2. Definisi dan Konsep Maklumat
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah
data, bahan dan pengetahuan. Maklumat juga adalah
data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai
makna.
Ciri-ciri maklumat ialah:
Relevan
Boleh dipercayai
Boleh difahami
Lengkap
Tepat pada masanya
Membantu mengurangkan ketidakfahaman
3. Contoh organisasi yang menguruskan
maklumat ialah
perpustakaan, arkib, muzium, galeri seni dan
internet.
Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh proses
mengetahui atau mengumpul maklumat yang
akan mengembangkan kemampuan kita dalam
berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.
Proses mengumpul maklumat ini akan
berterusan sepanjang hayat, sejak lahir
sehingga akhir hayat.
4. Konsep Literasi Maklumat
Literasi dari sudut bahasa bermaksud celik atau
berpengetahuan. Dari segi istilah, literasi maklumat adalah
keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang
menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar yang
celik maklumat bukan seharusnya bukan sekadar mampu
mengakses sumber maklumat secara kritis dan menggunakan
maklumat tersebut dengan tepat dan kreatif.
Individu yang celik maklumat ini adalah mereka yang tahu
bagaimana berpengetahuan dicari, disusun, dan bagaimana
maklumat itu digunakan untuk menyelesaikan permasalahan
serta cara mempersembahkan maklumat agar orang lain
dapat memahaminya.
5. Secara umum, data didefinasikan sebagai fakta
dan nombor kasar yang belum diproses, maklumat
sebagai data yang diproses, manakala
pengetahuan ialah maklumat yang disahkan.
Literasi maklumat adalah satu "set kemahiran"
yang boleh dipelajari. Set kemahiran itu termasuk
sikap tertentu terhadap pembelajaran itu sendiri;
penggunaan alatan,seperti tutorial dalam talian;
penggunaan teknik, seperti bekerja dengan
kumpulan; dan penggunaan kaedah seperti
pengantungan kepada para mentor; pembimbing
dan omsbudman.
6.
7. Definisi dan Pernyataan Keperluan
Maklumat
Kebolehan untuk mendefinisi atau mengenal
pasti keperluan maklumat.
Kebolehan untuk memutuskan untuk berbuat
sesuatu bagi mencari maklumat.
Kebolehan untuk menyatakan dan
mendefinisikan keperluan maklumat.
Kebolehan untuk memulakan proses
pencarian.
8. Pengesanan Maklumat
Kebolehan untuk mengenal pasti dan menilai
sumber-sumber maklumat berpotensi.
Kebolehan untuk menghasilkan strategi
pencarian.
Kebolehan untuk mengakses sumber-sumber
maklumat terpilih.
Kebolehan untuk memilih dan mendapatkan
semula maklumat yang dikesan.
PENILAIAN : Pengguna menilai maklumat dengan
cekap dan kritis.
9. Pentaksiran Maklumat
Kebolehan untuk menganalisi, memeriksa, dan
mengekstrak maklumat.
Kebolehan untuk membuat tanggapan umum
dan mentafsir maklumat.
Kebolehan untuk memilih dan mensintesis
maklumat.
Kebolehan untuk menilai ketepatan dan
kerelevenan maklumat yang didapatkan
semula.
10. Penyusunan Maklumat
Kebolehan untuk menyusun dan
mengkategorikan maklumat.
Kebolehan untuk mengelompokkan dan
menyusun maklumat yang telah diperoleh.
Kebolehan untuk menentukan maklumat mana
yang terbaik dan paling berguna.
11. Penggunaan Maklumat
Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk
berkomunikasi, mempersembah dan
menggunakan maklumat.
Kebolehan untuk menggunakan maklumat
yang telah diperoleh.
Kebolehan untuk mempelajari atau mendalami
maklumat sebagai pengetahuan peribadi.
Kebolehan untuk mempersembah produk
maklumat.
12. Komunikasi dan Penggunaan
Beretika Maklumat
Kebolehan untuk memahami penggunaan
beretika maklumat.
Kebolehan untuk menghormati perundangan
berkaitan penggunaan maklumat.
Kebolehan untuk memperkatakan tentang
produk pembelajaran dengan mengiktirafkan
harta intelek.
Kebolehan untuk menggunakan piawaian gaya
pengiktirafan yang relevan.