SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DAN KESANNYA
            TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                                    Yahya Othman

Tafsiran Wikipedia terhadap profesional ialah pekerja yang perlu memiliki pengetahuan

yang luas dari pengajian akademik yang ekstensif (selalunya pengajian tinggi) dengan

latihan yang formal. Ini bermaksud profesion ialah pekerjaan yang memerlukan

pengetahuan yang tinggi dan kepakaran tertentu. Menurut Sufean Hussin (1996) dan

Mohd. Salleh Lebar (2000), profesion juga dinyatakan dalam bentuk satu set ciri yang

meliputi pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Nilai ini perlu

wujud untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab.

Suatu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh

dedikasi dan mementingkan diri sendiri atau suka memilih pekerjaan.



       Manakala profesional pula ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu,

sentiasa   mengembangkan      pengetahuan     dan   kemahirannya      serta   memberikan

perkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, terdapat beberapa pengertian lain

yang membawa maksud profesional. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Sufean

Hussein (1996) iaitu suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang.

Ahli profesional    mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang

tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab

menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dan dedikasi ke arah menyediakan

perkhidmatan. Profesional juga mempunyai peluang membuat keputusan tentang

pekerjaan. Mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.
Berdasarkan huraian di atas, persoalan yang sering dikemukakan ialah; Adakah

guru Bahasa Melayu (BM) tergolong dalam kalangan profesional? Sejauh manakah

mereka mampu menunjukkan ciri tersebut dalam pengajaran di dalam bilik darjah?

Adakah halangan yang dihadapi untuk menampilkan diri sebagai pendidik bahasa yang

profesional? Persoalan tersebut diajukan kerana ciri profesionalisme guru BM dapat

mencerminkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar.

Guru BM yang profesional juga dapat meletakkan BM sebagai mata pelajaran yang

penting dalam sistem pendidikan negara.


       Ciri-ciri umum berkaitan kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semua

ahli menjalani latihan secara rasmi dan berkaitan dengan bidang yang akan diajar.

Dalam konteks penyediaan guru BM, mereka perlu memiliki kelulusan ikhtisas yang

diiktiraf bagi melayakkan mereka mengajar subjek tersebut. Bagi guru BM, mereka

pada kebiasaannya menerima latihan perguruan sama ada di Institut Pendidikan Guru

ataupun di Fakulti Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti di Universiti

Putra Malaysia dan juga di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berdasarkan latihan yang

diterima, mereka dianggap berkelayakan untuk mengajar subjek BM di sekolah. Latihan

yang diberikan meliputi aspek teori dan amali seperti pengajaran mikro dan latihan

mengajar.



       Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara perlu diberikan perhatian

terhadap aspek latihan perguruan seperti kesesuaian calon, kandungan kursus, kualiti
latihan, kesediaan bakal guru serta latihan dalam perkhidmatan. Untuk memastikan

profesionalisme guru BM dapat dipertanggungjawabkan, perlu difikirkan kembali aspek

tersebut agar sesuai dengan objektif untuk melahirkan guru BM yang profesional.

Kandungan kursus yang ditawarkan perlu mengambil kira pertimbangan keutamaan

antara teori dan amali. Contohnya, guru BM perlu menguasai ilmu falsafah pendidikan,

psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pengujian dan penilaian BM, kaedah

mengajar BM, penyelidikan pendidikan BM, reka bentuk kurikulum BM dan kursus teras

pendidikan yang lain. Di samping itu, pelajar juga perlu didedahkan dengan kursus

berkaitan kemahiran teknikal bahasa seperti pengajaran mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis, pemilihan bahan, pengajaran KOMSAS, pengajaran pemulihan

dan pengayaan, aplikasi komputer dalam pengajaran BM, dan kursus elektif yang lain.

Guru BM juga perlu berilmu dalam bidang kesusasteraan kerana ini dapat memantapkan

lagi aspek keindahan dan kesantunan Penguasaan bahasa yang baik perlu mengambil

kira keindahan yang terkandung dalam bahasa Melayu. Untuk tujuan penguasaan ilmu

bahasa dan linguistik, pelajar perlu didedahkan dengan kursus tatabahasa, sosiolinguistik,

psikolinguistik, linguistik am, sejarah BM, serta kursus berkaitan ilmu bahasa yang lain.

Gabungan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut sepatutnya mampu melahirkan guru

BM yang profesional sama ada dari segi teori mahukan amali. Guru BM yang profesional

perlu mahir menggabungkan aspek teori sama ada yang melibatkan bidang pendidikan

dan bahasa serta mahir pula untuk melaksanakannya dalam bentuk pengajaran di dalam

bilik darjah. Oleh itu, sifat profesional ini menekankan perlunya guru BM berilmu dalam

bidangnya dan penguasaan ilmu tersebut pula tidak terhenti semasa latihan pra

perkhidmatan tetapi meliputi latihan dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan
ini memberi peluang kepada guru BM menimba ilmu dan kemahiran yang baru serta

memantapkan ilmu dan kemahiran yang lalu.



Dedikasi ketika menjalankan tugas pula merupakan ciri penting guru BM yang

profesional.   Dedikasi dalam Kamus Dewan bermaksud pengabdian diri, masa, dan

lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (contohnya kerjaya). Tidak dapat

disangkal lagi bahawa kecemerlangan seseorang semasa bertugas ditandai dengan

kesungguhan untuk melakukan sesuatu kerja yang ditugaskan kepadanya. Dalam konteks

pengajaran BM, guru BM perlu bersungguh-sungguh semasa mendidik dan menunjukkan

personaliti guru yang boleh diteladani. Ini termasuklah dengan mementingkan aspek

ketepatan masa, pengajaran berkualiti, kemahiran interpersonal dalam berkomunikasi

yang baik, boleh diharapkan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan,

bersikap proaktif dan sensitif terutama yang berkaitan dengan isu kebahasaan, menjadi

rujukan dalam masalah dan kekeliruan penggunaan bahasa, dan ciri terpuji yang

lain. Semua aspek tersebut dianggap unsur yang akan menunjukkan wujudnya sifat

kesungguhan dalam membentuk guru BM yang profesional.



       Walau bagaimanapun, dedikasi guru BM dalam menjalankan tugasnya sering

kali terganggu oleh faktor sikap, persekitaran, dorongan, dan harga diri guru itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa guru sering merungut disebabkan bebanan tugas yang

diamanahkan kepadanya. Namun, isu bebanan tugas guru sudah dianggap sesuatu yang

bersifat tabii dalam kerjaya pendidikan. Bagi guru BM kekangan yang dihadapi dalam

pengajaran dapat dilihat jika mereka mengajar dua atau tiga kelas BM. Bebanan guru
termasuklah perlu memeriksa buku latihan pelbagai jenis latihan seperti karangan,

tatabahasa, rumusan, KOMSAS dan sebagainya. Ini ditambah dengan mata pelajaran lain

serta tugas-tugas bukan pengajaran yang guru tidak dapat mengelak untuk menolaknya.

Berkurangkah dedikasi guru akibat bebanan tugas tersebut? Sejauh manakah isu

tersebut mengganggu dedikasi guru? Sebagai jalan keluar, guru boleh melihat beban

tugas yang dalam kerangka psikologi yang tidak ada penghujungnya. Pemikiran dan

pegangan dari segi sikap guru boleh membantu mengurangkan masalah tersebut. Yang

lebih penting ialah sejauh manakah bebanan tersebut dilihat dari perspektif yang lebih

komprehensif dan positif sifatnya. Adakah dengan terbebannya guru BM maka usaha

untuk meningkatkan kecemerlangan BM terganggu dan tidak dapat dilakukan? Di

samping itu, faktor lain seperti persekitaran kerja yang kondusif semasa bertugas juga

perlu diambil kira dalam melahirkan guru BM yang profesional. Ini melibatkan sejauh

mana pentadbir sekolah memberikan sokongan dan bimbingan kepada guru BM dalam

meningkatkan mutu profesionalisme mereka. Ini termasuklah dorongan yang diberikan

agar guru BM menjalankan aktiviti kebahasaan di sekolah serta memberikan insentif

yang sesuai dengan usaha guru tersebut.


       Guru yang profesional memiliki autonomi semasa menjalankan tugas. Pengajaran

BM memerlukan guru yang mampu menyediakan persediaan mengajar yang memberi

peluang kepada guru menyediakan strategi pengajaran, penyediaan bahan, dan

penilaian yang ditentukan oleh guru itu sendiri. Ini menuntut kepakaran guru tersebut

menyesuaikan strategi pengajaran yang akan digunakan dengan kumpulan pelajar yang

diajar. Di samping itu, guru juga perlu mengambil kira penilaian yang digunakan dalam
pengajaran yang dirancang. Untuk melaksanakan penilaian dalam bilik darjah, guru

boleh menentukan bentuk ujian yang ingin diberikan kepada pelajar berasaskan sukatan

pelajaran. Kesemua elemen yang digunakan dalam pengajaran memerlukan guru yang

memiliki autonomi dalam ruang yang terhad.       Ini terutamanya apabila guru dilihat

masih lagi terikat dengan lingkungan sukatan pelajaran yang disediakan. Di samping

itu, guru juga perlu mengikut panduan huraian sukatan pelajar yang digubal sama ada

pada peringkat sekolah atau daerah. Walau bagaimanapun, seperti yang dihuraikan di

atas, guru BM masih lagi berpeluang menggunakan autonominya secara terhad semasa

mengajarkan BM.


       Ciri profesionalisme guru BM juga ditandai oleh keupayaan intelek dalam

melaksanakan kerjayanya. Keupayaan intelek guru termasuklah         kebolehan mereka

untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang dimiliki dalam

melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru BM mesti memiliki pengetahuan

berkaitan tatabahasa dan boleh dijadikan rujukan jika berlaku kekeliruan tentang

penggunaan bahasa. Adalah penting juga kepada guru BM mampu menghuraikan strategi

pengajaran bahasa dengan mengaitkan dengan teori bahasa dan pembelajaran secara

komprehensif. Keupayaan intelek guru yang tinggi mencerminkan ciri profesional sama

ada dalam bidang pengkhususan dan pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Namun

wujud beberapa situasi yang menunjukkan guru tidak memiliki ciri tersebut seperti masih

lagi tidak mampu menguasai ilmu tatabahasa dengan baik. Di samping itu, isu guru yang

tidak berupaya menggunakan keupayaan inteleknya dalam mewujudkan pengajaran yang

berkesan juga sering diperkatakan. Pelajar tidak berminat belajar BM disebabkan guru
yang lemah dalam penguasaan bahasa dan pedagogi. Masalah ini bertambah rumit jika

guru yang mengajar BM bukan dalam kalangan guru pengkhususan BM. Mereka ini

akan mengajar mengikut kemampuan yang ada dan memberi kesan terhadap penguasaan

bahasa pelajar.


       Ciri profesional yang lain ialah perlunya guru BM menganggotai organisasi

profesional yang mampu mengawal selia aspek kualiti guru serta memantau isu yang

berkaitan dengan perkhidmatan mereka. Dalam konteks Malaysia, belum wujud badan

profesional guru yang benar-benar berfungsi untuk memantau profesion perguruan

sebagaimana yang terdapat di dalam bidang peguam, arkitek, doktor dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, wujud persatuan atau kesatuan guru yang menjaga tanggung

jawab kebajikan guru. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, peranan Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran berfungsi sebagai dengan urusan pelantikan, pengesahan dalam

perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran tetap perkhidmatan, kawalan

tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota

Kumpulan Sokongan.     Ini bermaksud pihak suruhanjaya telah menetapkan standard

dan kriteria dalam pemilihan guru untuk dilantik ke dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, bagi guru BM, terdapat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu yang banyak

menganjurkan seminar berkaitan pengajaran BM. Melalui seminar yang diadakan

dapat membantu meningkatkan lagi mutu profesional guru termasuk pengajaran BM.

Walaupun persatuan tersebut masih lagi baru dari segi operasinya, kewujudannya boleh

dijadikan sumber rujukan dan medan perbincangan dalam konteks meningkatkan mutu

profesion guru BM. Persatuan Linguistik Malaysia juga boleh disertai oleh guru BM
bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam aspek linguistik dan kebahasaan yang

menjadi asas kepada guru BM. Walau bagaimanapun, yang pentingnya ialah guru

BM perlu menganggotai persatuan yang boleh membantu mereka meningkatkan tahap

profesionalisme mereka.


       Satu lagi aspek penting dalam menentukan ciri profesional guru BM ialah

perlunya mereka mematuhi etika profesion. Dalam profesion perguruan, semua guru

tertakluk kepada etika perguruan yang perlu difahami dan dipatuhi agar segala perlakuan

dan tindakan guru semasa bertugas dapat mencerminkan hala tuju sebenar pendidikan.

Guru sebagai penggerak utama dalam pendidikan perlu menjadikan etika perguruan

sebagai landasan yang paling sesuai untuk memastikan pengajaran dalam bilik darjah

atau pun tingkah laku di luar bilik darjah dapat dicontohi oleh pelajar. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, guru BM tidak terkecuali dalam mematuhi etika perguruan

yang telah digariskan. Ini ditambah dengan fungsi guru BM yang sering memfokuskan

pembinaan jati diri serta keterampilan berkomunikasi pelajar berdasarkan bahan

pengajaran yang digunakan.     Pelaksanaan pengajaran akan menjadi lebih berkesan

jika guru mengambil kira pematuhan terhadap kod etika dapat memperkasakan lagi

bidang pendidikan yang diceburinya.     Walaupun sering terbaca berita tentang guru

yang melakukan tindakan yang melampaui batas kod etika profesion perguruan, namun

pihak kementerian telah memberi respons yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

Ini dilakukan dengan tujuan untuk menentukan profesion perguruan berfungsi secara

profesional dan dihormati.
Perbincangan di atas menunjukkan bahawa guru BM kini dilihat memiliki ciri

profesionalisme pada tahap yang paling asas dan berperanan secara komprehensif.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian sewajarnya

seperti aspek pemantapan intelektual terutamanya penguasaan ilmu yang melibatkan

kebahasaan, pedagogi dan isu semasa. Mereka masih perlu diberikan latihan dalam

perkhidmatan dan latihan profesional berkaitan dengan bidang yang difikirkan perlu

dipertingkatkan.   Dalam menghadapi dunia global, mereka juga perlu mendapat

pendedahan yang sewajarnya dalam penguasaan ilmu berkaitan teknologi maklumat

dan komunikasi.     Kemahiran    tersebut dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan pelajar mampu menggunakan teknologi tersebut

secara kreatif. Di samping, itu guru BM juga perlu memperluaskan lagi keupayaan

dalam penguasaan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris bagi menambahkan lagi

ilmu terutamanya dalam bidang pedagogi dan memudahkan guru untuk mendapatkan

maklumat terkini terutamanya di dalam internet yang kebanyakan bahannya ditulis dalam

bahasa Inggeris. Guru BM yang profesional perlu memiliki maklumat terkini bidang

pendidikan agar mereka tidak ketinggalan dan kekurangan ini boleh memberi kesan

terhadap prestasinya.


              Kesimpulannya, ciri profesional guru BM dapat dilihat melalui komitmen

yang ditunjukkan dalam pengajaran dan tugas yang berkaitan dengannya. Ciri tersebut

juga dapat dicapai jika guru telah menanamkan usaha secara ikhlas dalam dirinya untuk

mencapai tahap profesional. Jika mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang tidak

profesional maka dikhuatiri mutu penguasaan BM dalam kalangan pelajar turut terjejas

More Related Content

What's hot

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumali ahmad
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruanCik Sakura
 

What's hot (20)

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 

Viewers also liked

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06Profesor Laut
 
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenBengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenYahya Othman
 
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 sk
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 skDskp bahasa malaysia kssr tahun 5 sk
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 skvleadminaba2059
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianAfif Muhamad
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranCiri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranAdilah Hrn
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 

Viewers also liked (20)

Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Hari 2 bengkel 3 1430 english
Hari 2 bengkel 3 1430 englishHari 2 bengkel 3 1430 english
Hari 2 bengkel 3 1430 english
 
Buku panduan linus kpm
Buku panduan linus kpmBuku panduan linus kpm
Buku panduan linus kpm
 
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
20140321130358 kpf3012   kuliah 0620140321130358 kpf3012   kuliah 06
20140321130358 kpf3012 kuliah 06
 
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBIPertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
 
Buku panduan linus kpm
Buku panduan linus kpmBuku panduan linus kpm
Buku panduan linus kpm
 
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm modenBengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
Bengkel kemahiran menukarkan bm klasik kepada bm moden
 
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 sk
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 skDskp bahasa malaysia kssr tahun 5 sk
Dskp bahasa malaysia kssr tahun 5 sk
 
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harianArtikel guru pukul murid sumber berita harian
Artikel guru pukul murid sumber berita harian
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
Guru cemerlang(personaliti dan sahsiah guru)
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaranCiri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
Ciri ciri guru cemerlang dari aspek personaliti dan pengajaran
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 

Similar to GURU BAHASA PROFESIONAL

Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 
Bmm 3101 e htr 2
Bmm 3101 e htr 2Bmm 3101 e htr 2
Bmm 3101 e htr 2Cik Lieya
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanRiris Purbosari
 
Artikel Keguruan
Artikel KeguruanArtikel Keguruan
Artikel Keguruanarsyad20
 
MAKALAH PROFESI KEGURUAN
MAKALAH PROFESI KEGURUAN MAKALAH PROFESI KEGURUAN
MAKALAH PROFESI KEGURUAN Cescashinta
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Muzakarah profesi
Muzakarah profesiMuzakarah profesi
Muzakarah profesiadesaadah
 
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)Fitrianti Risman
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxCara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxHASNIBINTISAMANMoe
 
Makalah Keterampilan Dasar Mengajar
Makalah Keterampilan Dasar MengajarMakalah Keterampilan Dasar Mengajar
Makalah Keterampilan Dasar Mengajarauliagustin61
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppKinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppawankha
 

Similar to GURU BAHASA PROFESIONAL (20)

Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
Bmm 3101 e htr 2
Bmm 3101 e htr 2Bmm 3101 e htr 2
Bmm 3101 e htr 2
 
Modul 4 kb 2
Modul 4 kb 2Modul 4 kb 2
Modul 4 kb 2
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Pembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi PendidikanPembahasan Profesi Pendidikan
Pembahasan Profesi Pendidikan
 
Artikel Keguruan
Artikel KeguruanArtikel Keguruan
Artikel Keguruan
 
MAKALAH PROFESI KEGURUAN
MAKALAH PROFESI KEGURUAN MAKALAH PROFESI KEGURUAN
MAKALAH PROFESI KEGURUAN
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Muzakarah profesi
Muzakarah profesiMuzakarah profesi
Muzakarah profesi
 
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)
LAPORAN KEGIATAN PRAKTIK PENGALAMAN LAPANGAN (PPL)
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxCara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
 
Makalah Keterampilan Dasar Mengajar
Makalah Keterampilan Dasar MengajarMakalah Keterampilan Dasar Mengajar
Makalah Keterampilan Dasar Mengajar
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppKinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
 
kajian
kajiankajian
kajian
 

Recently uploaded

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 

Recently uploaded (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 

GURU BAHASA PROFESIONAL

  • 1. PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU DAN KESANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Yahya Othman Tafsiran Wikipedia terhadap profesional ialah pekerja yang perlu memiliki pengetahuan yang luas dari pengajian akademik yang ekstensif (selalunya pengajian tinggi) dengan latihan yang formal. Ini bermaksud profesion ialah pekerjaan yang memerlukan pengetahuan yang tinggi dan kepakaran tertentu. Menurut Sufean Hussin (1996) dan Mohd. Salleh Lebar (2000), profesion juga dinyatakan dalam bentuk satu set ciri yang meliputi pengetahuan, kepakaran, sikap, dan nilai dalam sesuatu profesion. Nilai ini perlu wujud untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan, dan bertanggungjawab. Suatu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan mementingkan diri sendiri atau suka memilih pekerjaan. Manakala profesional pula ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahirannya serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Di samping itu, terdapat beberapa pengertian lain yang membawa maksud profesional. Antaranya seperti yang dinyatakan oleh Sufean Hussein (1996) iaitu suatu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dan dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan. Profesional juga mempunyai peluang membuat keputusan tentang pekerjaan. Mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.
  • 2. Berdasarkan huraian di atas, persoalan yang sering dikemukakan ialah; Adakah guru Bahasa Melayu (BM) tergolong dalam kalangan profesional? Sejauh manakah mereka mampu menunjukkan ciri tersebut dalam pengajaran di dalam bilik darjah? Adakah halangan yang dihadapi untuk menampilkan diri sebagai pendidik bahasa yang profesional? Persoalan tersebut diajukan kerana ciri profesionalisme guru BM dapat mencerminkan keberkesanan pengajaran serta mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar. Guru BM yang profesional juga dapat meletakkan BM sebagai mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan negara. Ciri-ciri umum berkaitan kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semua ahli menjalani latihan secara rasmi dan berkaitan dengan bidang yang akan diajar. Dalam konteks penyediaan guru BM, mereka perlu memiliki kelulusan ikhtisas yang diiktiraf bagi melayakkan mereka mengajar subjek tersebut. Bagi guru BM, mereka pada kebiasaannya menerima latihan perguruan sama ada di Institut Pendidikan Guru ataupun di Fakulti Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam seperti di Universiti Putra Malaysia dan juga di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berdasarkan latihan yang diterima, mereka dianggap berkelayakan untuk mengajar subjek BM di sekolah. Latihan yang diberikan meliputi aspek teori dan amali seperti pengajaran mikro dan latihan mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara perlu diberikan perhatian terhadap aspek latihan perguruan seperti kesesuaian calon, kandungan kursus, kualiti
  • 3. latihan, kesediaan bakal guru serta latihan dalam perkhidmatan. Untuk memastikan profesionalisme guru BM dapat dipertanggungjawabkan, perlu difikirkan kembali aspek tersebut agar sesuai dengan objektif untuk melahirkan guru BM yang profesional. Kandungan kursus yang ditawarkan perlu mengambil kira pertimbangan keutamaan antara teori dan amali. Contohnya, guru BM perlu menguasai ilmu falsafah pendidikan, psikologi pendidikan, sosiologi pendidikan, pengujian dan penilaian BM, kaedah mengajar BM, penyelidikan pendidikan BM, reka bentuk kurikulum BM dan kursus teras pendidikan yang lain. Di samping itu, pelajar juga perlu didedahkan dengan kursus berkaitan kemahiran teknikal bahasa seperti pengajaran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, pemilihan bahan, pengajaran KOMSAS, pengajaran pemulihan dan pengayaan, aplikasi komputer dalam pengajaran BM, dan kursus elektif yang lain. Guru BM juga perlu berilmu dalam bidang kesusasteraan kerana ini dapat memantapkan lagi aspek keindahan dan kesantunan Penguasaan bahasa yang baik perlu mengambil kira keindahan yang terkandung dalam bahasa Melayu. Untuk tujuan penguasaan ilmu bahasa dan linguistik, pelajar perlu didedahkan dengan kursus tatabahasa, sosiolinguistik, psikolinguistik, linguistik am, sejarah BM, serta kursus berkaitan ilmu bahasa yang lain. Gabungan kursus yang diambil oleh pelajar tersebut sepatutnya mampu melahirkan guru BM yang profesional sama ada dari segi teori mahukan amali. Guru BM yang profesional perlu mahir menggabungkan aspek teori sama ada yang melibatkan bidang pendidikan dan bahasa serta mahir pula untuk melaksanakannya dalam bentuk pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, sifat profesional ini menekankan perlunya guru BM berilmu dalam bidangnya dan penguasaan ilmu tersebut pula tidak terhenti semasa latihan pra perkhidmatan tetapi meliputi latihan dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan
  • 4. ini memberi peluang kepada guru BM menimba ilmu dan kemahiran yang baru serta memantapkan ilmu dan kemahiran yang lalu. Dedikasi ketika menjalankan tugas pula merupakan ciri penting guru BM yang profesional. Dedikasi dalam Kamus Dewan bermaksud pengabdian diri, masa, dan lain-lain sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu (contohnya kerjaya). Tidak dapat disangkal lagi bahawa kecemerlangan seseorang semasa bertugas ditandai dengan kesungguhan untuk melakukan sesuatu kerja yang ditugaskan kepadanya. Dalam konteks pengajaran BM, guru BM perlu bersungguh-sungguh semasa mendidik dan menunjukkan personaliti guru yang boleh diteladani. Ini termasuklah dengan mementingkan aspek ketepatan masa, pengajaran berkualiti, kemahiran interpersonal dalam berkomunikasi yang baik, boleh diharapkan dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan, bersikap proaktif dan sensitif terutama yang berkaitan dengan isu kebahasaan, menjadi rujukan dalam masalah dan kekeliruan penggunaan bahasa, dan ciri terpuji yang lain. Semua aspek tersebut dianggap unsur yang akan menunjukkan wujudnya sifat kesungguhan dalam membentuk guru BM yang profesional. Walau bagaimanapun, dedikasi guru BM dalam menjalankan tugasnya sering kali terganggu oleh faktor sikap, persekitaran, dorongan, dan harga diri guru itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa guru sering merungut disebabkan bebanan tugas yang diamanahkan kepadanya. Namun, isu bebanan tugas guru sudah dianggap sesuatu yang bersifat tabii dalam kerjaya pendidikan. Bagi guru BM kekangan yang dihadapi dalam pengajaran dapat dilihat jika mereka mengajar dua atau tiga kelas BM. Bebanan guru
  • 5. termasuklah perlu memeriksa buku latihan pelbagai jenis latihan seperti karangan, tatabahasa, rumusan, KOMSAS dan sebagainya. Ini ditambah dengan mata pelajaran lain serta tugas-tugas bukan pengajaran yang guru tidak dapat mengelak untuk menolaknya. Berkurangkah dedikasi guru akibat bebanan tugas tersebut? Sejauh manakah isu tersebut mengganggu dedikasi guru? Sebagai jalan keluar, guru boleh melihat beban tugas yang dalam kerangka psikologi yang tidak ada penghujungnya. Pemikiran dan pegangan dari segi sikap guru boleh membantu mengurangkan masalah tersebut. Yang lebih penting ialah sejauh manakah bebanan tersebut dilihat dari perspektif yang lebih komprehensif dan positif sifatnya. Adakah dengan terbebannya guru BM maka usaha untuk meningkatkan kecemerlangan BM terganggu dan tidak dapat dilakukan? Di samping itu, faktor lain seperti persekitaran kerja yang kondusif semasa bertugas juga perlu diambil kira dalam melahirkan guru BM yang profesional. Ini melibatkan sejauh mana pentadbir sekolah memberikan sokongan dan bimbingan kepada guru BM dalam meningkatkan mutu profesionalisme mereka. Ini termasuklah dorongan yang diberikan agar guru BM menjalankan aktiviti kebahasaan di sekolah serta memberikan insentif yang sesuai dengan usaha guru tersebut. Guru yang profesional memiliki autonomi semasa menjalankan tugas. Pengajaran BM memerlukan guru yang mampu menyediakan persediaan mengajar yang memberi peluang kepada guru menyediakan strategi pengajaran, penyediaan bahan, dan penilaian yang ditentukan oleh guru itu sendiri. Ini menuntut kepakaran guru tersebut menyesuaikan strategi pengajaran yang akan digunakan dengan kumpulan pelajar yang diajar. Di samping itu, guru juga perlu mengambil kira penilaian yang digunakan dalam
  • 6. pengajaran yang dirancang. Untuk melaksanakan penilaian dalam bilik darjah, guru boleh menentukan bentuk ujian yang ingin diberikan kepada pelajar berasaskan sukatan pelajaran. Kesemua elemen yang digunakan dalam pengajaran memerlukan guru yang memiliki autonomi dalam ruang yang terhad. Ini terutamanya apabila guru dilihat masih lagi terikat dengan lingkungan sukatan pelajaran yang disediakan. Di samping itu, guru juga perlu mengikut panduan huraian sukatan pelajar yang digubal sama ada pada peringkat sekolah atau daerah. Walau bagaimanapun, seperti yang dihuraikan di atas, guru BM masih lagi berpeluang menggunakan autonominya secara terhad semasa mengajarkan BM. Ciri profesionalisme guru BM juga ditandai oleh keupayaan intelek dalam melaksanakan kerjayanya. Keupayaan intelek guru termasuklah kebolehan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang dimiliki dalam melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru BM mesti memiliki pengetahuan berkaitan tatabahasa dan boleh dijadikan rujukan jika berlaku kekeliruan tentang penggunaan bahasa. Adalah penting juga kepada guru BM mampu menghuraikan strategi pengajaran bahasa dengan mengaitkan dengan teori bahasa dan pembelajaran secara komprehensif. Keupayaan intelek guru yang tinggi mencerminkan ciri profesional sama ada dalam bidang pengkhususan dan pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Namun wujud beberapa situasi yang menunjukkan guru tidak memiliki ciri tersebut seperti masih lagi tidak mampu menguasai ilmu tatabahasa dengan baik. Di samping itu, isu guru yang tidak berupaya menggunakan keupayaan inteleknya dalam mewujudkan pengajaran yang berkesan juga sering diperkatakan. Pelajar tidak berminat belajar BM disebabkan guru
  • 7. yang lemah dalam penguasaan bahasa dan pedagogi. Masalah ini bertambah rumit jika guru yang mengajar BM bukan dalam kalangan guru pengkhususan BM. Mereka ini akan mengajar mengikut kemampuan yang ada dan memberi kesan terhadap penguasaan bahasa pelajar. Ciri profesional yang lain ialah perlunya guru BM menganggotai organisasi profesional yang mampu mengawal selia aspek kualiti guru serta memantau isu yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka. Dalam konteks Malaysia, belum wujud badan profesional guru yang benar-benar berfungsi untuk memantau profesion perguruan sebagaimana yang terdapat di dalam bidang peguam, arkitek, doktor dan sebagainya. Walau bagaimanapun, wujud persatuan atau kesatuan guru yang menjaga tanggung jawab kebajikan guru. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berfungsi sebagai dengan urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran tetap perkhidmatan, kawalan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan. Ini bermaksud pihak suruhanjaya telah menetapkan standard dan kriteria dalam pemilihan guru untuk dilantik ke dalam perkhidmatan pendidikan. Selain itu, bagi guru BM, terdapat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu yang banyak menganjurkan seminar berkaitan pengajaran BM. Melalui seminar yang diadakan dapat membantu meningkatkan lagi mutu profesional guru termasuk pengajaran BM. Walaupun persatuan tersebut masih lagi baru dari segi operasinya, kewujudannya boleh dijadikan sumber rujukan dan medan perbincangan dalam konteks meningkatkan mutu profesion guru BM. Persatuan Linguistik Malaysia juga boleh disertai oleh guru BM
  • 8. bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam aspek linguistik dan kebahasaan yang menjadi asas kepada guru BM. Walau bagaimanapun, yang pentingnya ialah guru BM perlu menganggotai persatuan yang boleh membantu mereka meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Satu lagi aspek penting dalam menentukan ciri profesional guru BM ialah perlunya mereka mematuhi etika profesion. Dalam profesion perguruan, semua guru tertakluk kepada etika perguruan yang perlu difahami dan dipatuhi agar segala perlakuan dan tindakan guru semasa bertugas dapat mencerminkan hala tuju sebenar pendidikan. Guru sebagai penggerak utama dalam pendidikan perlu menjadikan etika perguruan sebagai landasan yang paling sesuai untuk memastikan pengajaran dalam bilik darjah atau pun tingkah laku di luar bilik darjah dapat dicontohi oleh pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, guru BM tidak terkecuali dalam mematuhi etika perguruan yang telah digariskan. Ini ditambah dengan fungsi guru BM yang sering memfokuskan pembinaan jati diri serta keterampilan berkomunikasi pelajar berdasarkan bahan pengajaran yang digunakan. Pelaksanaan pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika guru mengambil kira pematuhan terhadap kod etika dapat memperkasakan lagi bidang pendidikan yang diceburinya. Walaupun sering terbaca berita tentang guru yang melakukan tindakan yang melampaui batas kod etika profesion perguruan, namun pihak kementerian telah memberi respons yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menentukan profesion perguruan berfungsi secara profesional dan dihormati.
  • 9. Perbincangan di atas menunjukkan bahawa guru BM kini dilihat memiliki ciri profesionalisme pada tahap yang paling asas dan berperanan secara komprehensif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian sewajarnya seperti aspek pemantapan intelektual terutamanya penguasaan ilmu yang melibatkan kebahasaan, pedagogi dan isu semasa. Mereka masih perlu diberikan latihan dalam perkhidmatan dan latihan profesional berkaitan dengan bidang yang difikirkan perlu dipertingkatkan. Dalam menghadapi dunia global, mereka juga perlu mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam penguasaan ilmu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemahiran tersebut dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pelajar mampu menggunakan teknologi tersebut secara kreatif. Di samping, itu guru BM juga perlu memperluaskan lagi keupayaan dalam penguasaan bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris bagi menambahkan lagi ilmu terutamanya dalam bidang pedagogi dan memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat terkini terutamanya di dalam internet yang kebanyakan bahannya ditulis dalam bahasa Inggeris. Guru BM yang profesional perlu memiliki maklumat terkini bidang pendidikan agar mereka tidak ketinggalan dan kekurangan ini boleh memberi kesan terhadap prestasinya. Kesimpulannya, ciri profesional guru BM dapat dilihat melalui komitmen yang ditunjukkan dalam pengajaran dan tugas yang berkaitan dengannya. Ciri tersebut juga dapat dicapai jika guru telah menanamkan usaha secara ikhlas dalam dirinya untuk mencapai tahap profesional. Jika mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang tidak profesional maka dikhuatiri mutu penguasaan BM dalam kalangan pelajar turut terjejas