Diese Präsentation wurde erfolgreich gemeldet.
Wir verwenden Ihre LinkedIn Profilangaben und Informationen zu Ihren Aktivitäten, um Anzeigen zu personalisieren und Ihnen relevantere Inhalte anzuzeigen. Sie können Ihre Anzeigeneinstellungen jederzeit ändern.

Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

3.832 Aufrufe

Veröffentlicht am

PENGGAL 1

Veröffentlicht in: Bildung
  • Follow the link, new dating source: ❶❶❶ http://bit.ly/2Qu6Caa ❶❶❶
       Antworten 
    Sind Sie sicher, dass Sie …  Ja  Nein
    Ihre Nachricht erscheint hier
  • Dating for everyone is here: ❶❶❶ http://bit.ly/2Qu6Caa ❶❶❶
       Antworten 
    Sind Sie sicher, dass Sie …  Ja  Nein
    Ihre Nachricht erscheint hier
  • Hurry up, Live Webinar starts in 6 minute! it's about the FREE Training Webinar: An insider system that made $23,481 in last 6 weeks! ➤➤ http://scamcb.com/zcodesys/pdf
       Antworten 
    Sind Sie sicher, dass Sie …  Ja  Nein
    Ihre Nachricht erscheint hier

Kuliah 10 - GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI

  1. 1. GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI
  2. 2. 1 (a) Pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai. Zon pinggir pantai ialah zon yg terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut ombak.
  3. 3. 1 (b) Pantai berpasir terbentuk akibat proses damparan dan lurutan ombak. Damparan yang lebih besar akan menimbunkan pasir, kulit- kulit kerang ke atas dari gigi air. Pantai berpasir juga dibesarkan lagi oleh tindakan angin yang menerbangkan pasir ke bahagian atas pantai yang lebih tinggi dan menendapkannya sebagai diun pasir.
  4. 4. 1 (c) Ombak pembina atau ombak limpah mempunyai damparan yang lebih besar berbanding dengan lurutan. Justeru itu is bertindak mengangkut dan memendap bahan muatan di pinggir pantai lalu membentuk jaluran pantai yang lebar. Ombak pembinasa pula bertindak menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang dibina oleh ombak pembina. la mempunyai kuasa lurutan yang lebih tinggi berbanding dengan damparan. Ombak pembinasa lazimnya berlaku ketika ribut seperti oada musim tengkujuh atau gelombang tsunami.
  5. 5. 1 (d) Tindakan Arus. Di antaranya ialah arus pesisir pantai yang juga disebut hanyutan pesisir pantai. Anus pesisir pantai terhasil daripada perbezaan sudut damparan dan balikan ombak. Arus ini bergerak di sepanjang garis pantai dan mengangkut bahan pantai secara zig-zag Tindakan angin. Di zon luar pesisir yang tidak dicapai oleh tikas air pasang biasanya dipengaruhi oleh tindakan angin. Angin bertindak mengangkut, memendap dan memusnahkan bentuk-bentuk yang ada di zon luar pesisir ini. Contoh bentuk muka bumf yang terhasil ialah bukit-bukit pasir yang juga disebut diun atau gumuk pasir.
  6. 6. 1 (e) Ombak pembina atau ombak limpah bertindak mengar gkut dan memendap bahan muatan di pinggir pantai lalu membentuk bentuk bumf pemendapan seperti pantai berpasir, beting pasir dan anak tanjung. Ombak pembinasa pula bertindak menghakis dan menghasilkan bentuk bumf seperti tanjung, teluk, gua, dsb.
  7. 7. 1 (f) Faktor orientasi pantai sama ada teidedah atau terlindung. Pantai yang terbuka dan terdfidah kepada lautan luas lazimnya menghasilkan cerun yang lebih curam. Hal ini demikian kerana kawasan pantai berkenaan mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat berbanding dengan pantai yang terlindung. Kepelbagaian jenis dan saiz bahan mendak (sedimen) yang dibawa oleh ombak. Bahan mendak yang kasar seperti kulit kerang/siput, kerikil, dan bijian pasir yang besar dan kasar akan membentuk cerun pantai yang lebih curam. Bijian pasir yang halus akan membentuk cerun pantai yang lebih landai.
  8. 8. 2 (a) Pantai yang mengalami kadar hakisan yang seimbang dengan pemendapan. Profil pantainya landai dan taburan bijian pasir dari halus ke kasar di bahagian atasnya.
  9. 9. 2 (b) Profil pantai berubah akibat tindakan hakisan ombak yang kuat terutamanya pads musim tengkujuh. Tenaga kinetik dan potensi ombak yang tinggi akibat tiupan angin kencang semasa monson timur laut akan menghakis pesisir pantai menyebabkan profilnya berubah – kecerunan pantai menjadi lebih curam. Aktiviti manusia. Aktiviti seperti penebangan hutan pantai, pembinaan infrastruktur, aktiviti perlombongan pasir, dan aktiviti memperdalam muara sungai menyebabkan cerun pantai menjadi lebih curam. Aktiviti tersebut mengakibatkan kawasan pantai mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan arus bagi mengimbangi kawasan pasir yang terjejas.
  10. 10. 2 (c) Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang terletak bertentangan di sebuah tanjung dan bertemu antara satu sama lain akibat daripada hakisan yang berterusan yang dialami oleh kedua- dua buah gua. Pertemuan ada dua buah lubang gua ini membentuk satu terowong yang dinamakan gerbang laut. Proses hakisan yang berterusan serta gerakan jisim (proses runtuhan) menyebabkan bumbLng gerbang laut akan runtuh meninggalkan rupa muka batu tunggul. Batu tunggul juga mengalami hakisan ombak secara berterusan sehingga dipotong dan direndahkan hingga sama paras dengan aras air surut. Bentuk ini dinamakan tunggul sisa.
  11. 11. 2 (d) Hal ini disebabkan oleh orientasi pantai yang terdedah secara langsung kepada 'serangan' ombak dari laut China Selatan tanpa dilindungi oleh pulau-pulau yang besar. Kesannya halaju ombak menghempas pantai adalah tinggi yang menyebabkan pantai mengalami kadar hakisan yang kuat. Pengaruh angin monson terutamanya pada musim Monsun Timur Laut. Angin kencang, laut bergelora, saiz dan halaju ombak adalah tinggi yang menghempas pantai dengan kuat menyebabkan pantai terhakis dengan teruk.
  12. 12. 2 (e) Kaedah kestrukturan melibatkan aspek kejuruteraan pantai, contoh pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir,dan groin dan gabion. Pembinaan groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan garis pantai bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang dibawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Pembinaan gabion diperbuat daripada sangkar dawai logam berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil dan tayar tayar buruk yang diikat antara satu sama lain diletakkan di zon ombak pecah.
  13. 13. 2 (f) Pokok bakau khususnya bakau kurap dan bakau minyak berdaya tahan kepada hempasan ombak kerana sifat pokoknya yang elastik/ke% fl. Halaju ombak menjadi perlahan apabila tiba di kawasan hutan bakau dan pokok bakau tersebut akan berciri semula apabila ombak surut. Pokok bakau juga memilikiakar ceracak yang berupaya memerangkap bahan-bahan yang dibawa oleh ombak. Hempasan ombak menjadi perlahan apabila dihalang oleh akar-akar ceracak yang ada di sekeliling pokok bakau tersebut.
  14. 14. 2 (g) Bentuk bumi X ialah anak tanjung. Pembentukan anak tanjung berkait rapat dengan arus pesisir pantai yang mengangkut bahan enapan di sepanjang garis pantai. Arus pesisir pantai yang tiba di bahagian pantai yang melengkung atau berteluk/muara maka arus pesisir pantai tersebut terlajak dan tenaga menjadi lemah. Kesannya, arus tersebut memendapkan bahan-bahan yang dibawa di sepanjang lajakannya menghasilkan bentuk pemendapan seolah-olah seperti taji.
  15. 15. 2 (h) Aktiviti pelancongan. Zon pesisir pantai yang landai, bersih, jernih airnya mempunyai beting pasir dan tombolo akan menjadi days tarikan pelancong untuk berkelah, aktiviti sukan pantai, snorkeling dll. Kawasan petempatan nelayan. Kawasan zon pesisir pantai yang tidak dapat dicapai oleh ombak biasanya dijadikan kawasan petempatan nelayan. Di samping itu jaringan jalanraya juga dibina di kawasan permatang pesisir pantai.
  16. 16. a) Faktor geologi yang mempengaruhi kadar hakisan ombak di pinggir pantai Faktor geologi meliputi jenis dan ketahanan batuan Berta struktur cerun tersebut. Jika pantai terdiri daripada batuan yang keras, maka pantai tahan terhadap hakisan oleh ombak. Pantai ini seterusnya membentuk tanjung.Sebaliknya, jika pantai terdiri daripada batuan lembut, pantai tersebut mudah dihakis. Pantai ini seterusnya membentuk teluk. Struktur geologi – berkait dengan susunan batuan yang membentuk pantai. Susunan menegak kurang terhakis berbanding dengan susunan mendatE kerana Was permukaan yang boleh dihakis adala besar.
  17. 17. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi hakisa ombak di pinggir pantai: Halaju angin. Halaju ang,n menentukan saiz da kekuatan ombak. Tiupan angin kencang seper ribut/musim tengkujuh akan menghasilkan omba pembinasa yang kuat untuk menjanakan prose hakisan ombak. Orientasi pantai. Pantai yang terdedah secan langsung kepada 'serangan' ombak seper kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia mengalami kadar hakisan yang kuat terutama pad musim Monsun Timur Laut. Laut China Selatai adalah terbuka dan terdedah.
  18. 18. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi hakisa ombak di pinggir pantai: Kedalaman air di kawasan pantai. Kawasan ai yang dalam seperti di kawasan pantai bertelul mengalami kadar hakisan yang tinggi. Kuantiti dan kualiti bahan/muatan yang dibawa olel ombak. Jika ombak membawa muatan yang kera seperti batu kerikil dan batu tongkol maka kada hakisan pantai meningkat kerana bahan- bahai tersebut bertindak sebagai agen penghakis yang berkesan. Aktiviti manusia – seperti oemusnahan hutan bakai yang akan menghapuskat zon penampan di pinggi pantai. Aktiviti pengorek< n pasir di pinggir pante akan menggalakkan lagi proses hakisan pantai
  19. 19. Langkah-langkah perundangan: Pengisytiharan hutan bakau sebagai hutan simpar perlindungan (wetland sanctuary) seperti di Tamar Negara Endau-Rompin untuk mengelakkan sebanran(, aktiviti pencerobohan hutan bakau. Menguatkuasakan undang- indang seperti hukumar – kompaun,membatalkan lessen operasi, penjara dll kepada individu atau syarikat yang merosakkar kawasan pinggir pantai.
  20. 20. Langkah Pengurusan - Kaedah kestrukturan kejuruteraan pantai. Kaedah kawasan struktur melibatkan aspel kejuruteraan pantai, contoh pembinaan benten( konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir,dai groin dan gabion. Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripad konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke IaL bersudut tepat dengan garis pantai bertujuan untu memperlahankan pergerakan ombak dan seterusny memerangkap enapan pasir yang dibawa oleh omba dan juga arus pesisir pantai.
  21. 21. Langkah Pengurusan - Kaedah kestrukturan kejuruteraan pantai. Gabion diperbuat daripada sangkar dawai logar berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan bat kerikil dan tayar tayar buruk yang diikat antar satu sama lain diletakkan di zon ombak pecal Sebahagian sahaja daripada tenaga ombak yang aka menghempas pantai manakala sebahagian lagi aka ditahan dan diserap oleh gabion berkenaan sebelui tiba ke pantai. Bagi kawasan yang mengalami kadar hakisan yar teruk, benteng konkrit atau ketulan ketulan batu yar besar diletakkan di tepi-tepi pantai berkenaan ba mengurangkan kesan hemoasan ombak ke pantai.
  22. 22. Langkah Pengurusan – Kaedah Penyuburan Pantai. Kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-usat penanaman tumbuh semula jadi seperti pokok rt dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) ag wujud satu lapisan perlindungan daripada agar agen hakisan. Pokok rhu yang ditanam juga untuk mengekang hakisan angin. Manakaia penanaman rumput pula membolehkan sistem akarnya mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi pantai daripada dihakis oleh ombak dan angin.
  23. 23. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar. Langkah-langkah untuk mengurangkan hakisan atau mengawal pantai secara berkesan ialah melalui kesedaran semua lapisan masyarakat. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan melalui kempen, program usaha sama/gotong royong, pendidikan alam Sekitar khususnya menerusi media massa dan pendidikan di sekolah
  24. 24. Proses-proses Hakisan Ombak di zon pinggir pantai. • Tindakan hidraulik ialah hakisan kuasa air lauttanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawa. Ombak yang menghempas pantai (swash) memasuki rekahan- rekahan berbatu di kaki cenuram atau di tanjung. • Air laut yang memasuki dan memenuhi rekahan batuan memampatkan udara yang ada di dalam rekahan tersebut sehingga rekahan mengalami pengembangan. • Ketika ombak mengundur (backwash), udara yang terdapat dalam rekahan tadi menguncup dan rekahan mengalami kenduran. • Ulangan proses ini menyebabkan rekahan semakin luas dan dalam. Rekahan tersebut seterus pecah hingga meruntuhkan cenuram atau tanjung. Hakisan hidraulik (hydraulic action)
  25. 25. Proses-proses Hakisan Ombak di zon pinggir pantai. • Tindakan kikisan melibatkan bahan-bahan/muatan yang dibawa oleh ombak ke batuan di kaki cenuram atau tanjung yang mengadap ombak. • Bahan muatan ombak seperti batu pasir, kerikil, batu lada, serpihan batuan akan bertindak sebagai alat penghakis ketika bergesel sehingga menghauskan kaki cenuram. • Keberkesanan tindakan tersebut bergantung kepada kekerasan bahan yang dibawa oleh ombak. Proses kikisan tidak terjadi jika bahan ombak yang bertindak sebagai alat penghakis tiada. Hakisan kikisan atau geselan (corrosion)
  26. 26. Proses-proses Hakisan Ombak di zon pinggir pantai. • Tindakan lagaan merujuk kepada proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk bahanbahan muatan ombak dan batuan di pantai. • Bahan muatan ombak berlaga sesama bahan muatan ombak dan berlanggar dengan batuan yang membentuk tebing pantai sehingga pecah. • Sebagai contohnya, batu tongkol bertukar menjadi serpihan serpihan prismatik yang lebih kecil akibat daripada perlanggaran dengan bahan muatan ombak. • Perlanggaran berlaku dalam dug arah, iaitu ke atas dan ke bawah semasa damparan dan semasa lurutan ombak. Hakisan lagaan (attribution)
  27. 27. Proses-proses Hakisan Ombak di zon pinggir pantai. • Tindakan larutan ialah satu proses hakisan laut secara kimia. Air laut bertindak melarutkan mineral batuan yang ada di pinggir pantai. • Tindakan ini lebih berkesan terhadap mineral yang mudah larut dan bersifat menyerap air seperti kalsium karbonat dalam batu kapur dan dolomit. • Tindakan ini biasanya mengubah komposisi mineral yang ada kepada kompisisi mineral baharu yang disebut hasil larutan. • Sebagai contohnya, mineral kalsium karbonat berubah kepada kalsium hidrogen karbonat atau kalsium bikarbonat. Hakisan larutan (solution)
  28. 28. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecerunan Cerun Pantai • Bahan mendak yang kasar selperti kulit kerang/ siput, kerikil, dan bijian pasir yang besar dan kasar akan membentuk cerun pantai yang lebih curam. Bijian pasir yang halus akan membentuk cerun pantai yang lebih landai. • Taburan bijian pasir yang ada di sesebuah cerun pantai menunjukkan bijian kasar di sebelah atas cerun dan semakin halus menghala ke gigi air. Justeru itu, cerun pantai juga lebih curam di bahagian atas berbanding dengan bahagian bawah. Kepelbagaian jenis dan saiz bahan mendak (sedimen) yang dibawa oleh ombak
  29. 29. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecerunan Cerun Pantai • Tenaga ombak memainkan peranan penting dalam mengubah cerun pantai. Ombak pembinasa atau ombak junam yang berlaku pads musim tengkujuh/ ribut mempunyai tenaga kinetik yang kuat untuk menghempas dan memusnahkan rerun pantai. Selepas berlaku ombak pembinasa, cerun pantai yang landai bertukar menjadi lebih curam. • Sekiranya ombak pembina atau ombak limpah tiba di sesebuah pantai, maka banyak oahan- bahan enapan dapat ditimbun lalu membentuk pantaipantai yang cerunnya lebih landai. Faktor ienis dan kekuatan ombak
  30. 30. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecerunan Cerun Pantai • Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan luas lazimnya menghasilkan cerun yang lebih curam. Hal ini demikian kerana kawasan pantai berkenaan mengalami tenaga ombak dan anus yang kuat berbanding dengan pantai yang terlindung. • Sebagai contohnya, pantai-pantai di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia lebih landai berbanding dengan pantai-pantai di pantai timur Semenanjung Malaysia. Perbezaan ini disebabkan faktor pantai di zon pantai barat yang dilindungi oleh Kepulauan Sumatera Indonesia dari pengaruh Monsun Barat Daya. Faktor orientasi pantai sama ada terdedah atau terlindung
  31. 31. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecerunan Cerun Pantai • Aktiviti-aktiviti penebangan hutan pantai, pembinaan infrastruktur, aktiviti perlombongan pasir, dan aktiviti memperdalam muara sungai menyebabkan cerun pantai menjadi lebih curam. Aktiviti tersebut mengakibatkan kawasan pantai mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan arus bagi mengimbangi kawasan pasir yang terjejas. • Sebaliknya, aktiviti penyuburan pantai dengan menanam pokok-pokok ru atau bakau dan membina benteng pemecah ombak (groin dan gabion) dapat menambah pasir-pasir di tepi pantai. Tindakan ini seterusnya menjadikan cerun pantai lebih landai. Faktor aktiviti manusia
  32. 32. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kecerunan Cerun Pantai • Pantai yang landai terbentuk apabila terdapat arus pesisir bergerak selari dengan garis pantai yang memendap bahan muatan semasa menghampiri kawasan muara sungai. Bahan muatan yang dimendap selalunya terdiri daripada kelodak dan lumpur. Semakin banyak kadar timbunan, maka cerun pantai menjadi semakin landai. • Sebagai contohnya, pantai-pantai yang berlumpur lebih landai berbanding dengan pantai yang berpasir. Hal ini demikian kerana pantai berkenaan mempunyai kuantiti bahan muatan yang banyak, mengalami serakan, dan timbun-tambah bahan sedimen yang lebih meluas. Pengaruh arah pergerakan arus
  33. 33. Terdapat pelbagai cara pengangkutan bahan mendak di zon pinggir pantai. Antaranya ialah: Seretan atau Golekan: Batu tongkol (boulder) dan batu lads yang berukuran antara 200 mm hingga 600 mm diangkut dengan cara seretan atau golekan. Lompatan/saltasi: Batu kerikil yang bersaiz antara 20 mm hingga 60 mm diangkut secara lompatan (saltasi). Begitu juga dengan batu pasir yang halus dan sederhana yang berukuran antara 0.06 mm hingga 2 mm diangkut dengan cara lompatan. Kelodak dan tanah liat yang halus yang berukuran antara 0.002 hingga 0.06 mm diangkut dengan cara ampaian atau apungan.
  34. 34. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan bahan mendak di zon pinggir pantai. Arus pesisir pantai. Pengangkutan bahan-bahan pantai juga dilakukan oleh arus pesisir pantai yang bergerak selari dengan garis pantai mengikut arch tiupan angin lazim. Kadar tiupan angin - halaju angin mempengaruhi pemendapan pasir di zon atas pesisir pa tai yang membentuk diun. Kuantiti bahan mendak yang dibawa - datangnya dari mendakan sungai di muara dan juc a bahan mendak dari laut. Orientasi pantai - pantai terdedah kurang pengangkutan manakala pantai terlindung banyak kadar pengangkutannya.
  35. 35. Aktiviti manusia yang menggangu keseimbangan profil pantai: • Aktiviti pengorekan pasir dijalankan bertujuan untuk memperdalamkan pelabuhan dan pengambilan pasir laut/pantai untuk pelbagai projek. Dalam hat ini, ketidakseimbangan terhadap profil pantai terjadi apabila aktiviti pengorekan pasir laut dilakukan. • Agen-agen geomorfologi seperti ombak dan arus bertindak menghakis, mengaut dan mengangkut pasir-pasir di tepi pantai sebelum ditimbun kembali di bahagian muara yang dikorek bagi mengimbangi profil pantai. • Ombak bertindak menghakis dan mengaut pasir dari bahagian dataran pantai manakala arus pesisir pula membawa pasir-pasir tersebut untuk dimendapkan di bahagian muara berkenaan. Tindakan ini menyebakan garis pantai terns terhakis dan semakin mengundur ke daratan. Aktiviti Pengorekan Pasir
  36. 36. Aktiviti manusia yang menggangu keseimbangan profil pantai: • Penebangan tumbuh-tumbuhan semula jadi dilakukan untuk pelbagai kepentingan dan tujuan, contoh projek untuk pembangunar, pembukaan sangkar ikon (akuakultur), dan pembalakan hutan bakau. • Penyahhutanan tumbuh-tumbuhan semula jadi meningkatkan kadar hakisan pantai secara mendadak kerana mendedahkan garis pantai secara langsung kepada agen-agen hakisan. • Hutan semulajadi berfungsi sebagai zon penampan (buffer zone) yang paling berkesan untuk menahan hakisan yang disebabkan oleh pergerakan air, ombak, arus, hujan ribut, dan angin. • Apabila hutan ditebang, halaju tiupan angin bertambah, hempasan ombak semakin besar, hakisan meningkat dan profil/kecerunan pantai semakin curam. Pemusnahan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi - khususnya hutan bakau.
  37. 37. Aktiviti manusia yang menggangu keseimbangan profil pantai: • Kepesatan pembangunar mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan terutama di peringkat awal kerjakerja pembinaan. Kerja-kerja penambakan laut untuk membina hotel, bangunan perniagaan, dan perumahan mengakibatkan geomorfologi pinggir pantai mengalami perubahan. • Perubahan pergerakan arus pula menyebabkan kawasan hakisan dan pemendapan turut berubah. Peningkatan kadar hakisan zon pinggir pantai menyebabkan saiz pantai semakin sempit, kecerunannya semakin curam. Pembinaan Infrastruktur

×