Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.
Penyakit Tidak 
Berjangkit (NCD) Yang 
Bahaya
Penyakit Tidak Berjangkit??? 
 Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor 
 Berpunca daripada keturunan dan ...
 Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, 
darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman 
kesihatan baru di nega...
Obesiti
 Obesiti adalah satu keadaan yang 
kompleks di mana seseorang individu 
itu mempunyai lemak berlebihan. 
 Lelaki dikatak...
 Seseorang yang pra-obes dan obes 
lebih cenderung kepada penyakit 
seperti kencing manis, darah tinggi, 
penyakit jantun...
 Adakah saya gemuk? 
Anda gemuk (obes) sekiranya 
◦ BMI anda ≥ 27.5. 
 Bagaimanakah saya boleh mengukur 
BMI? 
Fomula: B...
IJB (kg/m²) Anda adalah 
< 18.5 Kurang berat 
badan 
18.5-22.9 Berat badan unggul 
>23.0 Lebih berat badan 
(gemuk) 
23-27...
Bagaimana saya boleh 
mencapai berat badan yang 
unggul? 
 Rujuk doktor, pegawai 
pemakanan dan pakar 
pemakanan. 
 Capa...
Hipertensi / Tekanan 
Darah Tinggi
 Hipertensi atau tekanan darah tinggi 
adalah penyakit yang secara senyap 
mengakibatkan banyak komplikasi 
dan juga kema...
Tekanan Darah 
 Jantung anda bekerja seperti sebuah 
pam yang mengecut dan rehat. 
 Tekanan darah diukur dalam dua 
baca...
Kategori Sistolik Diastolik 
Normal Bawah 120 Dan Bawah 80 
Pre-hypertensi 
120-139 Atau 80-89 
Hypertensi 140 dan ke atas...
Faktor Risiko (Punca) 
 Biasanya tidak diketahui walaupun 
selepas pemeriksaan doktor. 
 Walau bagaimanapun hipertensi b...
Tanda dan gejala 
 Selalunya, hypertensi tidak 
menunjukan sebarang tanda dan 
gejala. 
 Pesakit mungkin akan mengalami ...
Komplikasi 
 Peningkatan mendadak tekanan darah 
◦ Boleh menyebabkan kepenatan nafas, 
kekeliruan, khayal, sawan dan kema...
Diabetes Mellitus/ 
Kencing Manis
Apakah itu diabetes? 
 Diabetes adalah salah satu penyakit kronik 
dimana ianya merupakan masalah yang 
besar di kebanyak...
 Diabetes berlaku apabila pankreas 
dalam badan tidak lagi menghasilkan 
insulin atau badan tidak boleh 
menggunakan insu...
 Makanan akan bertukar kepada gula 
dalam badan kita. Insulin akan digunakan 
untuk menghantar gula dalam saluran 
darah ...
Apakah tanda & gejala 
diabetes? Gejala yang biasa dialami ialah: 
 Kerap merasa dahaga 
 Mudah rasa letih 
 Berat bada...
Golongan risiko tinggi untuk 
mendapat diabetes 
 Berumur 35 tahun atau lebih tua. 
Usia semakin meningkat, semakin ting...
Komplikasi Diabetes 
 Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu 
banyak organ bergantung kepada kawalan gula da...
Komplikasi kronik 
(paras gula tinggi berpanjangan) 
 Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: 
◦ Mata 
 Katarak, penda...
Strok/ Angin Ahmar
 Strok adalah satu keadaan di mana 
berlakunya kesempitan saluran 
darah ke bahagian otak atau 
saluran darah pecah. 
 S...
 Strok/Angin Ahmar adalah penyakit 
yang merbahaya yang boleh 
mengakibatkan kecacatan kekal 
diperingkat dewasa. 
 Di H...
Faktor risiko 
 Umur terutama apabila meningkat 
umur hingga 65 tahun ke atas 
 Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi 
...
Faktor risiko 
 Tekanan Darah Tinggi 
 Kencing manis 
 Paras kolesterol tinggi 
 Merokok 
 Berat badan yang berlebiha...
 Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar? 
 Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba 
termasuk yang berikut: 
 Rasa se...
Chronic Obstructive 
Pulmonary Disease (COPD)
Chronic Obstructive 
Pulmonary Disease (COPD) 
 Satu keadaan di mana saluran 
pernafasan menjadi sempit dan ini 
adalah s...
Tanda dan simptom 
 Sesak nafas 
 Batuk yang berpanjangan 
 Kahak yang berlebihan 
 Nafas berbunyi (wheezing) 
 Dada ...
Komplikasi 
Fizikal 
 Jangkitan paru-paru yang kerap 
 Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure) 
 Lemah jantun...
Pencegahan 
 Berhenti Merokok - Terapi gantian 
nikotin/pengurangan keinginan merokok 
mungkin boleh membantu. 
 Vaksin ...
Osteoarthritis
 Arthritis adalah radang yang berlaku di 
sendi-sendi yang menyebabkan sendi 
sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh 
di se...
Tanda-tanda dan gejala 
 Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, 
pergelangan kaki, lutut, pinggul dan 
bahag...
Faktor-faktor risiko 
osteoarthritis 
 Peningkatan umur 
 Kegemukan : 
◦ di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA 
 Ke...
Pencegahan 
 Bersenam dan Bersukan 
◦ Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang 
hari). 
◦ Dilakukan 20 – 30 minit pada...
Saringan untuk Darah Tinggi 
(Hipertensi) 
 Bagaimana saya boleh mengetahui 
saya mengalami darah tinggi? 
Periksa tekana...
 Mengapa perlu mengukur tekanan 
darah secara berkala? 
◦ Ia adalah mustahak untuk menentukan sama 
ada anda mengalami da...
 Apakah harus saya buat sekiranya 
tekanan darah saya tinggi? 
◦ Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik 
kesihatan b...
Ujian saringan Diabetes 
 Bagaimana caranya membuat ujian 
saringan Diabetes? 
◦ Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan 
Gl...
 Adakah saya menghidap Diabetes? 
◦ Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah 
Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah 
selanjutnya dip...
 Apakah yang harus saya buat jika 
paras glukosa darah saya tinggi? 
Anda perlu : 
◦ Merujuk kepada doktor anda, atau 
◦ ...
Sekian, 
terima kasih
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Nächste SlideShare
Wird geladen in …5
×

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

24.235 Aufrufe

Veröffentlicht am

NCD in layman terms in Malay Language

Veröffentlicht in: Gesundheitswesen

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

  1. 1. Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Yang Bahaya
  2. 2. Penyakit Tidak Berjangkit???  Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor  Berpunca daripada keturunan dan gaya hidup  Contoh : ◦ Kencing Manis; ◦ Lemah Jantung; ◦ Tekanan Darah Tinggi; ◦ Barah/Kanser (semua jenis); ◦ Paru-Paru Berair; ◦ Radang Paru-Paru; ◦ Cirrhosis Hati; ◦ Penyakit berkaitan Buah Pinggang; ◦ Alzheimer; ◦ Batu Karang; ◦ Asthma (semput), Resdung ◦ Penyakit-penyakit genetik ◦ Penyakit autoimune ◦ Penyakit kekurangan zat seperti: Beri beri, Riket, Skurvi, Kudis, Anemia (kekurangan zat besi) ◦ Penyakit gangguan mental atau neurologik
  3. 3.  Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.  Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan kepada beban penyakit negara  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa 60% (iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlah kematian di dunia disumbang oleh NCD, dan juga menyumbang kepada beban penyakit (disability life years) dunia.  Punca : ◦ akibat amalan kehidupan tidak sihat ◦ pengambilan diet tidak seimbang ◦ pengambilan tembakau ◦ pengambilan alkohol berlebihan.  Perubahan rutin harian moden seperti kurang aktif juga menjadi punca utama peningkatan kes penyakit
  4. 4. Obesiti
  5. 5.  Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan.  Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.  Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).  BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
  6. 6.  Seseorang yang pra-obes dan obes lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit "osteoarthritis".  Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.
  7. 7.  Adakah saya gemuk? Anda gemuk (obes) sekiranya ◦ BMI anda ≥ 27.5.  Bagaimanakah saya boleh mengukur BMI? Fomula: Berat badan(kg) / [tinggi (m)]²
  8. 8. IJB (kg/m²) Anda adalah < 18.5 Kurang berat badan 18.5-22.9 Berat badan unggul >23.0 Lebih berat badan (gemuk) 23-27.4 Pra obes 27.5 dan ke atas obes
  9. 9. Bagaimana saya boleh mencapai berat badan yang unggul?  Rujuk doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.  Capai matlamat untuk mengurangkan berat badan secara ansuran. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak.  Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai pemakanan anda.  Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali
  10. 10. Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
  11. 11.  Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang secara senyap mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  12. 12. Tekanan Darah  Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.  Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya, 140/75mmHg  Tekanan sistolik - nombor yang diatas (140)  Tekanan diastolik - nombor yang bawah (75)
  13. 13. Kategori Sistolik Diastolik Normal Bawah 120 Dan Bawah 80 Pre-hypertensi 120-139 Atau 80-89 Hypertensi 140 dan ke atas Atau 90 dan ke atas Hypertensi sistolik 140 dan ke atas Dan Bawah 90
  14. 14. Faktor Risiko (Punca)  Biasanya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.  Walau bagaimanapun hipertensi boleh disebabkan oleh: ◦ Penyakit buah pinggang ◦ Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid ◦ Faktor keturunan ◦ Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok)
  15. 15. Tanda dan gejala  Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.  Pesakit mungkin akan mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala atau lenguh tengkuk.  Pemeriksaan tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan.
  16. 16. Komplikasi  Peningkatan mendadak tekanan darah ◦ Boleh menyebabkan kepenatan nafas, kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera  Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :- ◦ Jantung - kegagalan jantung (heart failure), serangan jantung(heart attack) dan kematian ◦ Saluran darah - menjadi keras (atherosclerosis) ◦ Buah pinggang - mengakibatkan kegagalan ginjal (renal/kidney failure) ◦ Mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata (retinopathy) ◦ Otak - strok/angin ahmar
  17. 17. Diabetes Mellitus/ Kencing Manis
  18. 18. Apakah itu diabetes?  Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia.  Di Malaysia satu kajian (Third National Health and Morbidity Survey 2006) menyatakan 20.8-26.2% orang dewasa berumur 50 hingga 64 menghidapi diabetes  Diabetes adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah adalah tinggi dari normal.  Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau strok.
  19. 19.  Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.
  20. 20.  Makanan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk menghantar gula dalam saluran darah ke dalam sel-sel, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar/tenaga.  Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel-sel badan, maka paras gula dalam badan akan meningkat.  Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan tisu-tisu organ yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
  21. 21. Apakah tanda & gejala diabetes? Gejala yang biasa dialami ialah:  Kerap merasa dahaga  Mudah rasa letih  Berat badan menurun walaupun berselera makan  Kerap membuang air kecil  Mudah terkena jangkitan kulit (kulat)  Luka yang lambat sembuh  Penglihatan kabur  Otot lemah  Gatal-gatal di bahagian kemaluan  Kebas tangan/kaki  Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa sebarang gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
  22. 22. Golongan risiko tinggi untuk mendapat diabetes  Berumur 35 tahun atau lebih tua. Usia semakin meningkat, semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes  Berat badan berlebihan atau obesiti.  Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidapi diabetes.  Impaired glucose tolerance (IGT).  Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes  Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.  Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .  Tekanan darah tinggi  Tidak aktif - gaya hidup sedentari  Faktor pemakanan Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat  Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
  23. 23. Komplikasi Diabetes  Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah.  Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan pelbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular (jantung), kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan sistem saraf. Keadaan kecemasan:  Serangan hipoglisemia Apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.  Diabetes Ketoacidosis Keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan, atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami pengsan dan tidak sedar diri(koma).
  24. 24. Komplikasi kronik (paras gula tinggi berpanjangan)  Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: ◦ Mata  Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta ◦ Saraf  Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene ◦ Otak  Angin ahmar (hubung dengan strok) ◦ Buah pinggang  kegagalan buah pinggang ◦ Jantung  Sakit jantung  Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
  25. 25. Strok/ Angin Ahmar
  26. 26.  Strok adalah satu keadaan di mana berlakunya kesempitan saluran darah ke bahagian otak atau saluran darah pecah.  Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.  Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.  Di antara tanda/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
  27. 27.  Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.  Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
  28. 28. Faktor risiko  Umur terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas  Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.  Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar
  29. 29. Faktor risiko  Tekanan Darah Tinggi  Kencing manis  Paras kolesterol tinggi  Merokok  Berat badan yang berlebihan  Cara hidup tidak aktif (sedentari)  Tekanan/stress  Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak  Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
  30. 30.  Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?  Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:  Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan  Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba  Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba  Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu  Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata  Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba  Sukar menelan
  31. 31. Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)
  32. 32. Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)  Satu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang kronik.  Ia terdiri daripada bronkitis kronik dan emphysema. Ia berpunca daripada radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru.  Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.  Kadar kejadian penyakit ini di kalangan lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.
  33. 33. Tanda dan simptom  Sesak nafas  Batuk yang berpanjangan  Kahak yang berlebihan  Nafas berbunyi (wheezing)  Dada berasa ketat  Mudah penat semasa bersenam  Keletihan  Gangguan tidur  Pengurangan berat badan
  34. 34. Komplikasi Fizikal  Jangkitan paru-paru yang kerap  Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)  Lemah jantung  Pengurangan berat badan Psikologi  Kemurungan dan keresahan  Tekanan kepada penjaga Sosial  Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam  Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal
  35. 35. Pencegahan  Berhenti Merokok - Terapi gantian nikotin/pengurangan keinginan merokok mungkin boleh membantu.  Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru. Rehabilitasi  Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, fisioterapist anggota dan pegawai dietetik.  Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian.
  36. 36. Osteoarthritis
  37. 37.  Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, atau perubahan "degenerative"  Jenis-jenis arthritis adalah: ◦ Osteoarthritis (OA) ◦ Rheumatoid Arthritis ◦ Infectious arthritis
  38. 38. Tanda-tanda dan gejala  Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.  Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.  Kekerasan sendi.  Sakit di sekitar sendi.  Deformiti.  Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).  Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).  Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya. ◦ sukar melakukan tugasan tertentu.
  39. 39. Faktor-faktor risiko osteoarthritis  Peningkatan umur  Kegemukan : ◦ di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA  Keturunan: ◦ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.  Pergerakan yang keterlaluan.  Kecederaan sendi yang teruk: ◦ Kepatahan tulang. ◦ Koyak pada bahagian meniscus. ◦ kerosakan pada ligamen  Pekerjaan: ◦ OA sendi lutut di kalangan pekerja. ◦ OA sendi paha di kalangan petani.
  40. 40. Pencegahan  Bersenam dan Bersukan ◦ Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang hari). ◦ Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi. ◦ Amalan ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung.  Makan Makanan Seimbang ◦ Pelbagaikan pilihan makanan kita. ◦ Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.  Memeriksa Kesihatan Secara Berkala dan Tetap ◦ Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan.  Tidak merokok
  41. 41. Saringan untuk Darah Tinggi (Hipertensi)  Bagaimana saya boleh mengetahui saya mengalami darah tinggi? Periksa tekanan darah anda dengan menggunakan alat "BP set" atau sfigmomanometer.
  42. 42.  Mengapa perlu mengukur tekanan darah secara berkala? ◦ Ia adalah mustahak untuk menentukan sama ada anda mengalami darah tinggi atau tidak. 90% daripada orang yang mengalami darah tinggi tidak mempunyai gejala; hanya 10% sahaja yang menunjukkan gejala.  Bilakah saya perlu memeriksa tekanan darah? ◦ Anda digalakkan untuk memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau setiap kali anda pergi ke klinik kesihatan/ swasta
  43. 43.  Apakah harus saya buat sekiranya tekanan darah saya tinggi? ◦ Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik kesihatan berhampiran. Doktor akan memeriksa tekanan darah anda beberapa kali sebelum mengesahkan anda mengalami penyakit darah tinggi atau hipertensi.
  44. 44. Ujian saringan Diabetes  Bagaimana caranya membuat ujian saringan Diabetes? ◦ Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.
  45. 45.  Adakah saya menghidap Diabetes? ◦ Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.  Dimana saya boleh membuat ujian untuk Diabetes? ◦ Hospital dan klinik kerajaan ◦ Hospital dan klinik swasta ◦ Makmal perubatan/patologi swasta
  46. 46.  Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi? Anda perlu : ◦ Merujuk kepada doktor anda, atau ◦ Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran ◦ Ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.
  47. 47. Sekian, terima kasih

×