SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Peraturan dan Syarat PertandinganPeraturan dan Syarat Pertandingan
KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJIKOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI
MARHABANMARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIANSEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIAPELAJARAN MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
TAJUK
1 Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
DIKEMUKAKAN OLEH
2 Kertas ini dikemukakan oleh Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
TUJUAN
3 Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri bertujuan untuk
memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji
Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
LATAR BELAKANG
4 Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat
Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan
khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya
diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai
salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian
masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah
berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat
berkembang di rantau ini.
5 Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak
penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada
marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 2 }
OPERASI DAKWAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM
MUHARRAM 1430 / JANUARI 2009
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan
masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan
pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap
Allah Taala.
6 Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul
s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan
majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian
kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta
melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.
7 Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh
golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan.
Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali.
TUJUAN PERTANDINGAN
8 Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara
warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan
remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat
dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka
untuk dilaksanakan.
9 Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu
cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah. Ia juga
bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati
dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang
watannya.
10 Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum
riwayat hidup Rasulullah saw. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan
mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat
dapat mengamalkannya dalam kehidupan.
PERKARA YANG DIMAKLUMKAN
11 Tajuk
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 3 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban
Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
12 Matlamat
Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko-
kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang
kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur
dan murni.
13 Objektif
1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan
aktiviti ko-kurikulum;
2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya
melalui aktiviti ko-kurikulum;
3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid
sekolah menengah;
4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada
murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah;
5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi
akal budi; dan
6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput
ditelan zaman.
14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah
Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
14.1 Penyertaan
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 4 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
14.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah
menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia daripada Tingkatan Peralihan
hingga ke Tingkatan 5 sahaja.
14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar
satu kumpulan Marhaban yang mengandungi 9 orang bagi
setiap kumpulan termasuk pembaca rawi.
14.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang
sama sahaja.
14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,
sama ada lelaki atau perempuan.
14.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili
daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
14.1.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
14.2 Borang Penyertaan
14.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan
rasmi yang mengandungi (lampiran);
(i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri.
(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan.
14.2.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks marhaban yang
akan dipersembahkan.
14.2.3 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh pengetua/
Pegawai Pelajaran Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri
hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang
ditetapkan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 5 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
14.3 Format Persembahan
14.3.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi.
14.3.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi.
14.3.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika
mempersembahkan marhaban.
14.4 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum
14.4.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan
oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan.
14.4.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah
berdasarkan tarannum asli yang muktabar.
14.4.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan
kepada tarannum Arab Hijazi sahaja.
14.4.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai
dan diakhiri dengan selawat.
14.4.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan.
14.4.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat
(tingkatan).
14.5 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban
14.5.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa
Arab sahaja.
14.5.2 Setiap tambahan teks rawi dan marhaban hendaklah
berdasarkan teks yang muktabar.
14.6 Masa
14.6.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit sahaja untuk
menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 6 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
14.6.2 Markah akan di potong jika persembahan kurang daripada 18
minit atau melebihi masa 20 minit.
14.6.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka
dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup.
14.7 Pakaian
14.7.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
14.7.2 Peserta lelaki dilarang memakai pakaian menyerupai pakaian
peserta perempuan dan sebaliknya.
14.7.3 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin
dan bersongkok hitam.
14.7.4 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung
yang sempurna dan sopan.
14.7.5 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan
dan solekan yang keterlaluan akan dipotong markah
persembahan.
14.7.6 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian
sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah dirujuk dan dipatuhi.
* Perhatian
Mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di
atas, boleh dibatalkan penyertaannya.
14.8 Penghakiman dan Pemarkahan
14.8.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan
Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur.
14.8.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada
Berzanji dan Marhaban seperti berikut :
14.8.2.1 Berzanji
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 7 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i) Tarannum – 30 markah
(ii) Tajwid – 25 markah
(iii) Fasohah – 25 markah
(iv) Suara – 20 markah
14.8.2.2 Marhaban
(i) Tarannum – 40 markah
(ii) Suara – 25 markah
(iii) Fasohah – 20 markah
(iv) Persembahan – 15 markah
14.8.3 Penghakiman Berzanji
14.8.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
(i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar.
(ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara
teratur dalam empat harakat tanpa takrir.
(iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan
dalam tiga tabaqat.
(iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan
teratur dan tersusun serta tidak bercampur-aduk.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap
rangkap.
(ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 8 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan.
(iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai.
(v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah.
(vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(vii) Setiap tarannum yang tidak disampaikan dalam
tiga tabaqat.
(viii) Setiap tarannum yang bercampur aduk.
* Perhatian
(i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang
berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5
markah.
(ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah
istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut
ciri-ciri yang tertentu.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang
sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah -
jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan
Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz.
(ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
Arab.
(iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat secara menarik.
(iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’.
(v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.
14.8.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 9 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i)Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin.
(ii) Memelihara hukum mim.
(iii) Memelihara hukum idgham.
(iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
(vi) Memelihara hukum mudud.
(vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)Tidak memelihara hukum mudud kecuali di
beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh
lissukun’.
(ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin.
(iii) Menyalahi hukum mim.
(iv) Menyalahi hukum idgham.
(v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan
qamariah.
(vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’.
(vii) Menyalahi hukum mudud.
(viii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah.
(ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis.
14.8.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 10 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i)Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.
(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’.
(iv) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i)Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan
kalimah.
(iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’.
(iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan
rentak bacaan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i)Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai
pada keseluruhan persembahan bacaan.
(ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang
panjang dalam satu nafas.
14.8.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi;
(i) Kebersihan suara (tidak serak).
(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 11 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Suara berlahjah Arab.
(ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat
dengan selesa.
(iii) Suara yang bergerak / hidup.
(iv) Suara yang mempunyai kemerduan.
14.8.4 Penghakiman Marhaban
14.8.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 12 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah
berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja.
(ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang
dibenarkan.
(iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3
tabaqat.
(iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan
hendaklah seiring/sama/selaras dengan
tarannum berzanji. Contoh; rawi sikah -
marhaban sikah, rawi rakhbi - marhaban rakhbi
dan rawi rast -marhaban rast.
(v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah
menggunakan wazan tarannum yang
bersesuaian.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau
saduran.
(ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam
persembahan.
(iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran
pada harakat.
(iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga
tabaqat.
(v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum.
(vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan
tarannum rawi.
Ciri-ciri keistimewaan;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 13 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah
arab.
(ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4
tabaqat dengan selesa.
(iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik.
14.8.4.2 Suara. Aspek penghakiman;
(i) Kebersihan suara (tidak serak).
(ii) Kelicinan suara (tidak pecah).
(iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat).
(iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang).
(v) Kemanisan ,kelembutan dan kemerduan suara.
(vi) Kelantangan dan ketajaman suara.
(vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi.
(viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir
(kualiti suara tidak menurun dari mula hingga
akhir).
(ix) Kesepaduan suara (kumpulan).
(x) Hanya menggunakan satu suara (unison).
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Suara serak / parau yang merosakkan
(ii) Suara sumbang yang merosakkan
(iii) Suara tenggelam
(iv) Suara terpecah / terputus
(v) Suara tersepit / tercekik
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 14 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi /
rendah
(vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat
(viii) Suara lemah / lembab
(ix) Suara keras / kaku
(x) Suara yang berubah kualiti
(xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni
* Perhatian
(i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2
markah sahaja.
14.8.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi;
(i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf.
(ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah.
(iii) Memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat
huruf.
(ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan
kalimah.
(iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid.
(iv) Tidak selaras rentak bacaan.
Ciri-ciri keistimewaan;
(i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang
sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 15 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang
dalam satu nafas.
14.8.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi;
(i) Disiplin dan susun atur.
(ii) Pakaian peserta yang bersesuaian.
(iii) Memula dan menutup persembahan dengan
selawat.
(iv) Penghayatan (ekspresi).
(v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan.
(vi) Menepati masa yang ditentukan.
(vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di
antara solo dengan ramai.
Jenis-jenis kesalahan;
(i) Kurang berdisiplin.
(ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai.
(iii) Tidak memula dan menutup persembahan
dengan selawat.
(iv) Tiada penghayatan.
(v) Gaya yang keterlaluan.
(vi) Tidak menepati masa.
(vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan.
Ciri-ciri keistimewaan;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 16 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang
yang menarik.
(ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada
masa yang ditetapkan (20 minit).
14.9 Penentuan Keputusan Pertandingan
14.9.1 Kategori Pertandingan;
14.9.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik
14.9.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik
14.9.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib
Johan, Ketiga dan Saguhati
14.9.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, keputusan
akan berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat
markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan.
14.9.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, keputusan
akan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang
mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan
diberikan.
14.9.4 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, pasukan yang
memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji
dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan.
Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan
menjadi Naib Johan dan seterusnya.
14.9.5 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan
akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-
bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i) Tarannum (rawi dan marhaban);
(ii) Tajwid (rawi);
(iii) Suara (rawi dan marhaban);
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 17 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan
(v) Persembahan (marhaban).
14.9.6 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim
akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.
14.9.7 Keputusan hakim adalah muktamad.
14.10 Bantahan
14.10.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada
Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan
Rasmi yang disediakan.
14.10.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan diumumkan.
14.10.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.
15 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah
Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
15.1 Penyertaan
15.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah
kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah
bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam
sahaja.
15.1.2 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar
satu kumpulan Kompang Selawat yang mengandungi sekurang-
kurangnya 12 orang dan tidak melebihi 15 orang bagi setiap
kumpulan.
15.1.3 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 18 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang
sama sahaja.
15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja,
sama ada lelaki atau perempuan.
15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili
daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan
mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
15.1.7 Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk
memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara lisan,
pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk semasa
persembahan.
15.1.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.2 Borang Penyertaan
15.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan
rasmi (Lampiran) yang mengandungi;
(i) Nama Sekolah.
(ii) Nama Kumpulan.
(iii) Nama Ahli Kumpulan.
(iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak.
15.2.2 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh guru besar/
Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri
hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang
ditetapkan.
15.3 Paluan
15.3.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan
sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 19 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.3.2 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk
paluan iaitu melalu dan meningkah.
15.3.3 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan.
15.3.4 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.3.5 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan
adalah satu kelebihan (contoh; menyilang, menganak dan lain-
lain).
15.4 Formasi persembahan.
15.4.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli pasukan
dan bersesuaian dengan rentak paluan.
15.4.2 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan akrobatik
adalah tidak dibenarkan.
15.4.3 Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu
pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan.
15.4.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah
tidak dibenarkan.
15.4.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.4.6 Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga
dianggap sebagai satu persembahan.
15.4.7 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam
ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 20 kaki x 20
kaki persegi.
15.5 Lagu
15.5.1 Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah lagu.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 20 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.5.2 Lagu pertama bertemakan selawat.
15.5.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam
KBSR Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan ditetapkan
oleh Bahagian Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.
15.5.4 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang
sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian.
15.5.5 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan
melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru.
15.5.6 Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri,
zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-mana rentak di
atas.)
15.5.7 Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak berunsur
hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya
adalah dilarang sama sekali.
15.5.8 Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu
pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan.
15.5.9 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa.
15.5.10 Kedua-dua lagu (Pertama dan Kedua) hendaklah disampaikan
tanpa bantuan alat pembesar suara (microphone).
15.5.11 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.6 Lirik Lagu
15.6.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja.
15.6.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau
ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja.
15.6.3 Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 21 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.6.4 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau
keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali.
15.6.5 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan.
15.6.6 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang
dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan
masa yang ditetapkan.
15.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.7 Masa
15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja
untuk menyampaikan persembahan.
15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang di
tetapkan atau kurang daripada 8 minit.
15.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke kawasan
persembahan atau bersuara atau memalu kompang.
15.8 Pakaian
15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna.
15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin,
bersongkok hitam dan berkasut lengkap.
15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang
sempurna dan sopan serta berkasut lengkap.
15.8.4 Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai pakaian
peserta perempuan dan sebaliknya.
15.8.5 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak
keterlaluan.
15.8.6 Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 22 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.8.7 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian
sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
hendaklah dirujuk dan dipatuhi.
15.8.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.9 Jenis kompang
15.9.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38
cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz
kompang dibenarkan.
15.9.1 (a) Ketebalan kompang yang digunakan hendaklah tidak
melebihi 4 inci.
15.9.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang
sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan
sama sekali.
15.9.3 Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain daripada
kompang tidak dibenarkan sama sekali.
15.9.4 Penggunaan sebarang alat elektronik adalah tidak dibenarkan.
15.9.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
15.10 Penghakiman dan Pemarkahan
15.10.1 Bahagian Paluan (35 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Gubahan rentak.
(ii) Bentuk paluan.
(iii) Tempo.
(iv) Kualiti ton.
(v) Dinamik / ekspresi.
(vi) Keseimbangan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 23 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
15.10.2 Bahagian Formasi Persembahan (30 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Kreativiti.
(ii) Keseragaman.
(iii) Disiplin dan susun atur.
(iv) Kesesuaian gerak formasi.
(v) Pakaian.
15.10.3 Bahagian Suara (20 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Kualiti suara.
(ii) Kesepaduan suara.
(iii) Keharmonian suara.
(iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan.
15.10.4 Bahagian Lagu (15 markah)
Aspek penghakiman;
(i) Gubahan lagu.
(ii) Lirik yang sesuai.
(iii) Kesesuaian lagu dengan irama.
15.11 Penentuan Keputusan Pertandingan
15.11.1 Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan
sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua
tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya.
15.11.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan
akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian-
bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan;
(i) Paluan;
(ii) Formasi Persembahan;
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 24 }
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
(iii) Suara; dan
(iv) Lagu.
15.11.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim
akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan.
15.11.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
15.12 Bantahan
15.12.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada
Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan
Rasmi yang disediakan.
15.12.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan diumumkan.
15.12.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan.
Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
{ Hal 25 }

More Related Content

What's hot

Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASMajlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASIrmadila Ismail
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Kertas kerja-pengurusan-jenazah
Kertas kerja-pengurusan-jenazahKertas kerja-pengurusan-jenazah
Kertas kerja-pengurusan-jenazahNorimi Wahab
 
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docxteks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docxFarah Wahidah Bahrin
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Mieyaa Nana
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docxNawalNordin
 
Borang penghakiman kompang selawat
Borang penghakiman kompang selawatBorang penghakiman kompang selawat
Borang penghakiman kompang selawatKamarudin Jaafar
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSK Shah Alam
 
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Muktar Muhmad
 
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptx
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptxMUKA DEPAN FAIL RPH.pptx
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptxSitiSarah901055
 
Contoh kertas-kerja-kem-solat
Contoh kertas-kerja-kem-solatContoh kertas-kerja-kem-solat
Contoh kertas-kerja-kem-solatAyob Othman
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
CONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docxCONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docxWMRabani
 
Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawinur faizah Peson
 
Kertas kerja-amali-sembelihan
Kertas kerja-amali-sembelihanKertas kerja-amali-sembelihan
Kertas kerja-amali-sembelihanNadzdzarul Amir
 
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copyAweng Topex
 
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021FaridMohd5
 

What's hot (20)

Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWASMajlis watikah pelantikan PENGAWAS
Majlis watikah pelantikan PENGAWAS
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Kertas kerja-pengurusan-jenazah
Kertas kerja-pengurusan-jenazahKertas kerja-pengurusan-jenazah
Kertas kerja-pengurusan-jenazah
 
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docxteks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
teks ucapan majis penutupan ihya Ramadan.docx
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
 
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
1. Skrip Emcee Majlis Sambutan Aidilfitri.docx
 
Borang pemarkahan perbarisan
Borang pemarkahan perbarisanBorang pemarkahan perbarisan
Borang pemarkahan perbarisan
 
Borang penghakiman kompang selawat
Borang penghakiman kompang selawatBorang penghakiman kompang selawat
Borang penghakiman kompang selawat
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
 
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
Doa majlis penutupan sukan asasi malaysia 2020
 
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptx
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptxMUKA DEPAN FAIL RPH.pptx
MUKA DEPAN FAIL RPH.pptx
 
Contoh kertas-kerja-kem-solat
Contoh kertas-kerja-kem-solatContoh kertas-kerja-kem-solat
Contoh kertas-kerja-kem-solat
 
Rela
RelaRela
Rela
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Kertas Kerja Program
Kertas Kerja ProgramKertas Kerja Program
Kertas Kerja Program
 
CONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docxCONTOH OPR - SKDA.docx
CONTOH OPR - SKDA.docx
 
Kertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawiKertas kerja program pintar jawi
Kertas kerja program pintar jawi
 
Kertas kerja-amali-sembelihan
Kertas kerja-amali-sembelihanKertas kerja-amali-sembelihan
Kertas kerja-amali-sembelihan
 
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy
61973078 kertas-kerja-sepak-takraw - copy
 
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
Kertas kerja minggu bahasa arab 2021
 

Similar to Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban

66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khasMohd Shuki Ahmad
 
Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014Caxin Ong
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumnadpaisey
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Khair Hazm
 
Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Atikah Yahya
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015ciklaili. com
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)Temeji Sabu
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docxsardrina85
 

Similar to Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban (20)

Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015
 
Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015Peraturan ksbm 2015
Peraturan ksbm 2015
 
Sabk
SabkSabk
Sabk
 
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014Proposal winter solstice festival 2014
Proposal winter solstice festival 2014
 
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUMSurat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Teks ucapan alu-aluan
Teks ucapan alu-aluanTeks ucapan alu-aluan
Teks ucapan alu-aluan
 
Kertas kerja beli kompang
Kertas kerja beli kompangKertas kerja beli kompang
Kertas kerja beli kompang
 
Kertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulumKertas kerja karnival_kokurikulum
Kertas kerja karnival_kokurikulum
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
HARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.docHARI KANAK KANAK 2024.doc
HARI KANAK KANAK 2024.doc
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
 
Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
 

Recently uploaded

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (11)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban

  • 1. BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peraturan dan Syarat PertandinganPeraturan dan Syarat Pertandingan KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJIKOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABANMARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIANSEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPELAJARAN MALAYSIA
  • 2. Bahagian Pendidikan Islam, KPM TAJUK 1 Kertas Makluman Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. DIKEMUKAKAN OLEH 2 Kertas ini dikemukakan oleh Operasi Dakwah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. TUJUAN 3 Kertas ini dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri bertujuan untuk memaklumkan Peraturan & Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. LATAR BELAKANG 4 Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan “Selamat Datang“ dan seni kompang selawat adalah dua cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Kedua cabang seni ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini. 5 Marhaban dan selawat adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan ’taufiqi’ yang diajarkan oleh Allah Taala. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 2 } OPERASI DAKWAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM MUHARRAM 1430 / JANUARI 2009
  • 3. Bahagian Pendidikan Islam, KPM Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. 6 Di Malaysia, kedua ungkapan ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala. 7 Kumpulan Marhaban dan kompang selawat ini biasanya hanya dimonopoli oleh golongan yang sudah berumur sahaja, sama ada lelaki ataupun perempuan. Penyertaan daripada kalangan remaja amatlah kurang sekali. TUJUAN PERTANDINGAN 8 Menyedari bahawa marhaban dan kompang selawat adalah merupakan antara warisan bangsa dan lambang jati diri umat Islam di rantau ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk memperkembangkan seni ini dalam kalangan remaja, khususnya murid-murid sekolah. Justeru, Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dirangka untuk dilaksanakan. 9 Pertandingan ini diadakan, antara lain bertujuan untuk mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi dan mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang watannya. 10 Tujuan berzanji dan marhaban juga adalah untuk memperdengarkan kepada umum riwayat hidup Rasulullah saw. Yang mempunyai sifat-sifat mulia lagi terpuji dan mengenai sejarah perjuangannya dalam menegakkan Islam, supaya masyarakat dapat mengamalkannya dalam kehidupan. PERKARA YANG DIMAKLUMKAN 11 Tajuk Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 3 }
  • 4. Bahagian Pendidikan Islam, KPM Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. 12 Matlamat Menjana pembangunan modal insan di peringkat persekolahan melalui aktiviti ko- kurikulum agar murid terdidik dengan nilai-nilai murni dan mempunyai jati diri yang kuat melalui penghayatan ajaran Islam dan pengenalan budaya bangsa yang luhur dan murni. 13 Objektif 1. Memberi satu wadah dan peluang kepada murid untuk terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum; 2. Memperkuat dan mengembalikan penghayatan murid kepada budaya melalui aktiviti ko-kurikulum; 3. Mendedahkan salah satu cabang kesenian Islam dalam kalangan murid sekolah menengah; 4. Memperkenal kembali seni marhaban dan kompang selawat kepada murid sebagai salah satu medan dan metod dakwah; 5. Melahirkan modal insan negara bangsa yang tidak luput jati dirinya, tinggi akal budi; dan 6. Mengekalkan warisan budaya murni nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman. 14 Peraturan dan Syarat Pertandingan Berzanji Marhaban Sekolah Menengah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14.1 Penyertaan Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 4 }
  • 5. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 14.1.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah kebangsaan (SMK) dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia daripada Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5 sahaja. 14.1.3 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Marhaban yang mengandungi 9 orang bagi setiap kumpulan termasuk pembaca rawi. 14.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja. 14.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan. 14.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 14.1.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.2 Borang Penyertaan 14.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar Borang Penyertaan rasmi yang mengandungi (lampiran); (i) Nama Sekolah/Daerah/Negeri. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Senarai Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan. 14.2.2 Setiap kumpulan hendaklah menyertakan teks marhaban yang akan dipersembahkan. 14.2.3 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh pengetua/ Pegawai Pelajaran Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 5 }
  • 6. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 14.3 Format Persembahan 14.3.1 Persembahan hendaklah dimulakan dengan bacaan rawi. 14.3.2 Semua ahli kumpulan hendaklah duduk ketika bacaan rawi. 14.3.3 Semua ahli kumpulan hendaklah berdiri ketika mempersembahkan marhaban. 14.4 Pemilihan Rawi, Marhaban & Tarannum 14.4.1 Setiap kumpulan akan memperdengarkan rawi yang ditentukan oleh penganjur pertandingan pada tahun berkenaan. 14.4.2 Tarannum berzanji dan marhaban yang disampaikan hendaklah berdasarkan tarannum asli yang muktabar. 14.4.3 Setiap tarannum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada tarannum Arab Hijazi sahaja. 14.4.4 Setiap persembahan berzanji dan marhaban hendaklah dimulai dan diakhiri dengan selawat. 14.4.5 Setiap persembahan marhaban mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) jenis tarannum yang dibenarkan. 14.4.6 Setiap tarannum hendaklah dipersembahkan dalam 3 tabaqat (tingkatan). 14.5 Rawi Berzanji dan Teks Marhaban 14.5.1 Rawi berzanji dan teks marhaban hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja. 14.5.2 Setiap tambahan teks rawi dan marhaban hendaklah berdasarkan teks yang muktabar. 14.6 Masa 14.6.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 20 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan Berzanji dan Marhaban. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 6 }
  • 7. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 14.6.2 Markah akan di potong jika persembahan kurang daripada 18 minit atau melebihi masa 20 minit. 14.6.3 Masa akan dikira bermula daripada bacaan selawat pembuka dan berakhir setelah selesainya bacaan selawat penutup. 14.7 Pakaian 14.7.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna. 14.7.2 Peserta lelaki dilarang memakai pakaian menyerupai pakaian peserta perempuan dan sebaliknya. 14.7.3 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin dan bersongkok hitam. 14.7.4 Pakaian Perempuan : Baju kurung/berjubah dan bertudung yang sempurna dan sopan. 14.7.5 Pakaian dan perhiasan mestilah sederhana. Pakaian, hiasan dan solekan yang keterlaluan akan dipotong markah persembahan. 14.7.6 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi. * Perhatian Mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 14.8 Penghakiman dan Pemarkahan 14.8.1 Penghakiman akan diadili oleh panel hakim pertandingan Berzanji dan Marhaban yang dilantik oleh penganjur. 14.8.2 Penghakiman dibuat berdasarkan aspek pemarkahan pada Berzanji dan Marhaban seperti berikut : 14.8.2.1 Berzanji Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 7 }
  • 8. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i) Tarannum – 30 markah (ii) Tajwid – 25 markah (iii) Fasohah – 25 markah (iv) Suara – 20 markah 14.8.2.2 Marhaban (i) Tarannum – 40 markah (ii) Suara – 25 markah (iii) Fasohah – 20 markah (iv) Persembahan – 15 markah 14.8.3 Penghakiman Berzanji 14.8.3.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi; (i) Tarannum Arab Hijazi yang muktabar. (ii) Setiap Tarannum hendaklah disampaikan secara teratur dalam empat harakat tanpa takrir. (iii) Setiap Tarannum hendaklah disempurnakan dalam tiga tabaqat. (iv) Setiap Tarannum hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun serta tidak bercampur-aduk. Jenis-jenis kesalahan; (i) Kurang daripada empat harakat dalam setiap rangkap. (ii) Tidak dapat mengawal mahattah dan qit’ah. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 8 }
  • 9. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (iii) Terdapat sumbang alunan yang mencacatkan. (iv) Terdapat susunan harakat yang tidak sesuai. (v) Terdapat takrir pada harakat qit’ah. (vi) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat. (vii) Setiap tarannum yang tidak disampaikan dalam tiga tabaqat. (viii) Setiap tarannum yang bercampur aduk. * Perhatian (i) Pemotongan markah bagi kesalahan yang berulang-ulang hendaklah tidak melebihi 5 markah. (ii) Markah penuh ialah 40 markah termasuk markah istimewa. Markah istimewa akan diberi mengikut ciri-ciri yang tertentu. Ciri-ciri keistimewaan; (i)Bacaan yang mempunyai tarannum jawab yang sesuai dan menarik. Contoh; tarannum Sikah - jawabnya Mayyah, Rakbi – jawabnya Hijaz dan Rast jawabnya Hijaz atau Yaman Hijaz. (ii) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah Arab. (iii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat secara menarik. (iv) Harakat yang mempunyai ‘ikhtilalul lahn’. (v) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik. 14.8.3.2 Tajwid. Aspek yang dihakimi; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 9 }
  • 10. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i)Memelihara hukum nun sakinah dan tanwin. (ii) Memelihara hukum mim. (iii) Memelihara hukum idgham. (iv) Memelihara hukum alif lam shamsiah dan qamariah. (v) Memelihara hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vi) Memelihara hukum mudud. (vii) Memelihara ‘wajibul ghunnah’. Jenis-jenis kesalahan; (i)Tidak memelihara hukum mudud kecuali di beberapa tempat tertentu dan pada ‘mad a’ridh lissukun’. (ii) Menyalahi hukum nun sakinah dan tanwin. (iii) Menyalahi hukum mim. (iv) Menyalahi hukum idgham. (v) Menyalahi hukum alif lam shamsiah dan qamariah. (vi) Menyalahi hukum ‘tarqiq’, ‘taghliz’ dan ‘tafkhim’. (vii) Menyalahi hukum mudud. (viii) Menyalahi ‘wajibul ghunnah’. Ciri-ciri keistimewaan; (i)Mencapai kesempurnaan sifat-sifat ghunnah. (ii) Dapat menyamai kadar hukum mad yang sejenis. 14.8.3.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 10 }
  • 11. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i)Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Kesempurnaan dan ketepatan waqaf dan ibtida’. (iv) Memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan. Jenis-jenis kesalahan; (i)Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Tidak sempurna dan tepat wakaf ibtida’. (iv) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid. (v) Melanggar kesederhanaan dan keselarasan rentak bacaan. Ciri-ciri keistimewaan; (i)Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan. (ii) Dapat menyempurnakan bacaan ayat yang panjang dalam satu nafas. 14.8.3.4 Suara. Aspek yang dihakimi; (i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah). (iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat). (iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan, kelembutan dan kemerduan suara. (vi) Kelantangan dan ketajaman suara. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 11 }
  • 12. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi. (viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir). Jenis-jenis kesalahan; (i) Suara serak / parau yang merosakkan (ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam (iv) Suara terpecah / terputus (v) Suara tersepit / tercekik (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah (vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat (viii) Suara lemah / lembab (ix) Suara keras / kaku (x) Suara yang berubah kualiti Ciri-ciri keistimewaan; (i) Suara berlahjah Arab. (ii) Suara yang merangkumi keempat-empat tabaqat dengan selesa. (iii) Suara yang bergerak / hidup. (iv) Suara yang mempunyai kemerduan. 14.8.4 Penghakiman Marhaban 14.8.4.1 Tarannum. Aspek yang dihakimi; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 12 }
  • 13. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i) Taranum yang dipersembahkan hendaklah berasaskan kepada Tarannum Hijazi sahaja. (ii) Setiap persembahan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis tarannum yang dibenarkan. (iii) Setiap tarannum hendaklah disampaikan dalam 3 tabaqat. (iv) Tarannum marhaban yang dipersembahkan hendaklah seiring/sama/selaras dengan tarannum berzanji. Contoh; rawi sikah - marhaban sikah, rawi rakhbi - marhaban rakhbi dan rawi rast -marhaban rast. (v) Kesinambungan di antara tarannum hendaklah menggunakan wazan tarannum yang bersesuaian. Jenis-jenis kesalahan; (i) Menggunakan tarannum berbentuk nasyid atau saduran. (ii) Kurang daripada tiga tarannum dalam persembahan. (iii) Terdapat unsur-unsur kekerasan atau kekasaran pada harakat. (iv) Setiap tarannum tidak disampaikan dalam tiga tabaqat. (v) Sumbang ketika menukar alunan tarannum. (vi) Tarannum marhaban tidak seiring dengan tarannum rawi. Ciri-ciri keistimewaan; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 13 }
  • 14. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i) Setiap tarannum yang dialunkan mengikut lahjah arab. (ii) Setiap tarannum yang disempurnakan dalam 4 tabaqat dengan selesa. (iii) Harakat yang mempunyai burdah yang menarik. 14.8.4.2 Suara. Aspek penghakiman; (i) Kebersihan suara (tidak serak). (ii) Kelicinan suara (tidak pecah). (iii) Tingkatan suara (sekurang-kurangnya 3 tabaqat). (iv) Ketepatan nada suara (bergerak tidak sumbang). (v) Kemanisan ,kelembutan dan kemerduan suara. (vi) Kelantangan dan ketajaman suara. (vii) Kekerapan burdah yang disusun rapi. (viii) Pengawalan kualiti suara dari mula hingga akhir (kualiti suara tidak menurun dari mula hingga akhir). (ix) Kesepaduan suara (kumpulan). (x) Hanya menggunakan satu suara (unison). Jenis-jenis kesalahan; (i) Suara serak / parau yang merosakkan (ii) Suara sumbang yang merosakkan (iii) Suara tenggelam (iv) Suara terpecah / terputus (v) Suara tersepit / tercekik Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 14 }
  • 15. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (vi) Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi / rendah (vii) Suara tidak cukup tiga thabaqat (viii) Suara lemah / lembab (ix) Suara keras / kaku (x) Suara yang berubah kualiti (xi) Suara yang berlapis-lapis berbentuk harmoni * Perhatian (i) Suara serak yang berpanjangan akan dipotong 2 markah sahaja. 14.8.4.3 Fasohah. Aspek yang dihakimi; (i) Memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Memelihara tanda baris dan tasydid. (iv) Keselarasan rentak bacaan / sebutan. Jenis-jenis kesalahan; (i) Tidak memelihara sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. (ii) Tidak cermat dalam melafazkan huruf dan kalimah. (iii) Tidak memelihara tanda baris dan tasydid. (iv) Tidak selaras rentak bacaan. Ciri-ciri keistimewaan; (i) Bacaan yang mengikut kadar kelajuan yang sesuai pada keseluruhan persembahan bacaan. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 15 }
  • 16. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (ii) Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas. 14.8.4.4 Persembahan. Aspek yang dihakimi; (i) Disiplin dan susun atur. (ii) Pakaian peserta yang bersesuaian. (iii) Memula dan menutup persembahan dengan selawat. (iv) Penghayatan (ekspresi). (v) Gaya yang sesuai dan tidak keterlaluan. (vi) Menepati masa yang ditentukan. (vii) Keseimbangan persembahan / penampilan di antara solo dengan ramai. Jenis-jenis kesalahan; (i) Kurang berdisiplin. (ii) Pakaian yang tidak seragam / tidak sesuai. (iii) Tidak memula dan menutup persembahan dengan selawat. (iv) Tiada penghayatan. (v) Gaya yang keterlaluan. (vi) Tidak menepati masa. (vii) Tidak seimbang antara solo dengan kumpulan. Ciri-ciri keistimewaan; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 16 }
  • 17. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (i) Dapat menampilkan solo lebih dari dua orang yang menarik. (ii) Dapat menamatkan persembahan tepat pada masa yang ditetapkan (20 minit). 14.9 Penentuan Keputusan Pertandingan 14.9.1 Kategori Pertandingan; 14.9.1.1 Kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik 14.9.1.2 Kategori Marhaban – Persembahan Terbaik 14.9.1.3 Kategori Berzanji dan Marhaban – Johan, Naib Johan, Ketiga dan Saguhati 14.9.2 Bagi kategori Berzanji – Pembaca Rawi Terbaik, keputusan akan berdasarkan kepada pembaca rawi yang mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan. 14.9.3 Bagi kategori Marhaban – Persembahan Terbaik, keputusan akan berdasarkan kepada persembahan marhaban yang mendapat markah tertinggi. Hanya satu anugerah akan diberikan. 14.9.4 Bagi kategori Berzanji dan Marhaban, pasukan yang memperolehi markah tertinggi setelah markah kategori Berzanji dan Marhaban dicampurkan, akan diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya. 14.9.5 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian- bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan; (i) Tarannum (rawi dan marhaban); (ii) Tajwid (rawi); (iii) Suara (rawi dan marhaban); Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 17 }
  • 18. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (iv) Fasohah (rawi dan marhaban); dan (v) Persembahan (marhaban). 14.9.6 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan. 14.9.7 Keputusan hakim adalah muktamad. 14.10 Bantahan 14.10.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan. 14.10.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan. 14.10.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan. 15 Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 15.1 Penyertaan 15.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan sekolah bantuan kerajaan, daripada Tahun Satu hingga ke Tahun Enam sahaja. 15.1.2 Setiap sekolah/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan Kompang Selawat yang mengandungi sekurang- kurangnya 12 orang dan tidak melebihi 15 orang bagi setiap kumpulan. 15.1.3 Kesemua ahli kumpulan dimestikan memalu kompang. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 18 }
  • 19. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.1.4 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada murid sekolah yang sama sahaja. 15.1.5 Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada satu jantina sahaja, sama ada lelaki atau perempuan. 15.1.6 Sekolah yang menjadi johan di peringkat daerah akan mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri dan johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 15.1.7 Mana-mana pasukan dilarang sama sekali untuk memperkenalkan identiti sekolah atau kumpulan secara lisan, pada pakaian dan alatan dalam apa jua bentuk semasa persembahan. 15.1.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.2 Borang Penyertaan 15.2.1 Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan rasmi (Lampiran) yang mengandungi; (i) Nama Sekolah. (ii) Nama Kumpulan. (iii) Nama Ahli Kumpulan. (iv) Nombor Kad Pengenalan / Surat Beranak. 15.2.2 Borang penyertaan yang lengkap dan disahkan oleh guru besar/ Pegawai Pendidikan Daerah/ Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia mengikut tarikh yang ditetapkan. 15.3 Paluan 15.3.1 Kompang hendaklah dipalu dengan menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang alat bantuan yang lain. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 19 }
  • 20. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.3.2 Gubahan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua bentuk paluan iaitu melalu dan meningkah. 15.3.3 Paluan mestilah melibatkan kesemua ahli kumpulan. 15.3.4 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.3.5 Gubahan yang mempunyai lebih daripada dua bentuk paluan adalah satu kelebihan (contoh; menyilang, menganak dan lain- lain). 15.4 Formasi persembahan. 15.4.1 Pergerakan formasi mestilah melibatkan semua ahli pasukan dan bersesuaian dengan rentak paluan. 15.4.2 Pergerakan yang keterlaluan, agresif, merbahaya dan akrobatik adalah tidak dibenarkan. 15.4.3 Formasi pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 15.4.4 Sebarang set dan prop tambahan dalam apa juga bentuk adalah tidak dibenarkan. 15.4.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.4.6 Segala pergerakan masuk dan keluar pentas adalah juga dianggap sebagai satu persembahan. 15.4.7 Segala pergerakan dan formasi hendaklah dilakukan di dalam ruangan atau pentas yang berukuran tidak melebihi 20 kaki x 20 kaki persegi. 15.5 Lagu 15.5.1 Setiap pasukan mestilah mempersembahkan dua buah lagu. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 20 }
  • 21. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.5.2 Lagu pertama bertemakan selawat. 15.5.3 Lagu kedua bertemakan tajuk mata pelajaran Pendidikan Islam KBSR Tahun Satu hingga Tahun Enam yang akan ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Islam dari semasa ke semasa. 15.5.4 Lagu pertama boleh menggunakan melodi/irama selawat yang sedia ada atau ciptaan baru yang bersesuaian. 15.5.5 Lagu kedua adalah bebas sama ada menggunakan melodi/irama yang sedia ada atau ciptaan baru. 15.5.6 Lagu pertama mestilah berentak tradisional Melayu (masri, zapin, inang, joget, asli dan gabungan mana-mana rentak di atas.) 15.5.7 Rentak lagu kedua adalah bebas. Namun, rentak berunsur hardrock, heavy metal, rap, hip-hop dan yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali. 15.5.8 Lagu pembukaan dan penutup yang tiada kaitan dengan lagu pertama dan kedua adalah tidak dibenarkan. 15.5.9 Antara lagu pertama dan kedua perlu ada senggangan masa. 15.5.10 Kedua-dua lagu (Pertama dan Kedua) hendaklah disampaikan tanpa bantuan alat pembesar suara (microphone). 15.5.11 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.6 Lirik Lagu 15.6.1 Lirik lagu pertama hendaklah dalam Bahasa Arab sahaja. 15.6.2 Lirik lagu kedua boleh disampaikan dalam Bahasa Arab, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau gabungan antara dua atau ketiga-tiga bahasa tersebut sahaja. 15.6.3 Lirik lagu kedua yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 21 }
  • 22. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.6.4 Penggunaan ayat al-Quran sebagai sebahagian atau keseluruhan lirik lagu tidak dibenarkan sama sekali. 15.6.5 Lirik yang menyentuh isu-isu sensitif tidak dibenarkan. 15.6.6 Setiap kumpulan hendaklah menyerahkan lirik lagu yang dipertandingkan kepada urusetia pertandingan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. 15.6.7 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.7 Masa 15.7.1 Setiap kumpulan diberi masa selama 8 hingga 10 minit sahaja untuk menyampaikan persembahan. 15.7.2 Markah akan dipotong jika persembahan melebihi masa yang di tetapkan atau kurang daripada 8 minit. 15.7.3 Masa dikira bermula apabila peserta mula masuk ke kawasan persembahan atau bersuara atau memalu kompang. 15.8 Pakaian 15.8.1 Pakaian peserta mestilah menutup aurat dengan sempurna. 15.8.2 Pakaian Lelaki : Baju kebangsaan yang lengkap; bersampin, bersongkok hitam dan berkasut lengkap. 15.8.3 Pakaian Perempuan : Baju kurung, bertudung yang sempurna dan sopan serta berkasut lengkap. 15.8.4 Pakaian peserta lelaki tidak dibenarkan menyerupai pakaian peserta perempuan dan sebaliknya. 15.8.5 Pakaian, perhiasan dan solekan mestilah sederhana dan tidak keterlaluan. 15.8.6 Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 22 }
  • 23. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.8.7 Semua larangan yang terdapat dalam peraturan berpakaian sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi. 15.8.8 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.9 Jenis kompang 15.9.1 Saiz kompang hendaklah berdiameter antara 25 cm hingga 38 cm (10 inci hingga 15 inci) sahaja. Penggunaan pelbagai saiz kompang dibenarkan. 15.9.1 (a) Ketebalan kompang yang digunakan hendaklah tidak melebihi 4 inci. 15.9.2 Belulang kompang mestilah dibuat daripada kulit binatang sahaja. Penggunaan PVC atau kulit tiruan tidak dibenarkan sama sekali. 15.9.3 Kompang berkerincing, jedor atau alatan muzik selain daripada kompang tidak dibenarkan sama sekali. 15.9.4 Penggunaan sebarang alat elektronik adalah tidak dibenarkan. 15.9.5 Mana-mana pasukan yang melanggar peraturan di atas, boleh dibatalkan penyertaannya. 15.10 Penghakiman dan Pemarkahan 15.10.1 Bahagian Paluan (35 markah) Aspek penghakiman; (i) Gubahan rentak. (ii) Bentuk paluan. (iii) Tempo. (iv) Kualiti ton. (v) Dinamik / ekspresi. (vi) Keseimbangan. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 23 }
  • 24. Bahagian Pendidikan Islam, KPM 15.10.2 Bahagian Formasi Persembahan (30 markah) Aspek penghakiman; (i) Kreativiti. (ii) Keseragaman. (iii) Disiplin dan susun atur. (iv) Kesesuaian gerak formasi. (v) Pakaian. 15.10.3 Bahagian Suara (20 markah) Aspek penghakiman; (i) Kualiti suara. (ii) Kesepaduan suara. (iii) Keharmonian suara. (iv) Kejelasan dan kefasihan sebutan. 15.10.4 Bahagian Lagu (15 markah) Aspek penghakiman; (i) Gubahan lagu. (ii) Lirik yang sesuai. (iii) Kesesuaian lagu dengan irama. 15.11 Penentuan Keputusan Pertandingan 15.11.1 Pasukan yang memperolehi markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan. Pasukan yang mendapat jumlah markah kedua tertinggi akan menjadi Naib Johan dan seterusnya. 15.11.2 Seandainya terdapat persamaan markah, maka kedudukan akan ditentukan dengan merujuk kepada markah bahagian- bahagian pemarkahan berikut mengikut turutan; (i) Paluan; (ii) Formasi Persembahan; Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 24 }
  • 25. Bahagian Pendidikan Islam, KPM (iii) Suara; dan (iv) Lagu. 15.11.3 Seandainya masih terdapat persamaan markah, jemaah hakim akan bersidang untuk menentukan keputusan pertandingan. 15.11.4 Keputusan hakim adalah muktamad. 15.12 Bantahan 15.12.1 Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara rasmi kepada Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi yang disediakan. 15.12.2 Bantahan mestilah sampai ke Pengerusi Jemaah Hakim sebelum keputusan diumumkan. 15.12.3 Sebarang bantahan selepas keputusan rasmi pertandingan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, tidak akan dilayan. Peraturan dan Syarat Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia { Hal 25 }