SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
BAB II

                               PERPINDAHAN ILMU

OBJEKTIF
    Membincangkan konsep perpindahan ilmu.
    Menjelaskan latar belakang sejarah perpindahan ilmu dari dunia Islam ke dunia
    Barat.
    Membincangkan faktor dan kesan daripada berlakunya perpindahan ilmu dari
    dunia Islam ke dunia Barat.

PENDAHULUAN
Perkembangan ilmu di barat menyaksikan berlakunya gerakan pembudayaan ilmu dan
intelektual secara besar-besaran pada sekitar abad ketiga belas hingga abad ketujuh
belas Masihi.Kebangkitan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti
kesusasteraan, kesenian, seni bina, sains, matematik dan sebagainya.
   Kebanyakan penulis Barat mengatakan kebangkitan ini bermula di Itali dan
kemudiannya tersebar ke seluruh Eropah.Walaubagaimanapun kesahihan pandangan
tersebut dipertikaikan oleh Robert Briffault (1876-1948) dalam ensiklopedia
sejarahnya yang terkenal, “The Making of Humanity” dengan menegaskan bahawa
Renaissance yang sebenarnya telah berlaku melalui kebudayaan Islam dan bermula di
Sepanyol dan bukannya di Itali.Kata Briffault lagi:
   “It is highly probable that but for the Arabs, modern European civilization would
   never have arison at all.”
    Catatan sejarah menunjukkan bahawa pada abad-abad pertengahan, Eropah
sedang mengalami zaman yang paling mundur dan gelap gelita.Ketika jalan-jalan di
kota-kota besar seperti London masih berlumpur, jalan-jalan raya di Baghdad
telahpun berturap dengan batu-batu.Begitu juga ketika kota-kota besar di Eropah
sedang diselimuti kegelapan, sedangkan kota-kota di negara-negara umat Islam telah
diterangi oleh lampu-lampu jalan raya yang berderetan.Kota-kota besar di Eropah
sunyi sepi daripada kegiatan intelektual dan keilmuan, manakala bandar-bandar utama
di dunia Islam seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Toledo, dan Cordova merupakan
pusat perkembangan tamadun dan intelektual. Di sinilah bermulanya kehidupan baru
yang akhirnya berkembang menjadi Tamadun Moden terutama Eropah. Sehubungan
dengan itu, J.Chipperfield dalam tulisannya,TheArtistic and Scientific Acheivements of Early
Islam antara lain menyebut:
   “Kekuatan dan keagungan Islam yang berada pada kemuncaknya telah dijelmakan
   dalam pemaparan gemilang daripada tamadunnya dengan beberapa gelombang
   kemunculan.Ia bermula dari abad ke 10 hingga abad ke 15 Masihi. Waktu itu kota-kota
   seperti London dan Paris masih merupakan bandar-bandar yang usang dengan jalan-
   jalan raya yang dipenuhi lumpur, sistem saliran yang berbau busuk lagi menyedihkan
   dengan rumah-rumah berupa pondok kecil yang diperbuat daripada kayu.Tetapi di
   sana, di sebelah Timur Tengah, telah wujud pancaran cahaya di bahagian-bahagian
   tertentu dengan bandar-bandar yang cerah bermandi cahaya; tersergam indah
   bangunan-bangunan dengan hasil kerja kesenian tangannya. Konstantinople, ibu
   empayar Rom Timur yang merupakan bandar terpencil lagi tersoroktelah ditawan oleh
2


    tentera Islam Turki pada 1453M dan kemudian ditukarkan namanya menjadi Islambul
    (kota Islam). Nama ini kemudiannya diubah menjadi Istambul oleh Barat.Kota ini
    menjadi pusat pembelajaran dan kebudayaan Islam terbesar pada waktu itu.Minuman
    air seperti kopi telah sedia dikenali dan menjadi kegemaran orang-orang Arab sejak
    abad ke 9 M.Ia mengambil masa selama tujuh kurun bagi orang-orang Barat untuk
    menghasilkan ramuannya. Kopi mocha adalah berasal dari bandar Mocha di negara
    Arab (sebuah bandar yang terkenal dengan eksport kopi).Pada tahun 1580 kopi ini
    telah dieksport ke Italy, disusuli kemudiannya ke London, Oxford, dan Paris.Semua itu
    tidak berlaku kecuali sesudah tahun 1683M.”
Apa yang dikenali sebagai „sains‟ muncul di Eropah sebagai natijah daripada semangat
penyelidikan baru, metode percubaan, penelitian dan ukuran baru (new methods of
investigation, experiment, observation and measurement). Semangat dan metode saintifik ini
telah diperkenalkan oleh orang-orang Islam ke dunia Eropah.Berbeza dengan orang-
orang Greek yang lebih berminat dalam teori dan generalisasi (falsafah), orang Islam
mengarahkan pemerhatian mereka kepada mencari fakta-fakta yang konkrit dan cuba
mendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan sesuatu fenomena. Mereka
membuat penyelidikan dan percubaan bagi membuktikan sesuatu teori itu benar-
benar tepat.Sumbangan umat Islam terhadap perkembangan ilmu di Eropah meliputi
pelbagai bidang. Walaubagaimanapun sumbangan umat Islam yang paling ketara ialah
dalam bidang sains sebagaimana dinyatakan oleh Briffault dengan katanya:
    “Science is the most momentous contribution of Arab civilization to the modern
    world .... It was not science only which brought Europe back to life. Other and
    manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to
    European life.”
Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam di
Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan
masyarakat, hubungan antara agama dan ilmu yang tidak terpisah.Ramai pelajar dari
Eropah mengunjungi pusat-pusat pembelajaran Islam di Sepanyol dengan maksud
mencari ilmu pengetahuan yang hanya boleh ditemui di sana pada waktu itu.
   Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanya
menerusi usaha-usaha penterjemahan secara besar-besaran dan pembukaan beberapa
buah universiti di Barat.Abad ke 12 dan 13 M adalah tahap kemerosotan ciri-ciri
kreatif sains muslim sedangkan kegiatan terpenting di Barat pada masa itu ialah
peniruan dan penyerapan bahan-bahan intelektual dan kebudayaan. Menurut Sarton,
dunia Barat menyifatkan kedua-dua abad tersebut sebagai „zaman peralihan‟ dan
„penyatuan‟ apa yang ada di timur oleh Barat.
   Penyebaran ilmu ke Barat ini terus berkembang melalui cara-cara yang telah
dinyatakan tetapi satu hakikat yang terpaksa diterima bahawa pada zaman tersebut
segala ilmu pengetahuan yang berkembang di barat adalah bersumberkan daripada
ilmu cendekiawan Arab dan Islam.Ini bertepatan dengan tulisan Phillip K. Hitti
(1886-1978)1 dalam bukunya History of the Arabs:


1   Beliau ialah Philip Khuri Hitti, lahir di Shilman pada tahun 1886M di Suriah Uthmaniyyah (kini Lebanon).
    Seorang orientalis dan pengkaji Islam kenamaan yang memperkenalkan sejarah kebudayaan Islam Arab ke
    Amerika. Beragama Kristian Maronit, iaitu salah satu cabang mazhab dalam Katholik. Pada asalnya penganut
    mazhab ini menggunakan bahasa Aram, bagaimanapun sejak abad ke 18 Masihi mereka menggunakan bahasa
3


   “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteen centuries .... The
   Arabic speaking people were the main bearers of the torch of culture and civilization
   throughout theworld. Moreover they were the medium throughwhich ancient science
   and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to
   make possible the renaissance of Western Europe.”

PROSES PENGHIJRAHAN ILMU
Ilmu dan tamadun orang Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanya menerusi
usaha-usaha terjemahan yang dilakukan secara besar-besaran.Contohnya, di Toledo,
sekolah terjemahan yang teratur telah lahir hasil daripada inisiatif Archbishop
Reymond I (1126-1152).Siri-siri penterjemahan telah berkembang pesat sekitar tahun
1135 hingga 1284 Masihi.Pada tahun 1145, Robert of Chester telah menyiapkan
terjemahan karangan al-Khwarizmi dalam bidang algebra dan pada tahun yang sama
juga Robert bersama dengan Hermenn the Dalmatian telah menyempurnakan
terjemahan al-Quran buat pertama kalinya dalam sejarah.
    Dalam usaha penyebaran ilmu orang Islam di Eropah, sarjana bernama Gerbert
Aurillac (955-1003M)2 telah membawa balik buku-buku matematik dan astronomi
serta mengajar murid-muridnya kedua-dua ilmu tersebut sehingga beliau mendapat
kredit sebagai orang pertama yang memperkenalkan sistem perpuluhan.Adelard of
Bath3 seorang sarjana berbangsa Inggeris pada abad ke-12 yang mampu menguasai
bahasa Arab dengan baik telah menterjemahkan karya-karya umat Islam (Arab)
seperti astrologi, astronomi, falsafah, dan matematik ke bahasa Latin. Beliau juga
telah membawa pulang bersamanya sejumlah koleksi buku yang banyak dari Cordova
dan telah menyebarkannya dengan aktif di England dan Perancis.Seorang lagi yang
memberikan sumbangan yang aktif dalam penyebaran ilmu ke Barat ialah Daniel de
Morley (1140-1210M)4 yang telah datang ke Cordova untuk mempelajari ilmu
matematik dan astronomi dan kemudian menerbitkan terjemahan karya besar al-
Khawarizmi dalam ilmu algebra.Beliau juga mempopularkan angka perpuluhan yang
telah disempurnakan dan dikenali kemudiannya sebagai algoritma (algorithm).
    Antara mereka yang aktif mempopularkan karya-karya orang Islam ialah Gerard of
Cremona (1114-1187M)5.Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 60 buah
terjemahan termasuk kitab Almagest dan Astronomi Ibn al-Haythamdengan
menghabiskan usianya selama 50 tahun di Cordova.Begitu juga dengan Micheal Scot
yang telah mengunjungi Cordova beberapa kali dengan tujuan untuk mendapatkan
manuskrip-manuskrip dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Eropah.Proses
kebanjiran para pelajar Eropah yang datang mempelajari ilmu pengetahuan di


    Arab. Hitti banyak menulis buku khususnya yang berkaitan dengan sejarah dan kebudayaan Arab serta lain-
    lain peradaban.
2Lahir di kawasan pergunungan Auvergne di tengah Perancis. Mempelajari bahasa Latin dengan seorang guru

    bernama Raymond. Atas cadangan seorang rahib, Gerbert dibawa ke Sepanyol untuk mempelajari sains dan
    matematik yang sedang berkembang di sana ketika itu.
3 Adelard of Bath (Latin: Adelardus Bathensis). Catatan sejarah tentangnya kehidupannya disebut antara 1116-

    1142M. Dilahirkan di bandar Bath di England
4 Seorang sarjana dan ahli falsafah Inggeris. Lahir di Norfolk. Pernah menuntut ilmu di Oxford dan Paris.
    5Gerard of Cremona (Italian: Gerardo da Cremona; Latin: Gerardus Cremonensis) dilahirkan di Cremona.

Beliau merupakan seorang penterjemah yang prolifik dan banyak mengalih karya-karya bahasa Arab ke bahasa
Latin terutama yang bercorak sains ketika beliau berada di Toledo.
4


Sepanyol dan kegiatan penterjemahan telah berterusan sehingga ke hari-hari terakhir
pemerintahan kerajaan Islam di sana.
   Pada zaman Constantine African, peperangan dan permusuhan Kristian terhadap
orang Islam semakin menjadi-jadi sama ada di Sepanyol mahupun di Pulau Sicilly
yang menyaksikan institusi-institusi pengajian tinggi Islam pada waktu itu berpusat di
Toledo. Pada tahun 1085 Masihi, kota Toledo telah jatuh ke tangan tentera Kristian.
Orang Islam diberi 'ultimatum', iaitu kata duasama ada menganut agama Kristian atau
dibunuh (biasanya dibakar). Ramai ilmuwan Muslim di institusi-institusi pengajian
tinggi di sana terpaksa mengaku sebagai Kristian demi untuk menyelamatkan nyawa
masing-masing. Golongan ini dinamakan „Mozarabes‟.Mereka bagaimanapun
memainkan peranan yang utama dalam menyebarkan ilmu pengetahuan Islam ke
seluruh Eropah sehingga membolehkan pusat pengajian Islam di Toledo terus
menerima kunjungan daripada orang-orang Eropah untuk mempelajari ilmu daripada
cendekiawan Arab-Muslim.

FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN ILMU
Penghijrahan ilmu ke Barat dapat dilihat melalui beberapa faktor seperti peranan
Peperangan Salib, pembukaan Pulau Sicilly, hubungan diplomatik dan kebudayaan,
Andalus dan juga gerakan penterjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin.

i.      Perang Salib
Peperangan Salib yang dilancarkan oleh orang-orang Kristian Eropah ke atas negara-
negara Islam selama hampir 200 tahun dan menerusi lapan siri peperangan antara
tahun 1097-1270M telah meninggalkan kesan kepada orang-orang Eropah. Antara
kesan-kesan peperangan ini kepada orang-orang Eropah ialah:
   i. Dalam bidang keintelektualan Perang Salib telah mematangkan pemikiran
      orang-orang Eropah. Interaksi daripada peperangan menyebabkan orang barat
      belajar bahasa Arab serta menguasai teknik dan kemahiran daripada orang-
      orang Islam. Contohnya, apabila Sultan Mamalik al-Ashraf al-Khalil
      menggunakan burung merpati untuk menghantar berita peperangan, ia telah
      ditiru oleh orang-orang Barat. Ramai orang Eropah berminat terhadap ilmu
      pengetahuan contohnya Constantine yang telah mendalami ilmu perubatan di
      Andalus sementara Leonard dari Pisa, Itali telah mempelajari ilmu matematik.
  ii. Dalam bidang sosial, orang-orang Barat meneliti hati budi orang-orang Islam
      yang bertimbang rasa seperti tidak membunuh orang-orang yang tidak
      melawan, kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Mereka juga meniru cara
      orang-orang Islam merawati pesakit-pesakit yang cedera dalam peperangan.
 iii. Dalam bidang ekonomi, mereka terpegun melihat pelabuhan-pelabuhan Islam
      seperti di Syria, penggunaan Laut Mediteranean sebagai penghubung, serta
      penguasaan teknik baru dalam pertanian, industri, dan kraftangan.
 iv. Dalam bidang keagamaan, mereka menyedari bahawa cara kekerasan untuk
      menyebarkan agama tidak akan berjaya. Oleh itu, mereka mula mengkaji ilmu,
      budaya, dan cara hidup orang Islam untuk memudahkan kerja-kerja menyusup
      jarum untuk menghancurkan orang-orang Islam. Antaranya ialah suatu
5


      ketetapan telah dibuat oleh Raja Louis Perancis dengan melancarkan 'serangan
      pemikiran' terhadap orang-orang Islam.

ii. Pulau Sicilly
Kedudukan pulau Sicilly di tengah-tengah antara Eropah dengan benua Afrika telah
menjadikannya sebagai jambatan pengaliran tamadun Islam ke Eropah.Pulau Sicilly
telah dibuka pada abad ke-2Hijrah (902-1091M), iaitu pada zaman Khalifah al-
Mansur.Bidang ilmu pengetahuan telah berkembang di sini sehingga ke zaman
Dinasti Fatimiyyah.Cendekiawan Barat ramai yang datang ke pulau ini sehinggalah ia
dijajah oleh orang-orang Norman. Namun, orang-orang Norman telah mengekalkan
ciri-ciri keislaman di pulau ini malahan membayar gaji yang mahal untuk orang-orang
Islam yang berkhidmat di Sicilly.

iii. Hubungan Diplomatik dan Kebudayaan
Para pemerintah kerajaan Islam sama ada di Baghdad, Andalusia dan tempat-tempat
lain telah mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan Islam melalui dasar pintu
terbuka, iaitu mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan Islam
khususnya di Eropah. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham I (172
- 180 H), kerajaan Jerman telah menghantar satu rombongan diplomatik ke Cordova
yang diketuai oleh King Phillip Weelmin yang bertujuan untuk mengkaji sistem
pentadbiran dan keintelektualan Islam.Sementara itu, Khalifah Harun al-Rasyhid di
Baghdad pula telah dikunjungi oleh Maharaja Charlemange dari Perancis.Hasil
daripada lawatan diplomatik tersebut, kedua-dua pihak telah melakukan pertukaran
kebudayaan dan buku-buku ilmiah.Antara barang-barang yang dibawa pulang ke
Perancis ialah jam air, kain-kain yang bermutu tinggi, permaidani, dan wangi-wangian.

iv. Andalus
Andalus yang juga dikenali sebagai Semenanjung Iberia (merangkumi Sepanyol dan
Portugal) telah dipengaruhi oleh orang-orang Islam sejak kurun ke 8M.Andalus
pertama kalinya dibuka oleh kerajaan Islam pada zaman kerajaan Umawiyah di bawah
pemerintahan khalifah al-Walid bin Abdul Malik pada bulan Julai 710 M.Pembukaan
rasmi sepenuhnya pula bermula apabila pemerintahan Visigoth dikalahkan oleh Tariq
bin Ziyad lima tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 715 M. Andalus mencapai
keagungannya pada zaman Khalifah Abdul Rahman III (912-961M) dan Islam terus
bertapak kukuh sehingga 1492 M.Sumbangan utama tamadun Islam di Andalus ialah
memaju dan membangunkan bandar-bandar seperti Cordova, Toledo, Seville dan
Granada yang dipenuhi dengan keindahan seni bina, budaya keintelektualan,
perdagangan, dan kesusasteraan.Di samping itu, banyak sekolah dan universiti yang
dibina yang sebahagiannya diasaskan di masjid-masjid. Kegemilangan Andalus sebagai
jambatan aliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah telah dicatatkan oleh Khawaja
Abd al-Wahhab dalam bukunya, Islam and the Origin of Modern Sciencedengan ungkapan
beliau yang bermaksud:
    “Hampir 800 tahun dibawah pemerintahan Islam, Andalus telah menjadi satu
    sumber tamadun kepada dunia Eropah.Sebagai sebuah negara yang
    bertamadun tinggi, kemajuan Andalus dalam bidang seni, sastera, dan sains
6


   tiada tolok bandingnya di benua Eropah.Penuntut dari Perancis, Jerman, dan
   England datang ke Andalus untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang hanya
   terdapat di bandar-bandar Andalus.Bidang-bidang ilmu seperti matematik,
   astronomi, kajihayat, sejarah, falsafah, dan ilmu-ilmu hukum hanya boleh
   dipelajari di Andalus sahaja.”

v. Gerakan Penterjemahan
Faktor terpenting pemindahan ilmu yang dilakukan oleh Eropah adalah melalui
gerakan penterjemahan.Orang-orang Eropah yang menyedari ketinggian tamadun
Islam telah melakukan terjemahan ilmu-ilmu Islam ke dalam bahasa Latin. Antaranya
ialah AlphonseThe Great dan Alphonse the Wise adalah dua nama yang paling
banyak memainkan peranan dalam gerakan terjemahan. Alphonse VII telah
menubuhkan pusat terjemahan di Toledo pada tahun 1130 M yang berperanan dalam
menterjemahkan buku-buku berbahasa Arab kedalam bahasa Latin yang berlanjutan
sehingga sehingga kurun 13 M.
         Sarjana Barat yang paling produktif dalam aktiviti penterjemahan ialah Gerard
dari Cremona yang telah menterjemahkan sebanyak 90 buah buku berbahasa Arab ke
bahasa Latin yang meliputi bidang matematik, astronomi, geografi, perubatan, dan
lain-lain. Gerard telah menterjemah Kitab al-Asrardan Kitab al-Judari wa al-Hasbahkarya
al-Razi ke dalam bahasa Latin dan Inggeris serta diulang cetak sebanyak 40 kali dan
dijadikan teks di universiti-universiti di Eropah. Begitu juga dengan kitab al-Qanun fi
al-Tibb (Canon of Medicine) karangan Ibnu Sina yang telah diterjemahkan dan dicetak
sebanyak 16 kali di Milano, Itali pada abad ke 15 M.

KESAN-KESAN PERPINDAHAN ILMU
Perpindahan ilmu telah meninggalkan banyak kesan kepada perkembangan sains,
teknologi, dan manusia. Antaranya ialah;
i.    Sikap dan cara hidup orang-orang Eropah berubah kepada perkembangan
      pemikiran. Mereka yang selama ini terkongkong dengan pemerintahan feudal
      gereja akhirnya bertemu dengan cahaya kebebasan akal sehingga mencetuskan
      zaman kebangkitan (Renaissance). Walaubagaimanapun wujud pula di Barat
      apa yang dinamakan sebagai pemisahan agama daripada cara hidup seharian
      atau dikenali dengan nama fahaman sekularisme.
ii.   Orang Barat mula meningkatkan usaha untuk mendapatkan ilmu yang
      menyebabkan berlakunya pemindahan ilmu secara meluas. Kesan daripada
      pemindahan ilmu ini juga menyebabkan tertubuhnya beberapa universiti milik
      penganut Kristian yang tidak lagi anti kepada ilmu seperti Universiti Palencia
      (1214 M) yang diasaskan oleh Alfonso VII dan Universiti Lerida (1300 M) yang
      ditubuhkan oleh Jaime IX.
iii. Mengalirnya karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah seperti karya al-Khawarizmi
      dengan algebra dan aritmatik, karya Ibnu Sina dengan Canon of Medicinedan
      begitu juga karya-karya Ibn Zuhr,Ibn Rusyd, al-Idrisi dan lain-lain yang telah
      menghasilkan ramai sarjana Barat seperti Alexander of Holle, Thomas Aquinas,
      Alberto Magnus, Roger Bacon, Peter of Abano dan lain-lain.
7


iv.   Gerakan terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin yang bermula
      sekitar kurun ke 12 M bukan sahaja mengalirkan ilmunya tetapi turut
      mengubah nama-nama Islam menjadi ala kebaratan. Contohnya, nama al-
      Zarqali menjadi Azarquiel, al-Battani menjadi alBatanius, al-Ghazali menjadi
      Algazel, al-Razi menjadi Rhazes, Abu al-Qasim menjadi Abulcases, Ibn Sina
      menjadi Avicenna, Ibn Rusyd menjadi Averros, dan juga Jabir bin Hayyan
      menjadi Geber.
v.    Ramai sarjana Islam yang menjadi guru di kebanyakan universiti di Eropah
      menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kesannya ialah peninggalan
      banyak istilah ilmu Islam-Arab dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu yang ada
      hingga kini. Contohnya, perkataan algebra (al-jabar), zero-cipher (sifr), algorism
      (al-jabar wal-muqabalah), nadir (nadir), azimuth (al-thumuth), kimia (kimiya’),
      alchemy (al-kimya’), alkohol (al-kuhul), dan alkali (al-kaliyy).

PENUTUP
Perpindahan ilmu adalah proses interaksi antara sebuah tamadun dengan tamadun
lain. Ia adalah proses yang tidak boleh disekat memandangkan sifat ilmu itu sendiri
yang terus berkembang dan mengalami perubahan dari masa ke masa. Kemajuan
sains dan teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada proses
perpindahan ilmu yang terus berlaku dan akan terus berlaku. Islam memberi
perhatian kepada perkembangan ilmu dan tidak pernah menghalang umatnya daripada
terlibat dalam proses perpindahan ilmu. Hal ini dibuktikan secara amali oleh umat
Islam yang pernah mengalami zaman kegemilangan tamadun tetapi pada masa yang
sama mereka tidak bersifat kedekut dengan menyekat perpindahan ilmu ke dunia luar
khasnya dunia Barat. Kesan daripada itu, berlakulah proses perpindahan ilmu yang
menyaksikan kebangkitan tamadun Barat sebagaimana kita kenali pada zaman moden
ini.Dorongan perpindahan ilmu terdiri sama ada bersifat keagamaan, keduniaan
mahupun dorongan materialistik dan politik. Masyarakat yang menerima proses
perpindahan ilmu berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
di samping menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim.
Briffault, Robert. 1919. The Making of Humanity. T.tp: G. Allen & Unwin Ltd.
Chipperfield, J. TheArtistic and Scientific Achievements of Early Islam.
Hitti, Phillip K. 1970. History of the Arabs.London: Mac. Millan St. Martin‟s Press.
Khawaja Abd al-Wahhab.Islam and the Origin of Modern Science.

More Related Content

What's hot

Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains
Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains
Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains Ezad Azraai Jamsari
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehadimal69
 
IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2anuar2u
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMGuru Sejarah PraU
 
Ibnu khaldun
Ibnu khaldunIbnu khaldun
Ibnu khaldunMera Myra
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Afiq Izzudin
 
Tugas tugas malaikat
Tugas tugas malaikatTugas tugas malaikat
Tugas tugas malaikatNURUL HAMIMI
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titassabbysamura
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaIzzat Najmi
 
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahSEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahNajiha Mohammad Nor
 

What's hot (20)

Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1
 
Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains
Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains
Pencerakinan Reflektif Perkembangan Ilmu Sains
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2IBNU SINA SEM 2
IBNU SINA SEM 2
 
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUMSUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
SUMBANGAN ILMUAN ISLAM - IBNU KHALDUM
 
Ibnu khaldun
Ibnu khaldunIbnu khaldun
Ibnu khaldun
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
Tugas tugas malaikat
Tugas tugas malaikatTugas tugas malaikat
Tugas tugas malaikat
 
Laporan tugasan kumpulan
Laporan tugasan kumpulanLaporan tugasan kumpulan
Laporan tugasan kumpulan
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titas
 
Al biruni
Al biruniAl biruni
Al biruni
 
Konsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islamKonsep Tamadun islam
Konsep Tamadun islam
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
Sumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldunSumbangan ibnu khaldun
Sumbangan ibnu khaldun
 
Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211
 
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani AbbasiyahSEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
SEJARAH: Kerajaan Bani Abbasiyah
 

Viewers also liked

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)Abdul Khaliq
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamDen Besut
 
CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6hakimizaki
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newKero Nuex
 
Bidang bidang+ilmu-23+mei
Bidang bidang+ilmu-23+meiBidang bidang+ilmu-23+mei
Bidang bidang+ilmu-23+meiDika Syahputra
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)Abdul Khaliq
 
Bab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysiaBab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysiaAre Matt
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)Abdul Khaliq
 
Titas presentation 2 (1)
Titas presentation 2 (1)Titas presentation 2 (1)
Titas presentation 2 (1)limeujun
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayuninawariz
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaAre Matt
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme Ct Muna
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)wanarizwan
 
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 

Viewers also liked (20)

UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
 
05 tamadun cina
05 tamadun cina05 tamadun cina
05 tamadun cina
 
Konsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islamKonsep sains dan teknologi dalam islam
Konsep sains dan teknologi dalam islam
 
CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6CTU 551 - Bab. 6
CTU 551 - Bab. 6
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
Bidang bidang+ilmu-23+mei
Bidang bidang+ilmu-23+meiBidang bidang+ilmu-23+mei
Bidang bidang+ilmu-23+mei
 
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)
 
RPJMN 2015-2019: Bidang Ilmu Pengetahuan dan Teknologi
RPJMN 2015-2019: Bidang Ilmu Pengetahuan dan TeknologiRPJMN 2015-2019: Bidang Ilmu Pengetahuan dan Teknologi
RPJMN 2015-2019: Bidang Ilmu Pengetahuan dan Teknologi
 
Bab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysiaBab 3 teras tamadun malaysia
Bab 3 teras tamadun malaysia
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
 
Titas presentation 2 (1)
Titas presentation 2 (1)Titas presentation 2 (1)
Titas presentation 2 (1)
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni barat
 
Konfusianisme
Konfusianisme Konfusianisme
Konfusianisme
 
Pembugaran pembelajaran abad ke 21
Pembugaran pembelajaran abad ke 21Pembugaran pembelajaran abad ke 21
Pembugaran pembelajaran abad ke 21
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
 
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
UHB 3022 / ULAB 3122 - Final Exam Paper
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 

Similar to ILMU_ISLAM

Perkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadPerkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadSiti Nur Khotimah
 
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillah
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by AbdillahPengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillah
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillahabdillahmandar
 
Perkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadPerkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadfaturrachman
 
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptx
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptxPOLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptx
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptxzulfahmi879245
 
Barat belajar dari cordoba
Barat belajar dari cordobaBarat belajar dari cordoba
Barat belajar dari cordobaHuda Cinta Umy
 
faktor penyebaran islam ke eropah
faktor penyebaran islam ke eropahfaktor penyebaran islam ke eropah
faktor penyebaran islam ke eropahshafikah zakaria
 
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Ezad Azraai Jamsari
 
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan Wan Madihah Madi
 
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Kodogg Kritingg
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Tokoh Modernisasi Islam
Tokoh Modernisasi IslamTokoh Modernisasi Islam
Tokoh Modernisasi Islamrendrafauzi
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxAjangSuryana2
 
Masa depan cerah peradaban islam
Masa depan cerah peradaban islamMasa depan cerah peradaban islam
Masa depan cerah peradaban islamSheno Maos
 
Sejarah islam di eropa
Sejarah islam di eropaSejarah islam di eropa
Sejarah islam di eropamuhamad novida
 
Zaman kegemilangan islam
Zaman kegemilangan islamZaman kegemilangan islam
Zaman kegemilangan islamZetty Dasham
 

Similar to ILMU_ISLAM (20)

Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Perkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadPerkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abad
 
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillah
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by AbdillahPengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillah
PengaruhPeradaban Islam di Eropa by Abdillah
 
Perkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abadPerkembangan islam pada abad
Perkembangan islam pada abad
 
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptx
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptxPOLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptx
POLA PEMIKIRAN GERAKAN ORIENTALIS ABAD KE-18.pptx
 
Barat belajar dari cordoba
Barat belajar dari cordobaBarat belajar dari cordoba
Barat belajar dari cordoba
 
faktor penyebaran islam ke eropah
faktor penyebaran islam ke eropahfaktor penyebaran islam ke eropah
faktor penyebaran islam ke eropah
 
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
Toledo Kota Intelektual Terkenal di Andalus: Satu Kajian Bibliografi Terpilih...
 
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
PPPY 1282 : Kaedah Penyelidikan
 
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Tokoh Modernisasi Islam
Tokoh Modernisasi IslamTokoh Modernisasi Islam
Tokoh Modernisasi Islam
 
bab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptxbab 1 pengertian filsafat.pptx
bab 1 pengertian filsafat.pptx
 
Masa depan cerah peradaban islam
Masa depan cerah peradaban islamMasa depan cerah peradaban islam
Masa depan cerah peradaban islam
 
2. rennaissance
2. rennaissance2. rennaissance
2. rennaissance
 
Sejarah islam di eropa
Sejarah islam di eropaSejarah islam di eropa
Sejarah islam di eropa
 
7 Renaissance.pdf
7 Renaissance.pdf7 Renaissance.pdf
7 Renaissance.pdf
 
Zaman kegemilangan islam
Zaman kegemilangan islamZaman kegemilangan islam
Zaman kegemilangan islam
 
Sejarah kejayaan islam SMA
Sejarah kejayaan islam SMASejarah kejayaan islam SMA
Sejarah kejayaan islam SMA
 

More from Abdul Khaliq

SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperAbdul Khaliq
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperAbdul Khaliq
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)Abdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleAbdul Khaliq
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperAbdul Khaliq
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteeringAbdul Khaliq
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraAbdul Khaliq
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangAbdul Khaliq
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerunAbdul Khaliq
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunAbdul Khaliq
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikAbdul Khaliq
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematicAbdul Khaliq
 
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusiaAbdul Khaliq
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuAbdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 

More from Abdul Khaliq (19)

SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm PaperSCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
SCSJ3203 - Theory Science Computer - Midterm Paper
 
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTMSCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
SCSJ3553 - Artificial Intelligence Final Exam paper - UTM
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam PaperULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper
 
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
ULAB3122 / UHS3022 - Final Exam Paper (2009)
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sampleUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper with answer sample
 
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paperUHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
UHB2422 / ULAB2112 - Final exam paper
 
Soalan orienteering
Soalan orienteeringSoalan orienteering
Soalan orienteering
 
Orienteering - titik utara
Orienteering - titik utaraOrienteering - titik utara
Orienteering - titik utara
 
orienteering - saling pandang
orienteering - saling pandangorienteering - saling pandang
orienteering - saling pandang
 
orienteering - cerun
orienteering - cerunorienteering - cerun
orienteering - cerun
 
orenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerunorenteering - mengenal cerun
orenteering - mengenal cerun
 
Orienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatikOrienteering - kompas prismatik
Orienteering - kompas prismatik
 
Computational mathematic
Computational mathematicComputational mathematic
Computational mathematic
 
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022   sains teknologi dan manusiaA intro uici 2022   sains teknologi dan manusia
A intro uici 2022 sains teknologi dan manusia
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Konsep sejarah [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Masyarakat multi etnik di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Sistem politik & kerajaan (UHS1152)[hamidah[k] 2011
 

Recently uploaded

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 

ILMU_ISLAM

  • 1. BAB II PERPINDAHAN ILMU OBJEKTIF Membincangkan konsep perpindahan ilmu. Menjelaskan latar belakang sejarah perpindahan ilmu dari dunia Islam ke dunia Barat. Membincangkan faktor dan kesan daripada berlakunya perpindahan ilmu dari dunia Islam ke dunia Barat. PENDAHULUAN Perkembangan ilmu di barat menyaksikan berlakunya gerakan pembudayaan ilmu dan intelektual secara besar-besaran pada sekitar abad ketiga belas hingga abad ketujuh belas Masihi.Kebangkitan ini merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti kesusasteraan, kesenian, seni bina, sains, matematik dan sebagainya. Kebanyakan penulis Barat mengatakan kebangkitan ini bermula di Itali dan kemudiannya tersebar ke seluruh Eropah.Walaubagaimanapun kesahihan pandangan tersebut dipertikaikan oleh Robert Briffault (1876-1948) dalam ensiklopedia sejarahnya yang terkenal, “The Making of Humanity” dengan menegaskan bahawa Renaissance yang sebenarnya telah berlaku melalui kebudayaan Islam dan bermula di Sepanyol dan bukannya di Itali.Kata Briffault lagi: “It is highly probable that but for the Arabs, modern European civilization would never have arison at all.” Catatan sejarah menunjukkan bahawa pada abad-abad pertengahan, Eropah sedang mengalami zaman yang paling mundur dan gelap gelita.Ketika jalan-jalan di kota-kota besar seperti London masih berlumpur, jalan-jalan raya di Baghdad telahpun berturap dengan batu-batu.Begitu juga ketika kota-kota besar di Eropah sedang diselimuti kegelapan, sedangkan kota-kota di negara-negara umat Islam telah diterangi oleh lampu-lampu jalan raya yang berderetan.Kota-kota besar di Eropah sunyi sepi daripada kegiatan intelektual dan keilmuan, manakala bandar-bandar utama di dunia Islam seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Toledo, dan Cordova merupakan pusat perkembangan tamadun dan intelektual. Di sinilah bermulanya kehidupan baru yang akhirnya berkembang menjadi Tamadun Moden terutama Eropah. Sehubungan dengan itu, J.Chipperfield dalam tulisannya,TheArtistic and Scientific Acheivements of Early Islam antara lain menyebut: “Kekuatan dan keagungan Islam yang berada pada kemuncaknya telah dijelmakan dalam pemaparan gemilang daripada tamadunnya dengan beberapa gelombang kemunculan.Ia bermula dari abad ke 10 hingga abad ke 15 Masihi. Waktu itu kota-kota seperti London dan Paris masih merupakan bandar-bandar yang usang dengan jalan- jalan raya yang dipenuhi lumpur, sistem saliran yang berbau busuk lagi menyedihkan dengan rumah-rumah berupa pondok kecil yang diperbuat daripada kayu.Tetapi di sana, di sebelah Timur Tengah, telah wujud pancaran cahaya di bahagian-bahagian tertentu dengan bandar-bandar yang cerah bermandi cahaya; tersergam indah bangunan-bangunan dengan hasil kerja kesenian tangannya. Konstantinople, ibu empayar Rom Timur yang merupakan bandar terpencil lagi tersoroktelah ditawan oleh
  • 2. 2 tentera Islam Turki pada 1453M dan kemudian ditukarkan namanya menjadi Islambul (kota Islam). Nama ini kemudiannya diubah menjadi Istambul oleh Barat.Kota ini menjadi pusat pembelajaran dan kebudayaan Islam terbesar pada waktu itu.Minuman air seperti kopi telah sedia dikenali dan menjadi kegemaran orang-orang Arab sejak abad ke 9 M.Ia mengambil masa selama tujuh kurun bagi orang-orang Barat untuk menghasilkan ramuannya. Kopi mocha adalah berasal dari bandar Mocha di negara Arab (sebuah bandar yang terkenal dengan eksport kopi).Pada tahun 1580 kopi ini telah dieksport ke Italy, disusuli kemudiannya ke London, Oxford, dan Paris.Semua itu tidak berlaku kecuali sesudah tahun 1683M.” Apa yang dikenali sebagai „sains‟ muncul di Eropah sebagai natijah daripada semangat penyelidikan baru, metode percubaan, penelitian dan ukuran baru (new methods of investigation, experiment, observation and measurement). Semangat dan metode saintifik ini telah diperkenalkan oleh orang-orang Islam ke dunia Eropah.Berbeza dengan orang- orang Greek yang lebih berminat dalam teori dan generalisasi (falsafah), orang Islam mengarahkan pemerhatian mereka kepada mencari fakta-fakta yang konkrit dan cuba mendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan sesuatu fenomena. Mereka membuat penyelidikan dan percubaan bagi membuktikan sesuatu teori itu benar- benar tepat.Sumbangan umat Islam terhadap perkembangan ilmu di Eropah meliputi pelbagai bidang. Walaubagaimanapun sumbangan umat Islam yang paling ketara ialah dalam bidang sains sebagaimana dinyatakan oleh Briffault dengan katanya: “Science is the most momentous contribution of Arab civilization to the modern world .... It was not science only which brought Europe back to life. Other and manifold influences from the civilization of Islam communicated its first glow to European life.” Pendedahan Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam di Sepanyol terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan masyarakat, hubungan antara agama dan ilmu yang tidak terpisah.Ramai pelajar dari Eropah mengunjungi pusat-pusat pembelajaran Islam di Sepanyol dengan maksud mencari ilmu pengetahuan yang hanya boleh ditemui di sana pada waktu itu. Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanya menerusi usaha-usaha penterjemahan secara besar-besaran dan pembukaan beberapa buah universiti di Barat.Abad ke 12 dan 13 M adalah tahap kemerosotan ciri-ciri kreatif sains muslim sedangkan kegiatan terpenting di Barat pada masa itu ialah peniruan dan penyerapan bahan-bahan intelektual dan kebudayaan. Menurut Sarton, dunia Barat menyifatkan kedua-dua abad tersebut sebagai „zaman peralihan‟ dan „penyatuan‟ apa yang ada di timur oleh Barat. Penyebaran ilmu ke Barat ini terus berkembang melalui cara-cara yang telah dinyatakan tetapi satu hakikat yang terpaksa diterima bahawa pada zaman tersebut segala ilmu pengetahuan yang berkembang di barat adalah bersumberkan daripada ilmu cendekiawan Arab dan Islam.Ini bertepatan dengan tulisan Phillip K. Hitti (1886-1978)1 dalam bukunya History of the Arabs: 1 Beliau ialah Philip Khuri Hitti, lahir di Shilman pada tahun 1886M di Suriah Uthmaniyyah (kini Lebanon). Seorang orientalis dan pengkaji Islam kenamaan yang memperkenalkan sejarah kebudayaan Islam Arab ke Amerika. Beragama Kristian Maronit, iaitu salah satu cabang mazhab dalam Katholik. Pada asalnya penganut mazhab ini menggunakan bahasa Aram, bagaimanapun sejak abad ke 18 Masihi mereka menggunakan bahasa
  • 3. 3 “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteen centuries .... The Arabic speaking people were the main bearers of the torch of culture and civilization throughout theworld. Moreover they were the medium throughwhich ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to make possible the renaissance of Western Europe.” PROSES PENGHIJRAHAN ILMU Ilmu dan tamadun orang Islam tersebar di seluruh Eropah terutamanya menerusi usaha-usaha terjemahan yang dilakukan secara besar-besaran.Contohnya, di Toledo, sekolah terjemahan yang teratur telah lahir hasil daripada inisiatif Archbishop Reymond I (1126-1152).Siri-siri penterjemahan telah berkembang pesat sekitar tahun 1135 hingga 1284 Masihi.Pada tahun 1145, Robert of Chester telah menyiapkan terjemahan karangan al-Khwarizmi dalam bidang algebra dan pada tahun yang sama juga Robert bersama dengan Hermenn the Dalmatian telah menyempurnakan terjemahan al-Quran buat pertama kalinya dalam sejarah. Dalam usaha penyebaran ilmu orang Islam di Eropah, sarjana bernama Gerbert Aurillac (955-1003M)2 telah membawa balik buku-buku matematik dan astronomi serta mengajar murid-muridnya kedua-dua ilmu tersebut sehingga beliau mendapat kredit sebagai orang pertama yang memperkenalkan sistem perpuluhan.Adelard of Bath3 seorang sarjana berbangsa Inggeris pada abad ke-12 yang mampu menguasai bahasa Arab dengan baik telah menterjemahkan karya-karya umat Islam (Arab) seperti astrologi, astronomi, falsafah, dan matematik ke bahasa Latin. Beliau juga telah membawa pulang bersamanya sejumlah koleksi buku yang banyak dari Cordova dan telah menyebarkannya dengan aktif di England dan Perancis.Seorang lagi yang memberikan sumbangan yang aktif dalam penyebaran ilmu ke Barat ialah Daniel de Morley (1140-1210M)4 yang telah datang ke Cordova untuk mempelajari ilmu matematik dan astronomi dan kemudian menerbitkan terjemahan karya besar al- Khawarizmi dalam ilmu algebra.Beliau juga mempopularkan angka perpuluhan yang telah disempurnakan dan dikenali kemudiannya sebagai algoritma (algorithm). Antara mereka yang aktif mempopularkan karya-karya orang Islam ialah Gerard of Cremona (1114-1187M)5.Beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 60 buah terjemahan termasuk kitab Almagest dan Astronomi Ibn al-Haythamdengan menghabiskan usianya selama 50 tahun di Cordova.Begitu juga dengan Micheal Scot yang telah mengunjungi Cordova beberapa kali dengan tujuan untuk mendapatkan manuskrip-manuskrip dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Eropah.Proses kebanjiran para pelajar Eropah yang datang mempelajari ilmu pengetahuan di Arab. Hitti banyak menulis buku khususnya yang berkaitan dengan sejarah dan kebudayaan Arab serta lain- lain peradaban. 2Lahir di kawasan pergunungan Auvergne di tengah Perancis. Mempelajari bahasa Latin dengan seorang guru bernama Raymond. Atas cadangan seorang rahib, Gerbert dibawa ke Sepanyol untuk mempelajari sains dan matematik yang sedang berkembang di sana ketika itu. 3 Adelard of Bath (Latin: Adelardus Bathensis). Catatan sejarah tentangnya kehidupannya disebut antara 1116- 1142M. Dilahirkan di bandar Bath di England 4 Seorang sarjana dan ahli falsafah Inggeris. Lahir di Norfolk. Pernah menuntut ilmu di Oxford dan Paris. 5Gerard of Cremona (Italian: Gerardo da Cremona; Latin: Gerardus Cremonensis) dilahirkan di Cremona. Beliau merupakan seorang penterjemah yang prolifik dan banyak mengalih karya-karya bahasa Arab ke bahasa Latin terutama yang bercorak sains ketika beliau berada di Toledo.
  • 4. 4 Sepanyol dan kegiatan penterjemahan telah berterusan sehingga ke hari-hari terakhir pemerintahan kerajaan Islam di sana. Pada zaman Constantine African, peperangan dan permusuhan Kristian terhadap orang Islam semakin menjadi-jadi sama ada di Sepanyol mahupun di Pulau Sicilly yang menyaksikan institusi-institusi pengajian tinggi Islam pada waktu itu berpusat di Toledo. Pada tahun 1085 Masihi, kota Toledo telah jatuh ke tangan tentera Kristian. Orang Islam diberi 'ultimatum', iaitu kata duasama ada menganut agama Kristian atau dibunuh (biasanya dibakar). Ramai ilmuwan Muslim di institusi-institusi pengajian tinggi di sana terpaksa mengaku sebagai Kristian demi untuk menyelamatkan nyawa masing-masing. Golongan ini dinamakan „Mozarabes‟.Mereka bagaimanapun memainkan peranan yang utama dalam menyebarkan ilmu pengetahuan Islam ke seluruh Eropah sehingga membolehkan pusat pengajian Islam di Toledo terus menerima kunjungan daripada orang-orang Eropah untuk mempelajari ilmu daripada cendekiawan Arab-Muslim. FAKTOR-FAKTOR PENGHIJRAHAN ILMU Penghijrahan ilmu ke Barat dapat dilihat melalui beberapa faktor seperti peranan Peperangan Salib, pembukaan Pulau Sicilly, hubungan diplomatik dan kebudayaan, Andalus dan juga gerakan penterjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin. i. Perang Salib Peperangan Salib yang dilancarkan oleh orang-orang Kristian Eropah ke atas negara- negara Islam selama hampir 200 tahun dan menerusi lapan siri peperangan antara tahun 1097-1270M telah meninggalkan kesan kepada orang-orang Eropah. Antara kesan-kesan peperangan ini kepada orang-orang Eropah ialah: i. Dalam bidang keintelektualan Perang Salib telah mematangkan pemikiran orang-orang Eropah. Interaksi daripada peperangan menyebabkan orang barat belajar bahasa Arab serta menguasai teknik dan kemahiran daripada orang- orang Islam. Contohnya, apabila Sultan Mamalik al-Ashraf al-Khalil menggunakan burung merpati untuk menghantar berita peperangan, ia telah ditiru oleh orang-orang Barat. Ramai orang Eropah berminat terhadap ilmu pengetahuan contohnya Constantine yang telah mendalami ilmu perubatan di Andalus sementara Leonard dari Pisa, Itali telah mempelajari ilmu matematik. ii. Dalam bidang sosial, orang-orang Barat meneliti hati budi orang-orang Islam yang bertimbang rasa seperti tidak membunuh orang-orang yang tidak melawan, kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Mereka juga meniru cara orang-orang Islam merawati pesakit-pesakit yang cedera dalam peperangan. iii. Dalam bidang ekonomi, mereka terpegun melihat pelabuhan-pelabuhan Islam seperti di Syria, penggunaan Laut Mediteranean sebagai penghubung, serta penguasaan teknik baru dalam pertanian, industri, dan kraftangan. iv. Dalam bidang keagamaan, mereka menyedari bahawa cara kekerasan untuk menyebarkan agama tidak akan berjaya. Oleh itu, mereka mula mengkaji ilmu, budaya, dan cara hidup orang Islam untuk memudahkan kerja-kerja menyusup jarum untuk menghancurkan orang-orang Islam. Antaranya ialah suatu
  • 5. 5 ketetapan telah dibuat oleh Raja Louis Perancis dengan melancarkan 'serangan pemikiran' terhadap orang-orang Islam. ii. Pulau Sicilly Kedudukan pulau Sicilly di tengah-tengah antara Eropah dengan benua Afrika telah menjadikannya sebagai jambatan pengaliran tamadun Islam ke Eropah.Pulau Sicilly telah dibuka pada abad ke-2Hijrah (902-1091M), iaitu pada zaman Khalifah al- Mansur.Bidang ilmu pengetahuan telah berkembang di sini sehingga ke zaman Dinasti Fatimiyyah.Cendekiawan Barat ramai yang datang ke pulau ini sehinggalah ia dijajah oleh orang-orang Norman. Namun, orang-orang Norman telah mengekalkan ciri-ciri keislaman di pulau ini malahan membayar gaji yang mahal untuk orang-orang Islam yang berkhidmat di Sicilly. iii. Hubungan Diplomatik dan Kebudayaan Para pemerintah kerajaan Islam sama ada di Baghdad, Andalusia dan tempat-tempat lain telah mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan Islam melalui dasar pintu terbuka, iaitu mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan Islam khususnya di Eropah. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah Hisham I (172 - 180 H), kerajaan Jerman telah menghantar satu rombongan diplomatik ke Cordova yang diketuai oleh King Phillip Weelmin yang bertujuan untuk mengkaji sistem pentadbiran dan keintelektualan Islam.Sementara itu, Khalifah Harun al-Rasyhid di Baghdad pula telah dikunjungi oleh Maharaja Charlemange dari Perancis.Hasil daripada lawatan diplomatik tersebut, kedua-dua pihak telah melakukan pertukaran kebudayaan dan buku-buku ilmiah.Antara barang-barang yang dibawa pulang ke Perancis ialah jam air, kain-kain yang bermutu tinggi, permaidani, dan wangi-wangian. iv. Andalus Andalus yang juga dikenali sebagai Semenanjung Iberia (merangkumi Sepanyol dan Portugal) telah dipengaruhi oleh orang-orang Islam sejak kurun ke 8M.Andalus pertama kalinya dibuka oleh kerajaan Islam pada zaman kerajaan Umawiyah di bawah pemerintahan khalifah al-Walid bin Abdul Malik pada bulan Julai 710 M.Pembukaan rasmi sepenuhnya pula bermula apabila pemerintahan Visigoth dikalahkan oleh Tariq bin Ziyad lima tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 715 M. Andalus mencapai keagungannya pada zaman Khalifah Abdul Rahman III (912-961M) dan Islam terus bertapak kukuh sehingga 1492 M.Sumbangan utama tamadun Islam di Andalus ialah memaju dan membangunkan bandar-bandar seperti Cordova, Toledo, Seville dan Granada yang dipenuhi dengan keindahan seni bina, budaya keintelektualan, perdagangan, dan kesusasteraan.Di samping itu, banyak sekolah dan universiti yang dibina yang sebahagiannya diasaskan di masjid-masjid. Kegemilangan Andalus sebagai jambatan aliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah telah dicatatkan oleh Khawaja Abd al-Wahhab dalam bukunya, Islam and the Origin of Modern Sciencedengan ungkapan beliau yang bermaksud: “Hampir 800 tahun dibawah pemerintahan Islam, Andalus telah menjadi satu sumber tamadun kepada dunia Eropah.Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi, kemajuan Andalus dalam bidang seni, sastera, dan sains
  • 6. 6 tiada tolok bandingnya di benua Eropah.Penuntut dari Perancis, Jerman, dan England datang ke Andalus untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang hanya terdapat di bandar-bandar Andalus.Bidang-bidang ilmu seperti matematik, astronomi, kajihayat, sejarah, falsafah, dan ilmu-ilmu hukum hanya boleh dipelajari di Andalus sahaja.” v. Gerakan Penterjemahan Faktor terpenting pemindahan ilmu yang dilakukan oleh Eropah adalah melalui gerakan penterjemahan.Orang-orang Eropah yang menyedari ketinggian tamadun Islam telah melakukan terjemahan ilmu-ilmu Islam ke dalam bahasa Latin. Antaranya ialah AlphonseThe Great dan Alphonse the Wise adalah dua nama yang paling banyak memainkan peranan dalam gerakan terjemahan. Alphonse VII telah menubuhkan pusat terjemahan di Toledo pada tahun 1130 M yang berperanan dalam menterjemahkan buku-buku berbahasa Arab kedalam bahasa Latin yang berlanjutan sehingga sehingga kurun 13 M. Sarjana Barat yang paling produktif dalam aktiviti penterjemahan ialah Gerard dari Cremona yang telah menterjemahkan sebanyak 90 buah buku berbahasa Arab ke bahasa Latin yang meliputi bidang matematik, astronomi, geografi, perubatan, dan lain-lain. Gerard telah menterjemah Kitab al-Asrardan Kitab al-Judari wa al-Hasbahkarya al-Razi ke dalam bahasa Latin dan Inggeris serta diulang cetak sebanyak 40 kali dan dijadikan teks di universiti-universiti di Eropah. Begitu juga dengan kitab al-Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine) karangan Ibnu Sina yang telah diterjemahkan dan dicetak sebanyak 16 kali di Milano, Itali pada abad ke 15 M. KESAN-KESAN PERPINDAHAN ILMU Perpindahan ilmu telah meninggalkan banyak kesan kepada perkembangan sains, teknologi, dan manusia. Antaranya ialah; i. Sikap dan cara hidup orang-orang Eropah berubah kepada perkembangan pemikiran. Mereka yang selama ini terkongkong dengan pemerintahan feudal gereja akhirnya bertemu dengan cahaya kebebasan akal sehingga mencetuskan zaman kebangkitan (Renaissance). Walaubagaimanapun wujud pula di Barat apa yang dinamakan sebagai pemisahan agama daripada cara hidup seharian atau dikenali dengan nama fahaman sekularisme. ii. Orang Barat mula meningkatkan usaha untuk mendapatkan ilmu yang menyebabkan berlakunya pemindahan ilmu secara meluas. Kesan daripada pemindahan ilmu ini juga menyebabkan tertubuhnya beberapa universiti milik penganut Kristian yang tidak lagi anti kepada ilmu seperti Universiti Palencia (1214 M) yang diasaskan oleh Alfonso VII dan Universiti Lerida (1300 M) yang ditubuhkan oleh Jaime IX. iii. Mengalirnya karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah seperti karya al-Khawarizmi dengan algebra dan aritmatik, karya Ibnu Sina dengan Canon of Medicinedan begitu juga karya-karya Ibn Zuhr,Ibn Rusyd, al-Idrisi dan lain-lain yang telah menghasilkan ramai sarjana Barat seperti Alexander of Holle, Thomas Aquinas, Alberto Magnus, Roger Bacon, Peter of Abano dan lain-lain.
  • 7. 7 iv. Gerakan terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin yang bermula sekitar kurun ke 12 M bukan sahaja mengalirkan ilmunya tetapi turut mengubah nama-nama Islam menjadi ala kebaratan. Contohnya, nama al- Zarqali menjadi Azarquiel, al-Battani menjadi alBatanius, al-Ghazali menjadi Algazel, al-Razi menjadi Rhazes, Abu al-Qasim menjadi Abulcases, Ibn Sina menjadi Avicenna, Ibn Rusyd menjadi Averros, dan juga Jabir bin Hayyan menjadi Geber. v. Ramai sarjana Islam yang menjadi guru di kebanyakan universiti di Eropah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kesannya ialah peninggalan banyak istilah ilmu Islam-Arab dalam pelbagai disiplin ilmu-ilmu yang ada hingga kini. Contohnya, perkataan algebra (al-jabar), zero-cipher (sifr), algorism (al-jabar wal-muqabalah), nadir (nadir), azimuth (al-thumuth), kimia (kimiya’), alchemy (al-kimya’), alkohol (al-kuhul), dan alkali (al-kaliyy). PENUTUP Perpindahan ilmu adalah proses interaksi antara sebuah tamadun dengan tamadun lain. Ia adalah proses yang tidak boleh disekat memandangkan sifat ilmu itu sendiri yang terus berkembang dan mengalami perubahan dari masa ke masa. Kemajuan sains dan teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada proses perpindahan ilmu yang terus berlaku dan akan terus berlaku. Islam memberi perhatian kepada perkembangan ilmu dan tidak pernah menghalang umatnya daripada terlibat dalam proses perpindahan ilmu. Hal ini dibuktikan secara amali oleh umat Islam yang pernah mengalami zaman kegemilangan tamadun tetapi pada masa yang sama mereka tidak bersifat kedekut dengan menyekat perpindahan ilmu ke dunia luar khasnya dunia Barat. Kesan daripada itu, berlakulah proses perpindahan ilmu yang menyaksikan kebangkitan tamadun Barat sebagaimana kita kenali pada zaman moden ini.Dorongan perpindahan ilmu terdiri sama ada bersifat keagamaan, keduniaan mahupun dorongan materialistik dan politik. Masyarakat yang menerima proses perpindahan ilmu berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di samping menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. BIBLIOGRAFI Al-Quran al-Karim. Briffault, Robert. 1919. The Making of Humanity. T.tp: G. Allen & Unwin Ltd. Chipperfield, J. TheArtistic and Scientific Achievements of Early Islam. Hitti, Phillip K. 1970. History of the Arabs.London: Mac. Millan St. Martin‟s Press. Khawaja Abd al-Wahhab.Islam and the Origin of Modern Science.