SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
1
JPA.BPO(S)324/14/9 Jld.47 s.k.1 (43) No. Siri:
KERAJAAN MALAYSIA
__________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013
___________________________________
PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
LEPASAN DIPLOMA
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan
mengenai penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP).
LATAR BELAKANG
2. Selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peningkatan kelayakan guru
ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program Pensiswazahan Guru,
kesinambungan perkhidmatan dan penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya profesion
2
keguruan, kerajaan telah bersetuju untuk menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan
PPPLD menjadi skim perkhidmatan bersepadu PPP yang merangkumi Kumpulan
Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
SKIM PERKHIDMATAN PPP
3. Skim perkhidmatan bersepadu PPP melibatkan pindaan-pindaan kepada
perbekalan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada seperti berikut:
(a) gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32,
DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54;
(b) pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat
ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada;
(c) penambahan syarat kelayakan masuk di peringkat ijazah sarjana dan
ijazah doktor falsafah (PhD); dan
(d) peningkatan pegawai di Kumpulan Pelaksana Gred DG29, DG32, DG34
dan DG38 ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional melalui kaedah
kenaikan pangkat ke Gred DG42 tertakluk memenuhi syarat kenaikan
pangkat yang ditetapkan.
4. Berdasarkan pindaan seperti di atas, syarat lantikan skim perkhidmatan PPP
adalah seperti berikut:
(a) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG29
(i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
3
(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus
Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44).
(b) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG41
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau
(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
4
(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60).
5. Selain itu, melalui skim perkhidmatan bersepadu ini, kenaikan pangkat pegawai
ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang
Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja.
Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung kaedah kenaikan
pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang
berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5
Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 – Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat
Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM.
6. Skim perkhidmatan bersepadu PPP adalah seperti di Lampiran A. Format iklan
jawatan adalah seperti di Lampiran B. Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM)
bagi skim perkhidmatan ini adalah seperti di Lampiran C.
PELAKSANAAN
7. Semua PPPS dan PPPLD dilantik secara tetap termasuk mereka yang dalam
tempoh percubaan serta memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia akan dipindahkan
secara gred ke gred ke skim perkhidmatan PPP seperti berikut:
5
Skim Perkhidmatan Sedia Ada Skim Perkhidmatan Baharu
PPPS
Gred
PPP
Gred
DG54 DG54
DG52 DG52
DG48 DG48
DG44 DG44
- DG42
DG41 DG41
PPPLD
DGA38 DG38
DGA34 DG34
DGA32 DG32
DGA29 DG29
8. PPPS Gred Utama/Khas masing-masing akan dipindahkan ke gred yang sama
dalam skim perkhidmatan PPP.
9. Jabatan ini (Bahagian Pembangunan Organisasi [BPO]) akan melaksanakan
perubahan jawatan dalam Senarai Perjawatan sedia ada. Mulai tarikh kuat kuasa skim
perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai PPP hendaklah menggunakan skim
perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.
KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN
10. Pegawai akan ditawarkan penetapan gaji permulaan di jawatan baharu seperti
berikut:
(a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred
jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum
di gred jawatan baharu; atau
6
(b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan
asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji
minimum di gred jawatan baharu; atau
(c) pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD bagi pegawai
yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan asal
adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana
atau PhD.
11. Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh amaun gaji dalam
JGMM mengikut kaedah di atas, maka jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)
hendaklah dipohon daripada jabatan ini (Bahagian Saraan) dengan mengemukakan
salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan
disahkan.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
12. Urusan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang
sedang diterima oleh pegawai mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling
perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa, termasuk Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal. Walau bagaimanapun, penetapan kadar elaun dan kemudahan
tersebut adalah tertakluk kepada penetapan gred jawatan pegawai.
TARIKH KUAT KUASA
13. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.
PEMBATALAN
14. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim
perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada dibatalkan seperti berikut:
(a) skim perkhidmatan PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
4 Tahun 2002; dan
(b) skim perkhidmatan PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 11 Tahun 2007.
PEMAKAIAN
15. Tertakluk kepada penenmaannya oleh pihak berkuasa
. .
masmg-masmg,
peruntukan pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan
Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun.
"BERKHIDMAT UNTUKNEGARA"
(TANS I MOHAMAD ZABIDI ZAINAL)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awarn
Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
PUTRAJAYA
lbDisember 2013
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
7
1
SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
GRED JAWATAN/GAJI : DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48,
DG52, DG54
TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2014
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG29
(c) (i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi perguruan
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29:
RM1,589.00); atau
(ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas
Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29:
RM1,735.44); atau
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG41
(d) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:
RM2,018.52); atau
LAMPIRAN A
2
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang
pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:
RM2,222.94); atau
(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:
RM2,222.94); atau
(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:
RM2,733.98); atau
(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma
Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41:
RM3,040.60).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
PENETAPAN GAJI
PERMULAAN
3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum
Gred DG29 atau DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada
pengalaman kerja dan kepakaran berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN 4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau DG41
yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh
percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN 5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang
berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI
MINDA
6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan
jayanya Program Transformasi Minda.
3
PENGESAHAN DALAM
PERKHIDMATAN
7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam
perkhidmatan apabila telah:
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PERGERAKAN GAJI
TAHUNAN
8. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan
prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI
DAN POTENSI
9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang
ditetapkan untuk kenaikan pangkat.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG32
10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 yang kosong apabila
telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG32
11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred
DG29;
(d) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG34
12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 yang kosong apabila
telah:
4
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG34
13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred
DG32;
(c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG38
14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG38 yang kosong apabila
telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG38
15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG38 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred
DG34;
(c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
5
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG42
16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32,
DG34, DG38 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan
pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred
DG42 yang kosong apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memiliki kelayakan di perenggan 1(d) di atas; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG44
17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42 adalah
layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 yang kosong
apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG44
18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42 adalah
layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 secara time-
based berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred
DG41/42;
(d) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG48
19. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 yang kosong apabila
telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
6
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG48
20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred
DG44;
(c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG52
21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 yang kosong apabila
telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG52
22. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun di Gred
DG48;
(c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
7
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED DG54
23. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang kosong apabila
telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED
BERASASKAN
KECEMERLANGAN
KE GRED DG54
24. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 adalah layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 secara time-based
berasaskan kecemerlangan apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred
DG52;
(c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat
yang ditetapkan;
(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
dan
(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED KHAS YANG
LEBIH TINGGI
25. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang
menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas yang
lebih tinggi.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED YANG
LEBIH TINGGI
26. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang
menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah
layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang
lebih tinggi yang kosong.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang
berkuat kuasa pada 1.11.2002 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002).
Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma yang berkuat kuasa pada 1.7.2007 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007).
LAMPIRAN B
1
FORMAT IKLAN JAWATAN
Rujukan Fail:
1. (a) Jawatan : Nyatakan nama jawatan seperti dalam skim perkhidmatan
berkenaan.
(b) Kementerian/Jabatan/Badan
Berkanun/Kuasa Tempatan*
: Nama Agensi.
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Nyatakan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional
atau Kumpulan Pelaksana.
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Nyatakan Klasifikasi Perkhidmatan yang mengandungi
skim perkhidmatan tersebut wujud.
2. Jadual Gaji : Rujuk pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa.
3. Syarat Lantikan : Seperti syarat lantikan dalam skim perkhidmatan yang
berkenaan.
4. Taraf Jawatan : Nyatakan sama ada bertaraf tetap, sementara atau kontrak.
5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat
Skim Perkhidmatan
: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (nyatakan
seperti di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa
serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa.
6. Fungsi Bidang Tugas : Untuk diisi oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan setiap kali
pengiklanan dibuat.
7. Tarikh Tutup Permohonan : Nyatakan tarikh tutup permohonan.
(* Potong mana yang tidak berkenaan)
1
Lampiran C
KOD GAJI KOMPUTER
SSM
GRED
GAJI
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
SSM305DG54000 DG54 5,840.00 11,864.00 320.00
SSM305DG52000 DG52 5,538.00 11,194.00 290.00
SSM305DG48000 DG48 4,922.00 10,560.00 270.00
SSM305DG44000 DG44 3,371.00 9,414.00 250.00
SSM305DG42000 DG42 1,917.00 8,652.00 225.00
SSM305DG41000 DG41 1,917.00 8,652.00 225.00
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MULAI 1 JANUARI 2014
(RM SEBULAN)
2
KOD GAJI KOMPUTER
SSM
GRED
GAJI
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
SSM305DG38000 DG38 3,457.00 7,051.00 195.00
SSM305DG34000 DG34 3,397.00 5,797.00 165.00
SSM305DG32000 DG32 2,731.00 5,457.00 155.00
SSM305DG29000 DG29 1,589.00 5,137.00 145.00
(RM SEBULAN)
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JANUARI 2014

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangansuria yahaya
 
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Nadzari Baharom
 
Laporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahLaporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahZatil Nabilah
 
Myportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahMyportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahnurfadzlin16
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxAzimahDollah2
 
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdf
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdfV3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdf
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdfMOHDTANWINBINMATNOOR
 
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...Mohd Suhaimin Isnen
 
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURU
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURUCONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURU
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURUROSMAWATIE
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
Minit mesyuarat tkrs 2013
Minit mesyuarat tkrs 2013Minit mesyuarat tkrs 2013
Minit mesyuarat tkrs 2013Siti Hajar
 
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxSlide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxfarah793687
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docMuhammadIzuan6
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridSHAHIBOL
 
Kertas kerja kursus imam dan bilal
Kertas kerja kursus imam dan bilalKertas kerja kursus imam dan bilal
Kertas kerja kursus imam dan bilalWan Fatimah
 

Was ist angesagt? (20)

66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
Surat setuju terima tawaran perlantikan dg41
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Laporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolahLaporan bergambar aktiviti sekolah
Laporan bergambar aktiviti sekolah
 
Myportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahMyportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendah
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdf
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdfV3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdf
V3 PEMERKASAAN PBS 27092022 (2).pdf
 
Kertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayangKertas konsep guru penyayang
Kertas konsep guru penyayang
 
My portfolio arfandi
My portfolio arfandiMy portfolio arfandi
My portfolio arfandi
 
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...
STANDARD 3.2 - PENGURUSAN KOKURIKULUM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia G...
 
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURU
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURUCONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURU
CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN GURU
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Minit mesyuarat tkrs 2013
Minit mesyuarat tkrs 2013Minit mesyuarat tkrs 2013
Minit mesyuarat tkrs 2013
 
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptxSlide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
Slide Taklimat Penempatan Guru Baharu - PUTRI.pptx
 
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.docSijil-Penghargaan-Pengawas.doc
Sijil-Penghargaan-Pengawas.doc
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
 
Tatacara pakaian krs
Tatacara pakaian krs Tatacara pakaian krs
Tatacara pakaian krs
 
Kertas kerja kursus imam dan bilal
Kertas kerja kursus imam dan bilalKertas kerja kursus imam dan bilal
Kertas kerja kursus imam dan bilal
 

Ähnlich wie Pekeliling 40 dg41 + dg29

Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013
Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013
Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013ciklaili. com
 
Dg tugas dan tanggungjawb guru
Dg tugas dan tanggungjawb guruDg tugas dan tanggungjawb guru
Dg tugas dan tanggungjawb guruMat Nordin Mustafa
 
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...Nur Alias
 
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra MalaysiaIklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra MalaysiaJawatan Kosong
 
Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2ung sii mee
 
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarChon Seong Hoo
 
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai JohorJawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai JohorJawatan Kosong
 
Jawatan Kosong DBKL Terkini
Jawatan Kosong DBKL TerkiniJawatan Kosong DBKL Terkini
Jawatan Kosong DBKL TerkiniJawatan Kosong
 
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016Jawatan Kosong
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Miz Jieha
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Rainne Lee
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatandaproket
 
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri Johor
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri JohorIklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri Johor
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri JohorJawatan Kosong
 
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016Jawatan Kosong
 

Ähnlich wie Pekeliling 40 dg41 + dg29 (20)

Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013
Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013
Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 tahun 2013
 
Pp1107
Pp1107Pp1107
Pp1107
 
Dg tugas dan tanggungjawb guru
Dg tugas dan tanggungjawb guruDg tugas dan tanggungjawb guru
Dg tugas dan tanggungjawb guru
 
Sbpa pekeliling
Sbpa pekelilingSbpa pekeliling
Sbpa pekeliling
 
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...
SBPA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSE...
 
01a dg41
01a dg4101a dg41
01a dg41
 
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra MalaysiaIklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia
 
Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2Pekeliling bil.1 2013 v2
Pekeliling bil.1 2013 v2
 
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam SelangorJawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
Jawatan Kosong JAIS 2016 Jabatan Agama Islam Selangor
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
 
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai JohorJawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai Johor
 
Jawatan Kosong DBKL Terkini
Jawatan Kosong DBKL TerkiniJawatan Kosong DBKL Terkini
Jawatan Kosong DBKL Terkini
 
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016
Jawatan Kosong UiTM Shah Alam dan Cawangan 2016
 
Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)Transformasi minda (kissm)
Transformasi minda (kissm)
 
Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10Nota SPP Bab 10
Nota SPP Bab 10
 
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
Pekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatanPekeliling perkhidmatan
Pekeliling perkhidmatan
 
Iklan spa perak
Iklan spa perakIklan spa perak
Iklan spa perak
 
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri Johor
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri JohorIklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri Johor
Iklan Jawatan Kosong SPAJ 2016 Kerajaan Negeri Johor
 
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan Majlis Perbandaran Kajang 2016
 

Kürzlich hochgeladen

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 

Kürzlich hochgeladen (13)

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 

Pekeliling 40 dg41 + dg29

  • 1. 1 JPA.BPO(S)324/14/9 Jld.47 s.k.1 (43) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA __________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 40 TAHUN 2013 ___________________________________ PENGGABUNGAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai penggabungan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) kepada skim perkhidmatan bersepadu iaitu skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peningkatan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda melalui Program Pensiswazahan Guru, kesinambungan perkhidmatan dan penambahbaikan laluan kemajuan kerjaya profesion
  • 2. 2 keguruan, kerajaan telah bersetuju untuk menggabungkan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD menjadi skim perkhidmatan bersepadu PPP yang merangkumi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. SKIM PERKHIDMATAN PPP 3. Skim perkhidmatan bersepadu PPP melibatkan pindaan-pindaan kepada perbekalan skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada seperti berikut: (a) gred jawatan/gred gaji skim perkhidmatan ini ialah Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54; (b) pemansuhan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) bidang di peringkat ijazah dan diploma dalam syarat lantikan skim perkhidmatan sedia ada; (c) penambahan syarat kelayakan masuk di peringkat ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD); dan (d) peningkatan pegawai di Kumpulan Pelaksana Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional melalui kaedah kenaikan pangkat ke Gred DG42 tertakluk memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 4. Berdasarkan pindaan seperti di atas, syarat lantikan skim perkhidmatan PPP adalah seperti berikut: (a) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG29 (i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau
  • 3. 3 (ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44). (b) Kelayakan Untuk Lantikan ke Gred DG41 (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau (iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau (iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98).
  • 4. 4 (v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60). 5. Selain itu, melalui skim perkhidmatan bersepadu ini, kenaikan pangkat pegawai ke Gred DG38 tidak lagi dikhususkan kepada jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) sahaja. Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan berhubung kaedah kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan kepada PPPS dan PPPLD yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Surat JPA rujukan JPA.BK(S)255/4/5 Jld.5 (56) bertarikh 13 April 2012 – Penetapan Kaedah Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPS dan PPPLD di KPM. 6. Skim perkhidmatan bersepadu PPP adalah seperti di Lampiran A. Format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B. Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi skim perkhidmatan ini adalah seperti di Lampiran C. PELAKSANAAN 7. Semua PPPS dan PPPLD dilantik secara tetap termasuk mereka yang dalam tempoh percubaan serta memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia akan dipindahkan secara gred ke gred ke skim perkhidmatan PPP seperti berikut:
  • 5. 5 Skim Perkhidmatan Sedia Ada Skim Perkhidmatan Baharu PPPS Gred PPP Gred DG54 DG54 DG52 DG52 DG48 DG48 DG44 DG44 - DG42 DG41 DG41 PPPLD DGA38 DG38 DGA34 DG34 DGA32 DG32 DGA29 DG29 8. PPPS Gred Utama/Khas masing-masing akan dipindahkan ke gred yang sama dalam skim perkhidmatan PPP. 9. Jabatan ini (Bahagian Pembangunan Organisasi [BPO]) akan melaksanakan perubahan jawatan dalam Senarai Perjawatan sedia ada. Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan sebagai PPP hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN 10. Pegawai akan ditawarkan penetapan gaji permulaan di jawatan baharu seperti berikut: (a) pada gaji minimum di gred jawatan baharu sekiranya gaji akhir di gred jawatan asal adalah sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau
  • 6. 6 (b) pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji akhir di gred jawatan asal jika gaji akhir di gred jawatan asal lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan baharu; atau (c) pada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD bagi pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji di gred jawatan asal adalah lebih rendah daripada gaji permulaan kelayakan ijazah sarjana atau PhD. 11. Pegawai yang gaji akhirnya tidak dapat ditampung oleh amaun gaji dalam JGMM mengikut kaedah di atas, maka jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) hendaklah dipohon daripada jabatan ini (Bahagian Saraan) dengan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan disahkan. ELAUN DAN KEMUDAHAN 12. Urusan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang sedang diterima oleh pegawai mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang berkuat kuasa, termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. Walau bagaimanapun, penetapan kadar elaun dan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada penetapan gred jawatan pegawai. TARIKH KUAT KUASA 13. Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. PEMBATALAN 14. Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD sedia ada dibatalkan seperti berikut:
  • 7. (a) skim perkhidmatan PPPS di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002; dan (b) skim perkhidmatan PPPLD di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007. PEMAKAIAN 15. Tertakluk kepada penenmaannya oleh pihak berkuasa . . masmg-masmg, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun. "BERKHIDMAT UNTUKNEGARA" (TANS I MOHAMAD ZABIDI ZAINAL) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awarn Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA lbDisember 2013 Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun 7
  • 8. 1 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) GRED JAWATAN/GAJI : DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54 TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2014 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG29 (c) (i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,589.00); atau (ii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,735.44); atau KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DG41 (d) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,018.52); atau LAMPIRAN A
  • 9. 2 (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau (iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,222.94); atau (iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,733.98); atau (v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,040.60). SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred DG29 atau DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja dan kepakaran berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau DG41 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. LATIHAN 5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda.
  • 10. 3 PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 8. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI 9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG32 10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG32 11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG29; (d) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG34 12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 yang kosong apabila telah:
  • 11. 4 (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG34 13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG32; (c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG38 14. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG38 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG38 15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG38 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred DG34; (c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • 12. 5 KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG42 16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32, DG34, DG38 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG42 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memiliki kelayakan di perenggan 1(d) di atas; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG44 17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG44 18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 secara time- based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG41/42; (d) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (e) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (f) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG48 19. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  • 13. 6 (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG48 20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di Gred DG44; (c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG52 21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG52 22. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun di Gred DG48; (c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  • 14. 7 KENAIKAN PANGKAT KE GRED DG54 23. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN KE GRED DG54 24. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 secara time-based berasaskan kecemerlangan apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG52; (c) mencapai tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS YANG LEBIH TINGGI 25. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Gred Khas yang lebih tinggi. KENAIKAN PANGKAT KE GRED YANG LEBIH TINGGI 26. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkuat kuasa pada 1.11.2002 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002). Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang berkuat kuasa pada 1.7.2007 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007).
  • 15. LAMPIRAN B 1 FORMAT IKLAN JAWATAN Rujukan Fail: 1. (a) Jawatan : Nyatakan nama jawatan seperti dalam skim perkhidmatan berkenaan. (b) Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan* : Nama Agensi. (c) Kumpulan Perkhidmatan : Nyatakan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana. (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Nyatakan Klasifikasi Perkhidmatan yang mengandungi skim perkhidmatan tersebut wujud. 2. Jadual Gaji : Rujuk pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa. 3. Syarat Lantikan : Seperti syarat lantikan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan. 4. Taraf Jawatan : Nyatakan sama ada bertaraf tetap, sementara atau kontrak. 5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (nyatakan seperti di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 6. Fungsi Bidang Tugas : Untuk diisi oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan setiap kali pengiklanan dibuat. 7. Tarikh Tutup Permohonan : Nyatakan tarikh tutup permohonan. (* Potong mana yang tidak berkenaan)
  • 16. 1 Lampiran C KOD GAJI KOMPUTER SSM GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM305DG54000 DG54 5,840.00 11,864.00 320.00 SSM305DG52000 DG52 5,538.00 11,194.00 290.00 SSM305DG48000 DG48 4,922.00 10,560.00 270.00 SSM305DG44000 DG44 3,371.00 9,414.00 250.00 SSM305DG42000 DG42 1,917.00 8,652.00 225.00 SSM305DG41000 DG41 1,917.00 8,652.00 225.00 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MULAI 1 JANUARI 2014 (RM SEBULAN)
  • 17. 2 KOD GAJI KOMPUTER SSM GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM305DG38000 DG38 3,457.00 7,051.00 195.00 SSM305DG34000 DG34 3,397.00 5,797.00 165.00 SSM305DG32000 DG32 2,731.00 5,457.00 155.00 SSM305DG29000 DG29 1,589.00 5,137.00 145.00 (RM SEBULAN) JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JANUARI 2014