SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA




    SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012




                  HBAE 1103




PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL




NO. MATRIKULASI       :   821017045386001

NO. KAD PENGNEALAN    :   821017045386

NO. TELEFON           :   0196080288

E-MEL                 :   haya_ti1982@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN    :   OUM KAMPUS MELAKA
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL                    HBAE 1103




SENARAI KANDUNGAN :

                                                                                                                Muka Surat

Senarai kandungan........................................................................................            1




Penghargaan .................................................................................................        2




Pendahuluan..................................................................................................        3




Karya Keindahan Alam Semulajadi ……………………………………...                                                                    4




Sinopsis Karya………………..…………………………………………….                                                                             5-6




Apresiasi Seni Pelukis Malaysia…………………………………………….                                                                    7-15




Penutup....................................................................................................          16




Rujukan.................................................................................................             17




                                                                        1
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL   HBAE 1103




Penghargaan

           Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan
pendidikan jasmani ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn. Nurul
Huda bt Mohamed kerana beliau telah banyak memberikan tunjur ajar dan garis panduan yang
telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar
beliau tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
          Tidak lupa juga kepada suami tercinta terima kasih yang tidak terhingga di atas
dorongan dan pengorbanan, ahli keluarga serta kawan-kawan yang telah memberi sumbangan
berbentuk idea kepada saya untuk menambahbaik lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjur
ajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda
berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
         Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah
membantu dari segi sokongan moral. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua yang telah
membantu untuk menjayakan tugasan ini.




 Norhayati binti Noor Mohamed



         821017045386

 HBAE 1103/OUM/JAN/2012



                                              2
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL   HBAE 1103




Pendahuluan
       Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai
tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka
bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan „subject matter‟ serta gaya dan stail mereka
.Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini
disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap
sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan
membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

       Menurut Smith (1966),      apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as
defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.
Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar
meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja.

       Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni
seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi seni
secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan
kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

       Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu,
mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni),
memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan
kualiti karya seni.

       Apresiasi sini membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian
unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung di dalam sesebuah hasil seni dan
kraf. Ianya juga dapat memberi gambaran hubungkait diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil
seni berdasarkan persepsi visual. Melaluinya juga kita boleh melihat perhubungan antara kerja
sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana ini akan dapat membentuk keyakinan dan
kefahaman terhadap bidang seni.


                                               3
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL   HBAE 1103




 4
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL      HBAE 1103




Menggambar


Karya lukisan ini adalah bertemakan Keindahan Alam Semulajadi. Karya ini di lukis dengan
menggunakan tiga teknik menggambar iaitu lukisan, catan serta percikkan. Terdapat sesetengah
unsur di dalam karya ini di hasilkan daripada corak tidak terancang iaitu dengan menggunakan
teknik tiupan. Garisan yang digunakan berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan
„outline‟. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Warna-warna pada rumput              yang seakan
menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun rumput yang muda
adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun rumput yang lebih
tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat
menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan.


Menganalisa


Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusun
dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej lautan yang berada ditengah-tengah
komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya ini. Selain itu, penggunaan perspektif
telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada
dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada air laut juga lebih menjelaskan
komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang
digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang
melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana di pinggir laut. Tona yang
digunakan pula lebih kearah tona pudar bagi menimbulkan suasana petang . Namun tidak
kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan, masih terdapat penggunaan
warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus
kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan
oleh pelukis didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya tersebut ialah cat air.




                                               5
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL    HBAE 1103


Tafsiran


Apabila melihat kepada karya pelukis, amat jelas tergambar bahawa makna yang ingin
disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan alam semulajadi . Pemandangan seperti ini
hanya dapat di lihat dikampung-kampung persisiran pantai yang masih mengekalkan ciri-ciri
alam semulajadinya. Kelihatan pokok-pokok bakau yang masih utuh berdiri menantikan ombak
laut datang mambadainya. Burung-burung camar terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang
dan meninggalkan pantai yang kesepian. Pokok-pokok niur melentuk-lentuk di tiup sang bayu
petang menggambarkan ketenteraman pelukis sewaktu menghasilkan karyanya. Dengan arus
pembangunan moden yang sedang pesat berkembang ini tidak banyak pantai yang dapat
mempertahankan keindahan semulajadi pantainya. Oleh itu pelukis mengambil inisiatif untuk
melakarkan karya ini bagi tatapan generasi akan datang.


Penilaian


Pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan kepada pengalamannya. Hasil daripada persepsinya
pelukis telah mengadaptasikan pengalaman untuk diolah dalam bentuk lukisan. Fungsi karya ini
adalah untuk menyedarkan kepada masyarakat terhadap khazanah alam semulajadi yang kita
miliki. Khazanah ini perlu dipelihara agar tidak terhapus dek kerakusan pembangunan moden
dizaman ini. Ia juga merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam keseimbangan alam.
Khazanah alam semulajadi yang kita miliki hari ini amanah yang perlu di jaga untuk tatapan
generasi akan datang. Jangan disuatu hari nanti pokok bakau juga sudah tidak dikenali manakala
keindahan warna si camar juga telah dilupakan.




                                                 6
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL   HBAE 1103




                               Pelukis : Dzulkifli Buyong

                                 Tajuk : Kelambu (1964)

                                     Media : Pastel

Menggambar

      Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjadi
tajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak
yang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan watak
sebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagai
anak gadis. Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Gambar-gambar
didalam karya tersebut menunjukkan bahawa kesemua mereka sedang melakukan aktiviti
masing-masing.

      Karya tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang
dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Gambar-gambar yang
berperanan sebagai anak gadis menunjukkan mereka sedang melakukan aktiviti, seorang
daripada mereka sedang termenung di jendela sambil menikmati keidahan malam dengan
melihat kerlipan bintang dan hembusan bayu malam, seorang lagi sedang membaca buku di
dalam kelambu, terdapat seorang anak yang sedang mengikat tali kelambu untuk
                                           7
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL     HBAE 1103


digantungkannya dan seorang lagi meletakkan badannya keatas kelambu dengan memaparkan
eksperesi muka yang begitu manja sambil menikmati suasana malam yang hening. Gambar yang
berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan
nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar kerana kelambu yang dipasang kelihatan kecil.

        Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton
yang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat
Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada gambar iaitu kain batik, baju kurung,
pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter gambar
tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut gambar ibu
yang bersanggul.




Menganalisa

       Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar
disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-
tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Bayang pada kelambu
dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui
pencahayaan yang diterapkan.

       Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh
warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana
kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam .
Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat pudar, masih terdapat
penggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah
memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media
yang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut.

       Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan pelukis
banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya Selain itu,
penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat
imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang.


                                              8
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL       HBAE 1103


       Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah
pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh
beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin
jelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia.

        Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri.
Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap
karyanya adalah pengolahan imej gambar yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak
dan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga
bagi seni tampak moden.




Tafsiran

       Karya ini jelas menggambarkan makna yang ingin disampaikan bahawa               ia adalah
berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang
mudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amat
berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini
mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga.

       Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbanan
seorangibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinan
tidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggup
membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikan
keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluarga
didalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka.
Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen yang amat
ditekankan didalam masyarakat.

       Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat indah dan ianya seringkali diterapkan
di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti didalam pepatah dan peribahasa
Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai kekayaan dari segi harta benda dan
material, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang cukup membuatkan hidup mereka


                                               9
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL     HBAE 1103


gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam menghasilkan karya jelas dimana beliau
mampu untuk menggunakan metafora atau perumpamaan yang amat mudah didalam
menyampaikan ideanya yang membawa makna yang mendalam. Karya-karya yang dihasilkan
oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan
kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian
mereka.

         Kanak-kanak digambarkan bermain dengan riang dan berjenaka didalam pesekitaran
tempatan yang menggambarkan motif serantau didalam identiti tempatan . Dzulkifli Buyung
mungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn,
namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap gambar
mempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih
menampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara
tersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik,
bantal serta suasana bilik.Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat
Melayu terutamaya masyarakatkampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu
tidur.




Penilaian

         Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk Kelambu olehDzulkifli
Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahan
kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan,
iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenai
keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telah
menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenangan
zaman kanak-kanak didalam karyanya.

         Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyai
elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalamkarya. Dengan menyelitkan keindahan
kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat dari
segi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan.Secara peribadi, saya menyatakan bahawa

                                               10
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL    HBAE 1103


karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin
kerana saya juga pernah mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika
berada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu,
pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambil
contoh bantal dan juga kelambu didalam karyatersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu
ketika dahulu memang menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka,
bantal yang mempunyai sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut.

       Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianya
hanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan juga
berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihat
perkara-perkara tersebut sebagai suatu saat yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau.
Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 danianya masih kekal sehingga ke hari ini.
Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satu
peralatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonim
terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatan
serta dokumentasi mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepada
sejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya.

        Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan serta
keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang sudah
ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah dokumentasi
didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa tertentu. Dan
apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya merupakan
catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya begitu peka
serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang menjadikan
karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasihsayang antara
keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini.

       Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih
sayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak akan
putus dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan
perbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa

                                                11
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL      HBAE 1103


bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang
mereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan
asas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau
Berjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari
pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut Berjaya
mencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari
segi aspek formal serta makna yang terkandung.




                                              12
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL      HBAE 1103




                                    Pelukis : Abdullah Arif
                     Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya (1960)
                                        Media : Cat Air

Menggambar


       Pelukis menghasilkan karya ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya
ini menggambarkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah.
Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi
tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman
diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting
sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia
juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi
akan datang.
       Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan teknik melombong secara tradisional
tanpa menggunakan kaedah kapal korek. Ia juga memperlihatkan keadaan rumah melayu asli
pada masa dahulu. Kedapatan pekerja lombong bijih yang sedang menjalankan aktiviti



                                               13
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL        HBAE 1103


melombong. Pelukis juga menggambarkan tentang kekayaan hasil bumi Malaya pada masa
tersebut iaitu bijih timah yang merupakan sumber pendapat terbesar suatu ketika dahulu.
Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan
seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air.


       Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik „wash‟ dan bersifat konsisten
adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan
teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang
dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.


Menganalisa


       Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti
melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan
keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan
„wash‟ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di
latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang
dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah,
dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.
Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang
mencangkul dan mengandar bijih.
       Penonjolan „wash‟ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang
tersendiri ini adalah sifat „wash‟ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.
Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada
kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di
komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang
basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan
berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu
sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.




                                                 14
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL       HBAE 1103


       Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas
komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan
inilah ciri-ciri istimewa catan air. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada
catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.
Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis.


Tafsiran


       Subjek yang ingin ditonjolkan dalam hasil seni ini ialah kawasan yang menjadi
perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Simbol bekerjasama terdapat pada tiga imej
figura yang sedang mencangkul dan mengandar bijih. Metafora ini lebih menggambarkan kepada
kehidupan masyarakat cina pada zaman dahulu. Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini
yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan
ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang
dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh
pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan.
Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.




Penilaian


       Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang
mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita
bersama menikmati keindahan alam. Karya ini juga berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui
oleh pelukis untuk dikongsi bersama bagi tatapan generasi akan datang.




                                               15
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL     HBAE 1103


Penutup
       Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji
dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini
memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni
secara umumnya.
       Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah
karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk
dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan
seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka
meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya.
       Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka
meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan
seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan,
kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.
       Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek
karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik,
seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta
berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada
secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan
ekspresi.
       Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek
keindahan    dan   harmoni;    ekspresivisme    ialah   pertimbangan   berdasarkan   keupayaan
menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan
berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu
institusi, masyarakat dan negara.




                                                16
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL    HBAE 1103




Rujukan

Rousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor. Meteor Doc.. Sdn
Bhd.


Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR dan
KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka


Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.


Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur


Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open
Universiti Malaysia




                                             17

More Related Content

What's hot

Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualfitri norlida
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualMathilda Chung
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance asihwiniy viniy
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahErica Leenya
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 

What's hot (20)

Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni Visual
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance Aliran seni renaissance
Aliran seni renaissance
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Impressionisme
ImpressionismeImpressionisme
Impressionisme
 
Catan
CatanCatan
Catan
 
Definisi lukisan
Definisi lukisanDefinisi lukisan
Definisi lukisan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 

Viewers also liked

Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi Hasshim
Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi HasshimUlang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi Hasshim
Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi HasshimNorhayati Ismail
 
7 how do you interpret an artwork
7 how do you interpret an artwork7 how do you interpret an artwork
7 how do you interpret an artworkcharlottefrost
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukilaazmil2
 
Elements And Principles of Art
Elements And Principles of ArtElements And Principles of Art
Elements And Principles of Artkpikuet
 

Viewers also liked (7)

Sejarahsenivisual
SejarahsenivisualSejarahsenivisual
Sejarahsenivisual
 
Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi Hasshim
Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi HasshimUlang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi Hasshim
Ulang kaji teori bahagian 4 oleh Norazmi Hasshim
 
7 how do you interpret an artwork
7 how do you interpret an artwork7 how do you interpret an artwork
7 how do you interpret an artwork
 
How to Formally Critique Art
How to Formally Critique ArtHow to Formally Critique Art
How to Formally Critique Art
 
Art Criticism student example
Art Criticism student exampleArt Criticism student example
Art Criticism student example
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentuk
 
Elements And Principles of Art
Elements And Principles of ArtElements And Principles of Art
Elements And Principles of Art
 

Similar to Kelambu

Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5淡 云
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Laporan full1
Laporan full1Laporan full1
Laporan full1Bnzly BK
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazali
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazaliKurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazali
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazaliHASSAN MOHD GHAZALI
 
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docx
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docxCONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docx
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docxCheokEJinSasa1
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tan Sim
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukman
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukmanSd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukman
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukmanEvi Sofia
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAhmad NazRi
 
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniStrategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniOperator Warnet Vast Raha
 
Pameran sekolah
Pameran sekolahPameran sekolah
Pameran sekolahYoollan MW
 

Similar to Kelambu (20)

Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5Tugasan Seni Sem 5
Tugasan Seni Sem 5
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Portofolio Seni Rupa
Portofolio Seni RupaPortofolio Seni Rupa
Portofolio Seni Rupa
 
Laporan full1
Laporan full1Laporan full1
Laporan full1
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazali
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazaliKurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazali
Kurikulum psv dbae -hassaan mohd ghazali
 
Bicara seni 01
Bicara seni 01Bicara seni 01
Bicara seni 01
 
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docx
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docxCONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docx
CONTOH 2 - 四篇 SINOPSIS BUKU- FREE GIFT .docx
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukman
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukmanSd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukman
Sd1sbk seni budayadanketerampilan dyahrucilukman
 
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanakAssignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
Assignm hbae 1203 perkembangan seni kanak kanak
 
Corak dan rekaan
Corak dan rekaanCorak dan rekaan
Corak dan rekaan
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia diniStrategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
Strategi pembelajaran seni lukis anak usia dini
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
Pameran sekolah
Pameran sekolahPameran sekolah
Pameran sekolah
 
Tugasan seni
Tugasan seniTugasan seni
Tugasan seni
 

Kelambu

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012 HBAE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL NO. MATRIKULASI : 821017045386001 NO. KAD PENGNEALAN : 821017045386 NO. TELEFON : 0196080288 E-MEL : haya_ti1982@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KAMPUS MELAKA
  • 2. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 SENARAI KANDUNGAN : Muka Surat Senarai kandungan........................................................................................ 1 Penghargaan ................................................................................................. 2 Pendahuluan.................................................................................................. 3 Karya Keindahan Alam Semulajadi ……………………………………... 4 Sinopsis Karya………………..……………………………………………. 5-6 Apresiasi Seni Pelukis Malaysia……………………………………………. 7-15 Penutup.................................................................................................... 16 Rujukan................................................................................................. 17 1
  • 3. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Penghargaan Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan pendidikan jasmani ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada tutor saya iaitu Pn. Nurul Huda bt Mohamed kerana beliau telah banyak memberikan tunjur ajar dan garis panduan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada suami tercinta terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan pengorbanan, ahli keluarga serta kawan-kawan yang telah memberi sumbangan berbentuk idea kepada saya untuk menambahbaik lagi tugasan ini. Segala pendapat dan tunjur ajar kalian sememangnya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kepada rakan sekelas, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi sokongan moral. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan tugasan ini. Norhayati binti Noor Mohamed 821017045386 HBAE 1103/OUM/JAN/2012 2
  • 4. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pendahuluan Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan „subject matter‟ serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Hal ini disebabkan oleh, ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation such as defining, valuing and explaining” Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumnya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. Objektif apresiasi ialah memahami dan bertindak terhadap aspek seni. Selain itu, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan, menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya serta membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni. Apresiasi sini membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosiobudaya yang terkandung di dalam sesebuah hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat memberi gambaran hubungkait diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni berdasarkan persepsi visual. Melaluinya juga kita boleh melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain dimana ini akan dapat membentuk keyakinan dan kefahaman terhadap bidang seni. 3
  • 5. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 4
  • 6. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Menggambar Karya lukisan ini adalah bertemakan Keindahan Alam Semulajadi. Karya ini di lukis dengan menggunakan tiga teknik menggambar iaitu lukisan, catan serta percikkan. Terdapat sesetengah unsur di dalam karya ini di hasilkan daripada corak tidak terancang iaitu dengan menggunakan teknik tiupan. Garisan yang digunakan berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan „outline‟. Objek yang dilukis memenuhi ruang. Warna-warna pada rumput yang seakan menampakkan persamaan dan warna boleh mewujudkan ton.Contohnya daun rumput yang muda adalah lebih cerah berbanding dengan warna yang terbentuk pada daun-daun rumput yang lebih tua.Melalui contoh lukisan di atas, penggunaan ton semasa mewarna daun akan dapat menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman serta kesatuan pada objek yang dihasilkan. Menganalisa Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej lautan yang berada ditengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya ini. Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada air laut juga lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana di pinggir laut. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona pudar bagi menimbulkan suasana petang . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan, masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya tersebut ialah cat air. 5
  • 7. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Tafsiran Apabila melihat kepada karya pelukis, amat jelas tergambar bahawa makna yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan alam semulajadi . Pemandangan seperti ini hanya dapat di lihat dikampung-kampung persisiran pantai yang masih mengekalkan ciri-ciri alam semulajadinya. Kelihatan pokok-pokok bakau yang masih utuh berdiri menantikan ombak laut datang mambadainya. Burung-burung camar terbang berkumpulan untuk pulang ke sarang dan meninggalkan pantai yang kesepian. Pokok-pokok niur melentuk-lentuk di tiup sang bayu petang menggambarkan ketenteraman pelukis sewaktu menghasilkan karyanya. Dengan arus pembangunan moden yang sedang pesat berkembang ini tidak banyak pantai yang dapat mempertahankan keindahan semulajadi pantainya. Oleh itu pelukis mengambil inisiatif untuk melakarkan karya ini bagi tatapan generasi akan datang. Penilaian Pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan kepada pengalamannya. Hasil daripada persepsinya pelukis telah mengadaptasikan pengalaman untuk diolah dalam bentuk lukisan. Fungsi karya ini adalah untuk menyedarkan kepada masyarakat terhadap khazanah alam semulajadi yang kita miliki. Khazanah ini perlu dipelihara agar tidak terhapus dek kerakusan pembangunan moden dizaman ini. Ia juga merupakan salah satu ekosistem yang terpenting dalam keseimbangan alam. Khazanah alam semulajadi yang kita miliki hari ini amanah yang perlu di jaga untuk tatapan generasi akan datang. Jangan disuatu hari nanti pokok bakau juga sudah tidak dikenali manakala keindahan warna si camar juga telah dilupakan. 6
  • 8. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pelukis : Dzulkifli Buyong Tajuk : Kelambu (1964) Media : Pastel Menggambar Karya ini menggambarkan lima imej gambar wanita dan juga imej kelambu yang menjadi tajuk kepada karya ini. Setiap gambar yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Seorang perempuan tua yang berbaju hijau dan bersanggul memainkan watak sebagai seorang ibu. Manakala empat gambar didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis. Kesemua gambar didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Gambar-gambar didalam karya tersebut menunjukkan bahawa kesemua mereka sedang melakukan aktiviti masing-masing. Karya tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Gambar-gambar yang berperanan sebagai anak gadis menunjukkan mereka sedang melakukan aktiviti, seorang daripada mereka sedang termenung di jendela sambil menikmati keidahan malam dengan melihat kerlipan bintang dan hembusan bayu malam, seorang lagi sedang membaca buku di dalam kelambu, terdapat seorang anak yang sedang mengikat tali kelambu untuk 7
  • 9. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 digantungkannya dan seorang lagi meletakkan badannya keatas kelambu dengan memaparkan eksperesi muka yang begitu manja sambil menikmati suasana malam yang hening. Gambar yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar kerana kelambu yang dipasang kelihatan kecil. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada gambar iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter gambar tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut gambar ibu yang bersanggul. Menganalisa Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana gambar disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah- tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Bayang pada kelambu dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan. Warna yang digunakan oleh pelukis merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam . Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat pudar, masih terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada gambar dalam catan tersebut dan ini telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan media yang digunakan oleh pelukis didalam karya tersebut. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan pelukis banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. 8
  • 10. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Media yang digunakan didalam karya tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin jelas bahawa perkembang pendekatan barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej gambar yang lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden. Tafsiran Karya ini jelas menggambarkan makna yang ingin disampaikan bahawa ia adalah berkaitan dengan keindahan budaya Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi sebuah keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di dalam sesebuah keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan nilai pengorbanan seorangibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si ibu berkemungkinan tidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu tersebut. Si ibu sanggup membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari demi memastikan keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan dan keluarga didalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan hidup mereka. Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu elemen yang amat ditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat indah dan ianya seringkali diterapkan di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara seperti didalam pepatah dan peribahasa Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak mempunyai kekayaan dari segi harta benda dan material, namun mereka kaya dengan kasih sayang yang cukup membuatkan hidup mereka 9
  • 11. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung didalam menghasilkan karya jelas dimana beliau mampu untuk menggunakan metafora atau perumpamaan yang amat mudah didalam menyampaikan ideanya yang membawa makna yang mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian mereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan riang dan berjenaka didalam pesekitaran tempatan yang menggambarkan motif serantau didalam identiti tempatan . Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang amat besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn, namun melalui pengolahan serta stailisasi yang dilakukan oleh beliau terhadap gambar mempunyai karektor kartun dan karikatur telah membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih menampakkan kebudayaan tempatan. Didalam karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara tersurat adalah identiti budaya tempatan melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik, bantal serta suasana bilik.Kelambu merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamaya masyarakatkampung untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu tidur. Penilaian Perkara yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk Kelambu olehDzulkifli Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahan kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan, iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenai keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telah menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenangan zaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat situasi yang amat mudah, mempunyai elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalamkarya. Dengan menyelitkan keindahan kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat dari segi penceritaan serta keindahan warisan kebudayaan.Secara peribadi, saya menyatakan bahawa 10
  • 12. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 karya Dzulkifli Buyung banyak menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin kerana saya juga pernah mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika berada di kampung. Setiap imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu, pakaian, suasana bilik, serta situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambil contoh bantal dan juga kelambu didalam karyatersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu memang menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka, bantal yang mempunyai sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianya hanya peralatan harian namun ianya mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan juga berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihat perkara-perkara tersebut sebagai suatu saat yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau. Karya tersebut dihasilkan pada tahun 1964 danianya masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat kini mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satu peralatan di dalam kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonim terhadap kehidupan masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatan serta dokumentasi mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepada sejarah seni moden Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam memelihara salah satu kebudayaan serta keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh generasi akan datang. Memang sudah ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni adalah sebagai sebuah dokumentasi didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud didalam tempoh masa tertentu. Dan apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat dibuktikan bahawa ianya merupakan catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-lebih lagi apabila pengkarya begitu peka serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam karyanya. Seperkara lagi yang menjadikan karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan berjaya adalah elemen kasihsayang antara keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam karya ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih sayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak akan putus dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan perbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa 11
  • 13. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang mereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan asas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau Berjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut Berjaya mencapai darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal serta makna yang terkandung. 12
  • 14. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Pelukis : Abdullah Arif Tajuk : Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya (1960) Media : Cat Air Menggambar Pelukis menghasilkan karya ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini menggambarkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan teknik melombong secara tradisional tanpa menggunakan kaedah kapal korek. Ia juga memperlihatkan keadaan rumah melayu asli pada masa dahulu. Kedapatan pekerja lombong bijih yang sedang menjalankan aktiviti 13
  • 15. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 melombong. Pelukis juga menggambarkan tentang kekayaan hasil bumi Malaya pada masa tersebut iaitu bijih timah yang merupakan sumber pendapat terbesar suatu ketika dahulu. Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik „wash‟ dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat. Menganalisa Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan „wash‟ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih. Penonjolan „wash‟ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat „wash‟ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten. 14
  • 16. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas. Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Tafsiran Subjek yang ingin ditonjolkan dalam hasil seni ini ialah kawasan yang menjadi perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu. Simbol bekerjasama terdapat pada tiga imej figura yang sedang mencangkul dan mengandar bijih. Metafora ini lebih menggambarkan kepada kehidupan masyarakat cina pada zaman dahulu. Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik. Penilaian Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam. Karya ini juga berdasarkan kepada pengalaman yang dilalui oleh pelukis untuk dikongsi bersama bagi tatapan generasi akan datang. 15
  • 17. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Penutup Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga. Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara. 16
  • 18. PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL HBAE 1103 Rujukan Rousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor. Meteor Doc.. Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd. Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open Universiti Malaysia 17