Program ini merupakan kursus wajib bagi guru pelatih semester 6 untuk memperoleh kelulusan. Ia bertujuan membentuk guru pelatih supaya selaras dengan falsafah pendidikan dan mampu merancang aktiviti berkhidmat masyarakat untuk golongan istimewa. Program ini diharapkan melahirkan guru yang kaya ilmu dan personaliti serta mampu memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak istimewa.
1. PENGENALAN Program ini merupakan kursus major bagi mata pelajaran Pemulihan Dalam Komuniti
(PKU 3112) dan wajib dilaksanakan oleh para guru pelatih semester 6, sebagai syarat pengijazahan
guru pelatih PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2010. Program ini juga merupakan satu wahana
ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan guru
pelatih dari unit PISMP Pendidikan Khas 5 ambilan Januari 2010. Melalui program seperti ini, guru
pelatih dapat merancang dan melaksanakan aktiviti yang berbentuk perkhidmatan dan
kemasyarakatan terhadap pelbagai komuniti setempat terutamanya bagi golongan istimewa dan
kurang upaya dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti serta
masyarakat setempat. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang bukan sahaja kaya
dengan ilmu pengetahuan tetapi juga memiliki personaliti diri yang menarik, dapat melambangkan
nilai diri dan seterusnya dapat mempersiapkan diri untuk memenuhi keperluan pendidikan kanak-
kanak istimewa di sekolah dan dalam kehidupan berkomuniti kelak.