Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×

kiplePay & UUM - Press Release (BM): Komuniti Tanpa Tunai Pertama Di UUM

Ad

SIARAN MEDIA
KOMUNITI TANPA TUNAI YANG PERTAMA DI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
~ KiplePay membawa penyelesaian dan solusi tan...

Ad

pendidikan Malaysia pada masa akan datang dan memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di
Malaysia,” kata Tan Kay Yen, Ket...
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 2 Anzeige
1 von 2 Anzeige
Anzeige

kiplePay & UUM - Press Release (BM): Komuniti Tanpa Tunai Pertama Di UUM

  1. 1. SIARAN MEDIA KOMUNITI TANPA TUNAI YANG PERTAMA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ~ KiplePay membawa penyelesaian dan solusi tanpa tunai kepada komuniti UUM~ Sintok, 5 Mei 2019 - Universiti Utara Malaysia ("UUM") telah menandatangani perjanjian bersama kiplePay Sdn Bhd ("kiplePay"), anak syarikat milik penuh Green Packet Berhad untuk merasmikan kampus tanpa tunai bersepadu yang pertama di kampus UUM, Sintok. Majlis Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) menyaksikan Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Ahmad Bashawir bin Haji Abdul Ghani menandatangani bagi pihak UUM sementara kiplePay diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tan Kay Yen sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Asmirul Anuar bin Aris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berusaha Encik Wan Saiful bin Wan Jan, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN). Kerjasama ini menandakan semangat UUM untuk memacui inovasi melalui penyelesaian tanpa tunai di kampus di mana ia akan menawarkan pengalaman pendidikan yang terbaik kepada para pelajar dan pensyarah UUM. Dengan sistem pembayaran tanpa tunai kiplePay di kampus UUM Sintok, lebih daripada 20, 000 pelajar, pensyarah dan staf kini dapat melakukan pelbagai jenis transaksi di dalam kampus seperti di blok akademi, perpustakaan, kemudahan umum, kedai serbaneka dan banyak lagi. Antara transaksi adalah seperti pembelian di kedai-kedai runcit di kampus, pengagihan dana zakat, tempahan fasiliti dan pembayaran yuran universiti. "Komuniti tanpa tunai UUM merupakan salah satu initiatif bagi pihak Universiti untuk mencapai status Kampus Pintar atau lebih dikenali sebagai “Smart Campus”. Sebagai permulaan, UUM telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar asnaf melalui kiplePay. Sebanyak RM 340,000 pengagihan dana zakat telah dibuat bermula dari Disember 2018 di mana UUM telah menjadi universiti awam yang pertama di Malaysia untuk mengedarkan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar melalui aplikasi e-wallet,” kata Profesor Dr. Ahmad Bashawir, Naib Canselor UUM. Sebelum majlis menandatangani perjanjian, Yang Berhormat Encik Mohd Asmirul Anuar turut menyertai lawatan “tanpa tunai” di sekitar kampus UUM melalui demonstrasi e-wallet kiplePay. Antaranya ialah membeli buku di kedai buku, membeli keperluan asas di kedai serbaneka dan memesan makanan kegemaran di kafeteria di mana segalanya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan kiplePay. "Kerjasama antara kiplePay dan UUM menjelaskan komitment kami untuk mempercepatkan transformasi perniagaan, perusahaan dan pusat pengajian tinggi di Malaysia ke arah e-pembayaran untuk kecekapan ekonomi yang lebih tinggi. Bukan hanya pelajar, pensyarah dan kakitangan UUM dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kiplePay, saya percaya bahawa kerjasama ini telah membuktikan satu inisiatif yang penting di mana ia akan mengubah lanskap industri
  2. 2. pendidikan Malaysia pada masa akan datang dan memperluaskan lagi ekosistem tanpa tunai di Malaysia,” kata Tan Kay Yen, Ketua Pegawai Eksekutif kiplePay. Sebelum majlis berakhir, Yang Berhormat Encik Mohd Asmirul Anuar berkata "Saya bersyukur kerana UUM dan kiplePay menyertai usaha kerajaan untuk mewujudkan dan meningkatkan lagi masyarakat tanpa tunai sejajar dengan evolusi dan kemajuan teknologi kewangan. Ia amatlah penting bagi generasi muda hari ini terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk mula mengguna e-wallet bagi meningkatkan kesedaran dan pengurusan kewangan." KiplePay adalah e-wallet berlesen dari Bank Negara Malaysia di mana ia beroperasi di dua aspek iaitu gerbang pembayaran tanpa tunai (cashless payment) untuk perniagaan dan e-wallet untuk pengguna. -TAMAT- Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Puan Siti Zaleha Shirley Teo Mobile: +6019 440 0666 Mobile: +6016 204 2392 Email: sitizaleha@uum.edu.my Email: shirley.teo@greenpacket.com Mengenai kiplePay Kiplepay Sdn Bhd (“kiplePay”) adalah anak syarikat milik penuh Green Packet Berhad. Didorong oleh keperluan yang semakin pesat untuk mempercepatkan transformasi perniagaan di Malaysia ke arah e-pembayaran untuk kecekapan ekonomi yang lebih tinggi, kiple sentiasa bergerak ke hadapan dengan pemikiran dan cara baharu untuk memperbaiki kehidupan dengan membangun, merekabentuk dan menawarkan ciri-ciri berasaskan pelanggan untuk perbelanjaan yang lebih bijak melalui kiplePay dan kipleBiz yang mana masing-masing berfungsi sebagai e-wallet dan gerbang pembayaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kiplepay.com

×