SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 13
Downloaden Sie, um offline zu lesen
B


                UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
                          35900 TANJONG MALIM
                         PERAK DARUL RIDZUAN



                   KETERAMPILAN MEMBACA
                              (BML 1143)


                   SEMESTER 5 SESI 2010/2011


                       TUGASAN KUMPULAN:
“Masalah membaca adalah berpunca daripada pelbagai faktor dalaman
dan luaran. Jelaskan kedua-dua faktor tersebut dengan memberi contoh
                            yang sesuai.”


                   PENSYARAH PEMBIMBING:
                PROFESOR. DR. MAHZAN ARSHAD


                NAMA                            NO. MATRIK     KOD
                                                             PROGRAM

AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI                  D20031032164     AT 10

EFFY HARIDTH BIN ROZHAN                      D20081033043     AT 41
FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA


      Membaca    merupakan    satu   amalan   yang   mulia   dalam   memperoleh

pengalaman dan maklumat. Membaca juga merupakan satu proses yang perlu

dilakukan oleh semuia golongan tanpa mengira peringkat umur, darjat dan pangkat.

Terdapat kata hikmah yang merujuk kepada kelebihan membaca iaitu membaca

jambatan ilmu. Kata hikmah ini menjelaskan bahawa dengan membaca, seseorang

akan memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan sebagai panduan dalam

kehidupan.


      Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membaca didefinisikan sebagai

mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya

secara lisan dengan kuat.    Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca

sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang

bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca

sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang

grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan

bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya

berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca

merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua

kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam

perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca.


      Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat dirumuskan bahawa proses

memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks iaitu proses
sensori, pengamatan, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan

penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara setiap

proses kompleks tersebut, proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik,

selain matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai.


      Kegagalan    penyaluran      maklumat   sewaktu   proses   membaca    adalah

disebabkan berlakunya kegagalan salah satu proses kompleks sama ada proses

sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses kognitif. Secara amnya,

tidak ada satu faktor pun yang boleh dikatakan faktor yang menyebabkan seseorang

itu boleh membaca atau tidak. Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor-faktor yang

mempengaruhi kebolehan membaca seseorang adalah pelbagai dan saling

berkaitan antara satu sama lain.


      Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca

seseorang perlu dikenalpasti dan diteliti lebih mendalam bagi mencari kaedah

bersesuaian dalam mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah, teknik, bahan, alatan

dan pendekatan sesuai perlu dipilih bagi membolehkan masalah membaca diatasi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca terbahagi dua iaitu faktor

dalaman dan faktor luaran.


      Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah membaca berpunca dari

dalam diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca

mengalaman masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah

dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada

mereka mengalami masalah membaca itu sendiri ialah aspek psikologi. Sebagai
intinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya dipengaruhi oleh

masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan luaran adalah berbeza namun

iannya saling berkaitan dan memberi kesan antara satu sama lain.


      Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi

masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek intelektual adalah seperti

kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada.


      Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya

pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka

mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca

lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini

menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar

yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang

mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih

lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan

Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini

lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada

murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar

diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami

struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai

tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk

mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.
Pengetahuan sedia ada yang terbatas juga merupakan salah satu faktor

dalaman pembaca (pelajar) yang mengalami masalah membaca. Pengalaman sedia

ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman

dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah,

sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam

suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut

akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Sememangnya

pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang

pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan kemudah

fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil

pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun, kefahaman dan

kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal ini sememangnya

tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan membaca

tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk

menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca.


      Kebolehberbahasaan merupakan salah satu perkara yang besar mendorong

ke arah masalah membaca. Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah

dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang

menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran

seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan

diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah

penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana,

sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dealek kenegerian, nescaya
pembaca tersebut mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang

dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca

untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada

orang lain.


       Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi

masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah seperti minat,

motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya

merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri.


       Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar bagi memupuk

kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya

memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan

huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang

pelajar untuk menyemai minat membaca. Menurut Sylvia Ashton Warner (1973),

satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar

membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri

berdasarkan topik-topik yang diminatinya.


       Pada kebiasaanya, pelajar akan tertarik sesuatu bahan bacaan yang menarik

minatnya. Sekiranya sesuatu bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka,

maka mereka akan terus membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca

itu dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru

perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajat supaya pelajar

lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi. Guru perlu
mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan

menjadikan membaca sebagai suatu amalan hidup. Program Buku Nilam perlu

kerap dianjurkan dan pengisisannya perlu menarik minat pelajar. Bagi pelajar yang

mempunyai masalah membaca dan tahap kebolehan membaca adalah tahap paling

rendah. Program Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) perlu dilaksanakan

bagi mengatasi masalah pelajar yang lambat atau belum menguasai kemahiran

asas membaca dan menulis. Setiap kelas dan rumah perlu mempunyai bahan

bacaan seperti majalah kanak-kanak supaya minat terhadap pembacaan disemai

sejak dari kecil lagi.


       Keadaan      perasaan   murid   tentang   diri   mereka   juga   mempengatuhi

pencapaian kebolehan membaca. Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep

diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang

mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif,

biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri.

Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak

dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai

contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif

dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa

Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu

membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun

sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif,

sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung

untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut. Secara umumnya,
masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza dengan faktor

luaran namun ianya saling berkai dan memberi kesan terhadap satu sama lain.


         Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan

berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan

diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan

dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri. Faktor-

faktor    yang   dinyatakan   ini   sangat   mempengaruhi   pembacaan   seseorang

terutamanya faktor fizikal yang jelas menghalang seseorang membaca dan

memahami pembacaan dengan baik seperti yang sepatutnya.


         Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu

yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor

yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat

dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang

berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran.


         Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses

membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti

kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa

penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik.

Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan

mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca.

Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara
daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui

berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah

penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan.


        Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah

seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaan.

Disebabkan masalahnya, seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dibacanya

dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses pemahaman bacaan yang

seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan.


        Selain masalah penglihatan yang dialami, masalah pendengaran merupakan

salah   satu   faktor   fizikal   yang   menyumbang    kepada   masalah   membaca.

Pendengaran mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan

antara bacaan lisan dengan tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut

perkataan yang tercatat dan mentafsirkannya sebagai maklumat. Seseorang yang

mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui

tulisan yang dibacanya. Hal ini membuatkan maklumat yang betul sukar

disampaikan. Bagaimanapun, adakalanya maklumat dapat disampaikan dengan

tepat sekiranya penulisan tersebut berbentuk ringan.


Berdasarkan Roe, Stoodt dan Burns (1978), ujian saringan pendengaran boleh

dilakukan oleh guru jika murid menunjukkan tanda-tanda seperti meminta satu

penerangan diulang-ulang, ucapan dan penyebutan tidak jelas, mulut bergerak

seolah mengajuk percakapan ketika mendengar, kepala menyenget ketika
mendengar, lemah mengeja, sangat kurang perhatian, sering menguatkan suara

ketika membaca, sering demam, serta telinga berair atau bernanah.


       Contoh mudah berkenaan masalah pendengaran ialah orang pekak. Orang

pekak mengalami masalah dalam berbahasa disebabkan tidak pernah mendengar

dan menghasilkan bunyi bahasa yang betul. Oleh itu, orang pekak tidak dapat

memahami bahasa yang disampaikan oleh orang normal sepenuhnya walaupun ia

berbentuk tulisan. Penulisan yang abstrak atau menggunakan bahasa yang tinggi

lebih menyukarkan pemahaman orang pekak terhadap apa yang ingin disampaikan

melalui penulisan itu.


       Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali

aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya

persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika

membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal.


       Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang

berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah,

kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara-

perkara   tersebut   berada   dalam   keadaan    baik,   murid   akan   mempunyai

perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar

belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia

juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada

juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.
Pearson dan Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan

ekologi bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan

rakan-rakan lain mempengaruhi pencapaian membaca murid. Guru bertindak

sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula

menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca. Secara ringkasnya, guru

dan rakan sebaya bertindak secara tidak langsung sebagai perangsang untuk

seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca

dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif

juga.


        Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami

sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan

mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut

ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat

sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan

grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang boleh tertarik untuk

membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan tersebut tidak

mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang berpunca dari

bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang

kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi

gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca.


        Aspek-aspek   yang   dinyatakan   memainkan   peranan   penting   dalam

menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta

tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah
tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan

tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca

akan berjalan dengan baik.


      Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan

seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah

yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan

sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang

dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh

maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih

ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya

menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.
RUJUKAN




Awang Sariyan (2004) Teras Pendidikan Bahasa Melayu – Asas Pegangan Guru.
   Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Henry Guntur Tarigan (1994) Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa.
    Bandung: Angkasa Bandung



Mahzan Arshad (2007) Pendidikan Literasi Bahasa Melayu – Satu Pendekatan
    Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Marohaini Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala
    Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka



Noresah Baharom (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
    dan Pustaka.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanNur Az
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAShamimi Jamudin
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuIPGK Bahasa Melayu
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanAzizi Ahmad
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 

Was ist angesagt? (20)

Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASAKumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
Kumpulan 3 (minggu 8) PEMEROLEHAN BAHASA
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan PendidikanTopik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
09 Gender
09 Gender09 Gender
09 Gender
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 

Andere mochten auch

DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Faktor dalaman
Faktor dalamanFaktor dalaman
Faktor dalamanzulijahh
 
Carta alir-proses-teknik
Carta alir-proses-teknikCarta alir-proses-teknik
Carta alir-proses-teknikZarina Zam
 
My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)DoLce MiEra
 
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsiLg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsiAji Guntur Setyo
 
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsiLg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsiAji Guntur Setyo
 
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...Uofa_Unsada
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhemashran saudin
 
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahKeselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahSyaza Yasmin
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiJagathiswary Jga
 
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganAhmadShafiqJamian
 
Asas pengurusan pemasaran
Asas pengurusan pemasaranAsas pengurusan pemasaran
Asas pengurusan pemasaranHome
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014lydiajayn
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 

Andere mochten auch (19)

DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Faktor dalaman
Faktor dalamanFaktor dalaman
Faktor dalaman
 
Carta alir-proses-teknik
Carta alir-proses-teknikCarta alir-proses-teknik
Carta alir-proses-teknik
 
My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)My Internship Reflection(Latihan Industri)
My Internship Reflection(Latihan Industri)
 
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsiLg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 1 faktor eksternal yang mempengaruhi persepsi
 
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsiLg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsi
Lg4 2 faktor internal yang mempengaruhi persepsi
 
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...
ANALIS PERSEPSI KUALITAS MEREK DAN LOYALITAS MEREK PADA MINYAK KAYU PUTIH CAP...
 
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -RheMinat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
Minat membaca dikalangan rakyat malaysia -Rhe
 
Usahawan muda
Usahawan mudaUsahawan muda
Usahawan muda
 
Persepsi dan komunikasi
Persepsi dan komunikasiPersepsi dan komunikasi
Persepsi dan komunikasi
 
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan PrasekolahKeselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
Keselamatan, Peralatan & Bangunan Prasekolah
 
Campuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosiCampuran pemasaran promosi
Campuran pemasaran promosi
 
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
 
Asas pengurusan pemasaran
Asas pengurusan pemasaranAsas pengurusan pemasaran
Asas pengurusan pemasaran
 
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
Ketidakstabilan di perak ( kumpulan 2) 2014
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 

Ähnlich wie FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA

Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3Mohamad Saad Mohamad Nain
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiZelda Gates
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranPermata_An-Nur
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap printdhesiasri
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap printdhesiasri
 
Menulis permulaan
Menulis permulaanMenulis permulaan
Menulis permulaanGURU
 
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanWisda Putri
 
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Ka Jejen
 
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaMakalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaFAJAR MENTARI
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxIfantaFernando1
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusChandrakala Gopal
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitianDHEluvELI
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi33335
 
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptx
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptxPENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptx
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptxMahmoudEutjeu
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek33335
 
Jurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikJurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikkhairul jalil
 
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningMetode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningR Wijaya
 

Ähnlich wie FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA (20)

Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran  interaksi 3
Modul PPG PKP3107 - 08(c) isi pelajaran interaksi 3
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iii
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Proposal pak edy siap print
Proposal pak edy   siap printProposal pak edy   siap print
Proposal pak edy siap print
 
Menulis permulaan
Menulis permulaanMenulis permulaan
Menulis permulaan
 
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
 
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
Kemampuan membaca teks wacana pendek dalam hati
 
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada SiswaMakalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
Makalah Peran Perpustakaan Sekolah dalam Usaha Menumbuhkan Minat Baca Pada Siswa
 
Ptk
Ptk Ptk
Ptk
 
Ptk
Ptk Ptk
Ptk
 
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptxppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
ppt. Kel 1 SPI Perkm. Kognitif (1).pptx
 
Literasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursusLiterasi bahasa kerja kursus
Literasi bahasa kerja kursus
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptx
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptxPENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptx
PENGEMBANGAN MODEL SOSIOKOGNITIF BERBANTUAN.pptx
 
Tugas talabek
Tugas talabekTugas talabek
Tugas talabek
 
Jurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didikJurnal perkembangan peserta didik
Jurnal perkembangan peserta didik
 
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative LearningMetode Pembelajaran Cooprative Learning
Metode Pembelajaran Cooprative Learning
 

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA

  • 1. B UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN KETERAMPILAN MEMBACA (BML 1143) SEMESTER 5 SESI 2010/2011 TUGASAN KUMPULAN: “Masalah membaca adalah berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran. Jelaskan kedua-dua faktor tersebut dengan memberi contoh yang sesuai.” PENSYARAH PEMBIMBING: PROFESOR. DR. MAHZAN ARSHAD NAMA NO. MATRIK KOD PROGRAM AMIRUDDIN KHAKIM BIN FANANI D20031032164 AT 10 EFFY HARIDTH BIN ROZHAN D20081033043 AT 41
  • 2. FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN MASALAH MEMBACA Membaca merupakan satu amalan yang mulia dalam memperoleh pengalaman dan maklumat. Membaca juga merupakan satu proses yang perlu dilakukan oleh semuia golongan tanpa mengira peringkat umur, darjat dan pangkat. Terdapat kata hikmah yang merujuk kepada kelebihan membaca iaitu membaca jambatan ilmu. Kata hikmah ini menjelaskan bahawa dengan membaca, seseorang akan memperoleh pelbagai ilmu dan pengetahuan sebagai panduan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang bertulis atau tercetak pada buku, papan tanda atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Harris dan Sipay (1980), mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis. Manakala Kennedy (1981), mendefinisikan membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Marohaini Yusof (1989) merumuskan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca. Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks iaitu proses
  • 3. sensori, pengamatan, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara setiap proses kompleks tersebut, proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai. Kegagalan penyaluran maklumat sewaktu proses membaca adalah disebabkan berlakunya kegagalan salah satu proses kompleks sama ada proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses kognitif. Secara amnya, tidak ada satu faktor pun yang boleh dikatakan faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh membaca atau tidak. Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca seseorang adalah pelbagai dan saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca seseorang perlu dikenalpasti dan diteliti lebih mendalam bagi mencari kaedah bersesuaian dalam mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah, teknik, bahan, alatan dan pendekatan sesuai perlu dipilih bagi membolehkan masalah membaca diatasi. Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca terbahagi dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor Dalaman yang mempengaruhi masalah membaca berpunca dari dalam diri pembaca (murid) itu sendiri. Dalam faktor dalaman ini, pembaca mengalaman masalah dari aspek kognitif atau inteleknya sendiri. Selain itu, masalah dalaman yang wujud dalam diri pelajar yang menyebabkan sebilangan daripada mereka mengalami masalah membaca itu sendiri ialah aspek psikologi. Sebagai
  • 4. intinya, masalah ini dipengaruhi oleh pelajar dan bukannya dipengaruhi oleh masalah luaran. Walaupun faktor dalaman dan luaran adalah berbeza namun iannya saling berkaitan dan memberi kesan antara satu sama lain. Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pelajar (pembaca) pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.
  • 5. Pengetahuan sedia ada yang terbatas juga merupakan salah satu faktor dalaman pembaca (pelajar) yang mengalami masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Sememangnya pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan kemudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun, kefahaman dan kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal ini sememangnya tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan membaca tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca. Kebolehberbahasaan merupakan salah satu perkara yang besar mendorong ke arah masalah membaca. Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dealek kenegerian, nescaya
  • 6. pembaca tersebut mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain. Menurut Marohaini Yusoff (1999), Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca. Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaanya, pelajar akan tertarik sesuatu bahan bacaan yang menarik minatnya. Sekiranya sesuatu bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka, maka mereka akan terus membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajat supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi. Guru perlu
  • 7. mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan menjadikan membaca sebagai suatu amalan hidup. Program Buku Nilam perlu kerap dianjurkan dan pengisisannya perlu menarik minat pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai masalah membaca dan tahap kebolehan membaca adalah tahap paling rendah. Program Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah pelajar yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Setiap kelas dan rumah perlu mempunyai bahan bacaan seperti majalah kanak-kanak supaya minat terhadap pembacaan disemai sejak dari kecil lagi. Keadaan perasaan murid tentang diri mereka juga mempengatuhi pencapaian kebolehan membaca. Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut. Secara umumnya,
  • 8. masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza dengan faktor luaran namun ianya saling berkai dan memberi kesan terhadap satu sama lain. Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca masalah membaca. Ianya berkaitan dengan faktor fizikal pembaca, persekitaran dan bahan bacaan itu sendiri. Faktor- faktor yang dinyatakan ini sangat mempengaruhi pembacaan seseorang terutamanya faktor fizikal yang jelas menghalang seseorang membaca dan memahami pembacaan dengan baik seperti yang sepatutnya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara
  • 9. daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaan. Disebabkan masalahnya, seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dibacanya dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses pemahaman bacaan yang seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan. Selain masalah penglihatan yang dialami, masalah pendengaran merupakan salah satu faktor fizikal yang menyumbang kepada masalah membaca. Pendengaran mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan dengan tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut perkataan yang tercatat dan mentafsirkannya sebagai maklumat. Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Hal ini membuatkan maklumat yang betul sukar disampaikan. Bagaimanapun, adakalanya maklumat dapat disampaikan dengan tepat sekiranya penulisan tersebut berbentuk ringan. Berdasarkan Roe, Stoodt dan Burns (1978), ujian saringan pendengaran boleh dilakukan oleh guru jika murid menunjukkan tanda-tanda seperti meminta satu penerangan diulang-ulang, ucapan dan penyebutan tidak jelas, mulut bergerak seolah mengajuk percakapan ketika mendengar, kepala menyenget ketika
  • 10. mendengar, lemah mengeja, sangat kurang perhatian, sering menguatkan suara ketika membaca, sering demam, serta telinga berair atau bernanah. Contoh mudah berkenaan masalah pendengaran ialah orang pekak. Orang pekak mengalami masalah dalam berbahasa disebabkan tidak pernah mendengar dan menghasilkan bunyi bahasa yang betul. Oleh itu, orang pekak tidak dapat memahami bahasa yang disampaikan oleh orang normal sepenuhnya walaupun ia berbentuk tulisan. Penulisan yang abstrak atau menggunakan bahasa yang tinggi lebih menyukarkan pemahaman orang pekak terhadap apa yang ingin disampaikan melalui penulisan itu. Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kara mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.
  • 11. Pearson dan Johnson (1978) mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan rakan-rakan lain mempengaruhi pencapaian membaca murid. Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca. Secara ringkasnya, guru dan rakan sebaya bertindak secara tidak langsung sebagai perangsang untuk seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif juga. Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca. Bagaimana seseorang boleh tertarik untuk membaca atau meneruskan pembacaan seandainya bahan bacaan tersebut tidak mempunyai daya tarikan terhadap pembaca? Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah
  • 12. tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik. Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.
  • 13. RUJUKAN Awang Sariyan (2004) Teras Pendidikan Bahasa Melayu – Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Henry Guntur Tarigan (1994) Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung: Angkasa Bandung Mahzan Arshad (2007) Pendidikan Literasi Bahasa Melayu – Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Marohaini Yusoff (1999) Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka Noresah Baharom (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.