Anzeige
teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx
teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx
teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx
Nächste SlideShare
Dokumentasi sambutan hari kemerdekaanDokumentasi sambutan hari kemerdekaan
Wird geladen in ... 3
1 von 3
Anzeige

Más contenido relacionado

Anzeige

teks berita Penutupan merdeka SKBM 2020.docx

  1. Norma Baharu Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa Seramai 130 orang murid dengan 50 orang daripadanya adalah murid Pasekolah dan 80 orang murid penerima hadiah hadir menjayakan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan, Bulan Pusat Sumber dan Bulan Bahasa yang diadakan di Dewan Kantin Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Bombalai Melayu (M) Tawau yang telah dianjurkan oleh Persatuab Kelab Rukun Negara dibawah Unit Ko-kurikulum dengan kerjasama Pusat Sumber Al-Biruni, unit-unit Bahasa dibawah Unit Kurikulum, Unit Bimbingan Kaunseling dan Pra Sekolah. Sambutan kali ini menampilkan para hadiran dengan tema Busana Melayu dan Etnik Bumiputera Sabah. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) Pn. Masniah Rasimin. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran majlis kali ini. Sambutan sebegini perlu diteruskan sungguhpun dalam norma baharu bagi memupuk rasa cinta kepada negara. Menurut beliau selaku guru beliau bertanggungjawab memastikan agar murid-murid menjadi warganegara yang berguna kepada negara kelak. Ini kerana anak-anak adalah aset penting bagi sesebuah negara yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Terdahulu dalam temubual bersama, Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah menyampaikan ucapan maaf kerana tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini disebabkan terlibat mengetuai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) daerah Tawau khasnya. Menurut beliau Sungguhpun pelbagai kekangan yang dihadapi akibat Pandemik COVID19 ini, usaha pihak sekolah sebagai medium penyampaian ilmu harus diteruskan dengan memastikan pematuhan Standard Operation Plan (SOP) pada tahap maksimum. Tambah beliau segala perancangan awal persekolahan 2020 tetap diteruskan dengan norma dan budaya yang berbeza. Menurut Penyelaras program Guru Perpustakaan Media (GPM) Julianah Jimin pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang bulan bermula 5 Ogos yang lalu hingga 14 September ini. Antara pengisian Bulan Kemerdekaan adalah acara pelancaran Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster, Teka Silangkata, Quizizz dan Kahoot Sejarah, Video Nyanyian Irama Malaysia, dan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra Sekolah. Selain itu, menerusi Bulan Bahasa pula telah dipertandingkan Deklamasi Sajak, Penyampaian Puisi Syair, Pertandingan Tulisan Cantik, Pertandingan Tulisan Jawi dan Kuiz Agama Islam. Manakala menerusi Bulan Pusat Sumber Sekolah (PSS) pula, diadakan Pertandingan Pengurusan Kelas Abad ke-21 dan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi Panitia Terbaik. Menurut beliau Guru Bimbingan Kaunseling (GBK) Hasliza Hamid adalah Penyelaras Bersama program kali ini.
  2. Penolong Kanan Ko-kurikulum Safari Adinin menyatakan bahawa antara matlamat program adalah untuk memberi manfaat dan memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama antara unit-unit yang terlibat. Apa yang penting aktiviti sebegini akan dapat mencungkil bakat terpendam seterusnya memupuk minda positif melalui pengalaman kemerdekaan yang mereka raikan. Pada majlis tersebut Johan Pertandingan Peragaan Pakaian Pra sekolah telah dimenangi oleh adik Adam Zuhairy Bin Ahmad (5 tahun) dengan busana suku Bugis manakala tempat kedua dianugerahkan kepada Muhammad Harraz Sufyan Bin Muhammad Asraf 6 tahun dengan penampilan pakaian kaum Sing manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Nur Fitri Qalissyah Binti Jafri@Afiq (6 tahun)dengan memperagakan baju Punjabi masyarakat India. Paling menarik apabila gimik penangguhan dengan menyemburkan cecair bewarna pada permukaan kain yang telah dicanting logo Malaysia Prihatin yang disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah yang hadir. Seni Kreatif ini telah disediakan oleh unit Prasekolah. Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh PK1 Masniah Rasimin, PK KOKUM Safari Adinin dan GPM Julianah Jimin. Para pemenang menerima hamper dan trofi. Dalam majlis itu Panitia Sains tampil sebagai Pengurusan PBL Panitia Terbaik tahun 2020 yang diwakili oleh Ketua Panitia Sains Pn. Sinawati binti Dandang. Panitia Sains mendapat wang tunai sebanyak RM200.00 atas penganugerahan tersebut. Sebelum program berakhir PK1 turut menyempurnakan Gimik Pelancaran Siber Kafe dan Ruang (Profesional Learning Center (PLC) Pusat Sumber Al-Biruni dan Pelancaran Minggu Sain. Sebaik majlis bersurai, murid-murid dan guru-guru dijamukan makanan tengahari di bilik masing-masing. (Artikel sumbangan Julianah Jimin) Kaptur : 1. Penyelaras bersama program Julianah Jimin(kanan) dan Hasliza Hamid (kiri) 2. Guru Besar (GB) Beddu bin Dollah. 3. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan ucapan penangguhan program. 4. Bergambar bersama dari kiri Hasliza Hamid, Julianah Jimin, PK KOKUM Safari Adinin, PK1 Masniah Rasimin dan Jurianty Idris sebaik selesai gimik penangguhan. 5. Bergambar kenangan bersama Para peserta pertandingan peragaan pakaian Pra sekolah. 6. Guru-guru mengayakan busana Melayu mengikut tema.
  3. 7. PK KOKUM Safari Adinin menyampaian hadiah kepada Johan peragaan pakaian Pra sekolah adik Adam Zuhairy Bin Ahmad dengan pakaian baju "Bodo" masyarakat Bugis. 8. Julianah Jimin menyampaikan hadiah kepada wakil kelas 6 Titanium iaitu Johan Pengurusan Kelas Berinfo Abad ke-21 9. PK1 Masniah Rasimin menyampaikan hadiah Pengurusan PBL Terbaik kepada Ketua Panitia Sains Sinawati Dandang. 10. Murid-murid yang hadir memakai penutup muka dengan penjarakan fizikal 1 meter antara murid. 11. Pk1 Masniah Rasimin menyempurnakan Gimik Pelancaran Pelancaran Siber Kafe dan Ruang PLC Pusat Sumber Al-Biruni. 12. Bergambar bersama (dari kanan) PK KOKUM Safari Adinin, GPM Julianah Jimin, GBK Hasliza Hamid, PK1 Masniah Rasimin, Sinawati Dandang dan Sumarni Kadiran. 13. Gambar Pelancaran yang lalu dengan pakaian Unit Beruniform Kokurikulum. Barisan guru-guru dari kanan Arman Amboalang, Rahim Larose, Roslan Balama, Sabril Baco,Mohd Rozainizam Usnie, Mohd. Khairul Aidilkhidir Rozali dan Azlan Haris.
Anzeige