SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
1.0 Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme iala teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina
pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan
tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang
disampaikan.
Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan
diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.
Dua orang tokoh teori ini ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh
Jean Piaget dikenali dengan konstruktivisme psikologi/individu/kognitif, manakala teori yang
dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial.
Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam
pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu
pengetahuan dibina oleh murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses
pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial dan guru merupakan fasilitator dalam
pembinaan pengetahuan murid. Pembelajaran dan pengajaran yang berdasarkan
konstruktivisme ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling bersandar di
antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain
mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri
perlakuan yang berbeza.
Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih
kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Konstruktivisme
adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang kepada untuk murid-murid belajar untuk
belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam
kerangka minda masing-masing berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang
sedia. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid
secara individu.
Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina
pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan
mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina
pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada
dalam struktur kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu peringkat sensori motor (lahir – 2 tahun), peringkat praoperasi (2 – 7 tahun),
peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 – 15 tahun).
Semasa mengajar murid peringkat praoperasi, guru perlu memberi peluang kepada
murid untuk menerokai persekitaran melalui kaedah pengajaran belajar sambil bermain atau
aktiviti penyelesaian masalah. Pada peringkat praoperasi, guru perlulah menekankan
demonstrasi kepada murid untuk memudahkan murid membina pengajaran secara sendiri.
pada peringkat operasi konkrit pula, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk
mempelajari sesuatu menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud kerana ia akan
meningkatkan kognitif murid yang melibatkan diri secara aktif. Pada peringkat operasi formal,
murid-murid menggunakan pemikiran yang reflektif dan lebih kompleks berbanding peringkat
yang lain kerana pada peringkat ini, murid perlu memahami konsep, membuat refleksi dan
berfikiran terbuka.
Menurut Vygotsky pula, interaksi sosial adalah penting untuk membantu dan
menyokong pembelajaran dan meningkatkan pemikiran aras tinggi. Semasa pembelajaran
berlaku, teknik scaffolding dilakukan untuk membimbing dan menyokong pelajar mengikut
keperluan pelajar itu sendiri. Bimbingan itu akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga
pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut. Menurut beliau juga, berkomunikasi dengan
diri sendiri (private-speech) juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang
bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak sering bercakap
dengan diri sendiri berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Oleh yang demikian,
guru dicadangkan menggalakan murid-murid menggunakan private-speech semasa berfikir
dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memberikan pendahuluan cerita
kepada murid dan meminta murid menyambung cerita tersebut dengan fikiran sendiri.
Di samping itu, guru boleh mengadakan gerak kerja berkumpulan dan perbincangan
untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang berkualiti dan bermakna. Melalui aktiviti ini,
murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberikan idea-idea yang bernas,
penukaran pendapat dan mendapat pemahaman yang lebih.
2.0 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Setiap guru akan menghadapi masalah di mana setiap pengajaran yang telah
diterangkan masih belum difahami oleh sebahagian pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa
seseroang guru dapat mengajar sesuatu pengajaran kepada pelajar dengan baik dan
berkomited, namun masalah ini datang dari pelajar itu sendiri. Usaha keras seorang guru
dalam mengajar tidak sepenuhnya memberikan hasil yang baik kepada pelajar kerana pelajar
juga perlulah berusaha dengan keras dan melapangkan dada untuk menerima ilmu dan
memahami pengajaran yang telah diajar oleh guru. Pelajar bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri serta mempunyai pemahaman dan pengetahuan sedia ada.
Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pengawal bilik darjah. Guru hanya
perlu membimbing pada permulaannya dan seterusnya para pelajar perlu menguasai
pembelajaran tersebut secara sendiri atau menggunakan bantuan rakan-rakan lain. Para
pelajar perlulah bersedia untuk melibatkan diri secara aktif untuk membina pengetahuan
melalui pengalaman sendiri.
Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan
objektif pengajaran dan hasil pembelajaran melalui RPH. Dengan penyediaan rancangan
pengajaran dan pembelajaran ini, guru dapat mengenalpasti dan mengetahui jika pelajar telah
mencapai objektif pengajaran dan menguasai hasil pembelajaran. Guru juga perlu mengambil
kira keupayaan pelajar dengan mengetahui tentang perbezaan individu di dalam bilik darjah.
Selain itu, guru juga perlu menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlulah merancang strategik
pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri dan menilai tentang pembelajaran yang telah
berlaku.
Guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar serta contoh yang boleh
membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu tentang
pembelajaran tersebut. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.
Oleh itu, guru perlu menerapkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah seperti
simulasi, main peranan atau lakonan. Kaedah pengajaran ini mampu menarik minat pelajar
kerana ia melibatkan interaksi di antara rakan-rakan yang lain. Lembaran kerja seperti ini
secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mewujudkan perkongsian
idea dan pemahaman yang lebih jelas di antara pelajar-pelajar. Pelajar lebih mudah faham
apabila rakan sebayanya membimbingnya.
3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme ini amat menekankan bahawa pembelajaran
merupakan suatu proses yang aktif, dinamik dan berpusatkan murid. Para pelajar dapat
membina konsep dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-pengalaman yang
mereka perolehi. Melalui pengalaman ini, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan
sendiri. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasi ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan sistem pendidikan masa kini yang menuntut pelajar untuk
melibatkan diri secara aktif, berpusatkan murid dan guru hanya menjadi pembimbing.

More Related Content

What's hot

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
What's hot (20)

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Viewers also liked

Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lahRph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lahNurfaten Ismail
 
Rph assig sem 2.1 (slideshare)
Rph assig sem 2.1 (slideshare)Rph assig sem 2.1 (slideshare)
Rph assig sem 2.1 (slideshare)teacherjenny69
 
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureSuraliza Shukor
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Julia Tan
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTSherly Jewinly
 
Viewers also liked (8)

Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lahRph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
Rph psk t4 interaksi k0muniti sek0lah
 
Rph assig sem 2.1 (slideshare)
Rph assig sem 2.1 (slideshare)Rph assig sem 2.1 (slideshare)
Rph assig sem 2.1 (slideshare)
 
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5Model konstruktivisme 5
Model konstruktivisme 5
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
Similar to Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptx
AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptxAplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptx
AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptxTeeAngel2
 
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralNormarini Norzan
 
Teori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeTeori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeMoh Imron Aja
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemSyam Sheya
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstualCandra Kurniawan
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
Strategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatifStrategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatif
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatifeli priyatna laidan
 
Tugas Resensi Buku
Tugas Resensi BukuTugas Resensi Buku
Tugas Resensi BukuMel Noizz
 
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdfTUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdfDesiiRahmawatii1
 
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...dododdwi1
 
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmodel model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmustamin17
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edualibyk
 
Psikologi Pendidikan-Kontruktivisme
Psikologi Pendidikan-KontruktivismePsikologi Pendidikan-Kontruktivisme
Psikologi Pendidikan-KontruktivismeAnita Rahman
 
Similar to Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (20)

AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptx
AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptxAplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptx
AplikasiTeori Pembelajaran dalam BNK.pptx
 
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...Bab 6   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
Bab 6 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam bimbingan...
 
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moralPembelajaran aktif dalam pendidikan moral
Pembelajaran aktif dalam pendidikan moral
 
Artikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar PembelajaranArtikel Belajar Pembelajaran
Artikel Belajar Pembelajaran
 
Teori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivismeTeori belajar kontruktivisme
Teori belajar kontruktivisme
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
 
Teori konsruktivis
Teori konsruktivisTeori konsruktivis
Teori konsruktivis
 
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikemStrategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
Strategi mengembangkan mutu pendidikan melalui pendekatan paikem
 
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
21198220 apakah-pembelajaran-kontekstual
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
Strategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatifStrategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatif
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
 
Tugas Resensi Buku
Tugas Resensi BukuTugas Resensi Buku
Tugas Resensi Buku
 
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdfTUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
TUGAS 1 PDGK4205 PEMBELAJARAN TERPADU DI SD_DESI RAHMAWATI_857093259.pdf
 
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...
Pendekatan strategi metode dan teknik pembelajaran yang diterapkan sebagai sc...
 
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontohmodel model pembelajaran yang bisa dicontoh
model model pembelajaran yang bisa dicontoh
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Refleksi edu
Refleksi eduRefleksi edu
Refleksi edu
 
Ppt ctl dan paikem
Ppt ctl dan paikemPpt ctl dan paikem
Ppt ctl dan paikem
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Psikologi Pendidikan-Kontruktivisme
Psikologi Pendidikan-KontruktivismePsikologi Pendidikan-Kontruktivisme
Psikologi Pendidikan-Kontruktivisme
 
More from Atifah Ruzana Abd Wahab

Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan GimnospermaKajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan GimnospermaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuacaAmali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuacaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepasSumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepasAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
More from Atifah Ruzana Abd Wahab (20)

Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)Model ASSURE (Kajian Kes)
Model ASSURE (Kajian Kes)
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : GerhanaRPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
RPH Sains Tahun 6 KSSR : Gerhana
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalahJenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
Jenis masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah
 
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulatPenyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat
 
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan GimnospermaKajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
Kajian Morfologi Tumbuhan Angiosperma dan Gimnosperma
 
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
Memeriksa slaid untuk mengenalpasti struktur dan bentuk bakteria, fungi dan p...
 
Kajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double StemcellKajian Literatur : Double Stemcell
Kajian Literatur : Double Stemcell
 
Amali matahari terbenam
Amali matahari terbenamAmali matahari terbenam
Amali matahari terbenam
 
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
Amali 2: Mengenalpasti batu-batuan (igneus, sedimen, metamorfik)
 
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuacaAmali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
Amali 1 : Mengkaji hubungan antara awan dan cuaca
 
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepasSumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
Sumbangan ahli astronomi serta perkembangan teori dan teknologi angkasa lepas
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan KepercayaanKonsep Ketuhanan dan Kepercayaan
Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan
 
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
Konsep Jihad dalam Islam dan perkaitan perjuangan IS boleh dikategorikan seba...
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial
 
Recently uploaded

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
Recently uploaded (20)

MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

  • 1. 1.0 Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme iala teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Dua orang tokoh teori ini ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali dengan konstruktivisme psikologi/individu/kognitif, manakala teori yang dianjurkan oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina oleh murid, setiap murid memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid. Pembelajaran dan pengajaran yang berdasarkan konstruktivisme ini menyeimbangkan peranan guru dan murid untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang kepada untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat sensori motor (lahir – 2 tahun), peringkat praoperasi (2 – 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 – 15 tahun).
  • 2. Semasa mengajar murid peringkat praoperasi, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menerokai persekitaran melalui kaedah pengajaran belajar sambil bermain atau aktiviti penyelesaian masalah. Pada peringkat praoperasi, guru perlulah menekankan demonstrasi kepada murid untuk memudahkan murid membina pengajaran secara sendiri. pada peringkat operasi konkrit pula, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk mempelajari sesuatu menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud kerana ia akan meningkatkan kognitif murid yang melibatkan diri secara aktif. Pada peringkat operasi formal, murid-murid menggunakan pemikiran yang reflektif dan lebih kompleks berbanding peringkat yang lain kerana pada peringkat ini, murid perlu memahami konsep, membuat refleksi dan berfikiran terbuka. Menurut Vygotsky pula, interaksi sosial adalah penting untuk membantu dan menyokong pembelajaran dan meningkatkan pemikiran aras tinggi. Semasa pembelajaran berlaku, teknik scaffolding dilakukan untuk membimbing dan menyokong pelajar mengikut keperluan pelajar itu sendiri. Bimbingan itu akan dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut. Menurut beliau juga, berkomunikasi dengan diri sendiri (private-speech) juga boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah kanak-kanak sering bercakap dengan diri sendiri berbanding kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Oleh yang demikian, guru dicadangkan menggalakan murid-murid menggunakan private-speech semasa berfikir dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, guru boleh memberikan pendahuluan cerita kepada murid dan meminta murid menyambung cerita tersebut dengan fikiran sendiri. Di samping itu, guru boleh mengadakan gerak kerja berkumpulan dan perbincangan untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang berkualiti dan bermakna. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberikan idea-idea yang bernas, penukaran pendapat dan mendapat pemahaman yang lebih. 2.0 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Setiap guru akan menghadapi masalah di mana setiap pengajaran yang telah diterangkan masih belum difahami oleh sebahagian pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa seseroang guru dapat mengajar sesuatu pengajaran kepada pelajar dengan baik dan berkomited, namun masalah ini datang dari pelajar itu sendiri. Usaha keras seorang guru dalam mengajar tidak sepenuhnya memberikan hasil yang baik kepada pelajar kerana pelajar juga perlulah berusaha dengan keras dan melapangkan dada untuk menerima ilmu dan memahami pengajaran yang telah diajar oleh guru. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri serta mempunyai pemahaman dan pengetahuan sedia ada.
  • 3. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pengawal bilik darjah. Guru hanya perlu membimbing pada permulaannya dan seterusnya para pelajar perlu menguasai pembelajaran tersebut secara sendiri atau menggunakan bantuan rakan-rakan lain. Para pelajar perlulah bersedia untuk melibatkan diri secara aktif untuk membina pengetahuan melalui pengalaman sendiri. Guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan objektif pengajaran dan hasil pembelajaran melalui RPH. Dengan penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran ini, guru dapat mengenalpasti dan mengetahui jika pelajar telah mencapai objektif pengajaran dan menguasai hasil pembelajaran. Guru juga perlu mengambil kira keupayaan pelajar dengan mengetahui tentang perbezaan individu di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlulah merancang strategik pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru perlulah menyediakan bahan bantu mengajar serta contoh yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu tentang pembelajaran tersebut. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Oleh itu, guru perlu menerapkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah seperti simulasi, main peranan atau lakonan. Kaedah pengajaran ini mampu menarik minat pelajar kerana ia melibatkan interaksi di antara rakan-rakan yang lain. Lembaran kerja seperti ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mewujudkan perkongsian idea dan pemahaman yang lebih jelas di antara pelajar-pelajar. Pelajar lebih mudah faham apabila rakan sebayanya membimbingnya. 3.0 PENUTUP Sebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme ini amat menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif, dinamik dan berpusatkan murid. Para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi. Melalui pengalaman ini, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasi ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan sistem pendidikan masa kini yang menuntut pelajar untuk melibatkan diri secara aktif, berpusatkan murid dan guru hanya menjadi pembimbing.