1. NAMA AHLI : ROZIAH BT KADER PILLAI DP/3067/11
ROSNIDAH BT OSMAN DP/3156/11
RUSNIZA BT KHAMIS DP/3070/11
2. DEFINISI :
Kognitif – segala perkara yang berkaitan
dengan kognisi seperti proses
pembelajaran, pemahaman dan
pemerolehan pengetahuan.
Instruksi – perintah atau arahan (untuk
melakukan sesuatu pekerjaan atau
melaksanakan sesuatu)
3. Ahli-ahli teori kognitif menerangkan
pembelajaran merupakan perubahan yang
berlaku pada maklumat yang tersimpan
dalam ingatan seseorang. Mereka
mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran
dengan proses-proses mental dalaman iaitu
fikiran, ingatan, pengetahuan dan
penyelesaian masalah. Pembelajaran
bergantung kepada bagaimana:
4. Seseorang memikir dan mengamati sesuatu
Maklumat diproses dalam minda
Pengalaman disusun dan dibezakan dalam
pemikiran dan persepsi
5. Jean Piaget, berasal dari
Neuchatel, Switzerland dilahirkan pada 9
Ogos 1896. Beliau merupakan anak sulung
kepada Arthur Piaget iaitu seorang profesor
Sastera Hikayat ( Mediaval Literature ) di
universiti manakala ibunya bernama Rebecca
Jackson merupakan seorang yang bijak dan
bertenaga tetapi neurotik.
Menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada umur 84, tahun 1981.
6. Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang
terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau
mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada
usia 25 tahun.
Seterusnya beliau menumpukan perhatinya
kepada kajian perkembangan kognitif kanak-
kanak.
Dari kajian dan pemerhatiannya Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan
umur mereka.
8. Merujuk kepada pengetahuan dan ilmu yang
telah diperolehi melalui pengalaman-
pengalaman kendiri yang mendefinisikan
bagaimana seseorang individu harus
berkelakuan di dalam persekitarannya.
Contohnya, aksi kanak-kanak menggunakan
tangan untuk memegang sesuatu benda adalah
skema pegangannya. Pada mulanya, aksi
memegang dilihat kurang cekap tetapi
tekniknya beransur maju dengan perubahan
koordinasi otot-otot bertambah cekap akhirnya
semakin banyak pengalaman telah diperolehi
daripada pengalamannya.
9. Keadaan di mana struktur skema kognitif
terus membuat perubahan sehingga
mencapai satu tahap keseimbangan di antara
asimilasi dan akomodasi dengan
persekitaran.
Di dalam teori pembelajaran kognitif
Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah
saling berkait dan saling mempengaruhi satu
antara sama lain.
10. Asimilasi merupakan proses kognitif yang
mengintegrasikan maklumat dan
pengalaman baru dalam skema yang sedia
ada.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru
pertama kali melihat sebiji epal. Oleh
itu, kanak-kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang ( skema
yang sedia ada ) dan sekaligus merasanya.
11. Akomodasi merujuk kepada proses
mengubah struktur skema yang sedia ada
untuk menyesuaikan kefahaman dengan
input atau konsep baru.
Akomodasi akan berlaku apabila skema
kognitif tidak dapat mengasimilasikan input
baru dari persekitaran dan terpaksa membuat
perubahan dengan mengeluarkan
pengetahuan lama.
12. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua
tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap magnet itu.
13. 1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
Boleh meniru dan mengingati benda-benda
Mengetahui yang sesuatu objek itu masih
wujud walaupun ianya disembunyikan
Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri
sendiri sahaja)
14. 2. Peringkat PraOperasi (2-7 tahun)
Mula menggunakan bahasa secara sedikit
demi sedikit
Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-
bentuk simbol
15. 3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang
konkrit
Boleh memahami konsep pemuliharaan
Boleh membuat
pengkelasan/pengkategorian
16. 4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Boleh menyelesaikan masalah yang abstrak
Menjadi lebih bersaintifik dalam cara
pemikiran
Merasa bimbang tentang isu-isu sosial di
persekitarannya
17. Susun Atur Kurikulum
Bahan Sokongan Dan Alat Bantu Pengajaran Dan
Pembelajaran
Contoh-contoh Konkrit
Isi Mata Pelajaran
Mata PelajaranYang Pelbagai
Suasana Sosial
18. Kaedah mengajar perlulah sesuai dengan aras
perkembangan kognitif seseorang
pelajar, oleh itu teori perkembangan kognitif
Piaget boleh diaplikasikan untuk membantu
guru menyediakan bahan untuk pengajaran
dan pembelajaran.
Contohnya seorang guru ingin membuat sesi
pengajaran dan pembelajaran cara membuat
sandwish kepada pelajarnya
19. Guru perlu mengenalpasti tahap perkembangan kognitif
pelajarnya terlebih dahulu semasa menyediakan rancangan
pengajaran. Berikut adalah empat tahap perkembangan
teori kognitif Piaget yang boleh digunakan oleh guru
semasa menyediakan rancangan pengajarannya.
20. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep
kekalan objek sewaktu berumur 4 hingga 6 bulan.
Mereka akan menggunakan deria motor untuk
meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, instruksi
yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan
menunjukkan gambar bahan-bahan yang digunakan
untuk membuat sandwish. Guru boleh menggunakan
teknik imbasan kad yang memaparkan gambar seperti
roti, timun dan telur kepada kanak-kanak.
21. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah boleh mengingati sesuatu
dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami
konsep. Oleh itu, guru boleh menunjukkan mereka bahan-bahan
sebenar bagi membuat sandwish kepada mereka. Guru boleh
membawa roti, timun dan telur ke dalam kelas bagi
memberikan kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan
lebih dekat. Mereka boleh memegang dan merasa bahan-bahan
tersebut serta mengingatinya.
22. Pada tahap ini kanak-kanak sudah memulakan
alam persekolahan. Mereka sudah mempelajari
banyak konsep-konsep penting melalui
pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru sudah
boleh menunjukkan tayangan video berkaitan
penyediaan sandwish kepada pelajarnya dan
kemudian meminta pelajar menyediakan sendiri
sandwish bersama-sama rakan mereka.
Walaubagaimanapun, pada tahap ini guru perlu
membantu menyediakan bahan-bahan dan
membimbing pelajarnya.
23. Pada tahap ini, kanak-kanak telah memasuki
alam remaja. Mereka sudah boleh
menyelesaikan masalah sendiri dan
bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka.
Oleh itu, guru boleh meminta pelajar membawa
dan menyediakan bahan-bahan membuat
sandwish mereka sendiri. Pelajar juga sudah
boleh membuat sendiri sandwish tanpa bantuan
dari guru mereka. Guru hanya perlu memantau
sesi penyediaan sandwish dan memberikan
nasihat kepada pelajar.
24. Perkembangan adalah aspek perubahan yang
dialami oleh setiap individu dan bersifat
kualitatif tetapi mengalami perubahan seiring
dengan peredaran masa.
Berdasarkan teori-teori perkembangan
kognitif ini, kami berpendapat bahawa teori
ini boleh diaplikasikan dalam bidang
pendidikan di Malaysia.