SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN 
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK 
Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang- undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 
Undang-undang Permainan 
Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. 
Undang-undang 1: Padang Permainan 
(a) Permukaan Padang 
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. 
(b) Ukuran Padang 
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (Rajah 1.4 ): 
Panjang : Minimum 90m (100 ela) 
Maksimum 120m (130 ela) 
Lebar : Minimum 45m (50 ela) 
Maksimum 90m (100 ela) 
Ukuran padang pertandingan antarabangsa: 
Panjang : Minimum 100m (110 ela) 
Maksimum 110m (120 ela) 
Lebar : Minimum 64m (70 ela) 
Maksimum 75m (80 ela) 
(c) Kawasan Padang 
Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).
Rajah 1: Ukuran kawasan padang bola sepak 
(d) Kawasan Gol 
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing- masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. 
(e) Kawasan Penalti 
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti (Rajah 1.5). 
Rajah 2: Ukuran kawasan penalti
(f) Tiang Bendera 
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. 
(g) Lengkungan Sudut 
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. 
(h) Tiang Gol 
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci). 
Rajah 3 : Ukuran tiang gol bola sepak 
Undang-undang 2: Bola 
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang dimaksudkan. 
Rajah 4: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak
Undang-undang 3: Bilangan Pemain 
(a) Pemain 
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain. 
Rajah 5: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. 
(b) Perlawanan Rasmi 
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). 
(c) Nama Pemain Gantian 
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. 
(d) Peraturan Pemain Gantian 
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. 
(e) Pertukaran Penjaga Gol 
Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. 
Undang-undang 4: Peralatan Pemain 
(a) Keselamatan 
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan. 
(b) Peralatan Asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: 
(i) Jersi; 
(ii) Kasut bola; 
(iii) Seluar pendek; 
(iv) Stoking; dan 
(v) Pelindung kaki. 
Rajah 6: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak 
(c) Pelindung Kaki (shin guards) 
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. 
(d) Penjaga Gol 
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil. 
(e) Pelanggaran Peraturan 
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang. 
Undang-undang 5: Pengadil 
(a) Kuasa Pengadil 
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak. 
Rajah 7: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil
(b) Tugas Pengadil 
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 1.10): 
(i) Melaksanakan undang-undang perlawanan. 
(ii) Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. 
(iii) Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. 
(iv) Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. 
(v) Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. 
(vi) Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. 
(vii) Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. 
(viii) Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. 
(ix) Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. 
(x) Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. 
(xi) Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. 
(xii) Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. 
(xiii) Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya. 
(c) Keputusan Pengadil 
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. 
Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan 
(a) Tugas 
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah: 
(i) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. 
(ii) Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. 
(iii) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. 
(iv) Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. 
(b) Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal. 
Rajah 8: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan 
Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan 
(a) Tempoh Permainan 
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit (Rajah 1.12), kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. 
Rajah 9: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa 
(b) Masa Rehat 
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. 
(c) Masa Tambahan 
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan. 
(d) Tendangan Penalti 
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
(e) Pemberhentian Perlawanan 
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya. 
Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan 
(a) Permulaan Perlawanan 
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan (Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua. 
Rajah 10: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan 
(b) Sepak mula 
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. 
(c) Prosedur 
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. 
Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar 
Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 1.14). Permainan akan diteruskan kembali dengan: 
(a) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. 
(b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. 
(c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.
Rajah 11: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar 
Undang-undang 10: Jaringan 
Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan (Rajah 1.15). 
Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15 menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. 
Rajah 12: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol 
Undang-undang 11: Ofsaid 
Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 1.16). 
Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.
Rajah 13: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya 
Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk 
Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: 
(a) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. 
(b) Memegang pemain pihak lawan. 
(c) Melompat ke atas pemain pihak lawan. 
(d) Menolak pemain pihak lawan. 
(e) Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. 
(f) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. 
(g) Menyadung pemain pihak lawan. 
(h) Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. 
(i) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya). 
Undang-undang 13: Tendangan Percuma 
Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. 
Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil
sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma (Rajah 1.17). 
Rajah 14: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi 
Undang-undang 14: Sepakan Penalti 
Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah 1.18). 
Prosedur: 
(a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. 
(b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. 
(c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. 
(d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain. 
Rajah 15: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan 
Undang-undang 15: Balingan Masuk 
Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.
Prosedur: 
(a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala (Rajah 1.19). 
(b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. 
(c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. 
(d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira. 
Rajah 16: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul 
Undang-undang 16: Tendangan Gol 
Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. 
Prosedur: 
(a) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. 
(b) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. 
(c) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. 
(d) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. 
(e) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. 
Undang-undang 17: Tendangan Sudut 
Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. 
Prosedur: 
(a) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. 
(b) Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. 
(c) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. 
(d) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
Rajah 17: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (20)

Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 1
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpointFutsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
 
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALINGKemahiran menjaga gol BOLA BALING
Kemahiran menjaga gol BOLA BALING
 
pengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsalpengenalan kepada futsal
pengenalan kepada futsal
 
Sejarah Ping Pong
Sejarah Ping PongSejarah Ping Pong
Sejarah Ping Pong
 
Permainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaPermainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysia
 
Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2
 
sepak takraw
sepak  takrawsepak  takraw
sepak takraw
 
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
20120106012108 peraturan am permainan bola sepak
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Peraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkakPeraturan pertandingan congkak
Peraturan pertandingan congkak
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Kemahiran asas hoki
Kemahiran asas hokiKemahiran asas hoki
Kemahiran asas hoki
 
Hoki
HokiHoki
Hoki
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (17)

Topik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola SepakTopik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola Sepak
 
Sepak bola
Sepak bola  Sepak bola
Sepak bola
 
Peraturan permainan sepak bola
Peraturan permainan sepak bolaPeraturan permainan sepak bola
Peraturan permainan sepak bola
 
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakModul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
 
Bolasepak teori
Bolasepak teoriBolasepak teori
Bolasepak teori
 
Power point AKTIVITI DI PADANG SEKOLAH
Power point AKTIVITI DI PADANG SEKOLAHPower point AKTIVITI DI PADANG SEKOLAH
Power point AKTIVITI DI PADANG SEKOLAH
 
Permainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda KondiPermainan Tradisional Konda Kondi
Permainan Tradisional Konda Kondi
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosional
 
laporan-lawatan-sambil-belajar-ke-melaka
 laporan-lawatan-sambil-belajar-ke-melaka laporan-lawatan-sambil-belajar-ke-melaka
laporan-lawatan-sambil-belajar-ke-melaka
 
Modul bola sepak spts
Modul bola sepak sptsModul bola sepak spts
Modul bola sepak spts
 
Topik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola JaringTopik 3. Bola Jaring
Topik 3. Bola Jaring
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Soalan pjk
Soalan pjkSoalan pjk
Soalan pjk
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 
Soalan pjk tingkatan 2 akhir tahun 2014
Soalan pjk tingkatan  2 akhir tahun 2014Soalan pjk tingkatan  2 akhir tahun 2014
Soalan pjk tingkatan 2 akhir tahun 2014
 

Ähnlich wie 20120106012108 peraturan am permainan bola sepak

Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Nur Jalil
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaringAz Rin
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringAurora Venus
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015henry nicholas
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012Shapariza Puteh
 
Permainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringPermainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringnsssuhada
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 

Ähnlich wie 20120106012108 peraturan am permainan bola sepak (9)

Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Peraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaringPeraturan dan undang bola jaring
Peraturan dan undang bola jaring
 
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
Permainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringPermainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaring
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 

20120106012108 peraturan am permainan bola sepak

  • 1. KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA SEPAK Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang- undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. (b) Ukuran Padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (Rajah 1.4 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar : Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Lebar : Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) (c) Kawasan Padang Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).
  • 2. Rajah 1: Ukuran kawasan padang bola sepak (d) Kawasan Gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing- masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. (e) Kawasan Penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti (Rajah 1.5). Rajah 2: Ukuran kawasan penalti
  • 3. (f) Tiang Bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (g) Lengkungan Sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. (h) Tiang Gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci). Rajah 3 : Ukuran tiang gol bola sepak Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang dimaksudkan. Rajah 4: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak
  • 4. Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain. Rajah 5: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. (b) Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). (c) Nama Pemain Gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. (d) Peraturan Pemain Gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. (e) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan. (b) Peralatan Asas
  • 5. Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: (i) Jersi; (ii) Kasut bola; (iii) Seluar pendek; (iv) Stoking; dan (v) Pelindung kaki. Rajah 6: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak (c) Pelindung Kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. (d) Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil. (e) Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang. Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa Pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak. Rajah 7: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil
  • 6. (b) Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 1.10): (i) Melaksanakan undang-undang perlawanan. (ii) Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. (iii) Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. (iv) Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. (v) Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. (vi) Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. (vii) Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. (viii) Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. (ix) Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. (x) Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. (xi) Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. (xii) Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. (xiii) Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya. (c) Keputusan Pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah: (i) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. (ii) Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. (iii) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. (iv) Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. (b) Pembantu
  • 7. Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal. Rajah 8: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh Permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit (Rajah 1.12), kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. Rajah 9: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa (b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. (c) Masa Tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan. (d) Tendangan Penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
  • 8. (e) Pemberhentian Perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya. Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan Perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan (Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua. Rajah 10: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan (b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. (c) Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 1.14). Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. (b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. (c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.
  • 9. Rajah 11: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan (Rajah 1.15). Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15 menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. Rajah 12: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 1.16). Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.
  • 10. Rajah 13: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. (b) Memegang pemain pihak lawan. (c) Melompat ke atas pemain pihak lawan. (d) Menolak pemain pihak lawan. (e) Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. (f) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. (g) Menyadung pemain pihak lawan. (h) Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. (i) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya). Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil
  • 11. sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma (Rajah 1.17). Rajah 14: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah 1.18). Prosedur: (a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. (b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. (c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. (d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain. Rajah 15: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.
  • 12. Prosedur: (a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala (Rajah 1.19). (b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. (c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. (d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira. Rajah 16: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: (a) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. (b) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. (c) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. (d) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. (e) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur: (a) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. (b) Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan. (c) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. (d) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
  • 13. Rajah 17: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol