUJUNG RATA Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º. 4. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL) Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Digunakan untuk menebuk lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik. 5. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL) Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Hujung gerudi ini bersudut 60º. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi. 6. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL) Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak. Unit 5-13
  • 14. GERUDI J1003 / Unit 5 / 14 7. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL) Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja. Digunakan untuk melubang pada bahan yang lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis. 8. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat saluran ;minyak yang terus keluar ke bahagian hujung, ini bertujuan minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. Ini dapat mengelakan kepanasan pada benda kerja. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat. 9. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan gerudi ini adalah lebih dari dua. Digunakan dalam kerja-kerja berat. 10. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL) Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran garispusat. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran. GAMBAR N10 5.7 CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. Terdapat tiga jenis sudut yang harus diberi perhatian iaitu : 1. Sudut Pemotong 2. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong 3. sudut Heliks. 1. SUDUT PEMOTONG Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut kandung mata gerudi. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka, dengan sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang, jika tidak, lubang yang dihasilkan menjadi besar. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok Unit 5-14
  • 15. GERUDI J1003 / Unit 5 / 15 sudut gerudi (Lihat Rajah 5.14). RAJAH 5.14 Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam yang hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5.15. Bagi logam keras, sudut pemotongannya lebih besar, tetapi bagi logam lembut sudutnya lebih kecil. (Lihat Jadual 5.1). RAJAH 5.15 2. SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. Sebagaimana sudut pemotong, sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza, bergantung pada Unit 5-15
  • 16. GERUDI J1003 / Unit 5 / 16 jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5.1). Untuk jerja-kerja am, sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. Bukaan sudut yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak cukup sokongan.(Lihat Rajah 5.16). 3. SUDUT HELIKS Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh, Unit 5-16
  • 17. GERUDI J1003 / Unit 5 / 17 sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam lembut. Sudut heliks biasanya 30º. Unit 5-17
  • 18. GERUDI J1003 / Unit 5 / 18 5.8 KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN BETUL Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi. Ini termasuklah mencanai sudut pemotong yang sama besar bukaan dari paksi, bibir pemotong yang sama panjang, ;sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah dengan betul. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja menggerudi serta hasilnya dari segi : 1. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang 2. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya 3. Mengawal cara tatal keluar 4. Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus 5. Mengurangkan geseran dan kepanasan Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut, iaitu : (a) SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR PEMOTONG BERBEZA Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh memotong bahan. Akibatnya lubang lakan menjadi besar (Rajah 5.17). (b) PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT PEMOTONG BERBEZA Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi, hanya satu lurah yang bekerja dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Seterusnya gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah (Rajah 5.18). (c) KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK SAMA Pusat mata terkeluar dari paksi, hanya lurah yang bekerja, gerudi berputar pada pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar (Rajah 5.19). Unit 5-18
  • 19. GERUDI J1003 / Unit 5 / 19 (d) SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak cukup sokongan, sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil, geseran akan berlaku, ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas, beban gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. Ini akan Unit 5-19
  • 20. GERUDI J1003 / Unit 5 / 20 menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga gerudi akan patah. (Rajah 5.20 dan 5.21). (e) LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek, ini adalah kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Jika lengkang lurah dicanai tebal sebelah (Rajah 5.22), ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan garis pusat luar gerudi tidak tepat. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong. Unit 5-20
  • 21. GERUDI J1003 / Unit 5 / 21 5.9 NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya jenis mudah alih atau jenis tetep, diantaranya ialah : 1. Mesin gerudi tangan (hand drill) 2. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill) 3. Mesin gerudi meja (bench drilling machine) 4. Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine) 5. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine) 6. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine) 7. Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine) 8. Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine) Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Gambarajah mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin gerudi. Unit 5-21
  • 22. GERUDI J1003 / Unit 5 / 22 5.10 PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM), KADAR SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit. Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripada berbagai-bagai saiz, maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan. Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang betul disebut putaran per minit (PPM). Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu diketahui : 1. Kelajuan memotong bahan 2. Garis pusat mata gerudi Formula Untuk menghitug putaran per minit Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit) X Garis pusat (milimeter) Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter, oleh itu Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000 X Garis pusat iaitu, (PPM) = KP X 1000 D Contoh 5.1 Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit. PPM = KP X 1000 Unit 5-22
  • 23. GERUDI J1003 / Unit 5 / 23 D PPM = 30 X 1000 3.142 X 15 = 636 Contoh 5.2 Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak. PPM = KP X 1000 D PPM = 25 X 1000 3.142 X 35 = 227.2 HANTARAN Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal. Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika terlalu laju, mungkin tepi pemotongnya pecah, sebaliknya jika terlalu perlahan, hujung mata bergesel dan cepat menjadi panas. Formula Untuk menghitung anggaran masa menggerudi Anggaran masa menggerudi = P H X PPM Dimana, d = Dalam lubang P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung mata ) = d + ( 0.3 X D ) D = Garis pusat gerudi dalam milimeter PPM = Putaran per minit H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran Unit 5-23
  • 24. GERUDI J1003 / Unit 5 / 24 Contoh 5.3 Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15 mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran pemotong ialah 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320. Anggaran masa menggerudi = P H X PPM = 52 + ( 0.3 X 15 ) 0.23 X 320 = 56.5 0.23 X 320 = 56.5 73.6 = 0.77 minit atau 46 saat FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal : 1. Jenis dan keadaan mesin. 2. Ketepatan dan penyudahan kerja. 3. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin. 4. Penggunaan bendalir pemotong. 5. Jenis bahan 6. Bahan mata gerudi 5.11 JENIS-JENIS PENYEJUK, FUNGSI DAN KEGUNAANNYA Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan seperti melarik, mencanai, meraut, menggerudi, menggerudi, melulas, membenang ( dalam dan luar ), memotong bahan, kerja-kerja tekan dan sebagainya. Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Tindakan geseran antara mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau Unit 5-24
  • 25. GERUDI J1003 / Unit 5 / 25 mematahkan gerudi tersebut. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang tidak baik dn kerja yang tidak tepat. Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah : 1. Minyak pemotong atau minyak galian. Tiga jenis minyak galian yang aktif : (a) Minyak galian bersulfur (b) Minyak galian sulfur berklorin (c) Minyak galian berlemak Tiga jenis minyak galian yang tak aktif : (a) Minyak galian biasa. (b) Minyak galian lelemak. (c) Minyak galian lelemak bersulfur. 2. Minyak boleh larut. Tiga jenis minyak boleh larut : (a) Minyak galian boleh larut. (b) Minyak boleh larut lelemak tinggi. (c) Minyak boleh larut tekanan lampau. 3. Bendalir pemotong tiruan atau kimia. 4. Penyejuk khas. FUNGSI BENDALIR PEMOTONG Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah : 1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong. 2. Untuk menyejukkan benda kerja. 3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi. 4. Membantu memecahkan tatal. 5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong. 6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal. Unit 5-25
  • 26. GERUDI J1003 / Unit 5 / 26 KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG 1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah gerudi. 2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi. 3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan. 4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang tepat. 5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat dapat dikurangkan. 5.12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap kali selepas ianya digunakan. ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat. iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi. iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali- kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan mata gerudi mudah patah. 5.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi. Unit 5-26
  • 27. GERUDI J1003 / Unit 5 / 27 1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan. 2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai. 3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi. 4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti. 5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan kerja. 6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan 7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan. Unit 5-27
  • 28. GERUDI J1003 / Unit 5 / 28 AKTIVITI 5B 5.5 Senaraikan empat jenis mesin gerudi 5.6 Senaraikan lima jenis kerja uyang boleh dilakukan dimesin gerudi 5.7 Senaraikan lima bahagian utama mesin gerudi 5.8 Nyatakan tiga kesan keatas gerudi dan bahan kerja sekiranya tidak menggunakan bahan penyejuk 5.9 Nyatakan tiga langkah keselamatan ketika membuka mata gerudi. Unit 5-28
  • 29. GERUDI J1003 / Unit 5 / 29 MAKLUM BALAS 5 B 5.5 Empat jenis mesin gerudi a. Mesin gerudi tangan b. Mesin gerudi meja c. Mesin gerudi jejarian d. Mesin gerudi jenis turus 5.6 Lima jenis kerja yang boleh dijalankan dimesin gerudi a. Menggerudi b. Melulas c. Melubang senggat d. Melubang benam e. Membenang skru 5.6 Lima bahagian utama mesin gerudi a. Tapak b. Meja c. Spindal d. Motor kuasa e. Takal tirus 5.8 Tiga kesan : a. Mata gerudi cepat tumpul atau haus b. Gerudi boleh patah c. Bahan kerja panas menyebabkan mata gerudi menyepit dengan bahan kerja 5.9 Tiga langkah keselamatan a. Pastikan spindal tidak berputar Unit 5-29
  • 30. GERUDI J1003 / Unit 5 / 30 b. Gunakan kain ketika memegang gerudi c. Bersihkan tatal yang ada pada gerudi dengan menggunakan berus 5.14 MENGAPA BENDA KERJA PERLU DIPEGANG DENGAN KEMAS SEMASA PROSES MENGGERUDI Salah satu daripada operasi yang sering dilakukan dimesin gerudi ialah menggerudi lubang, dimana setiap operasi yang dijalankan melibatkan spindal yang berputar untuk menggerakkan mata gerudi. Gurudi yang berputar akan bertemu permukaan benda kerja yang diikat pada ragum ataupun pada pengapit benda kerja yang lain. Sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan kemas semasa proses banyak kesan buruk yang akan berlaku diantaranya ialah : 2. Benda kerja akan tertanggal dari pengikat atau ragum. 3. Lubang yang digerudi menjadi besar. 4. Gerudi akan patah. 5. Tidak mendapat ketepatan kerja. 6. Membazir bahan dan gerudi 7. Membazir waktu untuk menukar bahan atau gerudi baru. 5.15 JENIS PEMEGANG BENDA KERJA PADA MESIN GERUDI Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik, antara pengikat-pengikat yang biasa digunakan ialah : 1. RAGUM MESIN BIASA(PLAIN MACHINE VICE) Dengan menggunakan alat ini benda kerja yang berbentuk bersegi dan kecil sahaja yang sesuai diikat kerana ini mengikut luasnya rahang ragum itu boleh dibuka. Untuk ketepatan semasa mengikat dan mendapatkan hasil kerja yang tepat bilah selari perlu diletakan dibahagian bawah benda kerja sebagai pengalas. Ini bertujuan lubang yang digerudi akan dapat ketepatan 90º dari paras muka benda kerja dan mengelakkan batang gerudi yang tembus menyentuh ke permukaan ragum. Unit 5-30
  • 31. GERUDI J1003 / Unit 5 / 31 2. RAGUM MESIN GERUDI(DRILL MACHINE VICE) Ianya sesuai untuk mengikat benda kerja yang kecil tetapi mempunyai bentuk segi atau bulat. Besar bahan yang dicengkam adalah bergantung pada luas rahang ragum itu boleh dibuka. Keistimewaan menggunakan ragum ini ialah terdapat tetangga dan lurah V mengufuk dan menegak pada rahang ragum dan pada permukaan dalam ragum berlubang tembus. Tetangga digunakan untuk mencengkam bahan yang tipis dipermukaan dan lurah V untuk mencengkam benda kerja yang bulat. 3. PENGAPIT C( C-CLAMP) Ia digunakan untuk kerja-kerja yang lebar dan patut diikat terus pada muka meja mesin gerudi. Alat ini membantu pada penggunaan cara itu dan pada penggunaan plat sudut. 4. BUNGKAH ‘V’(V-BLOCK) Alat ini dibuat berbentuk V dan yang disediakan pencengkam adalah leih baik, kerana dapat mengikat benda kerja yang bulat dengan mudah tanpa berputar semasa digerudi dan denagan pencengkam kedudukan bendakerja boleh dialih kesudut 90º. 5. BUNGKAH TETANGGA(STEP BLOCK) Alat ini ini mempunyai dua bentuk tetangga, jenis biasa dan jenis membulat spairal. Digunakan sebagai penyokong kepada pencengkam supaya berkedudukan selaras.digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar dan berbagai bentuk. 6. PASAK ‘T’ & NAT( T-BOLT & NUT) Digunakan untuk mengikat bendakerja yang besar, berbagai bentuk dan membantu semasa mengikat pencengkam pada meja mesin gerudi. Kepala T dimasukkan kedalam alur T dipermukaan meja. 7. BILAH SELARI (PARALLEL STRIP) Digunakan untuk mengalas bendakerja dan membantu pada pencengkam supaya benda kerja dan muka pencengkam selaras serta rata dengan ini cengkaman menjadi teguh. Unit 5-31
  • 32. GERUDI J1003 / Unit 5 / 32 8. PENCENGKAM ( CLAMP) Digunakan untuk mencengkam bendakerja yang besar dan berbagai bentuk. Pencengkam yang sesuai boleh digunakan pada bentuk dan kedudukan yang tepat. Antara jenis-jenis pencengkam ialah : (b) Bulat dua hujung (figer-double end) (c) Bulat satu hujung (figer-single end) (d) Bentuk U ( U-pattern) (e) Bentuk rata ( plair flat) (f) Bentuk bolehlaras (adjustable step) (g) Bentuk cangkuk (goose neck) 5.16 KAEDAH MENGGERUDI LUBANG BESAR Kaedah menggerudi lubang besar memerlukan beberapa proses, ia berbeza dengan menggerudi lubang yang kecil, dimana untuk menggerudi lubang yang besar perlu menjalankan proses meggerudi pusat dan lubang pandu. Sekiranya saiz lubang yang hendak digerudi itu terlalu besar maka, gerudi lubang pandu terpaksa dilakukan banyak kali. Menggerudi lubang besar tidak boleh dilakukan terus kerana ini akan menyebabkan mata pemotong cepat tumpul dan batang gerudi akan menyepit ditengah lubang semasa proses menggerudi dilakukan. Semakin besar saiz gerudi semakin perlahan hantaran dan pusingan spindal. 5.17 KEPENTINGAN MENGGERUDI PUSAT DAN MENGGERUDI LUBANG PANDU Kepentingan menggerudi pusat pada benda kerja biasanya dijalankan dimesin pelarik, dimana lubang yang digerudi pusat akan disokong dengan tetengah pada latan belakang dimesin pelarik. Tanpa menggerudi pusat proses melarik yang seterusnya sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan. Manakala menggerudi lubang pandu adalah untuk mengelakkan mata gerudi cepat tumpul atau batang gerudi akan menyepit didalam lubang ketika proses menggerudi lubang besar dilakukan. 5.18 CONTOH ‘JIGS’ Terdapat beberapa jjenis jig yang direka dan digunakan dengan meluasnya. Berikut adalah jenis-jenis jig: Unit 5-32
  • 33. GERUDI J1003 / Unit 5 / 33 1. Jig Plat Untuk bekerja dimana satu sahaja permukaan yang perlu dibuat lubang. 2. Jig Selak Berbentuk kota atau separuh kota. Selak digunakan sebagai ragum dan tempat memasang beberapa sesendal gerudi untuk membuat kerja menebuk pada permukaan benda kerja yang runit. 3. Jig Saluran Sama seperti jig plat, digunakan untuk membuat lubang pada permukaan sahaja. 4. Jig Balikan Jig ini buka dimana benda kerja dicengkam pada sesendal gerudi berkaki, kemudian diterbalikan untuk proses menebuk. Proses ini menyebabkan ragum menerima tekanan alat pemotong dengan kuat dan tepat. Bagi mengatasi masalah ini jig hendaklah mempunyai kekuatan yang cukup. 5. Jig Kotak Fungsi jig ini sama dengan jig selak dimana ia boleh benda kerja yang berbentuk lebih kompleks. 5.19 KEGUNAAN JIGS PADA MESIN GERUDI Jig ialah alat untuk menempatkan dan memegang benda kerja yang membimbing dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi menebuk dan pemotongan dijalankan. Dimesin gerudi jig digunakan untuk memegang benda kerja semasa kerja menggerudi, melulas, membenam, stapping dan lain-lain dengan lain perkataan ialah alat ini digunakan untuk membantu berbagai proses bagi meningkatkan dan mempercepatkan pengeluaran dengan mudah. 5.20 LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGERUDI 1. Pastikan benda kerja dikat dengan kuat pada ragum mahupun jig. 2. Hanya seorang operator yang mengendalikan mesin tersebut. 3. jangan menggunakan sarung tangan dan barang-barang perhiasan diri semasa mengendalikan mesin. 4. Pastikan minyak dan bendalir penyejuk tidak tumpah diluar kawasan kerja. 5. Sentiasa menggunakan pelindung mata dan kasut keselamatan. Unit 5-33
  • 34. GERUDI J1003 / Unit 5 / 34 AKTIVITI 5 C 5.1 Senaraikan empat langakh keselamatan semasa menggerudi 5.2 Senaraikan lima jenis pemegang benda-benda kerja yang boleh digunakan dimesin gerudi 5.3 Apakah kesannya menggerudi lubang besar tanpa menggerudi lubang pandunyatakan tiga kesan sekiranya benda kerja tidak dipegang dengan kemas. 5.4 Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi pemilihan kelajuan pemotongan. Unit 5-34
  • 35. GERUDI J1003 / Unit 5 / 35 MAKLUM BALAS 5C 5.1 Langkah keselamatan semasa menggerudi a. Pastikan kawasan kerja bersih dan selamat b. Jangan membersihkan gerudi ketika bindu sedang berputar c. Pastikan spindal tidak berputar ketika membuat pengujian atau pengukuran d. Pastikan hanya seorang operator yang mengendalikan mesin 5.2 Lima jenis pemegang benda kerja yang boleh digunakan dimesin. a. Ragum mesin biasa b. Ragum mesin gerudi c. Pengapit C d. Pencengkam ( Clamp ) e. Pasak T dan Nat 5.3 Gerudi boleh menyepit dengan benda kerja dan menyebabkan gerudi patah dan menyebabkan hasil kerja yang dilakukan tidak begitu baik. 5.4 Tiga kesannya : a. Permukaan benda yang digerudi tidak elok b. Ukuran tempat yang digerudi tidak tepat c. Benda kerja boleh tercabut dari pengapit atau ragum 5.5 Empat faktor : a. Jenis dan keadaan mesin b. Ketepatan dan penyudahan kerja c. Kuatnya atau tegapnya benda kerja di pegang pada mesin d. Penggunaan bendalir pemotong. Unit 5-35
  • 36. GERUDI J1003 / Unit 5 / 36 PENILAIAN KENDIRI 1. Salah satu bahagian utama pada mesin gerudi ialah badan. Oleh itu anda dikehendaki menyatakan 6 bahagian pada badan mesin gerudi tersebut berserta penerangan. 2. Penggunaan ragum adalah amat penting untuk menghasilkan kerja menggerudi yang baik. Terangkan kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi. 3. Selesaikan masalah dibawah a. Berapakah kelajuan spindal yang diperlukan untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 22.5 mm pada sekeping keluli karbon dengan kelajuan memotong 30 mm/min. Mata yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak. b. Masa untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15mm dan 52mm dengan kelajuan spindal 320 ialah selama 46 saat. Kirakan kadar hantaran pemotong mata gerudi tersebut. 4. a. Nyatakan dua fungsi JIG dan b. Tugas-tugas jig gerudi. Unit 5-36
  • 37. GERUDI J1003 / Unit 5 / 37 MAKLUM BALAS 1. Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada : (a) Hujung mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut kandung 118º, bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi. (b) Pusat mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. (c) Bibir pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang. (d) Lurah Lurah terdapat disepanjang bahagian badan.. (e) Lengkang lurah Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap. (f) Jidar Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang Unit 5-37
  • 38. GERUDI J1003 / Unit 5 / 38 cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit. 2. Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi : a. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal melekat pada ragum. b. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya. c. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum. d. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas. e. Ikat rgum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum. f. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak bergerak. g. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi dijalankan. 3. a. 238.7 b. 0.23 mm 4. a. -Menempat dan memegang benda kerja -Membimbing dan menentukan arah mata alat pemotong semasa operasi menebuk dan pemotongan dijalankan. b. –Jig gerudi digunakan untuk memegang benda kerja semasa kerja menggerudi, melulas, membenam, stapping dan lain-lain. Unit 5-38