5. Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?
• Leptospirosis ialah
sejenis penyakit
zoonosis (penyakit yang
berjangkit daripada
haiwan kepada
manusia), yang
disebabkan oleh
bakteria dari genus
Leptospira
7. Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?
• Kuman Leptospira
– Leptospira interrogans
– Leptospira kirschneri
– Leptospira noguchii
– Leptospira alexanderi
– Leptospira weilii
– Dan lain-lain
8. Apa Agen Penyebab dan Punca Jangkitan?
• Manusia boleh dijangkiti apabila
terdedah kepada air, makanan,
atau tanah yang dicemari dengan
air kencing haiwan yang
terjangkit seperti tikus, kucing,
anjing, lembu, kambing, babi,
kuda dan haiwan-haiwan liar yang
lain
11. Apakah Gejala Penyakit ini?
• Tempuh masa inkubasi
(incubation period) iaitu
tempoh dari masa
terdedah sehingga
timbul gejala adalah di
antara 2 hingga 10 hari
12. • Gejala jangkitan leptospirosis
– Demam yang tinggi
– Sakit kepala
– Menggigil (chills)
– Sakit otot
– Muntah
– Jaundis (penyakit kuning)
– Radang mata
– Sakit perut
– Cirit-birit
– Batuk
– Ruam di kulit
Apakah Gejala Penyakit ini?
13.
14.
15. Apakah Gejala Penyakit ini?
• Penyakit, ini boleh dikategorikan
dalam empat kategori klinikal
berdasarkan tanda-tanda tersebut
seperti berikut (WHO, 2003):
– Penyakit yang menyerupai
Influenza (Influenza like illness)
yang ringan
– Sindrom Weil (Weil’s syndrome) –
jaundis, kegagalan ginjal,
pendarahan dan peradangan otot
jantung (myocarditis) dengan
denyutan yang tak sekata
(arrhythmias);
– Meningitis/mengingoencephalitis
(peradangan selaput
otak/peradangan otak);
– Pendarahan pulmonari (paru-paru)
dengan kegagalan pernafasan
16. Bagaimana penyakit ini disahkan?
• Pengesahan jangkitan
Leptospirosis adalah melalui
:
– Pengesanan bakteria
Leptospira melalui kultur
daripada sampel darah, air
tulang belakang
(cerebrosipinal fluid) dan air
kencing
– Ujian serologi bagi mengesan
antibodi spesifik seperti ujian
Microscopic Agglutination
Test (MAT), teknik ujian
Immunofluorescent (IF) dan
ELISA
17. Adakah penyakit ini boleh dirawat?
• Penyakit ini boleh
dirawat dengan
menggunakan antibiotic
tertentu
18. Adakah penyakit ini boleh dirawat?
• Bagi mereka yang menunjukkan
gejala seperti di atas hendaklah
bersegera ke klinik berhampiran
untuk pemeriksaan dan rawatan,
khususnya bagi mereka yang
mempunyai sejarah terdedah
kepada air atau makanan yang
tercemar
• Rawatan awal dengan antibiotik
akan dapat menggelakkan
komplikasi dan kematian
19. Adakah penyakit ini boleh dirawat?
• Antibiotik Doxycycline juga
boleh diberi sebagai
profilaksis kepada mereka
yang terdedah kepada
jangkitan melalui pekerjaan
(seperti tentera, petugas
penyelamat, dan lain-lain).
• Walau bagaimanapun,
nasihat doktor perlu
diperolehi terlebih dahulu
sebelum mengambil
profilaksis.
20. Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan
yang boleh diambil?
• Bagi pekerja yang mempunyai
risiko terdedah kepada air yang
tercemar hendaklah sentiasa
berkasut dan berpakaian yang
sempurna, sebaiknya yang kalis
air.
• Elakkan diri dari bermain air atau
bermandi manda di sungai atau
kolam jika terdapat luka atau
kudis di kulit
• Jika masih juga terpaksa terdedah
kepada air, tutup luka atau kudis
tersebut dengan sempurna dengan
plaster yang kalis air.
21. Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan
yang boleh diambil?
• Risiko pencemaran biasanya
meningkat selepas hujan. Oleh itu,
elakkan aktiviti-aktiviti rekreasi
melibatkan air sewaktu hujan dan
selepasnya sehingga keadaan air
kembali seperti biasa. Begitu juga,
elakkan diri bermain air sewaktu
musim banjir.
• Elak dari meminum air sungai yang
tidak dimasak atau dirawat.
22. • Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran
bagi mengelakkan kehadiran perumah
haiwan khususnya tikus dan meningkatkan
risiko pencemaran dengan bakteria
berkenaan. Sampah sarap dan sia-sisa
makanan yang tidak dilupuskan secara
sempurna mengundang kehadiran haiwan
ini.
• Orang ramai dinasihatkan supaya segera
mendapatkan rawatan jika mendapat gejala
penyakit dalam tempoh dua minggu dari
tempoh mengunjungi tempat-tempat
rekreasi (seperti kawasan air terjun, air
sungai, tasik, kolam dan lain-lain)
Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang
boleh diambil?