Tiga langkah utama yang perlu diambil untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah memberikan perhatian penuh ketika proses pengajaran dan pembelajaran, menguruskan masa dengan bijak, dan mengikuti kelas tuisyen."
1. HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK
MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya
kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan
bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai
azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap
perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang
akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon
Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan
guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus
operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika
guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika
seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan
cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha
untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar aktif dan terlibat dalam
setiap sesi soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan
agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu
kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia
mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu
bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru
kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan
perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham
topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa
memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi
pelajar yang berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya
dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu
belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan
tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini
2. demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para
pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan jadual
waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti
masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk
beriadah untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual
peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan
menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk
menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya
akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat
keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya
elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung
sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan
pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat
persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak
membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak
berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan
ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya
masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu
tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri
daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan
pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang
dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu bertanya guru
di pusat tuisyen berkaitan topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa
belajar di sekolah bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” ,
dan “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu
diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga
boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini membantu saya
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai
sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi.
Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di
pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan
latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya
dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya
untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya
dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan
kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak
3. wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan
tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak
memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan.
Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan
yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan
juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa
memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar
berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan
rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar
pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan
peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar
daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya
akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri
saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih
dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat
bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan
dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya
tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk
mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di samping berdoa kepada Tuhan
agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah
berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu hanya akan menolong dan memberkati
hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-
orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan
ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu
bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan
membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya
banyak buku latihan untuk saya sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran.
Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya
akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya
berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah
dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama
soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya
usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM
sebenar. Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam
format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan
tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripadabertanya topik yang sama saya pelajari.
Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya
4. saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang
terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan
semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu
bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di
samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan
belajar bersungguh-sungguh.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya
capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping
itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu
yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya ,
bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang
mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan
mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan
membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya
laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga
kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.
7. 1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensidiri sendiri untuk
mencapai kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi
suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku
BOLEH!’
2.Jangan bersikap pesimistik.
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistikiaitu sentiasa putus harapan
danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat
anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang.
Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti
dalam tangan. Belum cubabelum tahu.
3. Kesedaranmemikul tanggungjawab.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk
memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan
agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan
datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan
datang bergantung padagenerasiremaja masa kini. Pelajar yang
cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari
hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut
tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main
sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang
suka bermain-maindalam kelas semasaguru mengajar adalah pelajar
yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’
pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti
mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar sepertimereka
sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan
menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan
penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaanawal akan
membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaanawal
8. ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan,
meminta nasihatguru, meneliti buku-buku modeljawapan dan
sebagainya lagi. Jangan jadi’bidan terjun’ ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sediauntuk menghadapi
sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak
sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak
kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah
pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila
masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok?
Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’Kalau anda peminat ‘The Rock’
anda akan berkata ‘Just bring it on..!’
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar
yangmencukupi sepertibuku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis,
nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak
mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup
akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda
atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda
ingin basuh tanganselepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa
‘bengang’?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan
olehpihak sekolah sepertidatang ke sekolah dalam waktu yang
ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar
menjadi seorangyang berdisiplin.Apabila sikap disiplin telah tersemai
dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-
kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-
sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke
kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk
mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru
bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
9. 10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa
gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
Guruadalah sumberilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru
yangmemberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk
memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang
terkenal bernamaSocrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan
dengan cara bersoal- jawab’.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberipandangan dan pendapat
dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan
pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin
memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan
mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar.
13. Berbincang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan
tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam
kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi.
Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu
pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru
samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang
ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar
yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study
group)bersamarakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang
sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan
studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan
yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka
temberang.
10. 16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan
perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk
dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan
adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat
sesuai untuk anda mentelaahpelajaran.
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah
akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara
khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan
ruangan gossipatauartis.
18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai
untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita
dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti
‘Discovery’) dan beritasemasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri
(sendiri)sepertidibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan
sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan
ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan
yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaanyang
sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah sepertimasuk ke
klinik. Anda akan diberi tahutentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-
kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk
merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau
abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual
yang sesuai danefektif.Jadual ini mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang
diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
11. 22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan
yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang
yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman,
anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membelibuku-buku rujukan yang sesuai. Ini
dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk
mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek
tertentu. Ingatpepatah Inggeris,“Don’t judge the bookby its cover.” Buku
yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk
menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran
bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli,sekurang-kurangnya
jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah
sumberilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda
masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau
anda masuk kekandang najis… (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagaiaktiviti sekolah secara aktif
dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang
sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak
yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran
yanghebat yang sering cuba mengganggupenumpuan pelajar pada
pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara
cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang
berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan
kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara
12. yang kurang berfaedah.Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala
merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan
mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh
fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau
mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan
caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang
berzat.Kurangkan makanan ringan atau ‘junk-food’. Hindari makan di
gerai-geraiyang kotor atau membelikueh-kueh yang terdedah tanpa
ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan
kesihatan.
30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan
denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih
lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan
tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman
daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan
abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai modelatau
contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka
dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya
itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar
Islam,tunaikan sembahyang lima waktu sepertimana yang telah
disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan
amalan ibadat agama masing-masing.
13. 33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoadan mengharapkan
pertolongandaripada Tuhan. Aspekkerohanian ini juga sama penting
dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa
jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan
menjadikankegagalan itu sebagaiiktibar dan panduan untuk lebih
berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagaipengukuh diri untuk
mencari kejayaan yang cemerlang.