Tiga kalimat ringkasan dokumen tersebut adalah:
Dokumen tersebut membahas tentang refleksi mahasiswa mengenai tugas membuat kostum binatang berdasarkan cerita rakyat dan membuat rancangan pengajaran untuk mata pelajaran sains sekolah dasar yang menerapkan konsep seni dalam pendidikan. Mahasiswa tersebut juga membahas pendekatan pengajaran guru yang efektif dan peranan psikologi dalam pembelajaran.
1. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
1
REFLEKSI
Saya mendapat tugasan Seni dalam Pendidikan daripada Puan Zalila binti
Nasir. Subjek ini nampak sangat menarik kerana berkaitan seni, muzik dan
pergerakan. Secara umumnya manusia akan menghayati setiap tugasan apabila
tugasan itu berkaitan dengan seni seperti seni nyanyian, seni lakonan, seni ukiran,
kraftangan dan seni warisan budaya masing – masing. Setiap bangsa dan etnik di
dunia ini mempunyai seni dalam kehidupan masing – masing. Walaupun banyak
jenis etnik dan bangsa, seni dan kebudayaan tetap lain daripada yang lain. Inilah
dikatakan seni itu bersifat unik. Walaubagaimanapun, apa yang saya belajar dalam
subjek ini adalah tiga jenis seni dalam pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan.
Tugasan ini berkaitan cerita rakyat mengenai haiwan. Setelah diberi kumpulan
mengikut haiwan masing – masing, saya mendapat kumpulan haiwan 2 alam iaitu
kura - kura. Saya memilih kura - kura sebagai haiwan pilihan untuk membuat
kostium. Seperti biasa, perkara yang belum kita buat akan memberi kesukaran
kepada kita kerana kurang pendedahan dan pengalaman.
Perkara pertama yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kefahaman dan
pendedahan awal mengenai tugasan ini kepada saya. Saya sebenarnya kurang
faham apa yang perlu saya buat dalam tugasan ini. Disebabkan kali pertama saya
membuat tugasan sebegini dan penerangan dalam soalan tugasan agak kurang
jelas. Selain itu, tugasan ini juga adalah perkara baru dalam pengajaran dan
pembelajaran saya disini. Namun, saya banyak bertanya kepada pensyarah
pembimbing dan kawan – kawan mengenai tugasan ini. Setiap penerangan daripada
pensyarah saya catatkan agar lebih mudah ingat serta memudahkan saya untuk
membuat tugasan. Saya berpendapat tugasan ini banyak manfaatnya kepada bakal
guru di seluruh IPG di Malaysia. Ini kerana dengan adanya tugasan ini, bakal guru
lebih bersikap kreatif, inovatif, proaktif dan berdaya saing dalam mencipta kostium
yang terbaik. Bakal guru lebih arif dalam mencari maklumat mengenai kostium di
internet dan buku - buku di pusat sumber. Dalam keadaan ini, bakat dan kreativiti
seseorang akan terserlah ketika menjalankan tugasan tersebut.
2. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
2
Mengenai isu yang diperkatakan, saya sebenarnya kurang faham mengenai
jalan cerita haiwan tersebut dalam kisah cerita rakyat. Kalau dilihat kebanyakan
cerita – cerita rakyat dalam negara kita, semuanya hanya sedikit haiwan utama
dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh, cerita Kancil dengan Buaya, kancil dengan
Monyet dan Kancil dengan Harimau. Apabila dilihat, watak utama dalam ketiga – tiga
cerita ini adalah kancil. Jadi, cerita rakyat dalam negara kita kurang pendedahan
dengan haiwan – haiwan lain. Dalam laman web
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sastera_rakyat, sastera rakyat atau cerita rakyat
bermaksud kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera
rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah
menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dari zaman berzaman. Sastera rakyat
adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya
dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang
penting untuk orang kampung. Tambahan lagi, orang zaman dahulu hanya
menggunakan beberapa haiwan utama sahaja untuk menjadi hiburan seperti kancil
tadi.
Selain itu, apa yang merungsingkan saya adalah watak yang dipilih. Seperti
sedia maklum, saya memilih kura - kura dalam membuat kostium haiwan. Jika dilihat
dalam cerita rakyat, boleh dikatakan watak kura – kura kebanyakannya boleh
dikatakan menjadi watak utama dalam cerita – cerita rakyat zaman dahulu.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat cerita rakyat boleh diubah dan ditokok
tambah agar mendapat nafas baharu. Ini akan menaikkan keunikan dan cerita rakyat
zaman sekarang lebih menarik dan menghiburkan. Oleh yang demikian, saya
merasakan semua watak – watak akan menonjol selain menggunakan watak utama
sahaja.
Sebelum pemilihan watak kostium lagi, saya banyak membuat kajian
mengenai kostium – kostium yang biasa dilakukan di sekolah – sekolah. Ramai
antara rakan – rakan membuat kostium yang terlalu rumit dan sukar. Saya
beranggapan, dalam membuat sesuatu kostium haiwan, kita hanya perlu
menyediakan bahan yang ringkas, tetapi audien dapat kenal pasti haiwan apa yang
kita ingin sampaikan. Ini kerana, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, guru hanya dibekalkan satu hingga dua masa sahaja dalam membuat aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam
3. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
3
menggunakan masa yang ada untuk menyiapkan kostium haiwan kepada semua
murid dalam kelasnya.
Tambahan lagi, tugas saya adalah untuk menghasilkan kostium lengkap untuk
mewakili satu watak binatang berasaskan cerita rakyat untuk digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. Saya ada menerangkan
terdapat tiga pecahan dalam subjek seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni
pergerakan dan seni visual. Ketiga – tiga cabang seni ini perlu diterapkan serentak
dalam penghasilan kostium kura - kura saya. Kostium saya sebenarnya tersangatlah
ringkas namun memenuhi ciri – ciri dan menampakkan keadaan bentuk seekor kura -
kura. Saya membuat kajian dalam You Tube bahawa kura - kura di Malaysia
mempunyai berlainan spesis. Ciri kelainan paling jelas adalah pada cengkerangnya.
Cengkerang kura - kura mempunyai berlainan corak dan bentuk serta saiz fizikal
cengkerang itu juga berbeza. Kegunaannya adalah untuk melindungi bahagian
badan kura - kura yang agak lembut.
Seterusnya, apa yang ingin saya perkatakan adalah tugasan membuat
kostium haiwan ini meliputi ketiga – tiga cabang seni yang dibincangkan tadi.
Pertamanya adalah seni visual. Kebanyakan dan hampir keseluruhan kostium ini
dibuat atas dasar seni visual. Seni visual dalam kamus dewan bermaksud seni
penyampaian mesej komunikasi secara visual yang diwujudkan melalui kegiatan
percetakan atau lakaran secara elektronik. Kostium memerangkura - kura ini
dilakukan dengan langkah pertama iaitu lakaran, mencari bahan sesuai, warna yang
sepadan dan penggabungan semua bahagian – bahagian badan kostium. Selain itu,
seni muzik juga memainkan peranannya tersendiri. Muzik bermaksud gubahan bunyi
yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Dalam
konsep pemghasilan kostium ini, bunyi yang terhasil daripada kura - kura adalah
bunyi semula jadi. Maka, bunyi yang dihasilkan adalah semula jadi dan sukar ditiru
oleh manusia. Seterusnya adalah seni pegerakan. Seni pergerakan meliputi
pergerakan otot halus dan otot besar dalam tubuh badan. Jadi, pergerakan kura -
kura ketika bergerak adalah merangkak seperti kucing dan harimau. Kura - kura
menggunakan keempat – keempat kakinya untuk bergerak atas darat mahupun di
dalam air.
4. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
4
Tugasan seterusnya adalah saya perlu membuat refleksi dengan
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian bagi satu mata pelajaran sekolah
rendah bagi menerangkan konsep seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Saya perlu membuat penghubungkaitan dan pautan Teknologi
maklumat ( ICT ). Teknologi maklumat tersebut termasuklah dalam bentuk video klip,
audio visual dan apa saja untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang.
Sebenarnya, semua proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu
mengambil kira aspek suasana dalam kelas dan kaedah pengajaran guru. Suasana
bilik darjah harmonis dan menarik membantu peningkatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk
iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa
terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan
mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan
kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang
lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang
memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang
sesuatu persoalan. Pendekatan - pendekatan yang hendak digunakan bagi
mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan kognitif
murid - murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan
keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki
gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pandangan
murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu
boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan -
jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan perkembangan diri murid - murid
serta bersikap keterbukaan dalam perkara - perkara yang membawa kepada
kebaikan. Tambahan pula, ini melihatkan bahawa suasana dan iklim bilik darjah amat
penting selain kepimpinan guru itu sendiri dalam mengawal suasana bilik darjah.
Mengenai tugasan saya dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian (
RPH ), saya ada membuat penyelidikan mengenai kurikulum baru yang mula
digunakan pada tahun 2011 ini, iaitu KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah
Rendah. KSSR adalah kurikulum baru yang menggantikan KBSR yang telah
digunakan sejak tahun 2005 lagi. Dengan adanya kurikulum baru ini, saya sebagai
5. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
5
bakal guru mengganggap kementerian telah membuat rombakan yang terbaik dalam
bidang pendidikan. Saya telah memilih subjek Dunia Sains dan Teknologi sebagai
subjek pengajaran saya. Subjek ini merupakan dalam Modul Teras Tema tahap 1.
Walaubagaimanapun, saya beranggapan subjek ini sangat sesuai dengan tajuk
pengajaran saya iaitu haiwan 2 alam. Tambahan pula, saya membuat RPH dalam
satu masa iaitu 60 minit dan bersamaan dengan masa untuk seminggu subjek Dunia
Sains dan Teknologi.
Sebenarnya, Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan
penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan
bidang pendidikan. Berbanding dengan dulu, guru - guru terikat dengan buku teks
dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini
pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara online atau menggunakan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Dalam pembinaan
perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, seseorang guru perlu
memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat
berkait rapat untuk mewujudkan suasana pengajaran yang terancang dan terampil.
Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan
saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi
adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan
Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah
laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978)
menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku
individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli
psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin
menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal.
Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya murid – murid dapat mempelajari dan
menguasai setiap kemahiran dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah
dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan
oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah
6. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
6
menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau
kepercayaan baru.
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus
dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan,
menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman
seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga
berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The
Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku
atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah
perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994)
menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan
dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu
pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan
manusia menerusi pengalaman. Ciri kekal terbentuk dari perubahan - perubahan ini.
Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori - teori pembelajaran
masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada
secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan semua derianya seperti
mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori - teori
pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple
Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat - peringkat. Tindakan
mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses
pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.
Selain daripada konsep – konsep dan teori yang diberikan diatas, saya ada
berpendapat bahawa motivasi amat penting dalam penghasilan suasana dan iklim
bilik dajah yang kondusif. Motivasi adalah suatu tenaga kuat, mungkin yang terkuat
dalam setiap situasi pembelajaran. Penting bagi guru menggerakkan tenaga ini
dalam melaksanakan tugas pengajaran. Oleh itu, sebagai faktor utama dalam setiap
situasi pembelajaran serta motivasi penting untuk guru mengerti definisinya.
Terdapat banyak definisi motivasi antaranya :
7. MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABTU SENI DALAM PENDIDIKAN
RBT/PJ/BM KUMPULAN 3
7
‘ …proses dalaman yang meransang kita memenuhi keperluan tertentu’
( Dennis Child, Psychology and The Teacher )
‘ Pendorong yang disedari ataupun tidak disedari yang meransang tindakan kea rah
matlamat yang diingini ‘.
( Oxford English Dictionary )
Kajian berkenaan motivasi adalah yang berkaitan dengan segala desakan dan
dorongan biologi, sosiologi dan psikologi yang menyingkir kemalasan dan
menggerakkan kita, sama ada dengan penuh minat ataupun tidak, untuk bertindak’.
( George Miller, Psychology-The Science of Mental Life )
Seorang guru berkemungkinan ingin mendapat kepuasan dalam melaksanakan
tugas dengan baik, dapat menghasilkan situasi pembelajaran yang memberi manfaat
kepada murid sepenuhnya dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan
serta diiktiraf oleh rakan sejawat sebagai guru yang mempunyai standard
professional yang tinggi. Murid mahu belajar dan mereka tahu apa yang dapat
diperolehi daripada mata pelajaran atau sesuatu kursus. Ini dapat memudahkan
tugas guru. Oleh itu, tugas utama guru adalah mengekalkan motivasi pelajar.
Setelah memahami apa yang saya terangkan diatas, dapat saya rumuskan
bahawa penghubungkaitan dan pautan ICT dalam bentuk klip video, audio visual dan
lain – lain amat berguna kepada guru dan murid. Ingin saya tambah bahawa
keseronokan belajar juga akan terhasil dalam suasana dan iklim bilik darjah.
Keadaan inilah yang penting untuk murid – murid belajar bersungguh – sungguh
kerana telah menyimpan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Sekian.