SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
UNIT SENI KULINARI
JABATAN HOSPITALITI
KOLEJ VOKASIONAL KANGAR
PERLIS
KERTAS PENERANGAN
NAMA PROGRAM /
PROGRAM NAME SENI KULINARI
TAHUN DAN SEMESTER /
YEAR AND SEMESTER
2 / SEMESTER 3
KOD DAN TAJUK MODUL /
MODULE CODE AND TITLE
HSK 303 – PATISSERIE
NO KOMPETENSI DAN
STANDARD KANDUNGAN /
COMPETENCY NO. AND
CONTENT STANDARD
KOMPETENSI 1 – CARRY OUT BASIC
PRINCIPLE OF BAKING
OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIR / TERMINAL
PERFORMANCE OBJECTIVE
OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIR, PELATIH
DAPAT:
 Menerangkan prinsip membakar
 Menerangkan alatan dan perkakas yang
digunakan untuk menyediakan pastry
produk
 Mempraktikkan nilai-nilai murni, prinsip
kebersihan dan keselamatan semasa di
dalam bengkel
NO KOD / CODE NO HSK 303
Muka : 01 Drp :
PENGENALAN KEPADA PRINSIP MEMBAKAR
Membakar merujuk kepada memasak dengan haba kering terutamanya dalam ketuhar yang telah
dipanaskan terlebih dahulu dan suhu adalah seragam kerana udara panas beredar untuk memasak kek,
pai, biskut atau roti. Suhu dan masa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis, bahan dan bentuk
makanan. Bahan yang sesuai menggunakan kaedah membakar ialah adunan beryis, kek, pastri dan
biskut.
KAEDAH
MEMASAK
HURAIAN RINGKAS PRINSIP ASAS
CONTOH
MASAKAN
Membakar
 Haba di dalam
ketuhar dialirkan
secara perolakan
dan juga
pengaliran
 Makanan
dimasak melalui
haba perolakan di
dalam ketuhar
 Zat masakan
tidak hilang dan
rasa masakan
menyelerakan
 Atur tetingkat mengikut kesesuaian.
Tetingkat paling atas ialah bahagian
yang paling panas.
 Pastikan makanan diletakkan di
tempat yang betul
 Panaskan ketuhar ke suhu yang
dikehendaki sebelum memasukkan
makanan
 Masa membakar mengikut kesesuaian
masakan.
 Tutup pintu ketuhar perlahan – lahan
terutama jika membakar kek untuk
mengelakkan udara sejuk
terperangkap dan menyebabkan kek
tenggelam di tengah.
 Semasa makanan sedang dimasak,
kurangkan membuka pintu ketuhar
kerana ia akan menurunkan suhu
 Lap makanan yang tertumpah dengan
segera untuk mengelakkannya
menjadi keras dan berbau hangus.
Kek
Biskut
Pastri
Roti
Pai
Puding
Kuih – muih
seperti kuih bakar
 Elakkan membakar makanan terlalu
banyak pada satu masa bagi
membolehkan udara panas beredar di
sekeliling makanan dengan sempurna.
 Gunakan sarung tangan untuk
memasukkan atau mengeluarkan
makanan
PERATURAN MEMBAKAR
1. Acuan kek perlu dialaskan dengan kertas minyak dan disapukan dengan mentega
keseluruhannya.
2. Acuan kek yang kecil tidak perlu dialas dengan kertas minyak.
3. Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum kek di bakar.
4. Masa untuk membakar tiada banyak perbezaannya tetapi bergantung pada jenis ketuhar yang
digunakan.
5. Ketuhar yang perlu digunakan :
 Kek yang kecil dibakar di bahagian 2/3 dari bawah ketuhar (bahulu gulung, bahulu lapis)
 Kek buah yang besar dibakar di bahagian bawah ketuhar.
 Kek yang sedang atau besar dibakar di bahagian tengah ketuhar.
KEBAIKAN KEBURUKAN
 Nutrien makanan tidak banyak hilang
 Makanan tidak berkecai tetapi masih dalam
bentuk yang asal
 Makanan kelihatan cantik dan berselera
 Beberapa masakan yang memerlukan suhu
yang sama boleh dibakar sekali gus
 Tidak perlu banyak perhatian
 Menggunakan bahan api yang banyak
melainkan ruang digunakan sepenuhnya
 Kehilangan kelembapan yang tinggi
JADUAL SUHU UNTUK MEMBAKAR
BAHAN SUHU
Kek buah / kek besar 150 oC – 160 oC
Bahulu / kek kecil 180 oC – 190 oC
Ban / pastri rapuh 200 oC – 210 oC
Roti / pastri lapis 220 oC – 240 oC
PERALATAN DAN PERKAKASAN
a) Peralatan besar
Penggunaan peralatan besar dalam industri pembuatan roti dan patisserie mampu memperbaiki kualiti
makanan, meningkatkan kualiti pengeluaran dan menjimatkan masa dan tenaga. Harga alatan ini lebih
mahal daripada alatan tradisional. Peralatan ini agak canggih dan kompleks untuk dikendalikan.
NAMA ALAT KEGUNAAN
Pengadun doh industri Pengadun doh indutri digunakan untuk mengadun kek, menguli doh
dan memukul telur. Terdapat 2 jenis pengadun iaitu :
a) Mixer Bench Model (4-20 liter)
b) Mixer Floor Model (20-100 liter)
Pengadun ini mempunyai mangkuk adunan dari keluli kalis karat
yang mudah ditanggalkan dan dibersihkan serta diperbuat daripada
keluli bermutu tinggi. Pengadun ini juga disertakan dengan alat
pengadun yang berlainan bentuk dan fungsi iaitu :
 Paddle atau ‘K’ beater
Mengadun adunan yang mempunyai kepekatan sederhana
seperti mengadun lemak dan gula.
 Wire whip
Mengadun adunan yang lembut dab berbentuk cecair
bertujuan memasukkan udara seperti adunan kek span,
krim putar dan telur.
 Dough arm atau dough hook
Menguli adunan yang kental seperti doh adunan beryis
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Letakkan mangkuk adunan dengan kemas.
 Pilih pengadun yang sesuai.
 Masukkan bahan ke dalam mangkuk adunan.
 Keluarkan alat pengadun serta mangkuk adunan
dan cuci dengan air panas bersabun. Bilas dan
keringkan.
 Kelajuan pengadun mestilah sesuai dengan
adunan.
 Perlahankan gerakan alat pengadun sebelum
mencampurkan bahan.
 Berhentikan gerakan alat pengadun sebelum
mengaup adunan.
 Tutup suis pelaras sebelum menukarkan
kelajuan.
 Lap mesin pengadun dengan kain lembap. Jika
kekotoran sukar ditanggalkan, duna air suam
bersabun. Bilas dan keringkannya.
 Susun alat pengadun di tempatnya dengan kemas
Ketuhar
a) Ketuhar industri
Ketuhar industri berfungsi membakar produk dalam jumlah
yang banyak pada satu masa. Ketuhar ini memerlukan
kuasa elektrik yang tinggi. Lampu di bahagian dalam
ketuhar digunakan untuk kemudahan melihat bahan yang
dimasak. Ketuhar ini mempunyai tiga kedudukan elemen
pemanas iaitu di bahagian atas, bawah dan tepi.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Panaskan ketuhar sebelum
digunakan
 Lap ketuhar dan makanan yang tumpah dalam ketuhar
dengan kain lembap.
 Bersihkan cermin hadapan dengan menggunakan
penyembur khas dan kain lembut.
 Elakkan cermin terkena percikan air sejuk atau mencucinya
ketika masih panas atau mengelakkannya daripada retak
atau pecah.
 Servis sekurang – kurangnya enam bulan sekali.
b) Ketuhar elektrik Ianya berfungsi untuk membakar dan memanggang dengan
mudah dan bersih. Ianya mempunyai elemen pemanas di
bahagian belakang ketuhar. Lampu di bahagian dalam
ketuhar memudahkan melihat makanan yang dimasak.
Ketuhar ini menggunakan kuasa elektrik yang sesuai untuk
kegunaan di rumah dan di bengkel masakan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Susun tetingkat ketuhar mengikut keperluan
sebelum memanaskannya.
 Laraskan suhu mengikut kesesuaian
 Lap makanan yang tumpah dengan kain lembap.
 Bersihkan cermin hadapan dengan kain lembap
menggunakan penyembur khas.
makanan.
 Panaskan ketuhar sekurang – kurangnya 10
minit sebelum digunakan.
 Set suhu ketuhar convection kurang 15 oC
hingga 30 oC daripada suhu ketuhar
conventional
 Elakkan cermin terkena percikan air sejuk atau
mencucinya ketika masih panas untuk
mengelakkannya daripada retak atau pecah.
 Lap ketuhar dengan kain lembap.
 Bersihkandulang tadahan yang kotor dengan air
sabun, bilas, keringkan dan letakkan semula di
dalam ketuhar.
c) Ketuhar gas
Ketuhar gas digunakan untuk membakar dan memanggang
dengan menggunakan api daripada penunu yang terletak di
bahagian bawah ketuhar. Pilih penunu yang berbentuk
memanjang dan berlubang sekata kerana penunu jenis ini
akan memberikan kepanasan yang sekata kepada ketuhar.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Pasangkan kepala gas dan buka alat kawalan.
 Nyalakan mancis/pemetik api terlebih dahulu
sebelum memusing tombol kawalan api untuk
mengelakkan kemalangan dan pembaziran
gas.
 Jangan membakar terlalu banyak makanan
pada satu masa.
 Tutup suis penunu dan tutup alat kawalan
pada bahagian kepala tong gas selepas
digunakan.
 Servis sekurang – kurangnya setahun sekali.
 Keluarkan redai dan dulang tadahan
 Lap semua tumpahan makanan, bahagian dalam
dan luar ketuhar dengan kain lembap.
 Jika penununya kotor, berus dengan berus keluli
dan cungkil lubang – lubang yang tersumbat.
 Jika bahagian dalam atau luar ketuhar kotor, lap
menggunakan air sabun lembut, bilas dan
keringkannya.
 Bersihkan redai dan dulang tadahan, bilas,
keringkannya dan susun semula ke tempat asal.
d) Ketuhar gelombang mikro
Ketuhar gelombang mikro digunakan untuk membakar,
memasak, memanggang, menggril, mengukus dan
sebagainya. Ketuhar ini mempunyai sistem mencair, elemen
memanggang, pengawalan haba dan mempunyai alat
pemusing.
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
 Sebaik – baiknya tutup makanan dengan plastik cling
film supaya kandungan cecair dalam makanan tidak
tersejat.
 Makanan seperti sosej perlu dicucuk dahulu untuk
mengelakkannya daripada pecah.
 Gunakan bekas memasak daripada bahan kaca,
porselin atau plastik.
 Elakkan penggunaan alatan enamel, logam, kertas
timah atau pinggan yang bersadur emas kerana akan
membalikkan pancaran gelombang mikro.
 Set suhu yang tepat untuk kegunaan tertentu.
 Jangan sekali – kali menggunakan ketuhar ini jika
pintunya tidak dapat ditutup rapat kerana gelombang
mikronya akan terbocor keluar
 Bersihkan keseluruhan bahagian luar,
dalam dan bahagian pintunya dengan air
bercampur dengan bahan pencuci khas,
menggunakan kain lembut/span.
Keringkannya dengan segera
 Bersihkan redai dan dulang tadahan,
bilas dan keringkannya dan susun semula
ke tempat asal.
 Servis sekurang – kurangnya setahun
sekali.
Dapur
a) Dapur gas
Dapur gas digunakan untuk memasak makanan dengan
menggunakan gas. Dapur gas industri mempunyai paip
pembersihan untuk kemudahan mencuci. Reka bentuk
dapur mestilah bersesuaian mengikut keperluan dan
kegunaannya. Ianya mestilah berkualiti, dan diperbuat dari
pada bahan yang tidak mudah berkarat, kukuh, dan mudah
dibersihkan. Kebiasannya ia mempunyai tempat meletak
tungku / atau tempat meletak periuk panas.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Pasangkan kepala gas dan buka alat kawalan.
 Nyalakan mancis/pemetik api terlebih dahulu
 Tutup alat kawalan pada kepala tong gas.
 Bersihkan kesan tumpahan dengan segera.
sebelum memusing tombol kawalan api untuk
mengelakkan kemalangan dan pembaziran
gas.
 Gunakan saiz penunu yang sesuai mengikut
saiz bekas dan jangka masa memasak.
 Laraskan api dengan memusingkan tombol
mengikut kawalan mengikut kesesuaiaan.
 Tutup suis penunu dan tutup alat kawalan
pada bahagian kepala tong gas selepas
digunakan
 Tanggalkan penunu dan bersihkan dengan air
sabun suam. Bilas dan keringkan.
 Bersihkan bahagian luar dan atasnya dengan air
sabun suam. Bilas dan keringkan.
 Pasang semula penunu ke tempat asal.
b) Dapur elektrik Ianya digunakan untuk memasak makanan dengan menggunakan
plat pemanas. Reka bentuk dan model dapur berbeza mengikut
keperluan dan kegunaan. Dapur elektrik mestilah berkualiti dan
diperbuat daripada bahan yang tidak mudah berkarat, kukuh dan
mudah dibersihkan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Laraskan suhunya.
 Gunakan alatan memasak yang rata di
bahagian bawahnya untuk mendapatkan
kepanasan yang seimbang dan
mengelakkannya daripada terjatuh.
 Pastikan dulang penapis di bawah terletak
dalam kedudukan yang betul ketika memasak.
 Bersihkan kesan tumpahan dengan segera.
 Bersihkan bahagian luar dan atasnya dengan air
sabun suam. Bilas dan keringkannya dengan
segera.
 Bersihkan dulang penapis, keringkannya dan
letak semula ke tempat asal.
Peti sejuk dan peti dingin beku
Peti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan atau makanan
yang mudah rosak. Pilih peti sejuk beku / peti dingin beku
mengikut kesesuaian. Peti sejuk beku mestilah berkeadaan
teguh, diperbuat daripada keluli berkualiti dan tidak mudah
terbakar.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Bungkus atau tutup rapi makanan sebelum
disimpan untuk mengelakkan daripada
kering.
 Bungkus makanan berasingan untuk
sekali masak sahaja sebelm disimpan
dalam peti dingin baku.
 Elakkan membuka pintunya terlalu kerap
supaya suhunya dapat dikekalkan.
 Elakkan meletak makanan yang telah
dimasak bersama – sama dengan
makanan mentah untuk mencegah
pencemaran silang.
 Simpan makanan yang mempunyai bau
yang kuat dalam bekas kedap udara.
 Tutup punca elektrik dan nyahbeku jika perlu.
 Keluarkan semua bahan makanan.
 Buang air dalam bekas takungan di bahagian bawah
peti sejuk.
 Keluarkan tetingkat dan bersihkan bahagian dalam
dan luar peti sejuk dengan bahan pencuci khas. Bilas
dan keringkannya.
 Bersihkan tetingkat dan susun semula ke tempat asal.
 Pasang semula punca elektrik dan tunggu hingga
mencapai suhu yang sesuai.
 Lap bekas – bekas makanan dan letakkannya semula
ke tempat yang sesuai.
 Gantikan getah kedap pada pintunya jika telah
longgar atau pecah.
 Servis sekurang – kurangnya sekali setahun.
Dough prover
Dough prover digunakan untuk membantu mempercepatkan
pengembangandoh adunan beryis kerana suhu prover lebih
tinggi. Walaubagaimanapun, jika tidak menggunakan prover,
doh masih boleh mengembang. Pilh saiz prover yang sesuai
untuk kegunaan dan mengikut panduan pemilihan alatan
elektrik/gas. Alat ini diperbuat daripada keluli berkualiti dan
todak mudah karat
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Pasang punca air dan elektrik.
 Laras suhu yang diperlukan sebelum
memasukkan doh.
 Tutup bekas berisi doh dengan kain muslin
sebelum dimasukkan ke dalam prover supaya
doh tidak kering.
 Lap bahagian dalam dan luar prover dengan kain
lembut dan air suam bercampur bahan pencuci
khas. Bilas dan keringkannya.
 Bersihkan dulang dan keringkannya sebelum
disusun semula ke tempat asal.
Alat penipis / dough sheeter
Alat ini digunakan untuk meleperkan doh supaya
ketebalannya sekata. Alat ini sesuai untuk pastri lapis dan
pastri danish. Pilih alat ini mengikut panduan pemilihan
alatan elektrik. Alat ini memerlukan kuasa elektrik yang
tinggi. Besi penggeleknya diperbuat daripada keluli kalis
karat. Bahagian kanvasnya diperbuat daripada kain bermutu
tinggi dan tidak mudah koyak serta mudah dibersihkan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Laraskan besi penggelek kepada
ketebalan yang diperlukan sebelum
meletakkan doh.
 Doh dilipat dan dicanai beberapa kali
untuk mendapatkan ketebalan yang
sekata.
 Bersihkan sisa adunan yang melekat pada besi
penggelek dengan kain lembap.
 Lap keseluruhan bahagian badan dan kakinya dengan
air sabun suam. Bilas dan keringkannya.
 Sapukan gris pada bahagian sesiku, motor dan skru
apabila perlu untuk mengelakkannya daripada berkarat
dan sukar dikendalikan.
 Bersihkan sisa adunan pada kanvas dan besi
penggelek dengan kain lembap.
 Keluarkan mangkuk tadahan. Basuh, bilas, keringkan
dan pasang semula ke tempatnya.
Pembentuk doh / dough moulder Pembentuk doh digunakan untuk membahagikan doh
supaya saiznya sekata mengikut standard yang dikehendaki.
Alat ini diperbuat daripada logam berkualiti dan tidak
berkarat. Alat ini merlukan kuasa elektrik yang tinggi.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Pasang punca eletrik dan laraskan moulder
kepada saiz yang diperlukan sebelum
memasukkan doh.
 Elakkan daripada memasukkan kuantiti doh
yang melebihi kapasiti yang dibenarkan.
 Bersihkan sisa adunan yang melekap pada
moulder dengan kain lembap.
 Lap keseluruhan bahagian badan dan kakinya
dengan air sabun suam. Bilas dan keringkannya.
 Sapukan gris pada bahagian yang mempunyai
skru apabila perlu untuk mengelakkannya
daripada berkarat dan sukar dikendalikan.
Pembahagi bun / bun divider
Pembahagi bun digunakan untuk membahagikan doh bun
dan membulatkannya secara automatik supaya saiznya
sekata. Alat ini diperbuat daripada keluli yang berkualiti dan
tidak berkarat dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.
PENGEDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Pasang punca elektrik dan
laraskan kepada saiz yang
diperlukan sebelum memasukkan
doh.
 Elakkan daripada memasukkan
kuantiti doh yang melebihi
kapasiti divider
 Keluarkan piring pembahagi, basuh dan keringkannya.
 Bersihkan sisa adunan yang melekat dengan kain lembap.
 Lap keseluruhannya bahagian dengan air sabun suam. Bilas
dan keringkannya.
 Sapukan gris pada bahagian motor dan skru apabila perlu
untuk mengelakannya daripada berkarat dan sukar
dikendalikan.
 Elakkan daripada membasuh bun divider kerana motornya
akan berkarat dan rosak.
 Letakkan piring pembahagi semula ke tempat asal.
 Servis sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Pemotong roti / bread slicer
Pemotong roti digunakan untuk memotong roti sandwic dan
roti buku supaya ketebalannya sekata. Alat ini diperbuat
daripada keluli yang berkualiti.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Bersihkan pemotong roti sebelum digunakan.
 Pastikan bilah pemotong tajam dan tidak
berkarat.
 Laraskan saiz dan jarak mata pemotong
sebelum memotong roti.
 Gunakan alat penolak untuk enolak roti ketika
memotongnya.
 Bersihkan sisa roti yang melekat dan terjatuh di
sekelilingnya dengan kain pengelap.
 Lap keseluruhan bahagian badan dan matanya
dengan kain pengelap lembut.
 Sapukan gris pada bahagian motor dan skru
apabila berkarat dan sukar dikendalikan.
 Elakkan daripada membasuhnya kerana matanya
akan berkaat dan motornya rosak.
Penggoreng jeluk/deep fat fryer
Penggoreng jeluk digunakan untuk menggoreng makanan
dalam jumlah yang banyak bagi mendapatkan hasil
gorengan yang sekata. Alat ini sesuai digunakan untuk
menggoreng donut atau makanan yang bersadur, bawang
goreng, kentang goreng atau pau goreng. Alat ini diperbuat
daripada keluli bermutu tinggi bagi menjamin kualiti hasil
gorengan dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Laraskan suhunya seperti yang dikehendaki.
 Semasa menggoreng, pastikan jarak berdiri
sesuai bagi mengelakkan kemalangan.
 Sejukkan minyak, tapis dan simpan dalam bekas
lain.
 Bersihkan keseluruhan alat dengan mengelapnya
menggunakan air sabun suam dan keringkan
dengan segera.
 Isi minyak secukupnya ketika hendak
menggunakannya. Elakkan minyak bercampur
dengan air.
Kabinet pamer / display cases
Kabinet dapur digunakan untuk mempamerkan makanan
yang hendak dijual. Ianya boleh didapati dalam bentuk Hot
Cabinet dan Cold Cabinet.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan
memberikan kesan yang tidak elok kepada
makanan.
 Pastikan makanan yang dipamerkan
merupakan makanan yang sedia untuk disaji.
 Lap semua tetingkat dan basuh dengan air sabun
suam. Bilas dan keringkan.
 Bersihkan bahagian dalam dan luarnya dengan
air suam bersabun. Bilas dan lap hingga kering.
Sinki
Sinki digunakan untuk meletakkan alatan atau bahan yang
hendak dibersihkan. Pilih saiz yang sesuai untuk kegunaan
bagi mengelakkan pembaziran wang dan ruang. Sinki
daripada keluli kalis karat sesuai untuk kegunaan industri
makanan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan sinki untuk membasuh makanan dan
alatan memasak yang berasingan.
 Jangan meludah atau berkumur di sinki dapur
bagi mengelakkan pencemaran.
 Elakkan memotong sayuran atau mengupas
kulit buah-buahan atau bawang dalam sinki
kerana mungkin menyebabkannya tersumbat.
 Curahkan bahan berbentuk cecair sahaja ke
sinki dalam saluran sinki.
 Elakkan menuangkan minyak atau lemak cair
ke dalam saluran sinki.
 Letakkan penapis untuk mengelakkan sinki
tersumbat.
 Bersihkan dengan menggunakan air sabun suam
dengan span lembut.
 Bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering.
 Jika terdapat kekotoran degil pada bod sinki, cuci
dengan pencuci khas untuk membersihkannya.
 Bersihkan bahagian lain seperti penapis,
penyumbat getah dan pengadang percikan
dengan cara yang sama.
 Jirus air panas dalam saluran sinki setiap kali
selepas menggunakannya.
 Untuk pembersihan mingguan, letakkan ubat
pembasmi kuman, besihkan perangkap ktoran di
bawah saluran sinki dan tuangkan bahan
pencegah tersumbat.
Pemanas air/water heater
Alat pemanas air digunakan untuk memanas air dari tangki
untuk kegunaan restoran, hotel atau dapur masakan. Alat ini
diperbuat daripada keluli kalis karat dan mempunyai
termometer pengawal arus elektrik. Saluran paip air masuk
dan keluar diperbuat daripada bahan tahan panas. Alat ini
udah digunakan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Setkan masa yang diperlukan  Dapatkan khidmat pakar untuk membersihkannya.
 Tutup punca elektrik jika bekalan air terputus bagi
mengelakkan kebakaran akibat pemanasan
berlebihan.
b) Perkakas kecil
Kebanyakan perkakas kecil terutamanya alatan tangan sangat ringkas dan tidak memerlukan
penjagaan yang rapi.
PERALATAN KEGUNAAN
Sudu/garfu
Sudu atau garfu digunakan sebagai alat penyukat,
penggaul, pengaup dan sebagainya. Alat ini mesti kukuh,
tidak mudah bengkok, patah dan berkarat.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan dengen cermat kerana mudah
bercalar.
 Elakkan mengacau makanan di dalam periuk
menggunakan saudu/garpu
 Bersihkan sudu dan garpu berasingan.
 Gunakan air sabun suam dan span lembut.
 Elakkan penggunaan bahan pencuci yang kasar.
 Bilas dengan air bersih dan keringkan sebelum
disimpan.
Pisau Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisau seperti pisau
pengupas, pisau sayur, pisau roti, pemotong pastri dan
pisau pencincang. Pisau digunakan untuk memotong,
mengupas, mencincang pelbagai bahan makanan. Pilih
pisau yang berkualiti daripada keluli kalis karat.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan pisau mengikut jenis dan kegunaan
yang sesuai.
 Elakkan mengetuk atau memotong benda
keras dengan pisau biasa.
 Elakkan menggunakan pisau untuk membuka
botol atau menebuk lubang pada botol atau tin.
 Cuci pisau dengan segera setelah digunakan.
 Basuh dengan air sabun menggunakan span
lembut.
 Bilas dan lapkannya sehingga kering sebelum
disimpan.
Papan pemotong Ianya digunakan untuk melapik bahan makanan yang
hendak dipotong. Pemilihan papan pemeotong yang
berlainan bergantung pada kegunaannya. Papan
pemotong daripada plastik berlamina lebih mudah
dikendalikan, tetapi cepat meninggalkan kesan kotor jika
tidak dijaga dengan cermat.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan papan pemotong yang berlainan
untuk memotong kuih-muih atau memotong
sayur dan daging.
 Elakkan mencincang benda-benda keras di
atas papan pemotong plastik.
 Simpan papan pemotong berasingan daripda
latan lain untuk kemudahan menggunakannya.
 Rendam dalam air sabun suam jika keotorannya
degil.
 Gosok dengan span kasar untuk mengeluarkan
kekotoran.
 Untuk cucian biasa, cuci dalam air sabun suam
menggunakan span lembut.
 Bilas bersih dan keringknnya sebelum disimpan
dan diletakkan dalam keadaan tegak.
Pengaut/pemotong doh Pengaut plastik digunakan untuk mengaut makanan yang melekat di
tepi mangkuk adunan dan meratakan krim atau mentega pada roti.
Pengaut keluli kalis karat pula digunakan untuk memotong doh. Pilih
pengaut yang kukuh, tahan lasak, tidak mudah patah atau berkarat,
tahan kepanasan, plastik tidak mengelupas dan tangkainya tidak
berukir.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Untuk mengaut makanan yang melekat di tepi
mangkuk adunan.
 Digunakan untuk meratakan krim/mentega pada
sandwic.
 Elakkan menggunakan pengaut plastik untuk
mengikis sisa makanan dalam dulang pembakar.
 Elakkan menggunakan pengaut untuk mengacau
makanan panas dalam periuk.
 Cuci menggunakan air sabun suam
dengan span lembut.
 Bilas dengan air bersih, kering dan
simpankannya erasingan daripada
alatan tajam.
Pengayak tepung
Pengayak tepung digunakan untukmengasingkan kekotoran
daripada bahan berserbuk seperti tepung, gula aising dan lain –
lain. Terdapat pelbagai saiz dan jaringnya kukuh serta tahan lasak.
Pengayak diperbuat daripada plastik atau keluli kalis karat.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Elak menggunakan pengayak sebagai
penapis cecair.
 Cuci dengan segera selepas digunakan terutama jika
digunakan untuk mengayak gula aising.
 Bersihkan pengayak selepas digunakan.
 Pastikan tepung sentiasa berada dalam
keadaan kering
 Berus dengan berus lembut jika kekotoran melekat.
Cuci menggunakan air sabun suam dengan span
lembut.
 Bilas bersih dan keringkan.
 Simpan dalam almari bertutup untuk mengelakkannya
daripada memerangkap habuk.
 Elak merendamkannya bersama-sama alatan lain
kerana ini akan memerangkap sisa makanan dan
sukar dibersihkan.
Penimbang
Penimbang digunakan untuk menimbang bahan masakan supoaya
mendapat sukatan yang tepat. Garis penunjuknya mestilah jelas dan
jarumnya tidak bengkok. Pilih penimbang yang mempunyai sukatan
metrik standard. Pilihan saiznya bergantung kepada kegunannya.
Penimbang digital paling tepat sukatannya tetapi agak mahal.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Letakkan ceper/mangkuk penimbang pada
kedudukan yang betul.
 Laraskan jarum penunjuk kepada angka ‘0’
sebelum menimbang bahan.
 Letakkan bekas kosong untuk menimbang
bahan dan catatkan beratnya.
 Timbang bahan dan pastikan berat bahan
ditambah dengan berat bekas
 Cuci cepr/mangkuk penimbang menggunakan
air sabun suam, bilas bersih dan keringkan.
 Lap badan penimbang dengan kain lembap dan
keringkan.
 Letakkan ceper/mangkuk penimbang semula ke
tempat asal.
 Kunci spring penimbang (jika ada) sebeum
disimpan.
Mangkuk adunan Mangkuk adunan digunakan sebagai tempat mengisi
bahan adunan untuk membuat kek, kuih dan roti.
Mangkuk diperbuaat daripada tembikar, keluli kalis karat,
kaca atau plastik tebal. Pelbagai saiz mangkuk
bergantung kepada kegunaannya. Mangkuk juga
digunakan untuk mengadun, mencampur, menyebatikan
dan memerap makanan.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Elak menggunakan mangkuk keluli kalis karat
untuk memerapkan makanan yang
berasid/beralkali.
 Elakkan penggunaan pisau untuk memotong
 Basuh denga air sabun suam menggunakan
span lembut.
 Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
 Simpan dalam mangkuk adunan yang berlainan
makanan di dalam mangkuk adunan.
 Lapik meja kerja dengan kain lembap untuk
mengelakkan meja tercalar dan mangkuk
bergerak ketika digunakan.
secara jenis berasingan untuk kemudahan
mengambilnya.
Acuan
Acuan terdiri daripada loyang, tin pembakar, tin loaf, tin pastri
serta acuan kecil. Alat ini dugunakan untuk meletakkan
adunan yang hendak dimasak dengan menggunakan kaedah
mengukus atau membakar.
Gunakan saiz acuan yang sesuai dengan kuantiti makanan
yang hendak dimasak. Pilih acuan yang diperbuat daripada
plastik, aluminium, tembaga atau keluli kalis karat mengikut
kesesuaian. Pilih acuan yang berkualiti dan saiz yang
pelbagai untuk kegunaan tertentu.
Acuan untuk masakan yang dikukus mestilah sesuai dengan
periuk pengukus supaya wap dapat tersebar rata.
PENGENDALIAN
PEMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
 Acuan perlu dibersihkan dengan sempurna kerana
mudah mengumpulkan kekotoran atau sisa makanan di
bahagian dasar dan celahannya.
 Acuan yang diperbuat daripada tembaga, misalnya
acuan kuih cara perlu digunakan dengan cermat kerana
berat dan mudah meninggalkan selaput kusam
berwarna hijau yang beracun (kesan verdigis)
Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
Simpan acuan yang berlainan jenis secara
berasingan untuk kemudahan
mengambilnya
Penerap Penerap digunakan untuk menerap adunan seperti
biskut, pastri dan donut. Pilih penerap yang sesuai
dan berkualiti.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan saiz penerap yang bersesuaian untuk
saiz makanan yang ingin dihasilkan
 Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
 Bilas dan keringkannya sebelum disimpan.
 Simpan terap yang berlainan jenis secara
berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
Set aising Set aising digunakan untuk membuat corak aising
pada kek dan biskut. Di samping itu, set aising
ialah alat untuk menghias kentang putar dan pastri
choux. Set aising diperbuat daripada plastik,
tembaga atau keluli kalis karat mengikut
kegunaannya. Pilih set aising yang berkualiti dan
saiz yang pelagai untuk kegunaan membuat corak
asing yang menarik.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan saiz dan bentuk nozzle yang
bersesuaian untuk saiz makanan yang hendak
dihias.
 Sediakan beg aising atau kertas surih bagi
nozzle yang tidak mempunyai badan dan pam
penekannya
 Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
 Bilas dan keringkan sebelum disimpan
 Simpan set aising yang berlainan jenis secara
berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
Dulang pembakar/kerja/menghidang Dulang biasanya diperbuat daripada plastik,
aluminium, tembaga atau keluli kalis karat mengikut
kesesuaian. Pilih dulang yang berkualiti dan saiz
yang pelbagai untuk kegunaan tertentu. Dulang
pembakar hendaklah diperbuat daripada aluminium
yang tebal. Dulang pembakar kalis melekat (non
stick) lebih elok dan berkualiti tetapi harganya
mahal. Dulang kerja mestilah cukup besar untuk
mengisi makanan. Pilih dulang menghidang yang
mempunyai corajk menarik sama dada ripada
plastik atau keluli kalis karat.
PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN
 Gunakan dulang yang berlainan mengikut
fungsinya.
 Elakkan menggunakan dulang kerja untuk
membakar makanan.
 Gunakan dengan cermat dan jangan diketuk
dengan benda keras kerana akan menjadi
kemik.
 Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
 Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
 Simpan dulang yang berlainan jenis secara
berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
Periuk Periuk terdiri daripada pelbagi saiz mengikut kegunaan
tertentu. Pilih periuk yang berkualiti. Periuk keluli kalis karat
lebih sesuai untuk kegunaan industri. Manakal periuk kalis
melekat (non stick) lebih tahan lama tetapi harganya mahal.
Pilih periuk yang tebal dan bahagiannya dasarnya rata untuk
kemudahan pengendalian. Tangkai periuk mestilah diperbuat
daripada bahan yang berkualiti dan tahan haba panas.
PENGENDALIAN
PERMBERSIHAN DAN
PENYELENGGARAAN
 Gunakan periuk yang berlainan untuk kegunaan
yang tertentu.
 Elakkan mengetuk mulut periuk dengan kuat.
 Gunakan hanya senduk atau sudip kayu untuk
periuk kalis melekat (non-stick) bagi
mengelakkan periuk daripada tercalar.
 Bersihkan dengan air sabun suam
menggunakan span lembut.
 Bilas dan keringkan sebelum disimpan.
 Simpan periuk yang berlainan jenis secara
berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
 Rendam periuk dengan air sejuk jika kesan
hangitnya sukar ditanggalkan.

More Related Content

What's hot

SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK
SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAKSRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK
SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAKMyu 21
 
Prinsip memasak
Prinsip memasakPrinsip memasak
Prinsip memasakeda_best85
 
BBK47103 Bab 2 food garnishing
BBK47103 Bab 2 food garnishingBBK47103 Bab 2 food garnishing
BBK47103 Bab 2 food garnishingMarzyah Omar
 
Prinsip 2 HACCP
Prinsip 2 HACCPPrinsip 2 HACCP
Prinsip 2 HACCPAini Alwee
 
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLING
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLINGBAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLING
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLINGNOR AZIZAH
 
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] editzngeneration
 
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRISRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRIMyu 21
 
JENIS-JENIS STOK
JENIS-JENIS STOKJENIS-JENIS STOK
JENIS-JENIS STOKCikgu Vari
 
PENGHASILAN PENCUCI MULUT
PENGHASILAN PENCUCI MULUTPENGHASILAN PENCUCI MULUT
PENGHASILAN PENCUCI MULUTCikgu Vari
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Marzyah Omar
 
Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakjauhariah
 
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICE
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICEHSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICE
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICEnurrulainiramli
 
nota roti dan roll (1)
nota roti dan roll (1)nota roti dan roll (1)
nota roti dan roll (1)NURSAFIA3
 
IKAN DAN KARANGAN LAUT
IKAN DAN KARANGAN LAUTIKAN DAN KARANGAN LAUT
IKAN DAN KARANGAN LAUTCikgu Vari
 
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARAT
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARATSRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARAT
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARATMyu 21
 
Pemilihan dan penyimpanan makanan
Pemilihan dan penyimpanan makananPemilihan dan penyimpanan makanan
Pemilihan dan penyimpanan makananSuhana Kamaluddin
 
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.Prinsip rekaan pembungkusan makanan.
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.Asif Yahya
 

What's hot (20)

SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK
SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAKSRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK
SRT T5 BAB 4 (4.1) PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK
 
Prinsip memasak
Prinsip memasakPrinsip memasak
Prinsip memasak
 
BBK47103 Bab 2 food garnishing
BBK47103 Bab 2 food garnishingBBK47103 Bab 2 food garnishing
BBK47103 Bab 2 food garnishing
 
Prinsip 2 HACCP
Prinsip 2 HACCPPrinsip 2 HACCP
Prinsip 2 HACCP
 
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLING
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLINGBAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLING
BAKERY PRODUCT AND MATERIAL HANDLING
 
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
160467414 teknologi-dalam-penyediaan-makanan[1] edit
 
Roti
RotiRoti
Roti
 
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRISRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
SRT T5 BAB 4 (4.9) HIDANGAN PASTRI
 
JENIS-JENIS STOK
JENIS-JENIS STOKJENIS-JENIS STOK
JENIS-JENIS STOK
 
PENGHASILAN PENCUCI MULUT
PENGHASILAN PENCUCI MULUTPENGHASILAN PENCUCI MULUT
PENGHASILAN PENCUCI MULUT
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
 
Prinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasakPrinsip prinsip memasak
Prinsip prinsip memasak
 
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICE
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICEHSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICE
HSK 302 KOMPETENSI 3 PERFORM DINING ROOM SERVICE
 
nota roti dan roll (1)
nota roti dan roll (1)nota roti dan roll (1)
nota roti dan roll (1)
 
Kitchen equipment1
Kitchen equipment1Kitchen equipment1
Kitchen equipment1
 
IKAN DAN KARANGAN LAUT
IKAN DAN KARANGAN LAUTIKAN DAN KARANGAN LAUT
IKAN DAN KARANGAN LAUT
 
Peranggu meja
Peranggu mejaPeranggu meja
Peranggu meja
 
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARAT
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARATSRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARAT
SRT T5 BAB 4 (4.7) HIDANGAN DESERT BAGI SAJIAN TIMUR DAN BARAT
 
Pemilihan dan penyimpanan makanan
Pemilihan dan penyimpanan makananPemilihan dan penyimpanan makanan
Pemilihan dan penyimpanan makanan
 
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.Prinsip rekaan pembungkusan makanan.
Prinsip rekaan pembungkusan makanan.
 

Similar to Kp komp 1

oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubatorcumipaus
 
oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubatorcumipaus
 
oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubatorcumipaus
 
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptx
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptxPPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptx
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptxssuser93e4ad
 
Bahan ajar tata boga
Bahan ajar tata bogaBahan ajar tata boga
Bahan ajar tata bogaJay Nudien
 
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kulinerHelmiHermawan4
 
Modu lhygiene hari iii
Modu lhygiene hari iiiModu lhygiene hari iii
Modu lhygiene hari iiiHady Chandra
 
Boiler untuk pengalengan ika1
Boiler untuk pengalengan ika1Boiler untuk pengalengan ika1
Boiler untuk pengalengan ika1wahyuIDM
 
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptxMulyani86
 
Pertemuan 2 Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...
Pertemuan 2   Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...Pertemuan 2   Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...
Pertemuan 2 Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...Ratnawati Sigamma
 
Sop sterilisasi alat medis
Sop sterilisasi alat medisSop sterilisasi alat medis
Sop sterilisasi alat medisYadiSupriyadi20
 
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdf
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdfPeralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdf
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdfNiWayanErniasih
 
Materi training houseware kiki
Materi training houseware kikiMateri training houseware kiki
Materi training houseware kikisofyan mr
 
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.ppt
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.pptstruktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.ppt
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.pptrasmipkmsky63
 

Similar to Kp komp 1 (20)

oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubator
 
oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubator
 
oven dan ingkubator
oven dan ingkubatoroven dan ingkubator
oven dan ingkubator
 
Pemanggangan
PemangganganPemanggangan
Pemanggangan
 
Pemanggangan
PemangganganPemanggangan
Pemanggangan
 
4. BAKING.pptx
4. BAKING.pptx4. BAKING.pptx
4. BAKING.pptx
 
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptx
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptxPPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptx
PPT TEKNIK PENGOLAHAN PCKI.pptx
 
Bahan ajar tata boga
Bahan ajar tata bogaBahan ajar tata boga
Bahan ajar tata boga
 
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
199313027 aneka-tips-dan-trik-kuliner
 
Modul 3-3-tenusu
Modul 3-3-tenusuModul 3-3-tenusu
Modul 3-3-tenusu
 
Modu lhygiene hari iii
Modu lhygiene hari iiiModu lhygiene hari iii
Modu lhygiene hari iii
 
Boiler untuk pengalengan ika1
Boiler untuk pengalengan ika1Boiler untuk pengalengan ika1
Boiler untuk pengalengan ika1
 
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx
9 PPT MEDIA 3.11 KUE DARI ADONAN BERAGI.pptx
 
Pertemuan 2 Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...
Pertemuan 2   Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...Pertemuan 2   Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...
Pertemuan 2 Gizi Kulinari - Teknik Dasar Pengolahan Makanan dan Peralatan K...
 
Sop sterilisasi alat medis
Sop sterilisasi alat medisSop sterilisasi alat medis
Sop sterilisasi alat medis
 
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdf
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdfPeralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdf
Peralatan Pengolahan Makanan KItchen(2).pdf
 
Heat preservation
Heat preservationHeat preservation
Heat preservation
 
Sayuran
SayuranSayuran
Sayuran
 
Materi training houseware kiki
Materi training houseware kikiMateri training houseware kiki
Materi training houseware kiki
 
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.ppt
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.pptstruktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.ppt
struktur dan tata letak dapur yang diperlukan dalam.ppt
 

More from Faradila Mansor

More from Faradila Mansor (8)

Kk kek
Kk kekKk kek
Kk kek
 
Kp komp 3
Kp komp 3Kp komp 3
Kp komp 3
 
Dpsk hsk 304
Dpsk hsk 304Dpsk hsk 304
Dpsk hsk 304
 
Dpsk hsk 303 ok
Dpsk hsk 303 okDpsk hsk 303 ok
Dpsk hsk 303 ok
 
To hsk 304
To hsk 304To hsk 304
To hsk 304
 
TEACHING OUTLINE hsk 303
TEACHING OUTLINE hsk 303TEACHING OUTLINE hsk 303
TEACHING OUTLINE hsk 303
 
Dokumen kskv hsk 304 festive food
Dokumen kskv hsk 304 festive foodDokumen kskv hsk 304 festive food
Dokumen kskv hsk 304 festive food
 
Dokumen kskv hsk 303 patisserie and yeast product
Dokumen kskv hsk 303  patisserie and yeast productDokumen kskv hsk 303  patisserie and yeast product
Dokumen kskv hsk 303 patisserie and yeast product
 

Recently uploaded

MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 

Recently uploaded (20)

MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 

Kp komp 1

  • 1. UNIT SENI KULINARI JABATAN HOSPITALITI KOLEJ VOKASIONAL KANGAR PERLIS KERTAS PENERANGAN NAMA PROGRAM / PROGRAM NAME SENI KULINARI TAHUN DAN SEMESTER / YEAR AND SEMESTER 2 / SEMESTER 3 KOD DAN TAJUK MODUL / MODULE CODE AND TITLE HSK 303 – PATISSERIE NO KOMPETENSI DAN STANDARD KANDUNGAN / COMPETENCY NO. AND CONTENT STANDARD KOMPETENSI 1 – CARRY OUT BASIC PRINCIPLE OF BAKING OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIR / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIR, PELATIH DAPAT:  Menerangkan prinsip membakar  Menerangkan alatan dan perkakas yang digunakan untuk menyediakan pastry produk  Mempraktikkan nilai-nilai murni, prinsip kebersihan dan keselamatan semasa di dalam bengkel NO KOD / CODE NO HSK 303 Muka : 01 Drp :
  • 2. PENGENALAN KEPADA PRINSIP MEMBAKAR Membakar merujuk kepada memasak dengan haba kering terutamanya dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan suhu adalah seragam kerana udara panas beredar untuk memasak kek, pai, biskut atau roti. Suhu dan masa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis, bahan dan bentuk makanan. Bahan yang sesuai menggunakan kaedah membakar ialah adunan beryis, kek, pastri dan biskut. KAEDAH MEMASAK HURAIAN RINGKAS PRINSIP ASAS CONTOH MASAKAN Membakar  Haba di dalam ketuhar dialirkan secara perolakan dan juga pengaliran  Makanan dimasak melalui haba perolakan di dalam ketuhar  Zat masakan tidak hilang dan rasa masakan menyelerakan  Atur tetingkat mengikut kesesuaian. Tetingkat paling atas ialah bahagian yang paling panas.  Pastikan makanan diletakkan di tempat yang betul  Panaskan ketuhar ke suhu yang dikehendaki sebelum memasukkan makanan  Masa membakar mengikut kesesuaian masakan.  Tutup pintu ketuhar perlahan – lahan terutama jika membakar kek untuk mengelakkan udara sejuk terperangkap dan menyebabkan kek tenggelam di tengah.  Semasa makanan sedang dimasak, kurangkan membuka pintu ketuhar kerana ia akan menurunkan suhu  Lap makanan yang tertumpah dengan segera untuk mengelakkannya menjadi keras dan berbau hangus. Kek Biskut Pastri Roti Pai Puding Kuih – muih seperti kuih bakar
  • 3.  Elakkan membakar makanan terlalu banyak pada satu masa bagi membolehkan udara panas beredar di sekeliling makanan dengan sempurna.  Gunakan sarung tangan untuk memasukkan atau mengeluarkan makanan PERATURAN MEMBAKAR 1. Acuan kek perlu dialaskan dengan kertas minyak dan disapukan dengan mentega keseluruhannya. 2. Acuan kek yang kecil tidak perlu dialas dengan kertas minyak. 3. Ketuhar perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum kek di bakar. 4. Masa untuk membakar tiada banyak perbezaannya tetapi bergantung pada jenis ketuhar yang digunakan. 5. Ketuhar yang perlu digunakan :  Kek yang kecil dibakar di bahagian 2/3 dari bawah ketuhar (bahulu gulung, bahulu lapis)  Kek buah yang besar dibakar di bahagian bawah ketuhar.  Kek yang sedang atau besar dibakar di bahagian tengah ketuhar. KEBAIKAN KEBURUKAN  Nutrien makanan tidak banyak hilang  Makanan tidak berkecai tetapi masih dalam bentuk yang asal  Makanan kelihatan cantik dan berselera  Beberapa masakan yang memerlukan suhu yang sama boleh dibakar sekali gus  Tidak perlu banyak perhatian  Menggunakan bahan api yang banyak melainkan ruang digunakan sepenuhnya  Kehilangan kelembapan yang tinggi
  • 4. JADUAL SUHU UNTUK MEMBAKAR BAHAN SUHU Kek buah / kek besar 150 oC – 160 oC Bahulu / kek kecil 180 oC – 190 oC Ban / pastri rapuh 200 oC – 210 oC Roti / pastri lapis 220 oC – 240 oC PERALATAN DAN PERKAKASAN a) Peralatan besar Penggunaan peralatan besar dalam industri pembuatan roti dan patisserie mampu memperbaiki kualiti makanan, meningkatkan kualiti pengeluaran dan menjimatkan masa dan tenaga. Harga alatan ini lebih mahal daripada alatan tradisional. Peralatan ini agak canggih dan kompleks untuk dikendalikan. NAMA ALAT KEGUNAAN Pengadun doh industri Pengadun doh indutri digunakan untuk mengadun kek, menguli doh dan memukul telur. Terdapat 2 jenis pengadun iaitu : a) Mixer Bench Model (4-20 liter) b) Mixer Floor Model (20-100 liter) Pengadun ini mempunyai mangkuk adunan dari keluli kalis karat yang mudah ditanggalkan dan dibersihkan serta diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Pengadun ini juga disertakan dengan alat pengadun yang berlainan bentuk dan fungsi iaitu :  Paddle atau ‘K’ beater Mengadun adunan yang mempunyai kepekatan sederhana seperti mengadun lemak dan gula.  Wire whip Mengadun adunan yang lembut dab berbentuk cecair bertujuan memasukkan udara seperti adunan kek span, krim putar dan telur.  Dough arm atau dough hook Menguli adunan yang kental seperti doh adunan beryis PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Letakkan mangkuk adunan dengan kemas.  Pilih pengadun yang sesuai.  Masukkan bahan ke dalam mangkuk adunan.  Keluarkan alat pengadun serta mangkuk adunan dan cuci dengan air panas bersabun. Bilas dan keringkan.
  • 5.  Kelajuan pengadun mestilah sesuai dengan adunan.  Perlahankan gerakan alat pengadun sebelum mencampurkan bahan.  Berhentikan gerakan alat pengadun sebelum mengaup adunan.  Tutup suis pelaras sebelum menukarkan kelajuan.  Lap mesin pengadun dengan kain lembap. Jika kekotoran sukar ditanggalkan, duna air suam bersabun. Bilas dan keringkannya.  Susun alat pengadun di tempatnya dengan kemas Ketuhar a) Ketuhar industri Ketuhar industri berfungsi membakar produk dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Ketuhar ini memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Lampu di bahagian dalam ketuhar digunakan untuk kemudahan melihat bahan yang dimasak. Ketuhar ini mempunyai tiga kedudukan elemen pemanas iaitu di bahagian atas, bawah dan tepi. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Panaskan ketuhar sebelum digunakan  Lap ketuhar dan makanan yang tumpah dalam ketuhar dengan kain lembap.  Bersihkan cermin hadapan dengan menggunakan penyembur khas dan kain lembut.  Elakkan cermin terkena percikan air sejuk atau mencucinya ketika masih panas atau mengelakkannya daripada retak atau pecah.  Servis sekurang – kurangnya enam bulan sekali. b) Ketuhar elektrik Ianya berfungsi untuk membakar dan memanggang dengan mudah dan bersih. Ianya mempunyai elemen pemanas di bahagian belakang ketuhar. Lampu di bahagian dalam ketuhar memudahkan melihat makanan yang dimasak. Ketuhar ini menggunakan kuasa elektrik yang sesuai untuk kegunaan di rumah dan di bengkel masakan. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Susun tetingkat ketuhar mengikut keperluan sebelum memanaskannya.  Laraskan suhu mengikut kesesuaian  Lap makanan yang tumpah dengan kain lembap.  Bersihkan cermin hadapan dengan kain lembap menggunakan penyembur khas.
  • 6. makanan.  Panaskan ketuhar sekurang – kurangnya 10 minit sebelum digunakan.  Set suhu ketuhar convection kurang 15 oC hingga 30 oC daripada suhu ketuhar conventional  Elakkan cermin terkena percikan air sejuk atau mencucinya ketika masih panas untuk mengelakkannya daripada retak atau pecah.  Lap ketuhar dengan kain lembap.  Bersihkandulang tadahan yang kotor dengan air sabun, bilas, keringkan dan letakkan semula di dalam ketuhar. c) Ketuhar gas Ketuhar gas digunakan untuk membakar dan memanggang dengan menggunakan api daripada penunu yang terletak di bahagian bawah ketuhar. Pilih penunu yang berbentuk memanjang dan berlubang sekata kerana penunu jenis ini akan memberikan kepanasan yang sekata kepada ketuhar. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Pasangkan kepala gas dan buka alat kawalan.  Nyalakan mancis/pemetik api terlebih dahulu sebelum memusing tombol kawalan api untuk mengelakkan kemalangan dan pembaziran gas.  Jangan membakar terlalu banyak makanan pada satu masa.  Tutup suis penunu dan tutup alat kawalan pada bahagian kepala tong gas selepas digunakan.  Servis sekurang – kurangnya setahun sekali.  Keluarkan redai dan dulang tadahan  Lap semua tumpahan makanan, bahagian dalam dan luar ketuhar dengan kain lembap.  Jika penununya kotor, berus dengan berus keluli dan cungkil lubang – lubang yang tersumbat.  Jika bahagian dalam atau luar ketuhar kotor, lap menggunakan air sabun lembut, bilas dan keringkannya.  Bersihkan redai dan dulang tadahan, bilas, keringkannya dan susun semula ke tempat asal.
  • 7. d) Ketuhar gelombang mikro Ketuhar gelombang mikro digunakan untuk membakar, memasak, memanggang, menggril, mengukus dan sebagainya. Ketuhar ini mempunyai sistem mencair, elemen memanggang, pengawalan haba dan mempunyai alat pemusing. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Sebaik – baiknya tutup makanan dengan plastik cling film supaya kandungan cecair dalam makanan tidak tersejat.  Makanan seperti sosej perlu dicucuk dahulu untuk mengelakkannya daripada pecah.  Gunakan bekas memasak daripada bahan kaca, porselin atau plastik.  Elakkan penggunaan alatan enamel, logam, kertas timah atau pinggan yang bersadur emas kerana akan membalikkan pancaran gelombang mikro.  Set suhu yang tepat untuk kegunaan tertentu.  Jangan sekali – kali menggunakan ketuhar ini jika pintunya tidak dapat ditutup rapat kerana gelombang mikronya akan terbocor keluar  Bersihkan keseluruhan bahagian luar, dalam dan bahagian pintunya dengan air bercampur dengan bahan pencuci khas, menggunakan kain lembut/span. Keringkannya dengan segera  Bersihkan redai dan dulang tadahan, bilas dan keringkannya dan susun semula ke tempat asal.  Servis sekurang – kurangnya setahun sekali. Dapur a) Dapur gas Dapur gas digunakan untuk memasak makanan dengan menggunakan gas. Dapur gas industri mempunyai paip pembersihan untuk kemudahan mencuci. Reka bentuk dapur mestilah bersesuaian mengikut keperluan dan kegunaannya. Ianya mestilah berkualiti, dan diperbuat dari pada bahan yang tidak mudah berkarat, kukuh, dan mudah dibersihkan. Kebiasannya ia mempunyai tempat meletak tungku / atau tempat meletak periuk panas. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Pasangkan kepala gas dan buka alat kawalan.  Nyalakan mancis/pemetik api terlebih dahulu  Tutup alat kawalan pada kepala tong gas.  Bersihkan kesan tumpahan dengan segera.
  • 8. sebelum memusing tombol kawalan api untuk mengelakkan kemalangan dan pembaziran gas.  Gunakan saiz penunu yang sesuai mengikut saiz bekas dan jangka masa memasak.  Laraskan api dengan memusingkan tombol mengikut kawalan mengikut kesesuaiaan.  Tutup suis penunu dan tutup alat kawalan pada bahagian kepala tong gas selepas digunakan  Tanggalkan penunu dan bersihkan dengan air sabun suam. Bilas dan keringkan.  Bersihkan bahagian luar dan atasnya dengan air sabun suam. Bilas dan keringkan.  Pasang semula penunu ke tempat asal. b) Dapur elektrik Ianya digunakan untuk memasak makanan dengan menggunakan plat pemanas. Reka bentuk dan model dapur berbeza mengikut keperluan dan kegunaan. Dapur elektrik mestilah berkualiti dan diperbuat daripada bahan yang tidak mudah berkarat, kukuh dan mudah dibersihkan. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Laraskan suhunya.  Gunakan alatan memasak yang rata di bahagian bawahnya untuk mendapatkan kepanasan yang seimbang dan mengelakkannya daripada terjatuh.  Pastikan dulang penapis di bawah terletak dalam kedudukan yang betul ketika memasak.  Bersihkan kesan tumpahan dengan segera.  Bersihkan bahagian luar dan atasnya dengan air sabun suam. Bilas dan keringkannya dengan segera.  Bersihkan dulang penapis, keringkannya dan letak semula ke tempat asal. Peti sejuk dan peti dingin beku Peti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan atau makanan yang mudah rosak. Pilih peti sejuk beku / peti dingin beku mengikut kesesuaian. Peti sejuk beku mestilah berkeadaan teguh, diperbuat daripada keluli berkualiti dan tidak mudah terbakar.
  • 9. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Bungkus atau tutup rapi makanan sebelum disimpan untuk mengelakkan daripada kering.  Bungkus makanan berasingan untuk sekali masak sahaja sebelm disimpan dalam peti dingin baku.  Elakkan membuka pintunya terlalu kerap supaya suhunya dapat dikekalkan.  Elakkan meletak makanan yang telah dimasak bersama – sama dengan makanan mentah untuk mencegah pencemaran silang.  Simpan makanan yang mempunyai bau yang kuat dalam bekas kedap udara.  Tutup punca elektrik dan nyahbeku jika perlu.  Keluarkan semua bahan makanan.  Buang air dalam bekas takungan di bahagian bawah peti sejuk.  Keluarkan tetingkat dan bersihkan bahagian dalam dan luar peti sejuk dengan bahan pencuci khas. Bilas dan keringkannya.  Bersihkan tetingkat dan susun semula ke tempat asal.  Pasang semula punca elektrik dan tunggu hingga mencapai suhu yang sesuai.  Lap bekas – bekas makanan dan letakkannya semula ke tempat yang sesuai.  Gantikan getah kedap pada pintunya jika telah longgar atau pecah.  Servis sekurang – kurangnya sekali setahun. Dough prover Dough prover digunakan untuk membantu mempercepatkan pengembangandoh adunan beryis kerana suhu prover lebih tinggi. Walaubagaimanapun, jika tidak menggunakan prover, doh masih boleh mengembang. Pilh saiz prover yang sesuai untuk kegunaan dan mengikut panduan pemilihan alatan elektrik/gas. Alat ini diperbuat daripada keluli berkualiti dan todak mudah karat PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Pasang punca air dan elektrik.  Laras suhu yang diperlukan sebelum memasukkan doh.  Tutup bekas berisi doh dengan kain muslin sebelum dimasukkan ke dalam prover supaya doh tidak kering.  Lap bahagian dalam dan luar prover dengan kain lembut dan air suam bercampur bahan pencuci khas. Bilas dan keringkannya.  Bersihkan dulang dan keringkannya sebelum disusun semula ke tempat asal.
  • 10. Alat penipis / dough sheeter Alat ini digunakan untuk meleperkan doh supaya ketebalannya sekata. Alat ini sesuai untuk pastri lapis dan pastri danish. Pilih alat ini mengikut panduan pemilihan alatan elektrik. Alat ini memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Besi penggeleknya diperbuat daripada keluli kalis karat. Bahagian kanvasnya diperbuat daripada kain bermutu tinggi dan tidak mudah koyak serta mudah dibersihkan. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Laraskan besi penggelek kepada ketebalan yang diperlukan sebelum meletakkan doh.  Doh dilipat dan dicanai beberapa kali untuk mendapatkan ketebalan yang sekata.  Bersihkan sisa adunan yang melekat pada besi penggelek dengan kain lembap.  Lap keseluruhan bahagian badan dan kakinya dengan air sabun suam. Bilas dan keringkannya.  Sapukan gris pada bahagian sesiku, motor dan skru apabila perlu untuk mengelakkannya daripada berkarat dan sukar dikendalikan.  Bersihkan sisa adunan pada kanvas dan besi penggelek dengan kain lembap.  Keluarkan mangkuk tadahan. Basuh, bilas, keringkan dan pasang semula ke tempatnya. Pembentuk doh / dough moulder Pembentuk doh digunakan untuk membahagikan doh supaya saiznya sekata mengikut standard yang dikehendaki. Alat ini diperbuat daripada logam berkualiti dan tidak berkarat. Alat ini merlukan kuasa elektrik yang tinggi. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Pasang punca eletrik dan laraskan moulder kepada saiz yang diperlukan sebelum memasukkan doh.  Elakkan daripada memasukkan kuantiti doh yang melebihi kapasiti yang dibenarkan.  Bersihkan sisa adunan yang melekap pada moulder dengan kain lembap.  Lap keseluruhan bahagian badan dan kakinya dengan air sabun suam. Bilas dan keringkannya.  Sapukan gris pada bahagian yang mempunyai skru apabila perlu untuk mengelakkannya daripada berkarat dan sukar dikendalikan.
  • 11. Pembahagi bun / bun divider Pembahagi bun digunakan untuk membahagikan doh bun dan membulatkannya secara automatik supaya saiznya sekata. Alat ini diperbuat daripada keluli yang berkualiti dan tidak berkarat dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. PENGEDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Pasang punca elektrik dan laraskan kepada saiz yang diperlukan sebelum memasukkan doh.  Elakkan daripada memasukkan kuantiti doh yang melebihi kapasiti divider  Keluarkan piring pembahagi, basuh dan keringkannya.  Bersihkan sisa adunan yang melekat dengan kain lembap.  Lap keseluruhannya bahagian dengan air sabun suam. Bilas dan keringkannya.  Sapukan gris pada bahagian motor dan skru apabila perlu untuk mengelakannya daripada berkarat dan sukar dikendalikan.  Elakkan daripada membasuh bun divider kerana motornya akan berkarat dan rosak.  Letakkan piring pembahagi semula ke tempat asal.  Servis sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pemotong roti / bread slicer Pemotong roti digunakan untuk memotong roti sandwic dan roti buku supaya ketebalannya sekata. Alat ini diperbuat daripada keluli yang berkualiti. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Bersihkan pemotong roti sebelum digunakan.  Pastikan bilah pemotong tajam dan tidak berkarat.  Laraskan saiz dan jarak mata pemotong sebelum memotong roti.  Gunakan alat penolak untuk enolak roti ketika memotongnya.  Bersihkan sisa roti yang melekat dan terjatuh di sekelilingnya dengan kain pengelap.  Lap keseluruhan bahagian badan dan matanya dengan kain pengelap lembut.  Sapukan gris pada bahagian motor dan skru apabila berkarat dan sukar dikendalikan.  Elakkan daripada membasuhnya kerana matanya akan berkaat dan motornya rosak.
  • 12. Penggoreng jeluk/deep fat fryer Penggoreng jeluk digunakan untuk menggoreng makanan dalam jumlah yang banyak bagi mendapatkan hasil gorengan yang sekata. Alat ini sesuai digunakan untuk menggoreng donut atau makanan yang bersadur, bawang goreng, kentang goreng atau pau goreng. Alat ini diperbuat daripada keluli bermutu tinggi bagi menjamin kualiti hasil gorengan dan memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Laraskan suhunya seperti yang dikehendaki.  Semasa menggoreng, pastikan jarak berdiri sesuai bagi mengelakkan kemalangan.  Sejukkan minyak, tapis dan simpan dalam bekas lain.  Bersihkan keseluruhan alat dengan mengelapnya menggunakan air sabun suam dan keringkan dengan segera.  Isi minyak secukupnya ketika hendak menggunakannya. Elakkan minyak bercampur dengan air. Kabinet pamer / display cases Kabinet dapur digunakan untuk mempamerkan makanan yang hendak dijual. Ianya boleh didapati dalam bentuk Hot Cabinet dan Cold Cabinet. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan memberikan kesan yang tidak elok kepada makanan.  Pastikan makanan yang dipamerkan merupakan makanan yang sedia untuk disaji.  Lap semua tetingkat dan basuh dengan air sabun suam. Bilas dan keringkan.  Bersihkan bahagian dalam dan luarnya dengan air suam bersabun. Bilas dan lap hingga kering. Sinki Sinki digunakan untuk meletakkan alatan atau bahan yang hendak dibersihkan. Pilih saiz yang sesuai untuk kegunaan bagi mengelakkan pembaziran wang dan ruang. Sinki daripada keluli kalis karat sesuai untuk kegunaan industri makanan.
  • 13. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan sinki untuk membasuh makanan dan alatan memasak yang berasingan.  Jangan meludah atau berkumur di sinki dapur bagi mengelakkan pencemaran.  Elakkan memotong sayuran atau mengupas kulit buah-buahan atau bawang dalam sinki kerana mungkin menyebabkannya tersumbat.  Curahkan bahan berbentuk cecair sahaja ke sinki dalam saluran sinki.  Elakkan menuangkan minyak atau lemak cair ke dalam saluran sinki.  Letakkan penapis untuk mengelakkan sinki tersumbat.  Bersihkan dengan menggunakan air sabun suam dengan span lembut.  Bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering.  Jika terdapat kekotoran degil pada bod sinki, cuci dengan pencuci khas untuk membersihkannya.  Bersihkan bahagian lain seperti penapis, penyumbat getah dan pengadang percikan dengan cara yang sama.  Jirus air panas dalam saluran sinki setiap kali selepas menggunakannya.  Untuk pembersihan mingguan, letakkan ubat pembasmi kuman, besihkan perangkap ktoran di bawah saluran sinki dan tuangkan bahan pencegah tersumbat. Pemanas air/water heater Alat pemanas air digunakan untuk memanas air dari tangki untuk kegunaan restoran, hotel atau dapur masakan. Alat ini diperbuat daripada keluli kalis karat dan mempunyai termometer pengawal arus elektrik. Saluran paip air masuk dan keluar diperbuat daripada bahan tahan panas. Alat ini udah digunakan. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Setkan masa yang diperlukan  Dapatkan khidmat pakar untuk membersihkannya.  Tutup punca elektrik jika bekalan air terputus bagi mengelakkan kebakaran akibat pemanasan berlebihan.
  • 14. b) Perkakas kecil Kebanyakan perkakas kecil terutamanya alatan tangan sangat ringkas dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. PERALATAN KEGUNAAN Sudu/garfu Sudu atau garfu digunakan sebagai alat penyukat, penggaul, pengaup dan sebagainya. Alat ini mesti kukuh, tidak mudah bengkok, patah dan berkarat. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan dengen cermat kerana mudah bercalar.  Elakkan mengacau makanan di dalam periuk menggunakan saudu/garpu  Bersihkan sudu dan garpu berasingan.  Gunakan air sabun suam dan span lembut.  Elakkan penggunaan bahan pencuci yang kasar.  Bilas dengan air bersih dan keringkan sebelum disimpan. Pisau Terdapat pelbagai jenis dan saiz pisau seperti pisau pengupas, pisau sayur, pisau roti, pemotong pastri dan pisau pencincang. Pisau digunakan untuk memotong, mengupas, mencincang pelbagai bahan makanan. Pilih pisau yang berkualiti daripada keluli kalis karat. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan pisau mengikut jenis dan kegunaan yang sesuai.  Elakkan mengetuk atau memotong benda keras dengan pisau biasa.  Elakkan menggunakan pisau untuk membuka botol atau menebuk lubang pada botol atau tin.  Cuci pisau dengan segera setelah digunakan.  Basuh dengan air sabun menggunakan span lembut.  Bilas dan lapkannya sehingga kering sebelum disimpan. Papan pemotong Ianya digunakan untuk melapik bahan makanan yang hendak dipotong. Pemilihan papan pemeotong yang berlainan bergantung pada kegunaannya. Papan pemotong daripada plastik berlamina lebih mudah dikendalikan, tetapi cepat meninggalkan kesan kotor jika tidak dijaga dengan cermat.
  • 15. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan papan pemotong yang berlainan untuk memotong kuih-muih atau memotong sayur dan daging.  Elakkan mencincang benda-benda keras di atas papan pemotong plastik.  Simpan papan pemotong berasingan daripda latan lain untuk kemudahan menggunakannya.  Rendam dalam air sabun suam jika keotorannya degil.  Gosok dengan span kasar untuk mengeluarkan kekotoran.  Untuk cucian biasa, cuci dalam air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas bersih dan keringknnya sebelum disimpan dan diletakkan dalam keadaan tegak. Pengaut/pemotong doh Pengaut plastik digunakan untuk mengaut makanan yang melekat di tepi mangkuk adunan dan meratakan krim atau mentega pada roti. Pengaut keluli kalis karat pula digunakan untuk memotong doh. Pilih pengaut yang kukuh, tahan lasak, tidak mudah patah atau berkarat, tahan kepanasan, plastik tidak mengelupas dan tangkainya tidak berukir. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Untuk mengaut makanan yang melekat di tepi mangkuk adunan.  Digunakan untuk meratakan krim/mentega pada sandwic.  Elakkan menggunakan pengaut plastik untuk mengikis sisa makanan dalam dulang pembakar.  Elakkan menggunakan pengaut untuk mengacau makanan panas dalam periuk.  Cuci menggunakan air sabun suam dengan span lembut.  Bilas dengan air bersih, kering dan simpankannya erasingan daripada alatan tajam. Pengayak tepung Pengayak tepung digunakan untukmengasingkan kekotoran daripada bahan berserbuk seperti tepung, gula aising dan lain – lain. Terdapat pelbagai saiz dan jaringnya kukuh serta tahan lasak. Pengayak diperbuat daripada plastik atau keluli kalis karat. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Elak menggunakan pengayak sebagai penapis cecair.  Cuci dengan segera selepas digunakan terutama jika digunakan untuk mengayak gula aising.
  • 16.  Bersihkan pengayak selepas digunakan.  Pastikan tepung sentiasa berada dalam keadaan kering  Berus dengan berus lembut jika kekotoran melekat. Cuci menggunakan air sabun suam dengan span lembut.  Bilas bersih dan keringkan.  Simpan dalam almari bertutup untuk mengelakkannya daripada memerangkap habuk.  Elak merendamkannya bersama-sama alatan lain kerana ini akan memerangkap sisa makanan dan sukar dibersihkan. Penimbang Penimbang digunakan untuk menimbang bahan masakan supoaya mendapat sukatan yang tepat. Garis penunjuknya mestilah jelas dan jarumnya tidak bengkok. Pilih penimbang yang mempunyai sukatan metrik standard. Pilihan saiznya bergantung kepada kegunannya. Penimbang digital paling tepat sukatannya tetapi agak mahal. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Letakkan ceper/mangkuk penimbang pada kedudukan yang betul.  Laraskan jarum penunjuk kepada angka ‘0’ sebelum menimbang bahan.  Letakkan bekas kosong untuk menimbang bahan dan catatkan beratnya.  Timbang bahan dan pastikan berat bahan ditambah dengan berat bekas  Cuci cepr/mangkuk penimbang menggunakan air sabun suam, bilas bersih dan keringkan.  Lap badan penimbang dengan kain lembap dan keringkan.  Letakkan ceper/mangkuk penimbang semula ke tempat asal.  Kunci spring penimbang (jika ada) sebeum disimpan. Mangkuk adunan Mangkuk adunan digunakan sebagai tempat mengisi bahan adunan untuk membuat kek, kuih dan roti. Mangkuk diperbuaat daripada tembikar, keluli kalis karat, kaca atau plastik tebal. Pelbagai saiz mangkuk bergantung kepada kegunaannya. Mangkuk juga digunakan untuk mengadun, mencampur, menyebatikan dan memerap makanan. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Elak menggunakan mangkuk keluli kalis karat untuk memerapkan makanan yang berasid/beralkali.  Elakkan penggunaan pisau untuk memotong  Basuh denga air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas dan keringkan sebelum disimpan.  Simpan dalam mangkuk adunan yang berlainan
  • 17. makanan di dalam mangkuk adunan.  Lapik meja kerja dengan kain lembap untuk mengelakkan meja tercalar dan mangkuk bergerak ketika digunakan. secara jenis berasingan untuk kemudahan mengambilnya. Acuan Acuan terdiri daripada loyang, tin pembakar, tin loaf, tin pastri serta acuan kecil. Alat ini dugunakan untuk meletakkan adunan yang hendak dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus atau membakar. Gunakan saiz acuan yang sesuai dengan kuantiti makanan yang hendak dimasak. Pilih acuan yang diperbuat daripada plastik, aluminium, tembaga atau keluli kalis karat mengikut kesesuaian. Pilih acuan yang berkualiti dan saiz yang pelbagai untuk kegunaan tertentu. Acuan untuk masakan yang dikukus mestilah sesuai dengan periuk pengukus supaya wap dapat tersebar rata. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Acuan perlu dibersihkan dengan sempurna kerana mudah mengumpulkan kekotoran atau sisa makanan di bahagian dasar dan celahannya.  Acuan yang diperbuat daripada tembaga, misalnya acuan kuih cara perlu digunakan dengan cermat kerana berat dan mudah meninggalkan selaput kusam berwarna hijau yang beracun (kesan verdigis) Bersihkan dengan air sabun suam menggunakan span lembut. Bilas dan keringkan sebelum disimpan. Simpan acuan yang berlainan jenis secara berasingan untuk kemudahan mengambilnya Penerap Penerap digunakan untuk menerap adunan seperti biskut, pastri dan donut. Pilih penerap yang sesuai dan berkualiti. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan saiz penerap yang bersesuaian untuk saiz makanan yang ingin dihasilkan  Bersihkan dengan air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas dan keringkannya sebelum disimpan.  Simpan terap yang berlainan jenis secara berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
  • 18. Set aising Set aising digunakan untuk membuat corak aising pada kek dan biskut. Di samping itu, set aising ialah alat untuk menghias kentang putar dan pastri choux. Set aising diperbuat daripada plastik, tembaga atau keluli kalis karat mengikut kegunaannya. Pilih set aising yang berkualiti dan saiz yang pelagai untuk kegunaan membuat corak asing yang menarik. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan saiz dan bentuk nozzle yang bersesuaian untuk saiz makanan yang hendak dihias.  Sediakan beg aising atau kertas surih bagi nozzle yang tidak mempunyai badan dan pam penekannya  Bersihkan dengan air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas dan keringkan sebelum disimpan  Simpan set aising yang berlainan jenis secara berasingan untuk kemudahan mengambilnya. Dulang pembakar/kerja/menghidang Dulang biasanya diperbuat daripada plastik, aluminium, tembaga atau keluli kalis karat mengikut kesesuaian. Pilih dulang yang berkualiti dan saiz yang pelbagai untuk kegunaan tertentu. Dulang pembakar hendaklah diperbuat daripada aluminium yang tebal. Dulang pembakar kalis melekat (non stick) lebih elok dan berkualiti tetapi harganya mahal. Dulang kerja mestilah cukup besar untuk mengisi makanan. Pilih dulang menghidang yang mempunyai corajk menarik sama dada ripada plastik atau keluli kalis karat. PENGENDALIAN PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan dulang yang berlainan mengikut fungsinya.  Elakkan menggunakan dulang kerja untuk membakar makanan.  Gunakan dengan cermat dan jangan diketuk dengan benda keras kerana akan menjadi kemik.  Bersihkan dengan air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas dan keringkan sebelum disimpan.  Simpan dulang yang berlainan jenis secara berasingan untuk kemudahan mengambilnya.
  • 19. Periuk Periuk terdiri daripada pelbagi saiz mengikut kegunaan tertentu. Pilih periuk yang berkualiti. Periuk keluli kalis karat lebih sesuai untuk kegunaan industri. Manakal periuk kalis melekat (non stick) lebih tahan lama tetapi harganya mahal. Pilih periuk yang tebal dan bahagiannya dasarnya rata untuk kemudahan pengendalian. Tangkai periuk mestilah diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan tahan haba panas. PENGENDALIAN PERMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN  Gunakan periuk yang berlainan untuk kegunaan yang tertentu.  Elakkan mengetuk mulut periuk dengan kuat.  Gunakan hanya senduk atau sudip kayu untuk periuk kalis melekat (non-stick) bagi mengelakkan periuk daripada tercalar.  Bersihkan dengan air sabun suam menggunakan span lembut.  Bilas dan keringkan sebelum disimpan.  Simpan periuk yang berlainan jenis secara berasingan untuk kemudahan mengambilnya.  Rendam periuk dengan air sejuk jika kesan hangitnya sukar ditanggalkan.