SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
5.4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum
dan Kewangan Sekolah
5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
1. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau
pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses
pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku
sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta
organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu
organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
2. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua
organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of
Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang
paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses
merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang
ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara
anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil
tindakan untuk
mencapai matlamat.
3. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada
mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara
untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan
sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi
faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
4. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of
Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut
paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan
menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak
manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan
memenuhi objektif yang ditetapkan.
5. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang
bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa
pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan
berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran
6. Definisi lain ialah:
 Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi
lain.
 Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian
penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti
Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.
7. Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan
perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik
dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.
8. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran
sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan
pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan
pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak
boleh dibezakan dengan bidang
lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai
untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan
dan mengekalkan struktur organisasi.
9. Dalam organisasi konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu
digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama
denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang
melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan
kerana ia lebih memberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada
keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan
tiada bezanya.
10. Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah :
 Pengendalian
 Matlamat
 Kualiti/mutu
 Keberkesanan
 Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia
5.4.2. Tugas Pentadbiran Sekolah
1. Proses Pentadbiran Sekolah
1.1.Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat
keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan
proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan
menilai kembali aktiviti-aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua
menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.
 Merancang
 Membuat keputusan
 Komunikasi
 Mengawal
 Menilai
1.2. Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:
 Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.
 Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan
khidmat bimbingan.
 Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan
–cadangan alternatif.
 Merancang dan melaksanakan perancangan.
 Menilai kemakmuran.
1.3. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi
pentadbir pendidikan, iaitu membuat keputusan tentang apa yang
hendak dilaksanakan, membentuk perancangan menurut matlamat
yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan
kewangan, mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong
kakitangan, mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan
semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan
prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat
diatasi.
5.4.3 Tugas Pengurusan Sekolah
1. Peranan Guru Besar
Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah
organisasi pendidikan ialah:
 memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan
Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk
matlamat KBSR.
 membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika
melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan
yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat
pendidikan tersebut.
 memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf
profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk
mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau
tersirat.
 mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat,
cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
 membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan
semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran
berkomunikasi.
 menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan,
cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan
untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.
2. Peranan Guru
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman
mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan
yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar.
Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka
dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.
Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran
iaitu:
 Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-
pelajar dalam proses pembelajaran.
 Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu
yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.
 Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang
berkesan serta bersistematik.
 Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah
mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam
proses pengajaran.
 Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-
teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam
pengajaran.
 Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis
terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif
pembelajaran.
 Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan
masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam
menentukan kualiti pendidikan.
 Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan
masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman
serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
 Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan
generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat,
berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.
 Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa
yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas.
 Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk
imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah
satu aspek motivasi diri.
Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-
bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang
aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.
5.4.4. Kurikulum Sekolah
1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada
murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah.
Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi
pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada
pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum
juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat
murid-murid.
2. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan
pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara
langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-
aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan
pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang
dilaksanakan secara terancang dan bahan-
bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk
pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.
4. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan
kurikulum tersirat.
5. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah
ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-
pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran,
sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-
kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah
dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan
dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.
6. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi
mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap
proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah,
budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan
kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan
seseorang murid.
7. Panitia Mata Pelajaran
Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan
menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki
dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di
samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang
boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-
murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga
mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam
peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran
berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh
mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan
persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.
5.4.5. Kokurikulum
1. Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua
murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh
dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka
ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga
bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat
yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama
mendidik murid-murid itu.
2. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:
 menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di
kalangan murid-murid.
 memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-
murid.
 mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid
dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah.
 membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.
 membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik
dan menggembirakan.
 membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.
5.4.6. Kewangan Sekolah
Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu
guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan
wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit
dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan
bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan
sekolah.
Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan
guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan
dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi
kepada sekolah dan lain-lain wang
sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya
dan kepada sekolah amnya.
5.4.7 Pejabat sekolah
Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman
dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi
pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama.
Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan
seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan
masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-
penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-
masalahyang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan
pendidikan itu berjalan lancar.
 Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang
selamat, bersih dan indah.
 Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran
dan pembelajaran.
 Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.
 Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah
danmasyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha
keselamatan, kebersihan dan keindahan.
 Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di
sekolah-sekolah
Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua
pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh
memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan
ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta
kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan
sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada
peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai
kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan
lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan
pembelajaran.
Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar
yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut
biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam
sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program
stesen alam sekitar, yang dilekatkan
dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh
dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata,
disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan
taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah
serta mempunyai motif pembelajaran haruslah
diutamakan.
Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya
penyayang antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan
menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak
berkemampuan.
5.4.8 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah
Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat
bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh
Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific
Management(1911). Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan
Frank Gilberth.
Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada
tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan
meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan
tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang
berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di
kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga
menjadi seorang jurutera.
Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:
1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan
2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.
3. Gaji seimbang dengan kerja
4. Perlu memotivasikan pekerja.
5. Masa yang standard bagi semua pekerja.
6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.
7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.
8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.
9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja.
Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan
amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir
sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia
yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang
luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi
antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan
demokratik. Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan
hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu
dilaksanakan.
RUJUKAN
a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd
b. Mohd Salleh Lebar (2000), Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia,
Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd.
c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
d. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.
e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme GuruArthur Jupong
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 

Was ist angesagt? (20)

Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 

Andere mochten auch

Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan SekolahJawatankuasa Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Sekolahmellisa1030
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
48344787 soalan-pengurusan-gerko
48344787 soalan-pengurusan-gerko48344787 soalan-pengurusan-gerko
48344787 soalan-pengurusan-gerkoTiong DTiong
 
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014inclassroom.blogspot.com
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gvali ahmad
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Wan Suhaimi Wan Setapa
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Jamaludin Mohamad Nawi
 

Andere mochten auch (9)

Model pengurusan kelompok kounin
Model pengurusan kelompok kouninModel pengurusan kelompok kounin
Model pengurusan kelompok kounin
 
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan SekolahJawatankuasa Pengurusan Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
48344787 soalan-pengurusan-gerko
48344787 soalan-pengurusan-gerko48344787 soalan-pengurusan-gerko
48344787 soalan-pengurusan-gerko
 
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014
Soalan Peperiksaan KHB -Kemahiran Teknikal 2014
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
Buku-panduan-pengurusan-aktiviti-kokurikulum-sekolah-rendah-dan-sekolah-menen...
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 

Ähnlich wie 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)Saranya Selvadorai
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsrHerney Aqilah Kay
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)NurSyaqina
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsrMohd Ridzuan
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)NurSyaqina
 
Ladap pendidikan moral
Ladap pendidikan moralLadap pendidikan moral
Ladap pendidikan moralCikgu Isza
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Norita Asmawi
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahAzizi Ahmad
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013mas61
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...ali ahmad
 
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdfAlifIqbal19
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 

Ähnlich wie 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah (20)

D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
6 perlaksanaan kurikulum khsr
6  perlaksanaan kurikulum khsr6  perlaksanaan kurikulum khsr
6 perlaksanaan kurikulum khsr
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
Pengurusan bilik darjah (Bab 6)
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Perlaksanaan kurikilum khsr
 Perlaksanaan kurikilum khsr Perlaksanaan kurikilum khsr
Perlaksanaan kurikilum khsr
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
 
Ladap pendidikan moral
Ladap pendidikan moralLadap pendidikan moral
Ladap pendidikan moral
 
Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan Konsep penggabungjalinan
Konsep penggabungjalinan
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
Fail meja-pk-kokurikulum1Pn masiah 2013
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
 
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 

Kürzlich hochgeladen

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 

Kürzlich hochgeladen (13)

BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 

5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

  • 1. 5.4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum dan Kewangan Sekolah 5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 1. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. 2. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. 3. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. 4. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. 5. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
  • 2. 6. Definisi lain ialah:  Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain.  Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain. 7. Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan. 8. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. 9. Dalam organisasi konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. 10. Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah :  Pengendalian  Matlamat  Kualiti/mutu  Keberkesanan  Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia 5.4.2. Tugas Pentadbiran Sekolah 1. Proses Pentadbiran Sekolah 1.1.Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti-aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.  Merancang
  • 3.  Membuat keputusan  Komunikasi  Mengawal  Menilai 1.2. Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut:  Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah.  Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat bimbingan.  Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan –cadangan alternatif.  Merancang dan melaksanakan perancangan.  Menilai kemakmuran. 1.3. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan, iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan, membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan, mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan, mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi. 5.4.3 Tugas Pengurusan Sekolah 1. Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:  memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.  membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.  memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.  mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.
  • 4.  membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.  menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan. 2. Peranan Guru Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:  Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar- pelajar dalam proses pembelajaran.  Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.  Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik.  Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.  Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori- teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.  Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.  Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.  Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.  Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.  Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
  • 5.  Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik- bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial. 5.4.4. Kurikulum Sekolah 1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. 2. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti- aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan- bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. 4. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. 5. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana- pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah- kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. 6. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid. 7. Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di
  • 6. samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid- murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah. 5.4.5. Kokurikulum 1. Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. 2. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:  menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid.  memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid- murid.  mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah.  membina dan meningkatkan disiplin murid-murid.  membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan.  membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. 5.4.6. Kewangan Sekolah Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah.
  • 7. Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya. 5.4.7 Pejabat sekolah Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong- penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah- masalahyang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.  Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah.  Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.  Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.  Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah danmasyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan keindahan.  Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-sekolah Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran. Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program
  • 8. stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan. Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. 5.4.8 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management(1911). Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja. Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi
  • 9. antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik. Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan. RUJUKAN a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd b. Mohd Salleh Lebar (2000), Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia, Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd. c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. d. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai. e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd