Tafsir ayat Kursi bahagian 7 menjelaskan makna "Maha Tinggi" dan "Maha Besar" dalam konteks ketinggian dan keagungan Allah. Dokumen ini menyatakan bahwa Allah Maha Tinggi dalam aspek zat dan sifat, serta mengatasi segala makhluk. Allah juga Maha Besar dan mempunyai kesempurnaan mutlak.
1. Tafsir Ayat Kursi
Bahagian 7
Disusun oleh Abu Haniff
Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar.
Dan Dia adalah Yang Maha Tinggi (di atas segala-segalanya. Zat yang memiliki
kelebihan ketinggian yang mutlak dalam segala aspek, sama ada dalam aspek Zat,
kekuasaan, sifat, dan keperkasaan. Dialah Zat yang bersemayam di atas ArasyNya,
melampaui dan berbeza dari semua makhlukNya. Sedangkan makhlukNya, ketinggian
dan kelebihan yang mereka miliki hanyalah ketinggian dan kelebihan yang terbatas,
sebagaimana ketinggian yang Allah firmankan di dalam ayat Ali Imran 3:139,
yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi lemah, dan janganlah kamu
berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang lebih tinggi, jika kamu orang-orang
yang beriman”, sesungguhnya ketinggian itu adalah terhad bagi orang-orang yang
beriman, iaitu lebih tinggi darjatnya dari orang-orang kafir, dan itu bukanlah ketinggian
dan kelebihan yang mutlak. Ketinggian dan kelebihan mutlak hanyalah kepunyaan
Allah, kerana Dia Maha Tinggi dan Maha Mulia dari segala kekurangan dan kelemahan.
Adapun Maha Tinggi Allah dalam aspek Zat bermaksud bahawa Allah mengatasi
segala sesuatu, sedang segala sesuatu itu lebih rendah daripadaNya, dan Dia Maha
Perkasa lagi Maha Agung. Dan adapun Maha Tinggi Allah dalam aspek sifat
bermaksud bahawa Allah layak dengan segala sifat-sifat yang sangat tinggi darjatnya,
sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat An-Nahl 16:60,
yang bermaksud, “Dan bagi Allah ialah perbandingan yang tertinggi”, iaitu Allah
mempunyai sifat Yang Maha Tinggi. Setiap sifat yang layak bagi Allah itu adalah sifat
yang sempurna, jauh dari sebarang kekurangan dan kelemahan dari segala segi.
Tidaklah Dia dapat dibanding dan ditanding dengan sesiapa, apatah lagi dengan orang-
orang yang tidak beriman dengan hari akhirat. Tiada Tuhan melainkan Dia, yang
mempunyai kesempurnaan yang mutlak dari segala segi. Tetapi terdapat golongan
orang-orang yang membatasi ketinggian Allah hanya dalam aspek sifat sahaja,
menolak ketinggianNya dalam aspek Zat. Dan mereka ini, mereka terbahagi pula
kepada 2 golongan. Adapun golongan yang pertama, mereka mengatakan bahawa
Allah, dengan ZatNya, berada di mana-mana. Dan jika sedemikian halnya, maka
mereka itu menganggap bahawa Allah bertempat atau tidak bertempat pada hayyiz,
iaitu suatu benda luaran yang wujud yang mengelilingi dan mengandungi sesuatu.
Tetapi jika Allah bertempat pada hayyiz, maka tentulah Dia memerlukan tempat-tempat
2. untuk bertempat, dan tidak akan ada satu tempat yang tinggal. Dan jika Dia tidak
bertempat pada hayyiz, maka Dia menjadi tidak wujud. Dan golongan yang pertama ini
tidak pula mengatakan bahawa yang tidak bertempat pada hayyiz adalah seperti udara
atau yang sepertinya, yang tidak bertempat pada sesuatu hayyiz tetapi wujud. Yang
demikian itu kerana tidaklah selari dengan kefahaman mereka. Adapun golongan yang
kedua, mereka mengatakan, “Tidaklah Allah berada di atas dan tidaklah pula di bawah.
Tidaklah juga di dalam dan tidak pula di luar. Tidak di kiri dan tidak di kanan. Tidak
bergabung dan tidak berpisah”. Sesungguhnya kefahaman sebegini adalah satu
penidakan yang mutlak, kerana ianya adalah satu pentakrifan yang sempurna
mengenai ketidakwujudan, sehingga sebahagian ulama mengatakan, “Jika kita diminta
untuk menerangkan ketidakwujudan, maka tiadalah satu pentakrifan yang lebih
komprehensif daripada pentakrifan ini”. Demikianlah penidakan mereka terhadap apa
yang telah ditetapkan oleh naql dan aql, yakni dalil dan rasional, telah mendorong
mereka mengatakan apa yang tidak dapat diterima oleh deria persepsi, dan tidak juga
oleh naql dan aql. Sesungguhnya terdapat banyak hujah di dalam Al-Quran yang
menerangkan tentang ketinggian Allah, sebagaimana contohnya di dalam ayat Al-
Baqarah 2:255 ini, Allah berfirman,
yang bermaksud, “Dan Dia ialah Yang Maha Tinggi, Yang Maha Besar”. Dan di dalam
ayat Al-A'la 87:1, Allah berfirman,
yang bermaksud, “Muliakanlah nama Tuhanmu Yang Paling Tinggi”. Dan terdapat ayat
yang menyatakan keadaan Allah yang di atas makhlukNya, sebagaimana yang Dia
firmankan di dalam ayat Al-An'am 6:18,
yang bermaksud, “Dan Dia adalah Yang Maha Menakluk, di atas hamba-hambaNya”.
Dan terdapat ayat yang menerangkan bagaimana sesuatu itu naik kepadaNya,
sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Fatir 35:10,
yang bermaksud, “KepadaNyalah kalimat yang baik naik, dan amalan soleh naik
mengangkatnya”. Dan sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Al-Ma'arij 70:4,
yang bermaksud, “Para malaikat dan Ruh itu naik kepadaNya”. Dan terdapat pula ayat
yang menerangkan bagaimana sesuatu itu turun daripadaNya, sebagaimana yang Dia
firmankan di dalam ayat As-Sajadah 32:5,
3. yang bermaksud, “Dia mengatur urusan dari langit ke bumi”. Dan sebagaimana yang
Dia firmankan di dalam ayat Al-Hijr 15:5,
yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami, Kamilah yang telah menurunkan Peringatan
itu”. Dan terdapat pula ayat yang menegaskan bahawasanya Allah di langit,
sebagaimana yang Dia firmankan di dalam ayat Al-Mulk 67:16,
yang bermaksud, “Apakah kamu merasa aman dari Dia yang di langit, bahawa tidaklah
Dia menyebabkan bumi menelan kamu”. Dan di samping ayat-ayat Al-Quran yang
menyatakan tentang ketinggian Allah, terdapat pula hadis-hadis yang menegaskan
sedemikian itu. Di dalam sebuah hadis, 1 diriwayatkan ketika Mu’awiyah bin Hakam
0F
datang membawa kepada Rasulullah seorang hamba perempuan berkulit hitam, maka
Rasulullah bersabda kepada hamba perempuan itu, “Di manakah Allah”. Ia menjawab,
“Di langit”. Rasulullah bertanya lagi, “Siapakah aku”. Ia menjawab, “Rasulullah”. Maka
Rasulullah bersabda, “Bebaskanlah ia, maka sesungguhnya ia adalah seorang
mukminah”. Dan di dalam sebuah hadis lagi, 2 ketika di hadapan perhimpunan kaum
1F
muslim semasa menunaikan haji wada’, Rasulullah menunjukkan jarinya ke langit lalu
bersabda sebanyak tiga kali, “Ya Allah, saksikanlah”. Dan sesungguhnya manusia ini
secara fitrahnya mengakui hakikat bahawa Allah berada di langit. Kerana itulah apabila
seseorang itu memohon dan berdoa kepada Tuhannya, maka hatinya akan tergerak
untuk mengangkat tangannya ke langit, ke arah Penciptanya Yang Maha Tinggi), Yang
Maha Besar (melebihi segala-segalanya, yang memiliki kesempurnaan kebesaran yang
mutlak, menghimpun seluruh sifat keagungan, kebesaran, keterpujian, dan keelokan.
Tiadalah sesuatu yang lebih besar dariNya. Dan keagungan segala sesuatu, walau
bagaimana besar sifatnya, sesungguhnya ia adalah rendah, tidak ada ertinya di sisi
keagungan yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar. Dengan itu apabila seseorang
merasa bangga dengan dirinya sendiri, maka hendaklah ia ingat ketinggian Allah yang
mengatasi segala sesuatu, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Agung. Dan apabila
seseorang menyangka dirinya besar, maka ingatlah akan kebesaran Allah. Lalu
ingatlah supaya tidak dilanggar akan hak orang lain, sebagaimana firmanNya di dalam
ayat An-Nisa' 4:34 tentang para isteri yang taat,
yang bermaksud, “Kemudian jika mereka telah mentaatimu, maka janganlah kamu
mencari terhadap mereka sebab. Sesungguhnya Allah, adalah Dia Maha Tinggi, lagi
Maha Besar”. Sesungguhnya Allah, Dia adalah Zat yang secara mutlak tidak ada
sesuatu pun yang boleh mencegah kehendakNya, dan tidak ada sesuatu yang sanggup
melemahkanNya. Inilah ayat Kursi. Satu ayat yang disebutkan sebagai ayat yang paling
agung di dalam Kitabullah. Di dalam sebuah hadis, 3 Rasulullah pernah bertanya 2F
kepada Ubay bin Ka’b, “Apakah ayat yang paling agung di dalam Kitabullah”. Ubay
1
Ahmad, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Malik, Syafii
2
Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah
3
Ahmad
4. menjawab, “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”. Rasulullah mengulangi
pertanyaannya beberapa kali, dan Ubay menjawab, “Ayat Kursi”. Lalu Rasulullah
bersabda, “Tahniah kepadamu kerana memiliki ilmu itu, wahai Abu Munzir. Demi yang
jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ayat ini mempunyai lidah dan sepasang bibir yang
menyucikan Allah di sisi tiang Arasy”. Dan di dalam ayat Kursi ini terdapat nama Allah
yang paling agung. Di dalam sebuah hadis, 4 Rasulullah pernah bersabda tentang ayat
Kursi dan ayat Ali Imran 3:1-2 dengan sabdanya, “Sesungguhnya di dalam kedua ayat
tersebut terdapat nama Allah yang paling agung”. Dan ayat Kursi ini seharusnya dibaca
selepas setiap solat fardu kerana Rasulullah pernah bersabda di dalam sebuah hadis 5
dengan sabdanya, “Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas satu solat fardu, ia
akan berada di bawah pemeliharaan Allah sehingga solat fardu seterusnya”. Di dalam
sebuah hadis yang lain, 6 Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang membaca ayat
Kursi selepas setiap solat fardu, maka tiada yang mencegahnya dari dimasukkan ke
syurga melainkan mati”. Dan keutamaan ayat Kursi di dalam memelihara seseorang
dari gangguan syaitan telah diceritakan oleh Abu Hurairah di dalam sebuah hadis, 7
“Rasulullah telah melantik diriku untuk menjaga zakat Ramadan. Kemudian datang
kepadaku seorang pendatang baru, lalu dia dengan tergesa-gesa mengambil
sebahagian dari makanan itu. Maka aku menangkapnya dan aku berkata, ‘Pastinya aku
akan bawa engkau kepada Rasulullah’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku,
sesungguhnya aku adalah orang miskin, dan ke atasku tanggungan yang ramai, dan
bagiku keperluan yang mendesak’. Aku membebaskannya. Pada pagi harinya
Rasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apa tawananmu telah lakukan
semalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mengadu tentang keperluan yang
mendesak, dan tanggungan yang ramai, hingga aku kasihan kepadanya, maka aku
bebaskan dia’. Nabi bersabda, ‘Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu
dan dia pasti akan kembali lagi’. Aku mengetahui bahwa dia akan kembali karena
sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa dia akan kembali. Oleh itu aku
menghendapnya. Ternyata dia datang lagi, lalu tergesa-gesa mengambil sebahagian
dari makanan itu. Maka aku tangkap dia, dan aku berkata, ‘Pastinya aku akan bawa
engkau kepada Rasulullah’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku
adalah orang miskin, dan ke atasku tanggungan yang ramai, aku tidak akan kembali
lagi’. Aku merasa kasihan kepadanya dan aku bebaskan dia. Pada pagi harinya
Rasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apa tawananmu telah lakukan
semalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mengadu tentang keperluan dan
tanggungan yang ramai, hingga aku kasihan kepadanya, maka aku bebaskan dia’.
Nabi bersabda, ‘Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta kepadamu dan dia pasti
akan kembali lagi’. Oleh itu aku menghendapnya untuk ketiga kalinya. Ternyata dia
datang lagi, lalu tergesa-gesa mengambil sebahagian dari makanan itu. Maka aku
tangkap dia, dan aku berkata, ‘Pastinya aku akan bawa engkau kepada Rasulullah,
dan ini adalah kali ketiga bahawasanya engkau tegaskan bahawa engkau tidak akan
kembali lagi, kemudian engkau kembali juga’. Orang itu berkata, ‘Lepaskanlah aku,
akan aku ajar engkau beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaat kepadamu
4
Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi
5
At-Tabrani
6
Ibnu Murdawaih, An-Nasa’i, At-Tabrani, Ibnu Sunni, Ibn Hibban
7
Bukhari, An-Nasa’i
5. kerananya’. Aku bertanya, ‘Dan apakah ia’. Dia menjawab, ‘Apabila engkau membawa
dirimu untuk berehat ke hamparan tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi,
yang bermaksud: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Berdiri
SendiriNya”, hingga engkau selesaikan ayat ini. Maka sesungguhnya Allah akan
menentukan kepada engkau seorang pengawal yang akan terus-menerus bersamamu,
dan tiada syaitan yang berani mendekatimu hingga pagi harinya’. Maka aku bebaskan
dia. Pada pagi harinya Rasulullah bertanya kepadaku, ‘Wahai Abu Hurairah, apa
tawananmu telah lakukan semalam’. Aku menjawab, ‘Wahai Rasulullah, dia mendakwa
bahawa dia mengajarkan aku beberapa kalimat yang Allah akan memberi manfaat
kepadaku kerananya, maka aku bebaskan dia’. Rasulullah bertanya, ‘Apakah kalimat-
kalimat itu’. Aku menjawab, ‘Dia mengatakan kepadaku: Apabila engkau membawa
dirimu untuk berehat ke hamparan tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi dari
awalnya hingga engkau selesaikan ayat itu, yaitu,
yang bermaksud: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang berdiri
sendiriNya. Dan dia berkata kepadaku: Allah akan menentukan kepada engkau seorang
pengawal yang akan terus-menerus bersamamu, dan tiada syaitan yang berani
mendekatimu hingga pagi harinya’. Sedangkan mereka para sahabat adalah
orang-orang yang paling suka kepada kebaikan. Maka Nabi bersabda, ‘Adapun
sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu, sedangkan dia adalah seorang
pendusta. Tahukah engkau siapakah orang yang engkau bercakap selama tiga malam
itu, wahai Abu Hurairah’. Aku menjawab, ‘Tidak’. Nabi bersabda, ‘Itulah syaitan’ ”).