SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 26
SEJARAH PENGURUSAN                                            Lecture 1




      SEJARAH PENGURUSAN




 Objektif Am: Pelajar dapat memahami dan mengaitkan teori-teori
           yang dipelajari
              dengan corak pengurusan masa kini.


 Objektif Khusus:Di akhir unit ini, anda dapat:

  •    Menjelaskan konsep pendekatan klasikal.
  •    Menerangkan prinsip-prinsip dalam teori pengurusan saintifik.
  •    Mengenalpasti 14 prinsip pengurusan dalam teori pentadbiran
       pengurusan Fayol.
  •    Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam teori
       tingkahlaku.
  •    Menjelaskan sumbangan-sumbangan pemikir sains pengurusan,
       pengurusan kontigensi dan sistem.
SEJARAH PENGURUSAN                                                 Lecture 1




                          SEJARAH PENGURUSAN


1.0 Pengenalan

Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini
adalah hasil sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada
masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang diketengahkan oleh mereka
dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka dengan
lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing. Bagaimanapun tidak
semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk
diamalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana
teori yang difikirkan dapat membantu dalam meningkatkan
keberkesanan organisasi. Juga tidak ada satu teori yang paling baik
untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi. Setiap teori
mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka, bergantung
kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut
bagi mendapat satu kaedah yang paling berkesan. Unit ini akan
membincangkan setiap perkembangan teori-teori pengurusan dengan
ringkas dan mudah di fahami oleh anda.


1.1 Pendekatan Klasikal

Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian
saintifik bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan
produktiviti organisasi. Kita akan membincankan beberapa penyumbang
utama kepada pendekatan ini seperti Frederick W. Taylor, Frank dan Lilian
Gilbreth dan Henry L. Gantt.

   1.1.1 Frederick W. Taylor (1856-1915)

   Teori ini dipelopori oleh Frederick W. Taylor (1856-1915) yang terkenal
   dengan teknik pengurusan saintifik. Beliau juga digelar “ Bapa
   Pengurusan Saintifik”. Teori ini mengkaji perhubungan di antara pekerja
   dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan oleh pekerja tersebut.
   Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang kemudiannya menjadi
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1


    perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk
    melaksanakan teknik pengurusan saintifik. Taylor percaya bahawa jika
    masa dan usaha yang dilakukan oleh pekerja dalam pengeluaran
    seunit barangan dapat dikurangkan dengan meningkatkan
    pengkhususan dan pembahagian kerja maka proses pengeluaran
    akan menjadi bertambah cekap. Beliau juga percaya pekerja yang
    cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
    Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan pemerhatian yang
    dilakukan, beliau telah mengenalpasti empat prinsip dalam
    meningkatkan kecekapan di tempat kerja:

•   Prinsip 1- Mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari
    jalan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut.

    Untuk mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam
    melaksanakan tugas, Taylor mengkaji beberapa cara bagaimana
    pekerja melaksanakan tugas. Salah satu kaedah yang digunakan
    ialah kajian “time and motion study” di mana masa melaksanakan
    kerja akan direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga
    akan diperhatikan. Dengan cara itu beliau dapat mencari cara yang
    terbaik dengan masa yang paling singkat.

•   Prinsip 2- Pengkhususan kerja

    Setelah mendapat cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas,
    Taylor menekankan pula kepada pengkhususan kerja di mana kerja-
    kerja dibahagikan dan setiap pekerja akan melaksanakan kerja yang
    lebih sedikit dan lebih rutin. Kaedah ini banyak digunakan dalam
    industri pembuatan dan pengeluaran.

• Prinsip 3 - Pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan
  keupayaan dalam melaksanakan tugas.

        Bagi meningkatkan pengkhususan kerja, Taylor percaya pekerja
    mestilah memahami tugas yang akan mereka lakukan dan perlu
    dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut. Pekerja-pekerja yang tidak
    berkemampuan akan ditukarkan kepada kerja-kerja yang mampu
    dilaksanakan oleh mereka.

•   Prinsip 4 - Sistem pembayaran gaji yang adil

       Untuk menggalakkan pekerja bekerja pada prestasi yang paling
    tinggi, Taylor mencadangkan supaya pekerja diberi insentif yang lebih
SEJARAH PENGURUSAN                                              Lecture 1


   baik. Mereka sepatutnya diberi bonus dan sedikit imbuhan jika dapat
   menunjukkan prestasi yang baik.


  1.1.2 Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924)

  Pengikut kepada idea pengurusan saintifik yang diperkenalkan oleh
  Taylor merupakan pasangan suami isteri Frank dan Lilian. Mereka turut
  memberi sumbangan terhadap pergerakan kerja dalam kajian “time
  and motion study". Kajian pergerakan menekankan kepada aspek
  pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan yang paling asas.
  Tujuan mereka adalah untuk:

  •   menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja
      dalam melaksanakan satu-satu tugasan dan masa yang di ambil.

  •   mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan
      membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan supaya
      tugas dapat dibuat dengan lebih cekap dengan masa dan
      tenaga yang lebih kurang.


Di samping kajian kepada pergerakan kerja, pasangan Gilbreth juga
mengkaji mengenai keletihan di tempat kerja. Mereka mendapati ciri-ciri
fizikal di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan kerja dan
seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi prestasi.

Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini telah memberi kesan yang besar
kepada bidang pengurusan terutama dalam industri pengilangan.
Sebagai contoh kilang pemasangan kereta dimana pekerja dibahagikan
kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap,
peralatan, badan, kusyen dan sebagainya. Setiap pekerja akan
mengkhusus kepada kerja masing-masing dan mereka akan mahir dalam
bidang tersebut dan masa juga akan dijimatkan.
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1




1.2 Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan

Di samping kajian mengenai pengurusan saintifik, terdapat juga pengkaji
yang mengkaji mengenai pengurusan pentadbiran, kajian bagaimana
untuk membentuk satu struktur organisasi yang boleh membawa kepada
kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Struktur organisasi merupakan
satu sistem perkaitan tugas dan autoriti yang mengawal bagaimana
pekerja menggunakan sumber-sumber untuk mencapai matlamat
organisasi. Dua orang pengkaji yang paling berpengaruh dalam
membentuk sistem ini ialah Max Weber dan Henry Fayol.

    1.2.1 Max Weber

    Max Weber (1864-1920) merupakan pengasas kepada teori birokrasi.
    Birokrasi merujuk kepada satu sistem yang formal dalam organisasi dan
    pentadbiran yang dibentuk untuk memastikan kecekapan dan
    keberkesanan. Sistem pentadbiran birokrasi diasaskan kepada lima
    prinsip:


•   Prinsip 1 - autoriti pengurus didapati daripada kedudukan pengurus
    dalam organisasi tersebut.

    Autoriti   merupakan       kuasa    yang    menyebabkan    seseorang
    bertanggungjawab atas setiap tindakan dan dapat membuat
    keputusan berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber organisasi.
    Autoriti memberikan hak kepada pengurus untuk memberi arahan
    dan mengawal pekerja . Dalam sistem birokrasi, pematuhan kepada
    arahan adalah bukan disebabkan oleh personaliti, kekayaan atau
    status sosial pengurus tersebut tetapi disebabkan kedudukan pengurus
    yang dikaitkan dengan autoriti dan tanggungjawab.

•   Prinsip 2 – Individu memegang jawatan bukan disebabkan oleh
    kedudukan sosial tetapi disebabkan oleh prestasi.

    Pekerja hendaklah dipilih disebabkan oleh kemahiran dan kelayakan
    yang mereka ada bukannya disebabkan oleh kenalan atau
    hubungan peribadi.
SEJARAH PENGURUSAN                                                  Lecture 1


•   Prinsip 3 – Kedudukan, jawatan, autoriti, tugas dan tanggungjawab
    dan perkaitan setiap perkara tersebut mestilah dijelaskan dengan
    terperinci.

        Apabila setiap tugas dan autoriti setiap jawatan diterangkan
        dengan jelas maka pengurus dan pekerja dapat menjangkakan
        apa yang diharapkan daripada mereka. Pekerja juga
        bertanggungan atas setiap tindakan yang dilakukan jika mereka
        tahu dengan jelas apa tanggungjawab mereka.

    •   Prinsip 4 – Perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja
        mengetahui siapa dan kepada siapa mereka patut melaporkan.

        Pengurus patut membentuk satu hirarki kedudukan kuasa untuk
        menjelaskan kepada pekerja, siapa akan melaporkan kepada
        siapa dan kepada siapakah pekerja dan pengurus patut melapor
        jika berlaku konflik. Prinsip ini penting terutama dalam bidang
        ketenteraan, keselamatan dan kerahsiaan yang melibatkan isu-isu
        sensitif dan langkah berjaga-jaga. Adalah penting bagi pengurus
        pada peringkat yang tertinggi untuk memaklumkan kepada
        pekerja mengenai tanggungjawab mereka untuk bertanggungan
        atas tindakan yang dilakukan oleh mereka.


    •   Prinsip 5 - Pengurus perlu membentuk peraturan, norma dan
        “standard    operating  procedures”(SOP) untuk   mengawal
        tingkahlaku pekerja.

        Peraturan, norma dan SOP yang dibentuk oleh pengurus dapat
        menjadi panduan kepada pekerja bagi meningkatkan prestasi
        kerja kerana ia memberi panduan secara jelas kepada pekerja
        cara terbaik dalam melaksanakan tugas.



    1.2.2 Henri Fayol

    Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan
    sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus
    yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar "Bapa Pemikiran
    Pengurusan" disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang
    pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini.
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1


  Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi
  pengurusan iaitu:

  •   Perancangan
  •   Pengorganisasian
  •   Pengarahan
  •   Penyelarasan
  •   Pengawalan

  Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk
  dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi.
  Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk
  dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi.

         •   Autoriti.
         •   Disiplin.
         •   Satu arahan.
         •   Satu perintah.
         •   Pembahagian kerja.
         •   Imbuhan.
         •   Pemusatan.
         •   Rantaian skala.
         •   Tertib.
         •   Ekuiti.
         •   Kestabilan personel.
         •   Inisiatif.
         •   Mementingkan kepentingan organisasi.
         •   “espirit de corps” (kerjasama ).



1.3 Pendekatan Tingkahlaku dan Hubungan Manusia.

Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku
pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan
mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan
kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam
organisasi.

Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam
pengurusan. Objektif utama pendekatan ini ialah untuk memperkukuhkan
SEJARAH PENGURUSAN                                               Lecture 1


kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian
dengan manusia. Pengikut pendekatan ini, berpendapat bagi
membentuk hubungan manusia yang baik, pengurus perlu mengetahui
mengapa pekerja menunjukkan satu tingkahlaku yang tertentu dan
apakah faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi mereka
bertingkahlaku.

   1.3.1 Mary Parker Follet

    Mary banyak membincangkan bagaimana pengurus seharusnya
    melayan pekerja. Penekanan ini dibuat kerana Taylor mengabaikan
    perkara ini dalam teorinya. Mary mencadangkan konsep "authority
    should go with knowledge……whether it is up the line or down".
    Bermaksud jika pekerja mempunyai pengetahuan yang lengkap
    mengenai apa yang perlu dilakukan maka, pekerja boleh mengawal
    kerja-kerja tersebut tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus
    seharusnya bertindak hanya sebagai pembimbing sahaja bukan
    sebagai penyelia. Konsep ini dikenali juga sebagai "empowerment".
    Beliau juga mencadangkan supaya setiap pengurus jabatan
    berhubung secara terus di antara mereka untuk mempercepatkan
    proses membuat keputusan.

    1.3.2 Hugo Munsterberg

    Beliau telah menekankan penggunaan psikologi kepada industri dan
    pengurusan. Beliau turut mengaitkan konsep pengurusan saintifik
    dengan tingkahlaku manusia dan juga kepentingan bersama di
    antara pengurus dan pekerja.

    1.3.3 Elton Mayo

    Konsep yang diperkenalkan oleh Mary tidak begitu mendapat
    sambutan daripada penyelidik dan pengurus kerana pengurus lebih
    berminat dengan idea Taylor dan Gilbreth. Untuk meningkatkan
    kecekapan, mereka telah melaksanakan beberapa kajian dan salah
    satu kajian yang paling penting ialah Kajian Hawthorne. Kajian ini
    telah dilaksanakan di Hawthorne Works of the Westhern Electric
    Company. Kajian ini dikendalikan oleh Elton Mayo, F.J Roethlisberger
    dan rakan-rakan daripada Universiti Harvard. Kajian ini dibuat untuk
    menyelidik bagaimana cahaya dan situasi kerja mempengaruhi
    prestasi kerja. Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa:

     •   Fasa 1
SEJARAH PENGURUSAN                                               Lecture 1


    Kajian ini bertujuan untuk meneliti antara keadaan fizikal dengan
    daya pengeluaran. Penumpuan dibuat untuk menentukan
    hubungan antara cahaya lampu dengan kecekapan dua kumpulan
    kerja yang diukur melalui output yang dikeluarkan. Intensiti cahaya
    lampu dibeza-bezakan manakala satu kumpulan lagi bekerja di
    bawah cahaya lampu yang sama. Hasil kajian mendapati apabila
    intensiti cahaya lampu meningkat, produktiviti kumpulan kerja juga
    meningkat dan apabila intensiti cahaya lampu dikurangkan,
    produktiviti juga turut meningkat. Keadaan ini mengambarkan
    bahawa pekerja lebih bertindakbalas terhadap kewujudan cahaya
    lampu berbanding dengan peningkatan atau penurunan cahaya
    lampu. Fenomena ini dikenali sebagai kesan Hawthorne.
    Keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa tidak terdapat
    hubungan yang konsisten di antara produktiviti dengan keadaan
    fizikal.

      • Fasa 2
    Kumpulan dari Harvard ini menjalankan kajian bertujuan untuk
    meneliti dan menganalisis hubungan sosial dalam kumpulan kerja.
    Kajian ini melibatkan enam orang wanita yang dipilih untuk bekerja
    di bahagian pemasangan telefon di sebuah bilik. Kumpulan kerja ini
    diperhatikan bagi suatu tempoh jangkamasa yang lama. Di samping
    itu terdapat dua belas perubahan dalam persekitaran kerja yang
    telah dilakukan. Antaranya termasuklah perubahan tempoh masa
    rehat, cara pembayaran upah, ganjaran dan sebagainya.

Kajian ini dibuat berdasarkan kepada andaian sistem insentif ke atas
kumpulan. Sistem ini menyatakan bahawa lebih gigih kumpulan bekerja,
lebih output yang akan dihasilkan. Ini akan memberi upah dan ganjaran
yang lebih kepada pekerja. Penyelidik percaya bahawa hasil kajian
menunjukkan ahli kumpulan kerja akan memberi tekanan sesama mereka
untuk bekerja dengan gigih dan mendapat upah yang lebih. Dalam
kajian ini, didapati output yang diperolehi adalah sentiasa lebih tinggi
daripada sebelumnya dalam setiap kajian. Kesimpulan daripada kajian
tersebut memperlihatkan kepada kita bahawa perubahan dan
peningkatan dalam produktiviti tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan
yang diwujudkan dalam persekitaran kerja tetapi dipengaruhi oleh
hubungan dan sikap individu dalam kumpulan tersebut. Ahli kumpulan
didapati lebih berminat untuk mengekalkan perpaduan kumpulan kerja
daripada memperolehi lebih banyak ganjaran kewangan. Ini
memperlihatkan bahawa keakraban dan persahabatan di kalangan ahli
kumpulan merupakan faktor yang signifikan terhadap peningkatan
dalam produktiviti.
SEJARAH PENGURUSAN                                           Lecture 1


Kajian Hawthorne menunjukkan kepada kita bahawa secara
keseluruhannya peningkatan dalam daya pengeluaran adalah
disebabkan    oleh faktor sosial seperti semangat bekerja, perasaan
kepunyaan, gaya pengurusan pengurus dan saling berhubung antara
anggota kumpulan kerja melalui pengurusan yang berkesan. Sebagai
kesimpulan, kajian ini mendapati bahawa pekerja lebih dimotivasikan
oleh hubungan antara individu berbanding dengan faktor ekonomi.
SEJARAH PENGURUSAN                                                  Lecture 1




                                AKTIVITI 1B


Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul.

1.1    Henri Fayol dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”.
                                                             (B/S)
1.2   Mary P. Follet percaya pekerja mestilah diawasi untuk
    memastikan mereka melaksanakan kerja yang diserahkan.
                                                             (B/S)
1.3 Hasil kajian Hawthorne mendapati pekerja dimotivasikan oleh
    hubungan antara individu berbanding dengan factor persekitaran.
                                                             (B/S)
1.10 Kajian Hawthorne dilaksanakan di Hawthorne Electric Co.
                                                             (B/S)

1.11   Pekerja harus mendahulukan        kepentingan    mereka     dalam
        melaksanakan tugas.
                                                               (B/S)
1.12    Kerja-kerja yang mempunyai objektif yang sama hendaklah
     dimasukkan di dalam satu arahan. Prinsip ini merujuk kepada satu
     perintah.
                                                               (B/S)
1.13 Hugo Munsterberg terkenal dengan penumpuan terhadap
     keperluan fisiologi kepada pekerja.
                                                               (B/S)


Soalan esei

1.14 Kenapakah hirarki kedudukan perlu diperjelaskan kepada pekerja
    mengikut teori Birokrasi?

1.15 Senaraikan 6 prinsip pengurusan yang diperkenalkan oleh Henry
    Fayol yang dapat dilaksanakan dalam firma perakaunan.
SEJARAH PENGURUSAN                                          Lecture 1


1.16 Bincangkan eksperimen yang dilaksanakan dalam kajian
    Hawthorne.




                       MAKLUM BALAS AKTIVITI


AKTIVITI 1B

   1.7 S
   1.8 S
   1.9 B
   1.10 S
   1.11 S
   1.12 S
   1.13 S


   1.14 Kepentingan hirarki kedudukan

      a) Laporan
      b)Kerahsiaan maklumat
      c)Keselamatan
      d)Tanggungjawab setiap individu

   1.15        Mana-mana 6 prinsip daripada 14 prinsip yang
       diperkenalkan yang boleh dikaitkan dengan perakaunan. Rujuk
       m/s 7.

   1.16       Jawapan boleh dirujuk pada mukasurat 9&10.
SEJARAH PENGURUSAN   Lecture 1
SEJARAH PENGURUSAN                                             Lecture 1




1.4 Pendekatan Sains Pengurusan

Pendekatan sains pengurusan merupakan pendekatan yang memberi
penekanan terhadap penggunaan kaedah saintifik dan teknik kuantitatif
bagi meningkatkan kejayaan organisasi. Teori ini memberi fokus kepada
penggunaan     kaedah     kuantitatif  bagi      membantu    pengurus
menggunakan sumber-sumber organisasi dengan secara maksimum
dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Terdapat beberapa
cabang pengurusan sains :

     •   Pengurusan kuantitatif. Kaedah ini menggunakan teknik
         matematik seperti program linear, simulasi untuk membantu
         pengurus seperti mengira inventori ataupun cara terbaik untuk
         membuat pelaburan.

     •   Pengurusan operasi. Ianya bermaksud membekalkan pengurus
         dengan satu set teknik-teknik yang boleh digunakan dalam
         menganalisa pengeluaran organisasi supaya lebih cekap dan
         berkesan.

     •   “Total Quality Managemant” pula memfokuskan kepada
         menganalisa input, output dan proses dalam meningkatkan
         kualiti produk dan perkhidmatan.

     •   “Management information system” pula membantu pengurus
         mereka sistem maklumat        yang membekalkan maklumat-
         maklumat penting mengenai kejadian-kejadian yang berlaku di
         dalam dan di luar organisasi bagi membuat keputusan.



1.5 Pendekatan Organisasi-Persekitaran

Selain daripada mengenalpasti faktor dalaman yang mempengaruhi
pekerja, pengurus juga cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran
luar daripada organisasi boleh mempengaruhi tingkahlaku pekerja.
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1


Kepentingan kajian ini berkembang selepas terbentuknya teori kontigensi
dan sistem .

  1.5.1 Pendekatan Kontigensi

  Salah satu kejayaan besar terhadap perkembangan teori pengurusan
  ialah dengan lahirnya teori kontigensi oleh Tom Burns dan G.M Stalker
  di Britain dan Paul Lawrence dan Jay Loreh di Amerika Syarikat. Mesej
  penting dalam teori kontigensi ialah tidak ada satu cara yang terbaik
  dalam pengurusan (there is no best way). Pendekatan kontigensi
  menyatakan tidak ada satu cara terbaik dalam melaksanakan satu-
  satu kerja atau dalam membuat satu-satu keputusan kerana setiap
  situasi yang dihadapi adalah berbeza. Sebagai contoh, seorang
  pengurus akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza bagi
  kumpulan yang mempunyai pengalaman dan kumpulan yang tidak
  mempunyai pengalaman. Maka, pengurus perlu mengenalpasti ciri-
  ciri sesuatu situasi, sebelum memilih konsep, prinsip dan teknik
  pengurusan yang akan dilaksanakan. Kelebihan teori ini ialah ia dapat
  menyesuaikan dengan perubahan-perubahan persekitaran dan ianya
  lebih fleksibel. Pengurus juga tidak perlu tercari-cari kaedah tertentu
  dalam membuat keputusan.


  1.5.2 Pendekatan Sistem

  Teori sistem melihat organisasi sebagai satu sistem penuh yang
  bekerjasama untuk mencapai objektif yang menyeluruh . Sistem ini
  mempunyai sistem-sistem kecil yang ada pertalian di antara satu sama
  lain. Setiap tindakan yang dilakukan oleh satu bahagian akan
  memberi kesan kepada bahagian yang lain dalam organisasi. Semua
  jabatan dalam organisasi mempunyai pertalian dan perkaitan dan
  tidak hidup secara terpisah. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah
  atau membuat keputusan, pengurus mestilah mengambilkira
  kepentingan setiap jabatan dalam organisasi.

     •   Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan
         tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh
         perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia
         bergerak sendiri.

     •   Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan
         dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada
         barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada
SEJARAH PENGURUSAN                                            Lecture 1


        persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang
        dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan
        perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.




Rajah 1 di bawah      menggambarkan evolusi perkembangan teori
pengurusan mengikut tahun.




                                  PERSEKITARAN



                         SAINS PENGURUSAN



              TINGKAHLAKU



       PENGURUSAN/PENTADBIRAN


 SAINTIFIK




1890 1900 1910 1920 1030 1940 1050 1960 1970 1980 1990 2000

Sumber: Contemporary Management, Jones, George, Hill, McGraw Hill,
USA, 1999.
SEJARAH PENGURUSAN                              Lecture 1




Rajah 1
TAJUK : EVOLUSI PERKEMBANGAN TEORI PENGURUSAN
SEJARAH PENGURUSAN                                             Lecture 1




                              AKTIVITI 1C



Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Isikan tempat kosong soalan-soalan di bawah:-

1.17 kaedah simulasi akan membantu pengurus melakukan tugas
dengan         baik       dalam perniagaannya     merupakan
________________________.

1.18 Pendekatan yang memberikan penekanan terhadap penggunaan
kaedah      ___________ dan __________________ merupakan teori
pendekatan sains pengurusan.

1.19 Pengurus yang cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran luar
daripada organisasi mempengaruhi tingkahlaku pekerja dikenali dengan
pendekatan ________________.

1.20 __________________ adalah satu sistem yang tidak menukarkan
maklumat, material dan tenaga dengan persekitaran dan tidak
dipengaruhi oleh perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran.

Soalan esei.
1.21 Apakah perbezaaan yang wujud di antara sistem tertutup dan sistem
terbuka.
SEJARAH PENGURUSAN                                               Lecture 1




                         MAKLUM BALAS AKTIVITI



AKTIVITI 1C

1.17 Pengurusan kuantitatif
1.18 Saintifik dan Teknik Kuantitatif
1.19 Organisasi Persekitaran.
1.20 Sistem Tertutup.

Soalan esei.

Sistem tertutup
Sistem terbuka
      • Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan
          tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh
          perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia
          bergerak sendiri.

      •   Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan
          dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada
          barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada
          persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang
          dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan
          perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.
SEJARAH PENGURUSAN                                             Lecture 1




                               PENILAIAN KENDIRI


Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam
penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Soalan Objektif

1. Peraturan, panduan dan prosedur dalam organisasi ialah satu prinsip
   dalam teori_______________

   A.   disentralisasi
   B.   pembahagian kerja
   C.   birokrasi
   D.   satu arahan
   E.   pemusatan


2. Rekabentuk kerja dan pengenalan masa rehat untuk mengurangkan
   keletihan ditekankan dalam teori

   A.   pengurusan saintifik
   B.   sistem
   C.   kontigensi
   D.   tingkahlaku
SEJARAH PENGURUSAN                                               Lecture 1


   E. Hawthorne


3. Pengurusan kuantitatif amat     berguna kepada pengurus dalam
melaksanakan fungsi

   A.   perancangan
   B.   kepimpinan
   C.   penyusunan
   D.   perundingan
   E.   motivasi

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

Pendekatan paling awal teori pengurusan yang diperkenalkan ialah
_____________1_________ dan ia dikaji oleh______2__________. Teori
Pengurusan       Saintifik    menekankan       kepada      kepentingan
__________3______. _______4________pula memperkenalkan 14        prinsip
pengurusan bagi membantu pengurus menguruskan organisasi.
Pendekatan        yang fokus kepada kepentingan pekerja ialah
teori_________5______. Salah satu kajian awal dalam pendekatan
tingkahlaku ialah kajian_________6_______. Kajian ini mengenalpasti
kepentingan_____7__________.dalam      organisasi.  Pendekatan     yang
memberi pendedahan mengenai penggunaan alat-alat saintifik
ialah_______8_______. Dengan adanya teori ini dapat membantu
pengurus        dari       aspek________9_________dan______10__________.
Pendekatan pengurusan yang memerlukan pengurus fleksibel dalam
gaya pengurusannya ialah_______11___________.


Soalan Esei

1. Bincangkan konsep "mencari cara terbaik dan masa yang singkat"
   yang dikaji oleh Taylor dan pasangan Gilbreth.


2. Jelaskan konsep kontigensi dalam pengurusan bagi menghadapi
   perubahan dalam era globalisasi berserta dengan contoh.


3. Jelaskan hasil kajian Hawthorne terhadap tingkah laku dan hubungan
   pekerja dalam organisasi.
SEJARAH PENGURUSAN                                         Lecture 1


4. Bezakan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.
SEJARAH PENGURUSAN                                        Lecture 1




                  MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI


Soalan Objektif

         1. C
         2. A
         3. A


Isi tempat kosong

   1. Pendekatan saintifik
   2. F.W. Taylor
   3. Produktiviti
   4. Henry Fayol
   5. Hubungan manusia
   6. Kajian Hawthorne
   7. Pekerja
   8. Pengurusan sains pengurusan
   9. Membuat keputusan
   10. Menyelesaikan masalah
   11. Kontigensi


Soalan Esei

Soalan 1
 Mencari cara terbaik-mengikut Gilbreth:
   • Menganalisa setiap pergerakan pekerja dalam melaksanakan
     tugas
   • Membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan untuk
     menjimatkan masa
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1




Mengikut Taylor
         Prinsip penentuan pergerakan
         Cara pekerja bekerja
         Merekodkan masa bekerja
         Cara pergerakan yang terbaik




Soalan 2

Pendekatan ini menyatakan tidak ada satu cara yang terbaik dalam
menguruskan organisasi. Ini adalah kerana tidak ada satu situasi yang
tetap sepanjang masa maka pengurus perlu sentiasa menyesuaikan
corak pengurusan dengan perubahan yang berlaku dipersekitaran
seperti perubahan ekonomi , undang-undang dan sebagainya.

Soalan 3

Hasil kajian Hawthorne menunjukkan:

   •   Kepentingan semangat bekerja
   •   Perasaan kepunyaan dikalangan pekerja
   •   Gaya/corak pengurusan pengurus
   •   Perhubungan yang wujud di antara pekerja


Soalan 4
Perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup


Sistem tertutup                       Sistem terbuka
1. Sistem yang tidak menukar          1. Sistem yang menukar maklumat,
maklumat, material dan tenaga         bahan dan tenaga dengan
dengan persekitaran.                  persekitaran.

2. Ia tidak dipengaruhi oleh faktor   2. Sistem ini mempunyai bentuk dan
persekitaran dan ia berdiri sendiri   struktur yang dapat diubahsuai
                                      untuk menyesuaikan dengan
                                      perubahan persekitaran
SEJARAH PENGURUSAN                                                Lecture 1




                        AKTIVITI 1A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

   1.1 Sejarah pengurusan tidak mempunyai perkaitan dengan amalan
       pengurusan pada masa kini.
                                                             (B/S)

   1.2 Teori pengurusan pertama yang diperkenalkan ialah Teori
       Pengurusan Saintifik.
                                                                  (B/S)

   1.3 Sumbangan besar pasangan Gilbreth ialah ialah kajian “time and
       motion study”
                                                                (B/S)

   1.4 Taylor mencadangkan supaya pekerja dibayar gaji yang amat
       tinggi bagi meningkatkan motivasi.
                                                           (B/S)

   1.5 Hasil kajian Taylor dan Gilbreth    banyak    diamalkan    dalam
       pengurusan industri pelancungan.
                                                                  (B/S)

Soalan esei

   1.6     Secara ringkas terangkan   sumbangan     tokoh-tokoh   berikut
         terhadap dunia pengurusan.
         a)    Pasangan Gilbreth
         b)    F. W. Taylor
SEJARAH PENGURUSAN                                             Lecture 1




                      MAKLUM BALAS AKTIVITI


AKTIVITI 1A

   1.4 S
   1.5 B
   1.6 B
   1.7 S
   1.8 S

   1.9
   a) Pasangan Gilbreth–Pasangan ini memberi penekanan terhadap
   cara melaksanakan kerja dengan teknik yang terbaik dan masa yang
   paling menjimatkan. Huraikan prinsip ini dengan lebih lanjut. Rujuk
   kepada 1.1.2 m/s 3-4.

   b)         F.W.Taylor- mengenalpasti 4 prinsip dalam meningkatkan
produktiviti:-

      1.   pembahagian kerja
      2.   pengkhususan kerja
      3.   pengambilan pekerja
      4.   sistem pembayaran upah

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanCkg Nizam
 
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat AwamNilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat AwamSyed Faris Shah
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)Amra Nusroh
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan haniffpotter
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanAtiqah Wan
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhAmiey Rosmainie
 
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat PenggunaSTPM
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanikha2203
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 

Was ist angesagt? (20)

PENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINANPENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINAN
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat AwamNilai Dan Etika Penjawat Awam
Nilai Dan Etika Penjawat Awam
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-KepimpinanSEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
SEM 2 (STPM) Pengajian perniagaan: Bab 1-Kepimpinan
 
Kuasa
KuasaKuasa
Kuasa
 
Pengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruhPengurusan kualiti menyeluruh
Pengurusan kualiti menyeluruh
 
Etika perniagaan
Etika perniagaanEtika perniagaan
Etika perniagaan
 
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
Pengajian Perniagaan P1: Faktor Yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 
makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 

Andere mochten auch

Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"
Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"
Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"Amallya Luckyta
 
Halangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di OrganisasiHalangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di Organisasiguestdc559
 
Komunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanKomunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanrabiatulnazari
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiMohd Shukri Suib
 
Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)raaz5001
 
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANPENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANCkg Nizam
 

Andere mochten auch (6)

Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"
Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"
Komunikasi organisasi "Komunikasi dan Struktur Organisasi"
 
Halangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di OrganisasiHalangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di Organisasi
 
Komunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanKomunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusan
 
Pengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & OrganisasiPengurusan Perubahan & Organisasi
Pengurusan Perubahan & Organisasi
 
Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)
 
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSANPENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
 

Ähnlich wie Unit1 : sejarah pengurusan

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN .pdf
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN                .pdfBAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN                .pdf
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN .pdfAniqIkhwn113
 
4 discipline of execution SS.pptx
4 discipline of execution SS.pptx4 discipline of execution SS.pptx
4 discipline of execution SS.pptxALSAFII
 
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanBab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanCkg Nizam
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2farrahien
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013wmkfirdaus
 
Back up tyler (1) (1)
Back up tyler (1) (1)Back up tyler (1) (1)
Back up tyler (1) (1)Cikgu Yayan
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 

Ähnlich wie Unit1 : sejarah pengurusan (20)

Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Zura
ZuraZura
Zura
 
pp sem 2 notes.docx
pp sem 2 notes.docxpp sem 2 notes.docx
pp sem 2 notes.docx
 
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN .pdf
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN                .pdfBAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN                .pdf
BAB 2 PENGENALAN PENGURUSAN .pdf
 
4 discipline of execution SS.pptx
4 discipline of execution SS.pptx4 discipline of execution SS.pptx
4 discipline of execution SS.pptx
 
Pengurusan awam ani
Pengurusan awam aniPengurusan awam ani
Pengurusan awam ani
 
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanBab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
Teori_Institusi.pptx.pdf
Teori_Institusi.pptx.pdfTeori_Institusi.pptx.pdf
Teori_Institusi.pptx.pdf
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Back up tyler (1) (1)
Back up tyler (1) (1)Back up tyler (1) (1)
Back up tyler (1) (1)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 

Mehr von EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 

Unit1 : sejarah pengurusan

  • 1. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 SEJARAH PENGURUSAN Objektif Am: Pelajar dapat memahami dan mengaitkan teori-teori yang dipelajari dengan corak pengurusan masa kini. Objektif Khusus:Di akhir unit ini, anda dapat: • Menjelaskan konsep pendekatan klasikal. • Menerangkan prinsip-prinsip dalam teori pengurusan saintifik. • Mengenalpasti 14 prinsip pengurusan dalam teori pentadbiran pengurusan Fayol. • Menghuraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam teori tingkahlaku. • Menjelaskan sumbangan-sumbangan pemikir sains pengurusan, pengurusan kontigensi dan sistem.
  • 2. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 SEJARAH PENGURUSAN 1.0 Pengenalan Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang diketengahkan oleh mereka dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing. Bagaimanapun tidak semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk diamalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana teori yang difikirkan dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan organisasi. Juga tidak ada satu teori yang paling baik untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi. Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka, bergantung kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut bagi mendapat satu kaedah yang paling berkesan. Unit ini akan membincangkan setiap perkembangan teori-teori pengurusan dengan ringkas dan mudah di fahami oleh anda. 1.1 Pendekatan Klasikal Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik bagi meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan produktiviti organisasi. Kita akan membincankan beberapa penyumbang utama kepada pendekatan ini seperti Frederick W. Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry L. Gantt. 1.1.1 Frederick W. Taylor (1856-1915) Teori ini dipelopori oleh Frederick W. Taylor (1856-1915) yang terkenal dengan teknik pengurusan saintifik. Beliau juga digelar “ Bapa Pengurusan Saintifik”. Teori ini mengkaji perhubungan di antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang kemudiannya menjadi
  • 3. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk melaksanakan teknik pengurusan saintifik. Taylor percaya bahawa jika masa dan usaha yang dilakukan oleh pekerja dalam pengeluaran seunit barangan dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengkhususan dan pembahagian kerja maka proses pengeluaran akan menjadi bertambah cekap. Beliau juga percaya pekerja yang cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan pemerhatian yang dilakukan, beliau telah mengenalpasti empat prinsip dalam meningkatkan kecekapan di tempat kerja: • Prinsip 1- Mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari jalan cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut. Untuk mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugas, Taylor mengkaji beberapa cara bagaimana pekerja melaksanakan tugas. Salah satu kaedah yang digunakan ialah kajian “time and motion study” di mana masa melaksanakan kerja akan direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga akan diperhatikan. Dengan cara itu beliau dapat mencari cara yang terbaik dengan masa yang paling singkat. • Prinsip 2- Pengkhususan kerja Setelah mendapat cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas, Taylor menekankan pula kepada pengkhususan kerja di mana kerja- kerja dibahagikan dan setiap pekerja akan melaksanakan kerja yang lebih sedikit dan lebih rutin. Kaedah ini banyak digunakan dalam industri pembuatan dan pengeluaran. • Prinsip 3 - Pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan tugas. Bagi meningkatkan pengkhususan kerja, Taylor percaya pekerja mestilah memahami tugas yang akan mereka lakukan dan perlu dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut. Pekerja-pekerja yang tidak berkemampuan akan ditukarkan kepada kerja-kerja yang mampu dilaksanakan oleh mereka. • Prinsip 4 - Sistem pembayaran gaji yang adil Untuk menggalakkan pekerja bekerja pada prestasi yang paling tinggi, Taylor mencadangkan supaya pekerja diberi insentif yang lebih
  • 4. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 baik. Mereka sepatutnya diberi bonus dan sedikit imbuhan jika dapat menunjukkan prestasi yang baik. 1.1.2 Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924) Pengikut kepada idea pengurusan saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor merupakan pasangan suami isteri Frank dan Lilian. Mereka turut memberi sumbangan terhadap pergerakan kerja dalam kajian “time and motion study". Kajian pergerakan menekankan kepada aspek pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan yang paling asas. Tujuan mereka adalah untuk: • menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja dalam melaksanakan satu-satu tugasan dan masa yang di ambil. • mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan supaya tugas dapat dibuat dengan lebih cekap dengan masa dan tenaga yang lebih kurang. Di samping kajian kepada pergerakan kerja, pasangan Gilbreth juga mengkaji mengenai keletihan di tempat kerja. Mereka mendapati ciri-ciri fizikal di tempat kerja boleh menyumbang kepada tekanan kerja dan seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi prestasi. Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini telah memberi kesan yang besar kepada bidang pengurusan terutama dalam industri pengilangan. Sebagai contoh kilang pemasangan kereta dimana pekerja dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap, peralatan, badan, kusyen dan sebagainya. Setiap pekerja akan mengkhusus kepada kerja masing-masing dan mereka akan mahir dalam bidang tersebut dan masa juga akan dijimatkan.
  • 5. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 1.2 Pendekatan Pentadbiran dan Pengurusan Di samping kajian mengenai pengurusan saintifik, terdapat juga pengkaji yang mengkaji mengenai pengurusan pentadbiran, kajian bagaimana untuk membentuk satu struktur organisasi yang boleh membawa kepada kecekapan dan keberkesanan yang tinggi. Struktur organisasi merupakan satu sistem perkaitan tugas dan autoriti yang mengawal bagaimana pekerja menggunakan sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Dua orang pengkaji yang paling berpengaruh dalam membentuk sistem ini ialah Max Weber dan Henry Fayol. 1.2.1 Max Weber Max Weber (1864-1920) merupakan pengasas kepada teori birokrasi. Birokrasi merujuk kepada satu sistem yang formal dalam organisasi dan pentadbiran yang dibentuk untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan. Sistem pentadbiran birokrasi diasaskan kepada lima prinsip: • Prinsip 1 - autoriti pengurus didapati daripada kedudukan pengurus dalam organisasi tersebut. Autoriti merupakan kuasa yang menyebabkan seseorang bertanggungjawab atas setiap tindakan dan dapat membuat keputusan berkaitan dengan penggunaan sumber-sumber organisasi. Autoriti memberikan hak kepada pengurus untuk memberi arahan dan mengawal pekerja . Dalam sistem birokrasi, pematuhan kepada arahan adalah bukan disebabkan oleh personaliti, kekayaan atau status sosial pengurus tersebut tetapi disebabkan kedudukan pengurus yang dikaitkan dengan autoriti dan tanggungjawab. • Prinsip 2 – Individu memegang jawatan bukan disebabkan oleh kedudukan sosial tetapi disebabkan oleh prestasi. Pekerja hendaklah dipilih disebabkan oleh kemahiran dan kelayakan yang mereka ada bukannya disebabkan oleh kenalan atau hubungan peribadi.
  • 6. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 • Prinsip 3 – Kedudukan, jawatan, autoriti, tugas dan tanggungjawab dan perkaitan setiap perkara tersebut mestilah dijelaskan dengan terperinci. Apabila setiap tugas dan autoriti setiap jawatan diterangkan dengan jelas maka pengurus dan pekerja dapat menjangkakan apa yang diharapkan daripada mereka. Pekerja juga bertanggungan atas setiap tindakan yang dilakukan jika mereka tahu dengan jelas apa tanggungjawab mereka. • Prinsip 4 – Perlu ada hirarki kedudukan supaya setiap pekerja mengetahui siapa dan kepada siapa mereka patut melaporkan. Pengurus patut membentuk satu hirarki kedudukan kuasa untuk menjelaskan kepada pekerja, siapa akan melaporkan kepada siapa dan kepada siapakah pekerja dan pengurus patut melapor jika berlaku konflik. Prinsip ini penting terutama dalam bidang ketenteraan, keselamatan dan kerahsiaan yang melibatkan isu-isu sensitif dan langkah berjaga-jaga. Adalah penting bagi pengurus pada peringkat yang tertinggi untuk memaklumkan kepada pekerja mengenai tanggungjawab mereka untuk bertanggungan atas tindakan yang dilakukan oleh mereka. • Prinsip 5 - Pengurus perlu membentuk peraturan, norma dan “standard operating procedures”(SOP) untuk mengawal tingkahlaku pekerja. Peraturan, norma dan SOP yang dibentuk oleh pengurus dapat menjadi panduan kepada pekerja bagi meningkatkan prestasi kerja kerana ia memberi panduan secara jelas kepada pekerja cara terbaik dalam melaksanakan tugas. 1.2.2 Henri Fayol Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar "Bapa Pemikiran Pengurusan" disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini.
  • 7. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan lima fungsi pengurusan iaitu: • Perancangan • Pengorganisasian • Pengarahan • Penyelarasan • Pengawalan Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi. • Autoriti. • Disiplin. • Satu arahan. • Satu perintah. • Pembahagian kerja. • Imbuhan. • Pemusatan. • Rantaian skala. • Tertib. • Ekuiti. • Kestabilan personel. • Inisiatif. • Mementingkan kepentingan organisasi. • “espirit de corps” (kerjasama ). 1.3 Pendekatan Tingkahlaku dan Hubungan Manusia. Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi. Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam pengurusan. Objektif utama pendekatan ini ialah untuk memperkukuhkan
  • 8. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan manusia. Pengikut pendekatan ini, berpendapat bagi membentuk hubungan manusia yang baik, pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu tingkahlaku yang tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi mereka bertingkahlaku. 1.3.1 Mary Parker Follet Mary banyak membincangkan bagaimana pengurus seharusnya melayan pekerja. Penekanan ini dibuat kerana Taylor mengabaikan perkara ini dalam teorinya. Mary mencadangkan konsep "authority should go with knowledge……whether it is up the line or down". Bermaksud jika pekerja mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai apa yang perlu dilakukan maka, pekerja boleh mengawal kerja-kerja tersebut tanpa bantuan daripada pengurus. Pengurus seharusnya bertindak hanya sebagai pembimbing sahaja bukan sebagai penyelia. Konsep ini dikenali juga sebagai "empowerment". Beliau juga mencadangkan supaya setiap pengurus jabatan berhubung secara terus di antara mereka untuk mempercepatkan proses membuat keputusan. 1.3.2 Hugo Munsterberg Beliau telah menekankan penggunaan psikologi kepada industri dan pengurusan. Beliau turut mengaitkan konsep pengurusan saintifik dengan tingkahlaku manusia dan juga kepentingan bersama di antara pengurus dan pekerja. 1.3.3 Elton Mayo Konsep yang diperkenalkan oleh Mary tidak begitu mendapat sambutan daripada penyelidik dan pengurus kerana pengurus lebih berminat dengan idea Taylor dan Gilbreth. Untuk meningkatkan kecekapan, mereka telah melaksanakan beberapa kajian dan salah satu kajian yang paling penting ialah Kajian Hawthorne. Kajian ini telah dilaksanakan di Hawthorne Works of the Westhern Electric Company. Kajian ini dikendalikan oleh Elton Mayo, F.J Roethlisberger dan rakan-rakan daripada Universiti Harvard. Kajian ini dibuat untuk menyelidik bagaimana cahaya dan situasi kerja mempengaruhi prestasi kerja. Kajian ini dilaksanakan dalam dua fasa: • Fasa 1
  • 9. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Kajian ini bertujuan untuk meneliti antara keadaan fizikal dengan daya pengeluaran. Penumpuan dibuat untuk menentukan hubungan antara cahaya lampu dengan kecekapan dua kumpulan kerja yang diukur melalui output yang dikeluarkan. Intensiti cahaya lampu dibeza-bezakan manakala satu kumpulan lagi bekerja di bawah cahaya lampu yang sama. Hasil kajian mendapati apabila intensiti cahaya lampu meningkat, produktiviti kumpulan kerja juga meningkat dan apabila intensiti cahaya lampu dikurangkan, produktiviti juga turut meningkat. Keadaan ini mengambarkan bahawa pekerja lebih bertindakbalas terhadap kewujudan cahaya lampu berbanding dengan peningkatan atau penurunan cahaya lampu. Fenomena ini dikenali sebagai kesan Hawthorne. Keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang konsisten di antara produktiviti dengan keadaan fizikal. • Fasa 2 Kumpulan dari Harvard ini menjalankan kajian bertujuan untuk meneliti dan menganalisis hubungan sosial dalam kumpulan kerja. Kajian ini melibatkan enam orang wanita yang dipilih untuk bekerja di bahagian pemasangan telefon di sebuah bilik. Kumpulan kerja ini diperhatikan bagi suatu tempoh jangkamasa yang lama. Di samping itu terdapat dua belas perubahan dalam persekitaran kerja yang telah dilakukan. Antaranya termasuklah perubahan tempoh masa rehat, cara pembayaran upah, ganjaran dan sebagainya. Kajian ini dibuat berdasarkan kepada andaian sistem insentif ke atas kumpulan. Sistem ini menyatakan bahawa lebih gigih kumpulan bekerja, lebih output yang akan dihasilkan. Ini akan memberi upah dan ganjaran yang lebih kepada pekerja. Penyelidik percaya bahawa hasil kajian menunjukkan ahli kumpulan kerja akan memberi tekanan sesama mereka untuk bekerja dengan gigih dan mendapat upah yang lebih. Dalam kajian ini, didapati output yang diperolehi adalah sentiasa lebih tinggi daripada sebelumnya dalam setiap kajian. Kesimpulan daripada kajian tersebut memperlihatkan kepada kita bahawa perubahan dan peningkatan dalam produktiviti tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan yang diwujudkan dalam persekitaran kerja tetapi dipengaruhi oleh hubungan dan sikap individu dalam kumpulan tersebut. Ahli kumpulan didapati lebih berminat untuk mengekalkan perpaduan kumpulan kerja daripada memperolehi lebih banyak ganjaran kewangan. Ini memperlihatkan bahawa keakraban dan persahabatan di kalangan ahli kumpulan merupakan faktor yang signifikan terhadap peningkatan dalam produktiviti.
  • 10. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Kajian Hawthorne menunjukkan kepada kita bahawa secara keseluruhannya peningkatan dalam daya pengeluaran adalah disebabkan oleh faktor sosial seperti semangat bekerja, perasaan kepunyaan, gaya pengurusan pengurus dan saling berhubung antara anggota kumpulan kerja melalui pengurusan yang berkesan. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati bahawa pekerja lebih dimotivasikan oleh hubungan antara individu berbanding dengan faktor ekonomi.
  • 11. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 AKTIVITI 1B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul. 1.1 Henri Fayol dikenali sebagai “Bapa Pengurusan Saintifik”. (B/S) 1.2 Mary P. Follet percaya pekerja mestilah diawasi untuk memastikan mereka melaksanakan kerja yang diserahkan. (B/S) 1.3 Hasil kajian Hawthorne mendapati pekerja dimotivasikan oleh hubungan antara individu berbanding dengan factor persekitaran. (B/S) 1.10 Kajian Hawthorne dilaksanakan di Hawthorne Electric Co. (B/S) 1.11 Pekerja harus mendahulukan kepentingan mereka dalam melaksanakan tugas. (B/S) 1.12 Kerja-kerja yang mempunyai objektif yang sama hendaklah dimasukkan di dalam satu arahan. Prinsip ini merujuk kepada satu perintah. (B/S) 1.13 Hugo Munsterberg terkenal dengan penumpuan terhadap keperluan fisiologi kepada pekerja. (B/S) Soalan esei 1.14 Kenapakah hirarki kedudukan perlu diperjelaskan kepada pekerja mengikut teori Birokrasi? 1.15 Senaraikan 6 prinsip pengurusan yang diperkenalkan oleh Henry Fayol yang dapat dilaksanakan dalam firma perakaunan.
  • 12. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 1.16 Bincangkan eksperimen yang dilaksanakan dalam kajian Hawthorne. MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 1B 1.7 S 1.8 S 1.9 B 1.10 S 1.11 S 1.12 S 1.13 S 1.14 Kepentingan hirarki kedudukan a) Laporan b)Kerahsiaan maklumat c)Keselamatan d)Tanggungjawab setiap individu 1.15 Mana-mana 6 prinsip daripada 14 prinsip yang diperkenalkan yang boleh dikaitkan dengan perakaunan. Rujuk m/s 7. 1.16 Jawapan boleh dirujuk pada mukasurat 9&10.
  • 13. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1
  • 14. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 1.4 Pendekatan Sains Pengurusan Pendekatan sains pengurusan merupakan pendekatan yang memberi penekanan terhadap penggunaan kaedah saintifik dan teknik kuantitatif bagi meningkatkan kejayaan organisasi. Teori ini memberi fokus kepada penggunaan kaedah kuantitatif bagi membantu pengurus menggunakan sumber-sumber organisasi dengan secara maksimum dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Terdapat beberapa cabang pengurusan sains : • Pengurusan kuantitatif. Kaedah ini menggunakan teknik matematik seperti program linear, simulasi untuk membantu pengurus seperti mengira inventori ataupun cara terbaik untuk membuat pelaburan. • Pengurusan operasi. Ianya bermaksud membekalkan pengurus dengan satu set teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menganalisa pengeluaran organisasi supaya lebih cekap dan berkesan. • “Total Quality Managemant” pula memfokuskan kepada menganalisa input, output dan proses dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. • “Management information system” pula membantu pengurus mereka sistem maklumat yang membekalkan maklumat- maklumat penting mengenai kejadian-kejadian yang berlaku di dalam dan di luar organisasi bagi membuat keputusan. 1.5 Pendekatan Organisasi-Persekitaran Selain daripada mengenalpasti faktor dalaman yang mempengaruhi pekerja, pengurus juga cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran luar daripada organisasi boleh mempengaruhi tingkahlaku pekerja.
  • 15. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Kepentingan kajian ini berkembang selepas terbentuknya teori kontigensi dan sistem . 1.5.1 Pendekatan Kontigensi Salah satu kejayaan besar terhadap perkembangan teori pengurusan ialah dengan lahirnya teori kontigensi oleh Tom Burns dan G.M Stalker di Britain dan Paul Lawrence dan Jay Loreh di Amerika Syarikat. Mesej penting dalam teori kontigensi ialah tidak ada satu cara yang terbaik dalam pengurusan (there is no best way). Pendekatan kontigensi menyatakan tidak ada satu cara terbaik dalam melaksanakan satu- satu kerja atau dalam membuat satu-satu keputusan kerana setiap situasi yang dihadapi adalah berbeza. Sebagai contoh, seorang pengurus akan menggunakan gaya kepimpinan yang berbeza bagi kumpulan yang mempunyai pengalaman dan kumpulan yang tidak mempunyai pengalaman. Maka, pengurus perlu mengenalpasti ciri- ciri sesuatu situasi, sebelum memilih konsep, prinsip dan teknik pengurusan yang akan dilaksanakan. Kelebihan teori ini ialah ia dapat menyesuaikan dengan perubahan-perubahan persekitaran dan ianya lebih fleksibel. Pengurus juga tidak perlu tercari-cari kaedah tertentu dalam membuat keputusan. 1.5.2 Pendekatan Sistem Teori sistem melihat organisasi sebagai satu sistem penuh yang bekerjasama untuk mencapai objektif yang menyeluruh . Sistem ini mempunyai sistem-sistem kecil yang ada pertalian di antara satu sama lain. Setiap tindakan yang dilakukan oleh satu bahagian akan memberi kesan kepada bahagian yang lain dalam organisasi. Semua jabatan dalam organisasi mempunyai pertalian dan perkaitan dan tidak hidup secara terpisah. Oleh itu untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, pengurus mestilah mengambilkira kepentingan setiap jabatan dalam organisasi. • Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia bergerak sendiri. • Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada
  • 16. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku di dalam persekitaran. Rajah 1 di bawah menggambarkan evolusi perkembangan teori pengurusan mengikut tahun. PERSEKITARAN SAINS PENGURUSAN TINGKAHLAKU PENGURUSAN/PENTADBIRAN SAINTIFIK 1890 1900 1910 1920 1030 1940 1050 1960 1970 1980 1990 2000 Sumber: Contemporary Management, Jones, George, Hill, McGraw Hill, USA, 1999.
  • 17. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Rajah 1 TAJUK : EVOLUSI PERKEMBANGAN TEORI PENGURUSAN
  • 18. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 AKTIVITI 1C Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Isikan tempat kosong soalan-soalan di bawah:- 1.17 kaedah simulasi akan membantu pengurus melakukan tugas dengan baik dalam perniagaannya merupakan ________________________. 1.18 Pendekatan yang memberikan penekanan terhadap penggunaan kaedah ___________ dan __________________ merupakan teori pendekatan sains pengurusan. 1.19 Pengurus yang cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran luar daripada organisasi mempengaruhi tingkahlaku pekerja dikenali dengan pendekatan ________________. 1.20 __________________ adalah satu sistem yang tidak menukarkan maklumat, material dan tenaga dengan persekitaran dan tidak dipengaruhi oleh perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran. Soalan esei. 1.21 Apakah perbezaaan yang wujud di antara sistem tertutup dan sistem terbuka.
  • 19. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 1C 1.17 Pengurusan kuantitatif 1.18 Saintifik dan Teknik Kuantitatif 1.19 Organisasi Persekitaran. 1.20 Sistem Tertutup. Soalan esei. Sistem tertutup Sistem terbuka • Sistem tertutup-Sistem ini tidak menukar maklumat , material dan tenaga dengan persekitaran. Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan-perubahan faktor persekitaran luaran dan ia bergerak sendiri. • Sistem terbuka-sistem yang menukar maklumat, bahan-bahan dan tenaga dengan persekitaran dan mengubahnya kepada barangan dan perkhidmatan dan disalurkan balik kepada persekitaran. Sistem ini mempunyai bentuk dan struktur yang dapat diubahsuai atau ditukar untuk menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku di dalam persekitaran.
  • 20. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Soalan Objektif 1. Peraturan, panduan dan prosedur dalam organisasi ialah satu prinsip dalam teori_______________ A. disentralisasi B. pembahagian kerja C. birokrasi D. satu arahan E. pemusatan 2. Rekabentuk kerja dan pengenalan masa rehat untuk mengurangkan keletihan ditekankan dalam teori A. pengurusan saintifik B. sistem C. kontigensi D. tingkahlaku
  • 21. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 E. Hawthorne 3. Pengurusan kuantitatif amat berguna kepada pengurus dalam melaksanakan fungsi A. perancangan B. kepimpinan C. penyusunan D. perundingan E. motivasi Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai Pendekatan paling awal teori pengurusan yang diperkenalkan ialah _____________1_________ dan ia dikaji oleh______2__________. Teori Pengurusan Saintifik menekankan kepada kepentingan __________3______. _______4________pula memperkenalkan 14 prinsip pengurusan bagi membantu pengurus menguruskan organisasi. Pendekatan yang fokus kepada kepentingan pekerja ialah teori_________5______. Salah satu kajian awal dalam pendekatan tingkahlaku ialah kajian_________6_______. Kajian ini mengenalpasti kepentingan_____7__________.dalam organisasi. Pendekatan yang memberi pendedahan mengenai penggunaan alat-alat saintifik ialah_______8_______. Dengan adanya teori ini dapat membantu pengurus dari aspek________9_________dan______10__________. Pendekatan pengurusan yang memerlukan pengurus fleksibel dalam gaya pengurusannya ialah_______11___________. Soalan Esei 1. Bincangkan konsep "mencari cara terbaik dan masa yang singkat" yang dikaji oleh Taylor dan pasangan Gilbreth. 2. Jelaskan konsep kontigensi dalam pengurusan bagi menghadapi perubahan dalam era globalisasi berserta dengan contoh. 3. Jelaskan hasil kajian Hawthorne terhadap tingkah laku dan hubungan pekerja dalam organisasi.
  • 22. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 4. Bezakan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.
  • 23. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Soalan Objektif 1. C 2. A 3. A Isi tempat kosong 1. Pendekatan saintifik 2. F.W. Taylor 3. Produktiviti 4. Henry Fayol 5. Hubungan manusia 6. Kajian Hawthorne 7. Pekerja 8. Pengurusan sains pengurusan 9. Membuat keputusan 10. Menyelesaikan masalah 11. Kontigensi Soalan Esei Soalan 1 Mencari cara terbaik-mengikut Gilbreth: • Menganalisa setiap pergerakan pekerja dalam melaksanakan tugas • Membuang mana-mana pergerakan yang tidak diperlukan untuk menjimatkan masa
  • 24. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 Mengikut Taylor  Prinsip penentuan pergerakan  Cara pekerja bekerja  Merekodkan masa bekerja  Cara pergerakan yang terbaik Soalan 2 Pendekatan ini menyatakan tidak ada satu cara yang terbaik dalam menguruskan organisasi. Ini adalah kerana tidak ada satu situasi yang tetap sepanjang masa maka pengurus perlu sentiasa menyesuaikan corak pengurusan dengan perubahan yang berlaku dipersekitaran seperti perubahan ekonomi , undang-undang dan sebagainya. Soalan 3 Hasil kajian Hawthorne menunjukkan: • Kepentingan semangat bekerja • Perasaan kepunyaan dikalangan pekerja • Gaya/corak pengurusan pengurus • Perhubungan yang wujud di antara pekerja Soalan 4 Perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup Sistem tertutup Sistem terbuka 1. Sistem yang tidak menukar 1. Sistem yang menukar maklumat, maklumat, material dan tenaga bahan dan tenaga dengan dengan persekitaran. persekitaran. 2. Ia tidak dipengaruhi oleh faktor 2. Sistem ini mempunyai bentuk dan persekitaran dan ia berdiri sendiri struktur yang dapat diubahsuai untuk menyesuaikan dengan perubahan persekitaran
  • 25. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 AKTIVITI 1A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul 1.1 Sejarah pengurusan tidak mempunyai perkaitan dengan amalan pengurusan pada masa kini. (B/S) 1.2 Teori pengurusan pertama yang diperkenalkan ialah Teori Pengurusan Saintifik. (B/S) 1.3 Sumbangan besar pasangan Gilbreth ialah ialah kajian “time and motion study” (B/S) 1.4 Taylor mencadangkan supaya pekerja dibayar gaji yang amat tinggi bagi meningkatkan motivasi. (B/S) 1.5 Hasil kajian Taylor dan Gilbreth banyak diamalkan dalam pengurusan industri pelancungan. (B/S) Soalan esei 1.6 Secara ringkas terangkan sumbangan tokoh-tokoh berikut terhadap dunia pengurusan. a) Pasangan Gilbreth b) F. W. Taylor
  • 26. SEJARAH PENGURUSAN Lecture 1 MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 1A 1.4 S 1.5 B 1.6 B 1.7 S 1.8 S 1.9 a) Pasangan Gilbreth–Pasangan ini memberi penekanan terhadap cara melaksanakan kerja dengan teknik yang terbaik dan masa yang paling menjimatkan. Huraikan prinsip ini dengan lebih lanjut. Rujuk kepada 1.1.2 m/s 3-4. b) F.W.Taylor- mengenalpasti 4 prinsip dalam meningkatkan produktiviti:- 1. pembahagian kerja 2. pengkhususan kerja 3. pengambilan pekerja 4. sistem pembayaran upah