SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 28
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya, akhirnya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran
Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini dengan
jayanya.
Di kesempatan ini, ingin kami dahulukan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Pn Radziah Bt Muhamad atas kerjasama, dan tunjuk ajar
yang telah diberikan. Selain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yang sudi
meluangkan masa dalam membetuklan kesilapan yang telah kami lakukan
sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Turut membantu adalah rakan-rakan
seperjuangan yang sudi berkongsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina
yang menjadi panduan utama kepada kami untuk melaksanakan tugasan kerja
kursus ini dengan sempurna.
Kami berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yang
diperolehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat kami
manfaatkan pada masa-masa yang akan datang untuk menjadi seorang bakal guru
yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama
yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) dengan pengkhususan matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi, (RBT). Kursus ini adalah wajib diikuti oleh pelajar program ini yang
sedang menduduki semester 4 program dengan kod kursus RBT 3108.
Kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelatih-pelatih guru berkaitan
kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran Reka Bentuk
Teknologi Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Sesuai
dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai,
aspek yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami
oleh setiap pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai
seorang guru kelak.
Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah
mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para pelatih akan
dapat mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di
sekolah. Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu bakal-
bakal guru dalam memahami serta membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi
sebenar.
Tugasan Kerja Kursus bagi kursus ini menghendaki kami, para pelatih untuk
bertindak sebagai Guru Kemahiran Hidup yang turut dilantik sebagai Setiausaha
Peperiksaan dimana kami dikehendaki untuk mempersembahkan analisis
peperiksaan pertengahan tahun bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah. Seterusnya, dalam menganalisis data-data ini, kami dikehendaki memilih
satu kelas dan gunakan statistik yang sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid
berkenaan.
Pentaksiran dalam reka bentuk sekolah rendah
Banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti
Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996),
pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang
sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan. Proses pengumpulan maklumat, proses membuat
analisis, ia dijalankan selepas peperiksaan dan pentaksiran.
Penilaian juga dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan
asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada
ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil
ujian ersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar
mereka yang sebenar sebelum pereka memulakan pengajaran. Penilaian
memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua
aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
„mengajar‟ dan pelajar „belajar‟.
Konsep Pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu episode dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor
menginterpretasi, menghurai maklumat temtang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari
konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu
tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Kesahan bukti
empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana
guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri
penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian.
Pentaksiran Alternatif. O’Malley danValdezPierce mendefinisikan pentaksiran
alternatif sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan
bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus
dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan
aneka pilihan (Stiggins 1991)...." (1996, p.1).
Tigafasa bagi pentaksiran alternative ialah fasa Permulaan. Fasa ini
melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan pembelajar, dan
menyediakan “data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang
dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid mahu lakukan dengannya”
(Auerbach 1992, p. 114).
Seterusnya ialah fasa berterusan. Fasa pentaksiran ini melibatkan
“penyemakan dan kemajuan dokumentasi pada tahap-tahap tertentu dalam proses
pembelajaran …” dan “ … penilaian bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan .."
(Gosselin 1998, p. 44).
Akhir skali ialah fasa penamat. Fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi
mengenai pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada
penghujung proses … "(Auerbach 1992, p. 115).
Berikut adalah beberapa tujuan pengunaan pentaksiran alternatif (Gottlieb
1999; O‟Malley and Valdez Pierce 1996; Cushing Weigle & Jensen, 1997):
Mengenalpasti keperluan atau kesediaan sokongan tambahan
Mengekalkan atau mengkelasifikasikan semulaprogram atau keluar dari
program
Memantau kemajuan murid dalam program.
Mendapatkan maklumat tentang perancangan pengajaran
Penilaian program dan akauntibiliti terhadap sumber pembiayaan kewangan
Penilaian dalam proses pembelajaran merupakan bahagian penting dari proses
pembelajaran, karena itu hendaknya dilakukan oleh guru agar guru dapat
memperoleh informasi proses kemajuan belajar siswa dan informasi keefektifan
pembelajaran yang sedang berlangsung. Guru yang hanya mengutamakan penilaian
hasil tidak akan mendapatkan informasi yang akurat tentang siswa yang benar-
benar memahami materi dan siswa yang kurang memahami. Siswa yang dapat
menjawab dengan benar suatu persoalan, belum tentu mengetahui bagaimana
mendapatkan jawaban tersebut. Penilaian dalam proses pembelajaran lebih dapat
berfungsi memberikan informasi tentang siswa yang sudah memahami materi atau
yang belum. Penilaian ini berkesinambungan dengan penilaian hasil artinya hasil
penilaian dalam proses pembelajaran akan memberikan sumbangan positif terhadap
penilaian hasil. Dengan demikian perlu diupayakan agar guru melakukan penilaian
dalam proses pembelajaran di samping melakukan penilaian hasil belajar.
Menurut Mok Soon Sang,(1996) penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Pengertian dasar penilaian dalam proses pembelajaran mencakup
serangkaian kegiatan yang dilakukan guru untuk mendapatkan informasi tentang
perilaku belajar siswa, tentang proses pembelajaran, dan tentang suasana kelas.
Angelo (1991) mendefinisikan penilaian dalam proses pembelajaran:
“Classroomassessment consist of small-scale assessment conductedcontinuously in
college classrooms by dicipline-based teachers todetermine what students are
learning in that class”. Penilaian dalam proses pembelajaran juga mencakup
serangkaian metode yang dilakukan oleh guru untuk mendapatkan informasi yang
kemudian diinterpretasi untuk memahami siswa, merencanakan dan memonitor
proses pembelajaran, dan untuk menciptakan suasana kelas yang bergairah.
Sebagai proses secara berkelanjutan Nitko (1996) mengistilahkan Penilaian
Berkelanjutan Formatif Informal (PBFI) yaitu suatu penilaian informal yang dilakukan
guru secara sambil lalu dan mendadak tanpa persiapan dan kesan mengenai
kemajuan siswa dalam kaitannya dengan kurikulum. Penilaian berkelanjutan dalam
proses pembelajaran dapat diinterpretasikan sebagai segala tindakan guru yang
dilakukan untuk mengetahui kemajuan siswa secara terus-menerus dalam menerima
pelajaran.
Secara amnya pula, pentaksiran pendidikan merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang
melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan
untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan, Noraini
Idris (2005).
Pendapat mereka ini menunjukkan bahawa penilaian dan pentaksiran saling
berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya boleh membantu guru
memberikan maklumbalas tentang proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, walaupun seorang guru mengajar satu kelas yang kurang daripada 40
orang, ini tidak bermakna semua pengajaran yang diajar oleh guru difahami oleh
murid. Maka, disinilah pentaksiran memainkan peranan penting dalam menilai tahap
kefahaman murid di dalam kelas secara berterusan.
Manakala, penilaian pula mengukur sejauh mana murid mampu mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penilaian juga, guru
mampu mengesan masalah kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid.
Sekaligus membantu guru memilih dan menggunakan kaedah pengajaran yang
sesuai mengikut tahap kebolehan setiap pelajar.
1.2 Ciri –ciri penilaian dan pentaksiran
Hasil pentaksiran dan penilaian dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah
mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan
keadilan kepada pelajar dan'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru
pentaksir.
Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan
prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini
perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan
berkualiti.
Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan
seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh
dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah
atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan
mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara
ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau
pentaksir.
Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan
merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan
dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama
ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah.
Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada
sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang
diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati
tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan.
Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada
sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih
baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian. Penilaian pendidikan
membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi
menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar
dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai
terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh
dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana
setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita
membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur
pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan
pengajarannya.
Penilaian boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan
ujian itu diberi. Antaranya ialah penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kelemahan dan kekutan
penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini
berbentuk tidak formal dan contoh-contohnya ialah seperti pemerhatian, bersoal
jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja murid dan latihan congak.
Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas
beberapa unit pembelajaran, misalnya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun
atau segenap satu tahun. Penilaian ini lebih berbentuk formal dengan menggunakan
ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak.
Menurut McMillan (2001). Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara seperti berikut:
1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan
tentang individu atau kumpulan.
2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran.
3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap
kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu
dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat
dihasilkan
King dan Brathwaite (1991) mencadangkan beberapa keperluan untuk
melaksanakan pentaksiran, antaranya ialah :
1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel
daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai
kemahiran.
2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir.
3. Guru harus mnyerahkan rekod pentaksirannya dengan buku amali kepada
pemeriksa sebenar untuk disetarakan.
1.3 Kepentingan penilaian dan pentaksiran.
Terdapat beberapa kepentingan penilaian dan pentaksiran dalam
pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran memainkan peranan penting untuk
menyediakan pendidikan dengan arahan atau maklumat dignostik yang berguna dan
penglibatan ke arah pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar (Alexander
dan Parsons,1991; Airasian,1997). Ia membantu dalam proses mengumpul
maklumat tentang strategi dan akiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan bagaimana untuk merancang pengajaran berkesan.
Kedua, penilaian dan pentaksiran penting bagi mengesan kesukaran dan
kesilapan yang dihadapi oleh pelajar, Noraini Idris (2005). Bagi pelajar yang lemah,
guru boleh memberikan aktviti pemulihan mengikut tahap kefahaman mereka
manakala bagi pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang, guru
boleh menyediakan aktiviti penggayaan dan mereka pasti mampu meningkatkan
kecemerlangan mereka.
Keputusan daripada penilaian adalah penting kerana ia merupakan asas bagi
menempatkan pelajar dalam sesuatu jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaian
mereka. Ia mampu mempertingkatkan keberkesanan pelajar mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran jika jurusan tersebut sesuai dengan minat dan tahap
mereka.
Seterusnya, penilaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Maka, ia amat
penting bagi guru untuk merancang suasana pembelajaran aktif di dalam kelas.
Contoh penilaian yang mampu merangsang minat pelajar ialah kuiz, soal jawab,
ujian bulanan, dan sebaginya mengikut kreativiti guru tersebut.
Akhir sekali, penilaian dan pentaksiran sebenarnya memainkan peranan
penting untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran diperoleh oleh pelajar pada akhir suatu program.
NO NAMA MARKAH GRED
1 MOHD AZRI BIN MD IDRIS 76 B
2 NUR AFIFAH HAZIRAH BINTI AZMIN 80 A
3 MOHD SAFUAN BIN CHE OTHMAN 86 A
4 NOR SHARNIDA BINTI DAUD 75 B
5 NUR AISYAH BINTI ADNAN 68 C
6 NORAIN BINTI ABDULLAH 48 E
7 MOHD NASRUN BIN MUHAMAD ZAKI 63 C
8 MOHD ASYRAF ADIB BIN NORDIN 70 B
9 NORANIS LYANA BINTI ZAMBERY 90 A
10 NUR DIYANA BINTI ISMET FURMANSYAH 84 A
11 MUHAMAD FARIS AIMAN BIN MOHD ZAKI 84 A
12 MOHD SHOLEHUDDIN BIN MOHD ARIFF 84 A
13 MOHD AMIR WARDEE B MOHAMAD KAMIS 49 E
14 MOHD FAIZ BIN ABD RAHIM 56 C
15 MOHD NUR BIN MUHAMAD 52 C
16 NOR HIDAYAHNE BINTI JAMIL 65 C
17 NORAISYAH BINTI NASARUDIN 64 C
18 MOHD FAIZ BIN DAMANHURI 79 A
19 NORAZURA BINTI MOHAMAD FOAT 88 A
20 MOHD AIDIL BIN OTHMAN 85 A
21 ISMAIL BIN SAIMAN 54 C
22 ABD RAOF B IBRAHIM 45 E
23 MOHD SHAHREN B ABDULLAH 48 E
24 A. LATIF ABDULLAH 72 B
25 FUZIAH BT. ISHAK 71 B
26 ABD. KADIR B. ABD. RAHIM 70 B
27 MD. ISA B. MAN 76 B
28 HASLINA BINTI RAMLI 80 A
29 ROUSLILUDDIN BIN HJ AMBIA 82 A
30 MOHD RAZALI BIN HASHIM 82 A
SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA, 70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
MARKAH PEPERIKSAAAN AKHIR TAHUN KEMAHIRAN HIDUP
KELAS 6 BERLIAN
Definisi mod
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah
yang pelajar paling ramai memperolehnya.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)
Data tidak berkumpul
Jadual 1 : markah ujian 30 orang pelajar
76 80 86 75 68 48 63 70 90 84
84 84 49 56 52 65 64 79 88 85
54 45 48 72 71 70 76 80 82 82
Mod / Kekerapan
45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80,
82, 82, 84, 84, 84, 85, 86, 88, 90
= 84
Berdasarkan gambar rajah 1, saya mendapati bahawa mod atau kekerapan
markah ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian ialah 84. Hal ini kerana kekerapan
murid yang mendapat markah tersebut paling tinggi berbanding dengan markah
yang lain.
Selang kelas
Selang kelas bagi markah-markah ujian 30 orang murid tahun 6 Berlian akan
ditentukan berdasarkan kaedah berikut. Hal ini akan menentukan selang kelas yang
paling sesuai untuk diletakkan di dalam jadual.
= 90-45
= 45 ÷ 5
= 9 ( selang kelas ialah 5, dan akan ada 9 baris colum di dalam jadual )
Data berkumpul
Jadual 2 : markah ujian 30 orang murid dalam bentuk jadual
Selang Gundalan Kekerapan
45-49 4
50-54 2
55-59 1
60-64 2
65-69 2
70-74 4
75-79 3
80-84 7
85-89 3
90-94 1
Kekerapan paling tinggi = 7
Mod = ( 80-84)
Berdasarkan maklumat di dalam gambar rajah 2, saya telah mendapati
bahawa mod atau kekerapan markah ujian kemahiran hidup 30 orang murid di
dalam kelas 6 Berlian ialah di selang kelas 80-84. Hal ini kerana kekerapan yang
direkodkan ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 7 kali.
Definsi median
Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor, misalnya markah tengah bagi
set markah ujian mingguan.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)
Median data tidak berkumpul
Jadual 3 : susunan ujian markah 30 orang murid
45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80, 82, 82, 84, 84, 84, 85,
86, 88, 90
Kaedah penyelesaian :
= 72 + 75
2
= 63
Berdasarkan gambar rajah 3, saya telah memperoleh median markah untuk
ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian yang telah di jalankan. Cara-cara untuk
mendapatkan median ialah dengan menyusun dahulu markah murid dari rendah
kepada tinggi kemudian cari markah yang ditengah-tengah. Selepas itu, bahagi dua
dan saya mendapati bahawa median markah ialah 63.
Median data berkumpul
W
f
cf-
LMedian
med
p2
N
L = had bawah jeda kelas median
cfp = jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak
melibatkan kekerapan median kelas
Fmed = kekerapan median
W = keluasan jedia kelas median (had atas kelas – had bawah kelas)
N = jumlah bilangan kekerapan
L = 69.5
cfp = 11
Fmed = 4 (median berada pada selang kelas 70-74)
W = 5
N = jumlah kekerapan bahagi 2
= 30
2
=15
Median = 69.5 + (15 – 11) ( 5 )
4
= 75.5
Berdasarkan formula median yang telah digunakan, saya memperoleh
median untuk markah ujian kelas 6 Berlian bagi subjek kemahiran hidup ialah 75.5.
Setiap satu formula di di masukkan untuk mendapatkan jawapan.
Definisi mean
Min ialah purata sesuatu set data/skor, misalnya markah purata bagi set markah
ujian mingguan. Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi
agak susah dikira bagi data yang banyak.
petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008)
Mean data tidak berkumpul
Min = jumlah markah
Jumlah murid
= 45 + 48 + 48 + 49 + 52 + 54 + 56 + 63 + 64 + 65 + 68 + 70 + 70 + 71 + 72 +
75 + 76 + 76 + 79 + 80 + 80 + 82 + 82 + 84 + 84 + 84 + 85 + 86 + 88 + 90
30
= 69.23
Berdasarkan formula untuk mencari min, saya telah mendapat min bagi
markah Ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Min bagi ujian tersebut ialah 69.23.
cara- cara untuk mendapatkan min ialah dengan menambah jumlah keseluhuran
markah ujian dan seterusnya dibahagikan kepada jumlah murid yang mengambil
ujian tersebut.
Mean data berkumpul
Jadual 3 : mean data berkumpul markah ujian untuk 30 orang murid
Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x )
45-49 4 47 188
50-54 2 52 104
55-59 1 57 57
60-64 2 62 124
65-69 2 67 134
70-74 4 72 288
75-79 3 77 231
80-84 7 82 574
85-89 4 87 261
90-94 1 92 92
N
X
N
1i
i
= jumlah F (x)
30
= 2053
30
= 68.43
2053
Sisihan Piawai
Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang popular. Didalam penggunaan sebagai entiti yang
berasingan atau sebagai sebahagian analisis lain seperti pengiraan selang keyakinan dan juga
didalam pengujian hipotesis.Sisihan piawai ialah punca kuasadua varian. Sisihan piawai populasi
ditandakan sebagai , dan dikira sebagaimana berikut:
N
)-(X 2
2
Jika skor Z negatif, maka nilai kasar (X) adalah di bawah min dan sebaliknya.
Jadual 4 : jadual sisihan piawai untuk markah 30 orang murid
Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x ) (X)² F (x)²
45-49 4 47 188 16 64
50-54 2 52 104 4 8
55-59 1 57 57 1 1
60-64 2 62 124 4 8
65-69 2 67 134 4 8
70-74 4 72 288 16 64
75-79 3 77 231 9 27
80-84 7 82 574 49 343
85-89 4 87 261 16 64
90-94 1 92 92 1 1
30 2053 120 588
Jadual 5 : jadual pengiraan sisihan piawai bagi markah 30 orang murid
x l x- X l ( x – X )²
45 23.43 596.8249
48 20.43 417.3849
48 20.43 417.3849
52 16.43 269.9449
54 14.43 208.2249
56 12.43 152.889
63 5.43 29.4849
64 4.43 19.6249
65 3.43 11.7649
68 0 0
70 1.57 2.4649
70 1.57 2.4649
71 2.57 6.6049
72 3.57 12.7749
75 6.57 43.1649
76 7.57 57.3049
76 7.57 57.3049
79 10.57 111.7249
80 11.57 133.8649
80 11.57 133.8649
82 13.57 184.1449
82 13.57 184.1449
84 15.57 242.4249
84 15.57 242.4249
84 15.57 242.4249
85 16.57 274.5649
86 17.57 308.7049
88 19.57 382.9849
90 21.57 465.2649
2053 341.7 5212.1412
N
)-(X 2
2
= 5212.1412
30
= 173.73
= 13.18
Berdasarkan formula untuk mencari sisihan piawai, saya telah mendapat min
bagi markah ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Sisihan piawai bagi ujian
tersebut ialah 13.18. cara-cara untuk mendapatkan Sisihan paiwai telah dinyatakan
dalam rumus di atas. Di dapato bahawa nilai sisihan piawai markah bagi 30 orang
murid tahun 6 berlian di dalam subjek Kemahiran Hidup ialah besar. Hal ini
menunjukkan bahawa purata perbezaan markah antara murid bagi subjek
Kemahiran Hidup ini ialah besar. Markah yang paling tinggi dengan markah yang
paling rendah jauh jurangnya. Oleh itu, soalan bagi ujian ini boleh dikatakan sesuai
kerana ada murid yang boleh menjawab dan ada juga yang gagal untuk
menjawabnya.
Gambar rajah 1: histogram markah ujian 30 orang murid
Gambar rajah 1 menunjukkan sebuah graf histogram . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk histogram. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( kuning ) iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( coklat ) dan 90-94 ( hijau) iaitu sebanyak 1 kali
kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf histogram antara selang kelas adalah
dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85- 89 90-94
kekerapan
selang kelas
Histogram markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup
Gambar rajah2 : poligon ujian markah 30 orang murid
Gambar rajah 2 menunjukkan sebuah graf poligon . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk poligon. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 dan 90-94 iaitu sebanyak 1 kali
kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf poligon antara selang kelas adalah
dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Bentuk poligon juga adalah dalam
keadaan sekata.
0
1
2
3
4
5
6
7
8
37 42 47 52 57 62 67 72 77 82 87 92 97
kekerapan
selang kelas
Graf poligon markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup
Gambar rajah 3: carta pai ujian markah 30 orang murid
Gambar rajah 3 menunjukkan sebuah carta pai . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid,
markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk carta pai. Markah paling kerap murid
perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( hijau ) iaitu sebanyak 22%. Manakala markah paling sedikit
murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( kuning) dan 90-94 ( merah) iaitu sebanyak 3%. Secara
keseluhurannya, boleh dilihat bahawa carta pai antara selang kelas adalah dalam keadaan
normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Terdapat 3 selang kelas yang sama peratusannya iaitu
pada selang kelas 45-49, 55-59 dan 70-74 iaitu 6%. 13% pula merupakan selang kelas 40-44 dan 65-
69. Manakala 9 % ialah selang kelas 75-79 dan 85-59 dan terdapat juga peratusan 10% iaitu pada
selang kelas 70-74.
13%
6%
3%
6%
6%
13%
10%
9%
22%
9%
3%
Carta pai markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup
40-44
45-49
50-54
55-59
60-64
65-69
70-74
75-79
80-84
85- 89
90-94
Jadual 6 : Jadual data untuk graf orgive 30 orang murid
Selangkelas Gundalan Kekerapan Titiktengah Kekerapanterkumpul
45-49 4 47 4
50-54 2 52 6
55-59 1 57 7
60-64 2 62 9
65-69 2 67 11
70-74 4 72 15
75-79 3 77 18
80-84 7 82 25
85-89 4 87 29
90-94 1 92 30
Gambar rajah 4: graf orgive ujian markah 30 orang murid
0
5
10
15
20
25
30
35
39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5
kekerapanterkumpul
markah ujian
Graf orgive markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian
Gambar rajah 5: persentil orgive untuk markah 30 orang murid
0
5
10
15
20
25
30
35
39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5
kekerapanterkumpul
markah ujian
Graf orgive markah ujian akhir tahun
subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian
23
8
15
Analisis persentil graf
1. Persentil ¼ x 30 = 8
Nilai pada paksi x = 57
2. Persentil ½ x 30 = 15
Nilai pada paksi x = 70
3. Persentil ¾ x 30 = 23
Nilai pada paksi x = 80
Gambar rajah 5 menunjukkan sebuah orgif dan persentil . Berdasarkan markah ujian
30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk orgif. Melalui
kekerapan terkumpul maka terhasil graf orgif dengan puncak paling tinggi ialah pada
kekerapan terkumpul 30. Persentil ¼diperolehi memalui garisan pada graf orgif
dengan nilainya ialah 57. Manakala persentil ½ pula nilainya ialah 70. Akhir sekali
pada persentil ¾ nilai pada paksi x menunjukkan nilai iaitu 80. Maka melalui graf
orgif juga kita akan memperolehi persentil dengan melukis garisan pada graf.
Kesimplannya, nilai persentil antara ketiga-tiga tidak terlalu jauh dan ini
menunjukkan bahawa markah ujian berada dalam keadaan normal dan soalan ujian
juga adalah sesuai untuk murid menjawabnya.
Rumusan
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan
yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu
membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik
darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya,
sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan
mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah
bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang
mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.
Guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan
dan pencapaian murid-murid dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil
pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan melaksanakan penilaian serta
merekod segala maklumat yang diperolehi dan mengadakan tindakan susulan.
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu agar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
BIBLIOGRAFI
Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.
Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:
Classroom Application and Practice, (5th
Ed). New York: HarperCollins.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan
makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan
makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
http://adamayu.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-pentaksiran.html
http://gurumanikha05.blogspot.com/2010/01/interaksi-minggu-1-pengertian-
konsep.html

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranBen Devon
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)Zuzan Michael Japang
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran datahuuriyahbahiirah
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxmohdhadzril2
 

Was ist angesagt? (20)

Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
Kelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektifKelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektif
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Kesahan muka
Kesahan mukaKesahan muka
Kesahan muka
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
Rancangan Pengajaran Harian : Kecerdasan Pelbagai (Linguistik)
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Rph kssr (nombor saya)
Rph kssr (nombor saya)Rph kssr (nombor saya)
Rph kssr (nombor saya)
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
Analisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran dataAnalisis dan penafsiran data
Analisis dan penafsiran data
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
 
Analisis item
Analisis itemAnalisis item
Analisis item
 

Andere mochten auch

17097218 -murid-dan-alam-belajar
17097218 -murid-dan-alam-belajar17097218 -murid-dan-alam-belajar
17097218 -murid-dan-alam-belajarHaris Ismail
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiranAie Sharom
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaTengku Anis
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranSherly Jewinly
 

Andere mochten auch (7)

Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 
17097218 -murid-dan-alam-belajar
17097218 -murid-dan-alam-belajar17097218 -murid-dan-alam-belajar
17097218 -murid-dan-alam-belajar
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiran
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaranKerja kursus budaya dalam pembelajaran
Kerja kursus budaya dalam pembelajaran
 

Ähnlich wie Pentaksiran rbt asimen (2)

Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianABDULFATTAHBINAMIRUP
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxKalaiselviVelu1
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-convertedmmcc10
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPensil Dan Pemadam
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahkamektok2011
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaiannsmm
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfSyahrulRawi
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 

Ähnlich wie Pentaksiran rbt asimen (2) (20)

Definisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaianDefinisi pentaksiran dan_penilaian
Definisi pentaksiran dan_penilaian
 
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docxDefinisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
Definisi_Pentaksiran_dan_Penilaian.docx
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
059 kk mohd-haidzir_ukm-converted
 
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaianPengujian pengukuran-dan-penilaian
Pengujian pengukuran-dan-penilaian
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Model pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawafModel pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawaf
 
PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1PEMBENTANG 1
PEMBENTANG 1
 
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarahMinggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
Minggu 1 pentaksiran dalam pembelajaran sejarah
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Modul 4
Modul 4Modul 4
Modul 4
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdfTopik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
Topik 1_Konsep Pentaksiran_DPLI.pdf
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Pentaksiran rbt asimen (2)

  • 1. PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi mata pelajaran Pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, ingin kami dahulukan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn Radziah Bt Muhamad atas kerjasama, dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Selain itu, seribu penghargaan juga buat beliau yang sudi meluangkan masa dalam membetuklan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Turut membantu adalah rakan-rakan seperjuangan yang sudi berkongsi idea, meluahkan pendapat dan kritikan membina yang menjadi panduan utama kepada kami untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Kami berharap, dengan selesainya pelaksanaan tugasan ini, segala ilmu yang diperolehi daripada pelaksanaan tugasan kerja kursus ini akan dapat kami manfaatkan pada masa-masa yang akan datang untuk menjadi seorang bakal guru yang cemerlang. Sekian, terima kasih.
  • 2. PENGENALAN Pentaksiran dan Penilaian merupakan salah satu daripada komponen utama yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dengan pengkhususan matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, (RBT). Kursus ini adalah wajib diikuti oleh pelajar program ini yang sedang menduduki semester 4 program dengan kod kursus RBT 3108. Kursus ini memberi penekanan khusus kepada pelatih-pelatih guru berkaitan kefahaman konsep serta prinsip pentaksiran bagi matapelajaran Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Sesuai dengan tugas guru yang turut menjadi pembina item ujian, penganalisa serta penilai, aspek yang ditekankan di dalam kursus ini adalah amat penting yang harus difahami oleh setiap pelatih untuk mempersiapkan diri sebelum diberi amanah sebagai seorang guru kelak. Sesuai dengan objektif pembelajaran bagi kursus ini, diharapkan agar setelah mempelajari kesemua aspek yang terkandung di dalam kursus ini, para pelatih akan dapat mengenal, membanding dan membezakan aspek penilaian yang terdapat di sekolah. Dengan pemahaman yang sedemikian, ia akan dapat membantu bakal- bakal guru dalam memahami serta membantu dalam mengaplikasikan dalam situasi sebenar. Tugasan Kerja Kursus bagi kursus ini menghendaki kami, para pelatih untuk bertindak sebagai Guru Kemahiran Hidup yang turut dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan dimana kami dikehendaki untuk mempersembahkan analisis peperiksaan pertengahan tahun bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Seterusnya, dalam menganalisis data-data ini, kami dikehendaki memilih satu kelas dan gunakan statistik yang sesuai untuk menilai pencapaian murid-murid berkenaan.
  • 3. Pentaksiran dalam reka bentuk sekolah rendah Banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Proses pengumpulan maklumat, proses membuat analisis, ia dijalankan selepas peperiksaan dan pentaksiran. Penilaian juga dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Daripada ujian, guru dapat merancang dan merencana pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian ersebut dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum pereka memulakan pengajaran. Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru „mengajar‟ dan pelajar „belajar‟. Konsep Pentaksiran. Pentaksiran merupakan satu episode dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai maklumat temtang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana
  • 4. guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran Alternatif. O’Malley danValdezPierce mendefinisikan pentaksiran alternatif sebagai "...mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan (Stiggins 1991)...." (1996, p.1). Tigafasa bagi pentaksiran alternative ialah fasa Permulaan. Fasa ini melibatkan menetapkan matlamat, menentukan keperluan pembelajar, dan menyediakan “data asas mengenai apa yang murid boleh lakukan dengan apa yang dipelajari, bagaimana mereka berfikir dan apa yang murid mahu lakukan dengannya” (Auerbach 1992, p. 114). Seterusnya ialah fasa berterusan. Fasa pentaksiran ini melibatkan “penyemakan dan kemajuan dokumentasi pada tahap-tahap tertentu dalam proses pembelajaran …” dan “ … penilaian bilik darjah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan .." (Gosselin 1998, p. 44). Akhir skali ialah fasa penamat. Fasa ini melibatkan pentaksiran refleksi mengenai pembelajaran, pengajaran, kurikulum dan rekabentuk program pada penghujung proses … "(Auerbach 1992, p. 115). Berikut adalah beberapa tujuan pengunaan pentaksiran alternatif (Gottlieb 1999; O‟Malley and Valdez Pierce 1996; Cushing Weigle & Jensen, 1997): Mengenalpasti keperluan atau kesediaan sokongan tambahan Mengekalkan atau mengkelasifikasikan semulaprogram atau keluar dari program Memantau kemajuan murid dalam program. Mendapatkan maklumat tentang perancangan pengajaran Penilaian program dan akauntibiliti terhadap sumber pembiayaan kewangan Penilaian dalam proses pembelajaran merupakan bahagian penting dari proses pembelajaran, karena itu hendaknya dilakukan oleh guru agar guru dapat memperoleh informasi proses kemajuan belajar siswa dan informasi keefektifan
  • 5. pembelajaran yang sedang berlangsung. Guru yang hanya mengutamakan penilaian hasil tidak akan mendapatkan informasi yang akurat tentang siswa yang benar- benar memahami materi dan siswa yang kurang memahami. Siswa yang dapat menjawab dengan benar suatu persoalan, belum tentu mengetahui bagaimana mendapatkan jawaban tersebut. Penilaian dalam proses pembelajaran lebih dapat berfungsi memberikan informasi tentang siswa yang sudah memahami materi atau yang belum. Penilaian ini berkesinambungan dengan penilaian hasil artinya hasil penilaian dalam proses pembelajaran akan memberikan sumbangan positif terhadap penilaian hasil. Dengan demikian perlu diupayakan agar guru melakukan penilaian dalam proses pembelajaran di samping melakukan penilaian hasil belajar. Menurut Mok Soon Sang,(1996) penilaian ialah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Pengertian dasar penilaian dalam proses pembelajaran mencakup serangkaian kegiatan yang dilakukan guru untuk mendapatkan informasi tentang perilaku belajar siswa, tentang proses pembelajaran, dan tentang suasana kelas. Angelo (1991) mendefinisikan penilaian dalam proses pembelajaran: “Classroomassessment consist of small-scale assessment conductedcontinuously in college classrooms by dicipline-based teachers todetermine what students are learning in that class”. Penilaian dalam proses pembelajaran juga mencakup serangkaian metode yang dilakukan oleh guru untuk mendapatkan informasi yang kemudian diinterpretasi untuk memahami siswa, merencanakan dan memonitor proses pembelajaran, dan untuk menciptakan suasana kelas yang bergairah. Sebagai proses secara berkelanjutan Nitko (1996) mengistilahkan Penilaian Berkelanjutan Formatif Informal (PBFI) yaitu suatu penilaian informal yang dilakukan guru secara sambil lalu dan mendadak tanpa persiapan dan kesan mengenai kemajuan siswa dalam kaitannya dengan kurikulum. Penilaian berkelanjutan dalam proses pembelajaran dapat diinterpretasikan sebagai segala tindakan guru yang dilakukan untuk mengetahui kemajuan siswa secara terus-menerus dalam menerima pelajaran.
  • 6. Secara amnya pula, pentaksiran pendidikan merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan membuat rumusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis, membuat keputusan dan mengemukakan soalan, Noraini Idris (2005). Pendapat mereka ini menunjukkan bahawa penilaian dan pentaksiran saling berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-duanya boleh membantu guru memberikan maklumbalas tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, walaupun seorang guru mengajar satu kelas yang kurang daripada 40 orang, ini tidak bermakna semua pengajaran yang diajar oleh guru difahami oleh murid. Maka, disinilah pentaksiran memainkan peranan penting dalam menilai tahap kefahaman murid di dalam kelas secara berterusan. Manakala, penilaian pula mengukur sejauh mana murid mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penilaian juga, guru mampu mengesan masalah kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid. Sekaligus membantu guru memilih dan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap kebolehan setiap pelajar. 1.2 Ciri –ciri penilaian dan pentaksiran Hasil pentaksiran dan penilaian dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan'stakeholders' serta mengekalkan kewibawaan guru pentaksir. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada ciri skor yang menggambarkan prestasi pelajar dalam perkara yang ditaksir. Ciri-ciri pentaksiran yang lain ialah keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Ciri-ciri ini perlu dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu instrumen pentaksiran baik dan berkualiti.
  • 7. Keobjektifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk kepada ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir memberi skor calon. Ciri keobjektifan pemberian markah/skor ini boleh dipertimbangkan dengan menyediakan skema penskoran yang objektif dan markah atau skor diselaraskan. Mekanisme ini bertujuan untuk memastikan pemeriksaan mempunyai kefahaman dan kemahiran yang terselaras antara satu sama lain. Cara ini mengurangkan perselisihan pemberian markah/skor di kalangan pemeriksa atau pentaksir. Kebolehtadbiran sesuatu ujian dan pentaksiran, ialah ciri praktik dengan merujuk kepada sejauhmana kelicinan dan kerja-kerja susulan dapat dijalankan dengan mudah dalam proses pengujian dan pentaksiran, yang dilaksanakan sama ada secara berpusat atau pentaksiran berdasarkan sekolah. Kemudahtafsiran sesuatu ujian dan pentaksiran, merujuk kepada sejauhmana ianya dapat memberi maklumat tentang calon berdasarakan skor yang diperolehi, sejauhmana ianya boleh mendiskriminasikan calon dan dapat menepati tujuan sesuatu ujian itu ditadbirkan. Kekomprehensifan sesuatu ujian dan pentaksiran merujuk kepada sejauhmana sesuatu ujian itu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Oleh kerana itu semakin banyak bilangan item, semakin lebih baik taburan perwakilan adalah lebih menyeluruh. Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian. Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak. Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur
  • 8. pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya. Penilaian boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis mengikut masa dan tujuan ujian itu diberi. Antaranya ialah penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif meliputi aktiviti mengesan kelemahan dan kekutan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan. Penilaian ini berbentuk tidak formal dan contoh-contohnya ialah seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, memeriksa hasil kerja murid dan latihan congak. Penilaian sumatif pula meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran, misalnya dalam tempoh satu penggal, tengah tahun atau segenap satu tahun. Penilaian ini lebih berbentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel, peperiksaan amali atau bertulis, skala kadar dan senarai semak. Menurut McMillan (2001). Ciri-ciri pentaksiran meliputi perkara seperti berikut: 1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan. 2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran. 3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat dihasilkan King dan Brathwaite (1991) mencadangkan beberapa keperluan untuk melaksanakan pentaksiran, antaranya ialah : 1. Latihan yang digunakan untuk pentaksiran mestilah menggunakan sampel daripada pelbagai topik dan sukatan pelajaran serta mentaksir pelbagai kemahiran. 2. Markah dibahagikan mengikut kriteria atau kemahiran yang ditaksir. 3. Guru harus mnyerahkan rekod pentaksirannya dengan buku amali kepada pemeriksa sebenar untuk disetarakan.
  • 9. 1.3 Kepentingan penilaian dan pentaksiran. Terdapat beberapa kepentingan penilaian dan pentaksiran dalam pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran memainkan peranan penting untuk menyediakan pendidikan dengan arahan atau maklumat dignostik yang berguna dan penglibatan ke arah pembelajaran yang berkesan untuk semua pelajar (Alexander dan Parsons,1991; Airasian,1997). Ia membantu dalam proses mengumpul maklumat tentang strategi dan akiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan bagaimana untuk merancang pengajaran berkesan. Kedua, penilaian dan pentaksiran penting bagi mengesan kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh pelajar, Noraini Idris (2005). Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberikan aktviti pemulihan mengikut tahap kefahaman mereka manakala bagi pelajar yang memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang, guru boleh menyediakan aktiviti penggayaan dan mereka pasti mampu meningkatkan kecemerlangan mereka. Keputusan daripada penilaian adalah penting kerana ia merupakan asas bagi menempatkan pelajar dalam sesuatu jurusan yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Ia mampu mempertingkatkan keberkesanan pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran jika jurusan tersebut sesuai dengan minat dan tahap mereka. Seterusnya, penilaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk. Maka, ia amat penting bagi guru untuk merancang suasana pembelajaran aktif di dalam kelas. Contoh penilaian yang mampu merangsang minat pelajar ialah kuiz, soal jawab, ujian bulanan, dan sebaginya mengikut kreativiti guru tersebut. Akhir sekali, penilaian dan pentaksiran sebenarnya memainkan peranan penting untuk melihat sejauh mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran diperoleh oleh pelajar pada akhir suatu program.
  • 10. NO NAMA MARKAH GRED 1 MOHD AZRI BIN MD IDRIS 76 B 2 NUR AFIFAH HAZIRAH BINTI AZMIN 80 A 3 MOHD SAFUAN BIN CHE OTHMAN 86 A 4 NOR SHARNIDA BINTI DAUD 75 B 5 NUR AISYAH BINTI ADNAN 68 C 6 NORAIN BINTI ABDULLAH 48 E 7 MOHD NASRUN BIN MUHAMAD ZAKI 63 C 8 MOHD ASYRAF ADIB BIN NORDIN 70 B 9 NORANIS LYANA BINTI ZAMBERY 90 A 10 NUR DIYANA BINTI ISMET FURMANSYAH 84 A 11 MUHAMAD FARIS AIMAN BIN MOHD ZAKI 84 A 12 MOHD SHOLEHUDDIN BIN MOHD ARIFF 84 A 13 MOHD AMIR WARDEE B MOHAMAD KAMIS 49 E 14 MOHD FAIZ BIN ABD RAHIM 56 C 15 MOHD NUR BIN MUHAMAD 52 C 16 NOR HIDAYAHNE BINTI JAMIL 65 C 17 NORAISYAH BINTI NASARUDIN 64 C 18 MOHD FAIZ BIN DAMANHURI 79 A 19 NORAZURA BINTI MOHAMAD FOAT 88 A 20 MOHD AIDIL BIN OTHMAN 85 A 21 ISMAIL BIN SAIMAN 54 C 22 ABD RAOF B IBRAHIM 45 E 23 MOHD SHAHREN B ABDULLAH 48 E 24 A. LATIF ABDULLAH 72 B 25 FUZIAH BT. ISHAK 71 B 26 ABD. KADIR B. ABD. RAHIM 70 B 27 MD. ISA B. MAN 76 B 28 HASLINA BINTI RAMLI 80 A 29 ROUSLILUDDIN BIN HJ AMBIA 82 A 30 MOHD RAZALI BIN HASHIM 82 A SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA, 70450 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN MARKAH PEPERIKSAAAN AKHIR TAHUN KEMAHIRAN HIDUP KELAS 6 BERLIAN
  • 11. Definisi mod Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah yang pelajar paling ramai memperolehnya. petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008) Data tidak berkumpul Jadual 1 : markah ujian 30 orang pelajar 76 80 86 75 68 48 63 70 90 84 84 84 49 56 52 65 64 79 88 85 54 45 48 72 71 70 76 80 82 82 Mod / Kekerapan 45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80, 82, 82, 84, 84, 84, 85, 86, 88, 90 = 84 Berdasarkan gambar rajah 1, saya mendapati bahawa mod atau kekerapan markah ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian ialah 84. Hal ini kerana kekerapan murid yang mendapat markah tersebut paling tinggi berbanding dengan markah yang lain. Selang kelas Selang kelas bagi markah-markah ujian 30 orang murid tahun 6 Berlian akan ditentukan berdasarkan kaedah berikut. Hal ini akan menentukan selang kelas yang paling sesuai untuk diletakkan di dalam jadual. = 90-45 = 45 ÷ 5 = 9 ( selang kelas ialah 5, dan akan ada 9 baris colum di dalam jadual )
  • 12. Data berkumpul Jadual 2 : markah ujian 30 orang murid dalam bentuk jadual Selang Gundalan Kekerapan 45-49 4 50-54 2 55-59 1 60-64 2 65-69 2 70-74 4 75-79 3 80-84 7 85-89 3 90-94 1 Kekerapan paling tinggi = 7 Mod = ( 80-84) Berdasarkan maklumat di dalam gambar rajah 2, saya telah mendapati bahawa mod atau kekerapan markah ujian kemahiran hidup 30 orang murid di dalam kelas 6 Berlian ialah di selang kelas 80-84. Hal ini kerana kekerapan yang direkodkan ialah yang paling tinggi iaitu sebanyak 7 kali.
  • 13. Definsi median Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor, misalnya markah tengah bagi set markah ujian mingguan. petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008) Median data tidak berkumpul Jadual 3 : susunan ujian markah 30 orang murid 45, 48, 48, 49, 52, 54, 56, 63, 64, 65, 68, 70, 70, 71, 72, 75, 76, 76, 79, 80, 80, 82, 82, 84, 84, 84, 85, 86, 88, 90 Kaedah penyelesaian : = 72 + 75 2 = 63 Berdasarkan gambar rajah 3, saya telah memperoleh median markah untuk ujian kemahiran hidup tahun 6 Berlian yang telah di jalankan. Cara-cara untuk mendapatkan median ialah dengan menyusun dahulu markah murid dari rendah kepada tinggi kemudian cari markah yang ditengah-tengah. Selepas itu, bahagi dua dan saya mendapati bahawa median markah ialah 63.
  • 14. Median data berkumpul W f cf- LMedian med p2 N L = had bawah jeda kelas median cfp = jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak melibatkan kekerapan median kelas Fmed = kekerapan median W = keluasan jedia kelas median (had atas kelas – had bawah kelas) N = jumlah bilangan kekerapan L = 69.5 cfp = 11 Fmed = 4 (median berada pada selang kelas 70-74) W = 5 N = jumlah kekerapan bahagi 2 = 30 2 =15 Median = 69.5 + (15 – 11) ( 5 ) 4 = 75.5 Berdasarkan formula median yang telah digunakan, saya memperoleh median untuk markah ujian kelas 6 Berlian bagi subjek kemahiran hidup ialah 75.5. Setiap satu formula di di masukkan untuk mendapatkan jawapan.
  • 15. Definisi mean Min ialah purata sesuatu set data/skor, misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan. Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. petikan daripada buku OUM: Statistik asas (2008) Mean data tidak berkumpul Min = jumlah markah Jumlah murid = 45 + 48 + 48 + 49 + 52 + 54 + 56 + 63 + 64 + 65 + 68 + 70 + 70 + 71 + 72 + 75 + 76 + 76 + 79 + 80 + 80 + 82 + 82 + 84 + 84 + 84 + 85 + 86 + 88 + 90 30 = 69.23 Berdasarkan formula untuk mencari min, saya telah mendapat min bagi markah Ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Min bagi ujian tersebut ialah 69.23. cara- cara untuk mendapatkan min ialah dengan menambah jumlah keseluhuran markah ujian dan seterusnya dibahagikan kepada jumlah murid yang mengambil ujian tersebut.
  • 16. Mean data berkumpul Jadual 3 : mean data berkumpul markah ujian untuk 30 orang murid Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x ) 45-49 4 47 188 50-54 2 52 104 55-59 1 57 57 60-64 2 62 124 65-69 2 67 134 70-74 4 72 288 75-79 3 77 231 80-84 7 82 574 85-89 4 87 261 90-94 1 92 92 N X N 1i i = jumlah F (x) 30 = 2053 30 = 68.43 2053
  • 17. Sisihan Piawai Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang popular. Didalam penggunaan sebagai entiti yang berasingan atau sebagai sebahagian analisis lain seperti pengiraan selang keyakinan dan juga didalam pengujian hipotesis.Sisihan piawai ialah punca kuasadua varian. Sisihan piawai populasi ditandakan sebagai , dan dikira sebagaimana berikut: N )-(X 2 2 Jika skor Z negatif, maka nilai kasar (X) adalah di bawah min dan sebaliknya. Jadual 4 : jadual sisihan piawai untuk markah 30 orang murid Selang Gundalan Kekerapan Midpoint F ( x ) (X)² F (x)² 45-49 4 47 188 16 64 50-54 2 52 104 4 8 55-59 1 57 57 1 1 60-64 2 62 124 4 8 65-69 2 67 134 4 8 70-74 4 72 288 16 64 75-79 3 77 231 9 27 80-84 7 82 574 49 343 85-89 4 87 261 16 64 90-94 1 92 92 1 1 30 2053 120 588
  • 18. Jadual 5 : jadual pengiraan sisihan piawai bagi markah 30 orang murid x l x- X l ( x – X )² 45 23.43 596.8249 48 20.43 417.3849 48 20.43 417.3849 52 16.43 269.9449 54 14.43 208.2249 56 12.43 152.889 63 5.43 29.4849 64 4.43 19.6249 65 3.43 11.7649 68 0 0 70 1.57 2.4649 70 1.57 2.4649 71 2.57 6.6049 72 3.57 12.7749 75 6.57 43.1649 76 7.57 57.3049 76 7.57 57.3049 79 10.57 111.7249 80 11.57 133.8649 80 11.57 133.8649 82 13.57 184.1449 82 13.57 184.1449 84 15.57 242.4249 84 15.57 242.4249 84 15.57 242.4249 85 16.57 274.5649 86 17.57 308.7049 88 19.57 382.9849 90 21.57 465.2649 2053 341.7 5212.1412
  • 19. N )-(X 2 2 = 5212.1412 30 = 173.73 = 13.18 Berdasarkan formula untuk mencari sisihan piawai, saya telah mendapat min bagi markah ujian Kemahiran Hidup kelas 6 Berlian. Sisihan piawai bagi ujian tersebut ialah 13.18. cara-cara untuk mendapatkan Sisihan paiwai telah dinyatakan dalam rumus di atas. Di dapato bahawa nilai sisihan piawai markah bagi 30 orang murid tahun 6 berlian di dalam subjek Kemahiran Hidup ialah besar. Hal ini menunjukkan bahawa purata perbezaan markah antara murid bagi subjek Kemahiran Hidup ini ialah besar. Markah yang paling tinggi dengan markah yang paling rendah jauh jurangnya. Oleh itu, soalan bagi ujian ini boleh dikatakan sesuai kerana ada murid yang boleh menjawab dan ada juga yang gagal untuk menjawabnya.
  • 20. Gambar rajah 1: histogram markah ujian 30 orang murid Gambar rajah 1 menunjukkan sebuah graf histogram . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk histogram. Markah paling kerap murid perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( kuning ) iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( coklat ) dan 90-94 ( hijau) iaitu sebanyak 1 kali kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf histogram antara selang kelas adalah dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85- 89 90-94 kekerapan selang kelas Histogram markah ujian akhir tahun subjek kemahiran hidup
  • 21. Gambar rajah2 : poligon ujian markah 30 orang murid Gambar rajah 2 menunjukkan sebuah graf poligon . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk poligon. Markah paling kerap murid perolehi ialah pada selang kelas 80-84 iaitu sebanyak 7. Manakala markah paling sedikit murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 dan 90-94 iaitu sebanyak 1 kali kekerapan. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa graf poligon antara selang kelas adalah dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Bentuk poligon juga adalah dalam keadaan sekata. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 37 42 47 52 57 62 67 72 77 82 87 92 97 kekerapan selang kelas Graf poligon markah ujian akhir tahun subjek kemahiran hidup
  • 22. Gambar rajah 3: carta pai ujian markah 30 orang murid Gambar rajah 3 menunjukkan sebuah carta pai . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk carta pai. Markah paling kerap murid perolehi ialah pada selang kelas 80-84 ( hijau ) iaitu sebanyak 22%. Manakala markah paling sedikit murid perolehi ialah pada selang kelas 50-54 ( kuning) dan 90-94 ( merah) iaitu sebanyak 3%. Secara keseluhurannya, boleh dilihat bahawa carta pai antara selang kelas adalah dalam keadaan normal dan tidak terlalu jauh jurang bezanya. Terdapat 3 selang kelas yang sama peratusannya iaitu pada selang kelas 45-49, 55-59 dan 70-74 iaitu 6%. 13% pula merupakan selang kelas 40-44 dan 65- 69. Manakala 9 % ialah selang kelas 75-79 dan 85-59 dan terdapat juga peratusan 10% iaitu pada selang kelas 70-74. 13% 6% 3% 6% 6% 13% 10% 9% 22% 9% 3% Carta pai markah ujian akhir tahun subjek kemahiran hidup 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85- 89 90-94
  • 23. Jadual 6 : Jadual data untuk graf orgive 30 orang murid Selangkelas Gundalan Kekerapan Titiktengah Kekerapanterkumpul 45-49 4 47 4 50-54 2 52 6 55-59 1 57 7 60-64 2 62 9 65-69 2 67 11 70-74 4 72 15 75-79 3 77 18 80-84 7 82 25 85-89 4 87 29 90-94 1 92 30
  • 24. Gambar rajah 4: graf orgive ujian markah 30 orang murid 0 5 10 15 20 25 30 35 39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5 kekerapanterkumpul markah ujian Graf orgive markah ujian akhir tahun subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian
  • 25. Gambar rajah 5: persentil orgive untuk markah 30 orang murid 0 5 10 15 20 25 30 35 39.5 44.5 49.5 54.5 59.5 64.5 69.5 74.5 79.5 84.5 89.5 94.5 kekerapanterkumpul markah ujian Graf orgive markah ujian akhir tahun subjek kemahiran hidup tahun 6 Berlian 23 8 15
  • 26. Analisis persentil graf 1. Persentil ¼ x 30 = 8 Nilai pada paksi x = 57 2. Persentil ½ x 30 = 15 Nilai pada paksi x = 70 3. Persentil ¾ x 30 = 23 Nilai pada paksi x = 80 Gambar rajah 5 menunjukkan sebuah orgif dan persentil . Berdasarkan markah ujian 30 orang murid, markah setiap murid telah diterjemahkan dalam bentuk orgif. Melalui kekerapan terkumpul maka terhasil graf orgif dengan puncak paling tinggi ialah pada kekerapan terkumpul 30. Persentil ¼diperolehi memalui garisan pada graf orgif dengan nilainya ialah 57. Manakala persentil ½ pula nilainya ialah 70. Akhir sekali pada persentil ¾ nilai pada paksi x menunjukkan nilai iaitu 80. Maka melalui graf orgif juga kita akan memperolehi persentil dengan melukis garisan pada graf. Kesimplannya, nilai persentil antara ketiga-tiga tidak terlalu jauh dan ini menunjukkan bahawa markah ujian berada dalam keadaan normal dan soalan ujian juga adalah sesuai untuk murid menjawabnya.
  • 27. Rumusan Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Guru berperanan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid-murid dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan melaksanakan penilaian serta merekod segala maklumat yang diperolehi dan mengadakan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
  • 28. BIBLIOGRAFI Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall. Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5th Ed). New York: HarperCollins. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. http://adamayu.blogspot.com/2010/04/ciri-ciri-pentaksiran.html http://gurumanikha05.blogspot.com/2010/01/interaksi-minggu-1-pengertian- konsep.html