SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Downloaden Sie, um offline zu lesen
TUGASAN
SEMESTERJANUARI 2015
KOD KURSUS EFF312
NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR NORAINIE BINTI EKAN
NO. MATRIK E30209130531
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
ENCIK AFFENDI BIN BOLL
PUSAT
PEMBELAJARAN
ICATS WEST CAMPUS,
JALAN STAMPIN TIMUR,
93350 KUCHING.
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA____________________________________________ MUKA SURAT
Penghargaan 3
BAHAGIAN A
1.0 Objektif Kajian 4
2.0 Kaedah Pengumpulan Data 4
3.0 Dapatan Kajian 5 - 9
4.0 Kesimpulan 9 - 10
5.0 Rumusan 10
BAHAGIAN B
1.0 Pengenalan 11
2.0 Lirik Lagu ‘Warisan’ 12
3.0 Transkripsi Lagu Warisan 13
4.0 Kepentingan Transkripsi Fonetik Kepada Masyarakat 14 - 15
5.0 Kesimpulan 16 - 17
BAHAGIAN C
1.0 Latarbelakang Sekolah Saya 18
2.0 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk Mengajar Kemahiran Lisan
di Sekolah. 18 - 19
3.0 Kesimpulan 20 -21
RUJUKAN
2
PENGHARGAAN
Saya memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas
hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat
disiapkan dengan jayanya.
Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan
tugasan . Pertama : Ringkasan artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu
Kelantan: Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yusran Abdul Aziz, Kedua adalah :
Penulisan lagu Warisan (oleh Sudirman) dalam bentuk Transkripsi Fonetik;
dan yang ketiga : Laporan tentang Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu
Di Sekolah Saya : Satu Tinjauan.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada kepada pensyarah kami iaitu Encik Affendi Bin Boll yang telah
menenerangkan secara terperinci tentang penyediaan tugasan ini. Ucapan setinggi-
tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menjalankan sesi
kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat. Kerjasama
dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai.
Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan
cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri-
cirifonem konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan
serta sitem ejaan dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha
murni ini dalam meneruskan penghayatan ilmu sepanjang masa.
Disediakan oleh :
NORAINIE BINTI EKAN 31 Mac 2015
AEU Kuching
3
BAHAGIAN A
Ringkasan artikel :
“InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi
Yasran Abdul Aziz.
1.0 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap
inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan
pendapat dalam kalangan pengkaji.Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama
terdiri daripada aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan
bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic
Alphabet (IPA).
2.0 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan
menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen
bermaksud segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat
tertentu. Penulis artikel menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara
objektif melalui dokumen. Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas
penyelidikan ini telah menngunakan pendekatan fonologi generatif untuk
menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri
daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal
InternationalPhonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri daripada
sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian perpustakaan sebelum ini seperti
kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul
4
Hamid (1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980)
dan analisis semula oleh Teoh (1994).
3.0 Dapatan Kajian
Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas
inventori vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif.
i.Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi
Generatif
Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal
[Ɛ] dan [ ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi],ↄ
[-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah],
[+belakang], dan [tegang].Kedua-dua vokal [ , ] adalah vokal terbitan dan bukanɐ ↄ
berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa
generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama
dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya
saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang
dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa
Melayu telah sepakat mengatakan bahawa fonem bahasa Melayu hanya ada enam
sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/.ǝ Kedua, kehadiran segmen vokal [ , ] dalam kata adalahɐ ↄ
mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga
kemungkinan kehadiran [ ] dan [ ], iaitu [ ] yang direalisasikanɐ ɐↄ
da /e/ (misalnya : /gelek/ [ge.le ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya :ʔ͢
/haiyan/ /biasa / [ ]. Manakala͢ ͢ segmen vokal [ ]ↄ pula direalisasikan
daripada /o/ (misalnya : /botol/ [b .t :]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya͢ ↄ ↄ
: /taubat/ [t .ba ], ± /buaia/ [b .jʔ͢ ↄ ͢ ↄ ɑ).Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan
pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan
bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur
(laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa
perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan
boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti
di bawah :
5
Penulis artikelberpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di
atas ialah [bi.si ], [lu.kih], [hi.do ], dan [tu.to ].ʔ ʔ ʔ HanyaTeoh (1994) pengkaji yang
menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel
sebaliknya berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh
penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak
meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah
satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran
vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam
bahasa Okpe, segmen vokal [I, U]
hanya wujud dari segi fonologinya, tetapi masih [e, o]
dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni
vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal
berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama
bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada analisis
kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti
dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR].Dengan itu, harmoni vokal
Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-
segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi
fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi
dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam
suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal
suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ, , a, ] yangɐↄ
bersamaan dengan semua vokal terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat
fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang
melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan bahawapenjelasan berdasarkan harmoni
vokal adalah lebih berpada.
6
Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas
menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak
harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal
dalam suku kata kedua [I, U]
berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni
vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas
Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/
yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh :
Berdasarkan keteranganb, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu
yangdianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai
[bi.lƐ ], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [g .lʔ ↄ Ɛ ]. Harmoni vokal sekaliʔ
lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni,
iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR]
sedangkan [Ɛ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek
Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan
bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR].
Dengan menggunakankaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat
untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek
Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/
di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o]
dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua
7
vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/
dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut :
/tikus/ [ti.kuh]
/lutut/ [lu.tu ]ʔ
/letup/ [le.tu ]ʔ
/patuk/ [pa.tu ]ʔ
Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/,
/u+o/, / +o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh:ǝ
/sibok/ [si.bo ]ʔ
/kutok/ [ku.to ]ʔ
/p lok/ [p .lo ]ǝ ǝ ʔ
Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam
suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam
suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana
Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Za’ba (1965).
ii. Vokal terbitan [ ]ɑ
Teoh (1994) menggunakan simbol [ ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɐ ɑ].
Istilah IPA bagi simbol [ ] ialah vokal tengah hampir luas (ɐ near-open central vowel).
Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai
fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh
itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi
fonetiknya. Contoh bunyi [ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia danɐ Summer
Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di
akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ] dalam laman web yang sama.
Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris
Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners
Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p :d],ɑ pot [p :t], danɑ rock[r :ɑ k] yang didapati
8
hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.t ],ɑ kapak [ka.p ] danɑʔ
marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan.
Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ ] bagiɒ
melambangkan segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa
segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan
ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah
[ ] yang juga mempunyai fitur [+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawaↄ
kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/.
Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan
segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ ͢
[a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ] dan [ ] pada posisi akhirↄ
kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak
berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g .ɑ ʔ͢ :Ɛ ], bukannya *[du.g .wɒ :Ɛ ] atau
*[du.g .wↄ :Ɛ ]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai
fitur [-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana
datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ ],ↄ
contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [t .l ] dalam Dialek Kelantan,ʔↄ ↄ
ia akan menyebabkan kehadiran [ ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannyaↄ
berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek
Kelantan dan Bahasa Melayuyang menunjukkan segmen vokal [ ] tidak fonemik.ↄ
4.0 Kesimpulan Kajian
Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu
enam fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari/i, e, Ə, a, o u/dan
vocal terbitan ialah [ , , ]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonemƐ ɑↄ
bahasa Melayu dan daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa
dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah
mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata
seperti dalam perkataan /duga/ialah [ ] bukannya [ ], [ɑ ↄ ]. atau [ ] seperti yangɒ
dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori
fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan
fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang
lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan dan
9
keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan
kesilapan transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek
Kelantan yang akan datang.
5.0 RUMUSAN
Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah
disimpulkan bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan
lambing yang menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu
pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian
pada keaslian bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat
mungkin antara teks dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu
baku dan mengelakkan daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat
sekolah rendah, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari
oleh semua pihak bermula daripada pihak berwajib, diikuti dengan pihak sekolah,
barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar. Pembakuan bahasa di sekolah
rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa, kerancuan tatabahasa dan
juga pencemaran bahasa. Akhir sekali,Dialek Kelantan mengandungi sembilan
segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə,
a, o u/dan vocal terbitan ialah [ , , ]. ArtikelƐ ɑↄ “InventoriVokal Dialek Melayu
Kelantan : Satu Penilaian Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah
berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak
menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.
BAHAGIAN B
10
1.0 PENGENALAN
Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang
bersistematik dan konsisten. Transkripsi juga dikenali sebagai satu sistem simbol/
lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones 1992), transkrip fonetik
didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu
bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai ccontoh, apabila kita mendengar seorang
penutur dialek Kelantan menyebut perkataan (makE) iaitu /makan/, maka sebagai
seorang yang tahu tentang fonetik maka ia akan menulis bunyi-bunyi dalam
perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad gonetik.
Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang
asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh
dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan
tanggapan/ impressionetic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.
2.0 Lirik Lagu : Warisan oleh Sudirman Hj. Arshad
11
3.0 TRANSKRIPSI LAGU
12
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
‘Warisan’ oleh Sudirman Hj. Arshad
Lirik Lagu Transkripsi
Di sinilahirnya sebuah cinta [#di sini lahir a səbuah cinta]ɲ ̆
Yang murni abadi sejati [#yaŋ murni abadi səjati]̆
Disini tersemai cita-cita [#di sini tərsəmai citacita]̆ ̆
Bercambah menjadi warisan [#bərcambah mənjadi warisan]̆ ̆
Andaiku terbuang tak diterima [#andai kutərbuaŋ ta ditərima]Ɂ
Andai aku disingkirkan [#andai aku disiŋkirkan]
Ke mana harusku bawakan [#kə mana harus ku bawakan]
Ke mana harusku semaikan cintaini [#kə mana harus ku səmaikan cintaini]̆
Betapa [#bətapa]
Di bumi ini kumelangkah [#dibumi ini ku məlaŋkah]
Ke utara selatan timur dan barat [#kə utara səlatan timur dan barat]
Ku jejaki [#kujəjaki]̆ ̆
Aku [#aku]
Bukanlah seorang perwira [#bukanlah səoraŋ pərwira]
Gagah menghunus senjata [#gagah meŋhunus sənjata]̆
Namun hati rela berjuang [#namun hati rĕla bərjuaŋ]̆
Walau dengan cara sendiri [#walau dəŋan cara səndiri]̆
Demi cintaini [#dəmi cinta ini]̆
Ku ingin kotakan seribu janji [#ku iŋin kotakan səribu janji]̆ ̆
Sepanjang kedewasaan ini [#səpanjaŋ kədĕwasaan ini]̆
Ku ingin sampaikan pesanan [#ku iŋin sampaikan pəsanan]
Akulah penyambung warisan [#akulah pə ambung warisan]ɲ
4.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA MASYARAKAT
BERDASARKAN TRANSKRIPSI FONETIK
Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang
asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh
dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza aitu transkripsi yang berdasarkan
tanggapan / impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.
Transkripsi fonetik ini juga adalah satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa
dengan menggunakan lambing-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat
13
antarabangsa. Transkripsi fonetik juga digunakan oleg pengkaji dialek . Lambang
fonetik ditulis dalam kurungan [ ].
Transkripsi fonetik adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang
bersistematik dan konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu sistem
simbol/lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik
didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi
(satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila kita mendengar seorang penutur
dialek Kelantan menyebut perkataan [make] iaitu /makan/, maka sebagai seorang
yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang
disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik. Begitulah pentingnya
transkripsi fonetik dalam masyarakat kita.
Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan
kemahiran yang penting dalam membuat analisi fonetik (Abdullah Hassan, 2006).
Dalam pada itu terdapat beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa,
khusunya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk
merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan
perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam
transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannnya seperti ditunjukkan dalam
bentuk otografi.
Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan
panduan kepada guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan
Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan
perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambing fonetik seperti [səma ]ʔ
dan [sema ]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksudʔ
‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud ‘periksa’. Dengan adanya transkripsi
fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan
kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.
Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai
kemahiran lisan. Dengan mengetahui lambing-lambang fonetik, pelajar mudah dapat
menyebut sesuatu perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau
14
mendengar perkataan tersebut. Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan
untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza.
Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara
bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam
kajian mereka.
Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk
mewakili bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada
kalanya otografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya
perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan
fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus].
Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan
transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti
yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul dapat dikenal
pasti dan dipelajari dengan baik. Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa
dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah pentingnya transkripsi
fonetik dalam ilmu linguistik, khususnya dalam bidang fonetik.
5.0 KESIMPULAN
Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan
penggunaan simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan symbol fonetik dikenali sebagai
‘abjad fonetik’. Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada
kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau International Phonetic
Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai abjad Fonetik
Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam
sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam
sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak
15
simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang
didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana
sistem ejaan rumi. Misalnya [∑] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa
Inggeris “ship” [∑ip] atau kata dalam bahasa Melayu “syarat” [∑arat], [ ] pula untukɸ
bunyi [gh] seperti dalam kata “ghaib” [ aeb].ɸ
Dengan menggunakan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan
lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa
yang terdapat di dalam apa jua bahasa. Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA)
merupakan nama bagi satu set symbol-simbol yang bersifat arbitrary atau wewenang.
Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyi-bunyi yang digunakan dalam
semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara artikulasi. Ahli fonetik
mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang standard dan dapat
diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangan kajian fonetik
artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa
dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan
IPA ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-
bunyi yang tidak biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi
seluruh bunyi-bunyi pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara
bentuk sistem tulisan (ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu lagi kita
mencipta atau membentuk IPA.
Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf
yang berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya, maka IPA turut
mencadangkan penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda
diakritik yang pelbagai jenis yang dapat ditambah kepada symbol huruf. Tujuan
penggunaan symbol tambahan ini adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih
halus daripada perbezaan yang berdasarkan huruf-huruf sahaja.
16
BAHAGIAN C
1.0 Latar belakang sekolah saya
Sekolah tempat saya bertugas sekrang ini adalah Sekolah Kebangsaan Sri
Aman, Sri Aman, Sarawak. Sekolah ini mula beroperasi sejak 2 Jun 2002. Pada
mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 73 orang pelajar dan 9 orang guru
sahaja. Murid-murid di sekolah ini pada mulanya hanya ada satu kelas bagi setiap
tahun, iiatu bermula dari Tahun 3 dan Tahun 2. Ini dalah kerana pada masa itu,
17
murid-murid yang dihantar ke sekolah ini adalah daripada sekolah-sekolah yang
berdekatan seperti SK Abang Aing, SK St. Luke’s dan SK St . Lawrence
Sekolah ini adalah sekolah yang berada dalam perkampungan Melayu yang
diberi nama Kampung Muhibbah. Majoriti daripada murid sekolah ini adalah
beragama Islam. Namun begitu sekolah ini mengamalkan budaya saling hormat-
menghormati antara satu sama lain. Sehingga hari ini, murid sekolah saya telah
mencecah seramai 320 orang. Setiap satu tahun adalah terdiri daripada dua buah
kelas perdana dan tiga buah kelas Prasekolah. Sehingga tahun ini, guru di sekolah
saya telah mencecah seramai 38 orang.
2.0 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran
lisan di sekolah.
Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia. Hamad Kilani (2001)
menyatakan bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan
seharian digunakan di sekolah sebagai alat-alat komunikasi. Justeru, proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling
berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana guru-guru berinteraksi dengan murid secara
individu hampir setiap hari. Pada masa kini, iklim pengajaran dan pembelajaran lebih
menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata murid-
murid. Selain itu, bahasa juga adalah satu medium utama manusia bersosial. Apabila
bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan budaya, dan
ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk bersifat kompleks. Perkataan-perkataan yang
dituturkan dalam Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan serta
pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya.
Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan reality budaya. Kecekapan bahasa,
terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya
tersebut.
Laporan ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik yang menyentuh masalah perkaedahan bahasa dan kelemahan
murid, khususnya dalam isu penggunaan dan penacapaian Bahasa Melayu dalam
kelas. Selalunya, kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu dikaitkan
18
dengan kelemahan interaksi lisan di dalam bilik darjah. Dalam interkasi lisan,
penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan
pelajaran kepada murid-muridnya (Zamri 2012). Soalan-soalan yang dikemukana
berpotensi untuk membantu murid mencapai keupayaan kognitif optimum. Oleh yang
demikian, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran itu dapat mendedahkan murid menggunakan
pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan kemudian
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid bertindak secara aktif
dan bukannya bertinndak secara pasif dalam proses pembelajaran.
Cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran ini amat penting
dalam membantu murid untuk lebih memahami setiap perkataan dan ayat yang
disampaikan oleh guru. Para pendidik perlulah menyediakan bahan bantu mengajar
yang sesuai dan mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran
yang tidak mendatangkan kebosanan sebelum memasuki bilik darjah. Dengan cara
ini, ia dapat membantu murid meningkatkan minat dan tahap kefahaman dalam
mempelajari ilmu. Oleh itu, amat penting bagi para pendidik untuk merancang sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
KESIMPULAN
Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, adakalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis
pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk
meneliti proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran juga boleh
digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keatifan
murid, pengajaran bahasa dan pengajaran pelajaran lain. Elemen pengajaran dan
19
pembelajaran teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu
kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada
suatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.
Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah menarik
minat murid, mengekalkan focus serta menimbulkan rasa ingin tahu murida dan
sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.
Strategi pula diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar sesuatu
tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan
pembelajaran. Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif kea rah mencapai
objektif yang hendak dicapai. Salah satu criteria guru yang berkesan adalah
mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan
dengan isi pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan setelah melakukan
persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan melakukan
permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertnyakan soala, iaitu mengemukakan
pernyataan yang merangsangkan dan menerangkan kandungan pelajaran secara
langsung.
Tahap tertingi penggunaan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran semasa
permulaan yang telah dipilih oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana,
penggunaan soalan sebagai pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara.
Soalan yang ditanyakan biasanya berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah
diterangkan atau dipelajari sebelumnya. Daripada soalan berkenaan, murid
memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang diberikan. sekiranya reaksi lisan
bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau mereka
melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas
kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), melalui
kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus
sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan
menjadi perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah
memfokuskan tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya. Hal ini
kerana, pada peringkat permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid
supaya memberikan tumpuan terhadap terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat
kandungan.
20
RUJUKAN
Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A
resource book for students. New York: Routedge
Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS
Publishers
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
21
Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.
Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn
&Bacon
22

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 

Was ist angesagt? (20)

Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
KK GKKO PENULISAN 3.pdf
KK GKKO PENULISAN 3.pdfKK GKKO PENULISAN 3.pdf
KK GKKO PENULISAN 3.pdf
 

Andere mochten auch

Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBicara Ilmu
 
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01Eyzan Rashid
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Hakim Zulkeply
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknya
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknyaKumpulan puisi dan unsur intrinsiknya
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknyaUtami Trianti
 

Andere mochten auch (14)

Fonemik
FonemikFonemik
Fonemik
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari AllahBersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
Bersyukur: Rahsia untuk mendapat penambahan akan sesuatu dari Allah
 
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01
Strategipendekatankaedahdanteknik 111112055316-phpapp01
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknya
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknyaKumpulan puisi dan unsur intrinsiknya
Kumpulan puisi dan unsur intrinsiknya
 

Ähnlich wie Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologiNorafsah Awang Kati
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayuZubir Ismail
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108Oh Jenny
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2ly infinitryx
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Norzila Nasir
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiAdia Nidurasan
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuZaimah Bakar
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjNur Azah Ahmad
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisHeidy Kaeni
 

Ähnlich wie Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531 (20)

fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
Fon kum
Fon kumFon kum
Fon kum
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugis
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Bm mei 2012
Bm mei 2012Bm mei 2012
Bm mei 2012
 

Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

  • 1. TUGASAN SEMESTERJANUARI 2015 KOD KURSUS EFF312 NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NORAINIE BINTI EKAN NO. MATRIK E30209130531 NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK AFFENDI BIN BOLL PUSAT PEMBELAJARAN ICATS WEST CAMPUS, JALAN STAMPIN TIMUR, 93350 KUCHING. 1
  • 2. ISI KANDUNGAN PERKARA____________________________________________ MUKA SURAT Penghargaan 3 BAHAGIAN A 1.0 Objektif Kajian 4 2.0 Kaedah Pengumpulan Data 4 3.0 Dapatan Kajian 5 - 9 4.0 Kesimpulan 9 - 10 5.0 Rumusan 10 BAHAGIAN B 1.0 Pengenalan 11 2.0 Lirik Lagu ‘Warisan’ 12 3.0 Transkripsi Lagu Warisan 13 4.0 Kepentingan Transkripsi Fonetik Kepada Masyarakat 14 - 15 5.0 Kesimpulan 16 - 17 BAHAGIAN C 1.0 Latarbelakang Sekolah Saya 18 2.0 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk Mengajar Kemahiran Lisan di Sekolah. 18 - 19 3.0 Kesimpulan 20 -21 RUJUKAN 2
  • 3. PENGHARGAAN Saya memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan tugasan . Pertama : Ringkasan artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yusran Abdul Aziz, Kedua adalah : Penulisan lagu Warisan (oleh Sudirman) dalam bentuk Transkripsi Fonetik; dan yang ketiga : Laporan tentang Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Di Sekolah Saya : Satu Tinjauan. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kepada pensyarah kami iaitu Encik Affendi Bin Boll yang telah menenerangkan secara terperinci tentang penyediaan tugasan ini. Ucapan setinggi- tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menjalankan sesi kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat. Kerjasama dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai. Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri- cirifonem konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan serta sitem ejaan dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneruskan penghayatan ilmu sepanjang masa. Disediakan oleh : NORAINIE BINTI EKAN 31 Mac 2015 AEU Kuching 3
  • 4. BAHAGIAN A Ringkasan artikel : “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yasran Abdul Aziz. 1.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan pengkaji.Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama terdiri daripada aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA). 2.0 Kaedah Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen bermaksud segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu. Penulis artikel menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen. Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas penyelidikan ini telah menngunakan pendekatan fonologi generatif untuk menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian perpustakaan sebelum ini seperti kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul 4
  • 5. Hamid (1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980) dan analisis semula oleh Teoh (1994). 3.0 Dapatan Kajian Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas inventori vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif. i.Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi Generatif Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [Ɛ] dan [ ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi],ↄ [-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang].Kedua-dua vokal [ , ] adalah vokal terbitan dan bukanɐ ↄ berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa Melayu telah sepakat mengatakan bahawa fonem bahasa Melayu hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, , a, o, u/.ǝ Kedua, kehadiran segmen vokal [ , ] dalam kata adalahɐ ↄ mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [ ] dan [ ], iaitu [ ] yang direalisasikanɐ ɐↄ da /e/ (misalnya : /gelek/ [ge.le ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya :ʔ͢ /haiyan/ /biasa / [ ]. Manakala͢ ͢ segmen vokal [ ]ↄ pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya : /botol/ [b .t :]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya͢ ↄ ↄ : /taubat/ [t .ba ], ± /buaia/ [b .jʔ͢ ↄ ͢ ↄ ɑ).Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah : 5
  • 6. Penulis artikelberpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas ialah [bi.si ], [lu.kih], [hi.do ], dan [tu.to ].ʔ ʔ ʔ HanyaTeoh (1994) pengkaji yang menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel sebaliknya berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada analisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR].Dengan itu, harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen- segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ, , a, ] yangɐↄ bersamaan dengan semua vokal terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan bahawapenjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada. 6
  • 7. Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh : Berdasarkan keteranganb, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu yangdianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐ ], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [g .lʔ ↄ Ɛ ]. Harmoni vokal sekaliʔ lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Dengan menggunakankaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua 7
  • 8. vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut : /tikus/ [ti.kuh] /lutut/ [lu.tu ]ʔ /letup/ [le.tu ]ʔ /patuk/ [pa.tu ]ʔ Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, / +o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh:ǝ /sibok/ [si.bo ]ʔ /kutok/ [ku.to ]ʔ /p lok/ [p .lo ]ǝ ǝ ʔ Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Za’ba (1965). ii. Vokal terbitan [ ]ɑ Teoh (1994) menggunakan simbol [ ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɐ ɑ]. Istilah IPA bagi simbol [ ] ialah vokal tengah hampir luas (ɐ near-open central vowel). Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia danɐ Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ] dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [p :d],ɑ pot [p :t], danɑ rock[r :ɑ k] yang didapati 8
  • 9. hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.t ],ɑ kapak [ka.p ] danɑʔ marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan. Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ ] bagiɒ melambangkan segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ ] yang juga mempunyai fitur [+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawaↄ kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ ͢ [a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ] dan [ ] pada posisi akhirↄ kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya : /duga+an/ [du.g .ɑ ʔ͢ :Ɛ ], bukannya *[du.g .wɒ :Ɛ ] atau *[du.g .wↄ :Ɛ ]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ ],ↄ contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [t .l ] dalam Dialek Kelantan,ʔↄ ↄ ia akan menyebabkan kehadiran [ ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannyaↄ berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayuyang menunjukkan segmen vokal [ ] tidak fonemik.ↄ 4.0 Kesimpulan Kajian Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu enam fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari/i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [ , , ]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonemƐ ɑↄ bahasa Melayu dan daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ialah [ ] bukannya [ ], [ɑ ↄ ]. atau [ ] seperti yangɒ dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan dan 9
  • 10. keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. 5.0 RUMUSAN Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu baku dan mengelakkan daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat sekolah rendah, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari oleh semua pihak bermula daripada pihak berwajib, diikuti dengan pihak sekolah, barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar. Pembakuan bahasa di sekolah rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa, kerancuan tatabahasa dan juga pencemaran bahasa. Akhir sekali,Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [ , , ]. ArtikelƐ ɑↄ “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. BAHAGIAN B 10
  • 11. 1.0 PENGENALAN Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan konsisten. Transkripsi juga dikenali sebagai satu sistem simbol/ lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones 1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai ccontoh, apabila kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan (makE) iaitu /makan/, maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka ia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad gonetik. Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionetic dan transkripsi yang berasaskan sistematik. 2.0 Lirik Lagu : Warisan oleh Sudirman Hj. Arshad 11
  • 12. 3.0 TRANSKRIPSI LAGU 12 Di sini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Di sini tersemai cita-cita Bercambah menjadi warisan (korus) Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingirkan Ke mana harusku bawakan Ke mana harusku semaikan cinta ini Betapa Di bumi ini ku melangkah Ke utara selatan timur dan barat Ku jejaki Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Akulah penyambung warisan
  • 13. ‘Warisan’ oleh Sudirman Hj. Arshad Lirik Lagu Transkripsi Di sinilahirnya sebuah cinta [#di sini lahir a səbuah cinta]ɲ ̆ Yang murni abadi sejati [#yaŋ murni abadi səjati]̆ Disini tersemai cita-cita [#di sini tərsəmai citacita]̆ ̆ Bercambah menjadi warisan [#bərcambah mənjadi warisan]̆ ̆ Andaiku terbuang tak diterima [#andai kutərbuaŋ ta ditərima]Ɂ Andai aku disingkirkan [#andai aku disiŋkirkan] Ke mana harusku bawakan [#kə mana harus ku bawakan] Ke mana harusku semaikan cintaini [#kə mana harus ku səmaikan cintaini]̆ Betapa [#bətapa] Di bumi ini kumelangkah [#dibumi ini ku məlaŋkah] Ke utara selatan timur dan barat [#kə utara səlatan timur dan barat] Ku jejaki [#kujəjaki]̆ ̆ Aku [#aku] Bukanlah seorang perwira [#bukanlah səoraŋ pərwira] Gagah menghunus senjata [#gagah meŋhunus sənjata]̆ Namun hati rela berjuang [#namun hati rĕla bərjuaŋ]̆ Walau dengan cara sendiri [#walau dəŋan cara səndiri]̆ Demi cintaini [#dəmi cinta ini]̆ Ku ingin kotakan seribu janji [#ku iŋin kotakan səribu janji]̆ ̆ Sepanjang kedewasaan ini [#səpanjaŋ kədĕwasaan ini]̆ Ku ingin sampaikan pesanan [#ku iŋin sampaikan pəsanan] Akulah penyambung warisan [#akulah pə ambung warisan]ɲ 4.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA MASYARAKAT BERDASARKAN TRANSKRIPSI FONETIK Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza aitu transkripsi yang berdasarkan tanggapan / impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik. Transkripsi fonetik ini juga adalah satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambing-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat 13
  • 14. antarabangsa. Transkripsi fonetik juga digunakan oleg pengkaji dialek . Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. Transkripsi fonetik adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu sistem simbol/lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [make] iaitu /makan/, maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik. Begitulah pentingnya transkripsi fonetik dalam masyarakat kita. Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang penting dalam membuat analisi fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu terdapat beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa, khusunya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannnya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi. Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambing fonetik seperti [səma ]ʔ dan [sema ]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksudʔ ‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud ‘periksa’. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu. Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan. Dengan mengetahui lambing-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau 14
  • 15. mendengar perkataan tersebut. Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam kajian mereka. Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya otografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus]. Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik. Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah pentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik, khususnya dalam bidang fonetik. 5.0 KESIMPULAN Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan symbol fonetik dikenali sebagai ‘abjad fonetik’. Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai abjad Fonetik Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak 15
  • 16. simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem ejaan rumi. Misalnya [∑] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris “ship” [∑ip] atau kata dalam bahasa Melayu “syarat” [∑arat], [ ] pula untukɸ bunyi [gh] seperti dalam kata “ghaib” [ aeb].ɸ Dengan menggunakan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di dalam apa jua bahasa. Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set symbol-simbol yang bersifat arbitrary atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyi-bunyi yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangan kajian fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi- bunyi yang tidak biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan (ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu lagi kita mencipta atau membentuk IPA. Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya, maka IPA turut mencadangkan penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai jenis yang dapat ditambah kepada symbol huruf. Tujuan penggunaan symbol tambahan ini adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan huruf-huruf sahaja. 16
  • 17. BAHAGIAN C 1.0 Latar belakang sekolah saya Sekolah tempat saya bertugas sekrang ini adalah Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sri Aman, Sarawak. Sekolah ini mula beroperasi sejak 2 Jun 2002. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 73 orang pelajar dan 9 orang guru sahaja. Murid-murid di sekolah ini pada mulanya hanya ada satu kelas bagi setiap tahun, iiatu bermula dari Tahun 3 dan Tahun 2. Ini dalah kerana pada masa itu, 17
  • 18. murid-murid yang dihantar ke sekolah ini adalah daripada sekolah-sekolah yang berdekatan seperti SK Abang Aing, SK St. Luke’s dan SK St . Lawrence Sekolah ini adalah sekolah yang berada dalam perkampungan Melayu yang diberi nama Kampung Muhibbah. Majoriti daripada murid sekolah ini adalah beragama Islam. Namun begitu sekolah ini mengamalkan budaya saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Sehingga hari ini, murid sekolah saya telah mencecah seramai 320 orang. Setiap satu tahun adalah terdiri daripada dua buah kelas perdana dan tiga buah kelas Prasekolah. Sehingga tahun ini, guru di sekolah saya telah mencecah seramai 38 orang. 2.0 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran lisan di sekolah. Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia. Hamad Kilani (2001) menyatakan bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan seharian digunakan di sekolah sebagai alat-alat komunikasi. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana guru-guru berinteraksi dengan murid secara individu hampir setiap hari. Pada masa kini, iklim pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata murid- murid. Selain itu, bahasa juga adalah satu medium utama manusia bersosial. Apabila bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan budaya, dan ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk bersifat kompleks. Perkataan-perkataan yang dituturkan dalam Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan serta pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya. Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan reality budaya. Kecekapan bahasa, terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya tersebut. Laporan ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang menyentuh masalah perkaedahan bahasa dan kelemahan murid, khususnya dalam isu penggunaan dan penacapaian Bahasa Melayu dalam kelas. Selalunya, kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu dikaitkan 18
  • 19. dengan kelemahan interaksi lisan di dalam bilik darjah. Dalam interkasi lisan, penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-muridnya (Zamri 2012). Soalan-soalan yang dikemukana berpotensi untuk membantu murid mencapai keupayaan kognitif optimum. Oleh yang demikian, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat mendedahkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid bertindak secara aktif dan bukannya bertinndak secara pasif dalam proses pembelajaran. Cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dalam membantu murid untuk lebih memahami setiap perkataan dan ayat yang disampaikan oleh guru. Para pendidik perlulah menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran yang tidak mendatangkan kebosanan sebelum memasuki bilik darjah. Dengan cara ini, ia dapat membantu murid meningkatkan minat dan tahap kefahaman dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, amat penting bagi para pendidik untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. KESIMPULAN Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, adakalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran juga boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keatifan murid, pengajaran bahasa dan pengajaran pelajaran lain. Elemen pengajaran dan 19
  • 20. pembelajaran teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada suatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah menarik minat murid, mengekalkan focus serta menimbulkan rasa ingin tahu murida dan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan. Strategi pula diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif kea rah mencapai objektif yang hendak dicapai. Salah satu criteria guru yang berkesan adalah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan setelah melakukan persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan melakukan permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertnyakan soala, iaitu mengemukakan pernyataan yang merangsangkan dan menerangkan kandungan pelajaran secara langsung. Tahap tertingi penggunaan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran semasa permulaan yang telah dipilih oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana, penggunaan soalan sebagai pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara. Soalan yang ditanyakan biasanya berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah diterangkan atau dipelajari sebelumnya. Daripada soalan berkenaan, murid memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang diberikan. sekiranya reaksi lisan bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau mereka melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan menjadi perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah memfokuskan tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya. Hal ini kerana, pada peringkat permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid supaya memberikan tumpuan terhadap terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat kandungan. 20
  • 21. RUJUKAN Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. New York: Routedge Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 21
  • 22. Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press. Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn &Bacon 22