SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



  Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas
              Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah
                          Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

                                              Abstrak

Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini mendapat tempat oleh semua pihak. Penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan
matematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan
membosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekurangan
jika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan
perisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasi
kesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan. Kajian ini dijalankan berpandukan reka
bentuk kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos.
Perisian yang dibangunkan merupakan kaedah rawatan yang digunakan berikutan kelebihannya dalam
pendidikan yang mampu memberi kesan ingatan dalam tempoh yang panjang. Pembangunan perisian ini
melibatkan elemen multimedia dan visual yang mampu menarik perhatian pelajar yang lemah untuk
menerokai dan mengikuti proses pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran. Perisian ini telah
diimplimentasikan serta diuji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar selepas mengikuti
pembelajaran bagi Tajuk Pecahan berbantukan perisian yang dibangunkan. Hasil penggunaan perisian
ini, di dapati pencapaian pelajar meningkat dan seterusnya kesilapan pelajar dalam tajuk Pecahan
dapat diatasi.


Abdul Rahman, K. A. & Abu Samah, N. (2011). Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47.



Pengenalan
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak
mereka. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia iaitu mewajibkan semua kanak-kanak dan remaja
mendapat pendidikan di sekolah. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah
untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajar
berkeperluan khas. Malah golangan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turut
serta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah Pendidikan
Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian.
Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan
kemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untuk
pelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan,
pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal.

Menurut Mohd Dan (2007), dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar berkeperluan
khas, silibus yang digubal tidak sama sekali berbeza dengan pelajar normal dari segi penekanan terhadap
perkembangan emosi, rohani, jasmani dan intelek, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun
begitu, dalam mendidik pelajar berkeperluan khas sememangnya berbeza dengan pelajar normal dari segi
penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah.

                                                  39
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai masalah kurang upaya menyebabkan perlunya modul atau
latihan khas untuk kanak-kanak istimewa (Lokman et al, 2001). Proses pembelajaran sama ada aktiviti di
dalam dan luar bilik darjah memerlukan perancangan yang teliti kerana golongan ini memerlukan
pemerhatian dan ketelitian oleh guru. Pada dasarnya, pendidik yang terlibat dengan golongan
berkeperluan khas ini perlu menghasilkan aktiviti-aktiviti atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
kepelbagaian ketidakupayaan yang dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya.

Di samping itu, penggunaan komputer dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Walau
bagaimanapun, penggunaannya lebih tertumpu kepada pelajar normal dengan tujuan meningkatkan
prestasi pembelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah tersebut. Hal ini
menyebabkan pelajar berkeperluan khas berasa tersisih dan kurang bermotivasi untuk belajar. Tambahan
pula, penggunaan perisian dalam pembelajaran terutamanya dibina mengikut silibus mata pelajaran yang
melibatkan subtopik yang banyak dan pelbagai. Hal ini menjadi bebanan kepada pelajar berkeperluan
khas kerana mereka mempunyai kesukaran untuk menerima input yang banyak dalam satu masa. Oleh
kerana perisian pembelajaran mampu memberi kesan positif ke atas pembelajaran Matematik, beberapa
pengkaji (Mohd Salleh & Chuen, 2002; Bushro & Zaman, 2008) telah menjalankan kajian terhadap
penggunaannya di sekolah. Oleh sebab itu juga, kajian terhadap penggunaan perisian di kalangan pelajar
berkeperluan khas perlu dijalankan bagi memastikan keseimbangan dalam pendidikan yang bukan sahaja
untuk pelajar normal, malah untuk pelajar berkeperluan khas berikutan mereka juga mengikuti silibus
yang sama.

Pernyataan Masalah
Pelajar berkeperluan khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama dengan pelajar normal. Mereka
menerima dan memproses input pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan
dengan pelajar normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal lama dalam ingatan pelajar ini.
Selain itu, pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada setiap pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang mereka
diikuti. Oleh kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar berkeperluan khas ini
mempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesan daripada perasaan
sebegini membuatkan pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan
lebih gemar untuk bersendirian.

Hal yang demikian juga menyebabkan pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam mempelajari
Matematik. Matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untuk
difahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan pelajar. Hal ini membuatkan pemikiran pelajar diracuni
dengan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran matematik dan seterusnya melahirkan sikap
kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun (Norazrena & Shaharuddin, 2011).
Tambahan pula, pengetahuan yang sedikit dalam mata pelajaran matematik memberi impak kepada
pelajar di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar dan semakin abstrak (Azrul Fahmi &
Marlina, 2007).

Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua pelajar dan golongan
termasuk pelajar berkeperluan khas. Masalah yang melibatkan matematik tidaklah hanya wujud pada
pelajar normal sahaja tetapi juga kepada pelajar berkeperluan khas. Dengan kepelbagaian kekurangan
yang dimiliki oleh golongan pelajar berkeperluan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salah
berkaitan matematik membuatkan pelajar-pelajar ini berasa begitu tertekan serta ketinggalan dalam ilmu
matematik.



                                                  40
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                         Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Oleh yang demikian, perisian matematik barkaitan tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
dibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta
Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), penggunaan elemen multimedia dan visual dalam pembelajaran
mampu membuatkan pelajar yang lemah tertarik, berminat dan berusaha untuk belajar dengan menerokai
dan mengikuti proses pembelajaran. Tambahan pula, elemen multimedia dan visual membuatkan pelajar
yang lemah meningkatkan ingatannya terhadap maklumat yang diproses. Gabungan teks, grafik, audio
dan sebagainya berupaya mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses penerimaan maklumat dan
membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna dengan mempengaruhi perasaan dan
emosi penggunanya (Jamalludin & Zaidatun, 2003).

Objektif
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar
berkeperluan khas. Seterusnya, keberkesanan perisian yang dibangunkan diuji terhadap pencapaian
pelajar serta kesilapan yang mereka lakukan dalam Tajuk Pecahan.

Metodologi Kajian
Secara keseluruhannya kajian ini merupakan kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan
ujian pre, rawatan dan ujian pos. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan pembangunan
perisian Matematik bagi tajuk pecahan yang dibuat terhadap kemahiran pelajar berdasarkan pencapaian
ujian pre dan ujian pos mereka. Pada peringkat permulaan temubual dilakukan kepada guru matapelajaran
matematik yang mengajar pelajar pendidikan khas. Seterusnya isi kandungan dan aktiviti pembelajaran
didokumenkan untuk pembangunan perisian Matematik. Perisian yang telah dibangunkan diaplikasikan
pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian pre dan ujian pos dilakukan terhadap pelajar
untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian terhadap pelajar pendidikan khas dari segi pencapaian
mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Di samping itu, kesilapan yang mereka
lakukan dalam ujian tersebut dianalisis untuk didokumentasikan.

Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pendidikan khas yang mengajar subjek matematik dan
seramai 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden kajian. Pengguna yang dipilih
merupakan pelajar pendidikan khas kategori masalah pembelajaran yang mempelajari tajuk Pecahan.
Melalui pembelajaran pecahan, pelajar diharap dapat memahami perwakilan pecahan, pecahan setara
serta operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan pecahan. Melalui proses pembelajaran ini juga,
diharap pelajar menguasai konsep asas pecahan dan mampu menyelesaikan masalah melibatkan pecahan.
Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS 16.0 bagi menjalankan ujian t sampel
berpasangan. Di samping itu, skrip jawapan pelajar dianalisa bagi mengenal pasti dan membandingkan
kesilapan yang mereka lakukan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Kemudian, markah
dan kesilapan pelajar dalam kedua-dua ujian direkodkan dan dirumuskan.

Tajuk dan isi kandungan merupakan elemen yang menjadi keutamaan dalam membangunkan perisian
Matematik. Tahap keupayaan pelajar disesuaikan dengan tajuk pembelajaran yang dibangunkan untuk
menghasilkan integrasi yang seimbang antara tahap pelajar dengan kemahiran yang diikuti. Disamping
pemilihan isi kandungan, objektif pembelajaran juga dinyatakan pada peringkat awal pembelajaran iaitu
di halaman utama perisian (rujuk Rajah 1) supaya pengguna memahami tujuan pembelajaran berasaskan
perisian ini. Pembelajaran dalam perisian ini adalah ringkas dan jelas bagi mengelakkan beban kognitif
(cognitive load) berikutan tahap kognitif pelajar berkeperluan khas adalah lebih rendah berbanding
pelajar normal. Rajah 2 merupakan antara muka halaman pembelajaran dalam perisian yang dibangunkan.




                                                 41
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                          Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai alat pengarang.
Bagi membangunkan sistem yang memenuhi keperluan pengguna, pembangun memilih untuk
membangunkan perisian yang mempunyai elemen-elemen visual dan audio dalam mempersembahkan
maklumat yang membolehkan pengguna memproses maklumat dengan lebih cepat, kekal lama dan
meningkatkan tahap pembelajaran (Shaharuddin & Ahmad Khairi, 2011). Selain itu sistem ini
dibangunkan dengan elemen multimedia dimana elemen ini mampu menarik perhatian dan minat
pengguna untuk menerokai sehingga tamat dan berupaya mempengaruhi motivasi pengguna terhadap
proses penerimaan maklumat (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Hal ini turut disokong oleh Rahayu dan
Maria (2010) yang berpendapat bahawa elemen multimedia dan elemen visual merupakan kaedah
penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan media yang dinamik dan efektif dalam
menyampaikan sesuatu maklumat.




      Rajah 1        Halaman Utama Perisian              Rajah 2 Halaman Pembelajaran Pecahan

Dapatan Kajian
Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pelajar pendidikan khas yang terlibat, didapati pencapaian
mereka dalam Tajuk Pecahan meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Jadual
1 menunjukkan markah pelajar dalam ujian pencapaian 1 dan 2.

                Jadual 1        Markah Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2

              Pelajar               Ujian Pencapaian 1 (%)           Ujian Pencapaian 2 (%)

                 A                              0                                87
                 B                              0                                87
                 C                             33                                53
                 D                             13                                93
                 E                              0                                40
                 F                              0                                100
                 G                             19                                100
                 H                             10                                100
                 I                              0                                83

                                                    42
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                             Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Kemudian, pengkaji menjalankan Ujian T Sampel Berpasangan terhadap markah pelajar dalam Ujian
Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Ujian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan
antara markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 (Ujian1) dan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 2
(Ujian2). Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan keputusan daripada Ujian T Sampel Berpasangan
yang telah dijalankan menggunakan perisian SPSS 16.0.

                             Jadual 2         Statistik Sampel Berpasangan

                                                                                  Purata Sisihan
                                    Purata            N          Sisihan Piawai      Piawai
        Pasangan 1     Ujian1         8.33            9             11.694              3.898
                       Ujian2       82.56             9             21.640              7.213


                           Jadual 3            Korelasi Sampel Berpasangan

                                                             N         Korelasi     Sig.
                Pasangan 1        Ujian1 &Ujian2             9          -.165       .672


                              Jadual 4          Ujian Sampel Berpasangan

                                                      Perbezaan Berpasangan

                                          Purata 95% Selang Kepercayaan
                                  Sisihan Sisihan    bagi Perbezaan                              Sig.
                         Purata   Piawai Piawai Bawah           Atas                t      df (2-hujung)
  Pasangan 1 Ujian1
                        -74.222 26.238        8.746       -94.391       -54.054   -8.486 8         .000
             Ujian2


Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam ujian tersebut, markah dalam Ujian Pencapaian 1 dan
markah dalam Ujian Pencapaian 2 adalah signifikan kerana nilai p iaitu 0.000 adalah lebih kecil daripada
nilai alpha, 0.05. Di samping itu, Eta kuasa dua yang diperoleh berdasarkan keputusan Ujian T Sampel
Berpasangan adalah 0.9. Menurut Cohen (1988) nilai ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar
berikutan penggunaan perisian terhadap perbezaan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Di
samping itu, pengkaji turut menganalisa setiap skrip jawapan pelajar bagi mengenal pasti kesilapan yang
dilakukan mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Jadual 5 menujukkan rumusan kesilapan yang
dilakukan pelajar dalam tajuk pecahan.




                                                      43
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                          Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



                    Jadual 5        Rumusan Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar

Bil.        Jenis Kesilapan              Contoh Soalan                    Contoh Kesilapan

 1.     Gagal dalam memahami       Senaraikan 3 pecahan yang            1
        pecahan setara             setara dengan ½.              1. 3     =4
                                                                        2
                                                                 2. 1÷2 = 4
 2.     Kesilapan dalam                                                               8
        perwakilan pecahan                                       Pelajar menjawab
                                                                                       12
                                                                 di mana 8 merupakan jumlah
                                                                 kawasan yang berlorek dan 12
                                                                 merupakan jumlah kawasan yang
                                                                 tidak berlorek.
                                   Pecahan yang mewakili
                                   kawasan yang berlorek
                                   ialah.
 3.     Gagal memahami                          2   1              21      55
        pecahan                    Selesaikan     +              + 34     + 34
                                                3   4
                                                                   55      89

 4.     Kesilapan dalam                         3   1            3   1   3
        operasi penambahan         Selesaikan     +                +   =
                                                4   4            4   4   2
        pecahan
                                                                 3   1   4
                                                                   +   =
                                                                 4   4   8
 5.     Kesilapan dalam                         5 1                     5 1    4
        operasi penolakan          Selesaikan    –               1.      –  =
                                                6 3                     6 3    3
        pecahan
                                                                        5 1   4 3 2 1
                                                                 2.      –  = – –   =
                                                                        6 3   6 4 3 2
                                                                        5 1   4 3 1
                                                                 3.      –  = – =
                                                                        6 3   3 3 3

Di samping itu, skrip jawapan juga dianalisa bagi mengenal pasti sama ada kesilapan tersebut telah atau
tidak diatasi setelah belajar menggunakan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar
berkeperluan khas. Jadual 6 menunjukkan pelajar yang melakukan kesilapan dalam Ujian Pencapaian 1
dan Ujian Pencapaian 2.




                                                   44
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                 Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



                  Jadual 6          Rumusan Kesilapan Pelajar

                                                      Pelajar Terlibat
Bil.         Jenis Kesilapan

                                        Ujian Pencapaian 1      Ujian Pencapaian 2

1.     Gagal memahami pecahan                 Pelajar A                  (diatasi)
2.     Gagal memahami pecahan                 Pelajar A                  (diatasi)
       setara                                 Pelajar B                  (diatasi)
                                              Pelajar D                  (diatasi)
                                              Pelajar E                  (diatasi)
                                              Pelajar F                  (diatasi)
3.     Kesilapan dalam perwakilan             Pelajar A                  (diatasi)
       pecahan                                Pelajar B                  (diatasi)
                                              Pelajar C                  (diatasi)
                                              Pelajar E                  (diatasi)
                                              Pelajar F                  (diatasi)
                                              Pelajar G                  (diatasi)
                                              Pelajar H                  (diatasi)
                                              Pelajar I                  (diatasi)
4.     Kesilapan dalam operasi                Pelajar A                 (diatasi)
       penambahan pecahan                     Pelajar B                 (diatasi)
                                              Pelajar C                 Pelajar C
                                              Pelajar D                 (diatasi)
                                              Pelajar E                 Pelajar E
                                              Pelajar F                 (diatasi)
                                              Pelajar G                 (diatasi)
                                              Pelajar H                 (diatasi)
                                              Pelajar I                 (diatasi)
5.     Kesilapan dalam operasi                Pelajar A                 (diatasi)
       penolakan pecahan                      Pelajar B                 Pelajar B
                                              Pelajar C                 Pelajar C
                                              Pelajar D                 (diatasi)
                                              Pelajar E                 Pelajar E
                                              Pelajar F                 (diatasi)
                                              Pelajar G                 (diatasi)
                                              Pelajar H                 (diatasi)
                                              Pelajar I                 Pelajar I

                                         45
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                           Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Perbincangan
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, prestasi semua pelajar telah meningkat setelah belajar
menggunakan perisian yang dibangunkan. Terdapat juga di antara mereka yang memperoleh markah
penuh dalam Ujian Pencapaian 2 walaupun gagal memperoleh sebarang markah dalam Ujian Pencapaian
1. Hal ini membuktikan bahawa mereka mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajar
menggunakan perisian multimedia yang dibangunkan. Hal tersebut menyokong dapatan yang diperolehi
oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) di mana
teknologi terutama Perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran
matematik. Kaedah rawatan yang diberikan ini memberikan kesan yang positif seperti yang diharapkan
dimana setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada Ujian Pencapaian 1 dapat diatasi pada Ujian
Pencapaian 2. Keberkesanan perisian yang dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan audio
mampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang sedang
diikuti. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang melakukan kesilapan yang sama kerana
kelalaian pelajar semasa proses pembelajaran. Tambahan pula masa pembelajaran yang singkat
menyebabkan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini gagal menguasai sepenuhnya pembelajaran yang
diikuti.

Penutup
Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas telah berjaya dibangunkan.
Perisian yang telah dibangunkan ini menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 serta
menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio bagi menyediakan
medium pembelajaran yang menarik dan efektif. Walaupun perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar
berkeperluan khas, namun perisian ini juga sesuai digunakan dalam penerapan konsep asas pecahan
dikalangan pelajar normal. Pembangun berharap agar perisian ini dapat membantu guru-guru dalam
menerapkan pemahaman berkaitan tajuk pecahan kepada pelajar. Pembangun juga berharap agar perisian
ini dapat membantu pelajar dalam menguasai dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam
pembelajaran Pecahan. Seterusnya, diharapkan agar pembangunan perisian ini dapat mengatasi masalah
kesukaran dan kesilapan yang berlaku dalam tajuk Pecahan.

Rujukan
Abu Samah, N. dan Md Salleh, S. (2011). Laman Web Matematik bagi tajuk Kebarangkalian
       berpandukan Sembilan Aspek Pengajaran Gagne dan Teori Perlaziman Operan. Jurnal Teknologi
       Pendidikan Malaysia, 1(1), 63-73.
Azrul Fahmi Ismail dan Marlina Ali (2007). Analisis Kesilapan dalam Tajuk Ungkapan Algebra di
       kalangan Pelajar Tingkatan Empat. UTM. Tesis Sarjana Muda.
Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik
       Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia,
       5, 41-63.
Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd Edition ed.): Hillsdale, N.J.
       : L. Erlbaum Associates.
Jamalludin Harun dan Zaida Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS Publication: Bentong.
Jamalludin Harun dan Siti Nurulwahida Zainal Abidin (2010). Pembangunan Modul Pembelajaran
       Berbantukan Video Interaktif Bagi Pembelajaran Pengaturcaraan Visual Basic Berdasarkan
       Pendekatan Projek. http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 28 Julai 2007).
Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa dan Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009). Pendidikan Teknik
       Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Jil. 24), 73–
       87.



                                                   46
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia
                                        Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011



Marzita Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Mohd Dan Yusof. (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof.
Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen (2002). Analisis Keberkesanan Penggunaan Perisian
        Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Pendekatan Penggabungan Pemikiran
        Visualisasi dan Analisis. Jurnal Teknologi Keluaran Khas, 36 (E), 75-86.
Noveandini, R. dan Wulandari, M. S. (2010). Pemanfaatan media pembelajaran secara online (e-
        learning) Bagi wanita karir dalam upaya meningkatkan efektivitas dan Fleksibilitas pemantauan
        kegiatan belajar anak siswa/i Sekolah dasar. Paper presented at the Seminar Nasional Aplikasi
        Teknologi Informasi 2010 (SNATI 2010).
Shaharuddin Md Salleh dan Ahmad Khairi Mohd Ali (2011). Pembangunan Web E-Pembelajaran
        Menggunakan Elemen Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori
        Konstruktivisme Sosial.




                                                 47

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik Jerry Jessy
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikYee Chin
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )Mohd Norrazli Md Rasdi
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3Kamal Ludin
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabHamidah Samsiah
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikFarah Waheeda
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiZarah Ahmad
 

Was ist angesagt? (19)

Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
kajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematikkajian-tindakan-matematik
kajian-tindakan-matematik
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Kajian tindakan03
Kajian tindakan03Kajian tindakan03
Kajian tindakan03
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas DarabMeningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
Meningkatkan Kemahiran Fakta Asas Darab
 
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP MatematikPenggunaan ICT dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT dalam PDP Matematik
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 

Ähnlich wie Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas

Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimediamalikkiomar
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11izz appeton
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikanAIC
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatfaiza mohdzuki
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010byin85
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044mrsakmar
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranShamsuri Sham
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 

Ähnlich wie Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas (20)

Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
Masalah guru pendidikan_khas_program_integrasi_dalam_pengajaran_dan_pembelaja...
 
Jurnal multimedia
Jurnal multimediaJurnal multimedia
Jurnal multimedia
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
penyelidiikan
penyelidiikanpenyelidiikan
penyelidiikan
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
 
Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010Jss 2011-3-010
Jss 2011-3-010
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnalKpt 6044 –tugasan1.jurnal
Kpt 6044 –tugasan1.jurnal
 
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Cth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaranCth komen jurnal e pembelajaran
Cth komen jurnal e pembelajaran
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Ppt kpt6043
Ppt kpt6043Ppt kpt6043
Ppt kpt6043
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 

Mehr von huda hamdan

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumhuda hamdan
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelahuda hamdan
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchithuda hamdan
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal munhuda hamdan
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihhuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr matehuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakanhuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guruhuda hamdan
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guruhuda hamdan
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruhuda hamdan
 

Mehr von huda hamdan (20)

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulum
 
Kajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazelaKajian tindakan huda fazela
Kajian tindakan huda fazela
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal mun
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guru
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
 
Utusan malaysia
Utusan malaysiaUtusan malaysia
Utusan malaysia
 

Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas

  • 1. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Penggunaan teknologi dalam pendidikan kini mendapat tempat oleh semua pihak. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dipercayai mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan matematik serta mampu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik yang dianggap sukar dan membosankan. Kesukaran ini lebih dirasai oleh pelajar berkeperluan khas yang mempunyai kekurangan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan perisian matematik bagi tajuk Pecahan terhadap pencapaian dan keberkesanannya dalam mengatasi kesilapan pelajar berkeperluan khas dalam tajuk Pecahan. Kajian ini dijalankan berpandukan reka bentuk kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Perisian yang dibangunkan merupakan kaedah rawatan yang digunakan berikutan kelebihannya dalam pendidikan yang mampu memberi kesan ingatan dalam tempoh yang panjang. Pembangunan perisian ini melibatkan elemen multimedia dan visual yang mampu menarik perhatian pelajar yang lemah untuk menerokai dan mengikuti proses pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran. Perisian ini telah diimplimentasikan serta diuji keberkesanannya terhadap pencapaian pelajar selepas mengikuti pembelajaran bagi Tajuk Pecahan berbantukan perisian yang dibangunkan. Hasil penggunaan perisian ini, di dapati pencapaian pelajar meningkat dan seterusnya kesilapan pelajar dalam tajuk Pecahan dapat diatasi. Abdul Rahman, K. A. & Abu Samah, N. (2011). Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 39-47. Pengenalan Adalah menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini selari dengan dasar kerajaan Malaysia iaitu mewajibkan semua kanak-kanak dan remaja mendapat pendidikan di sekolah. Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terkecuali kepada golongan kurang upaya atau pelajar berkeperluan khas. Malah golangan berkeperluan khas ini diberi penekanan dan bimbingan untuk turut serta dalam pendidikan dinegara ini. Pernyataan ini disokong dengan kewujudan Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah harian. Bahagian Pendidikan Khas melalui Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha untuk meningkatkan kemampuan pelajar berkeperluan khas dengan menyedia dan merangka perkhidmatan pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas yang mempunyai beberapa kategori iaitu masalah pendengaran, penglihatan, pembelajaran, autisme, down syndrom dan masalah akal. Menurut Mohd Dan (2007), dalam usaha mendidik dan meningkatkan keupayaan pelajar berkeperluan khas, silibus yang digubal tidak sama sekali berbeza dengan pelajar normal dari segi penekanan terhadap perkembangan emosi, rohani, jasmani dan intelek, selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, dalam mendidik pelajar berkeperluan khas sememangnya berbeza dengan pelajar normal dari segi penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kemudahan yang disediakan di sekolah-sekolah. 39
  • 2. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai masalah kurang upaya menyebabkan perlunya modul atau latihan khas untuk kanak-kanak istimewa (Lokman et al, 2001). Proses pembelajaran sama ada aktiviti di dalam dan luar bilik darjah memerlukan perancangan yang teliti kerana golongan ini memerlukan pemerhatian dan ketelitian oleh guru. Pada dasarnya, pendidik yang terlibat dengan golongan berkeperluan khas ini perlu menghasilkan aktiviti-aktiviti atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kepelbagaian ketidakupayaan yang dialami oleh pelajar di bawah bimbingannya. Di samping itu, penggunaan komputer dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, penggunaannya lebih tertumpu kepada pelajar normal dengan tujuan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar berkeperluan khas berasa tersisih dan kurang bermotivasi untuk belajar. Tambahan pula, penggunaan perisian dalam pembelajaran terutamanya dibina mengikut silibus mata pelajaran yang melibatkan subtopik yang banyak dan pelbagai. Hal ini menjadi bebanan kepada pelajar berkeperluan khas kerana mereka mempunyai kesukaran untuk menerima input yang banyak dalam satu masa. Oleh kerana perisian pembelajaran mampu memberi kesan positif ke atas pembelajaran Matematik, beberapa pengkaji (Mohd Salleh & Chuen, 2002; Bushro & Zaman, 2008) telah menjalankan kajian terhadap penggunaannya di sekolah. Oleh sebab itu juga, kajian terhadap penggunaan perisian di kalangan pelajar berkeperluan khas perlu dijalankan bagi memastikan keseimbangan dalam pendidikan yang bukan sahaja untuk pelajar normal, malah untuk pelajar berkeperluan khas berikutan mereka juga mengikuti silibus yang sama. Pernyataan Masalah Pelajar berkeperluan khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama dengan pelajar normal. Mereka menerima dan memproses input pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan pelajar normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal lama dalam ingatan pelajar ini. Selain itu, pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang mereka diikuti. Oleh kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, pelajar berkeperluan khas ini mempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri. Kesan daripada perasaan sebegini membuatkan pelajar-pelajar ini cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan lebih gemar untuk bersendirian. Hal yang demikian juga menyebabkan pelajar berkeperluan khas mempunyai masalah dalam mempelajari Matematik. Matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untuk difahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan pelajar. Hal ini membuatkan pemikiran pelajar diracuni dengan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran matematik dan seterusnya melahirkan sikap kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran ini dengan tekun (Norazrena & Shaharuddin, 2011). Tambahan pula, pengetahuan yang sedikit dalam mata pelajaran matematik memberi impak kepada pelajar di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar dan semakin abstrak (Azrul Fahmi & Marlina, 2007). Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua pelajar dan golongan termasuk pelajar berkeperluan khas. Masalah yang melibatkan matematik tidaklah hanya wujud pada pelajar normal sahaja tetapi juga kepada pelajar berkeperluan khas. Dengan kepelbagaian kekurangan yang dimiliki oleh golongan pelajar berkeperluan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salah berkaitan matematik membuatkan pelajar-pelajar ini berasa begitu tertekan serta ketinggalan dalam ilmu matematik. 40
  • 3. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Oleh yang demikian, perisian matematik barkaitan tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas dibangunkan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011), penggunaan elemen multimedia dan visual dalam pembelajaran mampu membuatkan pelajar yang lemah tertarik, berminat dan berusaha untuk belajar dengan menerokai dan mengikuti proses pembelajaran. Tambahan pula, elemen multimedia dan visual membuatkan pelajar yang lemah meningkatkan ingatannya terhadap maklumat yang diproses. Gabungan teks, grafik, audio dan sebagainya berupaya mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses penerimaan maklumat dan membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada pengguna dengan mempengaruhi perasaan dan emosi penggunanya (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Objektif Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Seterusnya, keberkesanan perisian yang dibangunkan diuji terhadap pencapaian pelajar serta kesilapan yang mereka lakukan dalam Tajuk Pecahan. Metodologi Kajian Secara keseluruhannya kajian ini merupakan kajian pre eksperimental di mana setiap responden diberikan ujian pre, rawatan dan ujian pos. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji keberkesanan pembangunan perisian Matematik bagi tajuk pecahan yang dibuat terhadap kemahiran pelajar berdasarkan pencapaian ujian pre dan ujian pos mereka. Pada peringkat permulaan temubual dilakukan kepada guru matapelajaran matematik yang mengajar pelajar pendidikan khas. Seterusnya isi kandungan dan aktiviti pembelajaran didokumenkan untuk pembangunan perisian Matematik. Perisian yang telah dibangunkan diaplikasikan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian pre dan ujian pos dilakukan terhadap pelajar untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian terhadap pelajar pendidikan khas dari segi pencapaian mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Di samping itu, kesilapan yang mereka lakukan dalam ujian tersebut dianalisis untuk didokumentasikan. Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru pendidikan khas yang mengajar subjek matematik dan seramai 9 orang pelajar pendidikan khas yang merupakan responden kajian. Pengguna yang dipilih merupakan pelajar pendidikan khas kategori masalah pembelajaran yang mempelajari tajuk Pecahan. Melalui pembelajaran pecahan, pelajar diharap dapat memahami perwakilan pecahan, pecahan setara serta operasi penambahan dan penolakan yang melibatkan pecahan. Melalui proses pembelajaran ini juga, diharap pelajar menguasai konsep asas pecahan dan mampu menyelesaikan masalah melibatkan pecahan. Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS 16.0 bagi menjalankan ujian t sampel berpasangan. Di samping itu, skrip jawapan pelajar dianalisa bagi mengenal pasti dan membandingkan kesilapan yang mereka lakukan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Kemudian, markah dan kesilapan pelajar dalam kedua-dua ujian direkodkan dan dirumuskan. Tajuk dan isi kandungan merupakan elemen yang menjadi keutamaan dalam membangunkan perisian Matematik. Tahap keupayaan pelajar disesuaikan dengan tajuk pembelajaran yang dibangunkan untuk menghasilkan integrasi yang seimbang antara tahap pelajar dengan kemahiran yang diikuti. Disamping pemilihan isi kandungan, objektif pembelajaran juga dinyatakan pada peringkat awal pembelajaran iaitu di halaman utama perisian (rujuk Rajah 1) supaya pengguna memahami tujuan pembelajaran berasaskan perisian ini. Pembelajaran dalam perisian ini adalah ringkas dan jelas bagi mengelakkan beban kognitif (cognitive load) berikutan tahap kognitif pelajar berkeperluan khas adalah lebih rendah berbanding pelajar normal. Rajah 2 merupakan antara muka halaman pembelajaran dalam perisian yang dibangunkan. 41
  • 4. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai alat pengarang. Bagi membangunkan sistem yang memenuhi keperluan pengguna, pembangun memilih untuk membangunkan perisian yang mempunyai elemen-elemen visual dan audio dalam mempersembahkan maklumat yang membolehkan pengguna memproses maklumat dengan lebih cepat, kekal lama dan meningkatkan tahap pembelajaran (Shaharuddin & Ahmad Khairi, 2011). Selain itu sistem ini dibangunkan dengan elemen multimedia dimana elemen ini mampu menarik perhatian dan minat pengguna untuk menerokai sehingga tamat dan berupaya mempengaruhi motivasi pengguna terhadap proses penerimaan maklumat (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Hal ini turut disokong oleh Rahayu dan Maria (2010) yang berpendapat bahawa elemen multimedia dan elemen visual merupakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan media yang dinamik dan efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Rajah 1 Halaman Utama Perisian Rajah 2 Halaman Pembelajaran Pecahan Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan ke atas pelajar pendidikan khas yang terlibat, didapati pencapaian mereka dalam Tajuk Pecahan meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Jadual 1 menunjukkan markah pelajar dalam ujian pencapaian 1 dan 2. Jadual 1 Markah Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2 Pelajar Ujian Pencapaian 1 (%) Ujian Pencapaian 2 (%) A 0 87 B 0 87 C 33 53 D 13 93 E 0 40 F 0 100 G 19 100 H 10 100 I 0 83 42
  • 5. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Kemudian, pengkaji menjalankan Ujian T Sampel Berpasangan terhadap markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. Ujian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan antara markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 (Ujian1) dan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 2 (Ujian2). Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan keputusan daripada Ujian T Sampel Berpasangan yang telah dijalankan menggunakan perisian SPSS 16.0. Jadual 2 Statistik Sampel Berpasangan Purata Sisihan Purata N Sisihan Piawai Piawai Pasangan 1 Ujian1 8.33 9 11.694 3.898 Ujian2 82.56 9 21.640 7.213 Jadual 3 Korelasi Sampel Berpasangan N Korelasi Sig. Pasangan 1 Ujian1 &Ujian2 9 -.165 .672 Jadual 4 Ujian Sampel Berpasangan Perbezaan Berpasangan Purata 95% Selang Kepercayaan Sisihan Sisihan bagi Perbezaan Sig. Purata Piawai Piawai Bawah Atas t df (2-hujung) Pasangan 1 Ujian1 -74.222 26.238 8.746 -94.391 -54.054 -8.486 8 .000 Ujian2 Berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam ujian tersebut, markah dalam Ujian Pencapaian 1 dan markah dalam Ujian Pencapaian 2 adalah signifikan kerana nilai p iaitu 0.000 adalah lebih kecil daripada nilai alpha, 0.05. Di samping itu, Eta kuasa dua yang diperoleh berdasarkan keputusan Ujian T Sampel Berpasangan adalah 0.9. Menurut Cohen (1988) nilai ini menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar berikutan penggunaan perisian terhadap perbezaan markah pelajar dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Di samping itu, pengkaji turut menganalisa setiap skrip jawapan pelajar bagi mengenal pasti kesilapan yang dilakukan mereka dalam Ujian Pencapaian 1 dan 2. Jadual 5 menujukkan rumusan kesilapan yang dilakukan pelajar dalam tajuk pecahan. 43
  • 6. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 5 Rumusan Kesilapan Yang Dilakukan Pelajar Bil. Jenis Kesilapan Contoh Soalan Contoh Kesilapan 1. Gagal dalam memahami Senaraikan 3 pecahan yang 1 pecahan setara setara dengan ½. 1. 3 =4 2 2. 1÷2 = 4 2. Kesilapan dalam 8 perwakilan pecahan Pelajar menjawab 12 di mana 8 merupakan jumlah kawasan yang berlorek dan 12 merupakan jumlah kawasan yang tidak berlorek. Pecahan yang mewakili kawasan yang berlorek ialah. 3. Gagal memahami 2 1 21 55 pecahan Selesaikan + + 34 + 34 3 4 55 89 4. Kesilapan dalam 3 1 3 1 3 operasi penambahan Selesaikan + + = 4 4 4 4 2 pecahan 3 1 4 + = 4 4 8 5. Kesilapan dalam 5 1 5 1 4 operasi penolakan Selesaikan – 1. – = 6 3 6 3 3 pecahan 5 1 4 3 2 1 2. – = – – = 6 3 6 4 3 2 5 1 4 3 1 3. – = – = 6 3 3 3 3 Di samping itu, skrip jawapan juga dianalisa bagi mengenal pasti sama ada kesilapan tersebut telah atau tidak diatasi setelah belajar menggunakan perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas. Jadual 6 menunjukkan pelajar yang melakukan kesilapan dalam Ujian Pencapaian 1 dan Ujian Pencapaian 2. 44
  • 7. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Jadual 6 Rumusan Kesilapan Pelajar Pelajar Terlibat Bil. Jenis Kesilapan Ujian Pencapaian 1 Ujian Pencapaian 2 1. Gagal memahami pecahan Pelajar A (diatasi) 2. Gagal memahami pecahan Pelajar A (diatasi) setara Pelajar B (diatasi) Pelajar D (diatasi) Pelajar E (diatasi) Pelajar F (diatasi) 3. Kesilapan dalam perwakilan Pelajar A (diatasi) pecahan Pelajar B (diatasi) Pelajar C (diatasi) Pelajar E (diatasi) Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I (diatasi) 4. Kesilapan dalam operasi Pelajar A (diatasi) penambahan pecahan Pelajar B (diatasi) Pelajar C Pelajar C Pelajar D (diatasi) Pelajar E Pelajar E Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I (diatasi) 5. Kesilapan dalam operasi Pelajar A (diatasi) penolakan pecahan Pelajar B Pelajar B Pelajar C Pelajar C Pelajar D (diatasi) Pelajar E Pelajar E Pelajar F (diatasi) Pelajar G (diatasi) Pelajar H (diatasi) Pelajar I Pelajar I 45
  • 8. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Perbincangan Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, prestasi semua pelajar telah meningkat setelah belajar menggunakan perisian yang dibangunkan. Terdapat juga di antara mereka yang memperoleh markah penuh dalam Ujian Pencapaian 2 walaupun gagal memperoleh sebarang markah dalam Ujian Pencapaian 1. Hal ini membuktikan bahawa mereka mampu memperoleh pencapaian yang baik setelah belajar menggunakan perisian multimedia yang dibangunkan. Hal tersebut menyokong dapatan yang diperolehi oleh Jamalludin dan Siti Nurulwahida (2010) serta Shaharuddin dan Ahmad Khairi (2011) di mana teknologi terutama Perisian dalam pendidikan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Kaedah rawatan yang diberikan ini memberikan kesan yang positif seperti yang diharapkan dimana setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada Ujian Pencapaian 1 dapat diatasi pada Ujian Pencapaian 2. Keberkesanan perisian yang dibangunkan ini membuktikan elemen visual dan audio mampu menarik perhatian para pelajar untuk menerokai dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang sedang diikuti. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang melakukan kesilapan yang sama kerana kelalaian pelajar semasa proses pembelajaran. Tambahan pula masa pembelajaran yang singkat menyebabkan pelajar-pelajar berkeperluan khas ini gagal menguasai sepenuhnya pembelajaran yang diikuti. Penutup Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk pelajar berkeperluan khas telah berjaya dibangunkan. Perisian yang telah dibangunkan ini menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 serta menggabungkan elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi dan audio bagi menyediakan medium pembelajaran yang menarik dan efektif. Walaupun perisian ini dibangunkan khusus untuk pelajar berkeperluan khas, namun perisian ini juga sesuai digunakan dalam penerapan konsep asas pecahan dikalangan pelajar normal. Pembangun berharap agar perisian ini dapat membantu guru-guru dalam menerapkan pemahaman berkaitan tajuk pecahan kepada pelajar. Pembangun juga berharap agar perisian ini dapat membantu pelajar dalam menguasai dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam pembelajaran Pecahan. Seterusnya, diharapkan agar pembangunan perisian ini dapat mengatasi masalah kesukaran dan kesilapan yang berlaku dalam tajuk Pecahan. Rujukan Abu Samah, N. dan Md Salleh, S. (2011). Laman Web Matematik bagi tajuk Kebarangkalian berpandukan Sembilan Aspek Pengajaran Gagne dan Teori Perlaziman Operan. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 63-73. Azrul Fahmi Ismail dan Marlina Ali (2007). Analisis Kesilapan dalam Tajuk Ungkapan Algebra di kalangan Pelajar Tingkatan Empat. UTM. Tesis Sarjana Muda. Bushro Ali dan Halimah Badioze Zaman. (2008). Kejuruteraan Perisian Kursus Multimedia Matematik Berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-mathS). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 5, 41-63. Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd Edition ed.): Hillsdale, N.J. : L. Erlbaum Associates. Jamalludin Harun dan Zaida Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS Publication: Bentong. Jamalludin Harun dan Siti Nurulwahida Zainal Abidin (2010). Pembangunan Modul Pembelajaran Berbantukan Video Interaktif Bagi Pembelajaran Pengaturcaraan Visual Basic Berdasarkan Pendekatan Projek. http://community.my/pendidikan khas (dicapai pada 28 Julai 2007). Lokman Mohd Tahir, Nurul Qistin Mustafa dan Mohd Hanafi Mohd Yassin (2009). Pendidikan Teknik Dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Jil. 24), 73– 87. 46
  • 9. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Marzita Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Mohd Dan Yusof. (2007). Pendidikan Khas online bersama Mohd Dan bin Yusof. Mohd Salleh Abu dan Tan Wee Chuen (2002). Analisis Keberkesanan Penggunaan Perisian Pembelajaran Matematik VATrans yang Berasaskan Pendekatan Penggabungan Pemikiran Visualisasi dan Analisis. Jurnal Teknologi Keluaran Khas, 36 (E), 75-86. Noveandini, R. dan Wulandari, M. S. (2010). Pemanfaatan media pembelajaran secara online (e- learning) Bagi wanita karir dalam upaya meningkatkan efektivitas dan Fleksibilitas pemantauan kegiatan belajar anak siswa/i Sekolah dasar. Paper presented at the Seminar Nasional Aplikasi Teknologi Informasi 2010 (SNATI 2010). Shaharuddin Md Salleh dan Ahmad Khairi Mohd Ali (2011). Pembangunan Web E-Pembelajaran Menggunakan Elemen Video Dalam Topik ‘Work And Energy’ Berasaskan Teori Konstruktivisme Sosial. 47