SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS dan SOSIOBUDAYA SERTA

                   STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN




ISI KANDUNGAN                                                      MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN                                                         2

2.0 PERNYATAAN MASALAH

    Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas               3

3.0 KESAN-KESAN

       3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di       4-5

       dalam bilik darjah terhadap guru.

       3.2 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di       6-7

       dalam bilik darjah terhadap pelajar

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU                           7-13

5.0 KESIMPULAN                                                         14

6.0 PETA MINDA                                                         15




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                        Page 1
1.0 PENGENALAN



Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan

dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang

etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti terbesar serta kaum peribumi

Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum

minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek

moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga

bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai

rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini

yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat.

       Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari aspek

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di

dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza.

Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar

belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar

berbeza dari segi mereka berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial,

intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang

dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka.

       Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud

perbezaan dalam kalangan pelajar dan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan

nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Secara

kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan

sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam

menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 2
2.0 PERNYATAAN MASALAH



     PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS



     Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

     Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau

     pergantungan,     mempengaruhi      tahap    pergantungan    pelajar   dalam    proses

     pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai

     yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat,

     melahirkan pelajar yang lebih berdikari.

              Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya

     terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah

     diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti

     yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di

     Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan

     merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar

     mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini

     mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat

     jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara

     mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 3
3.0 KESAN – KESAN



       3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI

       DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU



              Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi

       satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga

       mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat

       dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit

       analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,

       dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga, budaya dan

       tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza.

              Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi

       dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak

       mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada kaum yang

       berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang

       untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar

       tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira

       sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang

       ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio-

       budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan

       pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum.             Sebagai

       seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran

       yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 4
darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas-

       tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya.

                  Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru

       dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran

       bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar

       merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar

       dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.

       Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar

       murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar

       belakang sosial, budaya dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan

       perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil

       kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak

       dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang

       dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau

       secara ringkasnya, Guru perlu :

             1.         Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar

             2.         Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional

             3.         Membantu pelajar memilih kerjaya

             4.         Sentiasa menepati masa

             5.         Menghormati pelajar dan bersifat adil

             6.         Tidak menyentuh kepercayaan pelajar

             7.         Kurangkan penggunaan bahasa dialek

             8.         Catat kemajuan dan kelemahan pelajar

             9.         Guru mempunyai wawasan




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 5
3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK

       DARJAH TERHADAP PELAJAR



               Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan

       bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik

       darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang

       terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan

       antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru

       menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah

       amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang

       tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

              Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan

       tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya            dan

       mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan

       agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat

       dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam

       masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu

       pembangunan negara.

              Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi

       sesama rakan. Dialek mengkut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa

       diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar

       digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina.

       Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut.

       Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan

       tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                               Page 6
mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik

       Dan Kewarganegaraan yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar.

       Selain itu dalam matapelajaran lain juga, seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan

       Moral, guru haruslah sentiasa menyelitkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni dalam

       diri pelajar.

                 Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan

       komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap

       memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

       sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan ,

       menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif

       dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan

       sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat

       melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin

       melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

       sosial.



4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU



   Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh

   digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras,

   etnik dan budaya mereka.

       ISI KANDUNGAN (CONTENT)

       Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk

       menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila

       perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                              Page 7
akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses

       pembelajaran dalam bilik darjah.



       MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP

       Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya

       yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :

           1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap

              ras dan kelompok lain.

           2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti

              terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah

              ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh

              pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.



       MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF

       Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan

       iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru

       yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar

       yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.



       MENGGUNAKAN            BAHAN-BAHAN           DAN    KAEDAH        YANG      BOLEH

       MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

       Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan

       keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka        penerimaan pelajar terhadap

       pengajarannya lebih mudah.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 8
PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN

       Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu

       itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat

       unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara

       mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada

       yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan

       pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu

       berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat

       merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat

       strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :



       Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence)

  Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti

  berikut:

    Pembelajar Field dependent                      Pembelajar Field Independence

             Persepsi global                              Melihat    sesuatu    dalam      bentuk

                                                          bahagian-bahagian tertentu

             Lemah        dalam   menyelesaikan           Pemikiran abstrak dan analitikal

             masalah analitikal

             Suka menerima sahaja apa yang                Individualistik, tidak sensitif ( kepada

             dipelajari                                   emosi orang lain, kemahiran sosial

                                                          yang lemah)

             Memerlukan        motivasi   luaran,         Suka belajar bersendirian, pemikiran

             responsif kepada ganjaran sosial.            cara tersendiri untuk belajar dan

                                                          bentuk    motivasi    dalaman,     tidak


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                      Page 9
responsif kepada ganjaran sosial.



       Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ

       (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu

       anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis

       ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field

       independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field

       dependent kepada bidang sastera.

       Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan

       pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut :

   1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya

      Pembelajar Field dependent                Pembelajar Field Independence

              Suka bekerja dengan orang lain            Suka bekerja bersendirian

              Suka membantu orang lain                  Suka berlumba-lumba

              Sensitif kepada perasaan orang            Berorientasikan tugas, tidak peka

              lain                                      terhadap persekitaran sosial semasa

                                                        membuat sesuatu tugas.



   2. Hubungan sosial dengan guru

      Pembelajar Field dependent                Pembelajar Field Independence

              Melahirkan perasaan positif               Jarang berhubung dengan guru

              kepada guru secara terbuka

              Menjadikan     guru     sebagai           Hubungan dengan guru formal dan

              contoh dan role model                     terhad kepada tugas yang dilakukan




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                  Page 10
3. Hubungan Instruksi dengan guru

      Pembelajar Field dependent               Pembelajar Field Independence

              Memerlukan bimbingan yang                 Diterangkan konsep dengan terperinci

              jelas dan terperinci

              Konsep dibentangkan dalam                 Suka   konsep-konsep     sains   dan

              bentuk cerita dan berkaitan               matematik

              minat dan pengalaman pelajar




  Keperluan Pelajar kepada Struktur

              Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka

       untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan

       mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet

       (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam

       proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang

       memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja

       struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai

       tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir

       sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri

       sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan

       yang singkat kepada soalan yang diajukan.

              Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan

       jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 11
suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu,

       dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul

       atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa

       gemar kerja berkumpulan.

              Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka

       menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka

       dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh

       berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama

       kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan

       orang lain.

              Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar

     dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar

     yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri

     perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar,

     estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.



   Modaliti Perseptual

              Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk

       belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek

       atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat

       membantu mereka belajar secara lebih sempurna.

              Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula

       yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada

       pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota

       atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 12
belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan

       pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang

       berkesan.



   Inventori Stail Pembelajaran

              Dunn dan Dunn ( 1979) – dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori

       stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas

       mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran

       (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance),

       tanggungjawab     dan    struktur   sosiologi    (berkawan,   sendiri,   berpasangan,

       berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa,

       pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek

       asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah

       menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global,

       kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif)




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 13
5.0 KESIMPULAN



 Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam

 masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat

 membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan

 minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu

 diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian

 akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar

 supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani.

       Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa

 sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat

 dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu

 pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran

 menjadi lebih bermakna kepada pelajar.

       Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai

 dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli

 fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak

 mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar

 tanpa prejudis.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                             Page 14
PETA MINDA


 KEPELBAGAIAN PELAJAR
 DALAM ETNIK, RAS DAN
     SOSIO-BUDAYA




       Impak kepada GURU




                                                                    Minat
                                                                    pelajar



   STRATEGI PENGAJARAN
      yang BERKESAN                                Impak kepada      Bakat
                                                     PELAJAR         pelajar


         Isi kandungan (content)
         Mengurangkan prasangka
         dan streotaip                                              Nilai-nilai
         Memupuk budaya sekolah                                      murni
         yang positif
         Menggunakan bahan yang
         sesuai
         Stail Pembelajaran


                                                MODAL INSAN YANG
                                                SEIMBANG ( JERIS)




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya               Page 15

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranzuraidanasri
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayuLiana Hasmey
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasRosilawati Razali
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pnazrysaiden
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaJarAbdulRahim
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaAsyikin4996
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendirishazli shazli mahmud
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedRadziah Mokhtar
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
Bab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan ModenBab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan Modennursyafiqahy
 

Was ist angesagt? (20)

Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaranBab3 pengurusan dan pembelajaran
Bab3 pengurusan dan pembelajaran
 
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
35960241 proses-pembentukan-masyarakat-pluralistik-di-alam-melayu
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Peranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khasPeranan guru pendidikan khas
Peranan guru pendidikan khas
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiriTugasan kump 5 sgrc3043  konsep kendiri
Tugasan kump 5 sgrc3043 konsep kendiri
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung edited
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Bab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan ModenBab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan Moden
 

Andere mochten auch

Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikDanial Najdmi
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikFarid Hasan
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokFazidah Abd Ghani
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaMohd Nizam Mohd Zan
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu fitri norlida
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Dedi Yulianto
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Qian Tan
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 

Andere mochten auch (16)

Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnik
 
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnikBab 1 pengenalan hubungan etnik
Bab 1 pengenalan hubungan etnik
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu tugasan Edu 3106 individu
tugasan Edu 3106 individu
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 

Ähnlich wie Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Karen Kayny
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompokAthirah Anith Ariffin
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfModul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfBadut Adi
 
perbedaan sosiokultural
perbedaan sosiokultural perbedaan sosiokultural
perbedaan sosiokultural FahrulRosyid1
 
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdfSaddamSevenmatika1
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptxTOSINOSIN
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Star Ng
 
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdfArifGunawan72
 

Ähnlich wie Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up (20)

Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
MultiKultural.pptx
MultiKultural.pptxMultiKultural.pptx
MultiKultural.pptx
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
38154088 pedagogi-relevan-budaya-dan-kepelbagaian-kelompok
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Points
PointsPoints
Points
 
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdfModul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
Modul Bahan Belajar - Pedagogi - 2021 - P2.pdf
 
budaya pembelajaran
budaya pembelajaranbudaya pembelajaran
budaya pembelajaran
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
perbedaan sosiokultural
perbedaan sosiokultural perbedaan sosiokultural
perbedaan sosiokultural
 
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf
194-Article Text-694-1-10-20210208.pdf
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx
1.1.a.5. Ruang Kolaborasi - Modul 1.1 - Penugasan Kelompok_A2.pptx
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108Modul pembelajaran ipg edu3108
Modul pembelajaran ipg edu3108
 
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf
5. a. Contoh Kurikulum Operasional SD_2.pdf
 

Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up

  • 1. KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS dan SOSIOBUDAYA SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas 3 3.0 KESAN-KESAN 3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 4-5 dalam bilik darjah terhadap guru. 3.2 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 6-7 dalam bilik darjah terhadap pelajar 4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU 7-13 5.0 KESIMPULAN 14 6.0 PETA MINDA 15 Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli tidak lupa juga pada kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu sedar kewujudan kepelbagaian sosio-budaya ini yang meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari aspek ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Setiap pelajar berbeza dari segi mereka berkomunikasi ( verbal dan bukan verbal) , nilai-nilai sosial, intelektual, cara berinteraksi, gerak badan, dan pandangan serta pendapat mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud perbezaan dalam kalangan pelajar dan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Secara kesimpulannya, kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam membantu memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 2
  • 3. 2.0 PERNYATAAN MASALAH PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau pergantungan, mempengaruhi tahap pergantungan pelajar dalam proses pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat, melahirkan pelajar yang lebih berdikari. Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 3
  • 4. 3.0 KESAN – KESAN 3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga, budaya dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza. Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar dan tidak mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar daripada kaum yang berlainan juga harus di tempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio- budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 4
  • 5. darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas- tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya. Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial, budaya dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau secara ringkasnya, Guru perlu : 1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar 2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional 3. Membantu pelajar memilih kerjaya 4. Sentiasa menepati masa 5. Menghormati pelajar dan bersifat adil 6. Tidak menyentuh kepercayaan pelajar 7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek 8. Catat kemajuan dan kelemahan pelajar 9. Guru mempunyai wawasan Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 5
  • 6. 3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya dan mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara. Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengkut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 6
  • 7. mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar. Selain itu dalam matapelajaran lain juga, seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, guru haruslah sentiasa menyelitkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan , menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan budaya mereka. ISI KANDUNGAN (CONTENT) Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 7
  • 8. akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan : 1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain. 2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan. MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan. MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih mudah. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 8
  • 9. PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :  Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence) Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti berikut: Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Persepsi global Melihat sesuatu dalam bentuk bahagian-bahagian tertentu Lemah dalam menyelesaikan Pemikiran abstrak dan analitikal masalah analitikal Suka menerima sahaja apa yang Individualistik, tidak sensitif ( kepada dipelajari emosi orang lain, kemahiran sosial yang lemah) Memerlukan motivasi luaran, Suka belajar bersendirian, pemikiran responsif kepada ganjaran sosial. cara tersendiri untuk belajar dan bentuk motivasi dalaman, tidak Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 9
  • 10. responsif kepada ganjaran sosial. Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field dependent kepada bidang sastera. Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut : 1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Suka bekerja dengan orang lain Suka bekerja bersendirian Suka membantu orang lain Suka berlumba-lumba Sensitif kepada perasaan orang Berorientasikan tugas, tidak peka lain terhadap persekitaran sosial semasa membuat sesuatu tugas. 2. Hubungan sosial dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Melahirkan perasaan positif Jarang berhubung dengan guru kepada guru secara terbuka Menjadikan guru sebagai Hubungan dengan guru formal dan contoh dan role model terhad kepada tugas yang dilakukan Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 10
  • 11. 3. Hubungan Instruksi dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Memerlukan bimbingan yang Diterangkan konsep dengan terperinci jelas dan terperinci Konsep dibentangkan dalam Suka konsep-konsep sains dan bentuk cerita dan berkaitan matematik minat dan pengalaman pelajar  Keperluan Pelajar kepada Struktur Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan yang singkat kepada soalan yang diajukan. Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 11
  • 12. suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu, dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa gemar kerja berkumpulan. Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan orang lain. Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar, estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.  Modaliti Perseptual Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat membantu mereka belajar secara lebih sempurna. Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 12
  • 13. belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang berkesan.  Inventori Stail Pembelajaran Dunn dan Dunn ( 1979) – dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance), tanggungjawab dan struktur sosiologi (berkawan, sendiri, berpasangan, berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa, pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global, kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif) Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 13
  • 14. 5.0 KESIMPULAN Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani. Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar tanpa prejudis. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 14
  • 15. PETA MINDA KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK, RAS DAN SOSIO-BUDAYA Impak kepada GURU Minat pelajar STRATEGI PENGAJARAN yang BERKESAN Impak kepada Bakat PELAJAR pelajar Isi kandungan (content) Mengurangkan prasangka dan streotaip Nilai-nilai Memupuk budaya sekolah murni yang positif Menggunakan bahan yang sesuai Stail Pembelajaran MODAL INSAN YANG SEIMBANG ( JERIS) Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 15