SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
ISI KANDUNGAN 
Perkara Halaman 
PENGENALAN 2 
1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 5 
2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN 
ETNIK DI MALAYSIA 8 
KESIMPULAN 21 
RUJUKAN 22 
1
2 
PENGENALAN 
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan salah sebuah 
negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, 
agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya 
negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam 
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai 
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami 
oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian 
kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan 
adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh 
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur 
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini 
coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika 
itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau 
kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan 
masayarakat majmuk. 
Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di 
Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang 
merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan 
warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk 
iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta 
orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada 
jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk 
Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum 
India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 
318.9 ribu orang. 
Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan 
kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati 
antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada 
interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik 
yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh 
semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi 
sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia 
bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di
Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat 
berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa 
pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui 
kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini 
berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang 
kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan 
penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008). 
Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju seiring dengan 
negara luar walaupun negara kita masih baru mencecah separuh abad usia 
kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya 
hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga yang baik ini telah 
terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita 
sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua 
etnik. Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus 
bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara 
membangun yang mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. 
Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan 
telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan 
pencapaian ekonomi, keamanan dan keharmonian yang bertunjangkan kepada 
perpaduan etnik telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding 
negara-negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi 
satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar 
terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia di mana setiap 
orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan budaya dapat duduk semeja 
tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi 
sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi. 
Namun begitu, dalam usaha-usaha yang dijalankan oleh negara kita untuk 
mengeratkan hubungan etnik ini masih ada lagi keluhan dari berberapa pihak 
yang menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan 
yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat dimana mereka 
membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat 
majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Bahkan golongan 
ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan 
masyarakat dulu dimana pada mata mereka masyarakat sekarang seperti 
3
sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat hubungan etnik pada zaman 
sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana telah dikotori oleh politik. 
Politik zaman sekarang kononnya tidak lagi benar-benar 
memperjuangkan hak kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan 
ahli politik itu sendiri. Masalah inilah telah menimbulkan kepincangan dalam 
hubungan antara etnik dimana yang menerima akibat dan dipermainkan oleh 
mainan politik. Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang melihat 
hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat 
kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok dalam segi 
ekonomi atau politik pada masa sekarang atau masa depan sebagai sesuatu 
yang lebih penting. 
Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh 
melemahkan secara sengaja atau tidak kepentingan dan kedudukan mereka 
yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta 
politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini sesuatu yang melemahkan 
kedudukan mereka dari segala segi dimana menunjukkan seolah-olah 
mereka tidak mempercayai konsep kesaksamaan. Perkara-perkara inilah 
yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan dan keharmonian 
hubungan etnik di negara kita. Namun dalam usaha untuk mengeratkan 
hubungan etnik di negara kita terdapat cabaran-cabaran utama yang difikir 
amat penting untuk diatasi supaya ianya tidak dapat menjejaskan usaha 
negara kita ini. Maka dalam tugasan ini saya akan menjelaskan apakah 
cabara-cabaran tersebut dalam usaha mengeratkan hubungan etnik di 
Malaysia. Topik yang dibincangkan dalam tugasan ini seperti rajah di bawah : 
4
1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 
Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan 
perpaduan. 
konsep Budaya 
Konsep Asas 
Hubungan 
5 
Konsep 
Masyarakat 
i. Konsep Masyarakat 
Etnik 
Konsep 
Perpaduan dan 
Integrasi 
Menurut pada Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang 
hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut 
Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang
mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan 
struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi 
tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari 
kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut: 
6 
 Hidup berkelompok. 
 Mempunya budaya. 
 Mengalami perubahan. 
 Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok. 
 Ada kepimpinan. 
 Mempunyai aturan sosial seperti susun lapis, kelas, status dan kasta 
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu 
difahami atas beberapa sebab seperti berikut : 
 Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada 
pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat. 
 Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. 
 Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain. 
 Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan 
masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan 
difahami kerana masyarakat adalah dinamik. 
ii. Konsep Budaya 
Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada 
perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Daya pula 
bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa 
Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil 
kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan 
lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa 
“Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); 
objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat 
tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen 
(sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol”. Menurut Shamsul 
Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut:
7 
 Dipelajari. 
 Dikongsi. 
 Bersifat sejagat. 
 Diwarisi. 
 Berubah-ubah. 
 Mempunyai unsure simbolik. 
 Adanya worldview (pandangan semesta). 
iii. Konsep Perpaduan dan Integrasi 
Menurut Jayum A. Jawan (1997), perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep 
yang saling berkait rapat dan sering digunakan bersilih ganti. Perpaduan dan 
integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi 
satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses 
menyatupadukan masyarakat dan engara supaya setiap anggota masyarakat dapat 
membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. 
Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan 
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. 
Terdapat lima bentuk integrasi iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan 
amalgamasi seperti berikut: 
 Segregasi 
Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik 
lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa perkara seperti 
tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan serta kemudahan awam. 
Segregasi wujud didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. 
 Akomodasi 
Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C merujuk 
kepada budaya. Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setia kumpulan etnik 
menyedari dan menghormati nilai-nilai kumpulan etnik lain serta mempertahankan
budaya masing-masing. Umpamanya, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam 
pentadbiran negara. 
8 
 Akulturasi 
Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan 
individu atau kelompok dari suatu kebudayaan yang berbeza. Akulturasi tidak 
menyebabkan kehilangan identiti asal sesuatu etnik. 
 Asimilasi 
Asimilasi diwakili formula A+B+C = A. Dikatakan bahawa A adalah golongan etnik 
dominan manakala B dan C adalah kumpulan etnik minoriti. Asimilasi adalah satu 
proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya 
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti sama. 
 Amalgamasi 
Amalgamasi diwakili formula A+B+C = D. Dikatakan bahawa A, B dan C adalah 
golongan etnik berbeza dan D adalah satu kumpulan baru terhasil daripada 
penyatuan A, B dan C. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya 
atau ras bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru. 
2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK DI 
MALAYSIA 
Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan megeratkan perpaduan dan 
hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat 
sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. 
Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang 
mampu menjejaskan hubungan antara etnik dan perpaduan masyarakat majmuk di 
Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam 
masyarakat kita. Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan. 
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat
dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendri yang menjadi 
identiti mereka. 
Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh 
dan dipersoalkan. Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat 
kurangnya interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan 
interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak 
memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak 
memahami apa yang diperkatakan. Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat 
tinggal dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara 
kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum 
dimana percaya atau tidak perkara ini masih lagi wujud. Faktor keempat ialah 
wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh 
menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk 
menerangkan sasuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab 
mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan 
masyarakat. Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada 
masyarakat lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika 
memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka. 
Faktor terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi 
politik, perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan 
dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak 
dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti 
diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu 
diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran 
yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata. 
Terdapat enam cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh 
menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini 
mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian 
megara, namun ia masih menjadi api dalam sekam yang mungkin secara sedikit 
demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan di antara etnik-etnik 
di Malaysia. Antara enanm cabaran tersebut iaitu 
9
cabaran 
dari segi 
sosial 
cabaran 
dari segi 
Globalisasi. 
lima cabaran 
dalam 
mengeratkan 
hubungan etnik 
10 
cabaran 
dari segi 
ekonomi 
cabaran 
dari segi 
politik 
i. Cabaran dari segi politik 
cabaran 
dari segi 
perpaduan 
cabaran 
dari segi 
kebudayaan 
dan Agama 
Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu 
yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi 
mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi Negara namun begitu 
pada zaman sekarang , sebenarnya perkara ini tidak wujud dan jika benar-benar ada 
sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui. Cabaran timbul kerana setiap kaum 
diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, 
meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat 
pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat 
dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini 
menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan tidak mahu 
berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. 
Cabaran ini juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima 
kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai 
corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk snagka dan sentiasa 
mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan 
kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan 
setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun begitu
terdapat juga parti yang memelihara dan mementingkan perpaduan namun 
kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja. 
Selain itu, Politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senagng hati dan 
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu 
dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti 
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh 
sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini akan tidak akan 
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. 
11 
ii. Cabaran dari segi ekonomi 
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa 
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan 
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini 
jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi 
yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di 
kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan 
dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan 
perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan 
di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini 
terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. 
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi 
pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan 
perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan 
perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. 
Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat 
sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang 
Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan 
pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa 
banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum 
atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada 
dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara 
sesama kaum terbabit. 
Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak 
utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai 
kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah memisahkan 
kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum 
Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai 
petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang 
manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. 
Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan 
jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu 
masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di 
dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. 
Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka 
hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi 
dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan 
komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan 
perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal. 
Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada 
aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk 
ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah 
kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa 
dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam 
bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan 
sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun 
kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang 
lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga 
perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor 
perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee 
(2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga 
dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam 
bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”. 
Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah 
pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan 
kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera 
12
adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi 
pertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di 
Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah 
pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan 
2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah 
94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus.Kaum melayu pula kekal engan 
sektor pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan 
penjawat awam. 
Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan 
wujudnya jurang ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan 
telah menjalankan dasar-dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu 
mengurangkan jurang ini dan bukannya menghapuskannya.ini menyukarkan 
pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada 
percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf memandangkan mereka 
terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan lebih tinggi 
pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari 
golongan yang lain. 
Disamping itu dengan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk 
mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing 
mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam 
sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran 2. Selain 
itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari 
etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah 
berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe untuk memohon membuka 
francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak 
memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya 
unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu juga 
dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari 
bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan 
dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan 
etnik di Malaysia. 
13
Pemisahan dari 
segi pendidikan 
CABARAN 
DARI SEGI 
SOSIAL 
14 
iii. Cabaran dari segi sosial 
Dari segi juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik 
menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial 
antara kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan 
kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka 
sesuatu hubungan yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada 
pemisahan yang berlaku seperti di bawah 
Pemisahan dari 
segi fizikal. 
a. Pemisahan dari segi fizikal. 
Kontrak Sosial 
Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang 
memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah lagi oleh dasar 
pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana 
orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan 
ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja disana sedangkan 
orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk 
menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk 
system pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja 
merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme 
dan menimbulkan prasangka antara kaum.
b. Pemisahan dari segi pendidikan 
Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem 
sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam 
menjalankan PdP. Ini kerana pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak 
mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, 
mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan 
Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam 
bahasa Inggeris. 
Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan 
keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya 
mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan 
kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah 
mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang 
sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India 
dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi 
semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan 
tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk 
perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan 
dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau 
kaum. 
Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan 
memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari 
dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha 
murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula 
kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan 
kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu 
Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke 
atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, 
terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara 
masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia 
ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 
tahun 1957. 
kesan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap 
politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, 
15
pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat 
mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut 
memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. 
Maka, berrmula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak 
seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah 
disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih 
meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah 
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. 
Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan 
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang 
baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia 
yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan 
persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan 
kepentingan yang berbeza. 
Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan 
kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana 
sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan 
menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula 
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal 
16 
mengenali. 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan 
bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem 
sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk 
mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha 
melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat 
kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik 
kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum 
bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah 
sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah 
pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin 
hak-hak mereka.
Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem 
persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di 
kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan 
menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus 
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. 
Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan 
bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran. 
17 
c. Kontrak sosial 
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para 
pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA 
dan MIC. Kontrak ini diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan 
kepentingan diri atau kelompok masing – masing. Ia juga bagi memastikan 
kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan 
kepentingan masing-masing. 
Kontrak ini juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan 
diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang 
berpanjangan dan mesti kekal selama-lamanya demi keamanan dan kemakmiran 
negara. Ia juga memastikan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan 
menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan 
dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubungan yang 
terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan 
menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana 
seperti yang dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus 
mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus 
mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja – Raja 
Melayu. Orang Cina dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima hak 
keistimewaan pertuanan orang Melayu.
18 
iv. Cabaran dari segi Globalisasi. 
Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi 
semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan 
pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. 
Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya 
hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan 
dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. 
Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang 
merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber 
manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan 
pemikiran barat diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini 
dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat 
adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, 
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang 
rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan 
etnik di Malaysia 
Cabaran globalisasi ini boleh kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang 
mampu untuk memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi 
ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu 
ketenteraan atau serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga 
wujudnya hasutan supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-tiga 
perkara ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana, 
kebanyakkan dari kita lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling 
ketara sekali adalah dari segi pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. 
Disamping itu juga, rakyat negara ini suka terikut-ikut tanpa mempelajari 
dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara. Contohnya, dalam budaya Punk yang 
dibawa oleh barat sebenarnya wujud satu falsafah yang boleh kita adaptasi bagi 
meningkatkan semangan patriotik, akan tetapi menyedihkan bagi rakyat Malaysia 
terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut penampilan Punk itu sahaja 
tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata pepatah, yang baik jadikan 
teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tidak salah kita menjadikan barat sebagai 
rujukan kita, namun perlulah melihat kepada aspek yang berkait dengan nilai-nilai 
murni bangsa Malaysia.
19 
v. cabaran dari segi perpaduan 
Cabaran seterusnya dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia 
adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting 
bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan 
yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia, 
masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antara rakyat yang 
terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289). 
Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang 
teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum 
itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan 
penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak 
ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, 
bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan 
asas ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak 
wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, 
orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta 
membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini. 
Selain daripada perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan 
satu daripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut 
Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan 
istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan 
lambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa mudahnya jati 
diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri bangsa ini boleh kita 
terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara cabaran dalam memupuk dan 
membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. 
Peristiwa ini telah mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu 
masih belum memiliki budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru, 
adalah menjadi cabaran buat semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam 
memelihara serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
vi. Cabaran Dari segi keagamaan dan kebudayaan 
Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan 
dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem 
hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik 
mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik 
mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. 
Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan 
kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik 
masing-masing. 
Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana 
semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri. 
Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan 
bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu 
membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain 
bangsa mereka. Identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. 
Disamping itu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil 
kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita 
tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa 
lain. 
20
21 
KESIMPULAN 
Secara kesimpulan, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik 
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan 
agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang 
harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, 
pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar 
Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan 
etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama 
daripada semua pihak. Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu 
menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external 
menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. 
Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. 
Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi 
akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara 
lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, 
budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah 
berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi 
hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu 
bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. 
Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu 
menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. 
Oleh itu, usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini 
bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi 
mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan 
bijaksana. Jika dilhat bidang pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang 
paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan 
menyatupadukan serta mengintegrasikan pelbagai kaum. Setiap dasar yang 
dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza 
daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum 
sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. 
Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu 
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya 
sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai 
perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak 
mungkin dapat dicapai.
22 
RUJUKAN 
Harliana Halim. ( ). Hubungan Etnik Di Era Penjajahan Hingga Kemerdekaan. 
http://www.scribd.com/doc/13377066/Hubungan-Etnik-Di-Era-Penjajahan- 
Hingga-Kemerdekaan-H Di petik pada 01 oktober 2014. 
Mohd. Mahadee. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media. Titas. Penerbit 
Universit Putra Malaysia. Serdang. 
Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, 
Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan 
Budiman Sdn. Bhd. 
Nurdeng Deuraseh. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi. 
Titas. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. 
Ma’rof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby. (2001). Pengantar 
Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 
Serdang. 
Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan 
Cabaran Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris. 
Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia :Peranan 
pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN 
2180-0251. 
Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : 
perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61- 
84. ISSN 1985-6830.
23

More Related Content

What's hot

Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianINSTAQLIM
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utamaMARTIN JANTAI
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianSharifahNurAbu
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Norisuwanah Jaffar
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalTopik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalSharifahNurAbu
 
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanSharifahNurAbu
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 

What's hot (20)

Perpaduan kaum
Perpaduan kaumPerpaduan kaum
Perpaduan kaum
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama17 nilai murni yang utama
17 nilai murni yang utama
 
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaianTopik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
Topik 3 etika dlm masyarakat kepelbagaian
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalTopik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
 
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 

Viewers also liked

CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)Ashikin Azeman
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09harithhamizan
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Fadhil Ismail
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan EtnikWanBK Leo
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)ciklaili. com
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)ciklaili. com
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikFarid Hasan
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 

Viewers also liked (12)

CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
Buku perpaduan 4 7
Buku perpaduan 4 7Buku perpaduan 4 7
Buku perpaduan 4 7
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Calon)
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 

Similar to Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia Museh
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptxAhmadKamalSaidin1
 
Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Erwina Masir
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikDatoknye
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptAskaria Jonison
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptAskaria Jonison
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Yokhanah Palani
 
Definisi kelompok sosial
Definisi kelompok sosialDefinisi kelompok sosial
Definisi kelompok sosialcops777
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Suriey Zack
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadunRohana Badri
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuDatoknye
 
Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniDatoknye
 
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayanti
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 FirdayantiWawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayanti
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayantifirdayanti8
 

Similar to Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunanFidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
Fidelia museh 780912125042001 hbef1503 sosiologi masyarakat & ketamadunan
 
Konsep konsep he
Konsep konsep heKonsep konsep he
Konsep konsep he
 
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx1 & 2  KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
1 & 2 KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN.pptx
 
moral t3 esei.docx
moral t3 esei.docxmoral t3 esei.docx
moral t3 esei.docx
 
Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1Hubungan etnik presentation bab1
Hubungan etnik presentation bab1
 
Topik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnikTopik 2 potret hubungan etnik
Topik 2 potret hubungan etnik
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
 
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.pptMANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
MANUSIA, KERAGAMAN DAN KESEDERAJATAN.ppt
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
 
Definisi kelompok sosial
Definisi kelompok sosialDefinisi kelompok sosial
Definisi kelompok sosial
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Remidi bu haka
Remidi bu hakaRemidi bu haka
Remidi bu haka
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Budaya konteks multikultural
Budaya konteks multikulturalBudaya konteks multikultural
Budaya konteks multikultural
 
Budaya dan tamadun
Budaya dan tamadunBudaya dan tamadun
Budaya dan tamadun
 
Topik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharuTopik 2 potret he baharu
Topik 2 potret he baharu
 
Topik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkiniTopik 2 potret he terkini
Topik 2 potret he terkini
 
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayanti
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 FirdayantiWawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayanti
Wawasan Sosial Budaya Dasar Kelompok 3 Firdayanti
 

More from Cik BaCo

Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosiCik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasaCik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satuCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandunganCik BaCo
 

More from Cik BaCo (20)

Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik

  • 1. ISI KANDUNGAN Perkara Halaman PENGENALAN 2 1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 5 2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 8 KESIMPULAN 21 RUJUKAN 22 1
  • 2. 2 PENGENALAN Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa negara kita merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di
  • 3. Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008). Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju seiring dengan negara luar walaupun negara kita masih baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga yang baik ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik. Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara membangun yang mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan pencapaian ekonomi, keamanan dan keharmonian yang bertunjangkan kepada perpaduan etnik telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding negara-negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia di mana setiap orang tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi. Namun begitu, dalam usaha-usaha yang dijalankan oleh negara kita untuk mengeratkan hubungan etnik ini masih ada lagi keluhan dari berberapa pihak yang menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat dimana mereka membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Bahkan golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu dimana pada mata mereka masyarakat sekarang seperti 3
  • 4. sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat hubungan etnik pada zaman sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana telah dikotori oleh politik. Politik zaman sekarang kononnya tidak lagi benar-benar memperjuangkan hak kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan ahli politik itu sendiri. Masalah inilah telah menimbulkan kepincangan dalam hubungan antara etnik dimana yang menerima akibat dan dipermainkan oleh mainan politik. Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok dalam segi ekonomi atau politik pada masa sekarang atau masa depan sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan secara sengaja atau tidak kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini sesuatu yang melemahkan kedudukan mereka dari segala segi dimana menunjukkan seolah-olah mereka tidak mempercayai konsep kesaksamaan. Perkara-perkara inilah yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan dan keharmonian hubungan etnik di negara kita. Namun dalam usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di negara kita terdapat cabaran-cabaran utama yang difikir amat penting untuk diatasi supaya ianya tidak dapat menjejaskan usaha negara kita ini. Maka dalam tugasan ini saya akan menjelaskan apakah cabara-cabaran tersebut dalam usaha mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. Topik yang dibincangkan dalam tugasan ini seperti rajah di bawah : 4
  • 5. 1.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat, budaya dan perpaduan. konsep Budaya Konsep Asas Hubungan 5 Konsep Masyarakat i. Konsep Masyarakat Etnik Konsep Perpaduan dan Integrasi Menurut pada Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000), masyarakat adalah sekelompok manusia yang
  • 6. mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai, budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti berikut: 6  Hidup berkelompok.  Mempunya budaya.  Mengalami perubahan.  Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.  Ada kepimpinan.  Mempunyai aturan sosial seperti susun lapis, kelas, status dan kasta Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu difahami atas beberapa sebab seperti berikut :  Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk bermasyarakat.  Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat.  Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.  Terus memupuk kerjasalam dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Sifat dan ciri-ciri masyarakat perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat adalah dinamik. ii. Konsep Budaya Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal. Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian, adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White berpendapat bahawa “Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan (pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan); dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-simbol”. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti berikut:
  • 7. 7  Dipelajari.  Dikongsi.  Bersifat sejagat.  Diwarisi.  Berubah-ubah.  Mempunyai unsure simbolik.  Adanya worldview (pandangan semesta). iii. Konsep Perpaduan dan Integrasi Menurut Jayum A. Jawan (1997), perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat dan sering digunakan bersilih ganti. Perpaduan dan integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses menyatupadukan masyarakat dan engara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Terdapat lima bentuk integrasi iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi seperti berikut:  Segregasi Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa perkara seperti tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan serta kemudahan awam. Segregasi wujud didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.  Akomodasi Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C merujuk kepada budaya. Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setia kumpulan etnik menyedari dan menghormati nilai-nilai kumpulan etnik lain serta mempertahankan
  • 8. budaya masing-masing. Umpamanya, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam pentadbiran negara. 8  Akulturasi Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari suatu kebudayaan yang berbeza. Akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal sesuatu etnik.  Asimilasi Asimilasi diwakili formula A+B+C = A. Dikatakan bahawa A adalah golongan etnik dominan manakala B dan C adalah kumpulan etnik minoriti. Asimilasi adalah satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti sama.  Amalgamasi Amalgamasi diwakili formula A+B+C = D. Dikatakan bahawa A, B dan C adalah golongan etnik berbeza dan D adalah satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru. 2.0 CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan megeratkan perpaduan dan hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang mampu menjejaskan hubungan antara etnik dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita. Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat
  • 9. dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan. Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan. Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak perkara ini masih lagi wujud. Faktor keempat ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk menerangkan sasuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan masyarakat. Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada masyarakat lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka. Faktor terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik, perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata. Terdapat enam cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian megara, namun ia masih menjadi api dalam sekam yang mungkin secara sedikit demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan di antara etnik-etnik di Malaysia. Antara enanm cabaran tersebut iaitu 9
  • 10. cabaran dari segi sosial cabaran dari segi Globalisasi. lima cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik 10 cabaran dari segi ekonomi cabaran dari segi politik i. Cabaran dari segi politik cabaran dari segi perpaduan cabaran dari segi kebudayaan dan Agama Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti-parti politik wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi Negara namun begitu pada zaman sekarang , sebenarnya perkara ini tidak wujud dan jika benar-benar ada sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui. Cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi-apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk dan tidak mahu berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Cabaran ini juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk snagka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun begitu
  • 11. terdapat juga parti yang memelihara dan mementingkan perpaduan namun kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja. Selain itu, Politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senagng hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, tindakan ini akan tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. 11 ii. Cabaran dari segi ekonomi Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
  • 12. prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit. Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, orang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisasi antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal. Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”. Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan runcit, manakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera 12
  • 13. adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi pertubuhan perdagangan borong, pemili-kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 peratus.Kaum melayu pula kekal engan sektor pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan penjawat awam. Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang ekonomi yang besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar-dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya menghapuskannya.ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tidak ada percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf memandangkan mereka terpisah dari dunia masing-masing. Golongan yang berpendapatan lebih tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari golongan yang lain. Disamping itu dengan wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing-masing mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran 2. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru-baru ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town white coffe untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. 13
  • 14. Pemisahan dari segi pendidikan CABARAN DARI SEGI SOSIAL 14 iii. Cabaran dari segi sosial Dari segi juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik, apabila kepercayaan ini telah hilang maka sesuatu hubungan yang baik sukar untuk dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku seperti di bawah Pemisahan dari segi fizikal. a. Pemisahan dari segi fizikal. Kontrak Sosial Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja disana sedangkan orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termasuk system pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum.
  • 15. b. Pemisahan dari segi pendidikan Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing-masing dalam menjalankan PdP. Ini kerana pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum. Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. kesan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, 15
  • 16. pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan. Maka, berrmula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza. Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal 16 mengenali. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
  • 17. Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran. 17 c. Kontrak sosial Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Kontrak ini diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing – masing. Ia juga bagi memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing. Kontrak ini juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan dan mesti kekal selama-lamanya demi keamanan dan kemakmiran negara. Ia juga memastikan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubungan yang terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana seperti yang dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan orang Cina dan India harus mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja – Raja Melayu. Orang Cina dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima hak keistimewaan pertuanan orang Melayu.
  • 18. 18 iv. Cabaran dari segi Globalisasi. Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia Cabaran globalisasi ini boleh kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu ketenteraan atau serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga wujudnya hasutan supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Antara ketiga-tiga perkara ini, serangan pemikiran paling banyak sekali berlaku. Hal ini kerana, kebanyakkan dari kita lebih suka berfikiran berkiblatkan barat. Contoh yang paling ketara sekali adalah dari segi pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. Disamping itu juga, rakyat negara ini suka terikut-ikut tanpa mempelajari dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara. Contohnya, dalam budaya Punk yang dibawa oleh barat sebenarnya wujud satu falsafah yang boleh kita adaptasi bagi meningkatkan semangan patriotik, akan tetapi menyedihkan bagi rakyat Malaysia terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut penampilan Punk itu sahaja tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tidak salah kita menjadikan barat sebagai rujukan kita, namun perlulah melihat kepada aspek yang berkait dengan nilai-nilai murni bangsa Malaysia.
  • 19. 19 v. cabaran dari segi perpaduan Cabaran seterusnya dalam membentuk dan memelihara hubungan etnik di Malaysia adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan yang terpenting bagi keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan tiadanya persefahaman antara rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa (2000:288-289). Hal ini kerana, masyarakat yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial juga merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini. Selain daripada perpaduan, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi dalam isu hubungan etnik di Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jati diri diertikan sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian sesuatu bangsa (2010:613) atau dalam bahasa mudahnya jati diri adalah identiti sesuatu bangsa. Dalam konteks ini, jati diri bangsa ini boleh kita terjemahkan sebagai jati diri bangsa Malaysia. Antara cabaran dalam memupuk dan membina jati diri bangsa Malaysia ini adalah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mencerminkan bahawasanya rakyat Malaysia pada masa itu masih belum memiliki budaya atau jati diri nasional dalam diri mereka. Justeru, adalah menjadi cabaran buat semua untuk menyemai jati diri bangsa Malaysia dalam memelihara serta mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia.
  • 20. vi. Cabaran Dari segi keagamaan dan kebudayaan Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Disamping itu,terdapat juga juga batasan dan peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain. 20
  • 21. 21 KESIMPULAN Secara kesimpulan, populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak. Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, usaha untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Jika dilhat bidang pendidikan adalah merupakan salah satu bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan untuk mengeratkan menyatupadukan serta mengintegrasikan pelbagai kaum. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.
  • 22. 22 RUJUKAN Harliana Halim. ( ). Hubungan Etnik Di Era Penjajahan Hingga Kemerdekaan. http://www.scribd.com/doc/13377066/Hubungan-Etnik-Di-Era-Penjajahan- Hingga-Kemerdekaan-H Di petik pada 01 oktober 2014. Mohd. Mahadee. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media. Titas. Penerbit Universit Putra Malaysia. Serdang. Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nurdeng Deuraseh. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi. Titas. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. Ma’rof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby. (2001). Pengantar Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang. Modul HNS2013 Kenegaraan Pendidikan Jarak Jauh.(2011). Unit 10 Isu-isu Dan Cabaran Negara. Tanjung Malim Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris. Mohamad Rodzi Abd Razak, . (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia :Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. pp. 90-106. ISSN 2180-0251. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.(2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia : perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2 (1). pp. 61- 84. ISSN 1985-6830.
  • 23. 23