Jual di Facebook: 15 stratergi lariskan jualan1. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
Edaran Eksklusif Hanif Abdul Bahar
* Ini adalah Laporan Percuma yang diedarkan oleh pihak kami. Sekiranya anda dapat
ebook ini dari mana-mana sumber selain kami, dinasihatkan mendaftar di bawah bagi
memastikan anda mendapat “update” terkini yang releven dengan perkembangan masa
ke semasa serta lain-lain manafaat dari kami.
SILA DAPATKAN PERCUMA & DAFTAR DI SINI: www.ohmyfanpage.com
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 1
2. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma
Penafian Penulis
E-book ini adalah hasil dari sumber rujukan (dibenarkan) oleh mereka yang
ahli dalam bidang ini, ditokok tambah dan diubahsuai mengikut pemerhatian,
dan pengalaman penulis sendiri. Tiada jaminan bahawa info dalam e-book ini
dapat digunapakai sepenuhnya. Sila rujuk kepada yang ‘pakar’ dalam industri
berkaitan untuk dijadikan rujukan dan sandaran yang sebenar.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang maklumat yang
disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan, liabiliti sama ada secara langsung
atau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informasi di dalam
produk ini.
©www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 2
3. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
Prakata
Jual di Facebook kini semakin popular di kalangan usahawan Malaysia tidak kira yang
baru belajar berniaga mahupun mereka yang sudah “otai”.
Medium facebook kini menjadi medan jual beli yang aktif walaupun tujuan asalnya adalah
untuk bersosial.
Konsep di mana terdapat ramai manusia, maka akan terdapat ramai prospek yang mana
berpotensi menjadi pelanggan. Maka, tidak hairanlah para usahawan menggunakan
kelebihan berfacebook untuk mendapatkan pembeli untuk produk mereka.
Sejauh mana, konsep menjual di facebook ini berkesan?
Jawapannya terpulang pada anda. Jika anda menggunakan pendekatan berkesan dan
berjaya menarik lebih ramai pengguna facebook menjadi pelanggan anda, maka menjual
di facebook memang menguntungkan lagi menjimatkan.
Sebaliknya, taktik dan teknik anda tidak berjaya memujuk pengguna facebook
memberikan wang kepada anda untuk produk atau servis yang anda tawarkan, maka
anda perlu mencari stratergi menjual yang lebih berkesan.
Rezeki Allah Maha Luas dan ada di mana-mana. Tidak kira berniaga di facebook
mahupun di platform lain, jika memang kena dengan caranya serta memang rezeki anda,
maka anda pasti dapat menghasilkan jualan... in shaa Allah.
Laporan PERCUMA ini hanyalah sebagai warm-up minda anda. Saya cuba memberikan
anda cadangan dan idea untuk anda memperhalusi serta meluaskan skop, stratergi dan
teknik yang berkesan supaya dapat diaplikasikan dengan cara yang benar, sesuai dengan
perniagaan anda.
Diharapkan, anda berjaya menghasilkan jualan demi jualan serta dapat memajukan
perniagaan anda dengan memanafaatkan segala kelebihan yang ada pada medium
facebook ini.
Akhir kata, selamat maju jaya. Semoga anda berjaya menjadi usahawan terbilang
dengan konsep “jurujual jutawan”.
Perkongsian Ikhlas dari,
Penulis E-Book Edaran Hak Eksklusif
RahimahNgah Hanif Abdul Bahar
FB: Rahima Shop http://ohmyfanpage.com
Terima Kasih.
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 3
4. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma
Kandungan
Penafian Penulis..................................................................................................................................2
Prakata.................................................................................................................................................3
Pengenalan...........................................................................................................................................5
#Stratergi 1 – Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti..........................................................................6
#Stratergi 2 – Tarik Trafik Kualiti dan “Targeted”..............................................................................7
#Stratergi 3 – Tangkap Prospek Berkualiti..........................................................................................8
#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan...............................................................................................9
#Stratergi 5- Gubah Ayat Power Menjual..........................................................................................10
#Stratergi 6 – Buat Offer Impak Maksima........................................................................................11
#Stratergi 7 – Beri Kejutan demi Kejutan.........................................................................................12
#Stratergi 8 – Testimoni Berkesan dan Berterusan............................................................................13
#Stratergi 9 – Kemahiran “Close Deal” Berkesan.............................................................................14
#Stratergi 10 – Beri Khidmat Pelanggan Tip Top..............................................................................16
#Stratergi 11 – Bina Pelanggan Tegar...............................................................................................17
#Stratergi 12 – Jalin Kerjasama (JV).................................................................................................18
#Stratergi 13 – Buat Bajet untuk Pemasaran.....................................................................................19
#Stratergi 14 – Bertindak segera, usah berlengah.............................................................................20
#Stratergi 15 – Fokus, ushakan sampai menjadi...............................................................................21
Penutup..............................................................................................................................................22
©www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 4
5. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
Pengenalan
Menggunakan medium facebook untuk mendapatkan wang? Ya, semua orang
kini boleh berniaga di facebook. Apa yang diperlukan untuk menghasilkan
wang ialah produk atau servis.
Kini untuk mendapatkan produk semakin mudah malah ada yang tanpa modal.
Konsep berniaga semakin dipermudahkan. Orang kita juga kini semakin yakin
serta semakin ramai membeli belah secara online serta jarak jauh. Jadi, di
mana sahaja lokasi anda tidak menjadi masalah. Pasaran anda juga semakin
luas. Jadi, apa tunggu lagi. Jom Berniaga!
Pun begitu, ramai juga buntu. Produk sudah ada, pasaran memang ada... tapi
tidak berjaya mendapat pembeli.
Untuk berjaya tidak akan dapat dikecapi dalam masa sehari dua. Ianya adlah
suatu proses yang perlu kita tempuhi. Mereka yang kini berjayapun pernah
mengalami proses buntu seperti ini juga dulu.
Mereka berjaya kini kerana berjaya belajar dari situasi itu serta tidak jemu
menimba ilmu. Apa yang kita perlu buat ialah selongkar rahsia, tips dan
taktik mereka. Aplikasikan dan perluaskan pelbagai stratergi berjaya menjual
itu. Kenal pasti stratergi yang menjadi dan mengulangi proses itu sehingga
terbukti. Maka, proses ini kini menjadi resepi kejayaan anda suatu hari nanti.
Maka, di sini saya cuba mengetengahkan #15 stratergi Lariskan Jualan
sebagai idea kepada anda untuk anda aplikasi kepada perniagaan anda nanti.
Sebelum itu ingin saya menegaskan di sini, bahawa ini adalah pendapat
peribadi saya berdasarkan pengamatan, hasil cedok dari pelbagai sumber dan
pengalaman sendiri.
Tiada jaminan ianya berkesan kepada perniagaan anda. Ini hanyalah
perkongsian semata-mata dan terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk
mengolahnya menjadi resepi kejayaan anda.
Semoga perkongsian ini bermanafaat dan merangsang idea anda untuk
melariskan jualan anda nanti.
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 5
6. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma
#Stratergi 1 – Bina Brand, Populariti dan Kredibiliti
Kenapa orang sanggup membeli dengan anda? Produk anda hot? Servis anda
tip top? Ramai lagi pesaing anda di luar sana yang turut menawarkan produk
atau servis yang sama atau hampir sama dengan anda. Jadi kenapa mesti
membeli dari anda?
Mereka suka membeli dari orang yang mereka jelas identitinya atau
dikenalinya. Jadi anda perlu tampilkan diri anda dengan cara yang
meyakinkan prospek anda.
Cuba lihat pada facebook profile atau facebook fanpage anda. Sejauh mana
maklumat yang anda dedahkan itu meyakinkan pengguna facebook atau
prospek anda bahawa anda pilihan terbaik untuk mereka membeli.
Pastikan, mereka yang baru tiba di ruangan facebook page anda teruja untuk
klik LIKE atau add friend kerana mereka dapati ada yang istimewa dari anda.
Mereka jelas tentang anda dan yakin anda orang yang dicari untuk solusi
mereka.
Brandkan perniagaan anda atau diri anda. Tampilkan secara professional dan
meyakinkan. Mengunjungi page anda walau untuk pertama kali sudah
memberikan gambaran bahawa anda berniaga bukan sekadar melepaskan
batuk di atas tangga. Jelas memperlihatkan anda sepenuh hati menguruskan
page anda sumber lubuk rezeki anda.
Cuba kunjungi dan lawati page-page mereka yang berjaya membuat jualan.
Cari point-point yang menjadikan page mereka berjaya menjual. Tiru dengan
cara anda. Jadikan diri anda unik. Uruskan page anda sebaik mungkin bagi
menjelmakan populariti dan serlahkan kredibiliti anda dengan cara brand anda
sendiri.
Jika anda berjaya dalam menampilkan diri, maka sudah ada peratusan
tertentu untuk prospek membeli walau hanya dengan melawat ke page anda.
©www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 6
7. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
#Stratergi 2 – Tarik Trafik Kualiti dan “Targeted”
Nak jual di facebook pun nak kena tarik trafik? Ya! Walaupun kita tahu medan
facebook memang sangat tinggi trafiknya. Bagaimana orang yang singgah ke
page anda? Ramai ke? Siapa yang selalu sangkut atau tersesat ke page anda?
Jika dibaca dari formula: makin banyak pelawat ke page anda, makin tinggi
potensi jualan anda. Ya! Dari segi logiknya begitulah. Tapi harus diingatkan
bahawa banyak faktor-faktor lain yang mempengaruhi pelawat anda menjadi
pelanggan.
Oleh itu, anda kena pandai merancang dan memasang stratergi untuk menarik
pelawat yang berkualiti ke page anda. Jarang mereka yang pertama kali
singgah dan terus membeli. Jadi anda perlu umpan pelawat anda untuk
datang lagi ke page anda.
Bagaimana caranya? Terpulang pada kebijaksanaan dan kreativiti anda.
Sebagai cadangan anda boleh buat seperti di bawah:-
1- Rancang Post update anda.
2- Buat Post Viral
3- Bina Tab dengan masukkan opt-in untuk menjadi subscriber anda.
4- Buat Pertandingan sesuai dan tawarkan hadiah.
5- Bina aplikasi “gate” pada Tab fanpage anda.
6- Tulis artikel / perkongsian / maklumat produk atau perniagaan anda dalam
nota sesuai dengan keyword perniagaan anda
7- Guna FB Ads.
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 7
8. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma
#Stratergi 3 – Tangkap Prospek Berkualiti
Seperti pendapat sesetengah orang, facebook tak sesuai untuk menjual
kerana ramai ke facebook untuk bersosial, berkawan, berbincang dan
berkongsi hobi mahupun aktiviti semasa. Pun begitu, ada juga yang
menggunakan platform facebook untuk mencari dan membeli produk. Malah,
banyak iklan promosi dan offer yang boleh kita dapati melalui facebook.
Jadi, kita kena pandai menggunakan medium facebook agar dapat
memanafaatkan segala kemudahan dan kelebihan yang ada padanya.
Setiap hari, ramai orang login ke facebook. Jadi, antara ramai-ramai yang
login ke facebook ini pasti ada yang sesuai menjadi bakal prospek kita.
Tangkap seberapa ramai yang dapat dan kenalpasti antara mereka itu adalah
prospek “targeted” untuk kita kumpul dalam satu tempat khas. Jadi, kerja
kita seterusnya adalah lebih fokus iaitu tukarkan mereka menjadi pelanggan.
Bagaimana nak tangkap dan di mana nak tempatkan mereka?
Antaranya anda boleh:-
1- Bina Fanpage khusus untuk niche produk tertentu.
Seperti stratergi sebelum ini, tarik trafik “targeted” dan dapatkan LIKE
berkualiti. Mereka ini adalah peratusan besarnya adalah orang yang berminat
mahu mengetahui perkembangan semasa page dari niche kita.
2- Kumpul Subscriber dari pelbagai pecahan niche lebih khusus.
Bina opt-in form pada custom tab fanpage atau wujudkan laman squeeze page
khas dengan menawarkan sesuatu yang menarik dengan pecahan niche yang
lebih khusus mengikut katogeri produk anda. Promosikan link tab tersebut
pada fan anda dan kumpul mereka yang berminat dalam satu kempen
autoresponder anda. Jadi, lepas ini anda boleh sentiasa follow-up mereka dan
sajikan mereka dengan formula : 3G1T iaitu: 3 kali beri sesuatu percuma
seperti tips / nasihat / laporan percuma dan lian-lain sebelum anda
memulakan ayat promosi produk anda.
Give + Give + Give = Take
3- Group Tertutup / Rahsia.
Hanya offer kepada mereka yang berminat dalam niche atau tajuk tertentu
sahaja. Peluang ini anda boleh gunakan untuk bina kredibiliti, educate mereka
dan berikan solusi kepada permaslahan atau apa yang mereka perlukan.
©www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 8
9. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
#Stratergi 4- Bina Hubungan Berkesan
Siapa anda? Tiada yang kenal siapa anda.. kecuali mereka yang rapat dengan
anda dan sudah menenali anda. Untuk berniaga dengan berkesan dan jangka
panjang, anda perlu tampil dan perkenalkan diri anda kepada bakal-bakal
prospek anda.
Kalau setakat beberapa kali memperkenalkan diri anda, belum ada jaminan
mereka akan ingat akan anda.
Anda mahu mereka kenal anda sebagai apa? Ianya juga penting kerana ingat
anda ingat....(produk / perniagaan anda).
Anda perlu ketengahkan apa kepakaran anda atau apa kelebihan produk yang
anda jual. Bukan dengan cara sentiasa mengiklan produk anda semata-mata,
tetapi dengan cara halus dan memberi kesan positif kepada prospek anda.
Mereka pasti suka berkawan dan mengenali anda lebih lanjut jika anda sering
memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada mereka. Contohnya seperti
perkongsian dan pendapat berguna.
Jangan hanya muncul dalam masa-masa tertentu dan senyap dalam masa
lain. Seperti syarikat berjenama, mereka sentiasa melaburkan sejumlah wang
tertentu bagi memastikan mereka sentiasa diingati dengan cara iklan di media
massa dan menaja program-program tertentu. Produk atau brand mereka
sentiasa cuba disematkan dalam minda-minda prospek mereka.
Maka, dengan teknik yang sama walaupun dengan cara yang berbeza, maka
kita perlu cari jalan yang berkesan supaya kita sentiasa diingati dan dikenali.
Ketengahkan diri anda / produk anda / perniagaan anda serta keunikannya
supaya kita kekal bersaing dengan pesaing-pesaing kita.
Anda juga boleh kongsikan aktiviti-aktiviti perniagaan semasa anda dan
memasukkan gambar-gambar atau rakaman video jika ada.
Tedapat banyak cara berkesan. Selain dari post di wall / fanpage / group,
mungkin adakalanya menggunakan iklan berbayar dengan kos budget anda
dan teknik follow-up melalui email dan lain-lain. Semuanya terpulang pada
anda dalam memperkenalkan diri anda pada prospek-prospek anda.
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 9
10. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma
#Stratergi 5- Gubah Ayat Power Menjual
Saya bukan minta anda jadi “pakar” jika ianya bukan bidang pengkhususan
anda. Tapi untuk menjual dengan berkesan, anda perlu tahu beberapa teknik
dan kemahiran menggunakan ayat jualan yang power.
Apa itu ayat jualan?
Ianya adalah susunan ayat untuk memikat, memukau, mempengaruhi prospek
anda untuk bertukar menjadi pembeli produk anda. Dalam ayat promosi anda,
boleh digabungkan elemen gambar dan informasi menggunakan perkataan
power yang diadun sesuai dengan offer yang sedang anda promosikan.
Elemen yang perlu ada dalam ayat jualan berkesan.
1- Kenalkan diri anda atau pengenalan produk anda menggunakan ayat yang
ringkas, padat dan mencakupi apa yang sedang anda mahu tawarkan kepada
prospek. Pelanggan biasanya hanya lihat sepintas lalu apa yang sedang kita
prmosikan. Jika ayat pengenalan yang digunakn itu “cathy” atau menarik
serta menjurus kepada permasalahan atau solution yang sedang mereka cari,
maka baru mereka mahu mendengar lanjut dari anda. Dengan itu jimat masa
anda kerana berjaya menangkap prospek yang sesuai dan “targeted” untuk
membuat penerangan lanjut yang lebih berkesan.
2- Penerangan selanjutnya adalah sebagai huraian atau sokongan kepada
pengenalan produk anda. Usah cerita panjang tentang produk anda semata-
mata tetapi tekankan kepada cerita kelebihan produk anda. Terangkan apa
produk anda mampu buat atau bagaimana produk anda dapat menyelesaikan
permasalahan prospek anda dan sebagainya.
3- Pilih perkataan atau guna perkataan yang mampu mempengaruhi emosi
pembeli. Ayat berpengaruh mampu menukarkan prospek anda kepada
pembeli produk anda. Mainkan emosi prospek anda dengan gambaran yang
jelas dan bawa mereka berada dalam situasi sebenar seperti perkataan
“bayangkan”, “andainya” dan lain-lain.
4- Berikan bukti atau testimoni sebenar sebagai pengukuhan dengan apa
yang sedang anda perkatakan. Dapatkan kepercayaan prospek anda untuk
mendapatkan produk anda.
©www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 10
11. #15 Stratergi Lariskan Jualan – Laporan Percuma (Preview)
Terima kasih kerana membaca versi percuma ini.
Sila download versi penuh di
www.ohmyfanpage.com
SELAMAT MAJU JAYA!
RahimahNgah & Hanif Abdul Bahar
© www.bizlinet.com/squeezeniaga Page 11