SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 48
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998                                        8 April 2010


          POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B
                  Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.

     Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30
                                  markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )



                                    Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.



1.       KEPENTINGAN NILAI MURNI
             Masyarakat     yang    berperibadi    mulia    dan     berdisiplin   dapat    memberi    sumbangan    yang
                        lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan
                      kemajuan yang pesat
            Individu    dan     masyarakat   yang     mempunyai      nilai    murni   akan   mempunyai     budi  pekerti
                      yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
             Pelbagai     gejala   sosial   yang     kurang    baik     dapat    dibanteras   dan    masyarakat   hidup
                      dalam keadaan aman dan harmonis.
            Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
                      pelancong asing/ masyarakat dunia.
             Individu    yang     mempunyai     nilai    murni    akan      dapat    membuat     pertimbangan   secara
                      rasional dalam menyelesaikan masalah


2.       USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN
             Memperkenalkan      teknik    penanaman      moden     dan    teknologi   yang   baru   dalam    industri
                      buah-buahan.
           Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
           Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
               Memperluas       kawasan        penanaman        buah-buahan       tempatan     sebagai     tanaman
                      keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
             Memperkenalkan       skim     galakan     dan    memberi      khidmat    nasihat   kepada    pengusaha
                      yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .



3.       KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL
         Kebaikan
                 Mengekalkan         tradisi    bergotong-royong        yang  diwarisi        sejak      turun-temurun
                       (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
           Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian
           secara manual.
           Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
           Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
    Menghasilkan    pelbagai   hasil     pertanian    seperti    pisang,     ubi    kayu,    ubi    keledek    ,    dll
                      mengikut keperluan pengusahanya.
          Keburukan
               Memberi      kesan    negatif    kepada      kualiti    alam     sekitar     (terutama     pertanian     pindah)
                         kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak
                      yang berharga.
            Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.
                Memerlukan      masa    yang        lama      untuk      mengusahakan         sesuatu      kawasan       kerana
                      menggunakan peralatan lama/tradisional.
               Tidak    mendatangkan       pendapatan       yang      lumayan        kerana      pengeluaran      hasil     yang
                      terhad.
               Mewujudkan      golongan      petani     yang      kurang     kreatif     dan      sukar     untuk    menerima
                      perubahan.


4.        KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

                Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan
                         dan habitat haiwan) musnah.
              Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
              Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
                Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth :                             pembalakan
                         di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).
                Pembalakan        yang    tidak    terkawal    menjejaskan    ekonomi   negara.   (bekalan    kayu     balak
                         terhad)
                 Pembalakan        yang      berleluasa     menyebabkan     peningkatan    suhu     /   udara       semakin
                         panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
                Potensi     sektor    pelancongan      melalui   hutan    dan    kawasan   rekreasi   seperti   air    terjun
                         terjejas.


     5.   PERANAN LEBUH RAYA

                 Lebuh     raya     dapat   memendekkan         masa     perjalanan.    (perjalanan      tidak     terganggu     oleh
                         lampu isyarat)
              Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
                Lebuh     raya      menyediakan   perjalanan      yang    selesa     kepada      pengguna        –    jalan   sehala,
                         tempat rehat dan solat serta lain-lain.
                Lebuh     raya     memudahkan     perjalanan      dari   satu    destinasi     ke    satu     destinasi     –   susur
                         keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
                 Lebuh      raya     memperkembang       ekonomi       –     menyingkatkan       masa       pengangkutan       untuk
                             pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan
                         Lepas ke Kuala Lumpur.
              Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
                Potensi      sektor   pelancongan     kawasan       rekreasi    seperti    air    terjun     ditingkatkan     dengan
                         adanya kemudahan perhubungan.


6.               TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

                 Hampir     70%      bahan    makanan        dibeli     secara     mendadak      atau      tanpa     sebarang
                         perancangan.
                  Hampir     60%       membeli-belah      di      sebuah       pasar     raya     sahaja,       30%     lebih
                            daripada    dua   pasar     raya     dan     bakinya    mempunyai      fikiran    terbuka   tentang
                         kekerapan untuk ke kedai.
                 Hampir     40%     pengguna      membeli-belah        hanya     sekali    seminggu,      20%      dua     kali
                         seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
                 Hampir    95%     pengguna     Malaysia     terlibat    dalam    belian    mendesak.      Kurang     daripada
                         20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
       Terdapat       perkembangan      pengguna        suka      mengunjungi     gedung       membeli-belah
                  daripada kedai runcit.
        Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
          Pengguna       biasanya   membayar     bil-bil   yang    diterima   terlebih   dahulu    sebelum     pergi
                  membeli-belah.
          Pengguna       yang    mempunyai    kad     kredit   didapati   berbelanja   tiga   kali   ganda     lebih
                  banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
          Pengguna      lebih   cenderung   membeli      melalui   bayaran    mudah      atau   ansuran    daripada
                  tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.
           Tidak     ramai     pengguna     yang   membaca            label     barangan      yang      hendak        dibeli
                    terlebih dahulu sebelum membelinya


7.   POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


      Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
         Kemudahan-kemudahan             asas    yang     mencukupi     seperti     hotel    bertaraf     lima     bintang
                 padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.
         Ketersampaian        iaitu     kawasan     pelancongan     dihubungi      dengan      jalan    raya,     keretapi,
                 jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan
      Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
      Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri
          Peranan       kerajaan         seperti    memperkenalkan       iinsentif     cukai       dan       mengadakan
                 persidangan antarabangsa
      Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
      Tahun Melawat Malaysia 2007
      Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat
         Modal    mencukupi         untuk   membina     hotel,  chalet     oleh    pelabur    tempatan       dan    pelabur
                 asing
         Kebudayaan       tempatan        yang    kaya    dengan      seni    dan     pelbagai      perayaan     termasuk
                 Citrawarna.
      Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
      Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.


8.   CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA


      Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan
         Guru    dan     kakitangan    amanah,ikhlas,     memiliki   sifat   kecindan dan          tidak     mementingkan
                  diri sendiri.
      Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
      Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
      Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
      Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
      Keterampilan pemimpin pelajar
      Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
      Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
      Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
      Keceriaan sekolah diberi keutamaan
      Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar


9.   KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


      Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
        Menjadi    wahana     dalam   usaha    merapatkan           jurang    pendapatan      antara       penduduk    desa
                 dan bandar.
      Mengurangkan       kebergantungan     Malaysia    kepada     negara       asing   untuk    mendapatkan
                    bekalan makanan
         Meningkatkan eksport barangan makanan
         Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
         Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
         Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
             Menjadikan        pengurusan      persatuan-persatuan      nelayan        kawasan      (PNK)    dan
                    pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
         Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
         Meningkatkan aplikasi teknologi moden
         Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)


10.   PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


             Satu        program      pembinaan       sahsiah    diri     bermatlamat        untuk    membina      dan
                     mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
         Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
         Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
         Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
         Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
         Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
         Tidak mengikut mana-mana model dari luar
             Dewan        Rakyat     meluluskan     Rang     Undang-Undang       Akta      Latihan   Khidmat    Negara
                        pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
                     pada 7 Julai 2003
         Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
         Pelaksanaan sejak tahun 2004.
         Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
            Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk                         membina kemahiran dan
                        ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
                     Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
             Latihan-latihan     yang    dilalui  dapat     mengeratkan     perpaduan       dalam   kalangan    peserta,
                        mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
                         disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,
                         kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
                     kumpulan
             Modul       Kenegaraan       ialah   sebuah      modul     yang      diaplikasikan    untuk     memperluas
                        pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta
                     serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
            Modul      Pembinaan      Karakter   ialah   sebuah     modul     yang     dilaksanakan    untuk   membina
                        karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti
                     dan negara.


11.   PEMBANGUNAN MESRA ALAM

            Pembangunan        yang      seimbang    antara     pelaksanaan      teknologi    pembinaan      dan     alam
                       semula      jadi    yang   membolehkan       kesesuaian     habitat-habitat   lain   untuk    hidup.
                    (pengekalan ekosistem)
         Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
             Mengawal     selia      semua     pembangunan        yang      dilaksanakan     oleh      pihak    berkuasa
                    tempatan (PBT) dan swasta
           Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan                             mempraktikkan MSMA
                       (Manual      Saliran   Mesra    Alam)    yang    diluluskan    dan    dilaksanakan     oleh   kerajaan-
                    kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
         Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
         Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
    Penyelenggaraan        secara      berterusan      dengan     membersihkan     sampah      sarap     dan
                 mengelakkan bahan cemaran toksid
       Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.
         Pendekatan     Islam     Hadhari      agar    kehidupan    manusia    menjadi   harmoni     dengan    alam
                 sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
         Menyediakan       tapak     perindustrian      dengan     kemudahan     loji  rawatan      bahan     cemar
                 udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.



12.   KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA


         Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.
         Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
         Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
         Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
         Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
         Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
         Tidak mengikut mana-mana model dari luar
             Dewan        Rakyat     meluluskan   Rang     Undang-Undang         Akta Latihan  Khidmat  Negara
                        pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
                     pada 7 Julai 2003
         Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
         Pelaksanaan sejak tahun 2004.
         Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
            Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk                    membina kemahiran dan
                        ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
                     Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
             Latihan-latihan     yang    dilalui dapat    mengeratkan       perpaduan  dalam  kalangan  peserta,
                        mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan,
                         disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan,
                         kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam
                     kumpulan




                                Sumber:
      http://www.scribd.com/doc/2965593/POINPOIN-RINGKAS-UNTUK-
               PENULISAN-KARANGAN-BAHASA-MELAYU-SPM



                          © BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan.   Ke Menu Utama
              BAHASA MELAYU 1
           Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih
           banyak gelapnya. (Tun Perak)
           KARANGAN RESPONS TERBUKA
           1. APAKAH PERENGGAN ?
           Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam
penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin
disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan
perenggan baru.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :
Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :

1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.
2. Ada kesatuan dan pertautan isi.
3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.
4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain
itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.

1. Perenggan pengenalan
2. Perenggan isi
3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN :
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :
1. Ayat rangsangan.
2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN :
Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan.
Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat
rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus
berlaku ?

(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata
kawasan di dunia ini.

(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang
mempunyai idealogi yang bertentangan.

(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang
ingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran
kepada negara lain.

(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara
Serbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.
AYAT ARAH :
Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus
kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan
karangan.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus
berlaku ?

Ayat arah :
Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang
negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :

1. APAKAH AYAT TOPIK ?
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat
topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara
pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus
kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan
isi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ?
Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi
sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa,
sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti,
menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat
topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan
penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :

1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.
2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN
DENGAN TOPIK YANG DISENTUH.

Soalan contoh :
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus
berlaku ?

Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:
1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.
2. Jong pecah yu kenyang.
3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.
4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :

Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi.
Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan
dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan
tidak lengkap atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:

1. Ayat kesimpulan umum
2. Ayat pendapat
3. Ayat cadangan
4. Ayat komen
5. Ayat penilaian
6. Ayat harapan
7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin.
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di
sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan.
Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini
banyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara
lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan.
Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik
atau berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen.
Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa
kejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat,
dan kemahuan yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan.
Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau
menerima kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.
Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh,
maka susah untuk mewujudkannya semula.

Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperangan
Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa
kebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah
jadi abu, menang jadi arang.

Rujukan:
1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.
2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman.

TEMA KARANGAN TINGKATAN 4
TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA
Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat
Unit 2 : AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum

Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda

Unit 4 : KERANAMU Malaysia
Patriotisme
Malaysia Alaf Baru
Pengorbananku

Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Alam Sekitar
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai Kita

Unit 6 : RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan Cabarannya

Unit 7 : GENERASI KITA
Wawasan Generasi Kita
Patriotisme Generasi Muda
Generasi Pelapis

Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT
Amalan Gaya Hidup Sihat
Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya

Unit 9 : KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan

Unit 10 : WARISAN BANGSA
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan Sejarah

Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA
Kebudayaan dan Pelancongan
Malaysia dan Destinasi Pelancongan
Warna-warna Malaysia
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5
UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA
Rumah Terbuka Aidilfitri
Rumah Terbuka Malaysia
Kemanusiaan Sejagat

UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI
E-Pendidikan
Pendidikan Maya
Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi

UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI
Tren ERL
Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju
Harapan Masa Depan

UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA
Bandar dalam Taman
Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
Perpaduan Menjamin Keamanan
UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN
Kerjaya Masa Depan
Kejayaan dalam kerjaya
Impian, Usaha dan Kejayaan

UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI
Pendidikan Industri di IPT
Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
Cabaran Pendidikan Industri

UNIT 7 : BIOLEMBANGAN
Kejayaan Melalui Pertanian
Bioteknologi dalam Pertanian
Perkembangan Pertanian

UNIT 8 : PELABURAN
Pelaburan Mengubah Masa Depan
Pelaburan Menerusi Saham Amanah
Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9 : TELEPERUBATAN
Kesihatan Sepanjang Hayat
Amalan Pemakanan Seimbang
Cegah Sebelum Parah

UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA
Malaysia Jaguh Sukan SEA
Sukan Mengharumkan Nama Negara
Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL
Mykad Ciptaan Kita
Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
Seni Sastera Khazanah Bangsa

UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN
Memelihara Budaya Bangsa
Anugerah Seni Negara
Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA
TAHUN SOALAN
2004     Masyarakat Malaysia masih
(N)      kurang memberikan pengiktirafan
         kepada golongan yang terlibat
         dalam bidang sastera berbanding
         dengan masyarakat negara maju.
         Berikan pendapat anda tentang
         usaha-usaha yang perlu dilakukan
         untuk memartabatkan golongan
         ini.
2005 (J) Sastera tradisional seperti pantun,
         syair, gurindam, seloka dan cerita
         rakyat semakin kurang diminati.
         Huraikan peranan pelbagai pihak
         untuk mempopularkan sastera
         tradisional ini.
2005     ”Bulat air kerana pembetung, bulat
(N)      manusia kerana muafakat”
         bermaksud perpaduan dapat
         diwujudkan melalui kerjasama
         anggota masyarakat.
         Berdasarkan maksud peribahasa
         tersebut, tulis cerpen yang
         menggambarkan kerjasama dalam
         kehidupan masyarakat majmuk.
2006 (J) Remaja kini kurang berminat
         untuk membaca karya yang
         bertemakan semangat patriotik.
         Berikan saranan anda bagaimana
         untuk menggalakkan remaja
         supaya membaca karya-karya yang
         bertemakan semangat patriotik.
2006     Penghayatan nilai-nilai murni
(N)      dalam karya sastera dapat
         membentuk peribadi yang baik
         dalam kalangan pembaca.
         Berikan komen anda tentang
         pernyataan tersebut.
2007 (J) Pembacaan karya-karya sastera
         dapat meningkatkan penguasaan
         bahasa, kemahiran menghasilkan
         karya kreatif dan penerapan nilai-
         nilai murni dalam diri murid.
         Berikan pendapat anda tentang
         pernyataan di atas.
2007     Tulis sebuah cerpen atau skrip
(N)      drama yang berakhir dengan
dialog di bawah.
         Adam : Aku menyesal; segala-gala
         yang aku lakukan selama ini
         memang salah !
         Haris : Syukurlah, engkau telah
         sedar! Masih belum terlambat
         untuk engkau kembali ke pangkal
         jalan
2008 (J) Peribahasa ’ Belakang parang pun
         jikalau diasah nescaya tajam’
         membawa maksud bahawa orang
         yang kurang pandai kalau rajin
         belajar akan berjaya juga akhirnya.
         Tulis sebuah cerpen berdasarkan
         maksud peribahasa di atas.
2008     5. Yang kurik itu kundi
(N)      Yang merah itu saga
         Yang baik itu budi
         Yang indah itu bahasa.
         Pantun di atas menjelaskan
         bahawa budi bahasa penting dalam
         kehidupan manusia. Bincangkan
         kepentingan amalan berbudi
         bahasa dalam masyarakat.
DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA
TAHUN SOALAN
2004     Dunia hari ini penuh dengan
(N)      persaingan. Untuk mendapatkan
         pekerjaan, kelulusan akademik
         semata-mata tidak cukup. Banyak
         faktor lain yang perlu dikuasai
         untuk membolehkan seseorang itu
         berjaya dalam kerjaya yang akan
         diceburi sesuai dengan
         perkembangan dunia tanpa
         sempadan.
         Tulis sebuah rencana tentang
         persediaan yang perlu dilakukan
         oleh seseorang pelajar untuk
         menghadapi persaingan kerja pada
         masa akan datang.
2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia
         dengan negara-negara jiran wajar
         dipelihara.
         Bincangkan.
2005     Pada masa ini, persengketaan dan
(N)      peperangan masih berlaku di
         beberapa tempat. Hal ini telah
         menjejaskan keharmonian sosial
         dan perkembangan ekonomi dunia.
         Berikan komen anda tentang
         pernyataan tersebut.
2006 (J) Malaysia mementingkan
         kesejahteraan dan keamanan dunia
         sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak
         menyokong sebarang bentuk
         keganasan dan peperangan sebagai
         jalan penyelesaian sesuatu
         masalah.
         Huraikan peranan yang wajar
         dimainkan oleh negara kita untuk
         terus mengekalkan kesejahteraan
         dan keamanan dunia.
         <!--[if !
         supportLineBreakNewLine]-->
         <!--[endif]-->
2006     Masalah jerebu yang berlaku
(N)      dirantau ini dapat ditangani secara
         berkesan melalui kerjasama
         dengan negara-negara jiran.
         Bincangkan kerjasama yang dapat
         dilakukan oleh Malaysia dengan
         negara-negara jiran untuk
         menangani masalah tersebut.
2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam
         pertandingan bahas di peringkat
         daerah. Tajuk perbahasan itu ialah
         ’ Kemasukan Pekerja Asing
         Membawa Kebaikan Kepada
         Negara’.
         Tulis hujah-hujah anda sebagai
         pencadang dalam pertandingan itu.
         <!--[if !
         supportLineBreakNewLine]-->
         <!--[endif]-->
2007     Kemiskinan masih menjadi
(N)      masalah utama di kebanyakan
         negara, walaupun terdapat banyak
         negara kaya di dunia.
         Sarankan bentuk sumbangan yang
         dapat diberikan oleh negara-negara
         kaya untuk membantu negara-
negara miskin.
2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di
         luar negara dapat memainkan
         peranan untuk mempromosikan
         negara kita dalam pelbagai aspek
         pada peringkat antarabangsa.
         Berikan pendapat anda tentang
         pernyataan di atas.
2008     Penyertaan setiap negara dalam
(N)      pertandingan sukan pada peringkat
         antarabangsa dapat mengeratkan
         hubungan masyarakat dunia.

           Berikan pendapat anda tentang
           pernyataan di atas.
DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
TAHUN SOALAN
2004       Anda mempunyai tokoh sanjungan
(N)        kerana pencapaian cemerlang
           tokoh tersebut dalam bidang yang
           diceburinya. Tokoh sanjungan ini
           menjadi pendorong untuk anda
           mencapai kejayaan dalam
           kehidupan.
           Nyatakan tokoh sanjungan anda itu
           dan jelaskan sebab-sebab kejayaan
           beliau menjadi inspirasi kepada
           anda untuk mencapai
           kecemerlangan.
2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan
           syarahan sempena Kempen Budi
           bahasa dan Nilai-Nilai Murni.
           Tajuk syarahan yang anda pilih
           ialah ” Budi Bahasa Amalan
           Mulia”
           Sediakan teks syarahan anda
           selengkapnya.
2005       Pencapaian beberapa jenis sukan di
(N)        negara kita perlu ditingkatkan.
           Sehubungan itu, Kementerian
           Belia dan Sukan juga persatuan
           sukan perlu mengatur strategi bagi
           mengembalikan kegemilangan
           mutu sukan negara.
Tulis rencana tentang usaha-usaha
         yang perlu dilakukan oleh pihak
         berkenaan bagi meningkatkan
         mutu sukan negara.
2006 (J) Masyarakat berperanan penting
         bagi mengukuhkan perpaduan
         dalam kalangan rakyat di negara
         kita.
         Jelaskan aktiviti-aktiviti yang
         dapat dilaksanakan oleh
         masyarakat untuk menjayakan
         hasrat tersebut.
2006     Industri pertanian memberikan
(N)      sumbangan yang semakin penting
         dalam meningkatkan pertumbuhan
         ekonomi Malaysia.
         Berikan saranan anda tentang
         peranan pelbagai pihak dalam
         memajukan industri pertanian di
         negara kita
2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan
         untuk menjayakan kempen
         antimerokok yang telah
         dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai
         rakyat yang prihatin, anda ingin
         menulis sebuah rencana dalam
         akhbar tempatan.
         Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan
         Buruk Tabiat Merokok Terhadap
         Kesihatan ’.
         Tulis rencana itu selengkapnya.
2007     Kerajaan telah menubuhkan
(N)      banyak institusi pendidikan
         berasaskan kemahiran seperti
         Kolej Komuniti, institut Latihan
         Perindustrian dan Pusat Giat Mara.
         Antara tujuannya termasuklah
         untuk melatih golongan belia
         supaya lebih bersedia dalam
         menghadapi alam pekerjaan.
         Berikan pendapat anda tentang
         pernyataan di atas.
2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam
         pertandingan pidato peringkat
         negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah
         Membawa Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008     Penyakit demam denggi yang
(N)      berpunca daripada nyamuk aedes
         merupakan ancaman yang
         membimbangkan negara.

         Huraikan faktor-faktor yang
         menyebabkan merebaknya
         penyakit ini dan langkah-langkah
         bagi menanganinya.
         <!--[if !
         supportLineBreakNewLine]-->
         <!--[endif]-->
DIMENSI KELUARGA
TAHUN SOALAN
2004     Anda akan mewakili sekolah anda
(N)      dalam satu pertandingan syarahan.
         Tajuk syarahan tersebut ialah ”
         Keluarga Bahagia Penjana
         Masyarakat Harmoni ”
         Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J) Ada pihak yang berpendapat
         bahawa masalah keruntuhan
         akhlak dalam kalangan remaja
         berpunca daripada kegagalan
         institusi keluarga.
         Berikan komen anda tentang
         pernyataan tersebut.
2005     Keluarga memainkan peranan
(N)      penting dalam mencorakkan
         kehidupan anak-anak. Oleh itu
         pendidikan anak-anak sebenarnya
         bermula di rumah.
         Berikan pendapat anda tentang
         peranan keluarga dalam
         pembentukan sahsiah anak-anak.
2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli
         keluarga dan usaha diri sendiri
         banyak mempengaruhi kejayaan
         seseorang pada masa depan.
         Berikan komen anda tentang
         pernyataan di atas.
2006     Ibu bapa merupakan insan
(N)      terpenting dalam hidup setiap
         manusia. Jasa mereka kepada kita
         tidak ternilai harganya. Sempena
sambutan Hari Keluarga, anda
         diminta untuk menyampaikan
         ceramah bertajuk ”Menghargai
         Jasa Ibu Bapa”
         Sediakan teks ceramah anda
         selengkapnya.
2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis
         rumah terbuka bersempena dengan
         sambutan hari perayaan. Ramai
         saudara, rakan dan jiran
         mengunjungi majlis tersebut.
         Jelaskan kebaikan-kebaikan
         mengadakan majlis rumah terbuka.
2007     Pelaksanaan waktu bekerja lima
(N)      hari seminggu banyak membawa
         kebaikan kepada keluarga dan
         negara.
         Jelaskan kebaikan-kebaikan
         pelaksanaan waktu bekerja lima
         hari seminggu
2008 (J) Hubungan baik antara ahli
         keluarga dapat menjamin
         kebahagiaan sesebuah keluarga.
         Bincangkan.
2008     Setiap orang ingin akan kawasan
(N)      petempatan yang terancang untuk
         tinggal bersama-sama keluarga
         tersayang.

           Jelaskan ciri-ciri sebuah
           petempatan yang menjadi idaman
           anda sekeluarga.
DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->
TAHUN SOALAN
2004 (N) Golongan remaja merupakan aset
            penting kepada negara pada masa
            hadapan. Mereka bakal menerajui
            pemerintahan negara, menjadi
            tenaga yang memajukan negara
            dan menjaga kedaulatan negara
            daripada pelbagai ancaman.
            Sebagai remaja yang
            berwawasan, bincangkan peranan
            anda untuk mencapai ketiga-tiga
hasrat tersebut
2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda
         hadapi sebelum sesuatu cita-cita
         itu dicapai.
         Jelaskan cabaran-cabaran
         tersebut serta langkah-langkah
         yang perlu anda ambil untuk
         mengatasinya.
2005 (N) Remaja memang suka mengikut
         trend semasa dari segi gaya hidup
         dan berpakaian. Trend ini akan
         mempengaruhi budaya hidup
         masyarakat Malaysia pada masa
         akan datang.
         Ulas pernyataan di atas
2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam
         pertandingan syarahan di
         peringkat daerah sempena Hari
         Kesihatan Sedunia. Tajuk
         syarahan anda ialah “Amalan
         Gaya Hidup Sihat”.
         Sediakan teks syarahan anda
         selengkapnya
2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat
         dan Komunikasi (ICT) penting
         dalam kehidupan pada masa ini.
         Huraikan faedah-faedah yang
         anda peroleh dengan menguasai
         kemahiran ICT
2007 (J) Setiap individu perlu
         mengamalkan sifat berjimat-
         cermat.
         Huraikan cara-cara anda
         melaksanakan amalan ini.
2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam
         pertandingan syarahan peringkat
         sekolah. Tajuk syarahan anda
         ialah ’Rukun Negara Membentuk
         Rakyat Berkualiti ’
         Sediakan teks syarahan itu
         selengkapnya.
2008 (J) Kitar semula merupakan satu
         daripada kaedah pengurusan
         bahan terbuang.
         Jelaskan kebaikan-kebaikan
         amalan kitar semula
2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi
         majalah sekolah, anda ditugaskan
         untuk menyediakan satu laporan
         tentang Majlis Anugerah
         Cemerlang yang diadakan di
         sekolah anda.

          Sediakan laporan itu
          selengkapnya

Selasa, 2010 April 06
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Soalan:
Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat
daerah.
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim
yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya
hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan
Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan
slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya
sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu
diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa
yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa
Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing
dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan
menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk
menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil.
Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran
tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran
tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu
peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-
anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan
juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan
kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak
kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah
pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.
Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk
kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai
contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian
tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah
memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk
memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian
kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang
demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan
penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa
Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-
bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,
Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,
pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah
menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa
Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung,
pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang
meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi
memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat,
penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut
menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian,
sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak
berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak
penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk
mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini
perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak
mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa
Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan
dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang
berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada
pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan
seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan
bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah
berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum.
Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan
dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita.
Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa
ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan
“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata
dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim
Blog: http://khirkassim.blogspot.com
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:22 0 ulasan
MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

PERENGGAN ISI:
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak
akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat
Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah
kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri.
Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita
ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita
mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan
bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita
sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong,
atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu
dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar
rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian
mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia
untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa
kita.
Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat
kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan
Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu.
Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara-
negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan
lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah
Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai
semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan
untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah
memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli
akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu
melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan
mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni
mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil
kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan
medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita
mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu
ke seantero dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui
filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah
pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima
filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan
mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit
filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa
seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan
sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk
menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan
mengantarabangsakan filem Melayu juga.

Sumber: Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:32 0 ulasan
SEMANGAT PATRIOTIK
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di
negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa
ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-
masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka
perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan
tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar
seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting
kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah
dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal
di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan
seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari
murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan
mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini
akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia,
di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang
bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di
kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan
hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan.
Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum
tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai
bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu
masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-
pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin
mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu
mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai
hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan
menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang
dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya
perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang
dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada
generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan
diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu
dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:30 0 ulasan
KEPENTINGAN PERPADUAN
'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan
masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat
tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu
padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak
mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri
yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan
masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah
membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah.
Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang
harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat
kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara
Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang
mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit
hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman
berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan
perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat
membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni
di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu
sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat
untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan
taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang
dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan
peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan.
Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini.
Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini
digeruni oleh negara luar.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:29 0 ulasan
KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama
Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak
kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang
luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah
dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu
meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan
muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat
juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya,
Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya
kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan
bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau
peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,
kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis
masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu,
bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa
sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan
sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai
contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad
ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ,
Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,
Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik
sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan
berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada
akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman
negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu
diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan
bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati
sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi
kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina
oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan
dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi
negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil
mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di
negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan,
yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat
menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk
melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong
bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu,
bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.
Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium,
galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa
di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-
bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya
melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha
seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi
sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan
bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain
menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium
dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu
yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama.
Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar
Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala
Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era
kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan
pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina
bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang
berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan
kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan
Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang
inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”.
Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang
tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi
muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu
akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan
membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau
pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah
mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal
yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:27 0 ulasan
BIOLEMBANGAN - HUTAN
KEPENTINGAN HUTAN :

1. Habitat flora dan fauna
2. Mengimbangi suhu bumi
3. Kawasan tadahan air
4. Ekopelancongan
5. Sumber bahan mentah perubatan tradisional
6. Asas industri hiliran seperti perabot
7. Medan penyelidikan oleh saintis
8. Sumber makanan orang asli
9. Sumber ekonomi - aktiviti pembalakan yang dirancang.
PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN:

1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal/ dilakukan secara haram.
2. Bencana alam - kebakaran hutan
3. Membuka kawasan petempatan dan industri
4. Membuka kawasan pertanian seperti ladang.
5. Pembinaan empangan
6. Hakisan ombak - pokok bakau di tepi laut
7. Peperangan


KESAN KEMUSNAHAN HUTAN

1. Perubahan suhu di suatu kawasan.
2. Bencana alam - tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya
3. Kemusnahan habitat flora dan fauna
4. Kehilangan daya tarikan ekopelancongan
5. Kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan orang asli
6. Negara kehilangan sumber hasil seperti balak.
7. Industri hiliran akan terjejas.


LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN HUTAN

1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas.
2. Memberi latihan yang berkesan kepada pasukan penguatkuasa.
3. Pendidikan mengenai hutan dalam kurikulum sekolah.
4. Pertubuhan bukan kerajaan, contoh : Sahabat Alam Malaysia
5. Media massa- elektronik dan cetak.
6. Tanam semula hutan secara terancang dan berterusan.
7. Mengehadkan lesen dan kawasan pembalakan.
8. Wujudkan taman negara.

Soalan contoh : Karangan berformat.
1. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat dari luar negara yang meminta
diterangkan langkah-langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memulihara hutan.

2. Anda diminta menyampaikan ucapan bersempena hari bumi yang bertemakan,"Hutan
Sebagai Warisan Sejagat yang Perlu dipelihara"

3. Anda dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan di peringat
daerah. Tajuk syarahan, "Kepentingan Memelihara Hutan".

4. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan ala parlimen sebagai pihak pencadang.
Usul yang ditetapkan ialah, "Keperluan Terhadap Pembangunan Menyebabkan Hutan
Semakin dimusnahkan".
5. Anda telah menonton satu filem rencana yang memaparkan kesan kemusnahan hutan.
Anda ingin mencadangkan idea tertentu kepada penerbit filem tersebut supaya
menerbitkan sebuah filem rencana yang memaparkan langkah-langkah berkesan untuk
memulihara dan memelihara hutan. Tulis surat kepada penerbit tersebut.

6. Sebagai editor sebuah akhbar arus perdana, anda ingin menulis sebuah rencana yang
bertajuk, " Punca-punca Kemusnahan Hutan". Tulis rencana itu selengkapnya.

7. Anda telah mewawancara seorang tokoh dalam bidang perhutanan berkaitan punca dan
kesan kemusnahan hutan. Tulis wawancara itu selengkapnya.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:40 0 ulasan
KEBAIKAN PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004.
Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai
patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada
kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini
menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial,
budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan
kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur
dalam kalangan remaja pada hari ini.

MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini
menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup
generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui
nama kementerian dalam kerajaan. (

BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan
Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat
patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (

KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki
semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal
kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam
dan dari luar negara.

APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri
remaja. (

MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini
namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya
bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak
mereka.
BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat
mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat
mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental
dan fizikal. (

BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina
seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala
tuju yang jelas.

KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan
rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum
juga dapat memperkukuh integrasi nasional.

(MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum
melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi
dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk
mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum.

(BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan
agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan
kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama.
Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah
air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.

(KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan
integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati
antara satu sama lain.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan
kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar
menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang,
gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah
dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara
dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada
masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut
seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

Sumber : Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:36 0 ulasan
PUNCA TANAH RUNTUH
Pendahuluan:
Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga
Kini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya
Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibat
kepupusan flora dan fauna
Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuh
Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin masakan
pokok bergoyang

Punca:
Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan
menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi
longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah
runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau
larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit

Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan
pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak
selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti
pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman
cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh
litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak
dijadikan iktibar oleh pihak
pemaju

Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian,
perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini
berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas
hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup
bumi menyebabkan tanah runtuh.

Penutup:
harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa
manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata
alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesuka
hati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai bencana alam
bersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 5:12 AM 0 comments

Sumber: Blog Cikgu Anelyza
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:34 0 ulasan
Ahad, 2010 April 04
MAKLUMAN KEPADA PEMBACA
Saya mengambil keputusan untuk menutup kotak mesej kerana telah disalgunakan oleh
pengguna yang "gila" dan "tidak bermoral"..atau kalau dapat dikatakan memang
"keturunan tak baik kerana tidak terdidik". Blog ini tidak mengalu-alukan siapa sahaja
yang bersifat perkauman dan mencaci perkataan "babi" kepada satu bangsa. Rakan guru
dan pelajar yang mempunyai kemusykilan, sila e-mel kepada saya. Terima kasih.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:50 0 ulasan
Khamis, 2010 April 01
INDUSTRI KRAFTANGAN DI MALAYSIA
Soalan :
1. Kepentingan memajukan industri kraftangan di Malaysia
2. Cara-cara memajukan industri kraftangan di Malaysia

Karangan Berformat :

1. Surat kiriman tak rasmi
Balas surat daripada rakan yang tinggal di luar negara yang meminta maklumat berkaitan
usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

2. Rencana akhbar
Kepentingan strategik industri kraftangan di Malaysia.

3. Syarahan (pertandingan)
Peranan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk memajukan industri kraftangan di
Malaysia.

4. Ucapan (perasmian karnival/ ekspo produk kraftangan)
Kekangan yang membantutkan usaha untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia

5. Perbahasan ala-parlimen
Usul- Agensi kerajaan dan GLC lebih berperanan untuk memajukan industri kraftangan
di Malaysia.

6. Wawancara
Temu bual dengan tokoh dalam industri kraftangan berkaitan pengalaman memajukan
perniagaan berbentuk kraftangan.

Tajuk karangan berdasarkan dimensi.

Dimensi individu dengan individu
Persiapan fizikal dan mental individu untuk menjadi usahawan kraftangan yang berjaya.

Dimensi individu dengan keluarga.
Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang keusahawanan
kraftangan.

Dimensi individu dengan masyarakat/ negara.
Peranan kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

Dimensi individu dengan masyarakat antarabangsa.
Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan karaftangan ke luar negara.

Dimensi komsas
Tulis sebuah cerpen yang bertemakan kegigihan seorang usahawan untuk memajukan
perniagaan kraftangan.

FAKTA AWAL.
1. Apakah maksud kraftangan?
2. Mengapakah kraftangan dikategorikan sebagai sebuah industri?
3. Nyatakan penjenisan produk kraftangan di Malaysia.
4. Adakah anda bersetuju bahawa industri kraftangan mempunyai masa depan yang
cerah? Sila kemukakan alasan.
5. Mengapakah industri kraftangan ini sukar untuk dimajukan?
6. Apakah keistimewaan produk kraftangan Malaysia?
7. Apakah kesan mengembang jika industri kraftangan dimajukan?
8. Nyatakan usaha proaktif untuk penjenamaan semula produk kraftangan di Malaysia
agar dapat bersaing di persada antarabangsa.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:39 0 ulasan
Sabtu, 2010 Mac 27
SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKAN
PERENGGAN PENGENALAN.

1. Terdiri daripada ayat rangsangan dan ayat arah.
2. Tidak boleh memasukkan isi karangan iaitu sebab-sebab.
3. Masukkan peribahasa berbentuk simpulan bahasa, perumpamaan atau bidalan.
4. Gunakan kosa kata/ laras ekonomi yang sesuai.

Ayat rangsangan contoh.
1. Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar negara pada tahun 1960-an sehingga tahun 1970-an.

2. Peranan sektor pertanian sebagai penyumbang utama KDNK telah beralih arah kepada
sektor industri dan pembinaan serta perkhidmatan pada masa ini.

3. Sektor pertanian jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh menjadi periuk
nasi yang menguntungkan kepada rakyat tempatan yang ringan tulang.

4. Sektor pertanian merupakan tulang belakang yang membekalkan sumber makanan
yang menjadi keperluan asas kepada rakyat di sebuah negara.

5. Sektor pertanian tidak wajar dijadikan kambing hitam walaupun sesebuah negara lebih
mengutamakan sektor perindustrian dan perkhidmatan.

6. Sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan
dan asing yang ada akal dan ringan tulang.
SEBAB-SEBAB SUKAR DIMAJUKAN.

1. Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga.
2. Tidak menggunakan teknologi moden yang lebih sofistikated.
3. Tidak mengkomersialkan hasil penyelidikan saintis dalam bidang pertanian.
4. Kekangan modal.
5. Modal insan yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman.
6. Tidak menggunakan teknik pengurusan ladang yang cekap.
7. Stretagi pemasaran produk yang tidak berkesan.
8. Faktor cuaca yang sentiasa berubah-ubah/ bencana alam.
9. Tidak menarik minat masyarakat dari segi upah, keuntungan dan keseronokan bekerja.

AYAT ISI.
Isi 1 (Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga)

Ayat Topik: Sektor pertanian di Malaysua sukar dimajukan kerana harga produk yang
dihasilkan oleh sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. (APA)

HURAIAN :
1. Harga produk pertanian sentiasa turun dan naik pada setiap masa.
2. Petani sukar meramalkan harga produk tersebut apabila siap untuk dituai dan dijual.
3. Petani terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk proses membajak tanah,
membaja, menanam dan seterusnya menuai hasil misalnya kos baja, kos racun serangga,
upah buruh dan sebagainya.
4. Apabila tanaman siap untuk dituai dan dijual, harga produk tersebut mengalami
kejatuhan teruk di pasaran antarabangsa dan di dalam negara.
5. Hal ini menyebabkan petani mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh daripada
jualan tidak dapat menampung kos untuk mengusahakan tanaman tersebut.

AYAT CONTOH :
1. Seorang petani mula menanam semula getah ketika harga getah sedang melambung
tinggi di pasaran antarabangsa.
2. Pokok getah memerlukan masa sehingga 7 tahun untuk memperoleh susu getah yang
boleh dijual dalam bentuk susu getah atau getah skrap.
3. Harga getah di pasaran antarabangsa bergantung kepada permintaan dan penawaran
getah dalam kalangan industralis di seluruh dunia.
4. Apabila berlaku masalah kekurangan permintaan terhadap getah, harga getah akan
jatuh hingga ke paras yang terlalu rendah.
5. Jika petani tidak bernasib baik, getah yang siap untuk ditoreh terpaksa dijual dengan
harga di bawah kos pengeluaran menyebabkan rugi.
6. Justeru itu kebanyakan petani lebih suka menanam tanaman kontan lain yang mudah
untuk dihasilkan dan dijual kerana kurang terdedah kepada risiko penurunan harga secara
mendadak.

Nota tambahan :
Maksud keanjalan ialah mengukur tindak balas dalam kuantiti satu barang yang diminta
kesan daripada perubahan harga barang itu, perubahan dalam pendapatan atau perubahan
harga barang lain.

Contoh 1 : Jika harga rokok dinaikkan sebanyak 10 %, adakah permintaan terhadap rokok
akan berkurangan, bertambah atau tidak mengalami sebarang perubahan. Jika permintaan
terhadap rokok jatuh sebanyak kurang daripada 10 %, maka dikatakan permintaan
terhadap rokok tidak anjal dari segi harga.

Contoh 2: Jika kerajaan menaikkan harga gula pasir sebanyak 10 %, berapakah
perubahan permintaan terhadap gula pasir? Adakah permintaannya jatuh kurang daripada
10 %, lebih daripada 10% atau tidak mengalami sebarang perubahan.

PERINGATAN :
Isi dan huraian di atas perlu disusun semula agar menjadi satu kesatuan ayat yang
bersangkut-paut antara satu sama lain.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:12 0 ulasan
Selasa, 2010 Mac 23
KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA
(1) Karangan Wawancara.
Tema : Melindungi hidupan liar yang terancam oleh pemburuan secara haram.

Perenggan Isi :

1. Ayat Format : Pihak yang mewawancara akan bertanyakan soalan khusus kepada pihak
yang diwawancara .

Contoh :

Editor : Pada pendapat tuan, apakah langkah proaktif yang boleh menyelamatkan hidupan
liar daripada mengalami kepupusan ? (Ayat Format)

VIP: Terma kasih atas soalan yang saudara kemukakan. (AF). Mengikut pengalaman
saya, langkah pertama adalah meminda undang-undang berkaitan hidupan liar supaya
mengenakan hukuman lebih berat kepada pemburu tidak berlesen. (Ayat Topik). APA.

Hal ini demikian kerana undang-undang yang lebih berat akan menakutkan pemburu
haram daripada membunuh hidupan liar yang dilindungi oleh undang-undang
sepenuhnya. Mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan yang
menyalahi undang-undang seperti ini. SEBAB

Contoh terbaik adalah langkah kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi dan
hukuman penjara mandatori sekiranya seorang pemburu haram didapati melakukan
kesalahan meburu binatang yang dilindungi. Bukan setakat denda dan penjara, bahkan
lesen untuk memiliki senjata api untuk tujuan memburu boleh digantung atau dibatalkan
terus jika pemburu tersebut melakukan kesalahan membunuh binatang yang dilindungi
oleh undang-undang. BAGAIMANA

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Perhilitan perlu berjalan pada setiap masa.
Jika terdapat aduan mengenai pemburuan binatang secara haram, mereka perlu bertindak
dengan segera melalui modus operandi yang tersusun. BILA.

Masukkan peribahasa yang sesuai. Contoh :
1. Mengabui mata (memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui tujuan/ keadaan
sebenar.
2. Ada akal (mempunyai idea)
3. Ada gigi (ada kuasa dan berani bertindak)
4. Akal belut (tipu muslihat yang licik)
5. Duit kopi (wang yang diberi kepada seseorang sebagai upah untuk mendapatkan
sesuatu).
6. Hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu)

Ayat penegas: Sememangnya tiada kompromi kepada pihak yang melakukan perbuatan
yang menyalahi undang-undang seperti memburu secara haram kerana perbuatan ini akan
menyebabkan generasi akan datang berputih mata daripada melihat spesies hidupan liar
tersebut.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 01:54 0 ulasan
Ahad, 2010 Mac 21
ULASAN NOVEL BERFORMAT
1. Format karangan berbentuk ulasan.
2. Isi karangan.

Format : Tajuk ulasan dan nama pengulas novel.
Isi karangan :

1. Pengenalan - ayat rangsangan dan ayat arah.
2. Perenggan isi : WAJIB menyatakan sinopsis novel secara keseluruhan. Jika tidak
nyatakan sinopsis akan menjejaskan penilaian terhadap karangan anda.

3. Boleh memilih 4 atau 5 aspek ulasan novel iaitu :

a. Tema dan persoalan.
b. Watak dan perwatakan
c. Plot novel
d. Teknik plot
e. Nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan
f. Pengajaran
g. Latar masa, tempat dan masyarakat
h. Gaya bahasa

3. Perenggan Kesimpulan :
a. ayat kesimpulan umum
b. ayat pendapat
c. ayat cadangan
d. ayat penilaian

Masukkan dua atau lebih peribahasa atau ungkapan menarik.

Soalan karangan ulasan novel telah dikemukakan dalam peperikaan SPM 2009
(November). Harap maklum.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:57 0 ulasan
Sabtu, 2010 Mac 20
MENDUNIAKAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan isu menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa antarabangsa. Sila rujuk majalah DEWAN BAHASA keluaran bulan
NOVEMBER 2009 untuk lebih memahami usaha untuk mengantarabangsakan bahasa
Melayu.

1. Menduniakan Bahasa Melayu
(Disesuaikan daripada teks ucapan oleh YAB Menteri Besar Johor

2. Bahasa Melayu Bahasa Dunia (Impian yang Boleh Menjadi Kenyataan
Oleh : Nik Safiah Karim

3. Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa
Oleh : Teo Kok Seong

4. Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Oleh : Noresah Baharom

5. Globalisas : Ruang Besar kepada Bahasa Melayu
Oleh : Azman Ismail

6. "Mengantarabangsakan Bahasa Melayu, Kuasa Politik Penentunya"
Bual bahasa dengan Prof Madya Dr Victor Pagadaev

Sila dapatkan majalah tersebut di kedai buku Dawama atau berhubung dengan pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel-artikel tersebut tidak boleh disiarkan di blog kerana
boleh melanggar hakcipta penulis dan penerbit.
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 15:19 0 ulasan
Jumaat, 2010 Mac 19
WARGA ASING RAIH KEMEWAHAN DI NEGARA KITA
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Parlimen kelmarin
berkata, sesi pemantauan akan dilakukan ke atas semua premis yang menggunakan
khidmat pekerja asing bagi memastikan majikan menjaga kebajikan mereka, terutamanya
membabitkan aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat
kerja.
Langkah tersebut sejajar dengan sumbangan yang telah diberikan oleh golongan tersebut
terhadap pembangunan ekonomi negara dan menganggap beberapa sektor akan lumpuh
jika tiada khidmat pekerja asing berkenaan.

Sehingga awal tahun ini, jumlah keseluruhan pekerja asing yang direkodkan pada masa
ini adalah seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranya
pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran.

Sebanyak RM12.2 bilion wang keluar dari negara ini hasil daripada aktiviti pekerjaan
yang dilakukan oleh tenaga asing di Malaysia sehingga akhir 2008.

Jika direnungi, angka di atas membawa dua mesej penting iaitu pertama, negara memang
kekurangan tenaga kerja tempatan terutama dalam sektor kritikal. Kedua, kita memiliki
tenaga kerja mencukupi tetapi terpaksa mengimport orang luar atas alasan peluang dalam
bidang pekerjaan yang dibuka tidak diminati orang kita.

Ketika banyak sektor menggalakkan penggunaan khidmat pekerja asing, ramai warga kita
sendiri masih terus bergelar penganggur.

Jawapannya sudah pasti kebergantungan ini memang tidak dapat dielakkan terutama
permintaan yang amat tinggi dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembantu
rumah.

Kehadiran ramai pekerja warga asing telah lama membantu menjana ekonomi negara
kerana mereka turut mengeluarkan perbelanjaan harian yang banyak sehingga
meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Namun begitu, perlu diingat bahawa mereka juga membawa keluar berbilion ringgit
wang kita ke negara mereka. Kita tentu pernah membaca cerita seorang warga
Bangladesh yang bekerja di sebuah kilang elektronik.

Beliau menyatakan bahawa hasil wang yang dikumpul sejak 10 tahun bekerja di negara
ini, dia sudah berjaya membuka sebuah kedai pakaian dan membeli sebidang tanah di
negaranya yang kini diuruskan ibu dan adiknya.

Kini, dia sudah pun menikmati gaji empat angka dan mempunyai simpanan untuk hari tua
dengan gaji permulaan hanya sekitar RM500.

"Malaysia ibarat syurga bagi kami", kata beliau.

Hakikatnya, ramai lagi orang luar sepertinya yang berjaya sampai ke tahap itu.

Walaupun terpaksa melalui pelbagai ranjau di peringkat awal untuk bekerja di sini, sudah
ramai pekerja warga asing yang menumpang kemakmuran dan kekayaan bumi Malaysia.
Biarpun kerajaan pada dasarnya mahukan 40,000 jawatan dalam sektor swasta negara
ketika ini diisi dengan pekerja tempatan, namun disebabkan faktor sikap, hasrat itu tidak
dapat direalisasikan.

Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan bahawa
seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannya
adalah 57,072 Bumiputera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7
peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus.

Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan adalah tiada
pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak sesuai
dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggunakan khidmat pekerja warga asing atas
alasan mereka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turut
menyumbang kepada situasi itu.

Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskan
komoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikan
mereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit.

Ketika kenaikan harga sawit dan getah sekarang, pekerja warga asing berlumba-lumba
mendapatkan pekerjaan dengan tawaran dan terma kerja menarik daripada majikan.

Kisah seorang graduan yang mendedahkan dia memperoleh pendapatan sehingga
RM8,000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah, baru-baru ini wajar dijadikan
iktibar.

Namun, berapa ramai kalangan graduan menganggur yang sanggup memegang pisau
toreh dan bergelumang bau busuk getah sekerap setiap hari?

Rasa malu dengan orang di sekeliling yang menyindir apabila terpaksa bekerja sebagai
petani atau penoreh walaupun menggenggam segulung ijazah menyebabkan mereka terus
berada dalam dilema.

Kenapa kita tidak mahu mengambil contoh masyarakat Jepun yang mana lulusan
universiti di negara matahari terbit itu diberikan jawatan rendah ketika memulakan tugas
dalam sesebuah organisasi.

Sikap itu sebenarnya merugikan kita sendiri dan akhirnya mereka yang untung adalah
orang seperti rakyat Bangladesh tadi.

WAN MARZUKI WAN RAMLI
Pasir Mas, Kelantan

Sumber: Utusan Malaysia
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:10 0 ulasan
Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?
MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil
halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin
tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke
sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka
mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa
mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan
jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai
makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam
ini adalah masalah orang Melayu elit.

Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam
secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk
berniaga.

Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa
memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan
memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?

Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha
kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.

Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak
perlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu.

FAUZI ASMARA
Guar Chempedak,Kedah

Sumber: Utusan Malaysia
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:07 0 ulasan
RUGI JIKA LANGKAWI DIABAI
BARU-BARU ini saya berkunjung ke Pulau Phuket, Thailand dengan tujuan untuk
bercuti bersama isteri dan anak-anak. Ini merupakan lawatan kedua saya ke pulau
peranginan itu. Kali pertama ketika dibawa oleh keluarga 13 tahun lalu. Ketika itu saya
membandingkan Pulau Phuket dengan Pulau Langkawi tidak banyak bezanya.

Malahan dalam beberapa aspek Pulau Langkawi mendahului Pulau Phuket dalam
kemajuan dan keunikan produk pelancongannya.

Namun begitu, pada hari ini Pulau Phuket umpama intan belian kepada negara Thailand.
Pembangunan prasarana dan produk pelancongannya amat menarik sekali. Kebersihan
dan keindahannya telah meninggalkan jauh Pulau Langkawi di belakang. Dengan
pembangunan disusun rapi, ramai pelabur dalam dan luar negara membuka pelbagai
perniagaan berasaskan pelancongan dan hospitaliti di sana.

Pelancong luar terutamanya Eropah dan Asia Timur berduyun-duyun ke sana. Satu-satu
tempat kadangkala kelihatan penduduk tempatan seakan minoriti malah jika di restoran
saya terasa seperti berada di negara Eropah kerana bilangan mereka mendominasi.

Kehadiran begitu ramai pelancong telah menyumbang kepada pendapatan penduduk
setempat dan juga hasil kepada negara gajah putih itu. Sesekali perasaan iri hati dan
cemburu terlintas di hati saya melihat kepada keadaan Pulau Phuket pada hari ini.

Kenapa Pulau Langkawi tidak seperti itu? Apa kurangnya pulau kita ini? Baru-baru ini
satu kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk
Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kerajaan negeri Kedah telah gagal mempromosi
Langkawi sebagai pusat pelancongan terbaik di Malaysia amat tepat dan kena pada
masanya.

Kenyataan tersebut berdasarkan fakta bahawa jumlah pelancong ke Langkawi semakin
hari semakin berkurangan. Malah saya melihat industri pelancongan di Langkawi pada
ketika ini hanya disokong oleh pelancong domestik sahaja, yang datang pada musim cuti
sekolah atau cuti-cuti perayaan.

Sudah pasti tempat yang dituju hanya kedai-kedai coklat dan pinggan mangkuk sahaja.
Apalah sangat tempiasnya kepada kemakmuran penduduk tempatan mahupun kepada
negara jika dibandingkan perbelanjaan yang akan dibuat oleh pelancong asing
terutamanya Eropah, sudah tentu ia berlipat kali ganda.

Saya terpaksa akui bahawa kegemilangan Langkawi sebagai pulau peranginan
antarabangsa semakin lenyap di peta ejen-ejen pelancongan antarabangsa. Persaraan Tun
Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri turut mengakibatkan Langkawi ‘dibersarakan’
juga.

Namun begitu, masih ada harapan dan doa agar kerajaan negeri dan Persekutuan tidak
melupakan Langkawi sebagai intan belian Malaysia, malah kerajaan Kedah
menggelarkan Langkawi sebagai Permata Kedah. Jika benar ia permata, maka tunjukkan
bukti dan komitmen yang jitu agar permata ini terus bersinar dan mampu memberi
cahaya kepada penduduk dam negara.
Dalam memberi nafas baru kepada Langkawi, saya sebagai anak tempatan ingin memberi
beberapa cadangan realistik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

Pertama, bina hospital pakar swasta yang serba lengkap di Langkawi. Buat masa ini tiada
hospital pakar swasta wujud di pulau peranginan ini. Ia bertujuan menggalakkan
‘pelancongan kesihatan’ seperti mana dilaksanakan di Singapura dan Thailand yang telah
memberi pendapatan lumayan kepada negara.
Kedua, kerajaan mesti mewujudkan produk baru pelancongan dalam usaha menarik
perhatian dan keghairahan pelancong untuk datang. Contoh produk baru ialah taman tema
seakan Disneyland, ladang buah-buahan tropika, pulau joran yang dikhaskan untuk
aktiviti memancing, akuarium dasar laut, kereta Api mengelilingi Langkawi dan Eye of
Langkawi.
Ketiga, modenkan prasarana dan kemudahan di situ terutamanya jalan raya dan
perkhidmatan feri. Selain itu jaringan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa
dipertingkatkan dan mengelak diskriminasi harga ketika musim tertentu yang secara
langsung menganiaya pelancong yang datang.
Keempat, majukan sektor perikanan yang berpotensi tinggi di perairan negara kita.
Selama ini hasil laut kita banyak dikaut oleh nelayan asing seperti Thailand dan
Indonesia yang menceroboh masuk secara haram. Jika aktiviti perikanan maju, ia boleh
mewujudkan pelbagai produk hiliran yang lain dan secara tidak langsung menarik minat
orang luar untuk melihat hasil produk perikanan kita.
Kelima, kerajaan hendaklah memberi galakan kepada pihak swasta dalam memajukan
hartanah di Langkawi. Ketika ini amat sukar mendapatkan ejen hartanah di Langkawi
berbanding di Phuket yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Agensi hartanah
boleh berperanan melariskan hartanah sama ada disewa atau dijual dan kemudian
merangsang syarikat pembinaan melabur hartanah bernilai tinggi di Langkawi.
Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada negara jiran dalam memajukan industri
pelancongan mereka yang memberi hasil amat lumayan.

Allah SWT telah menganugerahkan sebuah pulau yang cantik kepada Malaysia, jadi
sebagai hambaNya sama-sama kita makmurkan anugerah ini.

Kembalikan kegemilangan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang tersohor suatu
ketika dulu demi kemakmuran dan kesejahteraan 1Malaysia.

Kampung Air Hangat
Langkawi

Sumber: Utusan Malaysia
Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:45 0 ulasan
Ahad, 2010 Mac 07
PERIBAHASA DALAM KARANGAN
TAJUK : INDUSTRI KRAF TANGAN NEGARA.Tajuk karangan :

1. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang
perniagaan.
2. Cara-cara untuk memajukan industri kraf tangan negara.
3. Halangan dalam memajukan industri kraf tangan negara.
4. Kepentingan industri kraf tangan negara.

Peribahasa yang sesuai digunakan :
1. Acuh tak acuh
2. Ada nama
3. Ada bakat
4. Akal Panjang
5. Dalam tangan
6. Ambil bahagian
7. Ambil berat
8. Ambil hati
9. Angkat bendera putih
10. Asam garam
11. Banyak tangan
12. Batu loncatan
13. Batu penghalang
14. Bekas tangan
15. Beralih angin
16. Ringan tulang
17. Berat tulang
18. Buah tangan
19. Buka mata
20. Buka mulut
21. Buka pintu
22. Cari akal
23. Hangat-hangat tahi ayam
24. Gulung tikar
25. Harga mati

Maksud peribahasa dan penggunaan :

1. Acuh tak acuh (sikap tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara)
Usahawan dalam bidang kraf tangan tidak boleh bersikap acuh tak acuh ketika
merekabentuk hasil kraf tangan.

2. Ada nama (terkenal)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berusaha gigih untuk mempastikan produk keluaran
mereka ada nama bukan sahaja di dalam negara bahkan ke persada antarabangsa.

3. Ada bakat. (Berkebolehan)
Usahawan bidang kraf tangan perlu berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk
merekabentuk produk, memasarkan produk dan mengurus kewangan.
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internet

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Bahan bm dari internet

Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan ProfesionalPetani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan ProfesionalHikmat Hikmatullah
 
Potensi & Prospek Sektor Agribisnis
Potensi & Prospek Sektor AgribisnisPotensi & Prospek Sektor Agribisnis
Potensi & Prospek Sektor AgribisnisDennisaDianita
 
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakat
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakatBab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakat
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakatNTARTITISARI
 
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021 A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021 Veelvili Sambathu
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050syafiqSA
 
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamdeviarsel
 
Projek Bandar Mapan
Projek Bandar MapanProjek Bandar Mapan
Projek Bandar MapanChaAljuffry
 
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docxBusiness Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docxHeriHermawan66
 
Negeri kaya penduduk miskin a158572
Negeri kaya penduduk miskin a158572Negeri kaya penduduk miskin a158572
Negeri kaya penduduk miskin a158572MOHAMAD SYAFIQ
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdfDedeDwika
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdfDedeDwika
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdfDedeDwika
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdfDedeDwika
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdfDedeDwika
 
Contoh kir daun anggur
Contoh kir daun anggurContoh kir daun anggur
Contoh kir daun anggurHana Isnaini
 
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdf
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdfLMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdf
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdfNURULIZZATIBINTIABDU
 
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN  BANDAR MAPANPROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN  BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN BANDAR MAPANNURUL AFIQAH MEHADI
 

Ähnlich wie Bahan bm dari internet (20)

LMCP1552 Projek Akhir Pembangunan Bandar
LMCP1552 Projek Akhir Pembangunan BandarLMCP1552 Projek Akhir Pembangunan Bandar
LMCP1552 Projek Akhir Pembangunan Bandar
 
T2-1.Sektor Pertanian.ppt
T2-1.Sektor Pertanian.pptT2-1.Sektor Pertanian.ppt
T2-1.Sektor Pertanian.ppt
 
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan ProfesionalPetani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
Petani Indonesia Yang Modern Dan Profesional
 
Potensi & Prospek Sektor Agribisnis
Potensi & Prospek Sektor AgribisnisPotensi & Prospek Sektor Agribisnis
Potensi & Prospek Sektor Agribisnis
 
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakat
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakatBab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakat
Bab 3 peran ekonomi dalam menyejahterakan masyarakat
 
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021 A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021
A169091 projek akhir pembangunan mapan dalam islam sesi 20202021
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam: pelan Bangi-Kajang tahun 2050
 
PROJEK BANDAR MAPAN
PROJEK BANDAR MAPAN PROJEK BANDAR MAPAN
PROJEK BANDAR MAPAN
 
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alamKearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
Kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam
 
Projek Bandar Mapan
Projek Bandar MapanProjek Bandar Mapan
Projek Bandar Mapan
 
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docxBusiness Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
Business Plan - Desa Wisata Hanjeli-hh.docx
 
Negeri kaya penduduk miskin a158572
Negeri kaya penduduk miskin a158572Negeri kaya penduduk miskin a158572
Negeri kaya penduduk miskin a158572
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
Dede Dwika Firmansah_22035146 tugas ppt pertemuan 12.pdf
 
Contoh kir daun anggur
Contoh kir daun anggurContoh kir daun anggur
Contoh kir daun anggur
 
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdf
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdfLMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdf
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM (A181932).pdf
 
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN  BANDAR MAPANPROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN  BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR PELAN PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
 

Bahan bm dari internet

  • 1. Gerbang Maklumat BMSPM Di Hujung Jari Sejak Oktober 1998 8 April 2010 POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah. Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah ) Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri. 1. KEPENTINGAN NILAI MURNI  Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat  Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.  Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.  Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.  Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah 2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN  Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan.  Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.  Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.  Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.  Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan . 3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL Kebaikan  Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).  Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian  secara manual.  Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.  Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
  • 2. Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll mengikut keperluan pengusahanya. Keburukan  Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah) kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.  Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.  Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana menggunakan peralatan lama/tradisional.  Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang terhad.  Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan. 4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL  Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.  Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.  Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.  Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers).  Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak terhad)  Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.  Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun terjejas. 5. PERANAN LEBUH RAYA  Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)  Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol  Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala, tempat rehat dan solat serta lain-lain.  Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).  Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.  Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas  Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan adanya kemudahan perhubungan. 6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA  Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.  Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.  Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.  Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
  • 3. Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah daripada kedai runcit.  Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.  Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi membeli-belah.  Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.  Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.  Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya 7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN  Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.  Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.  Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi, jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan  Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.  Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri  Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan persidangan antarabangsa  Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN  Tahun Melawat Malaysia 2007  Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat  Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur asing  Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk Citrawarna.  Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong  Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat. 8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA  Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan  Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan diri sendiri.  Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah  Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah  Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah  Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan  Keterampilan pemimpin pelajar  Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik  Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun  Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas  Keceriaan sekolah diberi keutamaan  Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar 9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN  Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani  Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa dan bandar.
  • 4. Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan  Meningkatkan eksport barangan makanan  Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara  Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini  Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi  Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik  Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik  Meningkatkan aplikasi teknologi moden  Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) 10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA  Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda  Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.  Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni  Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja  Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum  Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga  Tidak mengikut mana-mana model dari luar  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003  Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.  Pelaksanaan sejak tahun 2004.  Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.  Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan  Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan  Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program terhadap negara  Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara. 11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM  Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)  Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan  Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta  Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan- kerajaan negeri mulai 1 April 2001.  Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir  Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
  • 5. Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid  Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.  Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.  Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang. 12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA  Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun.  Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.  Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni  Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja  Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum  Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga  Tidak mengikut mana-mana model dari luar  Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003  Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.  Pelaksanaan sejak tahun 2004.  Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.  Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan  Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan Sumber: http://www.scribd.com/doc/2965593/POINPOIN-RINGKAS-UNTUK- PENULISAN-KARANGAN-BAHASA-MELAYU-SPM © BMSPM 1998-2009. Hak Cipta Terpelihara. Pemberitahuan. Ke Menu Utama BAHASA MELAYU 1 Janganlah kita mudah tertipu oleh terang bulan kerana di sebalik terang bulan lebih banyak gelapnya. (Tun Perak) KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. APAKAH PERENGGAN ? Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam
  • 6. penulisan, pembinaan perenggan adalah penting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru. PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN : Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan : 1. Tentukan ayat-ayatnya berkait. 2. Ada kesatuan dan pertautan isi. 3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih. 4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya. PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA. 1. Perenggan pengenalan 2. Perenggan isi 3. Perenggan kesimpulan PERENGGAN PENGENALAN : Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu : 1. Ayat rangsangan. 2. Ayat arah. AYAT RANGSANGAN : Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan. Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi. Soalan contoh : Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ? (AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata kawasan di dunia ini. (AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang mempunyai idealogi yang bertentangan. (AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada negara lain. (AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.
  • 7. AYAT ARAH : Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan. Soalan contoh : Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ? Ayat arah : Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain. PERENGGAN ISI : 1. APAKAH AYAT TOPIK ? Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan. 2. APAKAH AYAT HURAIAN ? Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama. 3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ? Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu : 1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik. 2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan. 3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan. 4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN DENGAN TOPIK YANG DISENTUH. Soalan contoh : Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ? Contoh peribahasa/ ungkapan yang boleh digunakan:
  • 8. 1. Kalah jadi abu, menang jadi arang. 2. Jong pecah yu kenyang. 3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang. 4. Air mata jatuh ke perut. PERENGGAN PENUTUP : Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi. Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna. JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP: 1. Ayat kesimpulan umum 2. Ayat pendapat 3. Ayat cadangan 4. Ayat komen 5. Ayat penilaian 6. Ayat harapan 7. Ayat penutup Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin. Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Ayat pendapat : Kesan peperangan. Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain. Ayat cadangan : Kesan peperangan. Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau berunding supaya peperangan dapat dielakkan. Ayat komen : Ulasan cerpen. Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan yang tinggi. Ayat penilaian : Kesan peperangan. Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima kesan daripada peperangan tersebut. Ayat harapan : Kepentingan perpaduan. Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh,
  • 9. maka susah untuk mewujudkannya semula. Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ayat Penutup: Kesan peperangan Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu kalah jadi abu, menang jadi arang. Rujukan: 1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP. 2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman. TEMA KARANGAN TINGKATAN 4 TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4 Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA Masyarakat Malaysia Alaf Baru Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat Unit 2 : AMBANG REMAJA Remaja dan Cabaran Remaja dan Keluarga Disiplin Remaja dan Kokurikulum Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH Kad Elektronik Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi E-mel dan anda Unit 4 : KERANAMU Malaysia Patriotisme Malaysia Alaf Baru Pengorbananku Unit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR Pendidikan Alam Sekitar Kualiti Udara Pencemaran Sungai Kita Unit 6 : RIADAH Hobi, Sukan dan Rekreasi Cabaran di Puncak Kinabalu Hobi dan Cabarannya Unit 7 : GENERASI KITA
  • 10. Wawasan Generasi Kita Patriotisme Generasi Muda Generasi Pelapis Unit 8 : GAYA HIDUP SIHAT Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja dan Kesihatan Obesiti dan Pencegahannya Unit 9 : KERJAYA Minggu Kerjaya Cita-cita dan Kerjaya Surat Permohonan Unit 10 : WARISAN BANGSA Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Warisan Seni Bina MelayuTradisional Pemuliharaan Warisan Sejarah Unit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dan Destinasi Pelancongan Warna-warna Malaysia <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> TEMA KARANGAN TINGKATAN 5 UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia Kemanusiaan Sejagat UNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INI E-Pendidikan Pendidikan Maya Kepentingan Ilmu Dalam Era Globalisasi UNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INI Tren ERL Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju Harapan Masa Depan UNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIA Bandar dalam Taman Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara Perpaduan Menjamin Keamanan
  • 11. UNIT 5 : ALAM PEKERJAAN Kerjaya Masa Depan Kejayaan dalam kerjaya Impian, Usaha dan Kejayaan UNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRI Pendidikan Industri di IPT Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara Cabaran Pendidikan Industri UNIT 7 : BIOLEMBANGAN Kejayaan Melalui Pertanian Bioteknologi dalam Pertanian Perkembangan Pertanian UNIT 8 : PELABURAN Pelaburan Mengubah Masa Depan Pelaburan Menerusi Saham Amanah Pelaburan Dalam Sektor Hartanah UNIT 9 : TELEPERUBATAN Kesihatan Sepanjang Hayat Amalan Pemakanan Seimbang Cegah Sebelum Parah UNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIA Malaysia Jaguh Sukan SEA Sukan Mengharumkan Nama Negara Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa UNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBAL Mykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa Sempadan Seni Sastera Khazanah Bangsa UNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISAN Memelihara Budaya Bangsa Anugerah Seni Negara Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA TAHUN SOALAN
  • 12. 2004 Masyarakat Malaysia masih (N) kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini. 2005 (J) Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini. 2005 ”Bulat air kerana pembetung, bulat (N) manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk. 2006 (J) Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik. Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik. 2006 Penghayatan nilai-nilai murni (N) dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. 2007 (J) Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai- nilai murni dalam diri murid. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. 2007 Tulis sebuah cerpen atau skrip (N) drama yang berakhir dengan
  • 13. dialog di bawah. Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini memang salah ! Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat untuk engkau kembali ke pangkal jalan 2008 (J) Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas. 2008 5. Yang kurik itu kundi (N) Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA TAHUN SOALAN 2004 Dunia hari ini penuh dengan (N) persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang. 2005 (J) Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara. Bincangkan. 2005 Pada masa ini, persengketaan dan
  • 14. (N) peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. 2006 (J) Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah. Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> 2006 Masalah jerebu yang berlaku (N) dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut. 2007 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’. Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> 2007 Kemiskinan masih menjadi (N) masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia. Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-
  • 15. negara miskin. 2008 (J) Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. 2008 Penyertaan setiap negara dalam (N) pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> TAHUN SOALAN 2004 Anda mempunyai tokoh sanjungan (N) kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan. Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan. 2005 (J) Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia” Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 2005 Pencapaian beberapa jenis sukan di (N) negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.
  • 16. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara. 2006 (J) Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita. Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut. 2006 Industri pertanian memberikan (N) sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita 2007 (J) Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’. Tulis rencana itu selengkapnya. 2007 Kerajaan telah menubuhkan (N) banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. 2008 (J) Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.
  • 17. Tulis teks pidato itu selengkapnya. 2008 Penyakit demam denggi yang (N) berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. <!--[if ! supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> DIMENSI KELUARGA TAHUN SOALAN 2004 Anda akan mewakili sekolah anda (N) dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ” Tulis syarahan itu selengkapnya. 2005 (J) Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. 2005 Keluarga memainkan peranan (N) penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak. 2006 (J) Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan. Berikan komen anda tentang pernyataan di atas. 2006 Ibu bapa merupakan insan (N) terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena
  • 18. sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. 2007 (J) Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut. Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka. 2007 Pelaksanaan waktu bekerja lima (N) hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara. Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu 2008 (J) Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Bincangkan. 2008 Setiap orang ingin akan kawasan (N) petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga. DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--> TAHUN SOALAN 2004 (N) Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga
  • 19. hasrat tersebut 2005 (J) Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai. Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya. 2005 (N) Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Ulas pernyataan di atas 2006 (J) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya 2006 (N) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT 2007 (J) Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat- cermat. Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini. 2007 (N) Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’ Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. 2008 (J) Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang. Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
  • 20. 2008 (N) Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya Selasa, 2010 April 06 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU Soalan: Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Sediakan teks pidato itu selengkapnya. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak- anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.
  • 21. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa- bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang
  • 22. berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim Blog: http://khirkassim.blogspot.com Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:22 0 ulasan MENGANTARABANGSAKAN BAHASA MELAYU Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu PERENGGAN ISI: Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian, kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri. Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari bahasa kita.
  • 23. Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negara- negara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita berada. Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke seantero dunia. Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem Melayu juga. Sumber: Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:32 0 ulasan SEMANGAT PATRIOTIK Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing- masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
  • 24. dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang- pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
  • 25. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin- pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. Sumber : Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:30 0 ulasan KEPENTINGAN PERPADUAN 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara
  • 26. kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar. Sumber : Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:29 0 ulasan KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,
  • 27. kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan. Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar- bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium
  • 28. dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara. Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang. Sumber : Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 03:27 0 ulasan BIOLEMBANGAN - HUTAN KEPENTINGAN HUTAN : 1. Habitat flora dan fauna 2. Mengimbangi suhu bumi 3. Kawasan tadahan air 4. Ekopelancongan 5. Sumber bahan mentah perubatan tradisional 6. Asas industri hiliran seperti perabot 7. Medan penyelidikan oleh saintis 8. Sumber makanan orang asli 9. Sumber ekonomi - aktiviti pembalakan yang dirancang.
  • 29. PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN: 1. Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal/ dilakukan secara haram. 2. Bencana alam - kebakaran hutan 3. Membuka kawasan petempatan dan industri 4. Membuka kawasan pertanian seperti ladang. 5. Pembinaan empangan 6. Hakisan ombak - pokok bakau di tepi laut 7. Peperangan KESAN KEMUSNAHAN HUTAN 1. Perubahan suhu di suatu kawasan. 2. Bencana alam - tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya 3. Kemusnahan habitat flora dan fauna 4. Kehilangan daya tarikan ekopelancongan 5. Kehilangan punca pendapatan dan sumber makanan orang asli 6. Negara kehilangan sumber hasil seperti balak. 7. Industri hiliran akan terjejas. LANGKAH MENGAWAL KEMUSNAHAN HUTAN 1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. 2. Memberi latihan yang berkesan kepada pasukan penguatkuasa. 3. Pendidikan mengenai hutan dalam kurikulum sekolah. 4. Pertubuhan bukan kerajaan, contoh : Sahabat Alam Malaysia 5. Media massa- elektronik dan cetak. 6. Tanam semula hutan secara terancang dan berterusan. 7. Mengehadkan lesen dan kawasan pembalakan. 8. Wujudkan taman negara. Soalan contoh : Karangan berformat. 1. Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat dari luar negara yang meminta diterangkan langkah-langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memulihara hutan. 2. Anda diminta menyampaikan ucapan bersempena hari bumi yang bertemakan,"Hutan Sebagai Warisan Sejagat yang Perlu dipelihara" 3. Anda dipilih sebagai wakil sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan di peringat daerah. Tajuk syarahan, "Kepentingan Memelihara Hutan". 4. Anda menyertai satu pertandingan perbahasan ala parlimen sebagai pihak pencadang. Usul yang ditetapkan ialah, "Keperluan Terhadap Pembangunan Menyebabkan Hutan Semakin dimusnahkan".
  • 30. 5. Anda telah menonton satu filem rencana yang memaparkan kesan kemusnahan hutan. Anda ingin mencadangkan idea tertentu kepada penerbit filem tersebut supaya menerbitkan sebuah filem rencana yang memaparkan langkah-langkah berkesan untuk memulihara dan memelihara hutan. Tulis surat kepada penerbit tersebut. 6. Sebagai editor sebuah akhbar arus perdana, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk, " Punca-punca Kemusnahan Hutan". Tulis rencana itu selengkapnya. 7. Anda telah mewawancara seorang tokoh dalam bidang perhutanan berkaitan punca dan kesan kemusnahan hutan. Tulis wawancara itu selengkapnya. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:40 0 ulasan KEBAIKAN PLKN Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004. Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya. APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. ( BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. ( KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara. APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. ( MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka.
  • 31. BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. ( BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas. KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka. (APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum. (BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran. (KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan. Sumber : Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:36 0 ulasan PUNCA TANAH RUNTUH
  • 32. Pendahuluan: Alam sekitar – mekanisme ciptaan Tuhan yang paling berharga Kini – khazanah alam diterokai dan dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya Berjuta-juta hektar hutan hujan tropika menjadi padang jarak padang tekukur akibat kepupusan flora dan fauna Menatijahkan pelbagai bencana alam berlaku – fenomena tanah runtuh Kenal pasti punca sebelum mengambil jalan penyelesaian – kalau tiada angin masakan pokok bergoyang Punca: Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihak pemaju Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh. Penutup: harus bermuhasabah diri terhadap kejadian tanah runtuh yang mampu meragut nyawa manusia yang tidak berdosa dalam sekelip mata alam perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan bukan dieksploitasi dengan sesuka hati – menimbulkan kemurkaan Tuhan – menatijahkan pelbagai bencana alam bersinergi – melestari dan memulihara alam sekitar demi kebaikan bersama Posted by Cikgu Anelyza WMS at 5:12 AM 0 comments Sumber: Blog Cikgu Anelyza Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:34 0 ulasan Ahad, 2010 April 04 MAKLUMAN KEPADA PEMBACA Saya mengambil keputusan untuk menutup kotak mesej kerana telah disalgunakan oleh pengguna yang "gila" dan "tidak bermoral"..atau kalau dapat dikatakan memang "keturunan tak baik kerana tidak terdidik". Blog ini tidak mengalu-alukan siapa sahaja
  • 33. yang bersifat perkauman dan mencaci perkataan "babi" kepada satu bangsa. Rakan guru dan pelajar yang mempunyai kemusykilan, sila e-mel kepada saya. Terima kasih. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:50 0 ulasan Khamis, 2010 April 01 INDUSTRI KRAFTANGAN DI MALAYSIA Soalan : 1. Kepentingan memajukan industri kraftangan di Malaysia 2. Cara-cara memajukan industri kraftangan di Malaysia Karangan Berformat : 1. Surat kiriman tak rasmi Balas surat daripada rakan yang tinggal di luar negara yang meminta maklumat berkaitan usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia. 2. Rencana akhbar Kepentingan strategik industri kraftangan di Malaysia. 3. Syarahan (pertandingan) Peranan institusi kewangan dan agensi kerajaan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia. 4. Ucapan (perasmian karnival/ ekspo produk kraftangan) Kekangan yang membantutkan usaha untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia 5. Perbahasan ala-parlimen Usul- Agensi kerajaan dan GLC lebih berperanan untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia. 6. Wawancara Temu bual dengan tokoh dalam industri kraftangan berkaitan pengalaman memajukan perniagaan berbentuk kraftangan. Tajuk karangan berdasarkan dimensi. Dimensi individu dengan individu Persiapan fizikal dan mental individu untuk menjadi usahawan kraftangan yang berjaya. Dimensi individu dengan keluarga. Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang keusahawanan kraftangan. Dimensi individu dengan masyarakat/ negara. Peranan kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia. Dimensi individu dengan masyarakat antarabangsa.
  • 34. Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan karaftangan ke luar negara. Dimensi komsas Tulis sebuah cerpen yang bertemakan kegigihan seorang usahawan untuk memajukan perniagaan kraftangan. FAKTA AWAL. 1. Apakah maksud kraftangan? 2. Mengapakah kraftangan dikategorikan sebagai sebuah industri? 3. Nyatakan penjenisan produk kraftangan di Malaysia. 4. Adakah anda bersetuju bahawa industri kraftangan mempunyai masa depan yang cerah? Sila kemukakan alasan. 5. Mengapakah industri kraftangan ini sukar untuk dimajukan? 6. Apakah keistimewaan produk kraftangan Malaysia? 7. Apakah kesan mengembang jika industri kraftangan dimajukan? 8. Nyatakan usaha proaktif untuk penjenamaan semula produk kraftangan di Malaysia agar dapat bersaing di persada antarabangsa. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:39 0 ulasan Sabtu, 2010 Mac 27 SEBAB SEKTOR PERTANIAN SUKAR UNTUK DIMAJUKAN PERENGGAN PENGENALAN. 1. Terdiri daripada ayat rangsangan dan ayat arah. 2. Tidak boleh memasukkan isi karangan iaitu sebab-sebab. 3. Masukkan peribahasa berbentuk simpulan bahasa, perumpamaan atau bidalan. 4. Gunakan kosa kata/ laras ekonomi yang sesuai. Ayat rangsangan contoh. 1. Sektor pertanian pernah menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara pada tahun 1960-an sehingga tahun 1970-an. 2. Peranan sektor pertanian sebagai penyumbang utama KDNK telah beralih arah kepada sektor industri dan pembinaan serta perkhidmatan pada masa ini. 3. Sektor pertanian jika diusahakan secara bersungguh-sungguh boleh menjadi periuk nasi yang menguntungkan kepada rakyat tempatan yang ringan tulang. 4. Sektor pertanian merupakan tulang belakang yang membekalkan sumber makanan yang menjadi keperluan asas kepada rakyat di sebuah negara. 5. Sektor pertanian tidak wajar dijadikan kambing hitam walaupun sesebuah negara lebih mengutamakan sektor perindustrian dan perkhidmatan. 6. Sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dan asing yang ada akal dan ringan tulang.
  • 35. SEBAB-SEBAB SUKAR DIMAJUKAN. 1. Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. 2. Tidak menggunakan teknologi moden yang lebih sofistikated. 3. Tidak mengkomersialkan hasil penyelidikan saintis dalam bidang pertanian. 4. Kekangan modal. 5. Modal insan yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman. 6. Tidak menggunakan teknik pengurusan ladang yang cekap. 7. Stretagi pemasaran produk yang tidak berkesan. 8. Faktor cuaca yang sentiasa berubah-ubah/ bencana alam. 9. Tidak menarik minat masyarakat dari segi upah, keuntungan dan keseronokan bekerja. AYAT ISI. Isi 1 (Harga barang keluaran utama di sektor pertanian tidak anjal dari segi harga) Ayat Topik: Sektor pertanian di Malaysua sukar dimajukan kerana harga produk yang dihasilkan oleh sektor pertanian tidak anjal dari segi harga. (APA) HURAIAN : 1. Harga produk pertanian sentiasa turun dan naik pada setiap masa. 2. Petani sukar meramalkan harga produk tersebut apabila siap untuk dituai dan dijual. 3. Petani terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk proses membajak tanah, membaja, menanam dan seterusnya menuai hasil misalnya kos baja, kos racun serangga, upah buruh dan sebagainya. 4. Apabila tanaman siap untuk dituai dan dijual, harga produk tersebut mengalami kejatuhan teruk di pasaran antarabangsa dan di dalam negara. 5. Hal ini menyebabkan petani mengalami kerugian kerana hasil yang diperoleh daripada jualan tidak dapat menampung kos untuk mengusahakan tanaman tersebut. AYAT CONTOH : 1. Seorang petani mula menanam semula getah ketika harga getah sedang melambung tinggi di pasaran antarabangsa. 2. Pokok getah memerlukan masa sehingga 7 tahun untuk memperoleh susu getah yang boleh dijual dalam bentuk susu getah atau getah skrap. 3. Harga getah di pasaran antarabangsa bergantung kepada permintaan dan penawaran getah dalam kalangan industralis di seluruh dunia. 4. Apabila berlaku masalah kekurangan permintaan terhadap getah, harga getah akan jatuh hingga ke paras yang terlalu rendah. 5. Jika petani tidak bernasib baik, getah yang siap untuk ditoreh terpaksa dijual dengan harga di bawah kos pengeluaran menyebabkan rugi. 6. Justeru itu kebanyakan petani lebih suka menanam tanaman kontan lain yang mudah untuk dihasilkan dan dijual kerana kurang terdedah kepada risiko penurunan harga secara mendadak. Nota tambahan :
  • 36. Maksud keanjalan ialah mengukur tindak balas dalam kuantiti satu barang yang diminta kesan daripada perubahan harga barang itu, perubahan dalam pendapatan atau perubahan harga barang lain. Contoh 1 : Jika harga rokok dinaikkan sebanyak 10 %, adakah permintaan terhadap rokok akan berkurangan, bertambah atau tidak mengalami sebarang perubahan. Jika permintaan terhadap rokok jatuh sebanyak kurang daripada 10 %, maka dikatakan permintaan terhadap rokok tidak anjal dari segi harga. Contoh 2: Jika kerajaan menaikkan harga gula pasir sebanyak 10 %, berapakah perubahan permintaan terhadap gula pasir? Adakah permintaannya jatuh kurang daripada 10 %, lebih daripada 10% atau tidak mengalami sebarang perubahan. PERINGATAN : Isi dan huraian di atas perlu disusun semula agar menjadi satu kesatuan ayat yang bersangkut-paut antara satu sama lain. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:12 0 ulasan Selasa, 2010 Mac 23 KARANGAN BERBENTUK WAWANCARA (1) Karangan Wawancara. Tema : Melindungi hidupan liar yang terancam oleh pemburuan secara haram. Perenggan Isi : 1. Ayat Format : Pihak yang mewawancara akan bertanyakan soalan khusus kepada pihak yang diwawancara . Contoh : Editor : Pada pendapat tuan, apakah langkah proaktif yang boleh menyelamatkan hidupan liar daripada mengalami kepupusan ? (Ayat Format) VIP: Terma kasih atas soalan yang saudara kemukakan. (AF). Mengikut pengalaman saya, langkah pertama adalah meminda undang-undang berkaitan hidupan liar supaya mengenakan hukuman lebih berat kepada pemburu tidak berlesen. (Ayat Topik). APA. Hal ini demikian kerana undang-undang yang lebih berat akan menakutkan pemburu haram daripada membunuh hidupan liar yang dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti ini. SEBAB Contoh terbaik adalah langkah kerajaan untuk mengenakan denda yang lebih tinggi dan hukuman penjara mandatori sekiranya seorang pemburu haram didapati melakukan kesalahan meburu binatang yang dilindungi. Bukan setakat denda dan penjara, bahkan lesen untuk memiliki senjata api untuk tujuan memburu boleh digantung atau dibatalkan terus jika pemburu tersebut melakukan kesalahan membunuh binatang yang dilindungi
  • 37. oleh undang-undang. BAGAIMANA Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Perhilitan perlu berjalan pada setiap masa. Jika terdapat aduan mengenai pemburuan binatang secara haram, mereka perlu bertindak dengan segera melalui modus operandi yang tersusun. BILA. Masukkan peribahasa yang sesuai. Contoh : 1. Mengabui mata (memperdaya seseorang supaya tidak mengetahui tujuan/ keadaan sebenar. 2. Ada akal (mempunyai idea) 3. Ada gigi (ada kuasa dan berani bertindak) 4. Akal belut (tipu muslihat yang licik) 5. Duit kopi (wang yang diberi kepada seseorang sebagai upah untuk mendapatkan sesuatu). 6. Hangat-hangat tahi ayam (tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu) Ayat penegas: Sememangnya tiada kompromi kepada pihak yang melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti memburu secara haram kerana perbuatan ini akan menyebabkan generasi akan datang berputih mata daripada melihat spesies hidupan liar tersebut. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 01:54 0 ulasan Ahad, 2010 Mac 21 ULASAN NOVEL BERFORMAT 1. Format karangan berbentuk ulasan. 2. Isi karangan. Format : Tajuk ulasan dan nama pengulas novel. Isi karangan : 1. Pengenalan - ayat rangsangan dan ayat arah. 2. Perenggan isi : WAJIB menyatakan sinopsis novel secara keseluruhan. Jika tidak nyatakan sinopsis akan menjejaskan penilaian terhadap karangan anda. 3. Boleh memilih 4 atau 5 aspek ulasan novel iaitu : a. Tema dan persoalan. b. Watak dan perwatakan c. Plot novel d. Teknik plot e. Nilai kemanusiaan dan nilai kemasyarakatan f. Pengajaran g. Latar masa, tempat dan masyarakat h. Gaya bahasa 3. Perenggan Kesimpulan :
  • 38. a. ayat kesimpulan umum b. ayat pendapat c. ayat cadangan d. ayat penilaian Masukkan dua atau lebih peribahasa atau ungkapan menarik. Soalan karangan ulasan novel telah dikemukakan dalam peperikaan SPM 2009 (November). Harap maklum. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 13:57 0 ulasan Sabtu, 2010 Mac 20 MENDUNIAKAN BAHASA MELAYU Terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan isu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Sila rujuk majalah DEWAN BAHASA keluaran bulan NOVEMBER 2009 untuk lebih memahami usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu. 1. Menduniakan Bahasa Melayu (Disesuaikan daripada teks ucapan oleh YAB Menteri Besar Johor 2. Bahasa Melayu Bahasa Dunia (Impian yang Boleh Menjadi Kenyataan Oleh : Nik Safiah Karim 3. Bahasa Melayu Bahasa Antarabangsa Oleh : Teo Kok Seong 4. Keantarabangsaan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Oleh : Noresah Baharom 5. Globalisas : Ruang Besar kepada Bahasa Melayu Oleh : Azman Ismail 6. "Mengantarabangsakan Bahasa Melayu, Kuasa Politik Penentunya" Bual bahasa dengan Prof Madya Dr Victor Pagadaev Sila dapatkan majalah tersebut di kedai buku Dawama atau berhubung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel-artikel tersebut tidak boleh disiarkan di blog kerana boleh melanggar hakcipta penulis dan penerbit. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 15:19 0 ulasan Jumaat, 2010 Mac 19 WARGA ASING RAIH KEMEWAHAN DI NEGARA KITA MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Parlimen kelmarin berkata, sesi pemantauan akan dilakukan ke atas semua premis yang menggunakan khidmat pekerja asing bagi memastikan majikan menjaga kebajikan mereka, terutamanya membabitkan aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja.
  • 39. Langkah tersebut sejajar dengan sumbangan yang telah diberikan oleh golongan tersebut terhadap pembangunan ekonomi negara dan menganggap beberapa sektor akan lumpuh jika tiada khidmat pekerja asing berkenaan. Sehingga awal tahun ini, jumlah keseluruhan pekerja asing yang direkodkan pada masa ini adalah seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran. Sebanyak RM12.2 bilion wang keluar dari negara ini hasil daripada aktiviti pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga asing di Malaysia sehingga akhir 2008. Jika direnungi, angka di atas membawa dua mesej penting iaitu pertama, negara memang kekurangan tenaga kerja tempatan terutama dalam sektor kritikal. Kedua, kita memiliki tenaga kerja mencukupi tetapi terpaksa mengimport orang luar atas alasan peluang dalam bidang pekerjaan yang dibuka tidak diminati orang kita. Ketika banyak sektor menggalakkan penggunaan khidmat pekerja asing, ramai warga kita sendiri masih terus bergelar penganggur. Jawapannya sudah pasti kebergantungan ini memang tidak dapat dielakkan terutama permintaan yang amat tinggi dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembantu rumah. Kehadiran ramai pekerja warga asing telah lama membantu menjana ekonomi negara kerana mereka turut mengeluarkan perbelanjaan harian yang banyak sehingga meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Namun begitu, perlu diingat bahawa mereka juga membawa keluar berbilion ringgit wang kita ke negara mereka. Kita tentu pernah membaca cerita seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Beliau menyatakan bahawa hasil wang yang dikumpul sejak 10 tahun bekerja di negara ini, dia sudah berjaya membuka sebuah kedai pakaian dan membeli sebidang tanah di negaranya yang kini diuruskan ibu dan adiknya. Kini, dia sudah pun menikmati gaji empat angka dan mempunyai simpanan untuk hari tua dengan gaji permulaan hanya sekitar RM500. "Malaysia ibarat syurga bagi kami", kata beliau. Hakikatnya, ramai lagi orang luar sepertinya yang berjaya sampai ke tahap itu. Walaupun terpaksa melalui pelbagai ranjau di peringkat awal untuk bekerja di sini, sudah ramai pekerja warga asing yang menumpang kemakmuran dan kekayaan bumi Malaysia.
  • 40. Biarpun kerajaan pada dasarnya mahukan 40,000 jawatan dalam sektor swasta negara ketika ini diisi dengan pekerja tempatan, namun disebabkan faktor sikap, hasrat itu tidak dapat direalisasikan. Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan bahawa seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannya adalah 57,072 Bumiputera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7 peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus. Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan adalah tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan. Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggunakan khidmat pekerja warga asing atas alasan mereka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turut menyumbang kepada situasi itu. Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskan komoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit. Ketika kenaikan harga sawit dan getah sekarang, pekerja warga asing berlumba-lumba mendapatkan pekerjaan dengan tawaran dan terma kerja menarik daripada majikan. Kisah seorang graduan yang mendedahkan dia memperoleh pendapatan sehingga RM8,000 sebulan dengan bekerja sebagai penoreh getah, baru-baru ini wajar dijadikan iktibar. Namun, berapa ramai kalangan graduan menganggur yang sanggup memegang pisau toreh dan bergelumang bau busuk getah sekerap setiap hari? Rasa malu dengan orang di sekeliling yang menyindir apabila terpaksa bekerja sebagai petani atau penoreh walaupun menggenggam segulung ijazah menyebabkan mereka terus berada dalam dilema. Kenapa kita tidak mahu mengambil contoh masyarakat Jepun yang mana lulusan universiti di negara matahari terbit itu diberikan jawatan rendah ketika memulakan tugas dalam sesebuah organisasi. Sikap itu sebenarnya merugikan kita sendiri dan akhirnya mereka yang untung adalah orang seperti rakyat Bangladesh tadi. WAN MARZUKI WAN RAMLI Pasir Mas, Kelantan Sumber: Utusan Malaysia
  • 41. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:10 0 ulasan Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa? MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim. Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana? Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal? Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal. Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu. Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit. Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk berniaga. Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal? Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri? Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat. Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak perlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu. FAUZI ASMARA Guar Chempedak,Kedah Sumber: Utusan Malaysia Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 05:07 0 ulasan RUGI JIKA LANGKAWI DIABAI BARU-BARU ini saya berkunjung ke Pulau Phuket, Thailand dengan tujuan untuk bercuti bersama isteri dan anak-anak. Ini merupakan lawatan kedua saya ke pulau
  • 42. peranginan itu. Kali pertama ketika dibawa oleh keluarga 13 tahun lalu. Ketika itu saya membandingkan Pulau Phuket dengan Pulau Langkawi tidak banyak bezanya. Malahan dalam beberapa aspek Pulau Langkawi mendahului Pulau Phuket dalam kemajuan dan keunikan produk pelancongannya. Namun begitu, pada hari ini Pulau Phuket umpama intan belian kepada negara Thailand. Pembangunan prasarana dan produk pelancongannya amat menarik sekali. Kebersihan dan keindahannya telah meninggalkan jauh Pulau Langkawi di belakang. Dengan pembangunan disusun rapi, ramai pelabur dalam dan luar negara membuka pelbagai perniagaan berasaskan pelancongan dan hospitaliti di sana. Pelancong luar terutamanya Eropah dan Asia Timur berduyun-duyun ke sana. Satu-satu tempat kadangkala kelihatan penduduk tempatan seakan minoriti malah jika di restoran saya terasa seperti berada di negara Eropah kerana bilangan mereka mendominasi. Kehadiran begitu ramai pelancong telah menyumbang kepada pendapatan penduduk setempat dan juga hasil kepada negara gajah putih itu. Sesekali perasaan iri hati dan cemburu terlintas di hati saya melihat kepada keadaan Pulau Phuket pada hari ini. Kenapa Pulau Langkawi tidak seperti itu? Apa kurangnya pulau kita ini? Baru-baru ini satu kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyatakan kerajaan negeri Kedah telah gagal mempromosi Langkawi sebagai pusat pelancongan terbaik di Malaysia amat tepat dan kena pada masanya. Kenyataan tersebut berdasarkan fakta bahawa jumlah pelancong ke Langkawi semakin hari semakin berkurangan. Malah saya melihat industri pelancongan di Langkawi pada ketika ini hanya disokong oleh pelancong domestik sahaja, yang datang pada musim cuti sekolah atau cuti-cuti perayaan. Sudah pasti tempat yang dituju hanya kedai-kedai coklat dan pinggan mangkuk sahaja. Apalah sangat tempiasnya kepada kemakmuran penduduk tempatan mahupun kepada negara jika dibandingkan perbelanjaan yang akan dibuat oleh pelancong asing terutamanya Eropah, sudah tentu ia berlipat kali ganda. Saya terpaksa akui bahawa kegemilangan Langkawi sebagai pulau peranginan antarabangsa semakin lenyap di peta ejen-ejen pelancongan antarabangsa. Persaraan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri turut mengakibatkan Langkawi ‘dibersarakan’ juga. Namun begitu, masih ada harapan dan doa agar kerajaan negeri dan Persekutuan tidak melupakan Langkawi sebagai intan belian Malaysia, malah kerajaan Kedah menggelarkan Langkawi sebagai Permata Kedah. Jika benar ia permata, maka tunjukkan bukti dan komitmen yang jitu agar permata ini terus bersinar dan mampu memberi cahaya kepada penduduk dam negara.
  • 43. Dalam memberi nafas baru kepada Langkawi, saya sebagai anak tempatan ingin memberi beberapa cadangan realistik untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pertama, bina hospital pakar swasta yang serba lengkap di Langkawi. Buat masa ini tiada hospital pakar swasta wujud di pulau peranginan ini. Ia bertujuan menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’ seperti mana dilaksanakan di Singapura dan Thailand yang telah memberi pendapatan lumayan kepada negara. Kedua, kerajaan mesti mewujudkan produk baru pelancongan dalam usaha menarik perhatian dan keghairahan pelancong untuk datang. Contoh produk baru ialah taman tema seakan Disneyland, ladang buah-buahan tropika, pulau joran yang dikhaskan untuk aktiviti memancing, akuarium dasar laut, kereta Api mengelilingi Langkawi dan Eye of Langkawi. Ketiga, modenkan prasarana dan kemudahan di situ terutamanya jalan raya dan perkhidmatan feri. Selain itu jaringan pengangkutan awam seperti teksi dan kereta sewa dipertingkatkan dan mengelak diskriminasi harga ketika musim tertentu yang secara langsung menganiaya pelancong yang datang. Keempat, majukan sektor perikanan yang berpotensi tinggi di perairan negara kita. Selama ini hasil laut kita banyak dikaut oleh nelayan asing seperti Thailand dan Indonesia yang menceroboh masuk secara haram. Jika aktiviti perikanan maju, ia boleh mewujudkan pelbagai produk hiliran yang lain dan secara tidak langsung menarik minat orang luar untuk melihat hasil produk perikanan kita. Kelima, kerajaan hendaklah memberi galakan kepada pihak swasta dalam memajukan hartanah di Langkawi. Ketika ini amat sukar mendapatkan ejen hartanah di Langkawi berbanding di Phuket yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Agensi hartanah boleh berperanan melariskan hartanah sama ada disewa atau dijual dan kemudian merangsang syarikat pembinaan melabur hartanah bernilai tinggi di Langkawi. Saya berharap kita dapat belajar sesuatu daripada negara jiran dalam memajukan industri pelancongan mereka yang memberi hasil amat lumayan. Allah SWT telah menganugerahkan sebuah pulau yang cantik kepada Malaysia, jadi sebagai hambaNya sama-sama kita makmurkan anugerah ini. Kembalikan kegemilangan Langkawi sebagai pulau pelancongan yang tersohor suatu ketika dulu demi kemakmuran dan kesejahteraan 1Malaysia. Kampung Air Hangat Langkawi Sumber: Utusan Malaysia Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 04:45 0 ulasan Ahad, 2010 Mac 07 PERIBAHASA DALAM KARANGAN TAJUK : INDUSTRI KRAF TANGAN NEGARA.Tajuk karangan : 1. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang usahawan untuk berjaya dalam bidang
  • 44. perniagaan. 2. Cara-cara untuk memajukan industri kraf tangan negara. 3. Halangan dalam memajukan industri kraf tangan negara. 4. Kepentingan industri kraf tangan negara. Peribahasa yang sesuai digunakan : 1. Acuh tak acuh 2. Ada nama 3. Ada bakat 4. Akal Panjang 5. Dalam tangan 6. Ambil bahagian 7. Ambil berat 8. Ambil hati 9. Angkat bendera putih 10. Asam garam 11. Banyak tangan 12. Batu loncatan 13. Batu penghalang 14. Bekas tangan 15. Beralih angin 16. Ringan tulang 17. Berat tulang 18. Buah tangan 19. Buka mata 20. Buka mulut 21. Buka pintu 22. Cari akal 23. Hangat-hangat tahi ayam 24. Gulung tikar 25. Harga mati Maksud peribahasa dan penggunaan : 1. Acuh tak acuh (sikap tidak ambil peduli terhadap sesuatu perkara) Usahawan dalam bidang kraf tangan tidak boleh bersikap acuh tak acuh ketika merekabentuk hasil kraf tangan. 2. Ada nama (terkenal) Usahawan bidang kraf tangan perlu berusaha gigih untuk mempastikan produk keluaran mereka ada nama bukan sahaja di dalam negara bahkan ke persada antarabangsa. 3. Ada bakat. (Berkebolehan) Usahawan bidang kraf tangan perlu berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk merekabentuk produk, memasarkan produk dan mengurus kewangan.