SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PEMARKAHAN

                                                    1   TUGASAN 1

                                                    2   TUGASAN 2

                                                    3   E FORUM

                                                        JUMLAH




          KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

                         BAHAGIAN A :


                    BIDANG SENI KREATIF

                           SENI LUKIS


                           KUMPULAN

                        UPSI-A33(A122PJJ)




                        DISEDIAKAN OLEH

            NAMA                       NO. ID           NO. TELEFON

 AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU         D20102045368        012-6425254



NAMA TUTOR E-LEARNING    : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN




                                1
ISI KANDUNGAN

PERKARA                                                HALAMAN

    1. PENDAHULUAN                                         3

    2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS                     4-5

    3. JENIS - JENIS SENI LUKIS                            6

    4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS                              7-8


    5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN                            9


    6. TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM
       PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS                    10-12


    7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS

       DI KELAS                                                  13




    8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN

       DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK                     14-18




    9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN

          KANAK-KANAK   TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA             18-20

          DI MALAYSIA




    10. RUMUSAN                                            21




    11. BIBLIOGRAFI                                        22


                                   2
1. PENDAHULUAN

          Istilah kreatif adalah bermaksud jenis pemikiran yang spontan, bersifat
  baru,berimiginasi, berani dan penemuan sainstifik yang kadang-kadang berlawan
  dengan logik.MenurutKamus DEWAN(2002), kreatif didefinisikan sebagai
  mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
  baru.Seseorang yang kraetif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tersebut : bersifat
  fleksibel,sensitif dan peka,gagasan idea yang tuelen, bersifat terbuka,berfikran bebas
  serta logik. Seiring dengan sains dan teknologi, Bidang Seni Lukis dapat
  menyumbang terhadap membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
  sedang berlaku pada hari ini dari segi kraetiviti reka cipta. Semua benda yang
  terdapat di sekeliling kita adalah dipengaruhi oleh seni dan ianya juga mempengaruhi
  kehidupan kita. Contohnya, dari segi rupa bentuk kenderaan seperti kereta reka cipta
  bentuknya sangat moden dan canggih.Secara tidak langsung ia juga akan menjadi
  komersial dan akan menyumbang kepada ekonomi.Warna juga sangat berpengaruh,
  contohnya pengaruh warna terhadap pakaian dan juga kediaman.Warna juga dapat
  mempengaruhi mood dan emosi seseorang warna yang kita suka dan warna baju
  yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi
  emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita
  menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri
  kita.

          Setiap individu yang dilahirkan mempunyai kreativiti secara
  semulajadi.Kreativiti setiap orang adalah berbeza mengikut idea masing-
  masing.Usaha dan minat dapat membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan
  kreativitinya.Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran dan ia juga
  dapat meneroka segenap ilmu yang berkaitan dengan kesenian. Bidang ini menjurus
  kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak
  dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni
  mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran
  intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni lukis juga dapat
  memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran
  berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan



                                         3
berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan
  pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS


     Seni lukis adalah satu cabang dari seni rupa. Menurut dasar pengertian yang
  sama,seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih kekal dari
  menggambar.Melukis merupakan kegiatan mengolah medium dua dimensi atau
  permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu.Medium lukisan
  boleh berbentuk apa saja seperti kanvas, kertas, papan juga bahkan filem di dalam
  fotografi boleh dianggap sebagai media lukisan.Alatan yang digunakan juga terdapat
  dalam pelbagai jenis,dengan syarat ianya dapat digunakan dan diberi unsure seni
  kepada media tersebut.
     Seni bermaksud halus, unik, kecekapan dan kepandaian menghasilkan sesuatu
  manakala perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari
  dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old
  English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ iaitu aktiviti yang berhubung dengan
  tubuh badan. Beberapa buku menyatakan seni lukis adalah aktiviti melukis yang
  menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk
  pada sesuatu permukaan. Seni lukis juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang
  istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati
  diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini
  terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis
  amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa
  pengeboman Bandar Hiroshima.
     Secara langsung seni lukis adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan
  keperluan psikologi sejarah dan artistik.Pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka
  dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika. Pada hakikatnya
  seni lukis bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua
  manusia.Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding
  merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk
  visualisasi.Lukisan-lukisan purba yang pernah dijumpai di gua-gua, lukisan itu
  menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan dan ianya juga
  merupakan simbolik. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas
  untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir
  purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam
  satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah
                                         4
yang gemilang. Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni.
   Di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada
   lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman
   dan amatur.
          Seni Lukis juga menawarkan saluran yang menarik untuk seni imaginasi.
   Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak
   membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas,
   lukisan boleh mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ole itu
   juga ianya boleh membangkitkan memori silam. Seni lukis berbentuk seni yang
   bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan
   dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan ini tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah
   diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja
   melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih
   sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya
   yang tersendiri.
          Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan seni
   lukis, antaranya ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya
yang terbaik.
          Rentetan sejarah seni lukis ialah :
a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel
b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik,
Naturalisme
c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting
d. Abad ke-18. Aliran Romantisme
e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme,
Seni Nouveau
f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,
Surelesme, Abstrak Ekspresionisme
g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni
Konseptual, Seni Land.




                                          5
3. JENIS - JENIS SENI LUKIS

JENIS - JENIS SENI LUKIS ATAU LUKISAN :


1) Lukisan Figuratif :
   Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu
   memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat
   sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan
   dalam karya lukisan figuratif.


2) Lukisan Kajian :
   Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan
   maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.
   Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-
   tumbuhan dan haiwan.


3) Lukisan Informasi :
   Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasaannya dalam
   bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan
   melukis dengan cermat dan bersih.


4) Lukisan Teknikal :
   Merupakan cabang seni lukis yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal
   memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan
   kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.


5) Lukisan Konseptual :
   Jarang sekali kedengaran. pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis
   sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu
   watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis
   konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.




6) Lukisan Artistik :
                                         6
Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya
   sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan
   artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni
   yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.


7) Lukisan Ilustrasi :
   Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini
   dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan
   kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis
   figuratif.




4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS
1) Kualiti Garisan:
   Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan.
   Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi karya
   catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya
   karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi
   dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan. Contoh karya ahli teori
   kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi
   kepada kita.


2) Perspektif dan proposi:
   Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan
   kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Pendedahan melukis di
   luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul. Terdapat perspektif
   satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap.


3) Kesan Pencahayaan:
   Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya pengkaryanya dapat
   menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya dapat
   memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya
   tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan
   paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang
   objek.
4) Jalinan dan Gesture:

                                               7
Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat
   membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari lukisan melalui
   lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan. Kesan
   jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan sebagainya.
   Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.


5) Corak dan reka bentuk :
   Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada
   pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958)
   sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau
   menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka
   bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang
   menarik.


6) Ruang:
   Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master
   menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina
   menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis
   ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam,
   ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek
   yang akan dilukis.


7) Struktur:
   Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk
   terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan
   untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak
   menggunakan struktur ialah lukisan teknik.


8) Bentuk:
   Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan
   dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri
   seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.




5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN

                                          8
1) Media:
   Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel,
   semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu
   digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera.


2) Teknik:
   Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang
   berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi
   satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai
   untuk mendapatkan mutu karya yang baik.




                                          9
6. TEORI-TEORI              YANG     DIAPLIKASI         DALAM       PENGAJARAN         DAN
   PEMBELAJARAN SENI LUKIS
   6.1    Teori-teori yang melibatkan aspek kognitif
1. Teori Gestalt
   Prinsip asas teori ini meniktikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.Dalam
   ertikata lain,melihat objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna
   yang        lebih        mendalam         daripada     melihat       komponen-komponen
   individu(   tiang,lantai,dinding,pintu,tangga).Proses      melihat   secara   keseluruhan
   melibatkan proses kognitif-minda membuat anjakan daripada memahami setiap
   komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
2. Hukum Pragnanz
   menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru
   persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
3. Hukum Persamaan(Similarity)
   Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.Individu ini akan lebih
   cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai hubungkait di
   dalam kumpulan yang sama.
4. Hukum Keintiman (Proximity)
   Menurut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan
   elemen jarak dan hubungan.Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubungkait
   di anatara satu sama lain akan diletakkkan dalam kumpulan yang sama.
5. Hukum Lengkap(Closure)
   Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk melatakkan
   rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
6. Hukum Kesinambungan Positif( Good Continuation)
   Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan
   pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan.Contohnya, garis
   yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak
   akan berubah sifatnya.
7. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
   Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan
   mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut dan bukannya melihat
   setiap bahagian keseluran daripada objek tersebut.
8. Teori Gestalt
   Mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak
   diaplikasikan       di   dalam   kaedah     penyelesaian   masalah.Di    dalam    konteks

                                              10
pembelajaran seni visual,teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau
     hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan
     produk itu sendiri.


6.2 Teori-teori yang berkaitan dengan seni lukis seperti :


1) Teori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian
     dan kebenaran dalam kehidupan.
2) Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus
     berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau menyatakan bahawa
     kecantikkan hanya sementara.
3)   Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh
     ditanggap oleh fizikal manusia.
4) Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seni yang berkonsepkan
     keseluruhan dan kesatuan.
5) Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena dalam
     ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia
     dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti
     dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.
6) Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna
     melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang
     memperkatakan tentang objek dan makna. Seni kontemporari mula membentuk
     identiti, stail dan teknik tersendiri.
7) Teori seni kontemporari Susanne K. Langer memperkenalkan tujuh konsep seni
     yang meliputi bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej.
8) Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam teori pendekatan konstruktivisme.
     Pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak
     serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Kedua,
     mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu
     difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga, pengajaran perlu melangkaui
     maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan
     ilmu.
9) Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget meliputi
     pergerakkan, olahan, konkrit dan formal.




                                              11
10) Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap,
       kesinambungan positif dan meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta
       kedudukan manusia dalam alam.



7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS

       Hasrat kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,oleh itu dalam
hasrat tersebut melibatkan aspek kreatif dan inovatif.Bagi membangunkan insan yang kreatif
dan inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan matapelajaran Pendidikan Seni
Visual (KBSR) ataupun Dunia Seni Visual ( KSSR ) untuk memperkembangkan bakat dan
potensi yang ada pada setiap murid. Masa pembelajaran diperuntukkan 1 jam bagi 1
minggu.Walaupun mata pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran elektif tetapi jangan
dipandang remeh ataupun mudah.Mata pelajaran ini sangat penting kerana ia juga akan
menyumbang terhadap keperluan masa depan Negara. Menurut Leonardo da Vinci iaitu
seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa penghayatan seni
yang betul adalah penting, ia akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.
       Dalam bidang ini guru perlu kreatif dan inovatif bagi merangsang minda murid-murid
dalam proses pembelajarannya.Contohnya apa yang dilihat murid di depan mata perlulah
kreatif supaya murid mempunyai daya cipta atau rekaan yang lebih maju daripada
itu.Dengan itu juga melalui aktiviti seni lukis dapat membantu murid-murid melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.
       Integrasi seni visual yang melibatkan aspek kinestetik, muzik dan pergerakan
dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan
kanan. Menurut Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak
kiri dan kanan, seni juga membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang.Guru
merupakan agen yang paling utama untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.Isi pelajaran yang disampaikan dalam bidang seni lukis
mestilah berbentuk kreativiti agar murid dapat meneroka idea tersendiri. Matlamat dan
objektif utama pembelajaran seni visual adalah murid dapat mengenal,mereka
cipta,memanipulasi bahan serta menghargai hasil kerja.Justeru itu, guru perlu mensasarkan
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai.
       Dalam Teori Kecergasan Manusia, menurut Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat tujuh jenis kecergasan pelbagai, namun kebanyakkan sekolah memberi penekanan

                                             12
kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Teori tersebut perlu diberi peranan yang
penting dalam kurikulum supaya dapat diserapkan dalam pendidikan seni. Menurut beliau
juga manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui
pelbagai teknik pengajaran.




                                            13
8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK

8.1 KANAK-KANAK DAN BIDANG SENI LUKIS

       Perkembangan seni kanak-kanak dapat dilihat dari aspek perkembangan kemahiran
dan kebolehan dalam bahasa tampaknya.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat
yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran
mereka. Hasil kerja seni lukis atau visual yang dihasilkan berfungsi sebagai
alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Lazimnya kanak-kanak
melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka.



8.2 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Teori perkembangan artistik menurut Hurwiltz dan Day

   a) Peringkat Manipulatif atau zaman kanak-kanak (2-4 tahun)

       Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan..Lukisan yang
       selalu dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan
       kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti
       krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Ia juga tidak bersifat realistic dan banyak
       menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.Terdapat empat
       peringkat contengan garisan tidak terkawal,contengan garisan terkawal,contengan
       rupa terkawal dan contengan rupa.

   b) Peringkat Membuat Simbol(6-9 Tahun)

       Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan symbol.Pada peringkat
       ini,kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

   c) Pra-Remaja(10-13 Tahun)

       Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.Lukisan figura pula
       mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.




8.3 KEPENTINGAN BIDANG SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
                                   14
(a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

       Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya
  untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.



  (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

       Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-
  kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
  membina kekuatanotot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi
  kanak-kanak.



  (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)

       Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan
  apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut
  tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan
  daya sensitiviti pancaindera.




   8.4 BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN
                                     KANAK-KANAK

       Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat
megembangkan bakat.Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat menghasilkan apa
yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jike diberi perhatian ia
dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilan
lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi,sosial dan nilai estetika.Lukisan
merupakan simboli grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling
mereka.Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada
empat,iaitu proses penajaman daya intuisi,persepsi,imiginasi dan konsepsi.Jika
matapelajaran ini diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua
deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan
mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia
membolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian
melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.Kanak-kanak mesti diberi peluang
                                             15
untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-
kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran
sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa
sebarang perbezaan.

       Hasrat pendidikan seni visual dilaksanakan di sekolah rendah bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni.
Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan
ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka.Kita juga mengerti bahawa tahap
perkembangan kanak-kanak adalah berbeza.Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni
lukis berupaya memberikan ransangan dan pembangunan serta perkembangan dari
pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihat
daripada aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi.

Perkembangan kanak-kanak dari aspek :

   (a) Aspek Kognitif

       Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
       kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
       membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

   (b) Aspek Fizikal

       Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
       tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.


   (c) Aspek Kreativiti

       Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
       mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan
       seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.




   (d) Aspek Persepsi




                                               16
Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria
   melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
   sekeliling mereka.



(e) Aspek Sosial dan Emosi


   Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan
  keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
  bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.




  Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Lukis

           Menurut Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-
   kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan
   bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan
   mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak
   kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan
   menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada
   boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-
   kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi
   kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila
   pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku
   secara semulajadi.

           Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal,
   mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam
   perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan
   tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.




  Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni

   Sejak lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi.Kanak-kanak akan
  menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya.Dengan ini kanak-kanak akan
  meneroka ilmu melalui perkembangan psikomotor dan kognitifnya.Seni visual, muzik
  dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang

                                         17
terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta
     membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.

9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK
TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA



       Pengajaran seni lukis dapat mendidik kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya di
Malaysia.Penerapan nilai-nilai seni dan nilai-nilai murni oleh guru dapat murid dapat
menghargai hasil kesenian.
        Pendekatan konstruktivisme membimbing kanak-kanak belajar secara mudah
berdasarkan pengalaman mereka. Menurut Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalam
pendekatan ini. Prinsip yang pertama, pengajaran perlu mengikut urutan yang mudah
difahami oleh kanak-kanak. Prinsip kedua, pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk
membantu kanak-kanak mendapat ilmu. Prinsip yang ketiga,berdasarkan pengetahuan
sedia ada dan pengalaman murid, guru boleh meminta murid menggambar mana-mana
budaya yang mereka tahu. Contohnya,murid diminta untuk menghasilkan gambar suasana
perayaan. Oleh itu mereka akan membayangkan pelbagai budaya di Malaysia dan ini akan
meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.
       Penerapan nilai kebudayaan kalangan murid yang terdapat di Malaysia dapat
melahirkan generasi yang menghargai tentang nilai seni,kebudayaan dan warisan yang
unik. Dengan menggunakan teknik seni lukis juga, guru boleh mendedahkan tentang perihal
kepelbagaian budaya di Malaysia secara langsung dan tidak langsung dalam bentuk yang
mudah difahami. Contohnya guru meminta murid mewarna lukisan yang mempamerkan
kebudayaan di Malaysia seperti gambar beberapa orang pelbagai bangsa yang memakai
baju tradisional masing-masing. Oleh yang demikian,ia akan menambah pengetahuan dan
kesedaran mereka juga berkaitan kebudayaan, malah menjana pemikiran kreatif mereka.
       Menurut teori sosial-interaksi Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak iaitu pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman.Guru harus
menjadi pembimbing semasa proses pembelajaran untuk meningkatkan daya kreativiti
kanak-kanak tersebut. Pengetahuan sedia ada mereka masih tidak mencukupi, kreativiti
mereka perlu ditingkatkan agar hasil kerja yang dihasilkan lebih canggih.Oleh tu,kanak-
kanak perlu dibimbing untuk membina pengetahuan secara aktif melalui pengalaman
masing-masing. Secara tidak langsung juga dalam bidang seni lukis guru dapat
menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Di
samping itu juga kanak-kanak mendapat pengetahuan dengan bantuan interaksi sosial
bersama rakan-rakan dan gurunya mengenai kepelbagaian budaya.

                                             18
Menurut teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau
menyatakan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan
bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Oleh itu
melnerusi bidang seni lukis, guru secara tidak langsung boleh merangsang pemikiran dan
kesedaran kanak-kanak mengenai budaya yang ada di Malaysia.Melalui aktiviti seni lukis
yang dilaksanakan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria
pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Dengan ini
mereka dapat menzahirkan pengetahuan mengenai kebudayaan melalui lukisan.
       Melalui bidang seni lukis warisan, seni budaya negara dapat juga dipupuk,
dipulihara dan dikekalkan supaya tidak ditelan zaman.Di samping itu juga dapat memupuk
semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras
dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Bidang
seni lukis bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, malah ia juga perlu dianggap
sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Seni
lukis juga boleh dianggap sebagai sistem yang membolehkan kanak-kanak berkongsi
pengalaman di samping mengenali seni kebudayaan di Malaysia yang perlu diwarisi.
        Kurikulum pendidikan seni visual yang mempunyai unsur nilai dalam melalui
aspresiasi seni yang memupuk dan meningkatkan kepelbagaian budaya Malaysia
contohnya dalam bidang seni kraf dan tradisional ia merupakan bidang yang perlu menjadi
warisan masyarakat Malaysia. Seni kraf yang perlu diperkenalkan dan diwarisi seperti
anyaman,ukiran,wau,batik dan lain-lain lagi.Dalam bidang seni dalam kehidupan, objektifnya
jelas mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni.
Dalam bidang Reka Bentuk Rumah Tradisional, objektifnya adalah memahami beberapa ciri
yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.
       Pengajaran dan pembelajaran bidang seni lukis juga menyokong hasrat kerajaan
Malaysia :
i. Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya, berbudi bahasa dan
mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negara
serta Gagasan 1Malaysia.

ii. Sebagai langkah penerusan dan pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia yang merupakan warisan bersama.

iii. Membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat
1Malaysia.

iv. Memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai jati diri melalui aktiviti seni lukis
yang dijalankan.
                                              19
v. Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat.

vi. Memperluaskan kegiatan seni dan budaya serta merangkumi kegiatan seni sebagai
sebuah kerjaya pilihan untuk masyarakat dalam bidang seni dan budaya sebagai sektor
yang menyumbangkepada ekonomi dan kesejahteraan negara.




       Secara keseluruhannya bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapat
meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangku
sekolah lagi.Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanak
kerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif pada
masa akan datang.Di samping itu juga ia dapat menyumbang kepada masa depan Negara
khususnya dalam bidang ekonomi ataupun pelancongan.




   10 RUMUSAN




                                             20
Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri.Malah
manusia mempunyai kebolehan yang berbeza-beza tidak sama dengan orang lain.Dengan
bakat yang dimiliki kanak-kanak perlu meneroka dan mengembangkan bakatnya secara
menyeluruh.Bidang      seni   kreatif   dapat   membantu   kanak-kanak   mengembangkan
bakatnya.Secara tidak lansung bakat yang dikembangkannya itu suatu hari nanti menjadi
keperluan kepada Negara dan ia menjadi bidang yang komersial.Selain itu juga bidang seni
lukis dapat mengembangkan pemikran kanak-kanak.
       Seni lukis juga meningkatkan tahap kesedaran kanak-kanak terhadap kepelbagaian
budaya di Malaysia,di samping dapat menghargai segenap warisan dan kebudayaan. Oleh
yang demikian juga,mereka dapat mengenali asal usul diri mereka juga dapat ketahui
tentang sejarah yang terdapat di Malaysia.
       Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat kanak-
kanak.Guru perlu merangsang minda kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai
teknik,kaedah dan juga strategi.Dengan itu,kanak-kanak dapat meningkatkan bakat dan
kemahirannya menjurus kepada bidang seni.Guru perlu menitik beratkan hal ini kerana ia
melibatkan masa depan negara juga.Oleh itu guru tidak seharusnya memandang remeh
terhadap bidang ini.




11. BIBLIOGRAFI




                                                21
1. Dokumen Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 dan Tahun 2, Kementerian
     Pelajaran Malaysia ( 2011 ).

2. Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ),
     Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur.

3. Modul KAE 3013, Kreativiti Kanak-kanak ( 2011 ), Universiti Pendidikan Sultan
     Idris, Tanjung Malim, Perak.

4. Mok Soon Sang, Perkembangan Kanak-Kanak ( 2009 ), Penerbitan Multimedia
     Sdn.Bhd, Selangor.

5. Mohd.Azhar Abd.Hamid, Mohd.Nasir Markom, Othman A.Kassim, Permainan
     Kreatif Untuk Guru & Jurulatih ( 2004 ), PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd

6. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K. L.,
     1979

7.   http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visual-
     dalam.html

8. http://psvisual.wordpress.com




                                      22

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Apresiasi seni rupa modern dan kontemporer
Apresiasi seni rupa modern dan kontemporerApresiasi seni rupa modern dan kontemporer
Apresiasi seni rupa modern dan kontemporerDani Ibrahim
 
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHAN
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHANMAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHAN
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHANVan Damian Kawashima
 
Makalah seni kontemporer
Makalah seni kontemporerMakalah seni kontemporer
Makalah seni kontemporerDani Ibrahim
 
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsTugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsRietz Wiguna
 
Apresiasi karya seni rupa daerah
Apresiasi karya seni rupa daerahApresiasi karya seni rupa daerah
Apresiasi karya seni rupa daerahImung Tok
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerDani Ibrahim
 
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernLatar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernDani Ibrahim
 
Makalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernMakalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernDani Ibrahim
 
Apresiasi keunikan karya seni rupa modern
Apresiasi keunikan karya seni rupa modernApresiasi keunikan karya seni rupa modern
Apresiasi keunikan karya seni rupa modernDani Ibrahim
 
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visualNur Zaib
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni Rupa
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni RupaPresentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni Rupa
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni RupaPPGhybrid3
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazli
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazliSeni visual stpm sample hassan mohd ghazli
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazliHASSAN MOHD GHAZALI
 

Was ist angesagt? (19)

Bab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni BudayaBab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni Budaya
 
Apresiasi seni rupa modern dan kontemporer
Apresiasi seni rupa modern dan kontemporerApresiasi seni rupa modern dan kontemporer
Apresiasi seni rupa modern dan kontemporer
 
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHAN
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHANMAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHAN
MAKALAH SENI RUPA MANUSIA & KEBUDAYAAN, PENGERTIAN SENI, KONSEP KEINDAHAN
 
Makalah seni kontemporer
Makalah seni kontemporerMakalah seni kontemporer
Makalah seni kontemporer
 
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) haritsTugas makalah (wawasan nusantara) harits
Tugas makalah (wawasan nusantara) harits
 
Apresiasi karya seni rupa daerah
Apresiasi karya seni rupa daerahApresiasi karya seni rupa daerah
Apresiasi karya seni rupa daerah
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)
 
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modernLatar belakang kemunculan seni rupa modern
Latar belakang kemunculan seni rupa modern
 
Makalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modernMakalah apresiasi karya seni rupa modern
Makalah apresiasi karya seni rupa modern
 
Apresiasi keunikan karya seni rupa modern
Apresiasi keunikan karya seni rupa modernApresiasi keunikan karya seni rupa modern
Apresiasi keunikan karya seni rupa modern
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
 
Makalah seni rupa
Makalah seni rupaMakalah seni rupa
Makalah seni rupa
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni Rupa
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni RupaPresentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni Rupa
Presentasi M1 KB1: Konsep Pendidikan Seni Rupa
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazli
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazliSeni visual stpm sample hassan mohd ghazli
Seni visual stpm sample hassan mohd ghazli
 
Bab II Kelas XI Seni Budaya
Bab II Kelas XI Seni BudayaBab II Kelas XI Seni Budaya
Bab II Kelas XI Seni Budaya
 

Andere mochten auch

Unit 2 kae3013
Unit 2 kae3013Unit 2 kae3013
Unit 2 kae3013Dee Hamid
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tan Sim
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 

Andere mochten auch (7)

Unit 2 kae3013
Unit 2 kae3013Unit 2 kae3013
Unit 2 kae3013
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Kbk 3073
Kbk 3073Kbk 3073
Kbk 3073
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 

Ähnlich wie Kae 1 (1)

331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni
331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni
331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seniOctavianus Charles
 
Contoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupaContoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupaYasirecin Yasir
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAPPGhybrid3
 
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptx
MODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptxMODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptx
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptxRamaHaidar
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanmdgeehan
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...lunagirlz85
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI.pptx
MODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI.pptxMODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI.pptx
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI.pptxNiaTazmia2
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)andreirawanandre
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 

Ähnlich wie Kae 1 (1) (20)

Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
 
331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni
331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni
331704692 rangkuman-kuliah-pendidikan-seni
 
Contoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupaContoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupa
 
Analisis gambar anak
Analisis gambar anakAnalisis gambar anak
Analisis gambar anak
 
Konsep seni barat
Konsep seni baratKonsep seni barat
Konsep seni barat
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
 
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptx
MODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptxMODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptx
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI KELOMPOK 2.pptx
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
Seni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporerSeni rupa modern dan kontemporer
Seni rupa modern dan kontemporer
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI.pptx
MODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI.pptxMODUL 1  P.SENI WAWASAN SENI.pptx
MODUL 1 P.SENI WAWASAN SENI.pptx
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Wisnu
WisnuWisnu
Wisnu
 
Wisnu
WisnuWisnu
Wisnu
 
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)
Kelas x pendidikan_seni_rupa_(revisi_ii)
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 

Kae 1 (1)

  • 1. PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK BAHAGIAN A : BIDANG SENI KREATIF SENI LUKIS KUMPULAN UPSI-A33(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AJYAH LOUISIANA NAPITUPULU D20102045368 012-6425254 NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK AZLI BIN ARIFFIN 1
  • 2. ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 1. PENDAHULUAN 3 2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS 4-5 3. JENIS - JENIS SENI LUKIS 6 4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS 7-8 5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN 9 6. TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS 10-12 7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS 13 8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 14-18 9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA 18-20 DI MALAYSIA 10. RUMUSAN 21 11. BIBLIOGRAFI 22 2
  • 3. 1. PENDAHULUAN Istilah kreatif adalah bermaksud jenis pemikiran yang spontan, bersifat baru,berimiginasi, berani dan penemuan sainstifik yang kadang-kadang berlawan dengan logik.MenurutKamus DEWAN(2002), kreatif didefinisikan sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru.Seseorang yang kraetif mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tersebut : bersifat fleksibel,sensitif dan peka,gagasan idea yang tuelen, bersifat terbuka,berfikran bebas serta logik. Seiring dengan sains dan teknologi, Bidang Seni Lukis dapat menyumbang terhadap membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini dari segi kraetiviti reka cipta. Semua benda yang terdapat di sekeliling kita adalah dipengaruhi oleh seni dan ianya juga mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi rupa bentuk kenderaan seperti kereta reka cipta bentuknya sangat moden dan canggih.Secara tidak langsung ia juga akan menjadi komersial dan akan menyumbang kepada ekonomi.Warna juga sangat berpengaruh, contohnya pengaruh warna terhadap pakaian dan juga kediaman.Warna juga dapat mempengaruhi mood dan emosi seseorang warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Setiap individu yang dilahirkan mempunyai kreativiti secara semulajadi.Kreativiti setiap orang adalah berbeza mengikut idea masing- masing.Usaha dan minat dapat membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan kreativitinya.Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran dan ia juga dapat meneroka segenap ilmu yang berkaitan dengan kesenian. Bidang ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni lukis juga dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan 3
  • 4. berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 2. DEFINISI DAN SEJARAH SENI LUKIS Seni lukis adalah satu cabang dari seni rupa. Menurut dasar pengertian yang sama,seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih kekal dari menggambar.Melukis merupakan kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu.Medium lukisan boleh berbentuk apa saja seperti kanvas, kertas, papan juga bahkan filem di dalam fotografi boleh dianggap sebagai media lukisan.Alatan yang digunakan juga terdapat dalam pelbagai jenis,dengan syarat ianya dapat digunakan dan diberi unsure seni kepada media tersebut. Seni bermaksud halus, unik, kecekapan dan kepandaian menghasilkan sesuatu manakala perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ iaitu aktiviti yang berhubung dengan tubuh badan. Beberapa buku menyatakan seni lukis adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan. Seni lukis juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Secara langsung seni lukis adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi sejarah dan artistik.Pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika. Pada hakikatnya seni lukis bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia.Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.Lukisan-lukisan purba yang pernah dijumpai di gua-gua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan dan ianya juga merupakan simbolik. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah. Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah 4
  • 5. yang gemilang. Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur. Seni Lukis juga menawarkan saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh mempunyai pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ole itu juga ianya boleh membangkitkan memori silam. Seni lukis berbentuk seni yang bersifat demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam menghasilkan seni. Nilai lukisan ini tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana. Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri. Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan seni lukis, antaranya ialah: a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa. c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik) d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik. Rentetan sejarah seni lukis ialah : a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik, Naturalisme c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting d. Abad ke-18. Aliran Romantisme e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni Nouveau f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme, Surelesme, Abstrak Ekspresionisme g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni Konseptual, Seni Land. 5
  • 6. 3. JENIS - JENIS SENI LUKIS JENIS - JENIS SENI LUKIS ATAU LUKISAN : 1) Lukisan Figuratif : Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. 2) Lukisan Kajian : Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh- tumbuhan dan haiwan. 3) Lukisan Informasi : Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasaannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih. 4) Lukisan Teknikal : Merupakan cabang seni lukis yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna. 5) Lukisan Konseptual : Jarang sekali kedengaran. pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi. 6) Lukisan Artistik : 6
  • 7. Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya. 7) Lukisan Ilustrasi : Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif. 4. ELEMEN ASAS SENI LUKIS 1) Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan. Contoh karya ahli teori kognitif ‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita. 2) Perspektif dan proposi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis. Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai titik lelap. 3) Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek. 4) Jalinan dan Gesture: 7
  • 8. Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan. Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton. 5) Corak dan reka bentuk : Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan yang menarik. 6) Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis. 7) Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak menggunakan struktur ialah lukisan teknik. 8) Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton, jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya. 5. MEDIA DAN TEKNIK LUKISAN 8
  • 9. 1) Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel, semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera. 2) Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan mutu karya yang baik. 9
  • 10. 6. TEORI-TEORI YANG DIAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS 6.1 Teori-teori yang melibatkan aspek kognitif 1. Teori Gestalt Prinsip asas teori ini meniktikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.Dalam ertikata lain,melihat objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu( tiang,lantai,dinding,pintu,tangga).Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif-minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. 2. Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. 3. Hukum Persamaan(Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.Individu ini akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai hubungkait di dalam kumpulan yang sama. 4. Hukum Keintiman (Proximity) Menurut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan.Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubungkait di anatara satu sama lain akan diletakkkan dalam kumpulan yang sama. 5. Hukum Lengkap(Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk melatakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. 6. Hukum Kesinambungan Positif( Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan.Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. 7. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut dan bukannya melihat setiap bahagian keseluran daripada objek tersebut. 8. Teori Gestalt Mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.Di dalam konteks 10
  • 11. pembelajaran seni visual,teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri. 6.2 Teori-teori yang berkaitan dengan seni lukis seperti : 1) Teori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian dan kebenaran dalam kehidupan. 2) Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Beliau menyatakan bahawa kecantikkan hanya sementara. 3) Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia. 4) Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seni yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. 5) Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. 6) Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna. Seni kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. 7) Teori seni kontemporari Susanne K. Langer memperkenalkan tujuh konsep seni yang meliputi bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang, ilusi dan imej. 8) Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam teori pendekatan konstruktivisme. Pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga, pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu. 9) Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget meliputi pergerakkan, olahan, konkrit dan formal. 11
  • 12. 10) Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz, persamaan, keintiman, lengkap, kesinambungan positif dan meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam alam. 7. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI LUKIS DI KELAS Hasrat kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis,oleh itu dalam hasrat tersebut melibatkan aspek kreatif dan inovatif.Bagi membangunkan insan yang kreatif dan inovatif Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan matapelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSR) ataupun Dunia Seni Visual ( KSSR ) untuk memperkembangkan bakat dan potensi yang ada pada setiap murid. Masa pembelajaran diperuntukkan 1 jam bagi 1 minggu.Walaupun mata pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran elektif tetapi jangan dipandang remeh ataupun mudah.Mata pelajaran ini sangat penting kerana ia juga akan menyumbang terhadap keperluan masa depan Negara. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa penghayatan seni yang betul adalah penting, ia akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Dalam bidang ini guru perlu kreatif dan inovatif bagi merangsang minda murid-murid dalam proses pembelajarannya.Contohnya apa yang dilihat murid di depan mata perlulah kreatif supaya murid mempunyai daya cipta atau rekaan yang lebih maju daripada itu.Dengan itu juga melalui aktiviti seni lukis dapat membantu murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. Integrasi seni visual yang melibatkan aspek kinestetik, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Menurut Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, seni juga membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang.Guru merupakan agen yang paling utama untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Isi pelajaran yang disampaikan dalam bidang seni lukis mestilah berbentuk kreativiti agar murid dapat meneroka idea tersendiri. Matlamat dan objektif utama pembelajaran seni visual adalah murid dapat mengenal,mereka cipta,memanipulasi bahan serta menghargai hasil kerja.Justeru itu, guru perlu mensasarkan objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai. Dalam Teori Kecergasan Manusia, menurut Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan pelbagai, namun kebanyakkan sekolah memberi penekanan 12
  • 13. kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Teori tersebut perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum supaya dapat diserapkan dalam pendidikan seni. Menurut beliau juga manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran. 13
  • 14. 8. BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK 8.1 KANAK-KANAK DAN BIDANG SENI LUKIS Perkembangan seni kanak-kanak dapat dilihat dari aspek perkembangan kemahiran dan kebolehan dalam bahasa tampaknya.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis atau visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Lazimnya kanak-kanak melukis apa yang dilihatnya juga melukis apa yang menarik perhatian mereka. 8.2 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Teori perkembangan artistik menurut Hurwiltz dan Day a) Peringkat Manipulatif atau zaman kanak-kanak (2-4 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan..Lukisan yang selalu dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Ia juga tidak bersifat realistic dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.Terdapat empat peringkat contengan garisan tidak terkawal,contengan garisan terkawal,contengan rupa terkawal dan contengan rupa. b) Peringkat Membuat Simbol(6-9 Tahun) Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan symbol.Pada peringkat ini,kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. c) Pra-Remaja(10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 8.3 KEPENTINGAN BIDANG SENI LUKIS KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 14
  • 15. (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak- kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatanotot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. 8.4 BIDANG SENI LUKIS MEMBANTU PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat megembangkan bakat.Menerusi idea dan imiginasi kanak-kanak dapat menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis jike diberi perhatian ia dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi,sosial dan nilai estetika.Lukisan merupakan simboli grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda yang terdapat di sekeliling mereka.Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat,iaitu proses penajaman daya intuisi,persepsi,imiginasi dan konsepsi.Jika matapelajaran ini diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Dengan itu ia membolehkan kanak-kanak menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.Kanak-kanak mesti diberi peluang 15
  • 16. untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak- kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan. Hasrat pendidikan seni visual dilaksanakan di sekolah rendah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melaui seni. Malah kita tahu bahawa kanak – kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka.Kita juga mengerti bahawa tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza.Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni lukis berupaya memberikan ransangan dan pembangunan serta perkembangan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Ianya dinilai dan dilihat daripada aspek kognitif, fizikal, kraetiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi. Perkembangan kanak-kanak dari aspek : (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi 16
  • 17. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Lukis Menurut Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak- kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak- kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semulajadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar. Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni Sejak lahir kanak-kanak memiliki kreativiti secara semulajadi.Kanak-kanak akan menilai dan belajar benda yang ada di sekelilingnya.Dengan ini kanak-kanak akan meneroka ilmu melalui perkembangan psikomotor dan kognitifnya.Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang 17
  • 18. terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh. 9. PENGAJARAN SENI LUKIS MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA Pengajaran seni lukis dapat mendidik kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.Penerapan nilai-nilai seni dan nilai-nilai murni oleh guru dapat murid dapat menghargai hasil kesenian. Pendekatan konstruktivisme membimbing kanak-kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Menurut Bruner telah menggariskan tiga prinsip dalam pendekatan ini. Prinsip yang pertama, pengajaran perlu mengikut urutan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Prinsip kedua, pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk membantu kanak-kanak mendapat ilmu. Prinsip yang ketiga,berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid, guru boleh meminta murid menggambar mana-mana budaya yang mereka tahu. Contohnya,murid diminta untuk menghasilkan gambar suasana perayaan. Oleh itu mereka akan membayangkan pelbagai budaya di Malaysia dan ini akan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. Penerapan nilai kebudayaan kalangan murid yang terdapat di Malaysia dapat melahirkan generasi yang menghargai tentang nilai seni,kebudayaan dan warisan yang unik. Dengan menggunakan teknik seni lukis juga, guru boleh mendedahkan tentang perihal kepelbagaian budaya di Malaysia secara langsung dan tidak langsung dalam bentuk yang mudah difahami. Contohnya guru meminta murid mewarna lukisan yang mempamerkan kebudayaan di Malaysia seperti gambar beberapa orang pelbagai bangsa yang memakai baju tradisional masing-masing. Oleh yang demikian,ia akan menambah pengetahuan dan kesedaran mereka juga berkaitan kebudayaan, malah menjana pemikiran kreatif mereka. Menurut teori sosial-interaksi Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman.Guru harus menjadi pembimbing semasa proses pembelajaran untuk meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak tersebut. Pengetahuan sedia ada mereka masih tidak mencukupi, kreativiti mereka perlu ditingkatkan agar hasil kerja yang dihasilkan lebih canggih.Oleh tu,kanak- kanak perlu dibimbing untuk membina pengetahuan secara aktif melalui pengalaman masing-masing. Secara tidak langsung juga dalam bidang seni lukis guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. Di samping itu juga kanak-kanak mendapat pengetahuan dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan-rakan dan gurunya mengenai kepelbagaian budaya. 18
  • 19. Menurut teori Multiple Creative Talent diperkenalkan oleh Calvin W Taylor. Beliau menyatakan bukan semua individu dikurnia dengan bakat yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Oleh itu melnerusi bidang seni lukis, guru secara tidak langsung boleh merangsang pemikiran dan kesedaran kanak-kanak mengenai budaya yang ada di Malaysia.Melalui aktiviti seni lukis yang dilaksanakan juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan deria pancaindera secara menyeluruh sebagai proses pengamatan dan merekod. Dengan ini mereka dapat menzahirkan pengetahuan mengenai kebudayaan melalui lukisan. Melalui bidang seni lukis warisan, seni budaya negara dapat juga dipupuk, dipulihara dan dikekalkan supaya tidak ditelan zaman.Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Bidang seni lukis bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, malah ia juga perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Seni lukis juga boleh dianggap sebagai sistem yang membolehkan kanak-kanak berkongsi pengalaman di samping mengenali seni kebudayaan di Malaysia yang perlu diwarisi. Kurikulum pendidikan seni visual yang mempunyai unsur nilai dalam melalui aspresiasi seni yang memupuk dan meningkatkan kepelbagaian budaya Malaysia contohnya dalam bidang seni kraf dan tradisional ia merupakan bidang yang perlu menjadi warisan masyarakat Malaysia. Seni kraf yang perlu diperkenalkan dan diwarisi seperti anyaman,ukiran,wau,batik dan lain-lain lagi.Dalam bidang seni dalam kehidupan, objektifnya jelas mempertingkatkan pengetahuan tentang aspek budaya dan nilai dalam hasil seni. Dalam bidang Reka Bentuk Rumah Tradisional, objektifnya adalah memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini. Pengajaran dan pembelajaran bidang seni lukis juga menyokong hasrat kerajaan Malaysia : i. Ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudaya, berbudi bahasa dan mempunyai nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan dan prinsip-prinsip Rukun Negara serta Gagasan 1Malaysia. ii. Sebagai langkah penerusan dan pengembangan seni dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang merupakan warisan bersama. iii. Membentuk dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia untuk mencerminkan semangat 1Malaysia. iv. Memupuk masyarakat yang lebih kreatif dan mempunyai jati diri melalui aktiviti seni lukis yang dijalankan. 19
  • 20. v. Mengukuhkan integrasi dan perpaduan rakyat. vi. Memperluaskan kegiatan seni dan budaya serta merangkumi kegiatan seni sebagai sebuah kerjaya pilihan untuk masyarakat dalam bidang seni dan budaya sebagai sektor yang menyumbangkepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Secara keseluruhannya bidang seni lukis perlu diperkenalkan agar dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.Nilai-nilai kesenian perlu diserapkan sejak kecil lagi kepada kanak-kanak kerana secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif pada masa akan datang.Di samping itu juga ia dapat menyumbang kepada masa depan Negara khususnya dalam bidang ekonomi ataupun pelancongan. 10 RUMUSAN 20
  • 21. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri.Malah manusia mempunyai kebolehan yang berbeza-beza tidak sama dengan orang lain.Dengan bakat yang dimiliki kanak-kanak perlu meneroka dan mengembangkan bakatnya secara menyeluruh.Bidang seni kreatif dapat membantu kanak-kanak mengembangkan bakatnya.Secara tidak lansung bakat yang dikembangkannya itu suatu hari nanti menjadi keperluan kepada Negara dan ia menjadi bidang yang komersial.Selain itu juga bidang seni lukis dapat mengembangkan pemikran kanak-kanak. Seni lukis juga meningkatkan tahap kesedaran kanak-kanak terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia,di samping dapat menghargai segenap warisan dan kebudayaan. Oleh yang demikian juga,mereka dapat mengenali asal usul diri mereka juga dapat ketahui tentang sejarah yang terdapat di Malaysia. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat kanak- kanak.Guru perlu merangsang minda kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai teknik,kaedah dan juga strategi.Dengan itu,kanak-kanak dapat meningkatkan bakat dan kemahirannya menjurus kepada bidang seni.Guru perlu menitik beratkan hal ini kerana ia melibatkan masa depan negara juga.Oleh itu guru tidak seharusnya memandang remeh terhadap bidang ini. 11. BIBLIOGRAFI 21
  • 22. 1. Dokumen Standard KSSR Dunia Seni Visual Tahun 1 dan Tahun 2, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2011 ). 2. Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran ( Asas Pendidikan 2 ) ( 1995 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. 3. Modul KAE 3013, Kreativiti Kanak-kanak ( 2011 ), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. 4. Mok Soon Sang, Perkembangan Kanak-Kanak ( 2009 ), Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Selangor. 5. Mohd.Azhar Abd.Hamid, Mohd.Nasir Markom, Othman A.Kassim, Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih ( 2004 ), PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd 6. Kementerian Pendidikan Malaysia, Laporan Jawatankuasa Kabinet, D.B.P., K. L., 1979 7. http://tadikaperpaduans24.blogspot.com/2008/08/kepentingan-seni-visual- dalam.html 8. http://psvisual.wordpress.com 22