4. AKTIVITI 2 ARAHAN: Tonton video lagu Terimakasih Guru dan fokuskan perhatian kamu pada lirik lagu tersebut.
5.
6. RANGKAP 1 Masih jelas diminda bisikan suaramu..memanggil Di situ langkahku bermula mengejari cita..kau disisi
7. RANGKAP 2 Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan terima kasih guru kerana hulur tanganmu ku menghargai setulus jiwaku bicaramu guru akan ku ingat selalu menjadi azimat hingga ke akhirnya
8. RANGKAP 3 Guru..ibarat pelita sentiasa menyinar kamar hidupku.. Guru..kau pewaris ilmu mendidik diriku hinggaku berjaya
9. RANGKAP 4 Andai diberi peluang inginku terbang tinggi di awangan akanku petik bintang-bintang ku jadikan hadiah untukmu moga tuhan merahmatimu Terima Kasih..
10.
11. APA ITU PUISI ? Meluahkan pemikiran, perasaan, pendapat dan harapan. Boleh membuat kita berfikir, ketawa, menangis dan tertanya-tanya. Boleh datang dari pengalaman atau orang yang kita kenal. Boleh datang dari harapan atau rasa takut, sedih, gembira dan sebagainya. Adalah sesuatu yang semua orang boleh hasilkan!
12. PUISI BERBENTUK Puisi berbentuk ditulis dalam bentuk yang dapat melambangkan tema puisi tersebut. Kamu boleh gunakan kata nama, adjektif atau kata kerja dengan cara pilihan kamu. Kamu boleh tuliskan beberapa ayat dan susunkannya supaya menjadi bentuk yang kamu kehendaki. Puisi ini tidak semestinya perlukan ayat yang penuh atau tanda baca.
17. AKTIVITI 4 Secara bergilir, sebutkan perkataan atau frasa yang dapat kamu kaitkan dengan guru . [5 minit] ARAHAN: Fikirkan objek yang dapat kamu kaitkan dengan guru. Cth : lilin, permata, bunga dsb. Semak & Bentukkan puisi kamu. [10 minit] Pilih dan susun perkataan/frasa tersebut supaya menjadi puisi. [10 minit]