SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
                                  JOHOR BAHRU

                       Tugasan Pendidikan Jasmani

             KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASAS


NAMA                   : KHAIRUL AIMAN BIN MOHD. ARIFFIN

NO. KAD PENGENALAN     : 880104-26-5221

NO. MATRIK             : 2012121050008



NAMA                   : MOHD AIMAN BIN MOHD ADLI

NO. KAD PENGENALAN     : 881109-03-5091

NO. MATRIK             : 2012121050009



OPSYEN                 : KPLI SM (FIZIK) AMBILAN JANUARI 2012

NAMA PENSYARAH         : EN. ADIB BIN SULAIMAN

TARIKH SERAHAN         : 14 NOVEMBER 2012
KEMAHIRAN DALAM
 PERGERAKAN ASAS




JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
        INSTITUT PENDIDIKAN GURU
      KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
               JOHOR BARU
SENARAI ISI KANDUNGAN




1.0 Pengenalan

2.0 Pergerakan Lokomotor
   2.1 Definisi
   2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor
   2.3 Contoh-Contoh Pergerakan Lokomotor

3.0 Pergerakan Bukan Lokomotor
   3.1 Definisi
   3.2 Konsep Pergerakan
   3.3 Contoh-Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor

4.0 Memanipulasi Peralatan
   4.1 Konsep
   4.2 Kemahiran
   4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat

5.0 Kesimpulan

6.0 Refleksi

7.0 Bibliografi
1.0        PENGENALAN

           Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan
Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang
memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi
yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala
pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak
untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu
hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-
taktile.

           Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan
kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek
ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.
Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya.
Sebaliknya       pergerakan   bukan   lokomotor   pula   merujuk   kepada   kebolehan
menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,
menghayun tangan dan sebagainya.

           Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan
alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam
kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji
keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti
dalam suasana yang dipilih.




2.0        PERGERAKAN LOKOMOTOR

2.1        DEFINISI

           Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak
yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti
berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu,
pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah
mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap
sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan,
kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari ke
arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku
pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana
kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya,
seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak
tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal
pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari
keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu
juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita
pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.




2.2   KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR

      Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran
merupakan beberapa pergerakan dirangka dengan berturutan, berterusan dan licin.
Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat
arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan
persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan
lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah
tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak
boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana,
dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi,
mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti
awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh
dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan),
kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga
aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerakan halus-ringan
bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit
seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan
berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih
dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa
bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka
masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa
yang diambil menjadi lambat.




2.3   CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

Terdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya ialah:

1. Berjalan

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya
dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan
yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang
lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang
sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan
dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya
yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang
dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-
kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula
sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini
kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat
menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula
umur 1 tahun.

Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke
hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut
satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang
bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat
memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke
hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada
masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota
badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam
keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki
menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan.
Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala
condong ke hadapan.

2. Berlari

Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara
laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang
banyak dan mereka menyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan
aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari
dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik.
Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang
bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-
kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap
supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah
diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki
dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke
hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang
dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan
untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang
paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.

3. Melompat

Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan
kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan
anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah
pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan
tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara
buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan
lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain
itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan
lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula
menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan
spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus
melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan
seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan
menyeronokkan kanak-kanak di samping dapat mempelajari cara lompatan bagi
haiwan-haiwan tersebut.

4. Skip

Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa
dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-
sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian
ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang
sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi
polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat
badan pada setiap pertukaran langkah.

5. Galop (berlari seperti kuda)

Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak
kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat
dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh
kanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti
seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan
ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-
langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak ke hadapan dan kaki
tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan ke hadapan dan ke
belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang
pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki
belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut
dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.
6. Hop (melompat dengan sebelah kaki)

Hop merupakan satu lompatan ke hadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja
dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-
kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop
merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop,
mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna,
kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak
berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa
bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri
dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat
sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan ke belakang. Selepas itu, lompat
dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan
hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan
zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh
permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah
permainan ‘ting-ting’.

7. Slide (berjalan di arah tepi)

Slide   ialah   merupakan   satu   teknik   melangkah   ke   hadapan   tetapi   ianya
menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri
dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan ke hadapan, kanak-
kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan sama ada mengikut
bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih
keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa
boleh menggalakkan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana
jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar
mereka.

8. Leap (berlari sambil melonjak)

Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika
berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak
pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu
mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut
diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak.
Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau
lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan
adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu
atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.




3.0   PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

3.1   DEFINISI

      Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakkan tubuh
badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar
sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini
bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke
tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan
sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani
seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik
kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.




3.2   KONSEP PERGERAKAN

Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan
membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan
seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat
dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep
pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih
kepada pergerakan halus-ringan.
3.3   CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Twist

Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu
menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist
dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi
lebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melakukan twist dengan
menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukkan dan
diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan
gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi
gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal
keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu
pertandingan melakukan twist di kalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini
adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.

2. Imbangan Y

Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak
berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y.
Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.

3. Menarik tangan pasangan

Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan
kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi
keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka
melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu
bekerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegang
tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri
statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak-
ansur dengan pasangan.
4. Meregang dan mengendur

Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur
pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada di kalangan kanak-
kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu
mengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-
kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-
lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan
dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudian
meregang seperti melompat bintang.

5. Imbangan satu tapak

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan
berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri
mencapai kaki kiri kemudian membuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan.

6. Memutar gelung di tangan

Kanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerakkan
dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya
membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan
bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh
untuk kanak-kanak dengan meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah
tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang
satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di
kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat
menguatkan otot-otot tangan.

7. Melambung bola

Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu
kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal
kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam
dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang,
depan, kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah
pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak
mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola
baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak
dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan.

8. Membongkok

Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdiri secara
bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba
sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti
dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-
lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan
permainan   nenek-nenek    si   bongkok   tiga.   Selain   itu,   kanak-kanak   dapat
meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.

9. Memusing kepala

Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak
perlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-
lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati
akal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara
melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala
mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada
aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam.
Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang
konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut
konsep tersebut.

10. Mendekam

Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah
dengan menggunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam
keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.
4.0    MEMANIPULASI PERALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.




4.1    KONSEP

Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.




4.2    KEMAHIRAN

Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah
rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,
mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan
asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.
Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan
contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.




4.3    BENTUK PERGERAKAN MANIPULASI ALAT

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

4.3.1 Membaling Dan Melambung

Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

1. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula

4. Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

5. Meleretkan bola ke sasaran

4.3.2 Menyambut

Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

1. Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula

2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan

5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

4.3.3 Memukul

Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:

1. Memukul alatan dengan tangan

2. Memukul alatan dengan genggaman

3. Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran

4. Melambung belon ke udara dan kemudian memukul

5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan
dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.
5.0   KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula
berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Melalui
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan
memperoleh banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan
kanak-kanak terutama di prasekolah.




6.0   REFLEKSI

Mohd Aiman Bin Mohd Adli
KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012

      Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara
amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik
bagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan lokomotor dan
menggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya
juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana
mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti
kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhadap mata
pelajaran bersifat sukan yang bakal saya mengajar kelak.

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang
mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan
dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal
penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara
teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan
kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di
dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk
menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.
Khairul Aiman Bin Mohd. Ariffin
KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012


       Pendidikan Jasmani adalah salah satu mata pelajaran penting seperti yang
terkandung dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakan
satu   fasa   pendidikan   am    yang   menyumbang    kepada   pertumbuhan    dan
perkembangan pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan
pengalaman jasmani yang terancang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini memang perlu dititikberatkan
dalam perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh bukan sahaja di dalam bilik
darjah malahan di luar bilik darjah kerana mental yang cerdas bermula dengan
kesihatan fizikal yang cergas.

       Dalam laporan ini, saya bersama rakan saya diberikan tugasan berkenaan
dengan kemahiran dalam pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor,
pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alat. Banyak fakta dan penerangan
yang jelas telah saya pelajari dalam menyiapkan laporan ini dan sekali gus
memperkasakan pengetahuan yang telah saya pelajari dalam mata pelajaran
Olahraga kendalian Pn. Zaiton semasa di semester satu yang lepas. Melalui laporan
ini, saya mendapat idea baru tentang perbezaan pergerakan lokomotor dengan
pergerakan bukan lokomotor. Dari sini, saya dapat mengaitkan dengan isi pelajaran
yang telah diajar semasa di atas padang dengan lebih jelas.

       Semasa melaksanakan tugasan ini, kami berdepan dengan beberapa
masalah seperti faktor kekangan masa dan juga jarak kerana masing-masing berada
di kampung halaman. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, kami mengatasi
masalah ini dengan memastikan komunikasi yang baik dan lancar antara kami
melalui perhubungan internet dan juga telefon. Kami juga banyak berbincang
berkaitan dengan sumber rujukan dan membahagikan tugasan sehingga siap
laporan ini. Kami juga bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani adalah sangat penting
kepada pelajar kerana kami masing-masing pernah cemerlang dalam aktiviti sukan
dan olahraga semasa di sekolah dan mampu menjejakkan kaki ke luar negara.
BIBLIOGRAFI

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-
bukan_05.html

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada
http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for
all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary
children. New York: Burgess Pub. Co.

More Related Content

What's hot

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorPergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorAq Andaa
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asasshahrul
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanWany Hardy
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan pptNadwah Khalid
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asasErwin Joseph
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotornurhusna
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanAfzan Razali
 
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)Stephanie Unsil
 
Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Ahmad Husairi
 
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanPendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanAhmad Husairi
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanZICCHUA
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistikAfzan Razali
 
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarul
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarulPembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarul
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarulsafwan mahyudin
 
Dirian bangau sambil mengambil bola
Dirian bangau sambil mengambil bolaDirian bangau sambil mengambil bola
Dirian bangau sambil mengambil bolaChao Wei Wei
 

What's hot (18)

Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorPergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Pergerakan asas
Pergerakan asasPergerakan asas
Pergerakan asas
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
 
Manupulasi alatan ppt
Manupulasi alatan  pptManupulasi alatan  ppt
Manupulasi alatan ppt
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Gimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikanGimnastik pendidikan
Gimnastik pendidikan
 
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
PJM 3102 Pergerakan Asas (SEMESTER 2)
 
Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1Pendidikan Pergerakan1
Pendidikan Pergerakan1
 
Pendidikan Pergerakan
Pendidikan PergerakanPendidikan Pergerakan
Pendidikan Pergerakan
 
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakanPengenalan kepada pendidikan pergerakan
Pengenalan kepada pendidikan pergerakan
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarul
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarulPembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarul
Pembentangan komponen asas dalam gimnastik irama puan lili safwan zarul
 
Dirian bangau sambil mengambil bola
Dirian bangau sambil mengambil bolaDirian bangau sambil mengambil bola
Dirian bangau sambil mengambil bola
 

Similar to KEMAHIRAN PERGERAKAN

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Lavendar Craft
 
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfHADIANNAS
 
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Mira Sumirah
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Makalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhMakalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhEman Syukur
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxniasari38
 
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdfpjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdfhendraaprilend
 
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdf
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdfPPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdf
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdfhendraaprilend
 
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-559770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5ery cell
 
Tugas kelompok 13 motorik
Tugas kelompok 13 motorikTugas kelompok 13 motorik
Tugas kelompok 13 motorikporja_b
 

Similar to KEMAHIRAN PERGERAKAN (20)

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan  Lokomotor &  Bukan  LokomotorPergerakan  Lokomotor &  Bukan  Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
Pergerakanlokomotorbukanlokomotor 100328025502-phpapp02
 
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdfATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
ATP PJOK Kelas 2 Fase A.pdf
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Perkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjanaPerkembangan motorik anak nurjana
Perkembangan motorik anak nurjana
 
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
Metode Pengembangan Fisik - Modul 1 dan 2
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
 
ATP PJOK 1.docx
ATP PJOK 1.docxATP PJOK 1.docx
ATP PJOK 1.docx
 
Makalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhMakalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauh
 
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docxPEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
PEMETAKAN ATP KELAS 1.docx
 
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdfpjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
pjok mantulity josh PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2.pdf
 
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdf
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdfPPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdf
PPT PJOK SD P3K Pembelajaran 2 yang mantul lagi cakep pdf
 
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-559770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
59770009 makalah-pendidikan-jasmani-5
 
Tugas kelompok 13 motorik
Tugas kelompok 13 motorikTugas kelompok 13 motorik
Tugas kelompok 13 motorik
 

Recently uploaded

SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 

Recently uploaded (20)

SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 

KEMAHIRAN PERGERAKAN

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU Tugasan Pendidikan Jasmani KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASAS NAMA : KHAIRUL AIMAN BIN MOHD. ARIFFIN NO. KAD PENGENALAN : 880104-26-5221 NO. MATRIK : 2012121050008 NAMA : MOHD AIMAN BIN MOHD ADLI NO. KAD PENGENALAN : 881109-03-5091 NO. MATRIK : 2012121050009 OPSYEN : KPLI SM (FIZIK) AMBILAN JANUARI 2012 NAMA PENSYARAH : EN. ADIB BIN SULAIMAN TARIKH SERAHAN : 14 NOVEMBER 2012
  • 2. KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASAS JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BARU
  • 3. SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Pergerakan Lokomotor 2.1 Definisi 2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor 2.3 Contoh-Contoh Pergerakan Lokomotor 3.0 Pergerakan Bukan Lokomotor 3.1 Definisi 3.2 Konsep Pergerakan 3.3 Contoh-Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor 4.0 Memanipulasi Peralatan 4.1 Konsep 4.2 Kemahiran 4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat 5.0 Kesimpulan 6.0 Refleksi 7.0 Bibliografi
  • 4. 1.0 PENGENALAN Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor- taktile. Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih. 2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR 2.1 DEFINISI Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu,
  • 5. pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari ke arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. 2.2 KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan beberapa pergerakan dirangka dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerakan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih
  • 6. dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa yang diambil menjadi lambat. 2.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR Terdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya ialah: 1. Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak- kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun. Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam
  • 7. keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan. 2. Berlari Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan mereka menyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak- kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik. 3. Melompat Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan
  • 8. spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak di samping dapat mempelajari cara lompatan bagi haiwan-haiwan tersebut. 4. Skip Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra- sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah. 5. Galop (berlari seperti kuda) Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh kanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah- langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak ke hadapan dan kaki tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan ke hadapan dan ke belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.
  • 9. 6. Hop (melompat dengan sebelah kaki) Hop merupakan satu lompatan ke hadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak- kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop, mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna, kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan ke belakang. Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah permainan ‘ting-ting’. 7. Slide (berjalan di arah tepi) Slide ialah merupakan satu teknik melangkah ke hadapan tetapi ianya menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan ke hadapan, kanak- kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan sama ada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar mereka. 8. Leap (berlari sambil melonjak) Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu
  • 10. mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. 3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 3.1 DEFINISI Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi. 3.2 KONSEP PERGERAKAN Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-ringan.
  • 11. 3.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 1. Twist Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukkan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist di kalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang. 2. Imbangan Y Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y. Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y. 3. Menarik tangan pasangan Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu bekerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegang tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak- ansur dengan pasangan.
  • 12. 4. Meregang dan mengendur Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada di kalangan kanak- kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak- kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan- lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudian meregang seperti melompat bintang. 5. Imbangan satu tapak Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri kemudian membuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan. 6. Memutar gelung di tangan Kanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerakkan dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk kanak-kanak dengan meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan. 7. Melambung bola Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam
  • 13. dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang, depan, kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan. 8. Membongkok Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdiri secara bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan- lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapat meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok. 9. Memusing kepala Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain- lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati akal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam. Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut konsep tersebut. 10. Mendekam Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah dengan menggunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.
  • 14. 4.0 MEMANIPULASI PERALATAN Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah. 4.1 KONSEP Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. 4.2 KEMAHIRAN Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. 4.3 BENTUK PERGERAKAN MANIPULASI ALAT Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah: 4.3.1 Membaling Dan Melambung Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
  • 15. 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula 4. Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula 5. Meleretkan bola ke sasaran 4.3.2 Menyambut Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula 3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula 4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan 5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan 4.3.3 Memukul Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Memukul alatan dengan tangan 2. Memukul alatan dengan genggaman 3. Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran 4. Melambung belon ke udara dan kemudian memukul 5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.
  • 16. 5.0 KESIMPULAN Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan memperoleh banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan kanak-kanak terutama di prasekolah. 6.0 REFLEKSI Mohd Aiman Bin Mohd Adli KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012 Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan lokomotor dan menggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhadap mata pelajaran bersifat sukan yang bakal saya mengajar kelak. Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.
  • 17. Khairul Aiman Bin Mohd. Ariffin KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012 Pendidikan Jasmani adalah salah satu mata pelajaran penting seperti yang terkandung dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini memang perlu dititikberatkan dalam perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh bukan sahaja di dalam bilik darjah malahan di luar bilik darjah kerana mental yang cerdas bermula dengan kesihatan fizikal yang cergas. Dalam laporan ini, saya bersama rakan saya diberikan tugasan berkenaan dengan kemahiran dalam pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alat. Banyak fakta dan penerangan yang jelas telah saya pelajari dalam menyiapkan laporan ini dan sekali gus memperkasakan pengetahuan yang telah saya pelajari dalam mata pelajaran Olahraga kendalian Pn. Zaiton semasa di semester satu yang lepas. Melalui laporan ini, saya mendapat idea baru tentang perbezaan pergerakan lokomotor dengan pergerakan bukan lokomotor. Dari sini, saya dapat mengaitkan dengan isi pelajaran yang telah diajar semasa di atas padang dengan lebih jelas. Semasa melaksanakan tugasan ini, kami berdepan dengan beberapa masalah seperti faktor kekangan masa dan juga jarak kerana masing-masing berada di kampung halaman. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, kami mengatasi masalah ini dengan memastikan komunikasi yang baik dan lancar antara kami melalui perhubungan internet dan juga telefon. Kami juga banyak berbincang berkaitan dengan sumber rujukan dan membahagikan tugasan sehingga siap laporan ini. Kami juga bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani adalah sangat penting kepada pelajar kerana kami masing-masing pernah cemerlang dalam aktiviti sukan dan olahraga semasa di sekolah dan mampu menjejakkan kaki ke luar negara.
  • 18. BIBLIOGRAFI Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan- bukan_05.html Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for all children. New Orleans: Human Kinetics Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary children. New York: Burgess Pub. Co.