Pengenalan / Definisi Masyarakat
Agraria
1. Masyarakat agraria merupakan masyarakat
yang bergantung kepada kegiatan ekonomi
berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk
tanam dan menternak binatang sebagai sumber
kehidupan mereka.
2. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah,
padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin
pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan
sebagainya.
3. Mereka tinggal menetap di kawasan tanah
pertanian yang subur dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap
di sekitar kawasan lembah sungai yang
mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
4. Selain itu, masyarakat juga menjalankan
aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan
menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-
tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran
menghasilkan makanan sendiri dengan
mengamalkan pertanian pindah sehingga
mengusahakan pertanian tetap.
5. Pada masa yang sama masyarakat
agraria mempunyai hubungan dengan
masyarakat maritim dan saling
bergantungan.
6. Masyarakat agraria di Belanda
berkembang sejurus berlakunya Revolusi
Pertanian di England pada abad ke-17 di
mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-
kawasan lain di seluruh Eropah dan
Amerika Syarikat.
7. Perkembangan ini telah
menyebabkan bilangan masyarakat
yang terlibat dengan akviti pertanian
semakin meningkat.
8. Masyarakat agraria menjadi lebih
berdikari dan melalui penggunaan
jentera moden, kegiatan pertanian
lebih menjurus kepada pertanian
ladang dan dalam skala yang besar.
9. Manakala masyarakat agraria di China
terbentuk disebabkan sebahagian besar
kawasan negara tersebut mempunyai tanah
yang subur, disaliri oleh Sungai Hwang Ho
dan diselaputi oleh iklim yang bersesuaian
menjadikan negara berkenaan sesuai
ditanam dengan pelbagai jenis tanaman.
10. Namun demikian pada peringkat awal
kemunculan masyarakat agraria di China,
kegiatan mereka dikawal oleh golongan
pemerintah dan menggunakan peralatan
tradisional.
11. Secara umumnya ciri-ciri masyarakat
agraria di kedua-dua negara boleh dilihat
berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan
yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti
di kawasan tanah yang subur dan iklim
yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem
pengairan dan saliran serta kegiatan lain
seperti berburu, menternak binatang,
mengutip hasil hutan dan menangkap ikan
Ciri-ciri Utama Masyarakat Agraria.
Masyarakat agraria di negara Belanda
dan China boleh dihuraikan dalam
beberapa aspek utama seperti kegiatan
ekonomi yang dijalankan, kawasan
penempatan mereka, sistem pengairan,
kesuburan tanah petanian, dan
penggunaan teknologi dalam bidang
pertanian.
Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan
1. Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh
masyarakat agraria adalah berasaskan kepada
kegiatan pertanian dan penternakan. Di samping
itu mereka juga menjalan kegiatan sampingan
yang lain seperti memunggut hasil hutan dan
menangkap ikan
2. Kegiatan pertanian yang dijalankan secara
kecil-kecilan dalam bentuk sara diri iaitu sekadar
untuk menampung keperluan harian sahaja.
3. Mereka akan menanam sayur-sayuran,
buah-buahan dan bijirin seperti barli,
gandum dan oat.
4. Selain itu, masyarakat agraria juga
menjalankan kegiatan penternakan sebagai
sumber keperluan protien yang mencukupi
untuk mereka. Binatang yang diternak oleh
mereka seperti lembu, kambing, ayam dan
biri-biri.
Kawasan Petempatan
1. Petempatan masyarakat agraria adalah
terletak di kawasan yang subur untuk
menjalankan kegiatan pertanian seperti di
lembah sungai dan delta sungai.
2. Kawasan ini menjadi tumpuan mereka
kerana kawasan ini terdapat mendapan
tanah lanar yang subur. Contohnya,
masayarakat agraria di China membuka
petempatan di sekitar lembah Sungai
Kuning.
Sistem Pengairan
1. Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran
atau pengetahuan dalam membina sistem pengairan
bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka.
Mereka mempunyai kemahiran dalam membina
terusan, kolam takungan air dan tali air.
2. Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong
berlakunya pertambahan keluasan kawasan pertanian
kerana kawasan yang jauh dari sumber air juga dapat
diusahakan dengan adanya terusan. Selain itu,
kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif
atau lebih giat dengan adanya sistem pengairan ini.
3. Masyarakat agraria di China, telah
membina terusan untuk mengairan
kawasam pertanian mereka.
4. Manakala di Belanda pula, mereka
menggunakan kaedah kincir angin untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian.
Kemahiran menjaga Kesuburan
Tanah
1. Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan
tanah yang tinggi bagi membolehkan kegiatan
pertanian dijalankan, maka masyarakat agraria
telah berusaha untuk mengetahui bagaimana
cara-cara dalam memelihara kesuburan tanah
pertanian ini.
2. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan
kaedah untuk meningkatkan tahap kesuburan
tanah pertanian.
3. Di Belanda, masyarakat agrarianya
menggunakan baja asli (najis binatang)
yang diperolehi daripada kawasan
penternakan untuk meningkatkan
kesuburan tanah pertanian.
Selain itu, mereka juga menggunakan
teknik memugar tanah pertanian dan
mengamalkan sistem tanaman giliran untuk
mengekalkan tahap kesuburan tanah.
Peningkatan Penggunaan Teknologi
1. Masyarakat agraria juga mempunyai
kemahiran dalam mencipta peralatan-
peralatan baru bagi menjalankan kegiatan
pertanian secara besar-besaran.
2. Penggunaan teknologi atau peralatan
baru turut meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian. Masyarakat di Belanda telah
menggunakan mencipta tugal dan tenggala
beroda untuk memugar dan membajak
tanah pertanian.
3. Masyarakat agraria juga
memperkenalkan kaedah dan teknik
pertanian untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian seperti memperkenalkan
sistem tanaman giliran