Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Die SlideShare-Präsentation wird heruntergeladen. ×

Tajuk 4 Konsep Insan

Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Anzeige
Nächste SlideShare
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Wird geladen in …3
×

Hier ansehen

1 von 55 Anzeige

Weitere Verwandte Inhalte

Diashows für Sie (20)

Ähnlich wie Tajuk 4 Konsep Insan (20)

Anzeige

Weitere von Mahyuddin Khalid (20)

Aktuellste (20)

Anzeige

Tajuk 4 Konsep Insan

  1. 1. Mohammad Mahyuddin Khalid Tajuk 4 Konsep Insan
  2. 2. Mohammad Mahyuddin Khalid Konsep Insan Kandungan Asal-usul manusia Hakikat Insan dan Keinsanan Menurut Pelbagai Perspektif Agama dan Kepercayaan Pembinaan Insan Sejahtera Kedudukan Manusia Dalam al-Quran Cabaran Insan Sejahtera Hasil Pembelajaran • Menjelaskan kefahaman mengenai asal-usul Insan dan keinsanan. • Menjelaskan hakikat dan sifat Insan • Menghuraikan konsep Insan Sejahtera melalui Perlembagaan Insan JERI • Menganalisis Konsep Insan Sejahtera dalam mendepani cabaran-cabaran kemanusiaan. 2
  3. 3. Mohammad Mahyuddin Khalid Insan Dari Sudut Etimologi • Istilah al-insan dari sudut etimologi bermaksud harmoni, lemah lembut, tampak atau pelupa. • Al-Quran menyebut manusia dengan istilah yang pelbagai. > Istilah basyar 35 kali dalam bentuk mufrad dan sekali dalam bentuk muthanna. > Istilah al-ins18 kali. > Istilah al-insan 65 kali. > Istilah an-nas 240 kali > Bani Adam 7 kali. > Zuriyah Adam 1 kali. • Istilah al-insan digunakan dalam al-Quran untuk menunjuk kepada manusia dengan jiwa dan raganya. 3
  4. 4. “ 4 • “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” an-Nisa’: 1
  5. 5. Mohammad Mahyuddin Khalid Manusia dari Sudut Etimologi • Istilah manusia berasal dari perkataan manu dari bahasa Sanskrit serta mens dalam bahasa Latin yang bermaksud berfikir, berakal budi atau makhluk yang berakal budi (mampu menguasai makhluk lain). 5
  6. 6. Mohammad Mahyuddin Khalid Dari SudutTerminologi • Dari sudut istilah: > Manusia sebagai konsep, fakta, gagasan realiti, kelompok (genus) atau seorang individu. • Menurut Kamus Dewan > Manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang. • Manusia membawa maksud homo makhluk yang mempunyai budi. • Manusia adalah animal rational, yang membawa maksud binatang yang berfikir. 6
  7. 7. Mohammad Mahyuddin Khalid Manusia dari Perspektif Ahli Falsafah Manusia adalah makhluk hidup berkaki dua yang tidak berbulu dengan kuku datar dan lebarSocrates Manusia sebagai makhluk sosial (manusia perlukan manusia lain untuk berinteraksi)Adam Smith Manusia adalah makhluk sempurna yang diciptakan olehNyaErbe Sentanu 7
  8. 8. Manusia Menurut Konteks Ilmu Pengetahuan 8 Teori psiko-analisis • Manusia sebagai homo volans (makhluk berkeinginan). • Manusia juga adalah makhluk yang memiliki perilaku interaksi antara komponen biologi, psikologi, dan sosial • Di dalam diri manusia terdapat unsur hidupan (al- hayawan), rasional (akal), dan moral (nilai). Teori behaviorisme • Manusia sebagai homo mechanicus (makhluk mesin). • Menurut aliran ini segala tingkah laku manusia terbentuk sebagai hasil proses pembelajaran terhadap lingkungannya. Teori kognitif dan biologi • Manusia sebagai homo sapiens (manusia berfikir) iaitu spesies primata mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi.
  9. 9. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Insan Fizikal – biologi/jasad Spiritual – roh Manusia 9
  10. 10. Mohammad Mahyuddin Khalid Elemen Utama dalam diri Manusia • Manusia terdiri dari 3 komponen yang menyusun kehidupannya iaitu: Nafsu Akal Hati 10
  11. 11. Mohammad Mahyuddin Khalid Teori Kejadian Manusia • Terdapat berbagai teori berkaitan kejadian manusia. • Kepelbagaian teori tersebut adalah kesan daripada perbezaan epistemologi (falsafah ilmu) yang mendasari teori tersebut. • Oleh kerana itu, wujud perbahasan berkaitan asal-usul manusia dan ke mana manusia selepas kematian. • Ahli falsafah klasikYunani dan Barat mengemukakan teori kejadian manusia dengan merujuk kepada dua sumber ilmu, iaitu: > akal > pancaindera • Manakala teori kejadian manusia menurut Islam adalah merujuk kepada sumber tertinggi ilmu menurut epistemologi Islam iaitu: > al-Quran > sunnah Nabi Muhammad 11
  12. 12. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia menurut Islam • Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. • Daripada Adam,Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini. • Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari air, tanah (at-turab), dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib), dari tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) dan meniupkan roh. • Firman Allah S.W.T: 12 • "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." al-Hijr: 26
  13. 13. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia menurut al-Quran • “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; • Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; • Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” al-Mu’minun:12-14 13
  14. 14. Mohammad Mahyuddin Khalid Proses Kejadian Manusia menurut al-Quran Nutfah Bermula selepas persenyawaan Percantuman sel sperma dan ovum Alaqah Sel yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin) Mudghah Tahap ‘organogenesis’ Darah beku bertukar menjadi seketul daging. Otak, saraf tunjang dan anggota lain mulai terbina beserta sistem pernafasan dan degupan jantung. 14
  15. 15. Mohammad Mahyuddin Khalid Proses Kejadian Manusia menurut al-Quran Izham dan lahm Peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot Apabila tulang-tulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut Darah mulai mengalir dan membentuk sistem pernafasan Khalqan akhar Penyempurnaan organ yang lebih kompleks seperti perut, usus, hati, kaki, tangan, buah pinggang Nafkhur ruh Peringkat peniupan roh Ulama bersepakat peniupan roh ini berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh 15
  16. 16. Mohammad Mahyuddin Khalid Kejadian Manusia menurut Sains • Ahli falsafah dan sains, apabila memberikan pendapat mengenai sesuatu, cenderung untuk percaya kepada apa yang dapat dikaji dan dilihat. • Inilah epistemologi keilmuan dan sains yang menjadi tonggak kepada setiap pemikiran dan tingkah laku mereka. • Manusia dari perspektif sains terjadi melalui proses evolusi yang bermula dengan satu sel. • Manusia bermula daripada proses percantuman sperma dan ovum lalu menjadi zigot, embrio, fetus dan bayi. • Sains tidak mengiktiraf elemen roh kerana tidak dapat dilihat dan dikaji. 16
  17. 17. “ 17
  18. 18. Mohammad Mahyuddin Khalid Proses Kejadian Manusia Menurut Sains Tahap Pre-embrionik • Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim • Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan. Tahap Embrionik • Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. • Pada masa ini bayi disebut sebagai embrio. • Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut. Tahap Fetus • Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai fetus. • Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. • Ciri khusus tahap ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. • Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3cm, kesemua organnya telah nampak. • Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. 18
  19. 19. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Kristian • Kitab Injil / Bible iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang diciptakan olehTuhan ialah daripada debu tanah. > "then the lord God formed man from the dust of the ground....“ Genesis (2:7) • Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. > Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulahTuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. • Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. • Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam. • Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut. • Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya. 19
  20. 20. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Buddha • Proses kejadian manusia menurut pandangan agama Buddha berlaku melalui proses yang lama. • Proses ini juga melalui beberapa evolusi. • Proses evolusi ini mirip dengan Teori Evolusi Darwin tetapi mempunyai beberapa perbezaan. • Jasad timbul dan berkembang kerana 4 sebab: > Jasad muncul kerana kamma sebagai penyebab; disebut kammajarupa > Jasad muncul kerana citta sebagai penyebab; disebut cittajarupa > Jasad muncul kerana utu iaitu haba sebagai penyebab; disebut utujarupa > Jasad muncul kerana ahara iaitu makanan sebagai penyebab; disebut aharajarupa 20
  21. 21. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Hindu • Manusia pertama ciptaanTuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhu- manu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. • Manu maknanya berfikir. > Dari akar kata manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan manu. • Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendakTuhan, maka manusia itu sendirilah yang berkembang. • Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan. • Agama Hindu juga mengajar penganutnya tentang kelahiran semula. > Kelahiran semula diyakini sebahagian dari proses Hukum Karma. • Seseorang yang masih sangat terikat dengan kehidupan keduniaan akan lahir kembali dan akan menjelma ke dunia ini sehingga dirinya terbebas dari ikatan karma dan mendapat kebebasan yang disebut dengan Moksha 21
  22. 22. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Kejadian Manusia Dari Perspektif Konfusianisme • Ajaran yang di bawa oleh Kong Zi /Confucius bukanlah ajaran agama. • Beliau telah menyebarkan ajaran yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama manusia. • Beliau juga tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib. 22
  23. 23. Mohammad Mahyuddin Khalid Matlamat Penciptaan Insan Penciptaan Insan Pandangan Islam Hamba Khalifah Pandangan lain Barat Hindu Konfusianisme 23
  24. 24. Mohammad Mahyuddin Khalid Manusia menurut Pandangan Islam • Manusia menurut pandangan Islam adalah makhluk yang paling mulia • Diciptakan oleh Allah s.w.t dan diturunkan ke muka bumi untuk: > melaksanakan ibadat dan > berkhidmat kepada Allah s.w.t dan • Mereka akan kembali menemuiTuhan mereka setelah mati • Manusia mempunyai tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul iaitu melakukan kebaikan di muka bumi ini untuk mendapat balasan yang baik di akhirat. • Penciptaan manusia diperjelaskan dengan mantap melalui Al-Quran dan begitu juga tanggungjawab yang perlu dilakukannya 24
  25. 25. Mohammad Mahyuddin Khalid Manusia sebagai Hamba dan Khalifah • “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” al-Zariyat: 56 • “Dan (ingatlah) ketikaTuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" al-Baqarah : 30 25 Firman Allah SWT:
  26. 26. Peranan Hamba Allah 26 Patuh kepada segala suruhan
  27. 27. Peranan Khalifah 27 Memakmurkan bumi
  28. 28. Mohammad Mahyuddin Khalid Matlamat Penciptaan Manusia mengikut Barat/Kristian • Dosa warisan (inherited sins) adalah dosa yang dilakukan oleh Adam dan menyebabkan terputusnya hubungan manusia dengan Tuhan. • Jiwa manusia adalah bersih suci sehinggalah berlakunya dosa warisan dan meletakkan manusia berada dalam kematian yang tidak baik. • Sebagai orang buangan untuk menebus dosa melalui derita • “Kerana engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan daripadanya, maka terkutuklah tanah kerana engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu” (Genesis 3:17) 28
  29. 29. Mohammad Mahyuddin Khalid • Bible menyuruh supaya manusia tidak dikuasai oleh hawa nafsu • “Sebab itu hendaklah dosa jangan berkuasa lagi di dalam tubuhmu yang fana, supaya kamu jangan lagi menuruti keinginannya” (Romans 6:12). • Kebencian dan kebodohan juga dikecam dalam Bible. Ada lebih 71 pepatah yang membahas “orang bodoh,” dan tidak satupun darinya bernada positif. Kebencian juga merupakan keadaan yang negatif. • “Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih menutupi segala pelanggaran” (Acts 10:12). 29
  30. 30. Mohammad Mahyuddin Khalid Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Hindu • Pada pandangan agama Hindu, manusia hidup di dunia sentiasa berusaha mencari kemewahan dan keseronokan (Artha dan Kama- wealth and pleasure). • Manusia seharusnya sedar bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab atau Dharma (duty or obligation) dan sekiranya manusia tidak melaksanakan tanggungjawab mereka maka mereka tidak akan dapat melepaskan diri daripada kesengsaraan terperangkap dengan ketidaksempurnaan hidup di dunia. • Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Hindu adalah untuk mencapai Moksha. • Kesempurnaan atau Mokhsa (enlightenment) hanya dapat dicapai melalui manusia melakukan kebaikan di dunia ini kerana mereka akan hidup lagi pada dasa warsa yang akan datang (re-incarnation) • Agama Hindu juga menekankan sifat “ketuhanan” yang wujud dalam setiap diri manusia dan lantaran kerana itu sifat ketuhanan ini menjelaskan kenapa agama Hindu menganggap manusia sendiri bersifat abadi dan tidak musnah. 30
  31. 31. Mohammad Mahyuddin Khalid Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Buddha • Manusia pada pandangan agama Buddha hidup berasaskan Karma atau ketentuan. • Bagaimanapun ketentuan ini tidak dianggap sebagai “preordained fate” atau ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali. • Karma merujuk kepada perbuatan manusia sama ada baik atau buruk ketika hidupnya. • Matlamat kehidupan manusia menurut ajaran Buddha adalah untuk mencapai Nirvana iaitu tercapainya suatu kebahagiaan, baik kebahagiaan yang bersifat duniawi iaitu memadamkan nafsu, kebodohan dan kebencian. 31
  32. 32. Mohammad Mahyuddin Khalid Tujuan Penciptaan Manusia mengikut Konfusianisme • Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan. • Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian ini akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman serta dikenali sebagai ChunTze. • ChunTze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. Semua manusia berpotensi untuk menjadi ChunTze iaitu orang yang berpendidikan tinggi 32
  33. 33. Mohammad Mahyuddin Khalid Hakikat Keinsanan di dalam Islam Dari Mana? Untuk Apa? Ke Mana? 33
  34. 34. Mohammad Mahyuddin Khalid Dari Mana Manusia Datang • Al-Quran dan para Rasul untuk memberikan penjelasan dalam menjawab pertanyaan ini. Seluruh manusia berasal dari Allah, dalam erti bahawa Allah yang menciptakan dan menghidupkan mereka dari asalnya tidak ada. • “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? • Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” al-Insan: 1-2 34 Firman Allah SWT:
  35. 35. Mohammad Mahyuddin Khalid Untuk Apa Manusia Diciptakan • “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” al-Zariyat: 56 • “Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; • Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).” Ad-Dukhan : 38-39 35 Firman Allah SWT:
  36. 36. Mohammad Mahyuddin Khalid Ke Mana Manusia Akan Pergi • Kematian adalah suatu yang pasti di dalam mana-mana kepercayaan. • Dalam Islam kematian adalah pintu yang memisahkan antara alam dunia dan akhirat yang merupakan tempat pembalasan di atas apa jua amalan semasa hidup di dunia. 36 • “Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.” an Nahl : 61 Firman Allah SWT:
  37. 37. Mohammad Mahyuddin Khalid Kematian dalam Kristian • Secara umum dalam Bible, kematian adalah peralihan status “hidup” kepada status “tidak hidup” • Orang-orang yang meninggal bukan lagi “jiwa yang hidup” sebagaimana statusnya sejak ia tercipta, seperti dalam Corinthians15:45, sebab ia sudah ditinggalkan oleh Roh yang kembali kepada Tuhan, satu-satunya yang tidak pernah mati (Ecclesiastes 12:7; Timothy 6:16). • Dalam Bible, kematian paling sering muncul dalam konteks kebangkitan, bukan dalam konteks kebinasaan. 37
  38. 38. Mohammad Mahyuddin Khalid Kematian dalam Hindu • Dalam ajaran Hindu atman (jiwa) tidak akan mengalami kematian. Kematian hanya akan berlaku kepada fizikal manusia sahaja. Jiwa seseorang akan sentiasa hidup dan merasai suka dan duka, bahagia dan derita, akan terbabit dengan hukum Karma. • Kematian bukanlah bencana besar, ia Cuma perjalanan jiwa yang nanti akan menjelma semula di alam nyata dalam fizikal yang baru. 38
  39. 39. Mohammad Mahyuddin Khalid Kematian dalam Buddha • Kematian dalam pandangan Buddha bukanlah akhir dari segalanya, namun kematian bererti putusnya seluruh ikatan yang mengikat kita terhadap keberadaan kita yang sekarang. • Dalam Buddha, sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari kelahiran, dan juga sebaliknya dimana setiap yang mengalami kelahiran akan juga mengalami kematian. 39
  40. 40. Mohammad Mahyuddin Khalid Kematian dalam Konfusianisme • Ajaran konfusianisme tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib. • Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan. • Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian mempunyai peribadi yang agung dan budiman serta dikenali sebagai Chun Tze. • ChunTze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. 40
  41. 41. Ke arah Melahirkan Insan Sejahtera Elemen-elemen ini penting disepadukan bagi membangunkan insan agar tidak berlaku kepincangan kejadian terhadap makhluk ciptaan Allah s.w.t. Terdapat 3 unsur penting yang berkaitan dengan pembangunan insan membangunkan intelek membangunkan rohani dan emosi membangunkan jasmani Matlamat pembangunan insan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dari semua aspek kemanusiaan. 41
  42. 42. Potensi Pembangunan Insan Seimbang JERI 42 NILAI
  43. 43. Konsep Insan Sejahtera dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 43
  44. 44. Pembangunan Insan Sejahtera • Pembangunan insan ini akan melahirkan golongan manusia yang bergelar insan serta terangkum padanya nilai-nilai murni sama ada aspek rohani, emosi, jasmani dan pemikirannya. • Ke semua elemen inilah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian (ahsani taqwim) dengan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model Insan Kamil. 44
  45. 45. Konsep Insan Kamil • Dari sudut etimologi berasal dari gabungan 2 perkataan bahasa Arab al-insan dan al-kamil yang bermaksud: > al-Insan bermaksud manusia > al-kamil bermaksud sempurna • Yang dimaksudkan dengan manusia sempurna adalah sempurna dalam hidupnya. • Seseorang dianggap sempurna dalam hidupnya apabila memenuhi kriteria-kriteria tertentu. 45
  46. 46. • Istilah Insan Kamil dari satu sudut, merujuk kepada Baginda Nabi SAW yang menggambarkan kesempurnaan yang dimiliki Baginda. • Oleh itu adalah wajar untuk Baginda SAW dijadikan sebagai contoh ikutan dari segenap sudut dan seluruh aspek kehidupan. 46
  47. 47. Mohammad Mahyuddin Khalid Kedudukan Manusia dalam Pandangan Al-Quran Tugas utama manusia ialah abdikan diri kepada Allah • “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (az-Zariyat : 56) Makhluk termulia • “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda- benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk- makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-Isra’ :70) Makhluk yang paling indah bentuk kejadiannya. • “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (at-Tin :4) 47
  48. 48. Mohammad Mahyuddin Khalid Kedudukan Manusia dalam Pandangan Al-Quran Makhluk yang diberikan kebebasan memilih dan bisa membezakan antara yang baik dan yang buruk. • “Demi diri manusia danYang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); • Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; • Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), • Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” • (as-Shams :7-10) Makhluk yang diberi kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan dibekali dengan alat- alat yang mendukungnya dalam meraih objektif itu • “Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, • Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” • (al Alaq : 4-5) 48
  49. 49. Mohammad Mahyuddin Khalid Cabaran Insan SejahteraTerhadap Diri Akidah yang sejahtera • Good faith Ibadah yang sahih • Strong Devotion Keperibadian yang mulia • Strong Character Fizikal yang kuat • Physical power Daya intelek yang tinggi • Thinking Brilliantly 49
  50. 50. Mohammad Mahyuddin Khalid CabaranTerhadap Diri Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu • Continence Menjaga ketepatan waktu • Good time management Tersusun dalam semua urusan • Well organized Mempunyai kemampuan berusaha untuk dirinya • Independent Memberi manfaat kepada orang lain • Giving contribution 50
  51. 51. Mohammad Mahyuddin Khalid Cabaran Insan SejahteraTerhadap Masyarakat Membina masyarakat yang aman dan harmoni Membina masyarakat yang berilmu Membina masyarakat yang berakhlak Membina masyarakat yang menjaga alam sekitar Membina masyarakat yang maju dan progresif Membina masyarakat yang penyayang dan prihatin Membina masyarakat yang bekerjasama dan bertolak ansur 51
  52. 52. Mohammad Mahyuddin Khalid Cabaran Insan Sejahtera Dalam Konteks Negara Melantik kepimpinan yang kompeten dan berintegriti Tadbir Urus yang baik Pembangunan yang lestari Agihan kekayaan yang sama rata Pembangunan ekonomi yang mapan Kebajikan dan kesihatan rakyat yang terjamin 52
  53. 53. Mohammad Mahyuddin Khalid Cabaran Insan Sejahtera Dalam Konteks Global Prihatin terhadap krisis dan isu-isu global Menyebarkan seruan kedamaian, kasih sayang dan kesejahteraan Tidak menyokong dan tidak melibatkan diri di dalam aktiviti negatif di peringkat global 53
  54. 54. Mohammad Mahyuddin Khalid Ringkasan Di dalam tajuk ini, kita sudah mempelajari tentang: Asal-usul manusia Hakikat Insan dan Keinsanan Menurut Pelbagai Perspektif Agama dan Kepercayaan Pembinaan Insan Sejahtera Kedudukan Manusia Dalam al- Quran Cabaran Insan Sejahtera 54
  55. 55. emkay@uitm.edu.my Sekian,Terima Kasih Konsep Insan 55

×