1. Apa itu CPR?
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat pertolongan cemas
pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.CPR juga adalah satu tindakan bantuan
awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik
tekanan di atas dada ( tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.
PROTOKOL CPR
D ♠ Danger ( Bahaya )
R ♠ Response ( Tindakbalas )
A ♠ Airways ( Saluran Pernafasan )
B ♠ Breathing ( Pernafasan )
C ♠ Circulation ( Peredaran Darah )
Danger
Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan
peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan
diri anda ataupun mangsa tersebut. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras ( stabil )
Respond
Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama ( jika
tahu ) atau “ Encik.. encik kenapa ni” ? Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa
dewasa dan kanak-kanak.
Airways
• Gunakan kaedah“HEAD TILT CHIN LIFT”
Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.
• Gunakan kaedah “ JAW TRUST”
Bagi mangsa yang di syaki mengalami kecederaan tulang spinal / kemalangan yang
teruk.
L : Look ( Melihat ) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (Mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel ( Merasa ) Merasa hembusan dari mulut
Breathing
Jika mangsa tidak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulat ( 2
Rescue Blow ) jika dada tak naik posisikan semula kepala mangsa. Pastikan hidung
dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.
Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.
Circulation
Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan.
Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.
Bantuan pernafasan (dewasa) Bantuan pernafasan (kanak-kanak)
• 12 kali dalam seminit
15 kali dalam seminit
• 1 hembusan setiap 5 saat 1 hembusan setiap 4 saat
Kadar Tekanan Dada. (Dewasa)
• 30 Tekanan 2 Hembusan ( 1
pusingan ) Kadar Tekanan Dada. (Kanak-kanak)
• 5 pusingan 1 kitaran
• 150 Tekanan 10 Hembusan
• 1 ½ hingga 2 inci kedalaman
tekanan
• Kaedah 2 tangan.