SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN 1
2. MATLAMAT 1
3. OBJEKTIF 1
4. FOKUS 1
5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
2
6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3
7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3
8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4
9. PENILAIAN 5
10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 7
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup
serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan
dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS
(75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%).
Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan
setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan
Tahap Dua sekolah rendah.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama
iaitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan.
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas.
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN
KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
(75%)
Pemakanan
(15%)
Pertolongan
Cemas
(10%)
1
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)
diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS
adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh
pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta
kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan
keintiman sesama insan.
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya,
psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku
yang sihat dalam kehidupan.
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang
kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga
dan masyarakat
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual
dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara
bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa
depan.
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
 Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,
dan penjagaan kesihatan reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
 Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya
iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta
kemahiran berkata TIDAK.
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
 Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam
diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
(iv) Kekeluargaan
 Kepentingan institusi perkahwinan,
kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli
dalam keluarga.
(v) Perhubungan
 Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersonal yang positif dalam persaudaraan
serta persahabatan.
(vi) Pencegahan penyakit
2
 Pengetahuan dan kemahiran mengurus
kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak
berjangkit, genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
 Langkah-langkah keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam,
serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis
dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri
daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan
orang yang perlu dihubungi jika berlaku
gangguan, ancaman serta kecemasan.
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
75% 26 waktu = 780 minit
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti
bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada
semua murid.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang
ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan
mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan
menggunakan standard menuntut guru untuk lebih
bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu
memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan
dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan
penghayatan nilai.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran :
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup
seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung
kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran
disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk
membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara
kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah
perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta
komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk
aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran
seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina
semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan
perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang
selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam
menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar
4
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap
kecerdasan.
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat
manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
abad ke-21.
PENILAIAN
1. Kaedah Penilaian
 Pemerhatian dan penilaian berterusan
 Penilaian fizikal secara berkala
 Penilaian hasil kerja
 Senarai semak
 Lisan
2. Kekerapan Penilaian
Penilaian dijalankan sepanjang masa.
3. Ciri-ciri Penilaian
 Penilaian secara menyeluruh
 Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan
pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan
kemahiran, status kesihatan dan amalan harian
 Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan
antara murid
 Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.
4. Penggunaan Hasil Penilaian
Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil
penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi
meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat
sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,
ibu bapa dan guru lain.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
5
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1. Menjaga kebersihan tubuh badan;
2. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidak selamat;
3. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat;
4. Mengenali ubat;
5. Mengurus emosi;
6. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain;
7. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan;
8. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit;
9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; dan
10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.
7

More Related Content

What's hot

Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANshi3yda
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHananie Halim
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 

What's hot (10)

Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsr
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 

Viewers also liked

Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015
Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015
Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015nizamsu
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafimranczar
 
Pelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniformPelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniformGula Kapas
 
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3SK Puncak Alam 3
 

Viewers also liked (6)

Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015
Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015
Pelan taktikal-dan-operasi-pengakap-2015
 
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
 
Buku panduan
Buku panduan Buku panduan
Buku panduan
 
Pelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniformPelan strategik-uniform
Pelan strategik-uniform
 
Nota pengakap
Nota pengakapNota pengakap
Nota pengakap
 
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3
Format perancangan strategik sk sub unit ko kurikulum 2014-2016 skpa3
 

Similar to Pengenalan tahun 1

3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Azmi Ngah
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmNas Lin
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.pptnzaheira80
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 

Similar to Pengenalan tahun 1 (20)

3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsm
 
Dokumen standard pk
Dokumen standard pkDokumen standard pk
Dokumen standard pk
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 

More from hanif5339

Kajian Pekerti
Kajian PekertiKajian Pekerti
Kajian Pekertihanif5339
 
Penyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan SeksPenyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan Sekshanif5339
 
Pk tahun 1 (modul 2)
Pk tahun 1 (modul 2)Pk tahun 1 (modul 2)
Pk tahun 1 (modul 2)hanif5339
 
Pk tahun 1 (modul 1)
Pk tahun 1 (modul 1)Pk tahun 1 (modul 1)
Pk tahun 1 (modul 1)hanif5339
 
Pk tahun 1 (modul 3)
Pk tahun 1 (modul 3)Pk tahun 1 (modul 3)
Pk tahun 1 (modul 3)hanif5339
 
Pengenalan PEERS
Pengenalan PEERSPengenalan PEERS
Pengenalan PEERShanif5339
 
Ran. pelajaran pk th4
Ran. pelajaran pk th4 Ran. pelajaran pk th4
Ran. pelajaran pk th4 hanif5339
 
Ran. pelajaran pk th3
Ran. pelajaran pk th3Ran. pelajaran pk th3
Ran. pelajaran pk th3hanif5339
 
Ran. pelajaran pk th2
Ran. pelajaran pk th2Ran. pelajaran pk th2
Ran. pelajaran pk th2hanif5339
 
Ran. pelajaran pk th1
Ran. pelajaran pk th1Ran. pelajaran pk th1
Ran. pelajaran pk th1hanif5339
 
Ran. pelajaran pj th4
Ran. pelajaran pj th4Ran. pelajaran pj th4
Ran. pelajaran pj th4hanif5339
 
Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3hanif5339
 
Ran. pelajaran pj th2
Ran. pelajaran pj th2Ran. pelajaran pj th2
Ran. pelajaran pj th2hanif5339
 
Ran. pelajaran pj th1
Ran. pelajaran pj th1Ran. pelajaran pj th1
Ran. pelajaran pj th1hanif5339
 
Rpt pjpk th6
Rpt pjpk th6Rpt pjpk th6
Rpt pjpk th6hanif5339
 
Rpt pjpk th5
Rpt pjpk th5Rpt pjpk th5
Rpt pjpk th5hanif5339
 

More from hanif5339 (16)

Kajian Pekerti
Kajian PekertiKajian Pekerti
Kajian Pekerti
 
Penyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan SeksPenyakit Jangkitan Seks
Penyakit Jangkitan Seks
 
Pk tahun 1 (modul 2)
Pk tahun 1 (modul 2)Pk tahun 1 (modul 2)
Pk tahun 1 (modul 2)
 
Pk tahun 1 (modul 1)
Pk tahun 1 (modul 1)Pk tahun 1 (modul 1)
Pk tahun 1 (modul 1)
 
Pk tahun 1 (modul 3)
Pk tahun 1 (modul 3)Pk tahun 1 (modul 3)
Pk tahun 1 (modul 3)
 
Pengenalan PEERS
Pengenalan PEERSPengenalan PEERS
Pengenalan PEERS
 
Ran. pelajaran pk th4
Ran. pelajaran pk th4 Ran. pelajaran pk th4
Ran. pelajaran pk th4
 
Ran. pelajaran pk th3
Ran. pelajaran pk th3Ran. pelajaran pk th3
Ran. pelajaran pk th3
 
Ran. pelajaran pk th2
Ran. pelajaran pk th2Ran. pelajaran pk th2
Ran. pelajaran pk th2
 
Ran. pelajaran pk th1
Ran. pelajaran pk th1Ran. pelajaran pk th1
Ran. pelajaran pk th1
 
Ran. pelajaran pj th4
Ran. pelajaran pj th4Ran. pelajaran pj th4
Ran. pelajaran pj th4
 
Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3
 
Ran. pelajaran pj th2
Ran. pelajaran pj th2Ran. pelajaran pj th2
Ran. pelajaran pj th2
 
Ran. pelajaran pj th1
Ran. pelajaran pj th1Ran. pelajaran pj th1
Ran. pelajaran pj th1
 
Rpt pjpk th6
Rpt pjpk th6Rpt pjpk th6
Rpt pjpk th6
 
Rpt pjpk th5
Rpt pjpk th5Rpt pjpk th5
Rpt pjpk th5
 

Recently uploaded

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRizalAminulloh2
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 

Recently uploaded (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 

Pengenalan tahun 1

  • 1. KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 1 2. MATLAMAT 1 3. OBJEKTIF 1 4. FOKUS 1 5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 2 6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3 7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3 8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 9. PENILAIAN 5 10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 7 PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
  • 2. dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) (75%) Pemakanan (15%) Pertolongan Cemas (10%) 1
  • 3. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. PEERS merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif  Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. (ii) Penyalahgunaan bahan  Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK. (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi  Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. (iv) Kekeluargaan  Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. (v) Perhubungan  Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. (vi) Pencegahan penyakit 2
  • 4.  Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. (vii) Keselamatan  Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 75% 26 waktu = 780 minit Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3
  • 5. Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran : 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar 4
  • 6. murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21. PENILAIAN 1. Kaedah Penilaian  Pemerhatian dan penilaian berterusan  Penilaian fizikal secara berkala  Penilaian hasil kerja  Senarai semak  Lisan 2. Kekerapan Penilaian Penilaian dijalankan sepanjang masa. 3. Ciri-ciri Penilaian  Penilaian secara menyeluruh  Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian  Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid  Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit. 4. Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 5
  • 7. Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. Menjaga kebersihan tubuh badan; 2. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidak selamat; 3. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat; 4. Mengenali ubat; 5. Mengurus emosi; 6. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain; 7. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan; 8. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit; 9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; dan 10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan. 7