SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
1
1.0 PENDAHULUAN
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur
berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses
pengajaran yang dirancang dilaksanakan. Kelancaran sesuatu pengajaran ini
bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan.
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.Kaedah adalah satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar
sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan
kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah
dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-
langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan
saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuktak,1982:72).
Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain,
latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan,
kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita
ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas
pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang
diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya
berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan dalam
pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang
hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat
bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan
diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
2
disimpan. Pada masa yang sama juga, pendekatan harus menggambarkan satu
teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya,
Gesalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan
kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus
yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan
besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik juga adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu. Edward M.
Anthony (1963) member tafsiran :
„A technique is implementional-that which actually takes place in a
classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish
an immediate objective.‟
Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik
merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud
dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta
pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu.
Sebagai kesimpulan, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta
kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran
yang paling maksimum.
3
2.0 KAEDAH BERCERITA
Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai
kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan
pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang
membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik
bercerita.
Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak
dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik
bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan
budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya.
Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang
disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa
menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat
menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di
dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan
bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak
(Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta „dunia‟ dan
membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu,
cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat
dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.
Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam
kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau
menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang
baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping
menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya
diselesaikan.
4
3.0 TUJUAN BERCERITA
Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita
ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru
perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan murid
mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri.
Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta
menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan
murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil
mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk
menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video
atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera
secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio
yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan
berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai
visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk
memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum.
Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat
dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas.
Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid
akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru.
Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini,
guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses
bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
5
dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang
dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik.
Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam
cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan
cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang
perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang
murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang
Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi
iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang
dapat dijadikan tauladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan
payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid
terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan
kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni
yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan
gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan
menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan
cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses
penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam
proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang
diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan
kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan
memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk
„Rumah Saya‟ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk
menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah
mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara
mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang
disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
6
dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada
kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun.
Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti
yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan.
Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat
idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan
memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan,
murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing
murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir
berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk
mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan
dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan
dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan
kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu,
murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan
terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses
penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun
idea-idea dengan teratur secara lisan.
Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita
serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti
yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing.
Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik
mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan
memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka
mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya,
murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
7
bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid
akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi
bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid-
murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang
pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.
Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan
cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah
mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka
dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka
adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia
ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan
pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini,
murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan
bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat
kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan
kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala
pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi
bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat
mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah
memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan
memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka.
Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis
karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi
bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada
murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas,
lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan
segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan
adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
8
Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau
maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau
pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid.
Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk
digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid-
murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan
sebuah karangan yang menarik dan baik.
9
4.0 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA
Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan
sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus
mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru
mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar.
Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa
menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita
yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta
objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah penting untuk menarik minat
murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang
dipilih harus menepati peredaran masa iaitu bersesuai dengan citarasa murid-
murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid-
murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan.
Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting
yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting
untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan
cerita dan mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita
tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa
melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi
penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap
cerita yang disampaikan oleh guru.
Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad
gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid
harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti
susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting
untuk menarik minat murid-murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik
dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid-
murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran yang
10
ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu
berkenaan.
Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid
telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh
perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana
murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid
dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar.
Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara
bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita
yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan
melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid.
Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi
rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi
guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi
bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid
meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat
menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi
mereka.
Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan
untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk
menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang
sukar.Selain itu, isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri
secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru perlu dielakkan. Guru menyampaikan
isi cerita secara spontan dan murid-murid akan mendengar segala penerangan
guru.
Akhir sekali, selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya
aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu.
Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid-
murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.
11
Guru harus
memilih cerita
yang sesuai
Guru menghafaz isi-
isi penting
Menyediakan Alat
Bantu Mengajar
Murid bersedia
untuk sesi bercerita
Guru memandang
murid-murid, suara
guru jelas dan
berintonasi
Guru
mengemukakan
soalan kepada
murid-murid
Soal jawab tentang
tema dan nilai moral
12
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA
Perancangan
dan persediaan
• Guru memilih cerita yang sesuai
• Guru menghafaz dan bercerita secara
sendiri, sekurang-kurangnya sekali
• Penyediaan alat bantu mengajar
Sesi bercerita
• Set induksi
• Soal jawab
Penutup
• Memperkukuhkan nilai
13
Sebelum
bercerita
Pilih cerita yang sesuai
dengan topik pelajaran
Guru perlu menguasai
bahagian-bahagian penting
secara berulang-ulang
Sedia alat bantu mengajar
Susun tempat duduk murid
14
Semasa bercerita
Gunakan nada suara
dan gaya yang
sesuai agar
suasana suatu
peristiwa dapat
dirasakan
Pastikan setiap
murid memberikan
perhatian
Terapkan nilai-nilai
murni dalam cerita
yang disampaikan
Gunakan set induksi
yang menarik ketika
mula bercerita
15
Selepas bercerita
Uji kefahaman
murid secara
lisan atau
tulisan
tentang cerita
yang
disampaikan
Mengadakan
perbincangan
16
Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan
dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan
persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan
menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru
memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik
bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat
penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral
yang terkandung dalam cerita itu.
Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema
cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan
perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang
pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita
dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-
kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti
kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-
murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru
hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan
alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa
murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.
Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan
suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak
disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara
sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi
bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
17
Penutup dilakukan didalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita
ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu. Terdapat palbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup
bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang
disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan
perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang
terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita
yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita
yang telah didengar.
18
6.0 CARA PENYAMPAIAN CERITA
menggunakan
boneka
• Guru sebagai pencerita, pada masa yang sama
akan menggerakkan boneka untuk mewakili
watak-watak dalam cerita
• Guru menggerakkan lakonkan boneka-boneka
manakala cerita disampaikan melalui rakaman
tanpa
menggunakan
boneka
• Menggunakan alat bantu mengajar
• menegmukakan cerita dengan cara permulaan
yang baik
bercerita terus dari
buku
• Menggunakan buka yang mengandungi cerita-
cerita dengan gambar berwarna-warni dan besar
• Duduk dekat murid sambil memegang buku dan
cerita
19
7.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH BERCERITA
KELEBIHAN
BERCERITA
Guru mudah
menguasai kelas
Meningkatkan
kemahiran
mendengar dan
bertutur
Guru dapat
meningkatkan
tumpuan murid dalam
waktu yang terhad
Memperkenalkan
kosa kata baru
Meningkatkan
kefahaman
murid
terhadap
sesuatu
pengajaran
Mengenali
keunikan
individu
Memperkenalkan
panduan dan
pedoman hidup
Menyuarakan
pendapat dan
perasaan secara
lisan
20
KELEMAHAN
BERCERITA
Kemahiran
menulis kurang
dititikberatkan
Murid-murid
cenderung
untuk menghafal
intipati cerita
tetapi kurang
memahami
Kelas berada di
bawah kawalan
guru
sepenuhnya
Penyampaian
objektif
pelajaran kurang
jelas
21
8.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk
menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru
dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang
disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan
dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas.
Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang
diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu
secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi
atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan
akan dapat dilakukan oleh mereka.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan.
Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa
bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya,
guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan
kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di
Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih
jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih
mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil
menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh
sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita
akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan
pelbagai ini.
Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru
akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya
22
semasa sesi ercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa
sesi bercerita dijalankan untuk mengenalpasti segala isi penting yang terdapat di
dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang
sepenuhnya, keadaan kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising
sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan dengan menggunakan teknik
bercerita ini, murid-murid kurang membuat bising di dalam kelas tetapi
sebaliknya cuba untuk memberikan sepenuh penumpuan supaya dapat
memahami cerita yang disampaikan.
Seterusnya, Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran
mendengar dan bertutur secarayang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana
sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan
intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan
bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam
cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut „harimau
meNGAUM‟ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu
perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk
membunyikan „ngauman‟ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam
sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan
suara yang kuat dan dalam.
Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu
diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik,
berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung
kepada kreativiti guru. Penerapan nilai ini dapat dilakukan semasa guru
bercerita. Di dalam cerita berkenaan, guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni.
Secara tidak langsung, murid-murid akan terdedah dengan nilai-nilai murni yang
tersebut.
23
9.0 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
9.1Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu komponen penting untuk melatih guru
beberapa kemahiran mengajar. Pengalaman di dalam pengajaran mikro ini
dapat meningkatkan keyakinan diri dan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah
dikenal pasti. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan
borang penyeliaan bagi setiap kemahiran.
Komponen pengajaran mikro adalah bertujuan membentuk dan
meningkatkan kompetensi dasar mengajar terbatas dan mengajar terpadu
serta utuh. Pengajaran mikro ini dikecilkan dalam tiga kaedah iaitu Saiz kelas,
Jangka masa pengajaran dan Kesukaran tugasan. Saiz kelas adalah antara 6
hingga 10 orang sahaja. Jangka masa pengajaran adalah 5 hingga 10 minit.
Kesukaran tugasan adalah berfokus pada satu kemahiran bagi satu-satu
masa sahaja.
“… alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru
memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran
yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini terutama
kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat
penting untuk pembelajaran yang berkesan. ..”
Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles, 1974)
24
9.2Komponen pengajaran mikro penyoalan
Kemahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks.
Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid-
murid akan meningkat dan suasana pengajaran pembelajaran bertambah
aktif dan lebih membrangsangkan.
Komponen-komponen kemahiran dalam penyoalan asas adalah terdiri
daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah pembentukan
soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan jelas
serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk
perlu berfokus. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia.
Soalan juga boleh bertumpu lebih dari satu idea. Misalnya, berikan jenis iklim
yang terdapat di Malaysia dan nyatakan dua ciri utamanya. Selain itu, alih
hala soalan. Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid,
dia mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Seterusnya,
sebaran. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Di samping itu,
hentian. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk
memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan jawapan. Seterusnya,
melayani jawapan murid. setiap jawapan yang diberikan perlu dilayani
dengan baik . Sekiranya jawapan yang diberikan itu kurang tepat , guru perlu
cuba memperbaikinya dan jangalah diketepikan sahaja. Kalaulah jawapan
tersebut salah, guru tersebut perlu memberitahu murid dengan jelas. Selain
itu, membantu dengan memberi petunjuk. Sekiranya didapati murid-murid
tidak langsung dapat memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan
guru, guru boleh membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara
member petua-petua tanda saran (cues). Akhir sekali, mencungkil.
Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal murid-
muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 

Was ist angesagt? (20)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 

Andere mochten auch

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

Andere mochten auch (6)

Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Ähnlich wie Teknik bercerita

Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013bib bibah
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufiartventure ipkt
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Nur Piny
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...T. Astari
 
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidikDzakirul Husni
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarNor Fatihah
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02OwesomePure Collection
 

Ähnlich wie Teknik bercerita (20)

Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013Assg cikgu normala 2013
Assg cikgu normala 2013
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik
15 teknik mengajar yang wajib dipahami pendidik
 
Metode pembelajaran mtk (2)
Metode pembelajaran mtk (2)Metode pembelajaran mtk (2)
Metode pembelajaran mtk (2)
 
kepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajarkepelbagaian pelajar
kepelbagaian pelajar
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Teknik bercerita

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Ia bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana hasil objektif pelajaran dicapai melalui proses pengajaran yang dirancang dilaksanakan. Kelancaran sesuatu pengajaran ini bergantung kepada kaedah dan teknik yang digunakan. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Kaedah adalah satu prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah- langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuktak,1982:72). Kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta dimanakah ia
  • 2. 2 disimpan. Pada masa yang sama juga, pendekatan harus menggambarkan satu teori bahasa atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya, Gesalt menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Teknik juga adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu pelajaran tertentu. Edward M. Anthony (1963) member tafsiran : „A technique is implementional-that which actually takes place in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective.‟ Berdasarkan pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Sebagai kesimpulan, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.
  • 3. 3 2.0 KAEDAH BERCERITA Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya. Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta „dunia‟ dan membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas. Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan.
  • 4. 4 3.0 TUJUAN BERCERITA Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan murid mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri. Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan pancaindera secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud penggunaan deria yang maksimum. Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas. Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
  • 5. 5 dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik. Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam cerita. Teknik bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang dapat dijadikan tauladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut. Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk „Rumah Saya‟ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
  • 6. 6 dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun. Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan. Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan, murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu, murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun idea-idea dengan teratur secara lisan. Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya, murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
  • 7. 7 bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid- murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan. Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini, murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka. Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas, lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
  • 8. 8 Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid. Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid- murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan sebuah karangan yang menarik dan baik.
  • 9. 9 4.0 PRINSIP-PRINSIP KAEDAH BERCERITA Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan sebagai tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus mematuhi dan memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru mematuhi prinsip-prinsip ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik bercerita ini dapat berjalan dengan lancar. Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa menjalankan menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Pemilihan cerita ini adalah penting untuk menarik minat murid-murid terhadap tajuk yang ingin diajar pada hari berkenaan. Cerita yang dipilih harus menepati peredaran masa iaitu bersesuai dengan citarasa murid- murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa akan menyebabkan murid- murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan. Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting untuk mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan cerita dan mengenalpasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Hal ini dapat mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan. Sesi bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja. Hal ini akan memudahkan pemahaman murid-murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru. Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga perlu disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk menarik minat murid-murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlu menarik minat murid- murid terlebih dahulu sebelum menyampaikan intipati atau isi pelajaran yang
  • 10. 10 ingin disampaikan pada proses pengajaran dan pembelajaran pada waktu berkenaan. Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti yang seterusnya dengan lancar. Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid. Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka. Pada masa yang sama, pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita ialah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan-perkataan yang sukar.Selain itu, isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula jadi. Aktiviti berlakon guru perlu dielakkan. Guru menyampaikan isi cerita secara spontan dan murid-murid akan mendengar segala penerangan guru. Akhir sekali, selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan, misalnya aktiviti soal jawab tentang tema dan nilai moral yang terkandung dalam cerita itu. Guru juga boleh memberikan topeng-topeng yang disediakan kepada murid- murid untuk menjalankan aktiviti lakonan.
  • 11. 11 Guru harus memilih cerita yang sesuai Guru menghafaz isi- isi penting Menyediakan Alat Bantu Mengajar Murid bersedia untuk sesi bercerita Guru memandang murid-murid, suara guru jelas dan berintonasi Guru mengemukakan soalan kepada murid-murid Soal jawab tentang tema dan nilai moral
  • 12. 12 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN TEKNIK BERCERITA Perancangan dan persediaan • Guru memilih cerita yang sesuai • Guru menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-kurangnya sekali • Penyediaan alat bantu mengajar Sesi bercerita • Set induksi • Soal jawab Penutup • Memperkukuhkan nilai
  • 13. 13 Sebelum bercerita Pilih cerita yang sesuai dengan topik pelajaran Guru perlu menguasai bahagian-bahagian penting secara berulang-ulang Sedia alat bantu mengajar Susun tempat duduk murid
  • 14. 14 Semasa bercerita Gunakan nada suara dan gaya yang sesuai agar suasana suatu peristiwa dapat dirasakan Pastikan setiap murid memberikan perhatian Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan Gunakan set induksi yang menarik ketika mula bercerita
  • 15. 15 Selepas bercerita Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan Mengadakan perbincangan
  • 16. 16 Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi pentingnya dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi bercerita, guru memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian menggunakan teknik bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara yang menarik. Peringkat penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung dalam cerita itu. Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang- kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid- murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu. Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.
  • 17. 17 Penutup dilakukan didalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu. Terdapat palbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup bercerita ini. Diantaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan, menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri, berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.
  • 18. 18 6.0 CARA PENYAMPAIAN CERITA menggunakan boneka • Guru sebagai pencerita, pada masa yang sama akan menggerakkan boneka untuk mewakili watak-watak dalam cerita • Guru menggerakkan lakonkan boneka-boneka manakala cerita disampaikan melalui rakaman tanpa menggunakan boneka • Menggunakan alat bantu mengajar • menegmukakan cerita dengan cara permulaan yang baik bercerita terus dari buku • Menggunakan buka yang mengandungi cerita- cerita dengan gambar berwarna-warni dan besar • Duduk dekat murid sambil memegang buku dan cerita
  • 19. 19 7.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAEDAH BERCERITA KELEBIHAN BERCERITA Guru mudah menguasai kelas Meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur Guru dapat meningkatkan tumpuan murid dalam waktu yang terhad Memperkenalkan kosa kata baru Meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pengajaran Mengenali keunikan individu Memperkenalkan panduan dan pedoman hidup Menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan
  • 20. 20 KELEMAHAN BERCERITA Kemahiran menulis kurang dititikberatkan Murid-murid cenderung untuk menghafal intipati cerita tetapi kurang memahami Kelas berada di bawah kawalan guru sepenuhnya Penyampaian objektif pelajaran kurang jelas
  • 21. 21 8.0 IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru dapat menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Hal ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan dengan sesuatu situasi sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas. Proses penceritaan ini dapat menarik minat murid-murid kerana cerita yang diketengahkan adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka iaitu secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah untuk memahami sesuatu situasi atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Perkaitan akan dapat dilakukan oleh mereka. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan. Misalnya, guru menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa bercerita. Guru bercerita dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya, guru ingin mengajar berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan kad-kad gambar yang menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Kad-kad gambar ini akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih jelas. Apabila wujud contoh konkrit diberikan, maka murid-murid akan lebih mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut. Guru boleh bercerita sambil menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh dijadikan contoh sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses bercerita akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai ini. Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru akan memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya
  • 22. 22 semasa sesi ercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa sesi bercerita dijalankan untuk mengenalpasti segala isi penting yang terdapat di dalam cerita berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya, keadaan kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kawalan kelas ini adalah sangat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan dengan menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid kurang membuat bising di dalam kelas tetapi sebaliknya cuba untuk memberikan sepenuh penumpuan supaya dapat memahami cerita yang disampaikan. Seterusnya, Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secarayang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau guru juga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataan perlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimau dalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut „harimau meNGAUM‟ bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatan yang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan „ngauman‟ itu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Di samping itu, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik, berkongsi kemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativiti guru. Penerapan nilai ini dapat dilakukan semasa guru bercerita. Di dalam cerita berkenaan, guru boleh menyelitkan nilai-nilai murni. Secara tidak langsung, murid-murid akan terdedah dengan nilai-nilai murni yang tersebut.
  • 23. 23 9.0 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH 9.1Pengajaran Mikro Pengajaran mikro merupakan satu komponen penting untuk melatih guru beberapa kemahiran mengajar. Pengalaman di dalam pengajaran mikro ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Fokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah dikenal pasti. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan bagi setiap kemahiran. Komponen pengajaran mikro adalah bertujuan membentuk dan meningkatkan kompetensi dasar mengajar terbatas dan mengajar terpadu serta utuh. Pengajaran mikro ini dikecilkan dalam tiga kaedah iaitu Saiz kelas, Jangka masa pengajaran dan Kesukaran tugasan. Saiz kelas adalah antara 6 hingga 10 orang sahaja. Jangka masa pengajaran adalah 5 hingga 10 minit. Kesukaran tugasan adalah berfokus pada satu kemahiran bagi satu-satu masa sahaja. “… alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran yang keondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana biasa, dan ini terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. ..” Wragg, E.C. “Teaching Teaching (David dan Charles, 1974)
  • 24. 24 9.2Komponen pengajaran mikro penyoalan Kemahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid- murid akan meningkat dan suasana pengajaran pembelajaran bertambah aktif dan lebih membrangsangkan. Komponen-komponen kemahiran dalam penyoalan asas adalah terdiri daripada lapan faktor utama. Salah satu faktornya adalah pembentukan soalan. Guru perlu berusaha membentuk soalan yang ringkas, tepat dan jelas serta mudah difahami oleh murid-murid. seterusnya, soalan yang dibentuk perlu berfokus. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia. Soalan juga boleh bertumpu lebih dari satu idea. Misalnya, berikan jenis iklim yang terdapat di Malaysia dan nyatakan dua ciri utamanya. Selain itu, alih hala soalan. Setelah guru mendapat satu jawapan daripada seorang murid, dia mengalih hala soalan yang sama kepada seluruh kelas. Seterusnya, sebaran. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas. Di samping itu, hentian. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk memberikan peluang kepada murid-murid memikirkan jawapan. Seterusnya, melayani jawapan murid. setiap jawapan yang diberikan perlu dilayani dengan baik . Sekiranya jawapan yang diberikan itu kurang tepat , guru perlu cuba memperbaikinya dan jangalah diketepikan sahaja. Kalaulah jawapan tersebut salah, guru tersebut perlu memberitahu murid dengan jelas. Selain itu, membantu dengan memberi petunjuk. Sekiranya didapati murid-murid tidak langsung dapat memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan guru, guru boleh membantu murid-murid memikirkan jawapan dengan cara member petua-petua tanda saran (cues). Akhir sekali, mencungkil. Komponen kemahiran ini digunakan apabila guru terus menyoal murid- muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi.