Pokok Ati-ati adalah tanaman hiasan yang mempunyai daun berwarna-warni dan mudah ditanam. Ia banyak ditanam di kepulauan Pasifik sebagai tanaman penghias taman. Varieti Coleus terkenal dengan kombinasi warna daunnya yang indah dan mudah ditanam dari keratan batang. Pokok ini cocok ditanam di taman atau sepanjang tepi rumah.
1. Pokok Bunga
Ati-ati
Pokok Ati-ati, sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna.
Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang
menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di
kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Varieti Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki
kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna
merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik
ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam
menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga
cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan
memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur
pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan
sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian
2. maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning
kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi,
keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau
3. Pokok Bunga Anthurium
Pokok Bunga Anthurium merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang
sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula
4. muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah
angiosperm. Nama botaninya Anthurium andraeanum.