SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
900/1                                                                  STPM 2006




                        JABATAN PELAJARAN PERAK

                                 PENGAJIAN AM
                                KERTAS 1 SET 3
                              LEARNING TO SCORE


                                 (ANEKA PILIHAN)
                                        (Dua jam)



                 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA



Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.

      Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

        Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

      Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.




                 Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak
                          Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006


STPM 900/1                                                                  [Lihat sebelah
                                                                                    SULIT*



                                            1
1.
      • Penggubalan piagam pelanggan
      • Pengenalan rangkaian perkhidmatan awam
      • Perluasan kemudahan bayaran bil setempat
     Pernyataan di atas merujuk kepada program-program yang dilaksanakan di bawah
     A Dasar Penswastaan                    C Dasar Pandang ke Timur
     B Dasar Pembangunan Nasional           D Dasar Persyarikatan Malaysia

2. Antara berikut yang manakah matlamat yang ingin dicapai melalui Dasar Belilah
   Barangan Buatan Malaysia?
      I Meningkatkan pengaliran keluar wang negara melalui pertukaran mata wang asing
     II Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan ke tahap yang selaras dengan
        pengurusan ekonomi yang berhati-hati
    III Menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia tidak bermutu dan
        barangan yang diimport lebih bermutu
    IV Memberi sokongan kepada sektor perindustrian tempatan yang menghasilkan
        barangan yang lebih bermutu untuk dieksport
    A I dan II       B I dan IV          C II dan III         D III dan IV

3. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Pembangunan Nasional?
       I Tempoh pelaksanaan selama 20 tahun
      II Matlamat akhir ialah pencapaian Wawasan 2020
     III Rangka asas Rancangan Jangka Masa Panjang Ke-2
     IV Pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan kekayaan secara saksama
   A I dan II        B I dan IV           C II dan III     D III dan IV

4. Antara berikut yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara?
      I Mengukuhkan ekonomi negara
     II Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian
    III Meningkatkan mutu komoditi eksport pertanian
    IV Menstabilkan dan memantapkan harga keluaran pertanian
   A I dan II        B I dan IV           C II dan III        D III dan IV

5. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara 2003 ?
   A Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
   B Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
   C Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
   D Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka panjang dan jangka
      pendek

6.
         • Kerjasama antara kedua-dua sektor untuk pembangunan negara
         • Menggalakkan perkongsian maklumat
     Dasar yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas ialah
     A. Dasar Sogoshosha             C. Dasar Persyarikatan Malaysia
     B. Dasar Ekonomi Baru           D. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

7. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan Dasar Pengurangan Beban
   Perbelanjaan Awam?
      I Menstabilkan kewangan negara
     II Mengukuhkan nilai mata wang negara
    III Mengatasi defisit dalam belanjawan negara
    IV Mengawal kadar pertumbuhan ekonomi negara
   A I dan II        B I dan III         C II dan IV        D III dan IV


                                            2
8.
         • Melahirkan masyarakat yang mementingkan nilai kekeluargaan
         • Mewujudkan masyarakat yang beretika dan mementingkan kerohanian
         • Mempertingkatkan sumber dan kebolehan kendiri
     Pernyataan di atas merupakan matlamat
     A Wawasan 2020                        C Dasar Pembangunan Nasional
     B Dasar Sosial Negara                 D Rancangan Malaysia Kesembilan

9.
         •    Penyelidikan dan Pembangunan ( P&P) untuk mempercepat pemindahan
              teknologi
          • Pembangunan sumber manusia yang dinamik dan inovatif
          • Menyediakan dan memperbaik hubungan antara Malaysia dengan negara-
              negara lain di dunia melalui kabel di dasar laut dan satelit
      Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?
      A Dasar Urbanisasi Negara                C Dasar Telekomunikasi Negara
      B Dasar Sains dan Teknologi              D Koridor Raya Multimedia Malaysia

10. Antara berikut yang manakah merupakan matlamat terakhir Dasar Pendidikan Negara ?
    A Mencapai perpaduan negara
    B Menggunakan kurikulum pendidikan yang sama
    C Mewujudkan Sekolah Bestari di seluruh Malaysia
    D Mengamalkan kokurikulum yang sama dan bersepadu

11. Antara berikut yang manakah merupakan rancangan tajaan kerjasama ASEAN?
       I Suruhanjaya Selatan-Selatan
      II Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
     III Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
     IV Pusat Pertukaran Data dan Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan
         (SITTDEC)
    A I dan II        B I dan IV         C II dan III        D III dan IV

12.
          • Kesatuan Eropah (EU)
          • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
          • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
      Antara berikut yang manakah merupakan persamaan objektif bagi pertubuhan-
      pertubuhan di atas?
         I Menggalakkan pelaburan asing
        II Kerjasama ekonomi yang bersifat serantau
       III Menyatakan pendirian bersama tentang isu-isu ekonomi
       IV Menyeragamkan tarif perdagangan dan menggunakan mata wang yang sama
      A I dan II        B I dan IV          C II dan III        D III dan IV

13. Antara berikut yang manakah benar tentang D-8?
         I Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur
        II Ahli-ahlinya terdiri daripada Negara-negara membangun OIC
       III Bidang kerjasamanya merangkumi pembasmian kemiskinan dan buta huruf
       IV Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia Pasifik yang menjadi ahli
           Pertubuhan Negara-negara Islam
    A I dan III        B I dan IV            C II dan III      D II dan IV




                                            3
14. Antara berikut yang manakah benar tentang mesyuarat Asia Eropah (Asia Europe
    Meeting ASEM)?
       I Kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan
      II Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Utara
     III Memupuk kerjasama dan persefahaman dalam bidang ekonomi, politik dan sosial
     IV Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan cawangan universiti
         Eropah di Asia
    A I dan II        B I dan IV          C II dan III         D III dan IV

15.
          • G-15 (Kumpulan 15)
          • G-77 (Kumpulan 77)
          • Suruhanjaya Selatan-Selatan
      Antara berikut yang manakah fokus utama yang diberi perhatian oleh pertubuhan-
      pertubuhan di atas ?
      A Meningkat pembelian barangan import dari negara-negara Barat
      B Mendapatkan pelupusan hutang negara membangun dari negara-negara maju
      C Membentuk kerjasama dalam bidang sosial dan politik antara negara-negara
          anggota
      D Mewujudkan kerjasama ekonomi serta meningkatkan produktiviti antara negara-
          negara anggota

16.
         •   Berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat dan pengetahuan
         •   Menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan negara anggotanya dalam
             bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan dan komunikasi
      Antara berikut yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang
      melaksanakan fungsi di atas?
      A Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
      B Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
      C Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
      D Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO)

17. Berikut ialah pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia. Padankan peranan
    X, Y dan Z dengan pertubuhan-pertubuhan berkenaan.
                Pertubuhan                                   Peranan
     I   Pertubuhan Bangsa-bangsa X Mewujudkan SEANWFZ
         Bersatu
     II Komanwel                       Y Menamatkan isu dasar Aparteid di Afrika Selatan
     III ASEAN                         Z Mentadbir operasi pengaman

               I   II   III
          A    X   Y    Z
          B    Y   Z    X
          C    Z   X    Y
          D    Z   Y    X




                                             4
18. Antara berikut yang manakah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa
    Bersatu (PBB)?
           I Membangkitkan isu dadah di PBB
          II Menjadi pengerusi Majlis Keselamatan PBB
         III Mengawasi gencatan senjata di Sahara Barat
         IV Menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
    A I dan III       B I dan IV           C II dan III        D II dan IV

19. Antara berikut yang manakah yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia ?
       I Keadaan politik serantau
      II Gagasan idea pemimpin
     III Ideologi dan sistem politik sesebuah negara
     IV Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia
   A I dan II         B I dan III           C II dan IV       D III dan IV

20. Antara berikut yang manakah menyebabkan Malaysia mendesak agar satu reformasi
    dibuat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)?
        I Dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar
       II PBB agak lambat bertindak menyelesaikan sesuatu konflik
      III PBB sering menemui kegagalan dalam menyelesaikan masalah
      IV PBB tidak memberi peluang kepada negara anggotanya menyertai beberapa misi
          antarabangsa
  A I dan II          B I dan IV          C II dan III          D III dan IV

21. Antara berikut yang manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan?
       I Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh kerajaan pusat
      II Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan
     III Kerajaan negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran negara
     IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing
  A I dan II          B I dan III         C II dan IV           D III dan IV

22. Antara berikut yang manakah badan penggubal dasar di negeri Sabah?
    A Kabinet Negeri              C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
    B Majlis Tertinggi            D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

23.
         •   Memberi nasihat kepada Perdana Menteri tentang hal-hal pentadbiran awam
         •   Menyelaras perjalanan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dengan Kerajaan
             Persekutuan
      Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
      A Ketua Setiausaha Negara
      B Ketua Setiausaha Kementerian
      C Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
      D Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan




                                           5
24. Antara berikut yang manakah padanan yang benar?
          Badan Pentadbiran             Ciri-ciri Badan Pentadbiran
     I    Jabatan                    X Ahli-ahli memegang jawatan selama 1 tahun
     II   Pihak Berkuasa Tempatan Y Badan ini menjalankan tugas di peringkat negeri
                                        dan daerah
     III  Badan Tidak Berkanun       Z Bebas menjawat kakitangan tanpa merujuk
                                        kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan
                                        Perbendaharaan

              I   II   III
          A   X   Z    Y
          B   X   Y    Z
          C   Y   X    Z
          D   Y   Z    X

25. Antara berikut yang manakah benar tentang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ?
       I Merancang pembangunan bandar dan kampung
      II Memastikan tanah rezab Melayu dibangunkan dengan sempurna
     III Memastikan agensi-agensi negeri menjalankan dasar Kerajaan Negeri
     IV Menjadi penasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal-soal pentadbiran
    A I dan II        B I dan IV          C II dan III         D III dan IV

26. Antara berikut yang manakah benar tentang tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan?
       I Mengurus pasar dan gerai
      II Menyediakan perumahan awam
     III Menyediakan perkhidmatan pembetungan
     IV Menyediakan dan menyelia tempat rekreasi
    A I dan II        B I dan IV          C II dan III        D III dan IV

27.
         •   Membuat pinjaman dari Bank Dunia dan menguruskan pembayaran hutang
             negara
         • Mentadbir peraturan pinjaman Kerajaan Negeri
      Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas?
      A Bank Negara Malaysia                C Majlis Kewangan Negara
      B Perbendaharan Malaysia              D Kementerian Kewangan Malaysia

28. Antara berikut yang manakah ciri-ciri yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan
    dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran?
        I Penduduk tinggal berselerak
       II Penduduk melebihi 100 ribu orang
      III Perolehan tahunan melebihi 10 juta
      IV Terdapat pusat pengajian tinggi, hospital, kawasan industri dan pusat kewangan
     A I dan II        B I dan III           C II dan IV          D III dan IV

29. Antara berikut yang manakah benar tentang Ketua Audit Negara?
       I Pemecatannya adalah melalui Tribunal
      II Mengaudit akaun bagi Persekutuan dan Negeri
     III Membentangkan laporan audit di Dewan Negara
     IV Saraannya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
    A I dan II        B I dan IV          C II dan III         D III dan IV




                                            6
30. Antara berikut yang manakah memerlukan suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan
    persetujuan Majlis Raja-raja sebelum dipinda?
       I Keutamaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Negeri
      II Pengambilan tanah bagi maksud-maksud Persekutuan
     III Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
     IV Perezaban kuota mengenai perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu
    A I dan II        B I dan IV            C II dan III      D III dan IV

31. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Rakyat ?
       I Menang dengan majoriti mudah
      II Boleh menjadi ahli Dewan Negara
     III Umur tidak kurang daripada 30 tahun
     IV Boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
    A I dan III       B I dan IV          C II dan III        D II dan IV

32.
        • Peringkat ini paling mustahak
        • Prinsip-prinsip am rang undang-undang itu dibahaskan.
      Antara berikut yang manakah merujuk kepada peringkat proses penggubalan rang
      undang-undang di Parlimen?
       A Bacaan Pertama               C Peringkat Jawatankuasa Seluruh Dewan
       B Bacaan Kedua                 D Bacaan Ketiga

33. Antara berikut yang manakah benar tentang pilihan raya bagi Dewan Rakyat di
    Malaysia?
       I Parti yang menang majoriti akan membentuk kerajaan
      II Semua keputusan pilihan raya tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah
     III Semua pengundi yang layak akan diberi tempoh membuang undi selama dua hari
     IV Calon yang berjaya memperoleh undi majoriti akan diisytiharkan sebagai wakil
         rakyat bagi kawasan berkenaan
    A I dan III       B I dan IV          C II dan III            D II dan IV

34. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan
    Negeri ?
       I Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai
         Persekutuan
      II Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan
         undang-undang negeri
     III Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai
         Negeri dan Senarai Bersama
     IV Berkuasa menggubal undang-undang yang tidak disebut dalam Senarai Negeri,
         Senarai Bersama atau Senarai Persekutuan
    A I dan II        B I dan IV          C II dan III        D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah merupakan sumber undang-undang bertulis di Malaysia ?
       I Akta
      II Common Laws
     III Perundangan Subsidiari
     IV Doktrin Duluan yang Mengikat
    A I dan II        B I dan III       C II dan IV        D III dan IV




                                             7
36. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Sesyen ?
       I Boleh menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup
      II Mendengar rayuan bagi kes-kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Majistret
     III Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10
         tahun
     IV Membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang atau nilai tidak melebihi
         RM250,000.00
    A I dan II        B I dan III         C II dan IV          D III dan IV

37. Antara berikut yang manakah tujuan siasatan awal bagi sesuatu kes bunuh di
    Mahkamah Majistret Kelas I dan Mahkamah Sesyen?
    A Meringankan beban tugas Mahkamah Tinggi
    B Menyiasat sama ada pihak yang dituduh wajar dibicarakan
    C Mengumpulkan maklumat awal tentang latar belakang pihak yang dituduh
    D Menentukan sama ada terdapat prima facie untuk membuat pertuduhan di
       mahkamah yang lebih berkuasa

38. Antara berikut yang manakah merupakan Jawatankuasa Tetap di Dewan Rakyat dan
    Dewan Negara ?
       I Jawatankuasa Ad-hoc
      II Jawatankuasa Pemilihan
     III Jawatankuasa Akaun Awam
     IV Jawatankuasa Peraturan Tetap
    A I dan II        B I dan III       C II dan IV         D III dan IV

39. Antara berikut yang manakah tujuan Perundangan Kecil diwujudkan di Malaysia ?
    A Memperlengkapkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
    B Meringankan beban tugas pihak berkuasa dalam menangani masalah perundangan
    C Memastikan sesuatu undang-undang yang digubal tidak memihak kepada kerajaan
       semata-mata.
    D Membahagikan kuasa membuat undang-undang kepada pihak yang arif mengenai
       sesuatu perkara.

40. Rayuan terakhir bagi sesuatu kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dan
    pesalah telah disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman mati adalah kepada
    A Majlis Privy                   C Jemaah Pengampunan
    B Mahkamah Rayuan                D Yang Di-Pertuan Agong

41. Antara berikut pelantikan jawatan yang manakah memerlukan rundingan dengan Ketua
    Hakim Negara ?
       I Presiden Mahkamah Rayuan
      II Hakim-hakim Mahkamah Tinggi
     III Hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan
     IV Majistret-majistret di Mahkamah Majistret
    A I dan II         B I dan III          C II dan IV       D III dan IV




                                            8
42.
       I   Pertikaian berlaku antara sebuah negeri dengan negeri yang lain
       II Puan Lim ingin bercerai dengan suaminya dan mendapat hak penjagaan anaknya
       III Encik Ahmad menuntut hutang sebanyak RM10,000 daripada Syarikat Tiger Tulen.
      Padankan kes-kes di atas dengan mahkamah-mahkamah yang mengendali kes-kes
      tersebut.
                Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi          Mahkamah Sesyen
           A                 I                     II                   III
           B                 I                     III                   II
           C                 II                     I                   III
           D                III                    II                    I

43. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Persekutuan ?
       I Perbicaraan kes-kes perlu didengar oleh sekurang-kurangnya tiga orang hakim
      II Juri-juri diperlukan dalam perbicaraan kes-kes yang membawa kepada hukuman
         mati
     III Keputusan yang dibuat di mahkamah ini boleh dirayu sekali lagi di Mahkamah
         Rayuan
     IV Bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dan
         Kerajaan Negeri
    A I dan II          B I dan IV           C II dan III       D III dan IV

44. Antara berikut yang manakah benar tentang Tribunal Pengguna ?
       I Pengguna dan penjual boleh diwakili oleh peguam masing-masing
      II Tribunal Pengguna diwujudkan untuk menjaga kepentingan pengguna dan penjual
     III Tribunal Pengguna boleh membicarakan kes tuntutan yang tidak melebihi
         RM10,000
     IV Semasa perbicaraan, semua dokumen daripada pembeli dan penjual perlu dibawa
         sebagai bukti kes
    A I dan II          B I dan III       C II dan IV         D III dan IV

45.
       Mahkamah - Mahkamah Tinggi
       Kes         - Peter lawan pendakwa raya
       Tuduhan     - Mencabul kehormatan gadis bawah umur
       Keputusan - Bersalah
      Merujuk kepada penyataan di atas, hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah
      ialah
      A hukuman mati                        C sebat dan penjara
      B denda dan sebat                     D denda dan penjara

Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah.

                       Jadual 1 :Pasaran Saham dan Tukaran Asing
       Pasaran Saham               4 Januari 2005         15 Oktober 2005
       Malaysia                         832.30                  766.18
       Jakarta                          700.22                  411.75
       Bangkok                          498.46                  258.08
       Manila                          2153.18                 1295.02
       Singapura                       2530.15                 1883.37
       Seoul                           1059.04                  500.10
       Taipei                          8756.55                 5630.95
       Hong Kong SAR                  17072.82               14973.40
       Tokyo                          19002.86               15512.32


                                            9
46. Negara-negara yang mengalami penurunan pasaran saham yang melebihi 40%
    sepanjang tempoh yang dinyatakan ialah
           I Jepun
          II Korea
         III Taiwan
         IV Negara Thai
    A I dan II      B I dan III           C II dan IV      D III dan IV

47. Syarikat Panasonic Malaysia telah menghasilkan dua buah model pengisar makanan
    iaitu model A25 dan model B30. Setiap model A25 memerlukan masa 25 minit untuk
    dipasang dan 40 minit untuk diuji manakala setiap model B30 memerlukan masa 20
    minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji. Syarikat itu dapat menghasilkan x unit
    model A25 dan y unit model B30 dalam sehari dan jumlah masa yang digunakan untuk
    memasang dan menguji masing-masing ialah 28 jam dan 48 jam. Cari jumlah model A25
    yang dapat dihasilkan.
     A 40 buah        B 48 buah             C 84 buah                D 132 buah

48. Encik Mustafa Kamal melabur sebanyak RM40 000 dalam Amanah Saham Bumiputera.
    Pada tahun pertama beliau menerima dividen 10% dan bonus 5%. Pada tahun kedua
    beliau menerima dividen 9% dan bonus 4%. Jika beliau tidak mengeluarkan keuntungan
    pada tahun kedua, berapakah jumlah pendapatan daripada pelaburannya?
    A RM5200.00              B RM6000.00        C RM11,200.00         D RM11,980.00

49. Encik T membeli sebuah rumah teres satu tingkat di Taiping. Beliau mendapat pinjaman
    100% dari sebuah bank. Tempoh bayar balik adalah selama 20 tahun dengan ansuran
    bulanan sebanyak RM1000.00. Didapati sejumlah 55% adalah dibayar atas faedah
    bank. Berapakah harga rumah itu ?
    A RM100,000.00          B RM108,000.00       C RM120,000.00          D RM132,000.00

50.
           Jumlah Pemilikan Saham                : 325,000 unit
           Harga Belian                         : RM1.00 seunit
           Dividen Tahunan                     : 12.4%
           Tempoh Pegangan                       : 3 tahun
      Kirakan jumlah wang yang diperoleh pada akhir tahun ketiga dengan andaian dividen
      dan saham tidak pernah dikeluarkan.
      A RM 365,300.00         B RM 410,597.20        C RM 445,900.00     D RM 461,511.25

Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 2 berikut.

                Jadual 2 : Cukai Keuntungan Perniagaan 2000
         Keuntungan                          Kadar Cukai (%)
         RM5,000 pertama                            4
         RM5,000 berikut                            6
         RM10,000 berikut                          10
         Jumlah yang berikutnya                    13
         Catatan:
            • Pengecualian cukai tambahan (rebat) daripada jumlah cukai yang perlu
                dibayar ialah 1%
            • Jika keuntungan kurang daripada RM10,000, pengendalian tambahan
                sebanyak RM40.00 daripada jumlah cukai yang perlu dibayar diberikan.
            • Zakat perniagaan dikecualikan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar




                                            10
51. Jika Syarikat ABC mendapat keuntungan berjumlah RM30,000 pada tahun 2000,
    berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat itu ?
    A RM 2,000.00        B RM 2,772.00        C RM 2,800.00       D RM 2,828.00

52. Jika Syarikat X YZ memperoleh keuntungan sebanyak RM15,000 pada tahun 2000 dan
    zakat yang dibayar berjumlah RM200.00. Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar
    olehnya ?
    A RM 790.00             B RM 792.00         C RM 800.00          D RM 990.00

53. Jam di Menara Teluk Intan akan berbunyi 3 kali pada pukul tiga dan 4 kali pada pukul
    empat. Jam tersebut akan berbunyi 1 kali pada pukul 3.30 dan begitu juga pada pukul
    4.30. Pada suatu malam tuan punya Kedai Soon Fatt terjaga daripada tidur dan
    kedengaran jam berbunyi sekali. Tidak lama kemudian jam tersebut berbunyi sekali lagi.
    Seterusnya jam tersebut berbunyi sekali lagi. Pukul berapakah tuan punya Kedai Soon
    Fatt, terjaga daripada tidur ?
    A 12.00 tengah malam        B 12.30 pagi        C1.00 pagi           D 1.30 pagi

54. Kelas 7B1 mengandungi 40 orang pelajar, 20 orang daripadanya pelajar lelaki. Enam
    puluh peratus daripada pelajar lelaki berasal dari kawasan luar bandar manakala
    bakinya dari kawasan bandar. Dua puluh lima peratus daripada pelajar perempuan
    berasal dari kawasan bandar, manakala bakinya dari kawasan luar bandar. Tujuh puluh
    lima peratus daripada pelajar lelaki dan semua pelajar perempuan tinggal di asrama.
    Antara berikut yang manakah benar tentang pelajar-pelajar kelas tersebut ?
        I Bilangan pelajar lelaki dari luar bandar ialah 12 orang.
       II Hanya 15 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama.
      III Sebanyak 5 orang pelajar perempuan berasal dari luar bandar dan semuanya
          tinggal di asrama.
      IV Peratusan pelajar perempuan yang tinggal di asrama lebih rendah berbanding
          dengan peratusan pelajar lelaki yang tinggal di asrama.
    A I dan II          B I dan IV         C II dan III       D III dan IV

Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 3.

        Jadual 3 : Kedudukan Kewangan Sektor Kerajaan Disatukan 2003 - 2005
                                     2003             2004           2005
                                  (RM Juta)        (RM Juta)       (RM Juta)
      Akaun Semasa Hasil           107055          112904          115139
      Perbelanjaan Mengurus          84163         102291          100170
                             (Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003 )

55. Antara berikut yang manakah benar tentang jadual di atas ?
       I Peratus pertambahan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2005 ialah 2.0%.
      II Peratus peningkatan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2004 ialah 5.5%.
     III Peratus perubahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2004 - 2005 ialah
         2.12%.
     IV Peratus pertambahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2003 - 2004
         ialah 21.5%.
A I dan III           B I dan IV       C II dan III       D II dan IV

56. Antara berikut yang manakah benar tentang pola hasil tahun 2003 hingga 2005 ?
    A Nilai mutlak menurun peratus perubahan menurun.
    B Nilai mutlak meningkat peratus perubahan menurun.
    C Nilai mutlak menurun peratus perubahan meningkat.
    D Nilai mutlak meningkat peratus perubahan meningkat.



                                           11
Soalan 57 berdasarkan Jadual 4
          Jadual 4 : Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan, 2001 – 2003.
                Tahun              2001               2002                 2003
    Jenis                    RM juta      %     RM juta      %      RM juta       %
    Duti Eksport                 867     4.47       821     3.85         863      3.83
    Duti Import                3 193    16.47     3 385    15.86       3 513     15.60
    Duti Eksais                4 129    21.29     4 272    20.01       4 349     19.30
    Cukai Jualan               7 356    37.93     9 016    42.23       9 286     41.22
    Cukai Perkhidmatan         1 926     9.93     2 167    10.15       2 450     10.88
    Lain-lain                  1 922     9.91     1 686     7.90       2 066      9.17
    Jumlah                    19 393      100    21 347      100      22 527       100
                                                     ( Sumber : Laporan Ekonomi 2003 )

57. Jika Jadual ini dipindahkan ke dalam bentuk carta pai untuk membandingkan jumlah
    Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan antara tahun 2001 dengan tahun 2003,
    nisbah jejari yang sesuai ialah :-
    A 1 : 1.08          B 1 : 1.16     C 1 : 0.97           D 1 : 0.95

58. Seorang pesara telah melabur wang pencennya sebanyak RM80,000 dalam satu
    perniagaan. Beliau menganggarkan pulangan modal tersebut dapat diperolehnya dalam
    tempoh tertentu dengan kadar pulangan 18% setahun daripada jumlah modal. Dalam
    tempoh berapa tahunkah pesara tersebut akan mendapat kembali semua modalnya?
    A 4 tahun         B 5 tahun     C 6 tahun     D 7 tahun

Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 5 di bawah

      Jadual 5 : MALAYSIA : KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
                                    2004 HINGGA 2006.
                        Tahun                 2004      2005       2006
                                             RM juta   RM juta   RM juta
       Hasil                                   99 397   105 856  115 561
       Perbelanjaan Mengurus                   91 298    98 244  101 246
       Baki Semasa                              8 099     7 612    14 315
       Perbelanjaan Pembangunan Kasar          28 864    30 511    33 502
       Tolak Terimaan Balik Pinjaman            1 346     4 215       744
       Perbelanjaan Pembangunan Bersih         27 518    26 296    32 758
       Baki Keseluruhan                       -19 419   -18 684   -18 443
       % Kepada KDNK                              -4.3      -3.8      -3.5
      * Tahun 2005 dan 2006 ialah anggaran.

59. Berapakah nilai KDNK pada tahun 2004.
    A RM 237 098.70 juta          C RM 491 684.21 juta
    B RM 451 604.65 juta          D RM 639 953.49 juta

60. Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan berikut ?
       I Kadar pertumbuhan hasil bagi tahun 2005 dijangka sebanyak 6.5%.
      II Kadar pertumbuhan baki semasa bagi tahun 2006 dijangka sebanyak 88.1%
     III Kadar pertumbuhan perbelanjaan mengurus antara tahun 2004 dengan 2006
         dijangka sebanyak 3.1%.
     IV Jika kadar pertumbuhan hasil pada tahun 2004 ialah 7.3% maka hasil pada tahun
         2005 ialah RM105 856 juta.
    A I dan II        B I dan III     C II dan IV       D III dan IV




                                          12

More Related Content

What's hot

Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123 isharsmiaa
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123isharsmiaa
 
Azma kertas 3 sejarah spm 2013
Azma  kertas 3 sejarah spm 2013Azma  kertas 3 sejarah spm 2013
Azma kertas 3 sejarah spm 2013antrogirls
 
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe][Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]Sheal Valakshemi Palaniappan
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016isharsmiaa
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]isharsmiaa
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPMisharsmiaa
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiafiro HAR
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarahisharsmiaa
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016isharsmiaa
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negaramursyidee
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pmSasi Kumaran
 
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantausejarahkkb
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynnIPDA
 
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019Suziela Panduan PTD
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melakaisharsmiaa
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 

What's hot (20)

KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
KERTAS 3 SPM SEJARAH 2016
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123  Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
Modul K3 SPM 2016 T5B9 Group Sej123
 
Kertas 3 2013(rmc)
Kertas 3 2013(rmc)Kertas 3 2013(rmc)
Kertas 3 2013(rmc)
 
Azma kertas 3 sejarah spm 2013
Azma  kertas 3 sejarah spm 2013Azma  kertas 3 sejarah spm 2013
Azma kertas 3 sejarah spm 2013
 
Bab 8 1
Bab 8 1Bab 8 1
Bab 8 1
 
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe][Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]
[Edu.joshuatly.com] pahang stpm 2012 set 1 pengajian am [9 b672fbe]
 
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
Hubungan Luar Malaysia K3. MRSM 2016
 
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1  Cemerlang-[1]
Sejarah Cadangan Jawapan K3 Set 1 Cemerlang-[1]
 
Skema Set 1 K3 Pra SPM
Skema Set 1 K3 Pra  SPMSkema Set 1 K3 Pra  SPM
Skema Set 1 K3 Pra SPM
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
 
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg SarahKertas 3. SPM2016. Cg Sarah
Kertas 3. SPM2016. Cg Sarah
 
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
JPNJ K3 Dasar Luar Malaysia 2016
 
Dasar luar-negara
Dasar luar-negaraDasar luar-negara
Dasar luar-negara
 
Final presentation pm
Final presentation pmFinal presentation pm
Final presentation pm
 
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
5.0 malaysia dan sejarah hubungan serantau
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019
Contoh Soalan PTD Seksyen Pengetahuan AM 2018/2019
 
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 MelakaSejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
Sejarah Kertas 3 SPM 2016 Melaka
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 

Viewers also liked

7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money
7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money 7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money
7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money Parker LePla
 
Cmj211 Project Advertising
Cmj211 Project AdvertisingCmj211 Project Advertising
Cmj211 Project AdvertisingRJS5689
 
We Live In Faith Of Rhythm
We Live In Faith Of RhythmWe Live In Faith Of Rhythm
We Live In Faith Of Rhythmschiopua
 
黑白木耳比一比
黑白木耳比一比黑白木耳比一比
黑白木耳比一比honan4108
 
971029 [網頁]國外公共單車
971029 [網頁]國外公共單車971029 [網頁]國外公共單車
971029 [網頁]國外公共單車lifan
 
971020 [網頁]成為單車友善城市
971020 [網頁]成為單車友善城市971020 [網頁]成為單車友善城市
971020 [網頁]成為單車友善城市lifan
 
P.Am Skema Kertas1 Set3
P.Am Skema Kertas1 Set3P.Am Skema Kertas1 Set3
P.Am Skema Kertas1 Set3adminrwh
 
Jaén. Maravillosa
Jaén. MaravillosaJaén. Maravillosa
Jaén. MaravillosaPepe Aranda
 
971119 [討論]會議記錄
971119 [討論]會議記錄971119 [討論]會議記錄
971119 [討論]會議記錄lifan
 
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別lifan
 
971022 [討論]單車設計考量
971022 [討論]單車設計考量971022 [討論]單車設計考量
971022 [討論]單車設計考量lifan
 
How to do brand-based social media
How to do brand-based social mediaHow to do brand-based social media
How to do brand-based social mediaParker LePla
 
Microsoft .NET User Group Вінниця #4
Microsoft .NET User Group Вінниця #4Microsoft .NET User Group Вінниця #4
Microsoft .NET User Group Вінниця #4akrakovetsky
 
971023 [討論]會議記錄
971023 [討論]會議記錄971023 [討論]會議記錄
971023 [討論]會議記錄lifan
 

Viewers also liked (20)

7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money
7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money 7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money
7 Ways Your Brand Can Help You Raise Money
 
Cmj211 Project Advertising
Cmj211 Project AdvertisingCmj211 Project Advertising
Cmj211 Project Advertising
 
We Live In Faith Of Rhythm
We Live In Faith Of RhythmWe Live In Faith Of Rhythm
We Live In Faith Of Rhythm
 
el sueño de una mujer
el sueño de una mujerel sueño de una mujer
el sueño de una mujer
 
Palestra Os Ovos de Ouro na Gestão de Empresas
Palestra Os Ovos de Ouro na Gestão de EmpresasPalestra Os Ovos de Ouro na Gestão de Empresas
Palestra Os Ovos de Ouro na Gestão de Empresas
 
黑白木耳比一比
黑白木耳比一比黑白木耳比一比
黑白木耳比一比
 
Science Online?
Science Online?Science Online?
Science Online?
 
971029 [網頁]國外公共單車
971029 [網頁]國外公共單車971029 [網頁]國外公共單車
971029 [網頁]國外公共單車
 
971020 [網頁]成為單車友善城市
971020 [網頁]成為單車友善城市971020 [網頁]成為單車友善城市
971020 [網頁]成為單車友善城市
 
Transitions to open access
Transitions to open accessTransitions to open access
Transitions to open access
 
P.Am Skema Kertas1 Set3
P.Am Skema Kertas1 Set3P.Am Skema Kertas1 Set3
P.Am Skema Kertas1 Set3
 
Jaén. Maravillosa
Jaén. MaravillosaJaén. Maravillosa
Jaén. Maravillosa
 
a
aa
a
 
Alpsp Conf 10 Sep 09
Alpsp Conf 10 Sep 09Alpsp Conf 10 Sep 09
Alpsp Conf 10 Sep 09
 
971119 [討論]會議記錄
971119 [討論]會議記錄971119 [討論]會議記錄
971119 [討論]會議記錄
 
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別
971030 [討論]現有公共單車系統視覺識別
 
971022 [討論]單車設計考量
971022 [討論]單車設計考量971022 [討論]單車設計考量
971022 [討論]單車設計考量
 
How to do brand-based social media
How to do brand-based social mediaHow to do brand-based social media
How to do brand-based social media
 
Microsoft .NET User Group Вінниця #4
Microsoft .NET User Group Вінниця #4Microsoft .NET User Group Вінниця #4
Microsoft .NET User Group Вінниця #4
 
971023 [討論]會議記錄
971023 [討論]會議記錄971023 [討論]會議記錄
971023 [討論]會議記錄
 

Similar to P.Am Kertas1 Set3

Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanrahimjabu
 
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIKWanMunirah6
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxSitiAishahMohdYusof
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4st_payung
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222DORAEMONLINA
 
Soalan Target 2016 Fakta & KBAT
Soalan Target  2016 Fakta & KBATSoalan Target  2016 Fakta & KBAT
Soalan Target 2016 Fakta & KBATisharsmiaa
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAFina Finaie
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2surrenderyourthrone
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 

Similar to P.Am Kertas1 Set3 (20)

Latihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaanLatihan dasar kerajaan
Latihan dasar kerajaan
 
Penilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSKPenilaian tingkatan 5PSK
Penilaian tingkatan 5PSK
 
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
[VERSI 2020] CONTOH SOALAN SEKSYEN A PTD PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
 
Hubungan global
Hubungan globalHubungan global
Hubungan global
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 (PPSM).pptx
 
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas LaluDasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Psk tingkatan 4
Psk tingkatan 4Psk tingkatan 4
Psk tingkatan 4
 
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4
peperiksaan akhir tahun PJK tingkatan 4
 
Psk final year tingkatan 2
Psk final year tingkatan 2Psk final year tingkatan 2
Psk final year tingkatan 2
 
Kertas 1 percubaan spm 1 1
Kertas 1 percubaan spm 1 1Kertas 1 percubaan spm 1 1
Kertas 1 percubaan spm 1 1
 
Halatujunegara
HalatujunegaraHalatujunegara
Halatujunegara
 
Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222Pengajian malaysia.pptx 22222
Pengajian malaysia.pptx 22222
 
Soalan Target 2016 Fakta & KBAT
Soalan Target  2016 Fakta & KBATSoalan Target  2016 Fakta & KBAT
Soalan Target 2016 Fakta & KBAT
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year) 2
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Asean
Asean Asean
Asean
 
2021 TRIAL K1 SOALAN (3).docx
2021 TRIAL K1 SOALAN (3).docx2021 TRIAL K1 SOALAN (3).docx
2021 TRIAL K1 SOALAN (3).docx
 

P.Am Kertas1 Set3

  • 1. 900/1 STPM 2006 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 1 SET 3 LEARNING TO SCORE (ANEKA PILIHAN) (Dua jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006 STPM 900/1 [Lihat sebelah SULIT* 1
  • 2. 1. • Penggubalan piagam pelanggan • Pengenalan rangkaian perkhidmatan awam • Perluasan kemudahan bayaran bil setempat Pernyataan di atas merujuk kepada program-program yang dilaksanakan di bawah A Dasar Penswastaan C Dasar Pandang ke Timur B Dasar Pembangunan Nasional D Dasar Persyarikatan Malaysia 2. Antara berikut yang manakah matlamat yang ingin dicapai melalui Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia? I Meningkatkan pengaliran keluar wang negara melalui pertukaran mata wang asing II Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan ke tahap yang selaras dengan pengurusan ekonomi yang berhati-hati III Menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia tidak bermutu dan barangan yang diimport lebih bermutu IV Memberi sokongan kepada sektor perindustrian tempatan yang menghasilkan barangan yang lebih bermutu untuk dieksport A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Pembangunan Nasional? I Tempoh pelaksanaan selama 20 tahun II Matlamat akhir ialah pencapaian Wawasan 2020 III Rangka asas Rancangan Jangka Masa Panjang Ke-2 IV Pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan kekayaan secara saksama A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Antara berikut yang manakah objektif Dasar Pertanian Negara? I Mengukuhkan ekonomi negara II Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian III Meningkatkan mutu komoditi eksport pertanian IV Menstabilkan dan memantapkan harga keluaran pertanian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Sosial Negara 2003 ? A Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan B Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih C Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi D Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka panjang dan jangka pendek 6. • Kerjasama antara kedua-dua sektor untuk pembangunan negara • Menggalakkan perkongsian maklumat Dasar yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas ialah A. Dasar Sogoshosha C. Dasar Persyarikatan Malaysia B. Dasar Ekonomi Baru D. Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam 7. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam? I Menstabilkan kewangan negara II Mengukuhkan nilai mata wang negara III Mengatasi defisit dalam belanjawan negara IV Mengawal kadar pertumbuhan ekonomi negara A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 2
  • 3. 8. • Melahirkan masyarakat yang mementingkan nilai kekeluargaan • Mewujudkan masyarakat yang beretika dan mementingkan kerohanian • Mempertingkatkan sumber dan kebolehan kendiri Pernyataan di atas merupakan matlamat A Wawasan 2020 C Dasar Pembangunan Nasional B Dasar Sosial Negara D Rancangan Malaysia Kesembilan 9. • Penyelidikan dan Pembangunan ( P&P) untuk mempercepat pemindahan teknologi • Pembangunan sumber manusia yang dinamik dan inovatif • Menyediakan dan memperbaik hubungan antara Malaysia dengan negara- negara lain di dunia melalui kabel di dasar laut dan satelit Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas? A Dasar Urbanisasi Negara C Dasar Telekomunikasi Negara B Dasar Sains dan Teknologi D Koridor Raya Multimedia Malaysia 10. Antara berikut yang manakah merupakan matlamat terakhir Dasar Pendidikan Negara ? A Mencapai perpaduan negara B Menggunakan kurikulum pendidikan yang sama C Mewujudkan Sekolah Bestari di seluruh Malaysia D Mengamalkan kokurikulum yang sama dan bersepadu 11. Antara berikut yang manakah merupakan rancangan tajaan kerjasama ASEAN? I Suruhanjaya Selatan-Selatan II Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) III Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) IV Pusat Pertukaran Data dan Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 12. • Kesatuan Eropah (EU) • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) • Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Antara berikut yang manakah merupakan persamaan objektif bagi pertubuhan- pertubuhan di atas? I Menggalakkan pelaburan asing II Kerjasama ekonomi yang bersifat serantau III Menyatakan pendirian bersama tentang isu-isu ekonomi IV Menyeragamkan tarif perdagangan dan menggunakan mata wang yang sama A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 13. Antara berikut yang manakah benar tentang D-8? I Persidangan pertama diadakan di Kuala Lumpur II Ahli-ahlinya terdiri daripada Negara-negara membangun OIC III Bidang kerjasamanya merangkumi pembasmian kemiskinan dan buta huruf IV Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia Pasifik yang menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Islam A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 3
  • 4. 14. Antara berikut yang manakah benar tentang mesyuarat Asia Eropah (Asia Europe Meeting ASEM)? I Kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan II Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Utara III Memupuk kerjasama dan persefahaman dalam bidang ekonomi, politik dan sosial IV Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan cawangan universiti Eropah di Asia A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 15. • G-15 (Kumpulan 15) • G-77 (Kumpulan 77) • Suruhanjaya Selatan-Selatan Antara berikut yang manakah fokus utama yang diberi perhatian oleh pertubuhan- pertubuhan di atas ? A Meningkat pembelian barangan import dari negara-negara Barat B Mendapatkan pelupusan hutang negara membangun dari negara-negara maju C Membentuk kerjasama dalam bidang sosial dan politik antara negara-negara anggota D Mewujudkan kerjasama ekonomi serta meningkatkan produktiviti antara negara- negara anggota 16. • Berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat dan pengetahuan • Menggalakkan kerjasama antarabangsa di kalangan negara anggotanya dalam bidang pendidikan, sains, sosial, kebudayaan dan komunikasi Antara berikut yang manakah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang melaksanakan fungsi di atas? A Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) B Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) C Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu D Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) 17. Berikut ialah pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia. Padankan peranan X, Y dan Z dengan pertubuhan-pertubuhan berkenaan. Pertubuhan Peranan I Pertubuhan Bangsa-bangsa X Mewujudkan SEANWFZ Bersatu II Komanwel Y Menamatkan isu dasar Aparteid di Afrika Selatan III ASEAN Z Mentadbir operasi pengaman I II III A X Y Z B Y Z X C Z X Y D Z Y X 4
  • 5. 18. Antara berikut yang manakah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)? I Membangkitkan isu dadah di PBB II Menjadi pengerusi Majlis Keselamatan PBB III Mengawasi gencatan senjata di Sahara Barat IV Menjadi anggota tetap dalam Majlis Keselamatan PBB A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 19. Antara berikut yang manakah yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia ? I Keadaan politik serantau II Gagasan idea pemimpin III Ideologi dan sistem politik sesebuah negara IV Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 20. Antara berikut yang manakah menyebabkan Malaysia mendesak agar satu reformasi dibuat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)? I Dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar II PBB agak lambat bertindak menyelesaikan sesuatu konflik III PBB sering menemui kegagalan dalam menyelesaikan masalah IV PBB tidak memberi peluang kepada negara anggotanya menyertai beberapa misi antarabangsa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 21. Antara berikut yang manakah benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan? I Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh kerajaan pusat II Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan III Kerajaan negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran negara IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 22. Antara berikut yang manakah badan penggubal dasar di negeri Sabah? A Kabinet Negeri C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri B Majlis Tertinggi D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 23. • Memberi nasihat kepada Perdana Menteri tentang hal-hal pentadbiran awam • Menyelaras perjalanan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas? A Ketua Setiausaha Negara B Ketua Setiausaha Kementerian C Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam D Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan 5
  • 6. 24. Antara berikut yang manakah padanan yang benar? Badan Pentadbiran Ciri-ciri Badan Pentadbiran I Jabatan X Ahli-ahli memegang jawatan selama 1 tahun II Pihak Berkuasa Tempatan Y Badan ini menjalankan tugas di peringkat negeri dan daerah III Badan Tidak Berkanun Z Bebas menjawat kakitangan tanpa merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan I II III A X Z Y B X Y Z C Y X Z D Y Z X 25. Antara berikut yang manakah benar tentang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ? I Merancang pembangunan bandar dan kampung II Memastikan tanah rezab Melayu dibangunkan dengan sempurna III Memastikan agensi-agensi negeri menjalankan dasar Kerajaan Negeri IV Menjadi penasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam soal-soal pentadbiran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 26. Antara berikut yang manakah benar tentang tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan? I Mengurus pasar dan gerai II Menyediakan perumahan awam III Menyediakan perkhidmatan pembetungan IV Menyediakan dan menyelia tempat rekreasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27. • Membuat pinjaman dari Bank Dunia dan menguruskan pembayaran hutang negara • Mentadbir peraturan pinjaman Kerajaan Negeri Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas? A Bank Negara Malaysia C Majlis Kewangan Negara B Perbendaharan Malaysia D Kementerian Kewangan Malaysia 28. Antara berikut yang manakah ciri-ciri yang membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran? I Penduduk tinggal berselerak II Penduduk melebihi 100 ribu orang III Perolehan tahunan melebihi 10 juta IV Terdapat pusat pengajian tinggi, hospital, kawasan industri dan pusat kewangan A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 29. Antara berikut yang manakah benar tentang Ketua Audit Negara? I Pemecatannya adalah melalui Tribunal II Mengaudit akaun bagi Persekutuan dan Negeri III Membentangkan laporan audit di Dewan Negara IV Saraannya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6
  • 7. 30. Antara berikut yang manakah memerlukan suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja sebelum dipinda? I Keutamaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Negeri II Pengambilan tanah bagi maksud-maksud Persekutuan III Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri IV Perezaban kuota mengenai perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 31. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Rakyat ? I Menang dengan majoriti mudah II Boleh menjadi ahli Dewan Negara III Umur tidak kurang daripada 30 tahun IV Boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 32. • Peringkat ini paling mustahak • Prinsip-prinsip am rang undang-undang itu dibahaskan. Antara berikut yang manakah merujuk kepada peringkat proses penggubalan rang undang-undang di Parlimen? A Bacaan Pertama C Peringkat Jawatankuasa Seluruh Dewan B Bacaan Kedua D Bacaan Ketiga 33. Antara berikut yang manakah benar tentang pilihan raya bagi Dewan Rakyat di Malaysia? I Parti yang menang majoriti akan membentuk kerajaan II Semua keputusan pilihan raya tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah III Semua pengundi yang layak akan diberi tempoh membuang undi selama dua hari IV Calon yang berjaya memperoleh undi majoriti akan diisytiharkan sebagai wakil rakyat bagi kawasan berkenaan A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 34. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri ? I Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Persekutuan II Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan undang-undang negeri III Berkuasa menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama IV Berkuasa menggubal undang-undang yang tidak disebut dalam Senarai Negeri, Senarai Bersama atau Senarai Persekutuan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 35. Antara berikut yang manakah merupakan sumber undang-undang bertulis di Malaysia ? I Akta II Common Laws III Perundangan Subsidiari IV Doktrin Duluan yang Mengikat A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 7
  • 8. 36. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Sesyen ? I Boleh menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup II Mendengar rayuan bagi kes-kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Majistret III Membicarakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun IV Membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah wang atau nilai tidak melebihi RM250,000.00 A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 37. Antara berikut yang manakah tujuan siasatan awal bagi sesuatu kes bunuh di Mahkamah Majistret Kelas I dan Mahkamah Sesyen? A Meringankan beban tugas Mahkamah Tinggi B Menyiasat sama ada pihak yang dituduh wajar dibicarakan C Mengumpulkan maklumat awal tentang latar belakang pihak yang dituduh D Menentukan sama ada terdapat prima facie untuk membuat pertuduhan di mahkamah yang lebih berkuasa 38. Antara berikut yang manakah merupakan Jawatankuasa Tetap di Dewan Rakyat dan Dewan Negara ? I Jawatankuasa Ad-hoc II Jawatankuasa Pemilihan III Jawatankuasa Akaun Awam IV Jawatankuasa Peraturan Tetap A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 39. Antara berikut yang manakah tujuan Perundangan Kecil diwujudkan di Malaysia ? A Memperlengkapkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen. B Meringankan beban tugas pihak berkuasa dalam menangani masalah perundangan C Memastikan sesuatu undang-undang yang digubal tidak memihak kepada kerajaan semata-mata. D Membahagikan kuasa membuat undang-undang kepada pihak yang arif mengenai sesuatu perkara. 40. Rayuan terakhir bagi sesuatu kes yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dan pesalah telah disabitkan kesalahan serta dikenakan hukuman mati adalah kepada A Majlis Privy C Jemaah Pengampunan B Mahkamah Rayuan D Yang Di-Pertuan Agong 41. Antara berikut pelantikan jawatan yang manakah memerlukan rundingan dengan Ketua Hakim Negara ? I Presiden Mahkamah Rayuan II Hakim-hakim Mahkamah Tinggi III Hakim-hakim di Mahkamah Persekutuan IV Majistret-majistret di Mahkamah Majistret A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 8
  • 9. 42. I Pertikaian berlaku antara sebuah negeri dengan negeri yang lain II Puan Lim ingin bercerai dengan suaminya dan mendapat hak penjagaan anaknya III Encik Ahmad menuntut hutang sebanyak RM10,000 daripada Syarikat Tiger Tulen. Padankan kes-kes di atas dengan mahkamah-mahkamah yang mengendali kes-kes tersebut. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Tinggi Mahkamah Sesyen A I II III B I III II C II I III D III II I 43. Antara berikut yang manakah benar tentang Mahkamah Persekutuan ? I Perbicaraan kes-kes perlu didengar oleh sekurang-kurangnya tiga orang hakim II Juri-juri diperlukan dalam perbicaraan kes-kes yang membawa kepada hukuman mati III Keputusan yang dibuat di mahkamah ini boleh dirayu sekali lagi di Mahkamah Rayuan IV Bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 44. Antara berikut yang manakah benar tentang Tribunal Pengguna ? I Pengguna dan penjual boleh diwakili oleh peguam masing-masing II Tribunal Pengguna diwujudkan untuk menjaga kepentingan pengguna dan penjual III Tribunal Pengguna boleh membicarakan kes tuntutan yang tidak melebihi RM10,000 IV Semasa perbicaraan, semua dokumen daripada pembeli dan penjual perlu dibawa sebagai bukti kes A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 45. Mahkamah - Mahkamah Tinggi Kes - Peter lawan pendakwa raya Tuduhan - Mencabul kehormatan gadis bawah umur Keputusan - Bersalah Merujuk kepada penyataan di atas, hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah ialah A hukuman mati C sebat dan penjara B denda dan sebat D denda dan penjara Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah. Jadual 1 :Pasaran Saham dan Tukaran Asing Pasaran Saham 4 Januari 2005 15 Oktober 2005 Malaysia 832.30 766.18 Jakarta 700.22 411.75 Bangkok 498.46 258.08 Manila 2153.18 1295.02 Singapura 2530.15 1883.37 Seoul 1059.04 500.10 Taipei 8756.55 5630.95 Hong Kong SAR 17072.82 14973.40 Tokyo 19002.86 15512.32 9
  • 10. 46. Negara-negara yang mengalami penurunan pasaran saham yang melebihi 40% sepanjang tempoh yang dinyatakan ialah I Jepun II Korea III Taiwan IV Negara Thai A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 47. Syarikat Panasonic Malaysia telah menghasilkan dua buah model pengisar makanan iaitu model A25 dan model B30. Setiap model A25 memerlukan masa 25 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji manakala setiap model B30 memerlukan masa 20 minit untuk dipasang dan 40 minit untuk diuji. Syarikat itu dapat menghasilkan x unit model A25 dan y unit model B30 dalam sehari dan jumlah masa yang digunakan untuk memasang dan menguji masing-masing ialah 28 jam dan 48 jam. Cari jumlah model A25 yang dapat dihasilkan. A 40 buah B 48 buah C 84 buah D 132 buah 48. Encik Mustafa Kamal melabur sebanyak RM40 000 dalam Amanah Saham Bumiputera. Pada tahun pertama beliau menerima dividen 10% dan bonus 5%. Pada tahun kedua beliau menerima dividen 9% dan bonus 4%. Jika beliau tidak mengeluarkan keuntungan pada tahun kedua, berapakah jumlah pendapatan daripada pelaburannya? A RM5200.00 B RM6000.00 C RM11,200.00 D RM11,980.00 49. Encik T membeli sebuah rumah teres satu tingkat di Taiping. Beliau mendapat pinjaman 100% dari sebuah bank. Tempoh bayar balik adalah selama 20 tahun dengan ansuran bulanan sebanyak RM1000.00. Didapati sejumlah 55% adalah dibayar atas faedah bank. Berapakah harga rumah itu ? A RM100,000.00 B RM108,000.00 C RM120,000.00 D RM132,000.00 50. Jumlah Pemilikan Saham : 325,000 unit Harga Belian : RM1.00 seunit Dividen Tahunan : 12.4% Tempoh Pegangan : 3 tahun Kirakan jumlah wang yang diperoleh pada akhir tahun ketiga dengan andaian dividen dan saham tidak pernah dikeluarkan. A RM 365,300.00 B RM 410,597.20 C RM 445,900.00 D RM 461,511.25 Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 2 berikut. Jadual 2 : Cukai Keuntungan Perniagaan 2000 Keuntungan Kadar Cukai (%) RM5,000 pertama 4 RM5,000 berikut 6 RM10,000 berikut 10 Jumlah yang berikutnya 13 Catatan: • Pengecualian cukai tambahan (rebat) daripada jumlah cukai yang perlu dibayar ialah 1% • Jika keuntungan kurang daripada RM10,000, pengendalian tambahan sebanyak RM40.00 daripada jumlah cukai yang perlu dibayar diberikan. • Zakat perniagaan dikecualikan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar 10
  • 11. 51. Jika Syarikat ABC mendapat keuntungan berjumlah RM30,000 pada tahun 2000, berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar oleh syarikat itu ? A RM 2,000.00 B RM 2,772.00 C RM 2,800.00 D RM 2,828.00 52. Jika Syarikat X YZ memperoleh keuntungan sebanyak RM15,000 pada tahun 2000 dan zakat yang dibayar berjumlah RM200.00. Berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar olehnya ? A RM 790.00 B RM 792.00 C RM 800.00 D RM 990.00 53. Jam di Menara Teluk Intan akan berbunyi 3 kali pada pukul tiga dan 4 kali pada pukul empat. Jam tersebut akan berbunyi 1 kali pada pukul 3.30 dan begitu juga pada pukul 4.30. Pada suatu malam tuan punya Kedai Soon Fatt terjaga daripada tidur dan kedengaran jam berbunyi sekali. Tidak lama kemudian jam tersebut berbunyi sekali lagi. Seterusnya jam tersebut berbunyi sekali lagi. Pukul berapakah tuan punya Kedai Soon Fatt, terjaga daripada tidur ? A 12.00 tengah malam B 12.30 pagi C1.00 pagi D 1.30 pagi 54. Kelas 7B1 mengandungi 40 orang pelajar, 20 orang daripadanya pelajar lelaki. Enam puluh peratus daripada pelajar lelaki berasal dari kawasan luar bandar manakala bakinya dari kawasan bandar. Dua puluh lima peratus daripada pelajar perempuan berasal dari kawasan bandar, manakala bakinya dari kawasan luar bandar. Tujuh puluh lima peratus daripada pelajar lelaki dan semua pelajar perempuan tinggal di asrama. Antara berikut yang manakah benar tentang pelajar-pelajar kelas tersebut ? I Bilangan pelajar lelaki dari luar bandar ialah 12 orang. II Hanya 15 orang pelajar lelaki yang tinggal di asrama. III Sebanyak 5 orang pelajar perempuan berasal dari luar bandar dan semuanya tinggal di asrama. IV Peratusan pelajar perempuan yang tinggal di asrama lebih rendah berbanding dengan peratusan pelajar lelaki yang tinggal di asrama. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 3. Jadual 3 : Kedudukan Kewangan Sektor Kerajaan Disatukan 2003 - 2005 2003 2004 2005 (RM Juta) (RM Juta) (RM Juta) Akaun Semasa Hasil 107055 112904 115139 Perbelanjaan Mengurus 84163 102291 100170 (Sumber : Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2003 ) 55. Antara berikut yang manakah benar tentang jadual di atas ? I Peratus pertambahan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2005 ialah 2.0%. II Peratus peningkatan hasil bagi tempoh tahun 2003 - 2004 ialah 5.5%. III Peratus perubahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2004 - 2005 ialah 2.12%. IV Peratus pertambahan perbelanjaan mengurus bagi tempoh tahun 2003 - 2004 ialah 21.5%. A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 56. Antara berikut yang manakah benar tentang pola hasil tahun 2003 hingga 2005 ? A Nilai mutlak menurun peratus perubahan menurun. B Nilai mutlak meningkat peratus perubahan menurun. C Nilai mutlak menurun peratus perubahan meningkat. D Nilai mutlak meningkat peratus perubahan meningkat. 11
  • 12. Soalan 57 berdasarkan Jadual 4 Jadual 4 : Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan, 2001 – 2003. Tahun 2001 2002 2003 Jenis RM juta % RM juta % RM juta % Duti Eksport 867 4.47 821 3.85 863 3.83 Duti Import 3 193 16.47 3 385 15.86 3 513 15.60 Duti Eksais 4 129 21.29 4 272 20.01 4 349 19.30 Cukai Jualan 7 356 37.93 9 016 42.23 9 286 41.22 Cukai Perkhidmatan 1 926 9.93 2 167 10.15 2 450 10.88 Lain-lain 1 922 9.91 1 686 7.90 2 066 9.17 Jumlah 19 393 100 21 347 100 22 527 100 ( Sumber : Laporan Ekonomi 2003 ) 57. Jika Jadual ini dipindahkan ke dalam bentuk carta pai untuk membandingkan jumlah Cukai Tidak Langsung Kerajaan Persekutuan antara tahun 2001 dengan tahun 2003, nisbah jejari yang sesuai ialah :- A 1 : 1.08 B 1 : 1.16 C 1 : 0.97 D 1 : 0.95 58. Seorang pesara telah melabur wang pencennya sebanyak RM80,000 dalam satu perniagaan. Beliau menganggarkan pulangan modal tersebut dapat diperolehnya dalam tempoh tertentu dengan kadar pulangan 18% setahun daripada jumlah modal. Dalam tempoh berapa tahunkah pesara tersebut akan mendapat kembali semua modalnya? A 4 tahun B 5 tahun C 6 tahun D 7 tahun Soalan 59 dan 60 berdasarkan Jadual 5 di bawah Jadual 5 : MALAYSIA : KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 2004 HINGGA 2006. Tahun 2004 2005 2006 RM juta RM juta RM juta Hasil 99 397 105 856 115 561 Perbelanjaan Mengurus 91 298 98 244 101 246 Baki Semasa 8 099 7 612 14 315 Perbelanjaan Pembangunan Kasar 28 864 30 511 33 502 Tolak Terimaan Balik Pinjaman 1 346 4 215 744 Perbelanjaan Pembangunan Bersih 27 518 26 296 32 758 Baki Keseluruhan -19 419 -18 684 -18 443 % Kepada KDNK -4.3 -3.8 -3.5 * Tahun 2005 dan 2006 ialah anggaran. 59. Berapakah nilai KDNK pada tahun 2004. A RM 237 098.70 juta C RM 491 684.21 juta B RM 451 604.65 juta D RM 639 953.49 juta 60. Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan berikut ? I Kadar pertumbuhan hasil bagi tahun 2005 dijangka sebanyak 6.5%. II Kadar pertumbuhan baki semasa bagi tahun 2006 dijangka sebanyak 88.1% III Kadar pertumbuhan perbelanjaan mengurus antara tahun 2004 dengan 2006 dijangka sebanyak 3.1%. IV Jika kadar pertumbuhan hasil pada tahun 2004 ialah 7.3% maka hasil pada tahun 2005 ialah RM105 856 juta. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 12