1. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 1
SK. ST. Francis, Melaka
Penjajahan & Kebangkitan tokoh
Nama : Akhilan a/l Loga Nathan
Kelas : 5 Neptune
No. I/C : 030530 – 04 - 0163
Nama Guru : Puan Norsham
Biodata Murid
Nama : Akhilan a/l Loga Nathan
2. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 2
Umur : 11 tahun
Tarikh Lahir : 30.05.2003
Nama Ayah : Loga Nathan
Nama Ibu : Ginny Ganga Gouri
Bil. Adik beradik : Tiada
Cita – cita : Jurutera
Hobi : Memetik gitar dan baca komik.
Falsafah Hidup : Don’t worry be happy.
Penghargaan
3. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 3
Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima
kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan
Norsham, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi
menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang
penghasilan folio ini.
Isi Kandungan
4. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 4
Perkara Muka
Surat
1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) 5
2.0 Kedatangan Kuasa Luar
a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai
b) Kronologi Kedatangan Penjajah
6
6
7
3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar 8
4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah
British dan Jepun
9
5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan
a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut
zaman penjajahan
b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan
10
10
10
6.0 Kesimpulan 14
7.0 Lampiran 15
8.0 Bibliografi 18
1.0 Pengenalan(KonsepPenjajahan)
5. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 5
Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah
menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula
berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh
terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Konsep Imperialisme : Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan
politik dan kedaulatan negara.
b) Konsep Kolonialisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh
terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan
sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.
c) Konsep Mekantilisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa
dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara
penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.
Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya
melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan
cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti
tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu
negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada
istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
2.0 KedatanganKuasa Luar
6. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 6
Negara kita terletak di tengah – tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.
Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki
Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat
kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa
luar ke Melaka.
a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai
Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan
keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah:
Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya
kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat
perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan
Melaka pada tahun 1511.
Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa
menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat
Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah.
Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.
British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di
Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak
berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta
ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki
Melaka.
Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui
daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara
Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada
Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 selama
lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran
Jepun dua arah.
b) Kronologi Kedatangan Penjajah
7. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 7
Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka.
Tahun 1641 Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.
Tahun 1786
British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian
dengan Sultan Kedah.
Tahun 1824
Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda, British mendapat hak
meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak
dan Sabah.
Tahun 1841
British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke
sebagai Gabenor Sarawak.
Tahun 1882 British menguasai Sabah.
Tahun 1942
Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun
menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
8. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 8
Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan,
penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.
Faktor Huraian
Perdagangan Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah.
Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai
Melaka yang merupakan pusat pengumpulan
dan pengedaran rempah.
Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk
menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu,
mereka perlu mendapatkan tanah jajahan.
Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat
diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.
Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas di
Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan mereka
juga didorong oleh hasrat untuk
menyebarkan agama Kristian di Asia
Tenggara.
Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di
Eropah, kuasa barat memerlukan bahan
mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas
dan arang batu. Bahan mentah ini
merupakan keperluan utama kilang mereka.
Oleh itu, British ingin menguasai negara kita
yang kaya dengan bijih timah.
Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain bersaing
di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah
untuk perdagangan, keperluan bahan mentah,
kemegahan dan penyebaran agama Kristian.
Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia,
Sepanyol menakluki Filipina, Perancis
menakluk Indochina dan British menakluk
Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak.
*Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar
4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun
9. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 9
British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki
Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua – dua Negara, British dan Jepun telah menakluk
Negara ini mempunyai tujuan mereka masing – masing yang agak sama namun ada juga
yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:
British Jepun
Keperluan bahan mentah seperti
bijih timah dan bijih besi bagi
kilang di negara mereka.
Pasaran barang kilang.
Menunjukkan kemegahan dan
kuasa.
Bersaing dengan kuasa barat yang
lain untuk mendapatkan tanah
jajahan.
Keperluan bahan mentah
seperti bijih timah dan getah untuk
kilang di Jepun.
Pasaran barang kilang.
Menamatkan penjajahan Barat di
Asia Tenggara dengan slogan ‘Asia
untuk Asia’.
Membentuk sebuah empayar yang
kuat di Asia.
5.0 PenentanganOlehTokohTempatan
10. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 10
Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar
di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar
tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar
tersebut.
a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan
ZAMAN
PENJAJAHAN
TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI
PENENTANGAN
Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah
Belanda di Perak Raja Haji
British di Perak Dato’ Maharaja Lela
British di Sarawak Rentap
British di Sabah Mat Salleh
Jepun di Tanah
Melayu
Anggota Force 136
b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan
i) Sultan Mahmud Shah – Sultan Mahmud Shah menentang Portugis.
Sultan Mahmud Shah telah berusaha
berkali-kali menawan semula Melaka.
Pada tahun 1515 hingga tahun 1519,
Sultan Mahmud Shah melancarkan
serangan sebanyak tiga kali.
Contohnya, pada tahun 1517, baginda
dengan bantuan askar dari Muar
menyerang Protugis di Melaka tetapi
gagal. Baginda juga gagal
mengepung Melaka untuk menyekat
kemasukan bekalan makanan.
Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini
disebabkan pembinaan Kota
AFamosa oleh Portugis.
11. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 11
ii) Raja Haji – Raja Haji Menentang Belanda.
Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-
Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk
menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji
cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama,
berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam
pertempuran ini.
iii) Dato’ Maharaja Lela – Dato’ Maharaja Lela menentang British
J.W.W.Birch merupakan Residen
pertama di Perak. Birch mengambil
alih kuasa memungut cukai
menyebabkan tindakannya itu tidak
disukai oleh pembesar. Birch
mengharamkan amalan menyimpan
hamba oleh pembesar tempatan.
Pembesar tempatan berasa marah
akan tindakannya itu. Dato' Maharaja
Lela bersama-sama dengan pembesar
tempatan yang lain merancang
membunuh Birch. Akhirnya Birch
mati di Pasir Salak pada tahun 1875.
12. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 12
iv) Rentap – Rentap Menentang British
Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang.
James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu
bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang
kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga
tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal.
Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama
sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang
balas terhadap James Brooke.
v) Mat Salleh – Mat Salleh menentang British
Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di
Sungai Sugut. Mat Salleh menentang
Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
Penentangan ini disebabkan SBUB
mengambi hak kutipan cukai daripada
pembesar tempatan. SBUB juga bertindak
memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat
Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya,
iaitu pusat pentadbiran British. SBUB
bersetuju untuk mendamai dengan
membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah
Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati
janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB
tetapi terkorban dalam peperangan pada
tahun 1900.
13. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 13
vi) Angkatan Force 136 – Angkatan Force 136 menentang Jepun
Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini
menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk
menentang Jepun di Tanah Melayu.
Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya
terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan
semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak
mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri
daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk
menentang Jepun.
14. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 14
6.0 Kesimpulan
Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan – pahlawan yang pernah wujud di Negara
kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di
Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang
kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk
Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula
ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah
air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun
mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi
inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan
yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.
Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini
adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan
Negara.
15. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 15
7.0 Lampiran
Lampiran 1
Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British)
Lampiran 2
16. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 16
Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu
pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand.
Lampiran 3
18. Kajian Tempatan Tahun 5
Penjajahan & Kebangkitan Tokoh
Akhilan 5 Neptune Page 18
7.0 Bibliografi
a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5
b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan
d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=139&xslFile
=orange
e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca
f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam
g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap
h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh
i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136