2. LATAR BELAKANG /
PENGENALAN
Program Polytechnic Entrepreneurship Race (PER), 2014 ini bertujuan
untuk mendedahkan peserta dengan aktiviti keusahawanan yang
berorientasikan jualan langsung untuk memberikan ilmu pengetahuan
tentang teknik pemasaran dan rundingan dalam perniagaan kepada
peserta.
Para peserta akan dibekalkan dengan beberapa jenis produk yang akan
disediakan oleh syarikat - syarikat pembekal yang akan dikenalpasti dan
akan dipasarkan kepada orang ramai secara langsung melalui kerja
berpasukan dalam kumpulan.
Matlamatnya ialah agar para peserta dapat menjana idea kreativiti dan
inovatif untuk memasarkan produk - produk tersebut. Ini sekaligus dapat
membentuk budaya keusahawanan dan juga pendedahan dunia
perniagaan sebenar kepada peserta.
3. OBJEKTIF PROGRAM /
AKTIVITI
Membolehkan peserta mendapatkan kaedah kerja
berpasukan dan kerjasama yang efektif dalam
menyelesaikan masalah secara amnya.
Melahirkan idea kreatif dan inovatif terhadap tugasan
yang diberikan.
Menjana kekuatan mental dan fizikal dalam
melaksanakan idea kreatif dan inovatif tersebut.
Membangunkan diri peserta sebagai seorang
usahawan melalui penerapan ilmu pengetahuan
berkaitan teknik pemasaran dan rundingan dalam
perniagaan.
4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk program ini terdiri
daripada pelajar dari 32 buah Politeknik, yang
mana setiap institusi perlu menghantar
sebuah pasukan yang terdiri daripada 5 orang
peserta.
Jumlah keseluruhan peserta dianggarkan
seramai 160 orang.
5. KAEDAH PELAKSANAAN
Program ini akan dijalankan selama 2 hari dengan
kaedah yang mana setiap pasukan akan
dibekalkan dengan beberapa jenis produk oleh
syarikat pembekal yang akan dikenalpasti.
Setiap kumpulan akan menjual produk - produk
tersebut kepada orang ramai di sekitar Taman
Rempah Melaka melalui kaedah jualan langsung
dengan menggunakan idea kreatif, inovatif dan
berstrategi.
6. JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH MASA AGENDA
21/8/14
(KHAMIS)
2.30 ptg hingga
5.00 ptg
PENDAFTARAN PESERTA
21/8/14
(KHAMIS)
8.00 mlm
TAKLIMAT PROGRAM oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal
TAKLIMAT PRODUK & STRATEGI JUALAN oleh Organisasi Pembekal
Penyerahan Produk & Item Berkaitan
22/8/14
(JUMAAT)
9.00 pg
hingga
5.00 ptg
PERTANDINGAN BERMULA
Sekitar Taman Rempah dan Bandar Hilir, Melaka
PERTANDINGAN TAMAT
Penyerahan Borang/Template Jualan, Jumlah Jualan dan Topup Barang
23/8/14
(SABTU)
8.00 pg hingga
10.00 pg PEMBENTANGAN KUMPULAN : ANALISIS JUALAN
2.30 ptg PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
8. IMPAK PROGRAM
Pendedahan dunia perniagaan sebenar
Semangat kerja secar berkumpulan.
menjana idea kreatif, inovatif dan menyusun strategi untuk
menjual produk–produk yang dibekalkan kepada mereka.
Di samping itu, para peserta akan memperolehi dan mempelajari
teknik pemasaran dan rundingan dalam perniagaan apabila
berhadapan dengan orang ramai.
Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan diri dan juga
kemahiran berkomunikasi dalam kalangan peserta.
9. PENUTUP
Program ini perlu dilaksanakan bagi memberikan kepada peserta
pengalaman dan pengetahuan serta memperkembangkan aktiviti
keusahawanan untuk memperolehi ilmu berkaitan teknik
pemasaran dan rundingan dalam perniagaan.
Ianya juga diharap menjadi medan terbaik bagi menjalinkan
hubungan antara Politeknik dengan masyarakat dan
mempromosikan Politeknik.
Akhir sekali, program ini diharapkan agar dapat meningkatkan
ruang dan peluang kepada Politeknik untuk menjalinkan
hubungan dengan pemain industri dalam dunia perniagaan
sebenar.